Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
MENGAPA HAFIZ QUR'AN IMAM SOLAT, RAJIN SOLAT PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 1 :
Segala Puja dan Puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam yang Mengurniakan Keimanan serta Menunjukki Jalan mengenal-Nya.
Solawat dan Salam atas Junjungan mulia Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.
Salam Kasih kepada sekalian Ahlul Bayyit Baginda, Sahabat Baginda, Auliya Allah yang menjadi Pemimpin Ummat sepanjang zaman sehingga Qiamat.
Semoga Allah Ta'ala Kuniakan Keampunan dan Rahmat-Nya Yang Maha Luas kepada sekalian orang beriman.
Berdasarkan pengalaman kami merawat pesakit2 yang terkena gangguan jinn syaitan, sebahagiannya terdiri dari mereka yang lazim membaca Qur'an, tekun mengerjakan Solat, berpuasa dan ibadah2 lain. Bahkan ada di antaranya Hafiz Qur'an.
Apabila dikhabarkan kepada mereka ini ( Hafiz Qur'an, mereka yang rajin mengerjakan Solat dan membaca Qur'an dll) bahawa penyakit kronik yang mereka hadapi itu bukan penyakit biasa tetapi berpunca dari gangguan jinn syaitan, mereka rasa hairan, musykil dan tak dapat terima hakikatnya. Mereka hairan kerana mereka selalu membaca Qur'an, solat tahajjud, puasa dan melakukan berbagai amal Islam yang lain.
Berikut adalah sebahagian yang menyatakan rasa tak percaya dan musykil dengan diri mereka sendiri.
(1) Hafiz Qur'an
Saya hafiz Qur'an tuan Shaikh. Saya juga mengajar kanak2 mengaji dan hafaz Qur'an. Macamana saya boleh terkena gangguan jinn syaitan?
(2) Tok Imam Masjid
Saya sudah jadi imam berpuluh tahun tuan. Macam mana tuan Shaikh kata penyakit saya ni sebab jinn syaitan ?
(3) Ustazah
Shaikh, saya ni mengaji Ugama sejak kecik. Mak pak saya pun orang alim. Saya pelik tuan shaikh kata saya ada gangguan saka.
(4) Penda'wah
Saya susah percaya tuan, macamana ya... kalau orang yang rajin solat pun, jinn syaitan boleh masuk rumah dan kacau kita ke?
Di atas adalah beberapa contoh saudara2 kita yang terkena berbagai penyakit2 ganjil dan kronik. Diantaranya sakit kepala, sakit perut, sakit belakang berpanjangan. Setengahnya Thalassemia, Schloresis, Bipolar Disorder, Skizofernia dll yang tiada rawatan di dalam perubatan moden. Bahkan setengah penyakit tersebut tak dapat dicari puncanya oleh pakar2 perubatan sekalipun. Mereka juga telah bertemu bermacam2 perawat Syifa', namun tak dapat cari penawarnya.
Apabila diberitahu mereka terkena gangguan jinn syaitan, mereka tak dapat terima kerana mereka mengaji Qur'an, setengah Hafiz Qur'an, alim dalam kitab2, rajin ibadah. Mereka tak dapat menerima kenyataan tersebut kerana menurut sangkaan mereka orang2 rajin ibadah dan mengaji apalagi hafiz Qur'an, tak mungkin dimasuki Iblis syaitan semua.
JAWAPAN:
■■■■■■■■
Untuk mengetahui mengapa orang alim (fiqh), Hafiz Qur'an (penghafal Qur'an), abid (orang yang tekun ibadah) dan zuhhad (orang yang bersifat Zuhud) juga terkena gangguan jinn syaitan, bahkan lebih dari itu didatangi penyakit2 kronik disebabkan oleh jinn syaitan, kita perlu meneliti tiga perkara penting:
Pertama :
Mengetahui cara2 dan peringkat2 Iblis dan syaitan menyerang orang beriman. Kedua :
I'tibar kisah2 orang terdahulu yang disesatkan oleh Iblis syaitan.
Ketiga:
Mengetahui senjata paling berkesan melawan Iblis dan syaitan.
SIRI 2 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1.0 Penjelasan Pertama : Kejadian Jinn, Iblis dan Syaitan:
=====================================
Sebelum melihat penjelasan lanjut berkenaan cara2 Iblis dan kuncu2 dia menggoda dan menyesatkan manusia, ada baiknya kita perhatikan secara ringkas Siapakah yang dikatakan Iblis, Jinn, dan Syaitan — persamaan dan perbezaannya.
JINN / AL JINNU:
_______________
Ta'rif :
Al Jinnu ( اَلجِنُّ ) berasal dari kata : Janana ( جَنَنَ ) bermaksud suatu yang tersembunyi atau suatu yang ditutupi, terlindung dari pandangan mata kasar.
Menurut Syara', jinn adalah makhluq halus yang tersembunyi atau ditutupi dari pandangan manusia umumnya. Manusia (umumnya) tidak dapat mengetahui hal-hal bersangkutan dengan jinn, kecuali orang2 tertentu yang diberi izin oleh Allah melihatnya. Tiga golongan yang dapat melihat Jinn dan alam Jinn.
Pertama : Ahli Ma’rifat
Allah Ta'ala bukakan pandangan Ahli Ma'rifat kepada alam Jinn sebagai suatu Kurniaan-Nya. Tujuannya adalah untuk membenteras serta menjauhkannya dari mengganggu murid2 mereka. (salikin)
Kedua : Ahli Sihir / bomoh / dukun /Pawang
Ahli Sihir juga diberi izin oleh Allah Ta’ala melihat alam Jinn sebagai suatu istidraj, iaitu kelangsungan membinasakan diri sendiri. Oleh kerana niat mereka adalah melakukan kejahatan, maka dilorongkan / dibiarkan mereka di dalam kesesatan.
Ketiga : Orang awam
Orang awam atau Salikin juga kadangkala diperlihatkan kepada alam jinn sebagai suatu dugaan. Hal demikian BUKAN terbuka hijab, BUKAN Anugerah Allah Ta'ala. Maka golongan ini perlu hati2 jangan terpedaya dengan kata2 Jinn. Mereka ini WAJIB mendapat pimpinan Guru yang Arif (Mursyid / Ahli Ma'rifat / Ahli Sufi yang benar).
Asal Kejadian:
Bapa segala Jinn dinamakan "Jaann", iaitu asal bagi sekalian bangsa Jinn, Sebagaimana Adam menjadi bapa bagi sekalian manusia, maka "Al-Jann" ini adalah bapa bagi segala bangsa Jinn.
Al-Jaann adalah makhluq halus yang dijadikan daripada api yang menjulang tinggi.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَخَلَقَ الْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
“Dan Dia (Allah) telah menciptakan Jann (al-jann iaitu bapak jinn) dari lidah api yang menjulang-julang”
[Ar-Rahman (55) : Ayat 15]
Maksud kata2 Allah “Al-Jaann” di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada jinn yang awal2 dijadikan. Asal-usul jinn iaitu bapak segala jinn sebagaimana Adam itu bapak segala manusia, demikianlah “Jann” adalah bapak segala jinn.
Maksud kata2 Allah, " مِن مَّارِجٍ“ (maarij min-nar ) adalah yang api yang marak menjulang yang tiada asap (smokeless fire). Dari sudut sains, api yang paling panas adalah api yang tiada asap kerana terjadi pembakaran lengkap (complete combustion). Ini Bermakna Jinn yang pertama (Al-Jannu) dijadikan oleh Allah Ta’ala dari api yang sangat panas.
Kata Ibnu Abbas,
"Al Jann, iaitu bapak segala Jinn diciptakan dari api yang sangat tulin dan yang paling cantik (seperti api berwarna biru, hijau atau putih semuanya sangat cantik pada pandangan).
Kata Imam Alusi :
Maksud “maarij” adalah api tulin yang tidak ada asap”
✨🕌✨Firman Allah :
وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ
Dan jinn pula (al-jann iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu, dari api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma
[Al-Hijr (15) : Ayat 27]
Di dalam ayat ini sekali lagi Allah Ta’ala menyebut “al-Jann” iaitu bapak segala jinn, kejadiannya adalah dari api yang sangat panas. Istilah ٱلسَّمُومِ “samum” di gunakan di dalam ayat ini untuk menunjukkan keadaan api yang sangat panas yang darinya Jinn itu dijadikan.
Sebahgian Ulama menyebut “samum” adalah api yang meresap ke dalam liang roma – menunjukkan api yang kepanasannya mencapai dajrah yang amat tinggi.
Menurut Ibnu Abbas:
Yang dimaksudkan dengan “samum” adalah api tulin yang tiada asap.
Imam Alusi mengatakan: “samum” adalah api yang tiada asap dan bintang-bintang juga dijadikan dari api jenis itu”
[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]
Inilah penciptaan asal makhluq bernama Jinn, iaitu dari api yang sangat panas. Pembiakan seterusnya bangsa jinn adalah melalui hubungan Jinn jantan dan jinn betina sebagaimana juga yang berlaku kepada manusia.
Beberapa fakta Penting berkenaan Jinn:
(1) Jinn mempunyai jasad, ruh, aqal dan nafsu sama seperti manusia. Maka Jinn bernafas, makan minum, berak, tidur, berkahwin dan beranak pinak.
(2) Jasadnya terdiri dari kepala, tangan, kaki, alat kelamin. Perbezaannya dengan manusia adalah jasadnya terdiri dari jisim halus, boleh berubah2 bentuk menjadi panjang, pendek, kecil dan besar.
(3) Jinn mempunyai Taklif Syara' (iaitu beban hukum Agama). Jinn akan melalui proses kematian, soal mungkar nakir di dalam kubur, soal jawab di Mahsyar, Mizan, Titian Siratal Mustaqim, Syurga dan Neraka.
(4) Jinn menganut berbagai faham dan Agama — Ada yang benar2 beriman namun bilangannya sangat sedikit. Ada jinn menganut fahaman Syi'ah, Wahhabiyyah, Mujassimah dll. yang sesat. Pada keseluruhnnya, kebanyakan jinn adalah fasiq, munafiq, sesat dan kafir. Jinn kafir dan sesat ini memusuhi manusia dan sentiasa mengganggu manusia. Bangsa jinn bekerjasama dengan Iblis untuk menyesatkan manusia seluruhnya.
SIRI 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1.0 Penjelasan Pertama : Kejadian Jinn, Iblis dan Syaitan:_
sambungan....
TA'RIF IBLIS
____________
Iblis ( إِبۡلِيسَ ) adalah dari perkataan al-iblaas yang bermakna “ putus “ iaitu putus asa dari Rahmat Allah.
Maka dikatakan Iblis kerana dia telah berputus asa dari Rahmat Allah sejak Allah Ta’ala melaknat dan mengusir dia dari Syurga, akibat penderhakaan nya.
Beberapa fakta penting Iblis:
(1) Iblis adalah bangsa jinn. Dengan demikian bentuk kejadian dan biologinya sama seperti segala jinn.
(2) Nama asalnya Azazil (bahasa Ibrani) atau Haris (bahasa Arab) iaitu ketika dia beribadah bersama Malaikat di Syurga. Sebaik sahaja dia ingkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah. Dia dila'nat oleh Allah dan dicampak keluar dari Syurga. Iblis dan seluruh keturunannya adalah kafir semuanya dan akan dimasukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.
(3) Kerja Iblis tiada lain melainkan membisikkan kesesatan kepada manusia. Dia sentiasa berusaha menjadikan manusia ingkar kepada Allah Ta'ala.
(4) Tentera Iblis terdiri daripada tiga golongan :
Pertama : Syaitan — anak cucu keturunan Iblis
Kedua : Bangsa jinn yang kafir, fasiq dan sesat
Ketiga : Bangsa manusia yang kafir, fasiq dan sesat
(5) Iblis dipanjangkan umurnya sampai Qiamat. Pada hari Qiamat Iblis (dan anak cucu keturunan dia) akan dicampak terus ke dalam Neraka. Tiada hisab bagi Iblis dan anak cucunya.
TA"RIF SYAITAN:
Syaitan (شَيْطَانٌ) dalam bahasa Arab diambil dari kata (شَطَنَ) yang berarti jauh,
Dengan itu Syaitan adalah bermaksud “makhluk yang jauh dari kebenaran, jauh dari Allah dan yang perangainya menjauhkan manusia dari kebenaran”.
Beberapa Fakta Penting berkenaan Syaitan:
(1) Syaitan adalah anak cucu Iblis, bermakna juga dari golongan jinn.
(2) Kejadian dan sifat biologinya sama seperti jinn.
(3) Kerja Syaitan tiada lain melainkan membisikkan kesesatan serta memimpin manusia kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran.
(4) Syaitan terdiri dari berbagai tingkatan dan berpangkat. ( seperti tentera manusia, dari pangkat prebet sampai General)
Ertinya Syaitan itu bukan satu macam. Tetapi terdiri dari berbagai tingkatan kekuatan, bermula dari yang mempunyai kekuatan biasa kepada syaitan paling keras dan jahat.
(5) Syaitan pangkat rendah ditugaskan goda manusia2 fasiq, kafir. Syaitan pangkat tinggi ditugaskan goda orang alim dan ahli ibadah. Apabila seekor Syaitan gagal sesatkan seseorang, maka Syaitan pangkat lebih tinggi akan dihantar untuk menyesatkannya.
(6) Secara umum, semua jenis Jinn dan manusia yang sangat jahat, keras kefasikannya dan kezalimannya juga dipanggil Syaitan.
(7) Semua Syaitan keturunan Iblis dipanjangkan umur sampai Qiamat dan kelak akan dicampak ke Neraka bersama Iblis.
SIRI 4 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
2.0 Penjelasan Kedua : Penderhakaan Iblis dan Dendam kepada Adam :
=====================================
Punca Penderhakaan Iblis dan Cabaran dia kepada Allah Ta'ala bahawa dia akan sesatkan sekalian bani Adam. (anak cucu Keturunan Nabi Adam Alaihis Salam)
Iblis tertipu dengan kejadiannya:
Sebelum ini kami telah paparkan secara ringkas, Penciptaan Iblis daripada Api yang tulin atau Api yang sangat panas atau Api yang menjulang2.
Iblis menyangka dia diciptakan oleh Allah Ta’ala dengan kemuliaan kerana dijadikan dari api yang sangat tulin dan sangat panas. Dia menyangka api itu suatu kemuliaan sedangkan “api yang marak menyala” dan “api yang menjulang tinggi kepanasannya” adalah menunjukkan kepada Sifat Kemurkaan Allah.
Api yang kecil dan terkawal adalah suatu Ni’mat Allah kepada manusia untuk mengambil manfaatnya pada ketika2 tertentu seperti untuk memasak, mengeringkan tetapi apabila api itu menjadi besar dan tak terkawal ianya menjadi pemusnah yang menghancurkan segala sesuatu di hadapannya.
Banyak kejadian di muka bumi yang telah disaksikan ketika api menjadi besar dan tak terkawal, banyak jiwa terkorban dan kemusnahan harta benda berlaku. Contoh yang lain : lava gunung berapi boleh membunuh ribuan manusia dan membinasakan tanaman, harta benda dan segala yang ada pada alirannya. Di Neraka, api marak menjulang yang meleburkan kulit dan tulang.
Dengan demikian keseluruhannya sifat api yang marak menyala dan membakar adalah menunjukkan sifat yang “membinasakan”. Inilah sifatnya dijadikan Iblis, syaitan dan jinn.
Iblis terusir dari Syurga dan menjadi makhluq terhina:
Iblis tidak mempunyai pengetahuan tetang kejadian dirinya yang mempunyai sifat membinasakan…! Dia tidak tahu sifat “api tulin yang marak menjulang” itu adalah sifat yang membinasakan. Pada sangkaan Iblis, dia adalah mulia dan lebih baik dari Adam. Dengan demikian ketika datang Perintah Allah Ta'ala supaya tunduk hormat kepada Nabi Adam, maka Iblis enggan dan ingkar.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir."
[Al-Baqarah (2) : ayat 34]
Ketika menerima Perintah Allah, sekalian Malaikat tunduk hormat dan muliakan Adam, kecuali Iblis. Iblis ingkar kerana pada sangkaannya dia lebih mulia, lebih baik dan lebih istimewa dari Adam. Iblis menyangka kejadian Adam dari tanah itu hina sedangkan Adam dijadikan dengan kemuliaan. Iblis tidak mengetahui Allah Ta'ala menjadikan Adam sebagai makhluq istimewa.... dijadikan makhluq terbaik, di masukkan "Ruh Qudsi" dan dilengkapi dengan pancaran cahaya Asma' Allah yang Maha Agung. Akibat kebodohan dan Takabbur, maka jadilah Iblis makhluq terlaknat. Wal Iyazubillah.
✨🕌✨ Firman Allah :
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسۡجُدَ إِذۡ أَمَرۡتُكَۖ قَالَ أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬ قَالَ فَٱهۡبِطۡ مِنۡہَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَن تَتَكَبَّرَ فِيہَا فَٱخۡرُجۡ إِنَّكَ مِنَ ٱلصَّـٰغِرِينَ
Allah Ta'ala berfirman : "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? " Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina.
[Al-A'raf (7) : Ayat 12- 13]
Dendam Iblis kepada Adam dan keturunannya:
Akibat penderhakaannya, Iblis terusir dari Syurga dan menjadi makhluq terlaknat.
Sejak peristiwa tersebut, Iblis berdendam kepada Adam dan keturunannya. Dia bersumpah bahawa dia akan menyesatkan semuanya.
💫🕌💫 Firman Allah :
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji/ma'siat/ mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]
Allah Ta'ala berikan penangguhan kepada Iblis sampai Qiamat. Iblis berdendam dan berazam sungguh2 untuk menyesatkan seluruh keturunan Adam. Iblis bebas menggunakan sekalian anak cucu keturunannya, jinn2 yang jahat dan manusia jahat untuk menyempurnakan misi tersebut. Dari kenyataan sejarah banyak sekali manusia telah disesatkan oleh Iblis dan kuncu2nya termasuk orang alim yang rajin beribadah. Sesungguhnya tipu helah Iblis amat halus dan licik.
Sesungguhnya pada kejadian Iblis dan pengusirannya dari Syurga serta penangguhan kematiannya terdapat pengajaran amat berharga untuk direnungkan.
SIRI 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
3.0 Penjelasan ke-3 : Cara dan langkah2 Iblis sesatkan manusia.
===================================
✨🕌✨ Firman Allah :
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) hukumkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : ayat 16-17]
✨🕌✨ Kata Ibnu Abbas,
Iblis bersumpah di hadapan Allah bahawa dia akan menghalang manusia seluruhnya dari jalan Allah, iaitu dari Islam (Tidak beriman, menjadi kafir — pent.)
Tafsiran ayat ( ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ ) bermaksud : Untuk menyesatkan mereka dalam masalah Akhirat. Iblis akan membisikkan bahawa Syurga, Neraka, hari kebangkitan tidak wujud.
Tafsiran ayat ( وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ ) adalah: Iblis membisikkan lagi bahawa dunia tidak akan musnah ( tiada Qiamat). Iblis akan menyuruh manusia tamak, bakhil dan membuat kerosakan.
Tafsiran ayat ( وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ ) adalah : Iblis akan menyesatkan Agama mereka. Jika manusia sudah meniti petunjuk Allah, maka Iblis mendatangkan keraguan hingga mereka keluar dari Petunjuk Allah. Jika manusia yang sudah sememangnya sudah sesat dari Petunjuk, Iblis akan menghiasi kesesatan dengan berbagai macam hiasan sehingga mereka teguh di dalam kesesatan.
Tafsiran ayat ( وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ ) adalah : Iblis menjerat manusia dengan berbagai kelazatan dan hawa nafsu.
Tafsiran ayat ( وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ ۡ ) adalah : Kebanyakan manusia tidak beriman. (kafir, munafiq atau sesat dari Pertunjuk)
[Tamat Petikan Tanwir Al Miqbas min Tafsir Ibn Abbas]
Huraian Tambahan :
Dari ayat Qur'an dan tafsirnya oleh Ibnu Abbas, kita dapat memahami, Iblis tidak berdiam diri setelah menerima La'nat Allah. Iblis berdendam dengan Nabi Adam dan mencabar Allah Ta'ala bahawa dia akan sesatkan seluruh keturunannya.
Iblis menggunakan anak cucu keturunannya dan syaitan bangsa jinn dan syaitan bangsa manusia untuk menyesatkan manusia dengan berbagai jalan dan arah, iaitu dengan helah dan tipu daya yang amat licik dan halus sehingga manusia yang di- datangi Iblis atau kuncu2 nya tidak mengetahui kehadirannya.
Langkah 1:
Membisikkan kekufuran kepada orang Islam, sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR. Jika orang itu sememangnya kafir, dia akan hiasi segala perbuatan orang itu sebagai baik, hebat dan cemerlang... maka kekal dia di dalam kekafiran kerana menyangka diri dia benar.
Langkah 2:
Bisikkan ke dalam hati supaya mengikut jalan2 lain, jalan yang direka2 aqal dan nafsu. Akhirnya orang tersebut menjadi SESAT.
Langkah 3:
Bisikkan ke dalam hati supaya menjadi riya', takkabur, 'ujub dan lain2 syirik khafi serta melakukan berbagai kekejian agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.
Langkah 4:
Memasuki urat2 darah, jantung, salur pernafasan, otak, perut dan faraj (wanita), tulang belikat dll. lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit2 yang pelik dan kronik. Maka LUMPUHLAH segala ibadah.
Demikianlah langkah2 Iblis....licik dan tidak putus asa untuk menarik manusia kepada kelalaian, kefasikan, kesesatan dan kekafiran.
SIRI 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Penjelasan ke-4 : Contoh2 Penyesatan Iblis ke atas manusia
====================================
Langkah Pertama: Iblis menarik manusia kepada kekafiran / murtad:
Sejarah kemanusiaan menunjukkan bagaimana Iblis dan kuncu2nya membisikkan jalan2 kufur kepada manusia sehingga kebanyakan mereka menjadi Kafir dan menentang Allah Ta'ala. Buktinya pada saat ini ( pada 27 Rabi'ul Awwal 1442H / 13 Nov 2020 M ), jumlah penduduk bumi adalah lebih kurang 7.9 Billion. Dari jumlah ini penduduk Islam adalah 1.6 Billion sahaja.
(rekod dari World Population UN)
Berikut adalah penjelasan ringkas dalam bentuk nota, berhubung dengan langkah2 Iblis menarik manusia kepada kekafiran.
(1) Sekiranya seseorang telah menerima Islam, Iblis akan menggoda dengan berbagai jalan untuk menjadikan dia murtad. Contoh paling jelas adalah murtadnya beberapa orang Islam ketika Baginda khabarkan Peristiwa Isra' dan Mi'raj. Orang2 Islam yang lemah Iman tak percaya akan khabar Nabi berkenaan peristiwa Isra' Mi'raj, maka jadilah mereka murtad.
(2) Jika seseorang itu memang sudah kafir, dia akan kirimkan Syaitan2 untuk menghiasi kekafiran sebagai baik dan benar. Maka tetaplah orang ini di dalam kekafiran sampai mati. Wal Iyazubillah.
(3) Iblis memimpin manusia2 yang gemar pada mencari Ketuhanan dan ketenangan hidup supaya menyembah "Tuhan2" yang direka2. Iblis membuat replikasi "Tuhan2" dengan mengambil makhluq2 menjadi Tuhan. Lalu membisikkan kepada mereka bahawa itulah "Tuhan" yang patut disembah. Maka timbullah di kalangan manusia berbagai agama dan aneka bentuk sembahan. Antaranya Majusi, Hindu, Budha, Zoraster, Bahai dll.
(4) Jika ditanya taktik / helah Iblis memujuk lalu meyakinkan manusia yang mencari Ketuhanan ini, jawapannya adalah : Cara Iblis memujuk golongan yang ingin beribadat dan mencari ketenangan ini adalah dengan cara wujudkan "ketenangan palsu", "dunia kayangan palsu", "bayangan Syurga palsu", "dunia fantasi tersendiri yang kelihatan baik dan indah",
Dengan cara ini Iblis dapat mendiamkan manusia yang dahagakan Jalan Ketuhanan yang benar, maka tetaplah golongan ini di dalam khayalan dan sangkaan bahawa mereka benar, sedangkan mereka tenggelam di dalam kekafiran.
(5) Iblis memujuk manusia yang gemar kepada unsur2 keruhanian, magik, perkara2 ghaib dsb supaya menyembah dirinya (Iblis). Iblis berjanji akan berikan mereka beberapa kelebihan dan keistimewaan. Maka ada di antara manusia ini menjadi penyembah Syaitan, mengakui bahawa Syaitan adalah Tuhan mereka. Maka bangkitlah di sana golongan ahli sihir dan bomoh.... terkurung di dalam Kekafiran selamanya. Wal Iyazubillah
(6) Apabila Allah Ta'ala menurunkan seorang Nabi kepada suatu negeri, Iblis dengan pantas menggerakkan sekalian tenteranya menaburkan berbagai fitnah ke dalam hati pemimpin kaum tersebut. Maka jadilah Pemimpin Negara, Menteri2, Hulubalang negeri tersebut menjadi penentang keras Rasul dan Nabi yang diutus. Namrud, Fir'aun, Qarun, Haman, Abu Jahal, Abu Lahab tidak asing lagi dalam lipatan Sejarah sebagai Pemimpin yang amat keras penentangannya kepada Allah dan Utusan-Nya. Menteri2, pembesar2 dan hulubalang menjadi pendokong Pemimpin kafir ini.
(7) Sasaran paling besar Iblis adalah Pemimpin2, Alim Ulama, Pembesar2 dan orang2 yang berpengaruh. Apabila Iblis berjaya membawa pemimpin, alim Ulama dan pembesar2 suatu masyarakat kepada kekafiran, maka lebih mudah bagi Iblis menarik orang2 di bawah pimpinannya kepada kekafiran.
(8) Iblis membisikkan kepada Paderi, Rahib dan Pendeta Agama agar mereka mengubah Kitab2 Samawi supaya mereka kekal berkuasa atas manusia dan mendapat habuan dunia. Paderi2 Kristian dan Paderi2 Yahudi mengubah kitab Injil dan Taurat. Mereka menerima La'nat Allah dan kekal di dalam Neraka bersama Iblis. Wal Iyazubillah.
Demikianlah kami paparkan beberapa contoh cara2 Iblis menarik manusia kepada kekafiran supaya ramai teman dia di dalam Neraka nanti.
SIRI 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
4.0 Penjelasan ke-4 : Contoh2 Penyesatan Iblis ke atas manusia
sambungan...._
Langkah Kedua: Iblis Menarik kepada kesesatan:
Pada siri yang lalu, kita melihat Langkah Pertama Iblis menarik manusia kepada kekafiran dengan berbagai cara yang licik dan tipu daya. Apabila Iblis tak mampu menarik manusia kepada kekafiran (menjadi kafir atau murtad), maka langkah seterusnya adalah cuba menarik orang yang sudah Islam kepada kesesatan.
Maksud Iblis menarik kepada kesesatan adalah :
Membisikkan kepada orang Islam supaya keluar dari jama'ah kaum Muslimin, iaitu keluar dari Saf Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan keluar dari keta'atan kepada Pewaris Nabi yang Siddiq. Generasi Pertama Pewaris Nabi yang Siddiq adalah Khulafa' Ar-Rasyidin. Generasi Pewaris Nabi seterusnya dikenali sebagai Imam, Shaikh, Mursyid, Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat yang Siddiq.
Ahlus Sunnah akan sentiasa terselamat kerana mereka mempunyai pimpinan Pewaris Nabi yang Siddiq, iaitu mereka yang telah dipilih oleh Allah mewarisi Nabi ﷺ zahir dan batin.
✨🕌✨ Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu di warisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid / Warisatul Anbiya / Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.
✨🕌✨ Berkata Imam Jilani,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Warisatul Anbiya' / Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilihNya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Dengan demikian sesiapa sahaja memisahkan diri dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah Golongan yang sesat sebagaimana Hadith Nabi ﷺ. berkenaan perpecahan Ummat setelah kewafatan Baginda.
Kelompok Pertama yang keluar dari Jama'ah Muslimin dan membuat kelompok sendiri adalah kaum Khawarij (sekarang ini dikenali sebagai Wahhabiyyah atau Najdiyyah ). Bibit permulaan Kaum Khawarij telah bangkit di zaman Rasulullah ﷺ lagi, iaitu ketika orang Islam bernama Zulkhuwaishirah tanpa sedikit pun takut mengherdik Nabi dengan kata : " Wahai Muhammad, berlaku adillah." Sayyidina Umar bangkit dan mohon izin untuk memenggal leher Zulkhuaishirah kerana menengking Rasulullah ﷺ, namun Rasulullah ﷺ melarang. Tetapi Baginda telah beri isyarat bahawa daripada orang ini (Zulkhuwaishirah) akan bangkit Golongan Khawarij yang memerangi kaum Muslimin dan halalkan darah mereka.
Golongan kedua yang memisahkan diri dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah Syi'ah (Rafidhi), kemudian Mu'tazilah, kemudian Jabariyyah, kemudian Mujassimah, Musyabbihah dll yang semuanya berjumlah 72 golongan.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“وَالَّذِيْ نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ فِرْقَةً فَوَاحِدٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ قِيْلَ مَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ قَالَ: أَهْلُ السَّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ”.
“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka, maka para sahabat bertanya siapakah mereka yang Rasulullah? Nabi bersabda: Ahlus-Sunnah Wa al-Jama`ah”.
[Imam Al-Tabarani]
Bahkan Allah Ta'ala telah Berikan Amaran sebelum itu melalui Kalam-Nya Yang Maha Agung supaya berpegang teguh dengan Jalan Rasulullah ﷺ dan jangan sesekali ikut jalan lain kerana jalan lain akan menjadikan kamu sesat.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون
"Dan inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain - jalan sesat), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertaqwa.
[Al-An'am (6) : Ayat 153]
72 Golongan yang sesat pada Aqidah dan Syari'at:
Menurut Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, 72 golongan yang dimaksudkan di dalam Hadith Nabi adalah :
1. Khwarij - 15 kelompok
2. Mu'tazilah - 6 kelompok
3. Murji'ah - 12 kelompok
4. Syiah - 32 kelompok
5. Jahmiyyah - 1 kelompok
6. Najjariyyah- 1 kelompok
7. Dharariyyah - 1 kelompok
8. Kilabiyyah - 1 kelompok
9. Musyabbihah - 3 kelompok
Jumlah semua 72 golongan
11 Golongan Sesat Keruhanian / Sufi Palsu / Mursyid Palsu
Menurut Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu lagi, selain dari 72 golongan yang disesatkan Iblis pada sisi Syari'at, terdapat lagi 11 kelompok keruhanian yang disesatkan oleh Iblis dengan berbagai "wayang", dan "helah yang sangat halus", Iblis menyesatkan mereka dengan cara2 yang amat halus sekira2nya mereka tidak menyedari telah jatuh perangkap Iblis.
(1) Hululiah
(2) Haliah,
(3) Awliaiyyah,
(4) Syamuraniyya,
(5) Hubbiyah,
(6) Hurriyah,
(7) Ibahiyyah,
(8) Mutakasyiliyah,
(9) Mutajahiyah,
(10) Wafiqiyah
(11) Ilhamiyah
Pada zaman ini, kumpulan2 sesat keruhanian dan Sufi PALSU masih wujud tetapi dengan nama samaran lain, dengan pendekatan lain. Kesan2 penyimpangan golongan Sufi PALSU terlihat dalam beberapa kumpulan keruhanian yang tersesat seperti berikut :
(1) Golongan Bathiniah
(2) Golongan Ilmu Haqiqat (Palsu) (kaji hakikat dengan aqal fikiran)
(3) Golongan Silat Ma'rifat (Palsu) (menggunakan Silat dan Ilmu Kebal)
(4) Golongan Peruqyah Syifa' Ma'rifat (Palsu)
(5) Golongan Asmaul Husna Tarik Rezeki
(6) Golongan Meditasi Ruh Alam - konsep Reiki, Cakra, Kundalini dll.
(7) Golongan Ilmu Tapak Tangan Ajaib
SIRI 8 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Langkah Kedua: Iblis Menarik kepada kesesatan:
sambungan....
Iblis menarik Orang Islam kepada Kesesatan:
Berikut adalah penjelasan ringkas berhubung dengan langkah kedua Iblis menyeru orang Islam kepada Kesesatan — menarik keluar dari Jalan Benar lalu menjerumuskan mereka kepada Jalan2 sesat yang di Murkai Allah.
(1) Apabila Iblis tak mampu menarik seseorang kepada kekafiran, dia akan berusaha meniupkan sangkaan2 buruk, membisikkan berbagai fitnah ke dalam hatinya sehingga dia keluar dari Jalan Kebenaran.
(2) Punca seseorang terjebak kepada Golongan Sesat seperti Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyah dll amat banyak, namun punca paling besar adalah dua : Pertama : Tidak berguru kepada Mursyid yang siddiq. Kedua : Hilang ikhlas / tidak ikhlas kerana Allah di dalam Agama sebaliknya ada niat2 lain yang menyimpang.
(3) Apabila diteliti perjalanan segala kelompok yang tersesat ini, sama ada Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi) dan lain2nya kita akan dapati mereka TIDAK mempunyai Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpin mereka. Pemimpin mereka hanyalah orang alim fiqh yang BUKAN Ahli Ma'rifat. Maka mudahlah mereka tertipu dengan segala hujjah dan helah Iblis. Misalnya golongan Khawarij terkenal sebagai keras kepala dan membunuh orang Islam sewenang2nya kerana hasutan Iblis.
(4) Pada zaman ini Iblis menghasut golongan Wahhabiyyah supaya melakukan berbagai tipu daya dari dalam. (menyamar sebagai Ahlus Sunnah). Mereka mengaku Ahlus Sunnah, berpakaian seperti Ahlus Sunnah tetapi tindakan dan perkataan mereka sama seperti Wahhabiyyah. Maka lahir lah penda'wah2, ustad2, profesor, PhD, Drs, Kiyai dll yang fasih baca Qur'an, mahir baca Hadith, merujuk kitab Imam Ahlus Sunnah, menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah tetapi mereka menyelewengkan kepada fahaman batil Wahhabiyyah.
(5) Punca Golongan keruhanian yang tersesat (toriqat palsu, sufi palsu) seperti yang di sebutkan oleh Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, juga akibat dari tidak berguru kepada Mursyid yang Siddiq dan tidak ikhlas.
(6) Cara Iblis memperdayakan golongan ini adalah dengan mendatangkan berbagai "cahaya yang gemilang", memasuki berbagai "alam yang sangat indah" sehingga orang yang mengalaminya terpesona dan percaya itu semua dari Allah Ta'ala. Sedangkan ianya hanyalah fatamorgana dari perbuatan Iblis.
(7) Iblis juga menyamar sebagai Wali Allah yang besar, Wali Agung, Wali Songo dll untuk memimpin mereka di alam ghaib. Golongan yang minat pada ilmu keruhanian dan Tasawwuf tidak kenal Wali Allah, tidak kenal dunia Ma'rifat, tidak dapat bezakan haq dan batil sehingga mereka menyangka apa sahaja yang kelihatan hebat dan bercahaya2 itu adalah baik dari Allah, sedangkan mereka sebenarnya tertipu.
SIRI 9 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Langkah ke-3: Iblis menarik kepada Kefasikan
Apabila Iblis telah gagal dalam usaha dia menarik manusia kepada kekafiran atau kesesatan (72 Golongan sesat atau 11 golongan sesat keruhanian), dia akan berusaha pula menarik kepada kefasikan.
Kefasikan lebih umum dari kekafiran atau kesesatan. Setiap orang kafir atau sesat adalah orang fasiq, Tetapi orang yang fasiq tidak semestinya kafir atau sesat. Di dalam bahasa yang lebih mudah, Orang yang fasiq masih tergolong ke dalam golongan beriman selama dia masih berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen), tetapi Iman golongan fasiq ini tersangat nipis akibat kekufuran dan keengkaran mereka, bila2 masa sahaja boleh terjatuh kepada Golongan sesat. Wal Iyazubillah.
Siapakah yang dikatakan Fasiq?
Apakah tanda2nya?
Bilakah dikatakan seseorang itu Fasiq?
Adakah Fasiq hanya terbatas kepada orang yang melakukan ma'siat seperti zina, melacur, judi, minum arak dll sepertinya. Adakah kalian sedar orang2 beramal kebaikan dan ibadah juga boleh jatuh kepada Golongan fasiq? Adakah kalian sedar orang alim yang banyak ilmu juga boleh jadi fasiq?
Ramai orang Islam menyangka mereka sudah selamat dan tidak terkena kefasikan apabila mereka mengerjakan Solat, Puasa dll. Pada sangkaan mereka istilah fasiq hanya terkena kepada orang2 yang bergelumang di dalam ma'siat seperti zina, minum arak, judi dll. Sesungguhnya ini adalah tipu daya Iblis kepada orang2 yang gemar beramal....!
Seperti yang kami katakan pada awal Risalah ini, pendekatan Iblis kepada manusia adalah berbeza-beza dari seorang kepada seseorang lain; tidaklah sama semuanya. Pendekatan Iblis kepada orang Islam yang gemar beramal adalah dengan "memperindahkan amalnya" sehingga dia menyangka amal dan kebajikan yang dia lakukan sudah baik dan terhindar dari kefasikan.
Ketahuilah...
Kefasikan tidak hanya terkena kepada orang yang bergelumang di dalam ma'siat yang terang2an atau kerana meninggalkan solat, puasa dll, tetapi juga kepada orang yang gemar beramal soleh. Bahkan amal ibadah itu sendiri boleh berubah menjadi ma'siat lalu menjerumuskan seseorang kepada kefasikan, sekiranya amal tersebut terkeluar dari landasan kebenaran akibat terkena tipu daya nafsu dan Iblis...! Wal Iyazubillah.
Susah percaya kenyataan ini?
Baca seterusnya untuk mengetahui bagaimana halusnya tipu daya Iblis kepada orang2 Islam yang gemar beramal dan melakukan Ibadah yang banyak sehingga mereka tidak menyedari mereka telah jatuh kepada Golongan fasiq.
SIRI 10 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Langkah ke-3: Iblis menarik kepada Kefasikan_
sambungan....
Ta'rif / Definisi :
Fasiq berasal dari kata ( فَسَقَ) "fasaqa" bererti keluar dari sesuatu, menyimpang dari jalan lurus, keluar dari keta'atan, engkar sumpah, melanggar peraturan, ma'siat, penderhakaan.
Dari segi Istilah :
Fasiq adalah keluar dari keta'atan kepada Allah, lupa ikrar janji setia kepada Allah, engkar kepada Perintah Allah, kufur Ni'mat, melawan hukum hakam Allah akibat terikut nafsu dan bisikan Iblis.
Menurut Ahli Ma’rifat seseorang di katakan Fasiq apabila dia melakukan dosa besar walaupun sekali atau dia kekalkan dosa kecil tanpa melakukan Taubat Nasuha. Jika dia melakukan dosa besar berterusan tanpa Taubat Nasuha, maka ini lebih berat kerana hatinya akan gelap, kelam dan tertutup. Wal Iyazubillah.
Oleh kerana Fasiq berkait rapat dengan dosa, maka setiap Muslim WAJIB mempelajari hal2 berkaitan dosa, pembahagian dosa, jenis2 dosa — dosa besar dan dosa kecil, dosa zahir dan dosa batin, dosa kepada Allah dan dosa sesama manusia. Demikian lagi wajib mengetahui cara2 tipu daya Iblis memasuki hati, memperdaya dia sehingga menjadikannya fasiq.
Pembahagian Dosa:
Ulama Ahlus Sunnah membahagikan dosa manusia kepada beberapa bahagian dan bentuk:
Pertama : Dosa besar dan dosa kecil
Kedua : Dosa zahir dan dosa batin
Ketiga : Dosa kepada Allah dan dosa sesama makhluq
Perbezaan dosa besar dan dosa kecil..
Dosa besar adalah setiap perbuatan yang diancam dengan Neraka atau diancam dengan Kemurkaan Allah atau dikenakan hukum tertentu pada Syara' yang didasarkan kepada Firman Allah atau Hadith Nabi ﷺ. atau Ijma' Qias Ulama Mu'tabar. Setiap dosa besar menghampiri kesesatan atau kekafiran, maka WAJIB taubat segera dengan Taubat Nasuha.
Dosa kecil adalah setiap dosa yang berlawanan dengan Kehendak Allah tetapi tidak sampai ke tahap di ancam dengan siksaan Neraka dan tidak di kenakan hukum tertentu seperti Hudud atau Ta'zir.
Bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment