■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 591 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
sambungan Tafsir Ibn Kathir Radhiallahu Anhu
Hal yang sama diriwayatkan oleh Imam Turmuzi melalui Bandar, dari Abu Daud At-Tayalisi, dari Yazid ibnu Ibrahim dengan lafaz yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih. Imam Turmuzi menuturkan bahawa Yazid ibnu Ibrahim At-Tusturi sendirilah yang menyebut Al-Qasim dalam sanad ini, sedangkan menurut yang lainnya yang bukan hanya seorang meriwayatkannya dari Ibnu Abu Mulaikah langsung dari Siti Aisyah, tanpa menyebut Al-Qasim. Demikian komentar Imam Turmuzi.
Ibnu Abu Hatim meriwayatkan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abul Walid At-Tayalisi, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Ibrahim At-Tusturi dan Hammad ibnu Abu Mulaikah, dari Al-Qasim ibnu Muhammad, dari Siti Aisyah Radhiallahu anha yang menceritakan bahwa Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai makna firman-Nya: "Adapun orang-orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat darinya. [Aali Imran (3) : Ayat 7], maka Rasulullah ﷺ menjawab melalui sabda Baginda:
«إِذَا رَأَيْتُمُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ، فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ»
Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti hal-hal yang mutasyabih dari Al-Qur'an, maka mereka itulah orang-orang yang disebutkan oleh Allah (dalam ayat ini); maka hati-hatilah kamu terhadap mereka (jangan sampai kamu terperangkap ke dalam kesesatan mereka).
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Sahl, telah menceritakan kepada kami Al-Walid ibnu Muslim, dari Hammad ibnu Salamah, dari Abdur Rahman ibnul Qasim, dari ayahnya, dari Siti Aisyah Radhiallahu anha yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah ditanya mengenai ayat ini, iaitu firman-Nya: maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat darinya untuk menimbulkan fitnah. [Aali Imran (3) : Ayat 7]
Kemudian Baginda ﷺ bersabda:
«قَدْ حَذَّرَكُمُ اللَّهُ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمْ فَاعْرِفُوهُمْ»
Allah telah memperingatkan kamu, maka apabila kamu melihat mereka, waspadalah kalian terhadap mereka (jangan sampai terikut dengan pegangan sesat mereka).
Hadith ini diriwayatkan pula oleh Ibnu Murdawaih melalui jalur yang lain, dari Al-Qasim, dari Siti Aisyah dengan lafaz yang sama.
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ أَبِي غَالِبٍ قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا أُمَامَةَ يُحَدِّثُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في قوله: {فَأَمَّاالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ} قَالَ: "هُمُ الْخَوَارِجُ"، وَفِي قَوْلِهِ: {يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ} . [آلِ عِمْرَانَ: 106] قَالَ: "هُمُ الْخَوَارِجُ".
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kamil, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Abu Galib yang mengatakan bahawa ia pernah mendengar Abu Umamah menceritakan hadith berikut dari Nabi ﷺ sehubungan dengan firman-Nya : Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat darinya. [Aali-Imran (3) : Ayat 7] bahwa mereka adalah golongan Khawarij.
Juga firman-Nya:
يَوۡمَ تَبۡيَضُّ وُجُوهٌ۬ وَتَسۡوَدُّ وُجُوهٌ۬ۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ٱسۡوَدَّتۡ وُجُوهُهُمۡ أَكَفَرۡتُم بَعۡدَ إِيمَـٰنِكُمۡ فَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ بِمَا كُنتُمۡ تَكۡفُرُونَ
Pada hari yang di waktu itu ada muka yang menjadi putih berseri, dan ada pula muka yang menjadi hitam muram.
[Ali Imran (3) : Ayat 106].
Mereka (yang mukanya menjadi hitam muram) adalah golongan Khawarij (Wahhabiyyah, Najdiyyah, Kaum muda dan beberapa nama lain pada zaman ini).
[Tamat Nukilan kitab Tafsir Ibn Kathir]
SIRI 592 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan Tambahan
===================
Berikut adalah tambahan penjelasan berhubung dengan ayat
[Aali-Imran (3) : Ayat 7] serta fatwa Ulama Ahlus sunnah.
Tambahan Penjelasan 1
Firman Allah ini... [Aali-Imran (3) : Ayat 7] memberikan amaran akan bangkitnya orang Islam yang jahat, perangai seperti Iblis (sombong takabbur), merasa diri hebat dan mentafsirkan ayat Qur'an menurut aqal dan nafsu untuk menyesatkan manusia dari jalan lurus.
Tambahan Penjelasan 2
Amaran Allah pada ayat [Aali-Imran (3) : Ayat 7], benar-benar terjadi pada hayat Rasulullah ﷺ masih hidup lagi, iaitu bangkitnya Golongan Khawarij (wahhabiyyah pada zaman ini). Mereka mentafsirkan Al-Qur'an menurut pendapat aqal dan nafsu, maka binasalah mereka. Wal Iyazubillah.
Tambahan Penjelasan 3
Menurut ahli Sejarah, golongan Khawarij merupakan golongan pembuat bid'ah sesat yang pertama (pertama dari 72 golongan sesat yang akan berpecah dari Jamaah Ummat telah dikhabarkan oleh Junjungan Rasulullah ﷺ sebelumnya).
Tambahan Penjelasan 4
Pencetus fahaman sesat Khawarij adalah orang bernama Zul Khwaishirah. Kisah ringkasnya : Ketika Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan _ghanimah_ perang Hunain, datang seorang bernama Zul Khwaishirah mengherdik Baginda dengan kata-kata biadab : "Berlaku adillah engkau Ya Muhammad" atau dia berkata, "Taqwalah engkau ya Muhammad".
Berkata Ibn Kathir Radhiallahu anhu:
"Sesungguhnya mula-mula bid'ah yang terjadi dalam permulaan masa Islam ialah fitnah Khawarij. Pada mulanya mereka muncul disebabkan masalah duniawi, iaitu ketika Nabi ﷺ membahagi-bahagi hasil ghanimah perang Hunain. Dalam aqal mereka yang tidak sihat seakan-akan mereka melihat bahawa Nabi ﷺ tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah lalu mereka mengejutkan Nabi ﷺ dengan suatu ucapan yang tidak layak diucapkan oleh orang beriman. Seorang dari mereka (Khawarij) yang dikenal dengan julukan "Zul Khuwaisirah" (si pinggang kecil, semoga Allah merobek pinggangnya) berkata,
"Berlaku adillah engkau, karena sesungguhnya engkau tidak adil." Lalu Rasulullah ﷺ menjawab:
«لَقَدْ خِبْتُ وَخَسِرْتُ إِنْ لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ، أَيَأْمَنُنِي عَلَى أَهْلِ الْأَرْضِ وَلَا تَأْمَنُونِي»
Sesungguhnya kecewa dan merugilah aku jika aku tidak adil. Allah mempercayakan aku untuk penduduk bumi, maka mengapa engkau tidak percaya kepadaku?
Ketika lelaki itu pergi, Sayyidina Umar Ibnu Khattab —menurut riwayat yang lain Khalid Ibnu Walid— meminta izin kepada Nabi ﷺ untuk membunuh lelaki yang mengatakan demikian itu. Tetapi Nabi ﷺ bersabda:
"دَعْهُ فَإِنَّهُ يَخْرُجُ مِنْ ضِئْضِئ هَذَا-أَيْ: مِنْ جِنْسِهِ -قَوْمٌ يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلَاتَهُ مَعَ صَلَاتِهِمْ، وَصِيَامَهِ مَعَ صِيَامِهِمْ، وَقِرَاءَتَهُ مَعَ قِرَاءَتِهِمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرّمِيَّة، فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ، فَإِنَّ فِي قَتْلِهِمْ أجْرًا لِمَنْ قَتَلَهُمْ.
"Biarkanlah dia, sesungguhnya kelak akan muncul dari golongan lelaki ini suatu kaum yang seseorang di antara kalian memandang kecil solatnya bila dibandingkan dengan solat mereka, dan bacaannya dengan bacaan mereka. Mereka menembusi agama sebagaimana anak panah menembusi sasarannya (murtad). Maka di mana pun kalian jumpai mereka, perangilah mereka, kerana sesungguhnya bagi orang yang membunuh mereka akan mendapat pahala.
[Tamat tafsiran Ibn Kathir]
SIRI 593 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Menurut Imam Bukhari Radhiallahu anhu:
“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radliallahu 'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bahagikan (harta rampasan perang), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, engkau mesti berlaku adil". Maka Baginda berkata: "Celaka kamu! Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku yang berbuat adil. Sungguh kamu telah mengalami keburukan dan kerugian jika aku tidak berbuat adil". Kemudian Sayyidina 'Umar berkata; "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memenggal batang lehernya! Sabda Baginda : "Biarkanlah dia kerana dia memiliki teman-teman yang salah seorang dari kalian memandang remeh solatnya dibanding solat mereka, puasanya dibanding puasa mereka. Mereka membaca Al Qur'an namun tidak sampai ke tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti keluar anak panah dari sasarannya.”
[Imam Bukhari]
Ertinya, di antara perangai Golongan khawarij adalah sentiasa sombong takabbur, meninggi diri, rasa diri hebat dari orang lain, rasa amal ibadah mereka lebih hebat dari orang lain. Mereka membaca Qur'an dengan fasih menunjukkan kehebatan mereka membaca ayat-ayat Al-Quran, tetapi bacaan mereka hanya pada lisan (lidah), tidak masuk ke dalam hati, tidak menjadi cahaya Iman. Golongan khawarij ini binasa Imannya dan Islamnya sedang mereka hidup di dalam sangkaan merekalah yang lebih baik (perangai Iblis).
Tambahan Penjelasan 5
Pada zaman kemudiannya (mulai abad ke-18 Masihi) sehingga kini (abad ke 21 Masihi), mereka dikenali sebagai Golongan Wahhabiyyah. Istilah "Wahhabiyyah" nisbah kepada Ibnu Abdul Wahhab yang bangkitkan kembali fahaman Khawarij. Ertinya fahaman sesat Khawarij yang tenggelam dibangkitkan kembali oleh Ibnu Abdul Wahhab sehingga fahaman tersebut diberikan nama nisbah kepada nama dia.
Berkata Imam Muhammad Ibn Abidin Radhiallahu anhu:
(Ulama Besar Ahlus Sunnah yang hidup ketika bangkitnya Doktrin Khawarij — Wahhabiyyah)
"Wahhabiyyah pada zaman kita sekarang (zaman ketika bangkitnya fahaman sesat Wahhabiyyah) adalah Khawarij yang membangkitkan dan mendokong fahaman Khawarij terdahulu."
[Hasyiah Raddul Mukhtar]
Tambahan Penjelasan 6
Pada zaman ini (abad ke-21) fahaman sesat Wahhabiyyah telah menular dan meresap ke dalam sistem pondok. Kiyai, Guru-guru dan pelajar-pelajarnya telah dikuasai fahaman Wahhabiyyah sedangkan asalnya mereka berpegang kepada Ahlus Sunnah. Rujukan utama mereka adalah pemimpin-pemimpin Wahhabiyyah yang jelas berpegang kepada doktrin Khawarij. Di antara tokoh-tokoh Wahhabiyyah yang menjadi rujukan mereka adalah: Ben Baz, Ibnu Uthaimin, Al-Albani dan lain-lain. Mereka menjadi sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah.
Tambahan Penjelasan 7
Selain dari Golongan Khawarij — Wahhabiyyah, golongan lain yang turut mentafsirkan ayat Qur'an menurut pemikiran aqal dan nafsu sehingga menjadi sesat adalah Syi'ah (rafdhi), Mu'tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah... semuanya berjumlah 72 golongan sebagaimana amaran Nabi ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Yahudi terpecah menjadi 71 (tujuh puluh satu)
golongan, satu masuk Syurga dan yang 70 (tujuh puluh) di Neraka. Dan Nasrani terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, yang 71 (tujuh puluh satu) golongan di Neraka dan yang satu di Syurga. Dan demi Yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, ummatku benar-benar akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan, yang satu di Syurga, dan yang 72 (tujuh puluh dua) golongan di Neraka. Ditanyakan kepada Baginda, "Siapakah mereka (satu golongan yang masuk Syurga itu) wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, ‘Al-Jama’ah'.
[Imam Tirmizi]
SIRI 594 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Dalil 2 : Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya."
[Al-Isra’ (17) : Ayat 36]
Dalil 3 : Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
[An-Nahl (16) : Ayat 116]
Dalil 4 : Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barang siapa berkata-kata tentang Al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari Neraka"
[Imam Tirmizi]
Dalil 5 : Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barang siapa menguraikan Al-Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
Dalil 6 : Rasulullah ﷺ bersabda:
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam Neraka, dan barang siapa yang menafsirkan Al-Qur'an dengan akal fikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam Neraka."
[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
Dalil 7 : Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam Neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]
Dalil 8 : Rasulullah ﷺ bersabda:
"Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan aqal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam Thabarani]
SIRI 595 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh-Contoh:
==============
Sebagaimana kami tegaskan pada bab terdahulu...
(1) Tugas mentafsir dan menta'wilkan ayat-ayat Qur'an:
Orang yang benar-benar layak mentafsir dan menta'wil adalah Ulama Pewaris Nabi bertaraf Mujtahid, yang benar-benar menepati syarat-syaratnya.
(2) Barang siapa berani mentafsir dan menta'wil ayat-ayat Suci Allah sedangkan dia bukan orang yang layak melakukan ijtihad, maka dia telah menempah tempat di dalam Neraka. Wal Iyazubillah
(3) Sejumlah manusia sesat yang merasakan diri mereka sudah layak mentafsir dan menta'wil ayat Qur'an, (sedangkan mereka adalah orang-orang jahil) telah sewenang-wenang menta'wil ayat-ayat mutasyabihat sehingga menjadi sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah
(4) Tujuh puluh dua (72) kelompok orang Islam yang sesat, (sebagaimana Amaran Rasulullah ﷺ) terbentuk akibat dari kebodohan mereka mentafsir dan menta'wil Al-Qur'an menurut pendapat aqal, nafsu dan bisikan Syaitan.
Berikut adalah beberapa contoh orang-orang Islam mentafsirkan Al-Qur'an menurut aqal fikiran atau menurut pendapat nafsu mereka sehingga mereka binasa. Wal Iyazubillah. Moga menjadi pedoman dan panduan kepada Ummat Islam yang masih berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar.
Contoh 1: Menta'wilkan kalimat "istiwa" secara batil
Golongan Mujassimah dan Khawarij - Wahhabiyyah menta'wilkan kalimat " ٱسْتَوَىٰ " pada
ayat: ٱلرَّحْمَٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
(Tuhan Yang Rahman istiwa di atas Arasy)
dengan makna "duduk", "menetap", "tinggal", "istirehat", "bertahta" dan sebagainya sedangkan semua ta'wil tersebut adalah batil dan sesat kerana menyerupakan Allah dengan makhluq.
Apabila kamu menyebut ungkapan-ungkapan ini...
"Allah duduk atas Arasy"
atau kamu menyebut ....
"Allah tinggal menetap di atas Arasy"
atau kamu menyebut...
"Allah bertahta di atas Arasy"
atau lain-lain sepertinya...
maka kamu telah menjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluq. Semua ungkapan tersebut tergambar di dalam pemikiran akan rupa kewujudannya. Dan ini i'tiqad batil dan sesat. Wal Iyazubillah.
I'tiqad dan pegangan yang benar menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah:
Allah istiwa atas Arasy tanpa sebarang kaifiyyat atau cara. Cukup setakat itu sahaja. Maka dilarang bertanya atau membincangkan atau berdebat berkenaan "bagaimana Allah istiwa atas Arasy". Barang siapa ingkar akan hal ini maka dia termasuk golongan sesat. Wal Iyazubillah.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عه
mentafsirkan Firman Allah:
ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
Bermula (Allah), yang bersifat Rahman istiwa di atas Arasy. [Surah Toha (20) : Ayat 5]
"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy. Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."
[Al Ghunyah]
SIRI 596 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh 2 : Menimbulkan kekeliruan berhubung dengan persoalan "keberadaan Allah", "di mana Allah"
Di antara persoalan yang sering dijadikan bahan mainan dan perdebatan oleh golongan yang mempunyai penyakit hati untuk menta'wil menurut aqal sehingga membawa kesesatan adalah:
1. Mereka berdebat berkenaan "keberadaan Allah" (persoalan "di mana Allah?" ).
2. Mereka berdebat "Allah di langit".
3. Mereka berdebat "Allah duduk tinggi jauh dari manusia"
4. Mereka berdebat "Allah jauh dari manusia kerana manusia kotor"
Orang awam yang tiada cukup ilmu terpinga-pinga dengan persoalan-persoalan ini. Bila tak mampu menjawab, mereka mencari sana sini, mencari dalam internet, baca sendiri tulisan ustaz wahhabiyyah yang merujuk "Ulama wahhabiyyah" sehingga menjadi perbalahan berpanjangan.
Jawapan bagi semua persoalan ini, berkenaan "keberadaan Allah", telah lama dijawab oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah. Berikut kami sampaikan panduan bagi orang awam memahami cara-cara I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah berhubung dengan "keberadaan Allah".
Cara i'tiqad keberadaan Allah atau menjawab pertanyaan "di mana Allah" menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah:
Penjelasan 1 — keberadaan Allah:
Pendirian asas yang paling penting yang wajib ada dalam hati setiap orang beriman berhubungan dengan "keberadaan Allah" adalah:
Allah wujud dan wujud-Nya ....
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ
" Laisa Ka-mithli-hi syai 'un "
ertinya: tiada umpama sesuatu seperti-Nya.
Ini bermakna Dia (Tuhan Rabbul Jalil) tidak dapat dimisalkan dengan sekalian makhluq. Allah Ta'ala berlainan sama sekali dari makhkuq-Nya. Pegangan pertama ini saja cukup untuk menyatakan Allah Ta'ala tidak sama dengan sekalian yang baharu. Apa sahaja terbayang, terlintas, terupa pada aqal, maka semua itu adalah makhluq. Dengan demikian menyerupakan Allah dengan apa jua yang Allah ciptakan adalah Syirik.
Penjelasan 2 — keberadaan Allah:
Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, apabila ditanya di mana Allah, maka jawablah sebagaimana Allah Ta'ala menyebutkan diri-Nya di atas Arasy-Nya, tanpa sebarang kaifiyyat atau cara.
Firman Allah:
ٱلرَّحْمَـٰنُ عَلَى ٱلْعَرْشِ ٱسْتَوَىٰ
Bermula (Allah), Ar-Rahman istiwa di atas Arasy.
[Surah Toha (20) : Ayat 5]
Berkata Imam Jilani رضي الله عه:
"Al-kaif (caranya) Tuhan istiwa di atas 'Arasy tidak diketahui. Maka dilarang bertanya bagaimana Tuhan di Arasy. Bertanya atau membincangkan atau membahaskan cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid'ah kesesatan."
[Al Ghunyah]
Inilah pegangan yang benar. Iaitu apabila ditanya di mana Allah, jawablah :
“Allah sebagaimana Dia Firman di dalam Al-Qur’an : "Allah istiwa di atas Arasy” sesuai dengan Kemuliaan dan Keagungan-Nya. Dan caranya istiwa tidak diketahui. Bertanya atau membincangkan tentang cara Tuhan istiwa di atas Arasy adalah bid’ah kesesatan. _selesai _
Itu sahaja cukup sebagai pegangan dan jawapan kepada mana-mana Muslim yang bertanya. Kita cuma disuruh meyakini dan beri'tiqad bahawa Allah Ta'ala istiwa di atas Arasy tanpa membincangkan bagaimana caranya Dia istiwa di atas Arasy. Jawapan ini adalah yang lebih baik dari jawapan lain kerana ianya lambang Ketinggian, Keagungan serta Kebesaran Allah Ta'ala di atas makhluq-Nya.
Perlu diingat:
Pernyataan ini bukan bermakna Allah memerlukan Arasy sebagai tempatnya!
Bukan juga bermakna Allah bertahta seperti Raja-raja.
Bukan juga bermakna Allah tinggal menetap di Arasy.
Ini kerana semua itu adalah sifat makhluq, Maha Suci Allah Ta’ala dari menyerupai makhluq. Inilah sebabnya awal-awal diperingatkan jangan bertanya atau bincangkan kaifiyyat (cara) "Tuhan istiwa di atas Arasy".!!!
SIRI 597 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan 3 — keberadaan Allah:
Jawab sebagaimana Allah menyuruh kita menjawabnya apabila ditanya akan keberadaan Allah:
Firman Allah:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (katakan kepada mereka):
" Sesungguhnya Aku (Allah) sangat hampir”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 186]
Penjelasan 4 — keberadaan Allah:
Allah Meliputi bagi segala sesuatu. Sebagaimana Dia menyebut diri-Nya di dalam Al Qur'an:
Firman Allah:
أَلَآ إِنَّهُ ۥ بِكُلِّ شَىۡءٍ۬ مُّحِيطُۢ
"Ketahuilah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi akan tiap-tiap sesuatu.”
[Fussilat (41) : Ayat 54]
Penjelasan 5 — keberadaan Allah:
Allah berada sedia kala seperti Dia sebelum menciptakan makhluq-Nya. Ertinya Dia, (Allah) ada pada zaman ini dan bila-bila zaman pun sebagaimana Dia Wujud tanpa permulaan. Dia tidak dibatasi atau takluk oleh waktu, arah atau tempat.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Allah ada tanpa sesuatu apa pun yang menyertai-Nya. Di atasnya tidak ada sesuatu dan di bawahnya tidak ada sesuatu. Lalu Allah menciptakan Arasy di atas air.”
[Imam Tirmizi].
Semua jawapan di atas adalah bersandarkan Firman Allah dan Hadith Nabi. Bukan dari pemikiran aqal. Maka memadailah bagi orang-orang awam memakai salah satu atau semua jawapan tersebut, tanpa memikirkan dengan aqal fikiran. Kerana aqal TIDAK akan mampu memikirkannya.
SIRI 598 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan 6 — keberadaan Allah:
Jika ada yang bertanya bagaimanakah mencari Allah jika kita tak tahu tempat-Nya?
Jawapannya:
Allah Ta'ala tidak berjisim atau berarah, Dia tidak takluk kepada waktu dan tempat. Maka soalan seperti....
"bagaimana tuju kepada Allah jika tak tahu di mana Allah" ...... adalah pertanyaan tak layak bagi Allah. Dan pertanyaan ini adalah bid'ah kesesatan.
Jadi apakah maksud sebenar kembali kepada Allah?
Manusia di-Perintah kembali kepada Allah, mencari Allah, menuju Allah bukan seperti mencari benda-benda yang hilang. Kita mencari Allah bermakna berusaha kembali kepada Allah dengan menyucikan diri zahir dan batin, iaitu kembali kepada kesucian diri yang asal, kembali kepada kesucian ruh di alam Nur, kembali kepada kesedaran ruh ketika menghadap Rabbul Jalil.
Inilah yang dikehendaki dengan mencari Allah, menuju Allah, berlari kepada Allah dan lain-lain ungkapan sepertinya.
Ketika hati, aqal, nafas dan ruh telah suci-sesucinya, lalu terpancar cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) ke atasnya, maka ketika itu akan nyata Sifat-Sifat Allah pada pandangan mata hati. Inilah hakikat pencarian dan kembali kepada Allah, hakikat pertemuan dengan Allah dan hakikat Tauhid atau Ma'rifat yang dikehendaki oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Dengan itu fahamilah : Tuhan berada seperti sediakala. Dia berada sama seperti sebelum Dia Ciptakan makhluq-Nya. Cuma makhluq memerlukan arah dan tempat untuk menuju kepada makhluq. Sedangkan Allah bersalahan dengan sekalian makhluq. Maha Suci Allah dari bertempat, mengambil ruang, mengisi waktu, mengisi arah.
Dengan demikian dilarang mengatakan Allah di atas, di bawah, di tepi, di kiri, kanan, di dalam sesuatu seperti difahami aqal kerana ini semua sifat makhluk. Orang tua-tua kita dulu mengajar anak-anak mengenai Allah dengan berkata :
"Tuhan di atas, Tuhan di langit " atau seumpama-nya.....supaya anak itu faham bahawa Allah itu Maha Kuasa dan Maha Tinggi. Bukan tujuan mereka "menjisimkan Tuhan" dengan kata-kata demikian.
Penjelasan 7 — keberadaan Allah:
Bolehkah kita menyebut Allah di mana-mana kerana ada Firman Allah....
وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعُ عَلِيمُُ
”Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap maka di situlah Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (Rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 115]
Jawapannya ....
Ayat ini bukan bermaksud Allah berada di mana-mana. Ungkapan Allah berada di mana-mana boleh membawa maksud Allah itu berbilang-bilang... Maha Suci Allah dari demikian.
Yang benar adalah ayat tersebut membawa maksud Allah Meliputi segala sesuatu sehingga terasalah hamba bahawa dia sentiasa di dalam pengawasan Allah. Pengertian tepat tentang ayat ini iaitu Haqiqat di sebalik ayat ini hanya boleh diketahui dengan _muraqabah_ iaitu melalui Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Penjelasan 8 — keberadaan Allah:
Jika ada yang berkata:
Tuhan berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir... lalu dia beri'tiqad Tuhan wujud dalam hati dalam bentuk jisim yg difahami aqal maka ini adalah pegangan batil.
Ada beberapa Hadith Qudsi yang kesamaran seperti...
"Allah berada di dalam hati Mukmin"
"Allah berada di dalam hati hamba-Nya yang berzikir"
bagaimanakah cara memahaminya?
Jawapannya:
Haqiqat bagi hadith-hadith tersebut tak boleh difahami secara aqal. Sebaliknya ia perlu di muraqabahkan (merenung dari dalam hati) atau di musyahadahkan (memandang dari pandangan ruh) menurut Sistem Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
SIRI 599 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Contoh 3:
Mentafsirkan secara batil
Peristiwa Isra' Mi'raj mendakwa:
Allah duduk di Arasy
=========================
Golongan wahhabiyyah dan mujassimah mendakwa perjalanan Rasulullah ﷺ ke Arasy sebagai bukti Allah duduk menetap, semayam, bertahta di atas Arasy.
Di antara hujjah dan i'tiqad Mujassimah dan Wahhabiyyah berhubung dengan peristiwa Isra' Mi'raj adalah:
Dakyah 1: Rasulullah ﷺ menuju Allah pada Isra' Mi'raj, maka menurut i'tiqad batil mereka, Allah duduk menetap di Arasy.
Dakyah 2: Rasulullah ﷺ diangkat oleh Allah Ta'ala ke Arasy lalu berlaku berlaku dialog antara Allah Ta'ala dan Rasulullah ﷺ. Maka menurut dakwaan mereka itulah bukti Allah duduk menetap di Arasy.
Dakyah 3: Rasulullah ﷺ berulang alik ke Arasy (turun naik berulangkali) untuk memohon kepada Allah agar dikurangkan waktu solat atas nasihat Nabi Musa 'Alaihis-salam. Maka menurut Wahhabiyyah dan Mujassimah ini menjadi bukti Allah duduk di Arasy?
Ramai orang Islam awam terpedaya dengan hujjah-hujjah batil dan sesat ini kerana ia "kelihatan logik" pada aqal sedangkan ia bertentangan dengan Aqidah Ahlus Sunnah yang benar. Berikut kami cuba jelaskan beberapa hal berkenaan dengan 'Arasy, peristiwa Isra' Mi'raj dan serta perjalanan Rasulullah ﷺ agar orang Islam awam tidak terpedaya dengan dakyah batil wahhabiyyah dan mujassimah. Moga selamat Aqidah — berpegang teguh kepada Ahlus Sunnah yang BENAR!
Penjelasan 1: Arasy adalah makhluq
Menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Arasy adalah makhluk ciptaan Allah. Dan dikatakan Arasy adalah makhluk ciptaan Allah yang terbesar, yang mempunyai jisim, ertinya ia mempunyai jirim berupa benda yang boleh dikesan oleh pancaindera, tetapi dighaibkan oleh Allah pada pandangan umum manusia, hanya Ahli Ma'rifat pada peringkat Mukasyafah dibukakan oleh Allah untuk melihatnya.
Firman Allah:
وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
“dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
[At-Taubah (9) : Ayat 129]
Penjelasan 2: Kedudukan tertinggi
Kedudukan Arasy tertinggi di atas sekalian makhluk — menaungi sekalian makhluq.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Jika kalian meminta, mintalah al-Firdaus, karena ianya syurga yang paling utama dan yang paling tinggi dan di atasnya adalah Arasy Allah. Darinya terpancar sungai-sungai syurga.”
[Imam Bukhari]
Penjelasan 3: Bentuk seperti Qubah
Rupa bentuknya adalah seperti Qubah dan mempunyai tiang-tiang dan dipikul oleh Malaikat-malaikat yang gagah. Sebahagian Malaikat sentiasa bertawaf mengelilingi Arasy.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya Allah di atas Arsy-Nya dan Arsy-Nya di atas langit dan bumi, seperti begini dan memberikan isyarat dengan jari-jemarinya seperti sebuah qubah.”
[Imam Abu Dawud]
Ulama Arif berikan penjelasan : Arasy berbentuk seperti sebuah qubah yang sangat besar dan melitupi seluruh alam semesta di bawahnya. Ini bermakna bumi, langit, matahari, bulan, bintang dan sekalian cakerawala alam semesta adalah di bawah Arasy dan Arasy menjadi atap bumbungnya.
SIRI 600 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan 4: Arasy dijunjung oleh Malaikat yang gagah perkasa
Firman Allah:
وَالْمَلَكُ عَلَى أَرْجَآئِهَا وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْ
قَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمَانِيَةٌ
“Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.”
[Al-Haaqqah (69) : Ayat 17]
Penjelasan 5: Arasy mempunyai tiang-tiang
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya manusia pengsan pada hari Qiamat, lalu aku adalah orang yang pertama sedar, seketika itu aku mendapatkan Musa sedang memegang sebuah tiang dari tiang-tiang Arasy, maka aku tidak tahu apakah dia telah sedar sebelumku ataukah dia dibebaskan (dari pengsan tersebut) karena telah pengsan di Bukit Thursina.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim].
Penjelasan 6: Malaikat bertawaf mengelilingi Arasy sambil memuji2 Allah Ta’ala
Firman Allah Ta’ala:
الَّذِينَ يَحْمِلُونَ الْعَرْشَ وَمَنْ حَوْلَهُ يُسَبِّحُونَ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَيُؤْمِنُونَ بِهِ وَيَسْتَغْفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَىْءٍ رَّحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
“(Malaikat-Malaikat) yang memikul Arsy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): "Ya Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala.”
[Al-Mu’min @ Ghafir (40) : Ayat 7]
Penjelasan 7: Keluasannya - Teramat luas
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan Kursi, melainkan umpama sebuah cincin di tanah yang tandus . Sedangkan kelebihan Arsy dibandingkan Kursi, seperti kelebihan tanah tandus itu dibandingkan cincin tersebut."
[Imam Ibnu Abi Syaibah, Imam Baihaqi]
Penjelasan ahli ma'rifat:
Rasulullah ﷺ berikan gambaran yang jelas berkenaan Arasy apabila Baginda menyebut berkenaan keluasannya berbanding dengan sekalian ciptaan Allah. Iaitu sekalian makhluk ini apabila dibandingkan dengan Arasy Allah, semua itu hanya bagaikan sebentuk cincin di padang pasir Sahara yang amat luas.
Ertinya apa?
Maksudnya sekalian yang maujud (makhluk) ini tiada apa-apa dibandingkan dengan keluasan dan ketinggian Arasy Allah, sehingga boleh dikatakan tiada wujud pada pandangan mata kasar.
Bersambung siri 601 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment