SEMUA ORANG BERIMAN LAYAK MENCAPAI KEDUDUKAN TINGGI DI SISI ALLAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SEMUA ORANG BERIMAN LAYAK MENCAPAI KEDUDUKAN TINGGI DI SISI ALLAH

Barangkali salah satu daripada kekeliruan dikalangan orang Islam berhubung dengan IMAN dan TAQWA adalah : 

Anggapan bahawa Iman dan Taqwa yang tinggi hanya mampu dicapai oleh orang2 bergelar  Ulama yang banyak hafal kitab, atau orang yang mempunyai Ijazah, Master, PhD atau ustaz yang banyak ceramah sana sini mengkagumkan manusia, atau cerdik pandai yang pandai debat.  Semua anggapan ini adalah salah.   Ini berlawanan dengan ruh Agama. 

Buktinya :

Para Sahabat Rasulullah BUKAN orang terpelajar. Mereka BUKAN orang cerdik pandai yang pandai debat. Mereka TIDAK ada ijazah, Master, PhD dsb.  Mereka BUKAN selebriti terkenal.  Kebanyakan mereka hanyalah insan2 yang buta huruf yang tiada pelajaran formal.  Mereka adalah manusia2 dhaif yang lemah, tiada harta, tiada pangkat, tiada kedudukan di mata masyarakat.    Namun....  ruh mereka mencapai langit.  IMAN dan TAQWA mereka bergema gegarkan dunia.  Ma'rifat mereka sampai ke 'Arasy Ilahi.  Mereka menjadi insan2 yang di Redhai Allah.

Firman Allah :

رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ

"Allah Redha akan mereka dan mereka pun redha pada-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (Taqwa) kepada Tuhannya."

[Al-Bayyinah (98) : ayat 8]

Ini bukti abadi sepanjang zaman. Bahawa manusia2 kerdil pada pandangan zahir, yang kelihatan dhaif, miskin, dipandang hina.... sebenarnya mereka adalah hamba2 Allah yang di Kasihi Allah.

Persoalannya:

Bagaimana para Sahabat Ridhwanullah mencapai kedudukan tinggi ini?

Apakah amalan mereka?

Apakah ibadah mereka?

 

Cuba renungkan hal ini.

Maksud di sini....

1.  Semua manusia Muslim, tanpa mengira latarbelakang pendidikan formal,  berpeluang mencapai  IMAN dan TAQWA yang tinggi.

2. Kemiskinan dan kedhaifan seseorang BUKAN ukuran dia hina di Sisi Allah.  Sebaliknya orang yang miskin, dhaif, tiada harta, tiada rupa, orang yang tidak terkenal, kelihatan lekeh rupa parasnya ...  mereka ini boleh jadi lebih tinggi kedudukannya di Sisi Allah. 

3. Ketinggian Ilmu zahir syari'at BUKAN ukuran ketinggian seseorang di Sisi Allah.   Bahkan berdasarkan fakta sejarah dan fakta yang disebut di dalam Al-Qur'an dan Hadith, banyak sekali orang cerdik pandai, yang bergelar "alim Ulama",  yang petah syarah Agama ...  terjatuh kepada Golongan sesat akibat bisikan Iblis.  

Wal 'Iyazubillah.

Jika demikian.....

  • Apakah yang menjadikan seseorang itu mencapai kedudukan yang tinggi di Sisi Allah?
  • Apakah kunci  mencapai Keimanan sejati?
  • Apakah rahsia mencapai kedudukan tinggi di Sisi Allah?

 

Cuba renungkan sedalam2nya...!

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...