ASAS TAZKIYYATUN-NAFS

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


ASAS TAZKIYYATUN-NAFS

Menurut Ulama yang Arif Billah, ASAS utama kepada Sistem Tarbiyyah unggul Rasulullah yang membawa kepada kecemerlangan para Sahabat adalah Penyucian "HATI"  melalui  "ZIKRULLAH" serta  Mujahadah melawan nafsu2 rendah /  nafsu2 kejahatan di dalam diri.     Dasar yang menunjangi kenyataan ini adalah Kalimat Allah Yang Maha Agung...

✨🕌✨Firman Allah :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ   خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ(3)الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ  عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

[Al ‘Alaq (96): ayat 1-5]

Wahyu pertama  [    ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ    ]     "Iqra' "   bi ismi Rabbikallazi khalaq"   mengandungi dua makna : Makna pertama "baca" dengan pengertian "baca yang tersurat (yang nyata / yang tertulis) dan pengertian kedua "baca" bermaksud  "Zikir Ingat Allah" serta merenung kepada Allah.

Berkata Al-Qutb Tajul Arifin  Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :

"Ya anakku, Wahyu permulaaan Risalah  (Iqra') adalah menyuruh Zikr akan Kalimah Allah.  Kerana makna Iqra'  dan zikir bersamaan jua    yakni Kalimah yang  muradif  — berlainan lafaz bersatu makna."

[Risalah Ma'rifat :  Siri 1,  ms 26]

Proses ini berlaku selama 10 tahun sebelum turunnya wahyu memerintahkan supaya mendirikan solat 5 waktu sehari semalam.    Ini bermaksud selama 10 tahun kewajipan Sahabat Rasulullah ketika itu hanyalah melakukan ZIKRULLAH  di dalam HATI  serta terus-menerus mujahadah melawan keinginan2 nafsu kejahatan sehingga tumpas semuanya. 

Persoalan untuk direnungkan sedalam2nya:

(1) Apakah  isyarat yang terkandung di dalam Perintah Allah Ta'ala yang menyuruh  Rasulullah mendidik serta menyucikan jiwa sekalian sahabat dengan Zikrullah dan Mujahadah melawan nafsu2 kejahatan sejak permulaan wahyu pertama sampai 10 tahun lamanya?

(2) Apakah hikmahnya Syari'at (zahir) pertama Solat  diturunkan setelah berlalu suatu jangkamasa yang lama, iaitu setelah 10 tahun kerasulan?

(3) Apakah rahsianya para Sahabat Rasulullah menempuh  Proses Penyucian HATI pada  jangkawaktu yang sangat lama sebelum dibebankan dengan Syari'at (zahir)?

(4) Kunci dan Asas bagi Sistem Tarbiyyah Rasulullah    adalah HATI dan ZIKRULLAH.   Apakah rahsia HATI dan apakah rahsia ZIKRULLAH?

 

Renungkanlah dan mohon Petunjuk Allah, Moga ditunjukkan jalan yang lurus.

 

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...