■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
SIRI 1 :
1.0 Muqaddimah
● Apakah itu Syari'at?
● Apakah itu Toriqat?
● Apakah beza Syari'at dan Toriqat?
● Apakah itu Tasawwuf?
● Apakah Tasawwuf-Toriqat ini daripada Rasulullah?
● Manakah dalil2 Tasawwuf-Toriqat di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul serta Fatwa Ulama?
●Apakah definisi sebenar Tasawwuf -Toriqat?
●Apakah perbezaan / hubungan Tasawwuf dan Toriqat?
●Bolehkah Tasawwuf didapati dengan bacaan/ perbahasan/ seminar/diskusi?
●Jika tidak, bagaimanakah cara sebenar memperoleh Tasawwuf?
● Apakah kaitan semua ini dengan Tauhid yang hakiki serta Tuntutan Allah yang sebenar?
Inilah persoalan2 yang sentiasa berlegar di kalangan Ummat Islam. Bahkan persoalan2 ini bangkit sejak Ulama Ma'rifat / Ahli Sufi / Shaikh Mursyid yang siddiq melakukan ijtihad mengumpulkan ilmu ini dalam bentuk yang tersusun dan mempunyai disiplin tersendiri pada kurun pertama Hijriyyah.
Sebahagian Ummat Islam sudah mengetahui jawapan kepada persoalan2 ini. Namun sebahagian Ummat ini masih di dalam kebingungan. Bahkan ada yang tidak pernah dengar istilah2 Tasawwuf, Toriqat, Haqiqat, Ma'rifat, Maqam ihsan, Tauhid hakiki, Shaikh Mursyid dll. Sedangkan pada hakikatnya semua ini adalah Khazanah Warisan Ahlus Sunnah yang diterima turun-temurun daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ yang dipindahkan daripada generasi ke generasi sambung-menyambung dengan peraturan dan disiplin yang tegas dan kukuh.
Jika ada yang bertanya mengapakah kebanyakan orang Islam zaman ini tidak tahu semua hal ini sedangkan mereka juga Ahlus Sunnah? Jawapan kepada persoalan ini adalah satu hal lain yang memerlukan penjelasan yang panjang.
Namun jawapan secara ringkas adalah : Puncanya adalah jauhnya ummat Islam dari Agama yang benar. Tidak menuntut Ilmu dari Pewaris Nabi (Shaikh Mursyid) yang benar, kerosakan pemerintah, kejahilan cerdik pandai Agama yang terpengaruh dengan falsafah kuffar, propoganda Yahudi untuk melemahkan Ummat Islam. Semua ini tipu daya Iblis untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar...!
Sesungguhnya Ilmu Toriqat yang menerbitkan Tasawwuf / Ma'rifat / Tauhid suci murni adalah mutiara khazanah berakar umbi kukuh di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul Baginda.
In shaa Allah, di dalam Risalah kecil ini, dengan curahan Rahmat Allah, mudah2an kita dapat sedikit gambaran akan khazanah Ahlus Sunnah yang amat berharga ini.
SIRI 2:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2.0 Tiga Golongan Menghadapi Tasawwuf-Toriqat
Secara umumnya terdapat tiga golongan orang Islam menghadap semua persoalan ini (Tasawwuf, Toriqat, Haqiqat, Ma'rifat, Shaikh Mursyid dll yang berkaitan)
Pertama:
Golongan ghuluww (melampau ketentuan Agama yang benar) yang terang2 engkar, menafikan dan memerangi Ilmu Tasawwuf, Toriqat, Ma'rifat, warisan Mursyid, Ahli Sufi dll yang berkaitan.
Golongan ghuluww ini menganggap semua ini bid'ah sesat dan suatu yang asing dalam Agama. Ada juga terlalu melampau sampai menuduhnya sebagai ajaran Hindu, Majusi dsb. Nauzubilah.!
Mereka ini adalah Golongan wahabiyah (Khawarij zaman ini), Golongan Syi'ah Rafidhi, Golongan sekular dll dari 72 golongan sesat yang lain.
Kedua :
Golongan ghuluww (melampau ketentuan Agama yang benar) dari kalangan yang memahami sebahagian dari Ilmu Tasawwuf, Ma'rifat tetapi mereka menyeleweng dari maksud sebenar Tasawwuf -Toriqat.
Sebahagiannya menyalahgunakan ilmu2 yang mereka pelajari untuk kepentingan dunia seperti untuk kekuatan di dalam bersilat, menyedut duit, bomoh, dukun, pawang, nujum dsb.
Sebahagian lagi tersesat akibat dari tiada Guru memimpinnya. Mereka membaca sendiri kitab2 Tasawwuf dan beramal sendiri. Atau mereka meninggalkan Guru Mursyidnya untuk jalan sendiri atas sangkaan sudah mencapai Ketuhanan. Atau mereka terkena istidraj akibat berubah niat tidak ikhlas, menyalahi adab2 besar atau tiada syukur.
Menurut Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, terdapat 11 kelompok di zaman beliau yang tersesat di dalam keruhanian akibat terikut nafsu dan bisikan Iblis. Pada zaman ini golongan2 seperti ini masih wujud.
Ketiga:
Golongan ahlus sunnah Wal Jamaah yang tulen (benar) yang mengakui, menerima, serta amalkan Ilmu Tasawwuf - Toriqat di samping Ilmu Syari'at.
Maksudnya mereka mengamalkan kedua2 Ilmu yang diterima dari Rasulullah ﷺ, iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ , tanpa terpisah2. Mereka amalkannya sungguh2 menurut sistem pendidikan yang telah ditunjukkan oleh Masyaikh (jamak bagi Shaikh) sepanjang zaman.
Inilah Golongan benar, Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar yang wajib di ikuti.
SIRI 3:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 Sepuluh Fakta Penting Tasawwuf-Toriqat
Berikut adalah 10 Fakta Terpenting berhubung dengan Tasawwuf-Toriqat yang wajib diketahui oleh setiap Muslim Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.
📗✍️ 1:
Ahlus Sunnah Yang Benar (tulen) Berpegang kepada Kedua2 Ilmu Syari'at dan Toriqat / Tasawwuf
Ahlus Sunnah yang tulen (benar) menerima, mewarisi dan berpegang teguh kepada dua bentuk ilmu dari Rasulullah ﷺ iaitu :
Pertama : Syari'at Rasulullah ﷺ
Kedua : Toriqat Rasulullah ﷺ
●Ilmu Syari'at disebut juga sebagai ilmu zahir, ilmu syari'at zahir, ilmu fiqh.
●Ilmu Toriqat disebut juga sebagai llmu batin hati, ilmu haqiqat, ilmu Ma'rifat, Ilmu tasawwuf, ilmu ihsan, ilmu taqwa.
(Intisari dari kedua2 ilmu ini terkandung di dalam Wahyu pertama " Iqra' " )
📗✍️Fakta 2:
Syari'at Berkait Amal Zahir. Toriqat Berkait Amal Batin / Hati.
●Syari'at Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk kepada anggota zahir - seperti solat, puasa, zakat, da'wah, jihad, muamalah jual beli, nikah kahwin, ekonomi, politik pemerintahan negara dll.
●Toriqat Rasulullah ﷺ adalah sekalian ilmu dan amal yang takluk kepada anggota batin (hati, ruh dan sirr) iaitu melakukan riadah melawan nafsu kejahatan, menyucikan hati dengan zikrullah, tawajjuh (zikir berjemaah), khilwah (uzlah yang khusus) , dan lain2 yang berkaitan - bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit yang menyebabkan kekufuran, kekejian dan kelalaian.
(Kandungan kedua2 ilmu ini adalah keseluruhan Manhaj Al Qur'an)
📗✍️Fakta 3:
Setiap Mukallaf Wajib Amalkan (Fardhu 'Ain) Amalkan Tasawwuf/Toriqat
Menurut ijma Ulama Ahlus Sunnah, WAJIB atas setiap orang Muslim yang mukallaf (akil baligh) amalkan kedua2 ilmu tersebut (syari'at dan Toriqat /Tasawwuf). Meninggalkan salah satu darinya boleh menjerumuskan kepada kefasikan, kesesatan atau kekufuran kerana kedua2 nya bersumber dari Wahyu Ilahi.
📗✍️Fakta 4:
Pembahagian Ilmu Syari'at dan Toriqat /Tasawwuf adalah Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah.
Syari'at dan Toriqat wujud di zaman Rasulullah ﷺ dalam bentuk yang menyeluruh / bersatu tanpa terpisah2. Ketika itu belum ada pembahagian ilmu2 Islam sebagaimana yang wujud pada zaman ini.
Pembahagian tersebut zahir pada kurun pertama Hijriyyah, berdasarkan Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah.
Apa yang dikenali dan diamalkan oleh para sahabat hanya lah dua sumber ilmu iaitu Al-Qur'an dan As Sunnah. Para sahabat adalah faqih (mahir di dalam fiqh dan sekaligus sangat arif mengenal Allah) sehingga di gelar arif Billah. Ini bermakna para sahabat adalah pakar di dalam ilmu fiqh (fekah) dan sekaligus pakar di dalam Ilmu Ma'rifat, TIADA pemisahan antara keduanya.
Berbeza dengan zaman kemudiannya, timbul orang alim yang hanya pelajari ilmu fiqh dan meninggalkan ilmu tasawwuf, sehingga dia dikenali sebagai alim fiqh sahaja (atau alim kitab). Hal ini yang kemudiannya membawa kepada kepincangan Ummat.
SIRI 4:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 Sepuluh Fakta Penting Tasawwuf-Toriqat ... sambongan
📗✍️Fakta 5:
Mursyid Pewaris Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Warisatul Anbiya' (pewaris Nabi) yang dikenali sebagai "Mursyid" mewarisi kedua2 Syari'at dan Toriqat. Ilmu dan amal Rasulullah ﷺ tersebut diwarisi dengan kaedah yang sangat berdisiplin, tertib, penuh rahsia dan terpelihara keasliannya. Sehingga setiap Ilmu yang dicurahkan oleh Mursyid yang siddiq (benar) adalah seolah2 menerima dari Rasulullah ﷺ , disebabkan kesinambungan keruhanian yang tiada putus.
Allah Ta'ala memilih mereka dan Kurniakan mereka kelengkapan hati dan ruh sehingga mereka mampu menunaikan amanah warisan Rasulullah ﷺ ... memimpin manusia kepada Allah Ta'ala. Dengan ini juga menjadi isyarat bahawa mencari dan mengikut Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) adalah wajib atas setiap Muslim yang mukallaf.
(Sila rujuk tajuk Risalah Mursyid, Pewaris Nabi sebenar)
📗✍️Fakta 6:
Tauhid Yang Sebenar Terhasil dengan Amalkan Kedua2 Syari'at dan Toriqat
Setiap Muslim yang amalkan kedua2 ilmu tersebut (Syari'at dan Toriqat Rasulullah) dengan mematuhi disipilin2nya dengan pimpinan Guru Mursyid, maka akan terbitlah cahaya hati yang membuahkan Tauhid yang suci murni. Tauhid yang suci murni ini yang dipanggil Ma'rifat.
📗✍️Fakta 7:
Tasawwuf adalah Matlamat.
Toriqat menunjuk Jalan.
Hubungan (kaitan) di antara Tasawwuf dan Toriqat adalah :
●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat yang ingin dicapai sedang Toriqat menunjukkan jalan2 bagi mencapai kecemerlangan tersebut.
●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan ketinggian akhlaq, sedangkan Toriqat mengatur langkah2 mencapai kesucian tersebut.
●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap mukallaf bersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) dan ghaflah (kelalaian), sedang Toriqat menyusun amal2 soleh yang terdiri dari zikrullah, mujahadah, khilwah (uzlah) dll. untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah.
Ini kenyataan mutlaq:
Tasawwuf tidak akan terhasil melainkan melalui Toriqat.
📗✍️Fakta 8:
Tasawwuf Adalah Penghayatan Hati dan Ruh, Bukan Sekadar Teori..
Tasawwuf adalah penghayatan qalb (hati), ruh (roh) dan sirr (rahsia diri yang sangat dalam) BUKAN semata2 lafaz pengakuan lisan.
Tasawwuf TIDAK terhasil semata2 dengan bacaan buku, syarahan, diskusi, seminar atau sekadar teori2. Tetapi untuk memperoleh Tasawwuf, seseorang mesti menempuh perjalanan keruhanian menurut peraturan, adab,disiplin Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (benar)
📗✍️Fakta 9 :
Semua Rasul dan Nabi menyeru dan amalkan Tasawwuf
Tasawwuf diamalkan oleh kesemua Anbiya mulai dari Nabi Adam Alaihis-Salam sehingga kepada Nabi kita Sayyidina Maulana Muhammad ﷺ, Yang benar adalah : Baginda adalah "sumber Tasawwuf," Baginda adalah "pencetus Ilmu Tasawwuf" dan Baginda juga menjadi "penyempurna kepada Tasawwuf."
📗✍️Fakta 10:
Tasawwuf Berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah dan Ijma Qias Ulama bertaraf Auliya Allah.
Fahami sungguh2,
Tasawwuf yang hakiki / murni yang diterima dari Rasulullah ﷺ , serta diwarisi oleh sekalian Masyaikh (Guru2 Mursyid yang mewarisi Nabi) adalah berdiri kukuh atas Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama bertaraf Auliya Allah.
Para Masyaikh telah menyusun Disiplin, Peraturan, Syarat2 dan Adab2 tersendiri berdasarkan Petunjuk Allah dan pimpinan ruhaniah Rasululullah ﷺ
Ianya TIDAK ada kaitan / gabungan dari mana2 ilmu falsafah pemikiran ahli fikir, ilmu silat, ilmu bela diri, ilmu kebatinan sesat atau ilmu hakikiat batil. Mereka yang megaitkan Ilmu Tasawwuf / Toriqat yang murni atau campur adukkannya dengan ilmu2 tersebut adalah penyeleweng dari Jalan Kebenaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
SIRI 5:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Fatwa Imam2 Mazhab Empat :
Sebahagian orang Islam yang cetek pengetahuannya menyangka para Imam Mazhab yang empat tidak mengamalkan Tasawwuf-Toriqat kerana pada anggapan mereka Ulama2 besar mazhab fiqh adalah Imam Fiqh sahaja yang tiada kaitan dengan Tasawwuf-Toriqat.
Bahkan, lebih buruk ada pula berani menuduhnya Tasawwuf-Toriqat sebagai bid'ah sesat. Pegangan orang2 ini adalah pegangan batil dan sesat. Ini kerana kesemua Ulama Mazhab adalah pengamal Syari'at dan sekaligus Tasawwuf-Toriqat.
Menukil kata2
Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu menyebut di dalam Risalah :
Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Guru Mursyid kepada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) adalah Imam Ja’afar Siddiq (Imam Besar Ahlus Sunnah yang bergelar Imam At-Toriqah Wal Haqiqat)
Sementara Guru Mursyid kepada Imam Asy-Syafi’e (mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (mazhab Hambali) adalah Imam Ma’ruf Al Kirkhi.
[Risalah Ma’rifat, Allamah Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Menukil kata2
Imam Ghazali menyebut kisah Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibnu Hambal dan Imam Yahya bin Muin berkhidmat Imam Ma'ruf Al Kirkhi dan Shaikh Syaiban untuk memperoleh Ilmu Tasawwuf.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin:
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya :
“ Bagaimanakah membuat itu dan ini?”
Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Shaikh Syaiban Ahli Sufi)?”
Maka menjawab Imam Shafie :
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zahir tidak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan :
“Bagaimana berbuat ini.”
(yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.
[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]
[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
Berikut adalah fatwa dan kata2 mutiara Imam2 Mazhab yang mulia:
💫🕌Kata Imam Abu Hanifah,
“Jika tidak kerana dua tahun, saya telah celaka. Kerana dua tahun saya bersama Imam Jafar Siddiq, maka saya mendapatkan ilmu keruhanian yang membuat saya lebih mengetahui jalan yang benar”
[Catatan oleh : Imam Jalaluddin As-Sayuthi didalam kitab beliau Durrul-Manthur]
💫🕌Imam Malik berkata :
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq . Barangsiapa yang bertasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq . Barangsiapa menghimpun keduanya itulah muhaqqiq (yang benar) "
[Catitan didalam kitab Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat]
💫🕌Kata Imam Syafi’e :
“Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani tasawwuf, dan janganlah engkau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasihat padamu. Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan taqwa. Sedangkan orang yg hanya menjalani tasawwuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana mungkin dia menjadi baik.
[Diwan Imam Asy-Syafi'e, muka 47]
💫🕌 Imam Ahmad bin Hanbal berkata :
“Anakku, kamu mesti duduk bersama orang-orang Sufi (Mursyid), kerana mereka adalah mata air ilmu dan mereka selalu mengingat Allah dalam hati mereka. Mereka adalah orang-orang zuhud yang memiliki kekuatan keruhanian yang tertinggi. Aku tidak melihat orang yang lebih baik dari mereka."
[catatan : Muhammad Ibnu Ahmad As-Saffarini, Ghiza—ul- Albab, Jilid 1, muka 120]
SIRI 6:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.0 Definisi Tasawwuf :
Ta'rif atau definisi teramat penting bagi menentukan ruang batas, sifat2, matlamatnya Tasawwuf. Bahkan secara umumnya ta'rif, tafsir, huraian dan syarahan bagi semua istilah2 di dalam Agama amat penting bagi memastikan kebenaran suatu ilmu.
Ta'rif ini wajib sesuai dengan jiwa Agama, iaitu sebagaimana Ta'rif yang diberikan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah. Hanya dengan berpegang kepada Ta'rif, huraian, tafsir, syarahan yang diberikan oleh Ulama bertaraf Auliya Allah, barulah Ummat ini akan selamat. Sebaliknya merujuk kepada ta'rif, tafsiran, syarahan selain dari mereka (orang yang cetek ilmu dan tak layak ) akan bawa kepada kesesatan dan kecelakaan. Wal Iyazubillah.
5.1 Pengertian Sudut Bahasa
Ilmu tasawwuf dan istilah sufi selalu bergandingan. Dari sudut bahasa, Tasawwuf dan Sufi dikatakan berasal dari beberapa ungkapan :
(1) Dari kalimah الصَفَاءُ [Sofa] yang melambangkan kesucian hati daripada Syrik khafi dan sifat-sifat mazmumah.
(2) Dari kalimah صُوْفُ [Suf] yang menjadi pakaian ahli2 zuhud menjauhi kemewahan dunia.
(3) Dari kalimah الصَّفُّ [Saf] yang bermaksud saf solat. kerana ahli tasawwuf berada di saf hadapan ketika solat.
(4) Dari kalimah الصُّفَّةُ, [Suffah] iaitu tempat di utara masjid Nabi yang menjadi tempat bermalam bagi sahabat2 Nabi yang zuhud lagi fakir. Mengikut riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah katanya: Aku pernah melihat 70 orang daripada kalangan ahli suffah yang tinggal di tempat tersebut.
(5) Dari kalimah سُوْفِيَا [Sufiya] yang membawa maksud hikmah kebijaksanaan.
5.2 Pengertian Sudut Istilah
Dari sudut istilah, Ulama Ahlus Sunnah memberikan banyak Ta'rif yang berbeza2. Menurut Imam Zarruq, terdapat lebih 2000 ta'rif yang merujuk kepada Ilmu Tasawwuf.
Walaupun berbagai ta'rif diberikan oleh Ulama Arif, namun ianya tidak bertentangan. Sebaliknya kesemua ta'rif tersebut saling melengkapi dan menguatkan antara satu dengan lain. Dan apabila diteliti secara halus kesemua istilah tersebut membawa makna yang menuju kepada satu pengkhususan iaitu - HATI dan KESUCIAN HATI!
Kesucian HATI yang dimaksudkan adalah kesucian daripada sekalian kesyirikan, syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian) dan ghaflah (kelalaian)
Dengan ertikata yang tegas, Tasawwuf / Toriqat membawa insan kembali kepada fitrah diri nya suci murni…!
Dan inilah hakikat seruan sekalian Anbiya dan Mursalin - Seruan kepada Kalimah Tauhid yang suci Kalimah La Ilaha Ilallah
SIRI 7:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.3 Kata2 Ulama berkenaan Istilah Tasawwuf dan Toriqat
Berikut kami nukilkan sebahagian dari pengertian "Tasawwuf" dari Ulama2 A.Sunnah ternama yang kesemuanya Ulama Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah)
✨🕌✨Imam Junaid al-Baghdadi:
“Tasawuf adalah membersihkan hati dari yang selain Allah, berjuang memadamkan semua ajakan yang berasal dari hawa nafsu, mementingkan kehidupan yang lebih kekal (akhirat), menyebarkan nasihat kepada umat manusia, dan mengikuti contoh Rasulullah ﷺ dalam segala hal.
“Tasawuf adalah engkau berada semata-mata bersama Allah Ta'ala tanpa keterikatan dengan apa pun.”
✨🕌✨Imam Ma’ruf Al-Kirkhi:
“Tasawuf ertinya, memihak pada haqiqat2 dan memutuskan harapan dari semua yang ada pada makhluk”. (hanya bergantung hati kepada Allah)
✨🕌✨Al Qutb Imam Abul Hasan Asy-Syadzili:
"Tasawuf adalah melatih diri melalui cinta yang mendalam untuk ibadah dan mengembalikan diri kepada Tuhan." (kembali ke Maqam Kesucian Insan)
✨🕌✨Imam Jalaluddin As-Sayuthi
"Tasawwuf adalah ilmu paling mulia. Ia menerangkan cara2 sebenar mengikuti Sunnah dan jauhi bid'ah (sesat), dan menunjuk cara2 membuang ego dan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah."
✨🕌✨Imam Ahmad Zorruq
"Tasawuf adalah ilmu yang dapat memperbaiki hati dan menjadikannya semata-mata untuk Allah "
✨🕌✨Imam Nawawi:
Dasar-dasar tasawuf itu ada lima perkara :
Bertaqwa pada Allah Ta'ala, baik zahir maupun batinnya. Mengikuti sunnah Nabi ﷺ dalam perkataan dan perbuatan. Berpaling dari mengutamakan manusia, baik di depan maupun di belakangnya. Redha terhadap pemberian Allah, baik sedikit ataupun banyak.
Kembali dan mengembalikan segalanya kepada Allah, zahir maupun batin.
✨🕌✨Shakhul Islam Imam Zakaria Al-Ansari:
"Tasawuf ialah ilmu yang menerangkan cara-cara menyucikan jiwa, memperbaiki akhlak dan membina kesejahteraan zahir dan batin untuk mencapai kebahagiaan yang abadi"
✨🕌✨Imam Ibnu Taimiyyah:
“Tasawuf adalah ilmu tentang kenyataan dan keadaan dari pengalaman. Sufi adalah orang yang menyucikan dirinya dari segala sesuatu yang menjauhkan dari mengingat Allah dan orang yang mengisi dirinya dengan ilmu hati dan ilmu tafakkur (muraqabah) di mana emas dan batu adalah sama saja baginya."
Ungkapan2 lain yang hampir serupa diberikan oleh Ulama Ahlus Sunnah lainnya sepanjang zaman.
SIRI 8:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
5.4 Tokoh Ulama Sunnah yang Ijtihad Ilmu Tasawwuf
Sepanjang zaman Tokoh2 Ulama Ahlus Sunnah yang menghuraikan pengertian Tasawwuf, Kewajipan amal dengannya dan Jalan2 untuk mencapainya dengan cara yang benar.
Di antara Tokoh2 Unggul Ulama2 Mu'tabar yang menghimpun dan menghuraikan ilmu Tasawwuf dan kaedah2 mencapainya melalui Toriqat adalah :
Imam At-Toriqat Wal Haqiqat Qutbul Aqtab Imam Ja'afar Siddiq
Imam Sufyan Ath- Thawri
Imam Sirri Saqthi
Imam Junaid Al Baghdadi
Imam Haskafi
Imam Ibnu Abidin
Imam Ma'ruf Al Kirkhi
Imam Abu Yazid Al Bustami
Imam Qutb Rabbany Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
Imam Abu Hasan Asy-Syazili
Imam Ghazali
Imam Ibn Araby
Imam Muhasibi
Imam Ahmad Zarruq
Imam Fakhruddin Ar-Razi
Imam Abu Nu'aim Al Asfahani
Imam Sayuthi
Imam Qusyairi
Imam Asy-Sya'rani
Imam Qastolani
Imam Ibn Atho illah
Imam Abu Talib Al Makki
Imam Haddad Alawi
Imam Ibn Hajar Al Haythami
Imam Romli
Imam Syarqawi
Imam Zabidi
(dan ramai lagi, in shaa Allah)
Ridhwanullahi Ta'ala Ajma'in ...
Moga Allah redhai kesemua mereka. Merekalah Pewaris2 Nabi yang mulia, yang menerangi dunia sepanjang zaman.
Rumusan ringkas dari sekalian keterangan dan definisi yang telah diberikan oleh Ulama2 Ahlus Sunnah di atas :
(1) Ilmu Tasawwuf, haqiqat Tasawwuf dan Toriqat adalah cabang utama Ajaran Islam menurut pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
(2) Ilmu Tasawwuf dan Toriqat adalah ijtihad Ulama sama seperti ilmu fiqh dan usuluddin. Ketiga2 Ilmu ini bersumberkan Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama.
(3) WAJIB bagi setiap Muslim amalkan kedua2 ilmu fiqh dan tasawwuf. Apabila seseorang Muslim amalkan kedua2 fiqh dan tasawwuf dengan pimpinan Guru yang rasyid, maka akan terhasil baginya ilmu Tauhid yang murni.
(4) Mempertikaikan Ilmu Tasawwuf dan Toriqat yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ adalah kebodohan yang mencelakakan, kerana orang2 yang mempertikaikan demikian adalah menentang Allah dan Rasul. Na'uzubillah
SIRI 9:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Definisi Toriqat
6.1 Pengertian Sudut Bahasa
Toriqat ( طريقة ) adalah istilah Arab bermaksud Jalan, kaedah, manhaj, methodology, mazhab, sistem dll.
6.2 Pengertian Sudut Istilah
Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang muhhaqiq (benar) telah mengemukakan berbagai istilah untuk menta'rifkan istilah Toriqat.
Definisi Pertama:
Toriqat adalah himpunan sekalian amal soleh yang berkait dengan kebaikan hati dan ruh, diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ, serta dihimpunkan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang arif, menjadi suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan) yang tersusun lengkap, bertujuan mendidik seseorang Muslim menjadi hamba Allah yang sejati, dengan pimpinan Gurunya (Guru Mursyid yang benar).
Definisi Kedua
"Toriqat adalah Ilmu yang menyatakan segala syarat2, peraturan, adab2 dan kaifiyyat (cara2) mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur/merenung), Musyahadah (syuhud/menyaksikan), sehingga seseorang itu menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah."
Definisi Ketiga
Toriqat adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah, menyucikan batin HATI nya daripada sekalian syirik khafi (syirik yang tersembunyi), seperti takabbur, ujub, riya' dan lainnya, dan daripada sifat2 mazmumah (sifat2 kekejian) seperti khianat, hasad dengki, tamak haloba, bakhil, cinta dunia dan lainnya, dan daripada ghaflah (kelalaian), kemudian menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah (sifat2 kepujian), iaitu segala sifat2 yang di redhai dan di Kasihi Allah.
Definisi Keempat
Toriqat adalah satu Disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya, dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini dengan pimpinan Shaikhnya (Mursyid yang siddiq), seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan."
Definisi/makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang lain, semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri), bebas merdeka daripada segala sesuatu selain Allah, sehingga akhirnya menjadi hamba Allah yang sejati, hamba yang diredhai dan dikasihi Allah.
SIRI 10:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Definisi Toriqat
Sambungan....
Daripada definisi2 di atas kita dapat merumuskan beberapa perkara penting berhubung dengan Toriqat :
📗✍️Pertama:
Toriqat adalah suatu Disiplin Ilmu dan amal yang bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul, Ianya BUKAN rekaan Ulama atau aqal fikir manusia seperti yang dituduh oleh golongan2 sesat.
Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) hanyalah ijtihad mengambil dan menghimpun dalil2 dan qaidah2 Al-Qur'an dan Sunnah Rasul serta menunjukkan jalan2 tertentu / khusus untuk mengamalkannya.
📗✍️Kedua:
Toriqat adalah himpunan amal yang berkaitan hati, yang bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit sebagaimana Perintah dan tuntuan Allah Ta'ala terhadap manusia, iaitu hapuskan sekalian syirik khafi (syirik yang tersembunyi), mazmumah (sifat2 kekejian), dan ghaflah (kelalaian), sehingga hati itu bercahaya dengan cahaya Ketuhanan.
📗✍️Ketiga :
Dengan mempelajari, beramal dan berpegang teguh dengan prinsip2 Toriqat, (berserta Syari'at) seseorang beriman akan memperoleh TAUHID yang suci murni, UBUDIYYAH yang tulus ikhlas dan kemuncak keredhaan Allah,
Kemuncak Keredhan dan Kasih Allah inilah yang dikenali dengan berbagai istilah di dalam Ma'rifat:
● Maqam Taqwa yang sempurna,
● Maqam Tasawwuf_ yang sempurna,
● Maqam Mukasyafah yang tahqiq,
● Maqam Ihsan
● Maqam Tajalli.
📗✍️Keempat :
Menjelaskan Hubungan / KaitanToriqat dan Tasawwuf :
●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat diri insan yang bertaqwa yang ingin dicapai sedang Toriqat menunjukkan jalan2 bagi mencapai kecemerlangan tersebut.
●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan ketinggian akhlaq mulia, sedangkan Toriqat mengatur langkah2, amal soleh, sistem mencapai kemuliaan dan kesucian tersebut.
●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap orang beriman membersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) dan ghaflah (kelalaian), sedang Toriqat melatih melakukan amal2 soleh yang terdiri dari zikrullah, mujahadah, khilwah (uzlah) dll. untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang menuju Allah.
●Tasawwuf menyebut halangan2 berupa nafsu, syaitan, makhluq dan dunia, yang sentiasa menghambat manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekufuran. Sedang Toriqat adalah praktis menyediakan benteng diri, perisai dan senjata bagi melawan sekalian bisikan2 hawa nafsu syaitan.
📗✍️Kelima :
Menjelaskan kaitan / hubungan diantara Tasawwuf, Toriqat dan Mursyid (ringkas sahaja, penjelasan terperinci rujuk Tajuk "Mursyid Pewaris Nabi Sebenar)
Mursyid adalah Pewaris Nabi yang sebenar mewarisi sekalian Ilmu zahir dan batin, syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. Mereka diberi amanah mendidik manusia kepada Allah sebagaimana Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat Baginda. Mursyid yang siddiq (benar) adalah doktor keruhanian yang mahir yang mengetahui sekalian penyakit² batin manusia dan mempunyai ubat serta penawar bagi menyembuhkan penyakit2 tersebut, dan juga pakar di dalam menunjuk jalan kepada Allah / mencapai kecemerlangan Taqwa
Berikut ini suatu analogi bagi mendekatkan faham:
bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment