PERDIRIAN AHLI SUNNAH : HAQIQAT & SYARIA'T

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


PERDIRIAN AHLI SUNNAH :

🌟HATI BERPEGANG PADA HAQIQAT

🌟PERKATAAN DAN PERBUATAN BERDIRI PADA SYARIA'T

〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️〰️



🏼👳 Ini adalah kunci memahami pegangan Ahlus Sunnah di dalam menghadapi kejadian2 yang berlaku.

Perhatikan baik2, dasar perdirian Ahlus Sunnah pada melihat dan bertindak setiap kejadian yang berlaku di dalam kehidupan dan di atas muka bumi seluruhnya.

……………………………………………………


Hati berdiri pada haqiqat.


Perkataan dan perbuatan berdiri pada syari'at.


……………………………………………………



🏼👳 Ini adalah salah satu kunci UTAMA memahami perdirian Ahlus Sunnah terhadap Taqdir dan usaha ikhtiar manusia.


Apakah maksudnya?


Maksudnya :


Pada setiap kejadian yang berlaku hati kita hendak meyakini dan mengakui ianya perbuatan Allah (ini namanya haqiqat).  Pada masa yang sama perkataan dan perbuatan kita wajib merujuk kepada hukum- hakam Allah.  (ini namanya syari'at)

Faham yang berlawanan dengan pendirian ini adalah Golongan Jabariyah dan Muktazilah.

Jabariyah hanya memandang kepada haqiqat.  Ertinya mereka menafikan ada usaha ikhtiar manusia (nafikan syari'at) 

Muktazilah hanya memandang  kepada usaha ikhtiar makhluk (syari'at)  dan  menafikan kebergantungan pada Taqdir (nafikan haqiqat)

Maka jadilah kedua2 golongan ini jatuh kepada zindiq dan fasiq.  Wal Iyazubillah.

Mari kita lihat beberapa contoh.


Contoh 1 :
~~~~~~~~

Orang bernama Sultan Makmun telah didapati mencuri.  

Hukum syari'at berkata : Pencuri yang telah disahkan mencuri ikut kadarnya, hendak di potong tangannya. 
👈 Ini adalah perdirian perkataan dan perbuatan.

Ertinya wajib dilaksanakan hukuman pada Sultan Makmun berdasarkan hukum syari'at.  Pada masa yang sama, hati kita hendaklah berpegang kepada haqiqat bahawa perbuatan Sultan Makmun itu" mencuri" adalah di dalam qadha dan qadar ketentuan Allah. 

Adakah Sultan Makmun bersalah pada hukum syara'?  Ya, dia bersalah dan wajib dihukum.

Adakah Sultan Makmun salah pada sisi Haqiqat? Persoalan ini tak timbul kerana "pada haqiqat" adalah ketentuan Allah yang tiada siapa pun boleh persoalkan.

👉🏽👉🏽👉🏽Kamu akan ditanya apa yang kamu perbuat  dan Allah TIDAK ditanya apa yang diperbuat.


👉🏽 Dengan demikian haram berkata : "Pencuri itu mencuri kerana sudah ditaqdirkan dia nencuri."

Mengapakah ucapan begini haram dan jatuh aqidahnya?

Kerana orang yang berkata demikian telah menafikan syari'at dan usaha ikhtiar manusia.  Pendirian begini adalah faham Jabariyah.


Di satu sudut lain, sesiapa  berkata :  Pencuri itu mencuri atas daya usaha dia sendiri dan tiada kena mengena dengan Taqdir Allah.   Maka ini adalah faham Mu'tazilah.


Di satu sudut lain, sesiapa  berkata :  Pencuri itu mencuri atas daya usaha dia sendiri dan tiada kena mengena dengan Taqdir Allah.   Maka ini adalah faham Mu'tazilah.

Contoh 2 :
~~~~~~~

Syarifah berjaya di dalam pelajaran sehingga memperoleh kejayaan cemerlang.


Perkataan dan perbuatan : Memuji Syarifah kerana berjaya di dalam pelajaran.(syari'at).  Pada masa yang sama hati berpegang bahawa itu semua Rahmat dan Kurnia Allah.( haqiqat).

Dengan demikian haram dan kufur berkata :  Syarifah berjaya dengan daya usaha sendiri  tanpa menyandarkan usaha tersebut kepada Taqdir berupa Rahmat dan Kurnia Allah.

Jika ada yang berpegang demikian 
👈🏽 ini faham muktazilah.

Jika ada orang lain menafikan terus usaha ikhtiar Syarifah dan berkata :  Kejayaan syarifah semata2 Rahmat Allah dan tiada kena mengena dengan usaha ikhtiar syarifah, 
👈🏽 ini faham Jabariyah.


Contoh 3 :
~~~~~~~

Sesebuah kerajaan melaksanakan pembangunan dengan baik hingga negara jadi makmur.

Maka si A berkata :

"Kita wajib syukur pada kerajaan kerana banyak bawa kebaikan pada kita.  Jika bukan kerana pemimpin2 bijak kita,  tak dapat makan nasilah kita."

Si B pula berkata :

"Semua kejayaan yang berlaku adalah Rahmat Allah jua, tiada kena mengena dengan usaha pemimpin."

🏼👳
 Apakah hukum orang yang berpegang demikian?


Cuba fahamkan  perdirian basic Ahlus Sunnah..  dan cuba jawab sendiri...


Maassalamah ...

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...