■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 51 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.7 Dosa Besar ke-6: Jahat Sangka kepada Allah
Penyakit Suu Uz-Zon, iaitu jahat sangka / buruk sangka kepada Allah Ta'ala adalah penyakit hati yang amat besar dan antara dosa2 terbesar terhadap Allah Ta'ala.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَذَٰلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ أَرْدَاكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi."
[Al-Fussilat (41) : Ayat 23]
Kata Ibn Abbas :
"Sangkaan kamu yang buruk terhadap Tuhanmu menjadikan kamu orang yang celaka dan menerima Siksaan Allah."
[Tafsir Ibn Abbas]
Kata Imam Al-Haythami :
"Di dalam keterangan yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami dan Ibn Majah disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda : "Dosa terbesar adalah buruk sangka kepada Allah"
[Al-Zawaajir An-Iqtiraaf Al-Kabaair]
Jahat Sangka kepada Allah adalah di antara dosa2 terbesar kerana ianya jelas bertentangan dengan Tauhid, mempertikaikan rencana Allah, meragui Kebijaksanaan Allah dan meragui Qadha dan Qadar Allah Ta'ala.
Sebab2 yang membawa kepada Jahat Sangka terhadap Allah:
Di dalam menempuh kehidupan atas mukabumi, terjadi berbagai peristiwa yang menggugat perasaan dan menyempitkan pemikiran manusia. Pada saat2 tertentu, dia merasakan kehidupan ini tidak adil sehingga timbul berbagai sangkaan buruk dan jahat terhadap Allah Ta'ala. Di antara sebab2 terjadi sangkaan tersebut :
(1) Kemiskinan:
Seseorang yang dihimpit kemiskinan yang bersangatan ada kalanya hilang kewarasan berfikir lalu menyalahkan Allah Ta'ala. Datang jahat sangka di dalam dirinya bahawa Allah Ta'ala tidak adil.
(2) Seringkali gagal :
Seseorang yang berusaha sungguh2 pada suatu pekerjaan tetapi gagal atau tidak mencapai seperti yang dia harapkan... menyebabkan timbul jahat sangka kepada Allah Ta'ala di dalam hatinya. Misalnya seorang peniaga tidak mampu menjadi kaya seperti yang dia harapkan walaupun dia sudah berusaha dengan berbagai cara. Sedangkan orang lain mudah menjadi kaya-raya dan menjalani kehidupan mewah. Atau seorang pelajar yang sering gagal walaupun dia sudah berusaha sungguh2 sedangkan pelajar lain mudah saja mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Maka timbullah perasaan tak puas hati dan menyalahkan Allah Ta'ala.
(3) Doa tidak dimaqbulkan:
Seseorang yang berdoa siang dan malam mengharapkan sesuatu dari Allah Ta'ala namun tidak diqabulkan oleh Allah, lalu terjadi jahat sangka kepada Allah.
(4) Melihat orang fasiq mendapat kesenangan duniawi:
Menurut realiti yang terlihat di dalam kehidupan dunia ini, ramai orang kafir dan fasiq menikmati kesenangan duniawi. Mereka memiliki gedung2 besar perniagaan, menaiki kenderaan mewah2 dan tinggal di condo atau bungalow hebat2. Mereka juga sering melancong ke sana ini dengan gembira. Sedangkan hal yang sebaliknya berlaku kepada orang2 Islam. Kebanyakan orang Islam hidup miskin, tiada kenderaan yang baik, tempat tinggal tidak sehebat orang2 kafir dan fasiq.
Melihat apa yang terjadi ini, setengah orang beriman mula terhasut dengan bisikan nafsu dan Syaitan. Orang Islam ini melihat orang lain yang sering langgar hukum Allah, tidak menunaikan solat, tidak menutup aurat dsb tetapi hidup mewah sedangkan dirinya tetapi susah dan miskin walaupun dia sendiri tak pernah tinggal solat, puasa dan kewajipan lain.
Maka terjadi berbagai sangkaan buruk kepada Allah ; terjadi permainan dalam pemikirannya.... mengapa si fulan kaya-raya, hidup mewah, boleh melancong sana sini dengan bahagia sedangkan dirinya yang selalu ta'at pada Allah hidup susah atau cukup2 saja. Permainan dalam pemikirannya seringkali berubah kepada sangkaan jahat kepada Allah, seolah2 Allah Ta'ala tidak menunaikan janji Dia kepada orang beriman.
Inilah beberapa sebab dan contoh yang terjadi di kalangan orang Islam.
SIRI 52 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.7 Dosa Besar ke-6: Jahat Sangka kepada Allah
sambungan......
Punca Terjadi Penyakit Jahat Sangka kepada Allah:
Puncanya tidak lain melainkan kekurangan Ilmu (jahil) serta HATI yang telah rosak akibat hembusan nafsu kejahatan dan ditambah oleh bisikan2 Syaitan.... cahaya Imannya akan berkurang atau padam. Wal Iyazubillah.
Rawatan Untuk mengubati penyakit Jahat Sangka kepada Allah:
Rawatan Khusus :
Sebagaimana kami bentangkan sebelum ini, cara ini adalah kaedah khusus yang diambil dari Sistem Pendidikan Junjungan Besar Rasulullah ﷺ yang diwariskan turun-temurun bermula dari Sahabat, Tabiin, Tabbit-Tabiin, dan Pewaris2 Nabi seterusnya sampai ke hari ini dan bersambung hingga Qiamat. Kaedah ini hanya dimiliki oleh Mursyid yang Siddq (Pewaris Nabi yang sebenar) sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini.
Rawatan Umum :
Mereka yang belum mempunyai seorang Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpinnya, perlu memahami dan sungguh2 mengikuti langkah2 ini bagi membaiki dirinya, hatinya dan Imannya.
Pertama : Keyakinan padu bahawa Allah Ta'ala Pencipta segala sesuatu:
Yakin sepenuh hati bahawa Allah Ta'ala Menciptakan sekalian alam dan merapikannya. Dia Menciptakan setiap sesuatu dan Dia Mengatur dan menetapkan peraturan bagi setiap sesuatu menurut Sistem Perjalanan yang sempurna.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِۚ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍۚ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ
"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan"
[An-Naml (27) ; ayat 88]
Kedua : Allah Ta'ala menjamin Rezeki:
Yakin bahawa Allah Ta'ala menjamin rezeki bagi setiap kehidupan bagi meskipun seekor ulat dalam batu. Maka maka mungkin Dia melupakan kamu. Dia Mengurniakan rezeki bagi sekalian manusia (dan juga jinn dan haiwan) mengikut Yang Dia Kehendaki, termasuk orang kafir yang paling jahat sekalipun akan mendapat rezeki dia. Manusia hanya perlu usaha dengan berbagai cara yang halal bagi mencapai rezeki yang Dia sediakan baginya.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا
"Dan tidak ada satu pun makhluk melata di muka bumi melainkan semuanya telah dijamin rezekinya oleh Allah.
[Hud (11) : Ayat 6]
Ketiga : Taqdir setiap makhluq telah ditentukan:
Yakin bahawa Allah Ta'ala menetapkan Taqdir-Nya bagi sekalian makhluq pada _Azali_. Dia Maha Berkuasa menetapkan atau hapuskan sesuatu menurut Kehendak-Nya. Dengan demikian tiada siapa pun berhak masuk campur dalam urusan Pentadbiran Allah ini.
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[At-Talaq (65) : 3 ]
SIRI 53 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.7 Dosa Besar ke-6: Jahat Sangka kepada Allah
sambungan......
Keempat : Kamu akan ditanya apa2 yang kamu Perbuat:
Manusia hanya diPerintah mematuhi setiap Peraturan dan Hukum2 yang Dia tetapkan. Mereka akan ditanya dan menerima hisab di Mahsyar besok. Allah tidak akan ditanya apa yang Dia Perbuat tetapi Kamu (manusia dan jinn) akan ditanya apa yang kamu perbuat.
✨🕌✨ Firman Allah :
لَا يُسۡـَٔلُ عَمَّا يَفۡعَلُ وَهُمۡ يُسۡـَٔلُونَ
"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang Dia Perbuat, tetapi merekalah (jinn dan manusia) yang akan ditanya (apa yang kamu perbuat)."
[Al-Anbiya' (21) : Ayat 23]
Kelima: Usaha Ikhtiar dan doa:
Allah Ta'ala Kurniakan Doa dan usaha ikhtiar bagi manusia dan Dia Yang Maha Maqbulkan sekalian hamba-Nya yang berdoa setulus hati. Walau bagaimanapun lambat atau cepat diqabulkan doa kamu adalah urusan Allah menurut Kehendak-Nya. Boleh jadi diperkenan dengan segera atau dilambatkan. Boleh jadi Allah Kurniakan sama seperti permintaan kamu atau lainnya, atau dikurangi atau diganti dengan rezeki bentuk lain — misalnya kesihatan, kebahagiaan rumahtangga atau lainnya. Boleh jadi juga tidak diberikan di dunia tetapi digantikan dengan ganjaran Akhirat. Dengan demikian jangan berhenti doa meskipun lambat doa kamu diperkenankan. Dan jangan sesekali jahat sangka kepada Allah.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhan kamu Berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
[Ghafir (4) : Ayat 60]
Keenam : Tawakkal kepada Allah:
Hendaklah sentiasa Tawakkal kepada Allah pada setiap pekerjaan. Tawakkal adalah menyerahkan sekalian keputusan kepada Allah setelah berusaha sungguh2 mencapai sesuatu menurut hukum dan adab2nya.
✨🕌✨ Firman Allah :
فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
"Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. "
[Aali -Imran (3) : Ayat 159]
Ketujuh: Nisbah dunia — pandang orang di bawah kamu.
Apabila kamu memandang manusia lain yang diberi harta kekayaan, pangkat, rupa dan kelebihan2 dunia lain yang banyak, maka pada ketika itu hendaklah kamu pandang orang di bawah kamu yang jauh lebih susah dari kamu. Ramai di luar sana yang lebih miskin, tiada tempat tinggal yang sempurna, tiada kenderaan, makan minum pun susah. Dengan memandang kepada orang2 yang lebih susah hidupnya, kamu akan menjadi orang yang Syukur atas segala yang Allah Kurniakan kepada kamu dan tidak menjadi kufur.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْه
“Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta (dunia) dan rupa zahirnya, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad]
SIRI 54 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.7 Dosa Besar ke-6: Jahat Sangka kepada Allah
sambungan......
Kelapan : Orang kafir dan fasiq kaya-raya:
Jika kamu melihat orang yang kafir dan orang Islam yang fasiq sering melakukan kemungkaran, ma'siat dan menzalimi orang lain namun mereka hidup mewah dan kaya-raya, maka ketahuilah itu BUKAN Anugerah Allah, sebaliknya itu adalah istidraj, iaitu kelangsungan Allah Ta'ala membiarkan mereka tenggelam di dalam kekufuran. Maka tak perlu bagi kamu teruja atau hairan dengan kekayaan orang kafir atau orang fasiq..... sebaliknya hendaklah kamu mohon perlindungan dari Allah Ta'ala daripada demikian.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
“Apabila kamu melihat Allah Ta'ala Memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan ma'siat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa yang demikian itu adalah istidraj (dari Allah)”
[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]
Kesembilan : Hidup miskin walaupun ta'at:
Jika kamu termasuk orang yang ta'at kepada Allah dan telah berusaha sungguh2 dengan berbagai cara yang halal, dan kamu juga sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki tetapi belum diqabulkan oleh Allah Ta'ala, hidup tetap di dalam kemiskinan, tiada harta, tiada kenderaan yang baik seperti orang lain... maka ketahuilah yang demikian itu setengah dari Kasih Sayang Allah untuk Kurniakan kamu kelebihan2 Akhirat. Dan juga suatu bentuk kasih sayang dari Allah Ta'ala untuk jauhkan kamu dari berbagai ma'siat. Boleh jadi, jika Allah Ta'ala Kurniakan kamu kekayaan, kamu lupa diri, lalai dari zikrullah, abaikan ibadah2 fardhu.... maka Allah Ta'ala Yang Maha Mengetahui keadaan demikian Kurniakan hidup kamu dengan kekurangan harta.
Dari sudut lain, apa jua Yang Allah Ta'ala Taqdirkan kepada seorang yang beriman, sama ada miskin dan susah hidupnya atau kaya dan mewah hidupnya.. maka semua itu adalah kebaikan baginya.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
“Sungguh menakjubkan keadaan seorang Mukmin. Seluruh urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka dia bersabar. Itu pun baik baginya.”
[Imam Muslim]
Perhatikanlah!
Renungilah semua keterangan ini dari hati yang benar2 terbuka, maka di sana akan terpancar cahaya kebenaran bahawa jahat sangka kepada Allah adalah sebesar2 kerugian dan kecelakaan. Sebaliknya sentiasa baik sangka atas apa jua Kurniaan Allah dan tetap berusaha kepada kebaikan dunia akhirat menurut Petunjuk Allah, Rasul-Nya dan panduan Ulama Mu'tabar, Ulama Pewaris Nabi yang sebenar.
SIRI 55:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.8 Dosa Besar ke-7: Putus Asa dari Rahmat Allah
Putus asa dari Rahmat Allah adalah terkait rapat kepada penyakit "Jahat Sangka kepada Allah" sebagaimana bicara pada Siri yang lalu. Seseorang yang sering jahat sangka kepada Allah atas sesuatu yang menimpa dirinya, lama kelamaan akan terbawa2 kepada menyalahkan Allah Ta'ala sehingga akhirnya menjadi "putus asa dari Rahmat Allah" dan ini adalah kebinasaan yang amat berat.
✨🕌✨ Firman Allah :
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Az-Zumar (39) : Ayat 53]
Manusia umumnya tidak terlepas dari melakukan dosa. Setengahnya melampau batas sehingga melakukan dosa yang tidak terhitung banyaknya. Ketika seseorang Islam itu sedar dosanya yang banyak, timbul perasaan kecewa dan mengutuk dirinya sendiri atas keterlanjurannya. Setengah manusia yang terkena bisikan syaitan akan menjadi putus asa. Syaitan akan membisik, "Engkau sudah membuat dosa yang banyak, engkau sudah hina, engkau tak mungkin dapat keampunan Tuhan dsb." sehingga pendosa itu menjadi putus asa.
Maka di sini, Allah Ta'ala Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengampun menawarkan keampunan bagi dosa2 hamba-Nya yang telah melampau batas. Meskipun dosa sebanyak buih di lautan atau dosa setinggi gunung, Allah Ta'ala akan maafkannya. Inilah kemurahan ALlah Ta'ala yang amat luas.
Jalan2 yang membawa putus Asa, Cara Merawat penyakit Putus Asa:
Huraian lanjut berkenaan cara2 seseorang terkena penyakit "Putus Asa dari Rahmat Allah", punca sebenar terjadi demikian dan cara2 merawatnya adalah sama seperti pada Tajuk "Jahat Sangka kepada Allah". Dengan demikian tidak diulangi lagi di sini.... kecuali ada satu perkara yang dikaitkan secara khusus dengan "musibah" yang membawa kepada putus asa dari Rahmat Allah.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِن مَّسَّهُ ٱلشَّرُّ فَيَـُٔوسٌ۬ قَنُوطٌ۬
"Dan jika manusia mendapat kecelakaan, maka (tiba2) menjadi putus asa dan putus harapan".
[Fussilat (41) : ayat 49]
Selain daripada seseorang menjadi putus asa dari Rahmat Allah kerana dosa2nya yang lalu, terdapat hal lain dalam kehidupan manusia membawa kepada "putus asa", iaitu "musibah". Orang yang terkena berbagai musibah seperti penyakit berat, kehilangan harta, kemusnahan sawah ladang, kemusnahan gedung perniagaan, kehilangan harta perniagaan dsb akan menyangka Allah Ta'ala tidak adil. Dalam hatinya berbisik mengapa dia terkena berbagai musibah sedangkan orang lain sihat dan kaya-raya. Permainan di dalam jiwanya akan lebih menyala2 dengan bisikan Syaitan, maka jadilah dia orang yang putus asa dari Rahmat Allah.
SIRI 56 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.8 Dosa Besar ke -7: Putus Asa Dari Rahmat Allah
sambungan....
Musibah kepada manusia:
Di sini kita cuba melihat keterangan darihal Musibah secara ringkas. Untuk keterangan lanjut yang lebih terperinci sila rujuk Tajuk Risalah "Muhasabah — Sebab2 Musibah Menimpa Manusia"
Definsi Musibah :
Musibah dalam bahasa Arab berasal dari kata ( اَصَبَ ) — 'asoba, yang bererti tertimpa, terkena, terlimpah, tertuju sasaran.
Di dalam istilah Syara', Musibah boleh membawa maksud tertimpa keburukan atau juga dilimpahi kebaikan. Al-Qur'an menggunakan perkataan "musibah" bagi menunjukkan kedua2 keadaan ini. Namun lazimnya "Musibah" dipakai secara meluas untuk menunjukkan suatu keadaan kepedihan, kesakitan, kecelakaan, kesusahan hidup yang tertimpa kepada manusia akibat dari beberapa kejadian yang tidak menyenangkan seperti :
(1) Bencana alam seperti kebakaran, banjir, ribut taufan, tanah runtuh, gempa bumi, taufan dsb.
(2) Bencana penyakit tubuh seperti sakit kepala, sakit perut, sakit tulang, penyakit kulit, Ta'un, Denggi, barah, kencing manis, darah tinggi, lemah jantung, strok, asthma, thalasemia, scloresis, lelah dll.
(3) Bencana penyakit ruhani seperti halusinasi, bipolar disorder, skizofernia, tekanan jiwa dll.
(4) Hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, kehilangan wang ringgit atau harta
(5) Kemiskinan, kepahayan hidup
(6) Terkena fitnah, dizalimi orang, harta dirampas,
Semua kejadian ini lazim terjadi kepada sekalian manusia secara umumnya. Tetapi perbezaannya adalah kepada siapa Musibah itu terkena dan bagaimana cara orang yang terkena musibah itu menghadapinya.
Pembahagian Musibah :
Musibah terkena pada semua manusia tanpa mengira dia orang beriman, orang kafir, munafiq, fasiq. Walau bagaimanapun tujuan Allah Ta'ala menurunkan musibah berbeza-beza mengikut keadaan dan hal ehwal manusia, masyarakat atau negara bangsa dunia.
(1) Musibah kepada orang kafir dan munafiq adalah bentuk hukuman dan penghinaan atas kekafiran mereka.
(2) Musibah kepada orang fasiq adalah suatu bentuk siksaan dan boleh jadi juga sebagai Amaran Allah atau peringatan Allah supaya mereka taubat segera dan kembali ke Jalan Allah.
(3) Musibah kepada orang beriman yang benar Imannya" adalah suatu bentuk balasan, peringatan berserta penghapusan dosa², pemberian pahala dan kenaikan darjat yang DiKurniakan oleh Yang Maha Penyayang (dengan syarat mereka sabar, tawakkal dan redha dengan ketentuan Allah)
(4) Musibah kepada Auliya Allah / Ahli Ma'rifat adalah suatu bentuk kasih sayang Allah kepada mereka.
SIRI 57 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.8 Dosa Besar ke -7: Putus Asa Dari Rahmat Allah
sambungan....
Musibah bagi orang beriman:
Sebagaimana kami katakan, Musibah yang Allah Ta'ala timpakan kepada orang beriman adalah suatu bentuk kemurahan Allah Ta'ala bagi Mengurniakan pahala dan menghapuskan dosa2 kecilnya, di- naikkan beberapa darjat Iman dan sekaligus sebagai amaran supaya sentiasa waspada pada masa akan datang.
Berikut adalah beberapa dalil ganjaran yang disediakan oleh Allah Ta'ala bagi mereka yang sabar, tawakkal dan redha menghadapi dugaan dan Musibah dari Allah Ta'ala:
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ
“Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar”
[Al Baqarah (2) : ayat 155]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
من يرد الله به خيرا يصب منه
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan, Allah akan memberinya musibah.”
[Imam Bukhari]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kepenatan, kesakitan, perkara yang tidak disukainya, kesedihan, bahaya (yang disebabkan oleh orang lain) dan kerisauan, hatta duri yang mencucuknya kecuali Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
لَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ أَوْ الْمُؤْمِنَةِ فِي جَسَدِهِ وَفِي مَالِهِ وَفِي وَلَدِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ مِنْ خَطِيئَةٍ
“Senantiasa ujian itu menerpa mu'min atau mu'minah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai dia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.”
[Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cobaan berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan oleh Allah Ta'ala dosa-dosanya, seperti sebatang pohon yang menggugurkan daunnya."
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang Iebih kecil dari itu, melainkan akan ditulis baginya satu darjat dan akan dihapus satu kesalahannya"
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Tidak ada satu pun musibah (cobaan) yang menimpa seorang muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat derajatnya atau menghapus kesalahannya.
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Tidak ada penderitaan, kesengsaraan, sakit, kesedihan & bahkan juga kekalutan yang menimpa seorang mu'min, melainkan dengan semua itu dihapuskan sebagian dosanya.
[Imam Muslim].
Cuba perhatikan baik2 semua dalil2 di atas. Tujuan Allah Ta'ala menurunkan sebahagian Musibah kepada orang beriman adalah mempunyai hikmah tersembunyi yang amat besar. Zahirnya kelihatan seperi siksaan tetapi pada hakikatnya semua itu adalah Rahmah dan Kemurahan Allah Ta'ala. (Dengan syarat : Orang beriman ini sabar, tawakkal dan redha dengan ketentuan ALlah Ta'ala.). Apabila direnungi hal ini dengan hati yang luas, maka TIDAK ada sebab apa pun bagi orang beriman mengeluh, salah sangka dan putus asa dari Rahmat Allah.
Maka Inilah jalan bagi menghindarkan seseorang dari berputus asa yang mengakibatkan dosa besar dan Kemurkaan Allah Ta'ala.
SIRI 58 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.9 Dosa Besar ke-8: Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah
Rasa aman dari Kemurkaan Allah bermaksud tidak takut kepada Allah. Tidak takut kepada Azab Allah. Tidak takut kepada balasan siksaan Allah. Berani melakukan kemungkaran terang2an tanpa rasa takut. Terus-menerus melakukan kejahatan dan ma'siat tanpa takut pada Kemurkaan Allah. Menyombong diri dengan ma'siat disebabkan ni'mat duniawi yang dia peroleh. Ada kalanya sebab tubuh badan yang sihat. Ada kalanya sebab wang ringgit dan harta kekayaan melimpah ruah. Ada kalanya kerana kedudukan dan pangkat. Jika ada orang cuba menasihatinya, dia akan di tolak mentah2 disebabkan berbagai kelebihan berupa kekayaan, pangkat, kedudukan dll.
Sebahagian dari manusia memperoleh limpahan rezeki yang banyak, kehidupannya mewah dan kaya- raya atau memiliki tubuh badan sihat dan kuat, atau memiliki kekuasaan dan kedudukan istimewa pada pandangan manusia .... sedangkan mereka di dalam ma'siat dan kekufuran, seringkali mendabik dada mengatakan begini :
" Jika aku bersalah, tentu Tuhan akan azabku. Tetapi ternyata Tuhan kasih padaku sebab itulah Tuhan berikan aku berbagai nikmat dan kekayaan."
"Aku buat maksiat aku tanggung. Tuhan Maha Pengampun."
"Korang ingat korang baik sangat ke nak tegur aku. Kalau korang baik tentulah korang hidup senang. Cuba tengok, walaupun aku buat macam2 dosa, Tuhan tetap sayang aku."
" Orang rajin solat pun tak kaya macam aku. Aku kesianlah tengok korang tonggak tongek, tapi miskin papa kedana juga. "
Demikian beberapa contoh ucapan mereka yang menyangka diri mereka baik walaupun mereka di dalam kekufuran. Jika ada yang cuba menasihati mereka, segera mereka menempelak balik dengan kata2 sombong takabbur. Mereka begitu yakin Allah Ta'ala kasih pada mereka. Bahkan berani lagi menengking orang yang cuba menasihati mereka.
Apakah puncanya mereka begitu berani?
Apakah yang menyebabkan mereka begitu yakin mereka benar, walaupun mereka terus-menerus melakukan keengkaran dan kekufuran?
Apakah yang menyebabkan golongan seperti ini susah menerima nasihat?
Puncanya adalah :
Mereka mendapat kenikmatan dan kelazatan dunia. Mereka hidup mewah dan kaya-raya. Mereka berpangkat tinggi dengan berbagai gelaran duniawi yang menjadi sanjungan manusia. Mereka mempunyai kedudukan istimewa di kalangan masyarakat. Semua ini menjadikan mereka lupa diri. Mereka menyangka mereka manusia terpilih.
Sedangkan yang benar adalah : Mereka tertipu dengan makar Allah, iaitu balasan Allah yang datang dalam bentuk "Ni'mat " pada zahirnya namun pada hakikatnya adalah suatu bentuk "kehinaan", "hukuman", "azab" dan "Siksaan" tersembunyi. Allah Ta'ala membalas tipu daya dengan tipu daya sebagaimana Kalam-Nya Yang Maha Agung:
✨🕌✨ Firman Allah :
أَفَأَمِنُواْ مَكْرَ اللّهِ فَلاَ يَأْمَنُ مَكْرَ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah ? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.”
[Al-A’raf (7) : Ayat 99]
Kata Ibn Abbas :
"Maksud " مَكْرَ " (Makar — tipu daya) adalah bermaksud Azab, iaitu Azab Allah, yang datangnya tanpa disangka2. Perkataan " خَاسِرُونَ " (Khasirun - rugi) adalah bermaksud kafir kepada Allah."
[Tafsir Ibn Abbas]
Kata Imam Qurtubi :
"Ungkapan " مَكْرَ " (Makar) adalah tipu daya, namun pada ayat ini bermakna Azab dari Allah. Atau boleh juga bermaksud "balasan dari tipu daya mereka". Ada yang lain berpendapat makna dari kata " مَكْرَ " di sini bermaksud memberi ni'mat dan kesihatan agar mereka terlena (di dalam kekufuran)."
[Tafsir Al-Qurtubi]
Penjelasan ringkas dari Kalam Allah ini:
Firman Allah di atas menggunakan istilah "makar" iaitu tipu daya. Maksudnya.. Allah Ta'ala membalas tipu daya mereka dengan tipu daya-Nya, adalah : Allah Ta'ala membiarkan mereka di dalam kefasikan dan kekufuran dengan memberikan mereka ni'mat harta kekayaan yang bertambah2.
Tujuan Pemberian Allah itu BUKAN kerana kasih Allah sebaliknya kerana Kemurkaan Allah atas kekufuran mereka. Maka manusia2 melampau ini hidup dalam sangkaan mereka baik di sisi Allah, mereka sangka mereka diKasihi Allah. Sedangkan mereka tertipu. Mereka musnah dalam sangkaan sendiri. Mereka tertipu dengan tipu daya nafsu dan bisikan syaitan. Wal Iyazubillah.
Di akhir ayat disebut "Al-Khosirun" ( الْخَاسِرُونَ ). "Al-Khosirun" membawa berbagai maksud, rugi, fasiq, kafir dll. Tetapi pada ayat ini Ulama Ahlus Sunnah menegaskan ia bermaksud " kafir". Wal Iyazubillah. Ertinya orang yang terus-menerus melakukan kemaksiatan tanpa takut, bahkan lebih lagi bersikap takabbur, sombong besar diri, maka ditakuti masuk kepada golongan kafir. Wal Iyazubillah.
SIRI 59 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.9 Dosa Besar ke-8: Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah
sambungan...
Rawatan dan Penjagaan:
Rawatan dan penjagaan diri agar tidak termasuk golongan yang tertipu dengan angan2 sendiri akibat bergelumang dalam kemungkaran dan tidak takut Kemurkaan Allah.
Pertama :
Tanamkan sungguh2 dalam ingatan bahawa semua bentuk nikmat duniawi berupa kesihatan, harta kekayaan, kemewahan, pangkat dan kedudukan dan lainnya yang dikecapi oleh orang2 yang bergelumang di dalam ma'siat dan kezaliman adalah sebenarnya merupakan istidraj, BUKAN Rahmat Allah.
Yang dikatakan Istidraj adalah kelangsungan Allah kepada seseorang atau dalam maksud lain Allah Ta'ala biarkan seseorang dalam kesesatan dengan menambah2kan kelebihan2 duniawi kepada dia akibat dari keengkaran, kesombongan dan kekufuran melampau. Pada sangkaan dia, Allah Ta'ala berikan berbagai nikmat duniawi kerana kasih kepada dia sedangkan yang sebenarnya dia terlaknat. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.
[Al A'raf : Ayat 182]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ
“Apabila kamu melihat Allah Ta'ala Memberi kepada hamba daripada (perkara) dunia yang diinginkannya, sedangkan dia terus melakukan ma'siat kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa yang demikian itu adalah istidraj (dari Allah)”
[Imam Ahmad, Imam At-Thabarani, Imam Baihaqi]
Dengan demikian, awas! Sedarlah hakikat bahawa apabila berbagai rezeki harta dunia dan kekayaan dunia datang melimpah kepada kamu sedangkan kamu bergelumang dalam dosa, ma'siat, kefasikan dan kekufuran, maka yang demikian itu adalah istidraj, iaitu kamu dibiarkan di dalam kesesatan oleh Allah Ta'ala.
Atau seandainya kamu melihat manusia lain memperoleh berbagai Ni'mat Allah sedangkan mereka bergelumang dalam kefasikan, kezaliman dan kekufuran, maka ketahuilah ia merupakan Istidraj. Wal Iyazubillah.
Apabila sampai masanya mereka akan menerima balasan yang amat buruk yang tiada tertanggung. Dalam sejarah Ummat manusia telah terjadi banyak sekali contoh2 bagi manusia untuk mengambil i'tibar. Sama ada peristiwa pada Ummat terdahulu mahu pun kepada Ummat kemudian.
Contoh2 yang terjadi pada Ummat terdahulu adalah datangnya hujan batu, taufan, kuman penyakit dll yang musnahkan seluruh peradaban manusia yang kufur kepada Allah.
Pada zaman mutakhir ini, contoh2 musibah dari Kemurkaan Allah adalah : Tsunami, Gempa bumi, peperangan dan pembunuhan yang tiada kesudahan. Wal Iyazubillah
SIRI 60 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.9 Dosa Besar ke-8: Rasa Aman Dari Kemurkaan Allah
sambungan...
Kedua:
Ketahuilah, Kekayaan dunia, Kekuasaan, Pangkat, Kemasyhuran, Kesihatan yang baik dll yang berupa kelebihan duniawi BUKAN tanda Allah Ta'ala Redha kepada seseorang. Semua itu BUKAN ukuran ketinggian seseorang di Sisi Allah. (Ukuran baik buruk, tinggi rendah, mulia atau hina di Sisi Allah hanyalah Iman dan Taqwa). Maka jangan kamu palingkan wajah kamu daripada Allah kerana menganggap Kurniaan Allah kepada manusia2 tersebut sebagai suatu kelebihan.
Dalam realiti kehidupan, orang² Islam yang rajin beribadah, qiamullail, puasa sunnat, dan segala macam ketaatan... sering berhadapan dengan suasana seperti berikut:
Ada kalanya dia melihat orang yang tidak solat, tidak mengerjakan Ibadah lain, bahkan sering melanggar hukum2 Allah bersenang-lenang hidup mereka. Sedangkan dia yang beribadah siang malam hidup miskin.
Setengah lain melihat saudara²nya tidak menutup aurat, tidak mematuhi hukum agama tetapi kelihatan bahagia hidup mereka. Mereka ke sana ke mari belanja sesuka hati, melancong sana sini, berhibur dengan gembira. Tetapi dia yang patuh kepada Allah tak mampu berbuat demikian, tiada kemampuan.
Setengah ahli ibadah lain melihat kawan2 satu pejabat hidup mewah dengan kereta mewah, pakai pakaian mewah, hidup di condo mewah…sedangkan dia cuma tinggal di rumah biasa sahaja meskipun dia ahli ibadah.
Maka terjadilah kemusykilan dan kekeliruan di hati :
"Kenapakah demikian, Mengapakah mereka dapat sukaria?"
"Mengapakah orang yang banyak dosa menjadi kaya-raya sedangkan dirinya miskin?"
"Mengapakah ahli ma'siat hidup mewah sedangkan dia hanya cukup makan?"
Hati nya berbisik lagi :
"Kenapakah aku yang selalu patuh kepada Allah, tak pernah tinggal solat, tutup aurat dan tetap tunaikan semua kewajipan.... terpaksa hidup di dalam kemiskinan ? Sedangkan orang2 yang abaikan agama hidup mewah dan kaya-raya... ?"
"Mengapakah aku yang selalu da'wah sana sini, hidup di dalam kesusahan, sedangkan orang yang tak kenal da'wah hidup senang?"
Maka terjadi berbagai bisikan di dalam hatinya:
"Ini tidak adil."
"Mungkin aku perlu tinggalkan jemaah?"
"Mungkin lebih baik aku tinggalkan da'wah?"
dan macam2 lagi ..
Keadaan ini sering terjadi kepada orang Islam awam terutama yang terlibat dalam kerja2 da'wah dan juga salikin pada Jalan Ma'rifat. Bagi hamba2 Allah yang mempunyai kemusykilan seperti itu, Allah Ta'ala sudah pun berikan Peingatan dan Amaran.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦۤ أَزۡوَٲجً۬ا مِّنۡہُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَہُمۡ فِيهِۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰ
"Dan janganlah engkau tujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan mereka itu menikmatinya, yang merupakan perhiasan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."
[Ta-Ha (20) : Ayat 131]
Peringatan umum dari perintah ini adalah :
(1) Segala kelebihan duniawi yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada manusia berupa kekayaan, kecantikan, kesihatan tubuh, pangkat, kedudukan dll. BUKANLAH ukuran mutlaq ketinggian seseorang di Sisi Allah. BUKAN kerana orang itu sudah mendapat Keredhaan Allah. BUKAN juga kerana dia sudah baik, tetapi semua yang demikian menjadi dugaan kepada manusia yang menerimanya.
(2) Jangan kamu terpengaruh dengan kenikmatan duniawi yang Allah kurniakan kepada setengah manusia yang engkar, sama ada mereka fasiq atau kafir kerana kenikmatan tersebut hanyalah perhiasan dunia dan istidraj.
(3) Nikmat Iman yang Allah kurniakan kepada kamu adalah jauh lebih baik dari kekayaaan dan kesenangan yang kamu lihat pada mereka, kerana Nikmat Iman itulah yang kekal bawa ke akhirat.
(4) Selayaknya kamu syukur kepada apa yang Allah Kurniakan pada kamu dari harta dunia yang sedikit tetapi memadai untuk kehidupan kamu di dunia yang sementara.
(5) Seandainya Allah Ta'ala Kurniakan kamu harta dunia, kekayaan melimpah ruah seperti yang kamu lihat pada manusia lain, maka ditakuti kamu menyeleweng dan kufur seperti mereka.
(6) Kebahagiaan yang sebenar dan abadi menunggu kamu di akhirat. Maka TIDAK patut kamu layangkan pandangan kamu kepada kenikmatan sementara yang ada pada golongan2 engkar.
Bersambung siri 61 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment