APAKAH IBADAH NABI DAN SAHABAT SELAMA 10 TAHUN DI MAKKAH?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


APAKAH IBADAH NABI DAN SAHABAT SELAMA 10 TAHUN DI MAKKAH?


Ramai sekali cerdik pandai zaman ini melaungkan ungkapan2 yang sedap didengar..... antaranya...

"Perjuangan Nabi",

"Jihad Fisabilillah",

"Perjuangan di Jalan Allah",

"Daulah Islamiyyah"

serta ungkapan2 lain yang  hebat... tetapi apabila ditanya apakah Amal Ibadah  Nabi di Makkah selama 10 tahun baginda diutus sampai turunnya perintah Solat, mereka terpinga2 tiada jawapan.

Sejak Baginda Rasulullah diutus oleh Allah dengan wahyu pertama Iqra',  sampailah Baginda diangkat ke Arasy untuk menerima perintah Solat, tidak ada ibadah syari'at diturunkan.   Belum diwajibkan solat, belum diwajibkan puasa, zakat, haji, jihad dengan senjata atau lainnya. 

Jika demikian,  apakah ibadah Nabi dan Sahabat selama 10 tahun itu?

Bagaimanakah pula Sistem Tarbiyyah Nabi  selama 10 tahun di Makkah sebelum turunnya perintah Solat?  Apakah yang baginda lakukan?

Sebahagiannya gagahkan diri cuba menjawab berdasarkan pemikiran aqal sempit begini...

Rasulullah dan sahabat  baca ayat Qur'an dan terus kuat Iman...! ?

Rasulullah dan Sahabat tak buat amal ibadah apa2, mereka cuma beriman sungguh2 dan terus jadi kekasih Allah...! ?

Rasulullah dan Sahabat baca fadail amal (kelebihan amal) dan terus kuat Iman...! ?

Demikian sebahagian pendapat cerdik pandai agama…..

Semua pendapat ini hanyalah sangkaan yang tidak berdiri di atas hujjah yang benar.   Mana mungkin hati yang telah karat dengan karat jahiliyah dan kekufuran menjadi suci dalam sekelip mata.?

Mana mungkin sekadar mengucap Kalimah Syahadah terus menjadi teguh Imannya?

Mana mungkin hanya dengan lafaz dan teori2 seseorang mampu mencapai Maqam Taqwa / Ihsan / Ma'rifat yang tinggi di sisi Allah?

Mana mungkin hanya dengan syarahan dan seminar, seseorang mampu menyucikan hatinya sehingga mencapai hamba yang dikasihi Allah?

Semua dakwaan tersebut hanyalah angan2 serta tipu daya nafsu.

Jika benarlah seseorang mampu mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah tanpa berbuat apa2 atau sekadar ucap syahadah, atau sekadar mengaku beriman sungguh2...  sudah tentu para Sahabat sekaliannya boleh mencapainya dalam sehari saja.

Jika benarlah seseorang mampu mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah hanya sekadar duduk2 diam dan berteori, sudah tentu para Ulama Mu'tabar terdahulu tak perlu mujahadah selama puluhan tahun sebelum mereka dikurniakan oleh Allah maqam Mahmud, maqam tinggi di sisi-Nya.

Andainya benar keimanan dan ketaqwaan yang tinggi mampu dicapai hanya dengan bacaan buku, kuliah2,  mahirkan diri dengan ilmu kalam, sudah tentu Imam Ghazali tidak meninggalkan jawatannya sebagai Guru Besar Universiti Nizamiyyah lalu bersuluk (uzlah khusus) selama 11 tahun di bawah asuhan Ahli Ma'rifat.

Jika kedudukan tinggi di sisi Allah dapat dicapai hanya sekadar mahir segala ilmu alat dan ilmu zahir, sudah tentu Al Imam Sulton Auliya tak perlu berkhilwah di Runtuhan Baghdad selama 30 tahun...!

Demikian sekalian Ulama Solihin dan Muttaqin, melakukan mujahadah selama puluhan tahun di bawah asuhan dan didikan Shaikh mereka sebelum mereka dikurniakan oleh Allah maqam kehampiran dengan Allah, mencapai Maqam Tauhid dan Taqwa yang tinggi.


Persoalan  untuk direnungkan secara mendalam…

1. Apakah sebenarnya Ibadah Rasulullah dan sekalian sahabah selama 10 tahun di Makkah sebelum    turunnya kewajipan solat?

2. Apakah rahsia Tarbiyyah Rasulullah ke atas para Sahabat sehingga mencapai maqam yang     begitu tinggi di sisi Allah?

 

Pasti di sana suatu Sistem Tarbiyyah unggul telah terjadi sehingga para Sahabat yang asalnya buta huruf dah tiada pengetahuan apa2 akhirnya menjadi orang2 yang  arif mengenal Allah serta menjadi kekasih2 Allah mencapai Maqam Taqwa yang tinggi.

Pasti di sana telah berlaku Tarbiyyah khusus oleh Rasulullah ke atas para Sahabat sehingga mereka menjadi manusia2 suci....!

Apakah Sistem Tarbiyyah tersebut?

Apakah Rahsianya?

Siapakah mewarisi Sistem Tarbiyyah Unggul itu?

 

Renungkan sedalam2nya dengan mengosongkan hati dan mohon petunjuk kepada Allah. 

Di sana Allah Ta'ala akan kurniakan kefahaman.

Fahaman ini sangat mustahak bagi membezakan antara Ahlus Sunnah dengan bukan Ahlus Sunnah.


MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...