NAFSU ,HAWA DAN SYAHWAT

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


NAFSU, HAWA DAN SYAHWAT

 

NAFSU
~~~~~~


Nafsu = unsur halus (jisim latiff) yang berada pada 7 tempat pada tubuh insan. Nafsu terjadi di sebabkan adanya hembusan "nafas". 

Ketujuh2 nafsu ini berbeza2 sifatnya. Asal nafsu2 ini bukanlah jahat semuanya tetapi berbeza2 dari seorang kepada seorang yang lain.  Ada manusia nafsu yang dominan dalam dirinya  bersifat bengis, pemarah. Yang lain sifat nafsu yang dominan adalah tamak haloba dunia.  Yang lain mungkin bersifat dominannya gemar berpoya2.  Yang lain bersifat zalim, rakus, pendendam, gemar fitnah dan lain2... masing2 beza2 sifat dominan dalam dirinya.

Semua nafsu2 ini terikat dengan HATI.  Maksudnya NAFSU akan berkelakuan sesuai dengan sifat dan seruan HATI. 

Di dalam HATI itu pula diletakkan ibu segala nafsu iaitu NAFSU AMMARAH.  Di dalam HATI  itu juga tersimpan 'rahsia" iaitu IMAN.  

Maka akan berlaku pertembungan antara NASFU AMMARAH yang disokong oleh IBLIS di satu pihak dan IMAN yang disokong oleh MALAIKAT di satu pihak lain. 

Dalam ertikata lain, HATI adalah menjadi medan pertempuran antara kebaikan (IMAN) dan kejahatan (NAFSU AMMARAH).

Apabila HATI seseorang hidup dengan zikrullah, maka cahaya zikir akan memancar kepada titik2 nafsu (7 tempat) maka jadi nafsu2 yang lain itu berperangai dengan perangai terpuji, mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya. 

Sebaliknya apabila hembusan yang datang pada nafsu2 itu datang dari NAFSU AMMARAH (ertinya Nafsu ammarah sedang berkuasa di HATI)  maka jadilah dia berperangai dengan kejahatan dan kemungkaran dan kekufuran.


HAWA dan SYAHWAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari nafsu terbitlah unsur "hawa" dan "syahwat"

Hawa =  keiniginan, kehendak, selera, kemahuan yang kuat, cinta

Syahwat = kemahuan yang kuat untuk berlazat2, keiniginan berahi kepada hubungan jantina

Ketiga2 istilah di atas ada kaitannya dengan kasih, sayang, rindu dan cinta.

Jika gabungannya mengikut petunjuk Allah, maka jadilah ibadah dan keredhaan Allah.

Sebaliknya jika gabungannya membawa kepada keengkaran, kekejian dan kemungkaran maka jadilah kebinasaan dirinya dunia akhirat.


KEHENDAK ALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~

Allah Ta'ala Maha Berkehendak adalah salah satu Sifat-Nya Yang Maha Tinggi. 

Kehendak Allah sama sekali  berbeza dengan kehendak manusia atau makhluk lain.  Dia tidaklah mempunyai nafsu seperti makhluk.  Dia tidak tertakluk kepada nafsu2 atau sebarang kehendak makhluknya.  Dia bebas melakukan sesuatu mengikut Kehendak Dia. Tak adan siapa pun boleh persoalkan kehendak Dia.

"Tuhan  tidak akan ditanya apa yang Dia perbuat, tetapi kamu akan ditanya"


Demikian sepintas lalu penjelasan....

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...