BAI'AT

BAI’AT :

KEUTAMAANNYA MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah


Siri 1 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


سُوۡرَةُ الفَتْح

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan ta'at setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : ayat 10]


1.0 MUQADDIMAH:


Bai’at  menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah menduduki posisi yang suci dan mulia di dalam Agama. 


Bahkan dari sudut Kelilmuan dan Kepimpinanan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kita akan bentangkan Insya Allah, Bai’at (janji setia /ijazah untuk amal)  adalah tunjang kepada kesinambungan Tradisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah mulai dari Sahabat Nabi,  turun-temurun dari satu generasi Shaikh Mursyid @ Imam @ Ahli Sufi kepada generasi berikutnya sambung bersambung tanpa putus sehingga ke zaman ini. Dan akan berterusan tradisi ini sehingga ke Hari Qiamat.


Kedua2 unsur ini - Bai’at dan talaaqi musyafahah merupakan bukti  kebenaran dan lambang kesucian Ilmu Islam yang diwariskan oleh Rasulullah   ﷺ. 


Allah Ta’ala memelihara Agama-Nya melalui tangan2 Pewaris2 Rasulullah ﷺ sehingga Qiamat.  Ertinya hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah memiliki kunci rahsia kebenaran ini. Sementara sekalian golongan lain TIDAK memilikinya yang menyebabkan mereka terkeluar dari jalan kebenaran menuju kesesatan.  Na’uzubillah.


2.0 PENGERITIAN BAI’AT


Dari sudut Bahasa  Bai’at bererti  .....

“aqad beri dan terima”  

atau  “janji setia“   

atau “aqad jual beli” 

atau “penjanjian diantara dua pihak”

Di dalam istilah Syara’,   Bai’at membawa pengertian “ perjanjian yang berlaku di antara Pemimpin dan yang dipimpin.”   


Yang dipimpin (yang memberi bai’at) berjanji untuk taat dan Pemimpin (yang dibai’atkan)  berjanji untuk memimpinnya kepada kebenaran dan kesucian Islam.”  


●Pada hayat Rasulullah ﷺ  Bagindalah Pemimpin Zahir dan Batin, maka Baginda dibai’at oleh Ummat Islam.


●Setelah kewafatan Rasulullah   ﷺ    Khulafa Ar-Rasyidin menjadi Pemimpin Ummat Zahir dan Batin, maka mereka dibai’at oleh Ummat Islam. 


●Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Kempimpinan bercampur aduk antara haq dengan batil.  Nilai2 kesucian Agama dikotori oleh Pemimpin2 fasiq dan  dan zalim. 


Walau bagaimanapun Kepimpinan Keruhanian yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para Sahabat Baginda yang terpilih tetap bersambung dengan keluhuran tanpa campur tangan “kuasa2” nafsu dan syaitan.   Ini yang dipanggil Kepimpinan Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat yang tetap unggul mempertahankan kesucian Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 


Risalah ini, Insya Allah akan berikan fokus khusus kepada Kepimpinan Warisan Rasulullah ini, Warisan yang tetap bertahan sehingga Qiamat,…!


Siri 2 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


3.0 ASAS DAN MATLAMAT BAI’AT


Asas Bai’at di dalam Islam  tidak lain melainkan menyempurnakan Matlamat Sekalian Anbiya dan Mursalin diturunkan oleh Allah ke atas muka bumi,  Kemudian disambung oleh para Auliya Allah,  Warisatul Anbiya...   iaitu mendirikan Kalimah Tauhid,  Kalimah Agung…   

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللّهُ

Ini bermakna tujuan Bai’at adalah untuk :

Menyempurnakan Tauhid di dalam diri.


Menyempurnakan Ubudiyyah zahir dan batin


Memerintah keluarga, masyarakat, negara dan Dunia dengan Hukum Allah.


Mendirikan Kalimah Allah di seluruh muka bumi.


. 4.0 HAQIQAT BAI’AT


Ahlus Sunnah Wal Jamaah memahami, sesungguhnya Haqiqat sesebuah Bai’at itu adalah pengakuan suci murni kepada Allah Ta’ala, BUKAN kepada manusia yang menerima Bai’at.


Seseorang  yang menerima Bai’at dari manusia lain sama ada Beliau itu Rasul, Warisatul Anbiya’,  Khalifah, atau Pemimpian lainnya, hanyalah sebagai Wasilah (perantaraan)  untuk sampai kepada Allah, sedangkan hakikatnya mereka bersumpah dan janji setia kepada Allah Ta’ala.  


Di sini kita melihat suatu ciri unggul Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu bertawassul kepada seseorang yag dikasihi Allah untuk memperoleh kebaikan dari Allah Ta’ala.


Firman Allah:

سُوۡرَةُ الفَتْح

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : ayat 10]


Firman Allah ini adalah mengandungi Kalimat-Kalimat Agung, suatu Pengisytiharan Sejagat berhubung dengan Rahsia Bai'at.  


Mereka2 (Ummat Islam yang benar2 beriman) yang Bai'at Janji  Setia kepada Rasulullah ﷺ    adalah di dalam Perhatian Allah yang khusus.  Allah Ta'ala menjanjikan Ganjaran Besar bagi mereka yang sungguh2 menyempurnakan janji mereka.


Ganjaran yang dijanjikan itu BUKANLAH harta benda duniawi atau kemewahan kekayaan atau pangkat kedudukan di sisi manusia. Tetapi jauh lebih mulia dari itu iaitu Syurga Melihat Wajahnya ketika  di dunia ini lagi.


Jika Ganjaran besar yang dijanjikan itu berupa harta benda duniawi atau pangkat kedudukan di sisi manusia, sudah tentu para Sahabat lebih layak menerimanya.  Tetapi ternyata para sahabat kebanyakannya dhaif. Tetapi mereka kaya dengan IMAN. Kaya dengan TAUHID, kaya MA'RIFAT.


Mereka sudah diperlihatkan oleh Allah ganjaran yang menanti mereka di akhirat. Bahkan  mereka telah dibukakan mata hati untuk melihat Allah di dunia ini lagi.  


Oleh kerana itu tiadalah mereka hairan dengan dunia ini, mereka cuma rindu untuk kembali kepada Allah.


Siri 3 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


5.0 BENTUK-BENTUK  (JENIS JENIS)  BAI’AT


Kebanyakan orang Islam memahami Bai’at pada sudut yang sempit, iaitu bai’at untuk masuk Islam atau bai’at kepada Khalifah. Sedangkan Bai’at yang sebenar yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah TIDAK terhad kepada kedua bentuk itu kerana di antara Rasulullah dan sahabat telah berlaku Bai’at di dalam banyak keadaan yang berbeza-beza dan tujuan yang berbeza-beza.  


Walau bagaimanapun “DASAR”  dan “MATLAMAT” Bai’at TIDAK terkeluar dari Prinsip ASASNYA  iaitu meninggikan Syiar Allah di atas mukabumi serta mempertahankan Islam dengan jiwa raga mereka.


Pertama:  

Bai’at Untuk Beriman dan Tidak Derhaka Kepada *Rasulullah ﷺ

(Bai’atul Aqabah Pertama)


Ubadah bin Samit رضي الله عنها berada pada saat terjadi Bai’atul Aqabah berkata, Rasulullah ﷺ mengambil janji setia orang2 Ansar di Aqabah:  Rasulullah ﷺ bersabda :


“Kemarilah, hendaklah kamu  berbai’at (janji setia) kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan apapun, kamu  tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak akan berbuat dusta yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak durhaka kepadaku dalam perkara yang ma’ruf (baik). Barang siapa yang menepati bai’at (janji setia) ini, maka ia akan mendapatkan ganjaran dari Allah. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu dihukum di dunia, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penghapus dosa) baginya. Barang siapa yang melanggar salah satunya, lalu Allah Ta’ala menutupi kesalahannya tersebut, maka urusannya dengan Allah, jika Allah Ta’ala  mahu, maka Allah boleh jadi menghukumnya; jika Allah Ta’ala  mahu , maka Dia ampuninya.”.

[Imam Bukhari,Imam Muslim, Imam Tabary]


Ke-2 : Bai’at Untuk Pertahankan Rasulullah ﷺ

(Bai’atul Aqabah kedua)


Rasulullah ﷺ membacakan ayat2 suci Al-Qur’an dan mengajak kepada Allah, berikan semangat  akan Islam, kemudian Baginda berkata : “Aku membai’at kamu melindungiku sebagaimana kamu melindungi wanita dan anak2 kamu”

[Imam Tabary- Tarikh Tabary, Imam Ibnu Ishaq-Sirah Ibnu Hisyam]


Ke-3: Bai’at Untuk Jauhi Syirik, Keji dan Mungkar

Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ إِذَا جَآءَكَ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ يُبَايِعۡنَكَ عَلَىٰٓ أَن لَّا يُشۡرِكۡنَ بِٱللَّهِ شَيۡـًٔ۬ا وَلَا يَسۡرِقۡنَ وَلَا يَزۡنِينَ وَلَا يَقۡتُلۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ وَلَا يَأۡتِينَ بِبُهۡتَـٰنٍ۬ يَفۡتَرِينَهُ ۥ بَيۡنَ أَيۡدِيہِنَّ وَأَرۡجُلِهِنَّ وَلَا يَعۡصِينَكَ فِى مَعۡرُوفٍ۬‌ۙ فَبَايِعۡهُنَّ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لَهُنَّ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

“Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka serta tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah Ta’ala  untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”

[Al-Mumtahanah (60) : ayat 12]


SIRI 4 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ke-4: Bai’at Kepada Amir/Khalifah/Pemimpin


Ubadah bin Samit  رضي الله عنه   berkata : Rasulullah       telah memanggil kami, lalu kami pun memberi Bai’at  kepada Baginda,  kemudian `Ubadah berkata:”Di antara perkara yang diminta kami Bai’at adalah:  Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah) dalam perkara yang kami suka atau benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap Amir (Pemimpin/Khalifah) dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas.”
[Imam Bukhari]

Dari Abdullah bin Umar رضي الله عنه   Rasulullah bersabda:


“Dengar dan taat adalah wajib atas setiap orang muslim (kepada Pemimpin mereka) dalam perkara yang ia suka atau benci selama ia tidak disuruh berbuat ma’siat. Apabila ia disuruh berbuat maksiat maka tidak wajib lagi ia mendengar dan mentaati.”

[Imam Bukhari]


Ke-5: Bai’at Untuk Amal Soleh dan Da’wah

Berkata Jabir Bin Abdullah رضي الله عنه 

Aku telah berbai’ah kepada Nabi    untuk mendirikan solat, menunaikan zakat dan memberikan nasihat buat setiap Muslim.

[Imam Bukhari]


Ke-6: Bai’at Untuk Jihad :

Dari Anas   رضي الله عنه    Rasulullah  berangkat di suatu pagi yang dingin sedang kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali Khandaq (parit), lantas Rasulullah melantunkan sebuah bait syair; "Ya Allah, sesungguhnya kebaikan sejati adalah kebaikan akhirat, maka ampunilah kaum Ansar dan Muhajir." Serta merta para shahabat menyahut dengan bait syair; "Kita adalah yang berbai'at  kepada Muhammad untuk jihad sepanjang hayat."

[Imam Bukhari]

Ya'la bin Umayyah berkata; Aku datang kepada Rasulullah  bersama Abu Umayyah ketika hari penaklukan Makkah lalu aku berkata;
“Wahai Rasulullah bai’atlah ayahku untuk berhijrah, kemudian Rasulullah bersabda: "Aku membaitnya untuk berjihad karena hijrah telah terputus."

[Imam An Nasai]


SIRI 5 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ke -7: Bai’at Berulang kali


Sabda Rasulullah  :


"Hai Salamah, tidakkah engkau berbaiat?" “Saya sudah pada Ba’iat yang pertama ya Rasulullah’   Jawabku. Maka Rasulullah Rasulullah  menjawab: "Lakukanlah juga pada Bai’at yang kedua!"

[Imam Bukhari]


Ke-8: Bai’at Wanita


Dari ‘Urwah bahawa Aisyah  رضي الله عنها telah memberitahu kepadanya mengenai Bai'at Rasulullah        kepada para wanita. Beliau berkata; tidaklah Rasulullah menyentuh tangan wanita sama sekali kecuali Baginda mengambil sumpah atasnya, maka apabila Baginda telah mengambil sumpah atasnya, Baginda berkata: "Pergilah, aku telah membai'at kamu semua!"

[Imam Abu Daud]


Ke-9: Bai’at Untuk Berkata Adil

Dari 'Ubadah bin Samit  رضي الله عنه  beliau berkata;
Kami membai’at Rasulullah untuk mendengar dan ta’at dalam keadaan sulit dan mudah, yang kami senangi maupun kami benci, dan tidak merebut kekuasaan dari pemiliknya, dan mengatakan keadilan di mana pun kami berada, tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

[Imam An- Nasai]


Ke-10: Bai’at Untuk Tidak Lari Medan Perang


“Jabir   
رضي الله عنه berkata;
“Sesungguhnya kami membai’at Baginda Rasulullah untuk tidak lari dari perang.”


[Imam An-Nasai]


Ke-11 : Bai'at kepada Warisatul Ambiya @ Khalifah Rasulullah

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang Nabi meninggal dunia, maka diganti seorang Nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut ”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasulullah menjawab, “Laksanakan ba'iat seperti ba'iat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


SIRI 6 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



6.0 KEFAHAMAN YANG BENAR TERHADAP BAI’AT DI ZAMAN RASULULLAH

Paparan para Perkara 5.0 menjadi bukti jelas bahawa Bai’at di zaman Rasulullah BUKAN semata2 Bai’at untuk masuk Islam, tetapi meliputi hampir semua bentuk KeImanan, Ibadah dan Jihad.

Beberapa rumusan penting dari pemerhatian terhadap Bai’at Sahabat kepada Rasulullah  :

(1)  Kesemua peristiwa Bai’at para Sahabah kepada Rasulullah , memberi petanda pentingnya Bai’at di dalam membangunkan jiwa Ummat kepada Keimanan dan Ketaqwaan.

(2)  Hati insan sentiasa berbolak balik, ada kalanya baik bersemangat dan kalanya lemah tidak bermaya.  Maka Bai’at berulang-ulang atau memperbaharui Bai’at kepada Rasulullah menjadi ledakan semangat baru kepada Perjuangan.

(3)  Kesemua Bai’at tersebut sama ada untuk mempertahankan IMAN,  atau bersungguh2 di dalam IBADAH atau berjanji untuk mempertahankan Rasulullah, kesemuanya menuju  matlamat yang SATU iaitu meninggikan Kalimah Allah di muka bumi bagi mencapai keredhaan Allah.

(4)  Kefahaman yang benar terhadap keseluruhan Bai’at ini amat penting kerana ianya berkait dengan kesinambungan Bai’at yang berlaku setelah kewafatan Rasulullah .


7.0 ADAKAH TERHENTI BAI’AT SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH 
?

Sebahagian Ummat ini beranggapan Bai’at tidak wujud lagi setelah kewafatan Rasulullah .  Sebahagian lagi bepegang Bai’at tidak wujud lagi selepas kejatuhan Kerajaan Islam Othmaniyyah, dan menafikan terus konsep Bai’at. Golongan ini beranggapan Bai’at itu cuma bagi Khalifah /Amir yang memerintah Negara. 

Semua anggapan ini keliru dan tertolak.

Yang benar adalah selepas kewafatan Rasulullah , warisan suci Bai’at ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin dan Ummat Islam seluruhnya.  Sekurang2nya kita dapat mengenal dua bentuk Bai’at berterusan pada zaman Sahabat, Tabiin, dan generasi kemudiannya. 

Pertama :

Bai’at kepada Kepala Negara yang memegang Kekuasaan Politik /Pentadbiran Negara, yang digelar Khliafah/ Amir/ Sultan

Kedua :

Bai’at kepada Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu, ruhaniah dan Rahsia Kenabian yang digelar Khalifah / Shaikh Mursyid/ Imam/ Ahli Sufi/ Ahli Ma’rifat/ Murobbi yang Siddiq


Di dalam Risalah kecil ini, kita akan tumpukan perhatian kepada Bai’at yang ke-2 di atas, iaitu Bai'at yang berhubung dengan Warisatul Anbiya yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin. 

Dari merekalah (Warisatul Anbiya) telah berkembang Ilmu Islam dan terpelihara Agama daripada kejahilan dan kesesatan.  Merekalah Pemimpin2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah. 

Sekalian Imam2 besar Fiqh (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e, Imam Hambali), dan Imam2 Ilmu Tasawwuf  (Imam Jaafar Siddiq, Imam Sufyan Ath-Thawri, Imam Hasan Al Basri, Imam Junaid Al-Baghdadi dll)  dan juga Imam2 Usuluddin (Imam Abu Hasan Asy’ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi) bahkan kesemua Mujtahid, Mujaddid  sepanjang zaman adalah lahir daripada Warisan Suci Rasulullah ini.  

(Bab ini kita sudah bincangkan pada Tajuk “Pembahagian Tingkatan Iman @ Tauhid – sila rujuk)..


SIRI 7 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


8.0 KUNCI MEMAHAMI MAQAM RASUL DAN NABI


Kekeliruan sebahagian Ummat ini dapat difahami daripada kejahilan mereka memahami haqiqat Nubuwwah, yang berterusan sehingga Hari Qiamat.  Sedangkan Bai’at adalah suatu yang berkait rapat dengan Nubuwwah dan Risalah

Rasulullah diutuskan oleh Allah Ta’ala sebagai Rasul terakhir yang membawa Syari’at Islam, maka TIDAK akan ada lagi Rasul yang memperbaharui Syari’at sesudah itu.  Tetapi Maqam Nubuwwah dan Maqam Risalah akan berterusan sehingga ke hari Qiamat.

Apakah maksudnya?

Maksudnya, akan ada di kalangan Ummat ini, manusia2 pilihan Allah yang menduduki Maqam Nubuwwah  dan Maqam Risalah bagi menyambung tugas dan AMANAH Rasulullah sehingga ke hari Qiamat.

Baca dah faham baik2 ..!  

Memang benar, TIDAK akan ada Rasul atau Nabi yang membawa Syari’at baru tetapi akan ada hamba2 pilihan Allah yang mewarisi Ilmu dan Rahsia Ilahiyyah di dada mereka sehingga ke hari Qiamat.  Mereka inilah Warisatul Anbiya yang siddiq.

Ghawthul A’zom Qutb Rabbaniy Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه   dan Shaikh Ibnu Arabiy رضي الله عنه membicarakan hal ini di dalam tulisan2 mereka dengan amat luas sekali.  Di sini kita cuma akan menukilkan sebahagian daripadanya yang memadai bagi salikin /murid.


SIRI 8 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


9.0 DALIL WUJUD KESINAMBUNGAN MAQAM NUBUWWAH DAN RISALAH

Secara khusus, apabila disebut "khalifah" dan "sahabat"....  maka  ini merujuk kepada insan2 terpilih yang hidup di zaman Rasulullah ,  beriman kepada Baginda Rasulullah . serta sungguh2 berjuang menyerahkan diri zahir batin kepada Allah dan Rasul-Nya.

Namun secara umumnya, istilah2 tersebut tidak terbatas pada hayat Rasulullah . tetapi bersambung selepas kewafatan Baginda, kepada Sekalian Pewaris2 Baginda yang siddiq (benar).

Iaitu tabiin, tabiit tabiin, Imam, Shaikh, Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah . sambung-menyambung melalui   talaaqi musyafahah (menghadap dan menerima dari lisan guru)  dan  baiat (janji setia).

Berikut adalah Dalil2 penting berkenaan hal ini:


DALIL 1:

Firman Allah :

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.

[Surah Yusuf : ayat 108]

Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...

"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd   ,  yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (dikenali sebagai Shaikh Sufi @ Ahli Ma'rifat @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq).

Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.  (Surah al-Kahfi : ayat 17)

[Demikianlah penjelasan Imam Jilani di dalam Kitab beliau Sirrul-Asrar Fi Ma-Yahtaju Ilayhil Abrar.]

Tafsiran ayat "orang yang mengikuti daku"  secara khusus seolah2 menujukkan kepada sahabat yang hidup bersama Rasulullah, tetapi tafsiran yang lebih luas adalah sebagaimana Tafsiran Imam Jilani menunjukkan kepada sekalian  Warisatul Anbiya yang merupakan pengikut yang mengikuti Khalifah Baginda turun-temurun tanpa putus.


SIRI 9 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DALIL 2


Firman Allah :

سُوۡرَةُ فَاطِر

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang dimaksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami”  adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anbiya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki.

Berkata Imam Jilani,

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima  “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf  Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Perhatian penting:
Dua Firman Allah di atas adalah bukti kukuh adanya "Maqam Nubuwwah dan Maqam Risalah berterusan sehingga ke hari Qiamat.

Kedua2 Firman Allah ini juga menjadi bukti wujud Silsilah Rasulullah  iaitu rantaian perguruan sambung-menyambung sehingga sampai kepada Rasulullah  yang tidak boleh diengkari oleh sesiapa pun.

Hujjahnya adalah: Penegasan Allah Ta’ala:

"Yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami"

Ini bermakna Allah Ta'ala memilih hamba2-Nya, dan ilhamkannya kepada Shaikh yang sedang memimpin kaumnya.  Shaikhnya hanya mengisytiharkan pilihan Allah itu kepada jamaahnya.

Wakil Rasulullah @ Khalifah Rasulullah @ Pewaris Rasulullah ini  BUKAN pemilihan pemerintah atau undian politik, atau kerana pangkat kedudukan, atau kerana ketinggian
di sisi masyarakat...   semua ini TIADA mengena dengan pemilihan dan perwakilan tersebut.  Ia semata2 anugerah Allah sesuai dengan cahaya Iman dan Rahsia Ilahiyyah didadanya.


SIRI 10 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


DALIL 3

Sabda Rasulullah:

“Dahulu kaum Bani Isra’il dipimpin oleh para Nabi. Setiap seorang nabi meninggal dunia,  maka diganti seorang Nabi lainnya. Maka sesungguhnya tidak ada Nabi yang menggantikan setelah aku meninggal dunia, Namun yang menggantikanku adalah khalifah-khalifah. Maka mereka banyak mempunyai pengikut-pengikut”, Sahabat bertanya, “Wahai Rasul apa yang engkau perintahkan pada kami?” Rasul menjawab, “Laksanakan baiat seperti baiat pertama kali di hadapan mereka dan tunaikan hak-hak mereka, Kalian mintalah kepada Allah yang menjadi bagian kalian, karena Allah Ta’ala menanyakan tentang apa yang mereka pimpin.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


DALIL 4:

Rasulullah    bersabda :

"Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah-khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku." 

[Imam Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah]

Dari kedua2 hadith di atas, Ahlus Sunnah memahami,  Rasulullah telah berikan isyarat berkenaan pengertian  "khalifah"  dan "Pewaris Baginda" yang melangkaui zaman Baginda, sehingga ke hari Qiamat.

Imam Ghazali menyebut di dalam Ihya Ulumuddin dan karya autobiografi beliau Munqiz Min-Adh-Dholal bahawa sebenar2 Warisatul Anbiya adalah Ulama Ahli Sufi   @ Ahli Ma'rifat @ Shaikh Mursyid kerana hanya mereka mempusakai ilmu Baginda Rasulullah  zahir dan batin.


SIRI 11 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


10.0 DI MANAKAH WARISATUL ANBIYA’ (PEWARIS NABI) YANG SEBENAR?

Pada sessi yang lalu, kita telah bentangkan dalil2 kesinambungan Risalah dan Nubuwwah di tangan Warisatul Anbiya yang Siddiq yang dipanggil Khalifah, Shaikh Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat.

Ini yang diakui sebagai Pewaris Rasulullah yang sebenar oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Sedangkan  selain mereka adalah dipanggil alim kitab atau alim fiqh.  (Perkara ini telah ditegaskan berulangkali oleh Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Sayuthi serta Imam2 Ahlus Sunnah yang hebat2)

Dengan demikian tak berlaku pertikaian darihal perkara ini.  Kecuali golongan Wahabiyah, Syi'ah, Sekular dll. tidak akui hakikat ini, tak perlu dihiraukan kerana golongan2 tersebut sudah pun terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Persoalannya sekarang………

Siapakah mereka?

Dimanakah  mereka?

Apakah tanda2 mengenal mereka?

Apakah cara untuk memastikan orang yang kita jumpa itu benar2 Pewaris Rasulullah dan bukan pendusta.?

Adakah mereka figur politik ternama di arena antarabangsa?

Adakah mereka itu yang ada gelaran dato', tan sri?

Adakah mereka yang pandai pidato tundukkan lawan?

Adakah mereka itu yang hafal ribuan kitab dan mampu berhujjah?

Adakah mereka yang mampu menunjukkan keajaiban seperti boleh terbang di udara, boleh tukarkan kertas jadi wang dan macam2 perkara2 pelik2.. Adakah ini dikatakan Pewaris Nabi?

Jika semua itu bukan. Apakah tanda2 nya untuk kenal mereka?

Shaikh Mursyid  atau dikenali juga sebagai Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi atau Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar) mempunyai ciri2 tersendiri  yang terbeza dari ustaz-ustaz biasa atau orang alim kitab biasa atau Mursyid palsu.

Untuk kenali mereka (dan seterusnya bai'at dengan mereka dan mengikuti jalan Ma'rifat,) ada dua panduan diberikan oleh Ulama Arif.

Pertama:

Kenali sifat / ciri2 mereka seperti yang disebutkan di bawah.

Kedua:

Buat solat hajat dan istikharah pada malam Tahajjud, dan mohon pada Allah menunjukki Guru Arif yang akan memimpinnya kepada Allah.

Kata Ulama Arif

Jika seseorang sungguh2 berusaha mencari Guru Mursyid dengan cara2 yang telah ditunjukki oleh Ulama, pasti ditemukan oleh Allah. Bahkan  tidak mustahil Allah Ta'ala hantarkan mereka ke pintu rumah2 kalian.


SIRI 12 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


11.0 SYARAT SHAIKH MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR)

Berikut adalah Syarat2 seorang Shaikh Mursyid/ Murobbi / Ulama Warisatul Anbiya' yg siddiq diambil dari  kata2 Ulama2 terulung Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Perhatikan sungguh2 semua syarat2 ini, dan ambillah pengajarannya.


PERTAMA:

Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil  Silsilah keruhanian Nabi.

Ini bermakna beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikhnya yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-Alameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.

Ini merupakan satu dari tanda2  BENARNYA  seorang Shaikh Pewaris Nabi.

Sebagaimana kami pernah sebut dahulu, 'Cahaya Silasilah'  bukan rekaan atau buat-buatan manusia tetapi ia  adalah pancaran "Nur Muhammad" yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi.

Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.

Seseorang Guru yang tidak mempunyai silsilah keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat ketuhanan kerana mereka sendiri tak pernah dipimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain....!

Seluruh Pewaris Nabi yang siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah mereka itu dari satu silsilah keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah  .  Ianya bukan rekaan atau buatan Pewaris2 ini.

Dengan demikian Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman dan orang2 yang menentangnya akan binasa. Wal Iyazubillah!

Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid, tetapi tidak dapat membuktikan dengan menunjukkan silsilah keruhaniannya, maka pengakuan ini tidak dapat diterima. Dan kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura2 menjadi Guru Mursyid.

Berkata Ghawthul A'zaham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat. Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."

[Qala'id Al-Jawahir]

Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh :

"Orang yang silsilahnya /sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi , itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah صلى الله عليه وسلم, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."

[Khazinah Al-Asrar]

Berkata Shaikh Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh :

"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah sehingga Rasulullah   dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah."

[Jami' Usul Fil Aulia]

Demikianlah jelasnya setiap Guru Murshid wajib mempunyai silsilahnya sampai Rasulullah   dan beliau sendiri pernah dipimpin pada Toriqah Sufiyyah di bawah pimpinan Shaikhnya sehingga wusul (sampai) kepada Allah.

Maka sesiapa mengaku Shaikh Mursyid @ Pewaris Nabi TIDAK dapat buktikan Silsilah Keilmuan sampai Rasulullah   maka dia BUKAN Warisatul Anbiya'.


SIRI 13 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid

11.0 SYARAT SHAIKH MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan


SYARAT KE-2

Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi .

Seorang Shaikh yang benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Dan seluruh pembawaannya terikat kepada Al Qur'an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama Ahlus Sunnah.

Sila rujuk dalil ini dari kata2 Al Ghawth Imam Jilani pada Syarat 1 di atas.


SYARAT KE-3

Mahir di dalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.

Seorang Pewaris Nabi yang sebenar adalah beliau terdidik dengan Ilmu keruhanian di bawah bimbingan Guru / Shaikhnya sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmat Ilahiyyah serta kebijaksanaan.

Beliau mestilah orang yang  telah sampai kepada Maqam Mushahadah (penyaksian wajah ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah ﷺ.
(Hal ini disahkan oleh Guru yang memimpinnya, BUKAN andaian sendiri atau angan2 - untuk keterangan Lanjut Rujuk Siri Tingkatan Iman /Tauhid)

Sifat ke-3 ini antara sifat terpenting, iaitu  Musyahadah Zat  (penyaksian wajah Tuhan dari pandangan ruh) dan  Pimpinan Rasulullah   kerana tanpa sifat2 istimewa ini, tiada bezanya dengan ustaz ustaz biasa, tiada beza dengan orang alim fiqh / alim kitab.

Shaikh Mursyid mesti seorang yang sangat mahir di dalam hal ehwal keruhanian, diberi ilham dan kasyaf oleh Allah Ta'ala untuk memimpin keruhanian murid2nya serta menangkis semua macam gangguan jinn dan syaitan  yang cuba menggodanya sehingga salikin    (murid ) selamat sampai kepada  Maqam2 Tauhid yang suci murni.

Alim kitab, orang kelulusan Universiti yang memiliki berbagai ijazah PhD, Ijazah, Profesor, Ahli Usuluddin, Mufti, Pegawai2 Agama atau cendikiawan agama yang  lain2 TIDAK akan mampu melakukan semua ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang rahsia2 Ma'rifat ini.  Sedangkan yang benar adalah:  Sekalian orang alim ini (alim fiqh semata)  mereka sendiri memerlukan asuhan seorang Mursyid, untuk memperoleh Maqam2 Tauhid yang suci.

Jadi kamu melihat di sini, tujuan Shaikh Mursyid yang sebenar adalah mendidik hati dan ruh kamu berdasarkan Syari'at dan Toriqat sehingga kamu  benar2 memperoleh hati yang suci murni dari Bahrul  Ahadiyyah  Allah Ta'ala. 

Maksudnya, dari hati dan ruh yang suci murni, akan terpancarlah  Tauhid yang suci murni  tanpa sebarang syirik (syirik khafi)  atau mazmumah apa pun.  Dan jadilah kamu memperoleh ubudiyyah  (ibadah yang penuh ketundukan kepada Allah)  yang benar2 ikhlas.

Sila rujuk dalil ini dari kata2 Al Ghawth Imam Jilani pada Syarat 1 di atas.


SIRI 14 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid


11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan


SYARAT KE-4


Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi.

Sifat ini merupakan penjagaan yang amat penting.

Seorang Shaikh wajib mematuhi hukum2 yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari'at ; sama ada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri secara terang2an atau mengadakan/anjurkan perkara2 yang bertentangan dengan hukum Islam. Atau terlibat di dalam menyokong Majlis Mungkar.  Semua ini TIDAK layak bagi Mursyid.

[Perhatian: Maksud pelanggaran hukum syariat, adalah hukum2 yang telah disepakati oleh Ulama2 Mu'tabar sebagai haram, dan bukan masalah khilafiyah. Jika suatu hukum masih di dalam perseliliham Ulama, lalu seorang Mursyid pegang pada satu pendapat. maka ini TIDAK boleh dihukum melanggar hukum syari'at]

Apabila seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang2an atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelakan mereka melakukan perkara ma'siat, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh. Bahkan para Imam kita menggelarkan mereka sebagai penipu dan pengikut Iblis dan Istidraj! Wal Iyazubillah!

Berkata Shaikh Hujweri Radhiallahu Anh:

"Seorang Murshid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syariat dengan tegas tanpa berbelah bahagi. Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq. Seorang Murshid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari'at serta mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya. Orang seperti ini bukanlah Murshid (Shaikh) tetapi pengikut Syaitan dan musuh Islam.

[Kashful Mahjoob]

Dengan demikian WAJIB seorang Murid  menjauhkan diri daripada orang yang mengaku Mursyid tetapi melakukan penyelewengan di dalam Syari'at. Bahkan HARAM mengikutinya lagi.

Umpamanya ada orang menyamar menjadi Mursyid, mengaku boleh melakukan zina kerana telah sampai maqam tinggi. Maka tidak syak lagi dia adalah pendusta yang hanya pura2 menjadi Mursyid.


SYARAT KE-5


Da'wah (menyampaikan) Menjalankan  Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar_

Shaikh Mursyid adalah penyambung Risalah Rasulullah , maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini.

Seorang Shaikh Mursyid sangat terlatih untuk  sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan, melalui nasihat2, teguran2 dan amaran2 kepada murid2nya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.

Sepanjang sejarah islam, Para Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam. Mereka sering memberi amaran2 kepada semua manusia, termasuk pemerintah2 yang melakukan pelbagai kezaliman.


SIRI 15 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2 nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid

11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan


SYARAT KE-6


Bersifat _siddiq_ (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.

Seorang Shaikh yang benar adalah  sentiasa BENAR didalam perkataan dan perbuatannya.  Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq

Ini  amat berbeza dengan Ulama2  us-su (ulama jahat) dan Ulama sesat yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu.  Mereka sanggup menipu ummat demi mendapat kedudukan tinggi  di sisi Pemerintah / Pemimpin.


SYARAT KE -7


Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .

Hidup beliau penuh di dalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan. Sebaliknya hidup beliau menjauhkan segala urusan yang menghambatnya kepada keduniaan. Pandangan dan perjuangan beliau adalah seperti perjuangan Nabi صلى الله عليه وسلم, bersifat sederhana dan memadai dengan pemberian Allah dan tiada berhenti menyeru manusia kepada Kalimah Tauhid!

Demikianlah mereka mencontohi kehidupan Rasulullah   dalam kepimpinan mereka.

Seseorang yang mengaku Murshid tetapi mengumpul2 kekayaan atau hidup mewah di atas harta yang ditagih dari murid2nya, tidak boleh dikatakan Murshid yang haq, sebaliknya dia adalah hamba dunia dan nafsu!

Imam Asy-Sya'rani berkata :

“ Di antara tanda benarnya seorang Shaikh Mursyid adalah : Tidak menyalah-gunakan amanah para muridnya, tidak menggunakan harta benda mereka dalam bentuk dan kesempatan apa pun dan juga tidak menginginkan apa yang ada pada mereka.\
[Lawaqihul Anwaar al-Qudsiyah Fi Ma’rifati Qawa’idus- Sufiyyah].

Lain halnya, jika seorang Shaikh itu memperoleh kemudahan2 berupa kebendaaan atau lain2 dari sumbangan ikhlas muridnya atau dari orang2 lain, maka ini tidak menjadi kesalahan. 

Ertinya kemungkinan Allah Ta’ala melimpahkan kekayaan harta kepada setengah2 Mursyid.    Walau bagaimanapun seseorang Shaikh Mursyid TIDAK  sama sekali terpengaruh dengan kekayaan yang Allah melimpahkan padanya.  Beliau akan tetap dan terus ubudiyyah dan khidmat kepada Ummat, tanpa henti.  Bagi mereka ada atau tiadanya dunia sama sahaja.


SYARAT KE-8


Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia didalam pergaulan Serta mencontohi segala akhlaq Nabi.

Beliau memiliki sifat2 Nabi seperti sifat penyayang  halim dan sifat2 kemuliaan yang lainnya. Beliau mencontohi Rasul di dalam mendidik Ummat kepada ketuhanan. Beliau sangat penyabar dan lemah lembut di dalam pergaulan sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia. Walau bagaimanapun beliau sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama.


Beliau mungkin memarahi seseorang yang melanggar hukum Agama.   Ataupun seseorang yang sangat keras hati,  atau menyombong diri.....  semua ini  bertujuan mendidik,  bukan kemarahan kerana nafsu.  

Namun beliau bukanlah orang yang selalu di dalam keadaan demikian. Inilah yang disebut oleh Imam Jailani dengan kata beliau:

"Dia (Murshid) mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang."
[Qala’id Al-Jawahir]


SIRI 16 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2 nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid

11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan


SYARAT KE-9


Wajahnya, perkataannya, gerak gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.

Sesungguhnya ini  satu dari tanda  terbesar bagi menunjukkan kebenarannya seorang Shaikh Mursyid.

Bagi siapa2 mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang yang benar. 

Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat2  wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai kesusahan!

Rasulullah bersabda :

"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat”
[Imam Al-Haakim ]

Rasulullah bersabda :

إِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ وَإِنَّ مِنْ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ

“ Sesungguhnya ada sebahagian  manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, da nada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglag bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelekan berada di tangannya.”

[Imam Ibnu Majah]

 

Rasulullah bersabda :
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.
[Imam Ibnu Majah]

Para Ulama Ahli Sunnah yang arif mentafsirkan bahwa yang dikehendaki dengan Hadith2 tersebut adalah Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah dengan kebenaran.

Kamu melihat tanda2 ini dan akan terpancar dalam hati kamu bahwa inilah Shaikh Mursyid yang kamu mencari selama ini.  Jika tidak ada tanda2 ini, maka kamu tak perlu bai'at dengannya.


SYARAT KE-10


Terkenal di tempat jauh.

Seorang Shaikh yang benar akan dikenali oleh mereka2 yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh.

Ulama2 meletakkan syarat ini sebagai membezakan dengan Guru palsu atau penipu. Ini kerana lazimnya Guru yang penipu akan sedaya upaya mengawal muridnya supaya tidak terbocor rahsia kejahatannya. Salah satu cara adalah dengan mengongkong mereka dengan dakwaan2 palsu.


SIRI 17 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(Sambungan Syarat Mursyid 10 Perkara)

Demikianlah kami himpunkan 10 syarat yANg wajib ada pada seorang Shaikh Mursyid /Ahli Sufi/ Ahli Ma'rifat/   Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar). Syarat2 ini diambil daripada Wali-Wali Allah yang terkenal;  di antaranya Al Ghawth Al-A'zhom Qutb Rabbani Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani, Shaikh Abu Hasan Asy Syazili,  Shaikh Junaid Al Baghdadi, Shaikh Ahmad Kamasykhanawi,  Shaikh Hujweri,  Shaikh Yahya Al-Kholidi dll.

Mudah2an ianya menjadi panduan berguna bagi pencari2 kebenaran / jalan menuju Allah yang haq.

Para Wali Allah, Ulama Pewaris Nabi yang siddiq telah meletakkan garis panduan yang cukup lengkap dan penuh sistematik. Semua syarat, peraturan dan adab yang disusun itu adalah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasul. Mereka BUKAN menetapkannya mengikut nafsu.  Mereka adalah hamba2 Allah yang takut kepada Allah, mereka musyahadah wajah Allah (menyaksikan wajah Allah) pada setiap saat... Sehingga setiap suatu yang mereka memperbuat adalah di dalam keredhaan Allah.

Maka sayugianya, jangan ada yang cuba pertikaikan peraturan yang telah mereka susun. Ada kalanya setengah perkara yang mereka susun tidak sesuai dengan pendapat aqal atau nafsu kita, tetapi mereka lebih arif berkenaan apa yang diperlukan oleh Ummat.



12.0   SHAIKH PALSU/ SESAT

Bagi setiap perkara kebaikan pasti wujud di sana anasir yang bertentangan dengannya.

Di dalam hal Toriqat, Keruhanian, Shaikh Mursyid, Ahli Sufi, perkara ini tidak ketinggalan.

Sepanjang zaman, ada saja manusia2 terpesong dari jalan kebenaran mendakwa dirinya sebagai Mursyid, Ahli Sufi sedangkan mereka adalah pendusta yang mencari keuntungan duniawi.

Oleh kerana inilah Imam Jilani berikan amaran supaya hati-hati memilih Shaikh Musyid.  Jangan terpesona dengan " wayang sandiwara" yang dilakukan oleh Guru2 Palsu atau Guru Sesat. 

Untuk keterangan lanjut, Sila rujuk artikel terdahulu tajuknya :

"Sufi Benar dan Sufi Palsu"


13.0   KELEBIHAN BERBAI'AT DAN IKUTI SHAIKH MURSYID



Para Masyaikh (plural bagi Shaikh)  telah  menyebut kebaikan2 yang amat banyak yang diperoleh oleh murid melalui bai'at dengan Shaikh Mursyid yang siddiq.

(1) Memperoleh limpahan ruhaniyah Gurunya, yang membuka kepada pintu hidayah dan kebenaran. Dengan demikian tetap hati pada Iman dan amal serta tetap hati pada Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

(2) Menolak segala was-was nafsu dan bisikan Iblis yang sentiasa menimbulkan keraguan di dalam hati

(3) Menolak gangguan jinn syaitan seperti histeria, rasukan, sihir dll.

(4) Membantu mengikis sedikit demi sedikit sifat  mazmumah.

(5) Membantu hapuskan syirk2 khafi yang merosak Iman dan cemarkan Ibadah.

(6) Memperoleh kebahagiaan hati, kelapangan hidup.  Walau pun rezekinya sedikit namun mencukupi.

(7) Memimpin kepada  pintu-pintu Ma'rifat, iaitu Tauhid yang suci murni.  Dan inilah pokok faedah /kepala keberuntungan bagi murid.

SIRI 18 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID


Berikut adalah contoh2 soalan dan jawapannya dari Guru2 kami  berdasarkan kemusykilan yang pernah dikemukakan kepada mereka oleh murid2 mereka:


SOALAN 1

Ya Sayyidi, apakah hukum mencari, Bai'at dan mengikuti  seorang Shaikh Mursyid?

Jawapan :

Wahai anak, mencari Guru Mursyid yang Siddiq (yang benar) iaitu Guru keruhanian yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin adalah fardhu ain, (wajib)  menurut kesepakatan Ulama Ahlus Sunnah,  kerana tidak ada jalan menyucikan hati (melenyapkan segala sifat2 keji  dan syirik khafi )  serta memperoleh jalan2 Hidayah kepada Tauhid yang murni melainkan dengan pimpinan seorang Shaikh Mursyid.

Kata Imam Ghazali :

”Bergabung dengan kalangan Sufi (Shaikh Mursyid) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun bebas dari 'aib atau kesalahan kecuali para Nabi”.
[Ihya Ulumuddin]

Kata Imam Ghazali lagi :

Apabila engkau telah mengetahui bahwa tanaman memerlukan perawat, maka engkau akan mengetahui bahwa seorang salik  mesti mempunyai seorang Mursyid. Sebab Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Dan sebelum Rasulullah    wafat, Baginda  telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda  untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya, sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”
[Ihya Ulumuddin]


Penjelasan 

Maksud Imam Ghazali dari perkataan beliau …

"Allah mengutus Rasulullah untuk bimbing manusia kepada jalan lurus"………

Ia itu Allah Ta'ala mengutus Rasulullah untuk pimpin manusia kepada jalan Tauhid yang suci. Rasulullah telah sungguh2  mendidik para Sahabat kepada jalan suci ini sehingga menjadi insan2 suci yang diredhai  Allah.

Setelah kewafatan Rasulullah , apakah akan jadi kepada Ummat? Adakah mereka ditinggalkan tanpa bimbingan?   Tidak !

Mereka pasti ada pembimbing yang pimpin tangan mereka kepada Allah. Siapakah mereka?

Ini kata2 Imam Ghazali dalam ungkapan beliau…

"Dan sebelum Rasulullah    wafat, Baginda  telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda  untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah."

Selepas kewafatan Rasulullah para Sahabat menyambung tugas Rasulullah mendidik ummat Islam, sebagaimana mereka sendiri pernah dibimbing oleh Rasulullah kepada kesucian Tauhid dan kemuliaan di sisi Allah.

Demikian pula setelah kewafatan para Sahabat Ridhwanullah, Shaikh2 Mursyid (yang telah menerima didikan Sahabat)  menyambung tugas mendidik pula generasi ummat berikutnya.

Dengan ini Sistem Pendidikan Rasulullah yang asli TIDAK pernah hilang, tetapi disambung oleh Pewaris Rasulullah yang memperoleh AMANAH khusus dari isyarat Rasulullah terus-menerus hingga Qiamat.

Kata Imam Ghazali...
"Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”

bermaksud,.

Semua orang Islam (termasuk orang2 alim kitab) yang ingin menempuh jalan kebenaran menuju Allah sebagaimana para sahabat dan Ulama2 terdahulu, adalah suatu kemestian dia mempunyai seorang Shaikh Mursyid sebagai pembimbingnya.

SIRI 19 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 2 

Ya Sayyidi, apakah cara yang saya boleh pastikan Guru itu Mursyid yang benar dan bukan Mursyid palsu?  Saya bimbang ditipu oleh Guru Palsu yang menyamar sebagai Mursyid.

Jawapan:

Wahai anak, untuk mencari Guru Mursyid yang benar hendaklah kamu mengikuti panduan ini :

✅Pertama:


Niat kamu mesti betul dan lurus IKHLAS kerana Allah.

Jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah dan keredhaan Dia, pasti Allah akan tunjukki Shaikh Mursyid yang benar.

Sebaliknya jika kamu mempunyai niat2 yang menyimpang seperti kamu ingin menjadi kebal, ingin mendapat keramat2, ingin menjadi tabib, ingin terkenal sebagai ahli Toriqat,  ingin menjadi kaya-raya, ingin mendapat pangkat kedudukan dll...   Ataupun kamu mempunyai niat2 menyimpang yang lebih halus seperti :   Kamu ingin memperoleh maqam2 wali,   atau  kamu ingin  menjadi majzub (terkenal sebagai orang yang mendapat hikmah tanpa guru) ...  semua ini adalah niat2 tidak benar / TIDAK IKHLAS yang menghantarkan kamu kepada kebinasaan.

Jika kamu mempunyai niat2 menyimpang ini, maka tidak mustahil kamu akan menjumpai Guru palsu atau Guru sesat, sesuai dengan niat kamu yang menyimpang.  Ini kerana niat2 yang tidak ikhlas adalah kesukaan Iblis, maka Iblislah yang menjadi pemimpin kamu.

Sebaliknya jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah, mencari redha dan kasih Allah, pasti Allah akan tunjukki yang benar juga. Ini kerana hati yang ikhlas TIDAK boleh dimasuki oleh Iblis La'natullah.


✅Kedua:


Selidiki syarat2 Shaikh Mursyid yang siddiq.

Setelah kamu luruskan niat semata2 kerana Allah dan BUKAN kerana lain, maka seterusnya pastikan  orang dikenali sebagai Mursyid itu memiliki syarat2 sebagai seorang Shaikh Mursyid yang benar.

JANGAN sesekali memilih Mursyid untuk mencari dunia atau untuk kehebatan diri atau Guru yang suka menunjuk2 kelebihan2 luar biasa seperti terbang sana sini, buat silap mata dsb yang dibuat oleh bomoh atau tukang silap mata.

Kamu mesti memilih Guru yang benar2 bawa kamu kamu mengenal Allah. Periksa syarat2 Mursyid Siddiq yang telah disebut dulu.


✅Ketiga


Solat hajat dan istikharah mohon petunjuk Allah.

Setelah pastikan dua perkara di atas, maka solatlah mohonlah petunjuk Allah, Insya Allah kamu akan dapat jawapannya.

Telah berkata Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

“Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat ) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil 2 rakaat (solat sunnat) di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta’ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia (Allah) memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta’ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta’ala.

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidh-ur-Rahmaniy)”


SIRI 20 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 3

Ya Sidi, adakah wajib kaum wanita bai’at kepada Mursyid dan menuntut Ilmu Toriqat /Tasawwuf?  Atau pun memadai kaum lelaki sahaja?

Jawapan :

Wahai anak!  Menuntut Ilmu Agama, iaitu berkenaan hal Ketuhanan dan ubudiyyah adalah fardhu ain atas tiap2 orang Islam yang laki2 dan wanita, tiada kecuali.  Seperti Sabda Rasulullah

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim” [Imam Muslim]

Dan Sabda Rasulullah ﷺ :

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ

“Mencari ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim laki-laki maupun muslim perempuan [Imam Ibnu Abdil Barr]

dan Sabda Rasulullah :

مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّينِ

“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki padanya kebaikan , nescaya akan diberinya faham akan Deen (Agama)” [Imam Bukhari, Imam Muslim]

Semua Hadith2 Rasul ini memberi isyarat WAJIB iaitu fardhu ain bagi setiap Wanita juga menuntut Ilmu Agama, iaitu hukum-hakam berkenaan kewajipan terhadap penciptanya dan kewajipan terhadap makhluk Allah.

Ulama Ahlus Sunnah telah menetapkan Ilmu Fardhu Ain atas setiap mukallaf laki2 dan wanita adalah :

1)  Ilmu Fiqh
2)  Ilmu Usuluddin’
3)  Ilmu Tasawwuf /Toriqat

Ilmu Fiqh dan Ilmu Usuluddin boleh dipelajari daripada ramai ustaz, kiyai, muallim, alim fiqh.   Tetapi Ilmu Tasawwuf /Toriqat TIDAK dapat diperoleh melainkan dengan berguru kepada Shaikh Mursyid.   Bahkan kebenarannya adalah :   Kesemua Ilmu  tersebut terhimpun pada Shaikh Mursyid. 

Inilah sebabnya semua orang Islam laki2 dan wanita diperintah mencari Mursyid dan sentiasa Syuhbah (berserta di dalam Majlis2nya) untuk memperoleh Ilmu zahir dan batin. 

Kesemua murid sama ada laki2 maupun wanita adalah "anak ruhani" kepada Mursyidnya dan akan di- himpun bersama Shaikhnya di akhirat nanti, seperti Firman Allah:

يَوۡمَ نَدۡعُواْ ڪُلَّ أُنَاسِۭ بِإِمَـٰمِهِمۡۖ فَمَنۡ أُوتِىَ ڪِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَقۡرَءُونَ ڪِتَـٰبَهُمۡ وَلَا يُظۡلَمُونَ فَتِيلاً۬

“Pada hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama Imamnya, kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikit pun.

[Al-Israa’(17): ayat 71]

Kata Ibnu Abbas,
Maksud dihimpun bersama Imam mereka adalah :

"mereka dihimpun bersama amal dan Pemimpin yang menunjukki mereka kepada kebenaran ketika di dunia."

Ulama Arifin menjelaskan lagi  maksud "Imam dan penunjuk jalan kebenaran" :

"Mereka adalah Pewaris Nabi yang memimpin dan  menujukki mereka jalan Allah, iaitu Shaikh Mursyid, pewaris Nabi yang siddiq. Mereka kesemuanya pula berhimpun di bawah panji2 besar Rasulullah 

SIRI 21 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 4

Ya Sidi, jika  Bai'at dengan tujuan2 lain seperti kerana nak jadi hebat kuat, niat nak seri wajah dsb.  di samping niat kerana Allah, adakah ini diterima? 

Jawapan:

Wahai anak!  Asas seluruh Agama didirikan di atas ikhlas.  Setiap amal diukur di atas apa yang kamu niatkan. Dan kamu akan mendapat apa yang kamu niatkan.

Jika kamu niat untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan Allah dan Kasih Dia, maka kamu akan dianugerahi kemuliaan itu.

Sebaliknya jika kamu ingin menjadi hebat, menjadi tukang rawat, menjadi terkenal dsb, dengan sekalian ibadah kamu, maka kamu akan memperoleh ikut niat kamu itu.  Dan tiadalah kamu mendapat Redha dan Kasih Allah.

Allah tidak menerima sesuatu amal yang kamu mempersekutukan Dia di dalamnya.

Sabda Rasulullah  :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan baginya apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Hadith ini isyarat terpenting bagi mereka yang ingin berubah dari kejahilan, ingin Bai'at dan menuju Allah.  

JANGAN sesekali ada niat2 lain selain mencari Wajah-Nya. (Keredhaan Allah)

Orang yang Bai'at dengan niat lain / niat bercampur2/ tujuan2 lain, , kemungkinan akan memperoleh juga kebaikan2 setelah Bai'at, tetapi ianya takkan tahan lama..... kerana akhir kesudahannya adalah istidraj iaitu dibiarkan di dalam kesesatan sedang dia tak sedar.

Perkara ini sering diberi amaran oleh sekalian Guru2 arif.

Jika pada satu2 masa datang perasaan tidak ikhlas, cepat2 ubahkan niat tersebut. Niat semata2 Allah

Maka ini selamat / tidak menjadi kesalahan.  Tetapi jika kamu biarkan niat ""tidak ikhlas" berterusan menguasai hati kamu, maka inilah dosa yang musnahkan Iman dan amal.


SIRI 22 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 5

Ya Sayyidi, adakah Ulama Mujtahid Fiqh seperti Imam Syafi'e berbai'at dengan Shaikh Mursyid?

Jawapan :

Wahai anak, kesemua Ulama2 mujtahidin fiqh iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal berBai'at dengan Shaikh Mursyid di zaman mereka masing2.

Cuma mereka lebih terkenal sebagai Ahli Fiqh kerana mereka ijtihadkan Mazhab Fiqh. Sedangkan yang benar  adalah :

Kesemua Ulama Mujtahidin Fiqh  juga Bai'at dan mempelajari dari Shaikh Mursyid  dan akhirnya mereka sendiri menjadi  Mursyid juga.

Perkara ini disebut di dalam di dalam Risalah Ma'rifat, karangan Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.

Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu Anhu :

"Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengambil Bai'at dan berguru kepada Imam  At Toriqat Wal Haqiqat  Shaikh Jaafar Sodiq Radhiallahu Anhu.

Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibnu Hambal tidak bertemu dengan Shaikh Jaafar Sodiq.  Tetapi mereka berdua Bai'at dengan  Shaikh Musa Kazhim, anak kepada Shaikh Jaafar Sodiq.

[Petikan dari : Risalah Naqsyabandiah, Siri Ma'rifat]

Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin :

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Guru Sufi)?” Maka menjawab Imam Shafie :

“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)

Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in  pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.
[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]

[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

Demikian pula turun-temurun semua Ulama Fiqh yang hebat2 seperti Ibn Abideen, Imam Rofi'e, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Zakariyya Al Ansari, Imam Haitamy dll. kesemua mereka mengambil Bai'at dengan Shaikh Mursyid.


SIRI 23 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 6

Ya Sidi, ada orang menakut-nakutkan  orang Islam bahwa Bai'at itu bahaya kerana ada janji setia itu sangat bahaya. 

Apakah nasihat Sidi?

Jawapan:

Wahai anak, asal Bai'at adalah suatu yang amat suci.  Kerana haqiqat Bai'at itu kembali kepada Allah.


Perhatikan penjelasan ini....


Setiap orang beriman sebenarnya "Bai'at" (sumpah setia) kepada Allah.  Makna Iman itu sendiri sudah memiliki pengertian "sumpah setia".

Setiap orang bersumpah setia untuk mematuhi suruhan dan larangan Allah. Dia sudah sumpah kepada Allah untuk solat, puasa, sedekah, jihad dll.

Dia juga telah sumpah kepada Allah untuk kasih dan hormati kedua Ibu bapa nya, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak melakukan kemungkaran2 lain.

Dia juga berjanji untuk menjauhi semua macam syirik khafi dan mazmumah.

Kemudian jadi pertanyaan, apa perlu Bai'at lagi.. Jawapannya adalah :

Rasulullah  menyuruh para sahabat berulang Bai'at ketika2 tertentu, umpama ketika meterai suatu perjanjian, ketika ingin perang  Fi Sabil, kasih pada Nabi, bai'at wanita dll.   Semua ini bertujuan memperbaharui niat, azam dan kesungguhan untuk menjunjung titah perintah Allah.

Apabila seseorang itu Bai'at secara tak langsung dia sudah memperolehi suatu "cahaya kekuatan Iman" dalam dirinya untuk berjihad sungguh2 pada Jalan Allah.

Maka rugilah mereka yang menganggap Bai'at itu membebankan sedangkan yang benar adalah sangat menguntungkan tiap2 orang yang Bai'at.


SIRI 24 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)

SOALAN 7

Ya Sidi, Apakah syarat untuk seseorang Islam Bai'at dengan Shaikh Mursyid?
Adakah dia perlu mahir dalam Ilmu Syari'at seperti Ulama?

Jawapan:

Wahai anak, semua orang Islam laki2 dan wanita yang akil baligh dan sudah ada asas2 Agama, yakni fardhu ain yang asas, maka layaklah dia Bai'at dan berguru kepada seorang Shaikh.

Maksud sekurang2 fardhu 'ain  yang perlu diketahui oleh seseorang Muslim sebelum dia Bai'at adalah sebagaimana disebut oleh Imam Ghazali, Imam Qusyairi, Imam Asy Sya'rani, Shaikh Daud Al Fathoni, Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari, Shaikh Abdus-Somad Al Falimbani dan Imam Ahlus Sunnah lainnya, dalam kitab mereka masing2 adalah 3 macam Ilmu.

Pertama :
Ilmu fiqih, iaitu mengetahui kewajipan dan cara solat, puasa, zakat yang wajib.

Kedua:
Mengetahui ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid aqli) iaitu mengetahui Rukun Iman, kenali sifat2 Allah dan sifat Rasul secara ijmali (ringkas) tanpa perbahasan panjang.

Ketiga:
Mengetahui asas2 Ilmu Tasawwuf (ilmu merawat hati), iaitu ilmu baikkan hati yang terdapat di dalam Ilmu Tasawwuf.  Mengetahui wajibnya dia sucikan hati dari Syirik khafi,  mazmumah dan dosa2 hati.

Apabila seseorang Islam mengetahui asas2 ini, maka patutlah dia melangkah kehadapan dengan Bai'at serta mengikuti Shaikh Mursyid yang akan membimbingnya kepada Allah dengan selamat.

TIDAKLAH  menjadi kewajipan seseorang itu mesti mahir dalam selok belok ilmu syari'at zahir sebelum Bai'at. Tidak. 


SOALAN 8

Ya Sidi, adakah boleh seseorang itu Bai'at dengan Shaikh Mursyid dan menuntut Ilmu Fardhu Ain sekaligus dengan  Mursyidnya?

Jawapan :

Antara syarat2 terpenting seorang Shaikh Mursyid adalah mahir di dalam ilmu fiqh dan sangat dalam ilmunya di dalam Ma'rifat.

Maksudnya : Sudah terhimpun pada dirinya sekalian ilmu yang diperlukan oleh murid menuju Allah.… yang menyampaikan murid kepada Allah Ta'ala

(rujuk Syarat2 Shaikh Mursyid yang benar - 10 perkara)

Dengan demikian seseorang Islam boleh Bai'at dan sekalugus menuntut Ilmu fardhu ain daripadanya. Insya Allah.

Berdasarkan pengalaman yang ditelah dilalui oleh sekalian Pewaris Nabi (Shaikh Mursyid) sejak dahulu, setengah dari yang datang berjumpa Shaikh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah terdiri dari kaki judi, pemabok,  perompak, pelacur dll yang tak kenal Agama. Mereka2 ini tiada langsung pengetahuan Agama, tak tahu cara solat bahkan tak pernah solat pun.

Tetapi Shaikh Mursyid mempersilakan mereka, mengajar mereka fardhu ain,  menunjuk jalan kepada mereka, membimbing mereka dengan penuh kasih kepada Allah. 

Disinilah menunjukkan bukti yang sangat jelas, walaupun seseorang itu tidak mengetahui asas2 agama bahkan bergelumang dosa, tetapi sedia untuk taubat kembali kepada Allah, ada jalan untuk dia pada sisi Shaikh Mursyid.


SIRI 25 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)



SOALAN 9

Ya Sayyidi, Boleh tak seseorang Bai'at dengan seorang Shaikh Mursyid, kemudian dia Bai'at dengan Mursyid lain. Adakah ini dibenarkan?

Jawapan:

Wahai anak, seseorang murid cuma boleh ada seorang Shaikh Mursyid sahaja sebagai pemimpinnya pada satu2 masa.

Shaikh Mursyid dari sudut pimpinan, umumnya ada dua macam:

Pertama:
Shaikhul - Fath

Ini Shaikh yang kamu Bai'at untuk kamu mengambil petunjuk dan zikir dan wirid khusus untuk kamu ikuti.  Dialah pemimpin zahir dan batin  yang memimpin kamu kepada Allah Ta'ala.
Kamu terikat dengan Shaikh Mursyid ini dengan ikatan silsilah Rasul yang kukuh.
Dia adalah ayah ruhani kamu sampai kamu menemui Allah Ta'ala.  

Kedua :
Shaikhul-Barakah
Ini Shaikh Mursyid yang kamu Bai'at untuk mengambil barakahnya sahaja dan bukan untuk diikuti.  Kamu TIDAK terikat dengan pimpinan atau peraturannya.

Kamu boleh Bai'at kepada seberapa banyak Shaikh Mursyid untuk mengambil barakah mereka, tetapi Shaikh Mursyid yang memimpin  kamu TIDAK boleh lebih dari seorang sahaja pada satu satu masa.

Ini telah disebut dengan jelas oleh semua Masyaikh  (Guru2 Arif - Shaikh Mursyid) yang terdahulu.  Maka adab ini mesti dipatuhi sungguh2 oleh murid.


SOALAN 10


Ya Sidi, jika sekiranya seorang Mursyid kembali ke Rahmatullah, apa yang patut dilakukan oleh si murid?  Adakah dia terus amalkan apa2 yang sudah diterima atau perlu mencari Shaikh Mursyid lain?

Jawapan

Wahai anak, sekiranya seseorang Guru Mursyid telah kembali ke Rahmatullah, Peraturan bagi muridnya adalah seperti berikut :

Bagi tiap2 Shaikh Mursyid yang kamil ada baginya tiga peringkat muridnya :

Pertama:
Murid Maqam Khalifah Khususiyyah

Kedua :
Murid Maqam Khalifah 'am

Ketiga :
Murid Maqam Ahli Biasa

Amanah bagi ketiga2 kumpulan murid2 ini  berbeza2.

(1) Jika seorang murid telah mendapat anugerah Maqam yang tinggi iaitu ...
Maqam Khalifah Khususiyah
dan dia telah tetap, maka dia sudah menjadi wakil gurunya untuk meneruskan Amanah Rasulullah.

Maka dia dilarang berbai'at kepada Guru Mursyid lain.

(2) Jika murid itu sampai ke Maqam Khalifah Am sahaja dan masih mampu meneruskan sekalian zikirnya dengan baik dan mampu menunaikan sekalian amanah2 Gurunya, maka dilarang mengambil Guru lain sebagai Mursyidnya.

Tetapi jika dia dapati dirinya lemah dan tak mampu meneruskan amanah tersebut dan lemah di dalam zikir2nya, maka dia harus mencari Mursyid lain untuk mantapkan kembali maqamnya.

(3) Jika dia hanya murid biasa yang masih di peringkat  mujahadah dan belum kuat hatinya untuk istiqamah pada sekalian wirid2nya, dan belum tetap mujahadahnya maka haruslah dia mencari Guru Mursyid lain untuk mendidiknya. 

Ini kerana tujuan sebenar Toriqat Ahli Sufi adalah untuk menyucikan batinnya daripada sekalian kekotoran,  membawanya bertauhid kepada Allah dengan Tauhid yang suci murni serta ubudiyyah dengan ubudiyyah yang benar.

[Rujukan Fataawa Hadithiyyah, Anwarul Qudsiyyah, Qawaid Tasawwuf Imam Zarruq, Risalah  Marifat]

SIRI 26 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 11

Ya Sayyidi, Apabila seseorang Bai’at dengan Shaikh Mursyid, adakah dia perlu sentiasa berada di samping beliau?  Adakah perlu setiap waktu menghadap beliau untuk mendapat Ilmu?

JAWAPAN:


Wahai anak, seseorang yang berbai’at dengan  Shaikh Mursyid, tidak di mestikan sentiasa berada di sampingnya.  Cuma dikehendaki hadir dua kali seminggu untuk  Tawajjuh  (berzikir berjamaah ramai2)  pada hari Isnin malam Selasa dan Khamis malam Jumaat, di tempat Mursyid.

Jika murid tak mampu hadir ke tempat Tawajjuh kerana terlalu jauh dari tempat Mursyidnya, maka buatlah zikir di rumah masing2 dan sentiasalah kasih hati kepada Mursyidnya. Dengan cara ini, murid akan tetap terpelihara dalam pimpinan Shaikh Mursyidnya.

Walau bagaimanapun, murid yang sentiasa berdamping dan  khidmat kepada Gurunya, mempunyai kelebihannya tersendiri kerana syuhbah, berserta Mursyid memperoleh limpahan cahaya ruhaninya yang amat banyak.

Shaikh Abdul Qadir Isa,  (wafat   1312H /1991M), Mursyid  Toriqat Syaziliyah abad 20, mempunyai ungkapan yang sangat menarik berkenaan ini….

Berkata Al Marhum Shaikh Abdul Qadir Isa :

"Berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi adalah ubat penangkal yang sangat mujarrab. Menjauhi mereka adalah racun yang mematikan. Mereka adalah sekelompok manusia yang tidak akan membuat sengsara orang yang bergaul dengan mereka. Bergaul dengan mereka adalah terapi praktis yang sangat berkesan untuk menyuluh jiwa, murnikan akhlaq, menanaman Aqidah dan kukuhkan Iman, Sebab hal-hal tersebut tidak mungkin diraih dengan hanya membaca buku dan mengkaji ilmu pengetahuan. Semua itu adalah sifat-sifat praktis kejiwaan yang hanya dapat diserap dengan tauladan dengan interaksi hati ke hati melalui pengaruh spriritual (khusus yang dimiliki oleh Mursyid)"


SOALAN 12

Ya Sayyidi, Tolong ceritakan cara-cara seseorang mengambil bai’at dengan seorang Mursyid. Apakah persediaan yang perlu bagi murid?

JAWAPAN

Wahai anak, sebelum seorang hamba Allah berbai’at dengan seseorang Mursyid hendaklah dia pastikan beberapa perkara :

BENAR2 yakin Mursyid yang dipilihnya menepati syarat2 Shaikh Mursyid yang telah disebut dulu.

IKHLAS hati mencari redha Allah, jangan ada sebarang niat langsung di dalam hatinya selain Allah.

1)  Hendaklah dia bertemu wakil Guru untuk menyatakan hasratnya ingin berbai’at.

2)  Waki Guru berikan ta’limat cara2 Bai’at berserta adabnya.

3)  Bakal murid mandi bersihkan diri , solat Taubat, Istighfar dan sujud taubat.  Semua ini untuk menyucikan dirinya dari sekalian dosa dan masuk kepada Jalan Ma’rifat di dalam kesucian. (tidak ada satu sistem di dunia ini mempunyai sistem penyucian seperti ini)

4)  Guru akan bai’atkan murid dengan lafaz, “Saya Bai’ahkan Toriqat Naqsyabandiah untuk di- amalkan.   Murid menjawab, “Saya terima dan saya amalkan”.

5)  Setelah selesai Bai’at akan ada zikir ramai2 jika tempat sesuai, jika tidak murid akan balik dan buat zikir sendirian di rumah.

6)  Demikian selesai acara Bai’at

7)  Susulan amalan akan diberitahu semasa taklimat.


SIRI 27 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


14.0 KEMUSYIKALAN/SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID (sambungan)


SOALAN 13

Ya Sayyidi, Apakah kesudahan bai'at ini?  Adakah kaitannya di Mahsyar nanti?

JAWAPAN:

Wahai anak,
Menurut Guru2 kita yang arif, di Mahsyar nanti sekalian Shaikh Mursyid akan  berhimpun di bawah panji2 besar Rasulullah 
. bersama2 murid mereka masing2, sebagaimana Firman Allah.

Firman Allah Ta'ala :

يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا

“ (Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya ditangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan  mereka tidak dianiaya sedikit pun. Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : ayat 71-72]

Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas muridnya dan Gurunya pula jadi saksi atasnya ...  demikian sambung menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah  sendiri.

Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk syurga oleh Rasulullah bertali tali / berantai2, iaitu mengikut silsilah masing2 berpegang kepada Guru kepada Guru, kepada Guru sehingga akhirnya sampai kepada Sahabat yang  berpegang kepada tangan Rasulullah ﷺ .

Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  Radhiallahu anhu menyebut perkara ini di dalam Risalah beliau, Risalah Ma'rifat dengan menukilkan beberapa hadith sahih.  Antaranya Hadith Imam Bukhari dan Hadith Imam Ahmad.

🌷Rasululllah  :

عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ.

“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai (bertali-tali)

[Imam Bukhari]

🌷Rasululllah  :

لَقَدْ عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ قَوْمٍ يُقَادُونَ إِلَى الْجَنَّةِ فِى السَّلاَسِلِ.

“Sungguh ajib (Hairan) oleh Allah akan dengan orang-orang yang ditarik untuk masuk ke syurga berantai-rantai.”

 [Imam Ahmad]

Kunci memahami hadith ini adalah pada ungkapan ini, iaitu ....

perkataan " السَّلاَسِل ِ  "

Salasila  iaitu Silsilah.

Yang dimaksudkan dengan Silsilah itu adalah silsilah Shaikh Mursyid, iaitu rantaian ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ .

Jadi maksud salasila atau  "rantai"  BUKAN digari atau dibelenggu seperti tafsiran orang awam. 

Sebaliknya ia adalah majaz (bayangan) kepada makna Sisilah @ Rantaian perpindahan ilmu zahir batin dari Rasulullah kepada sahabat kepada Tabiin, berpindah lagi kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam2 @ Shaikh Mursyid turun-temurun dengaj cara yang amat suci dan terpelihara sampai Qiamat.
(rujuk penjelasan lanjut pada tajuk "Tingkatan Pembahagian Tingkatan Iman /Tauhid / Ma'rifat).

Mereka yang ditarik masuk syurga bertali-tali / berantai mengikut silsilah Shaikh Mursyid mereka. Apakah maksud mereka ditarik masuk seolah2 dalam keadaan dipaksa.?

Ungkapan "ditarik masuk" bermaksud :

keadaan setengah  murid2  yang telah melakukan dosa dan berasa tak layak masuk syurga, tetapi mereka ditarik juga masuk syurga,  mengikut silslah mereka masing2.

Inilah kelebihan berserta dengan Shaikh Mursyid yang siddiq.

[Nukilan dari Kitab Risalah Naqsyabandiah ]

Demikianlah selesai perbincangan tajuk " Keutamaan Bai'at pada aisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Mudah2an Allah Ta'ala melimpahkan Rahmat, Hidayah, Taufiq dan Inayah-Nya agar kita semua tetap pada jalan suci....

Ihdinas-Sirat-al-Mustaqeem

hingga nafas terakhir.

Jalan yang Allah Kurniakan Ni'mat atas nya, iaitu jalan Rasulullah dan para Auliya Allah.

- SELESAI -

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...