■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 111 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke -15: Fitnah ( فِتْنَةً )
sambungan....
Rawatan dan Penjagaan :
Tidak ada kata2 yang mampu menggambarkan dahsyatnya fitnah yang berleluasa serta mencengkam kehidupan manusia sejagat pada zaman ini. Keluarga, masyarakat, Pentadbiran negara, parti politik, ekonomi, sosial bergelumang di dalam Fitnah tanpa henti2. Pejabat, tempat kerja, tempat2 perniagaan, Masjid, Surau, Musolla...dipenuhi fitnah. Tukang pembuat fitnah dan penyebar fitnah juga bersepah di mana2.
Perbuatan gemar melakukan kerja2 fitnah atau memfitnah Muslim lain berpunca dari hati yang kotor, keji dan khianat. Maka penawar hakiki bagi mengubati hatinya serta melepaskannya daripada cengkaman sifat2 keji adalah dengan cara mencabut segala anasir perosak dari akar umbinya dari hati.
Jalan untuk mencapai matlamat tersebut (hati yang suci dan sejahtera dari nifaq dan syirik) adalah dengan menempuh Jalan Ma'rifat kepada Allah dengan pimpinan Warisatul Anbiya' (Mursyid yang siddiq). Inilah Jalan suci murni yang diwarisi turun-temurun daripada Junjungan Rasulullah ﷺ oleh sekalian Ulama Billah yang telah masyhur nama mereka sepanjang zaman.
Mereka yang belum mempunyai rezeki berserta dengan seorang Mursyid yang siddiq, hendaklah sungguh2 mengikuti panduan2 berikut, mudah2an mereka juga selamat daripada dosa2 fitnah.
(1) Taubat dengan Taubat Nasuha
Ini adalah langkah pertama bagi tukang fitnah atau penyebar fitnah atau pelaksana2 fitnah. Taubat tidak akan diterima selagi orang yang kamu timpakan fitnah atasnya mengampuni dosa kamu.
(2) Jika dosa fitnah berhubung dengan rampasan harta, maka wajib dipulangkannya.
(3) Jika dosa fitnah itu berhubung dengan penyebaran fitnah di media — ws, tele, fb, ig dan lainnya ... maka dia wajib memohon ampun secara terbuka dan wajib menyebut satu persatu fitnah yang pernah dilemparkannya kepada orang berkenaan untuk membersihkan namanya daripada fitnah tersebut.
(4) Jika dosa fitnah itu tersebar di suatu tempat tertentu seperti di pejabat, tempat kerja, sekolah dsb.. maka si pemfitnah wajib menampilkan diri dan mohon maaf secara terbuka serta akui perbuatan jahatnya bahwa dia telah melakukan fitnah.
(5) Jika berita fitnah menyebabkan seseorang hilang pekerjaannya (dibuang kerja) atau perniagaannya bankrap, maka si pemfitnah wajib menggantikan sekalian kerugian mangsa fitnah.
(6) Jika Pemerintah atau wakil2nya menangkap dan penjarakan seseorang dengan jalan fitnah, maka Pemerintah berkenaan wajib mohon maaf secara terbuka dan bayar ganti rugi sepanjang dia ditahan di dalam penjara.
(7) Jika fitnah tersebut berkait dengan kehormatan seseorang, khususnya fitnah zina, maka pembuat fitnah barangkali menanggung dosa besar sampai mati — menanggung dosa sampai Akhirat. Jika fitnah zina tersebut telah tersebar luas, maka lebih banyaklah dosa besar yang ditanggung oleh penyebar fitnah. Ini kerana hamba Allah yang terkena fitnah zina tak mudah memaafkan orang2 yang telah melemparkan fitnah zina terhadapnya. Fitnah zina memusnahkan seluruh hidupnya. Manusia memandangnya dengan pandang jijik, hina dan keji. Ke mana sahaja dia melangkah, namanya sudah terpahat di mata masyarkat sebagai manusia hina. Bahkan anak2 dan ahli keluarganya juga menanggung malu. Maka amat sukar untuk dia memaafkan si penuduh.
Orang2 yang takut kepada Allah, takut pembalasan di Akhirat, takut Kemurkaan Allah... akan sentiasa hati2 dengan perkataan dan perlakuannya daripada melakukan fitnah terhadap orang lain. Sedangkan menyakiti seorang Muslim tanpa haq saja pun sudah termasuk dosa besar, apa lagi melemparkan fitnah terhadapnya sehingga meruntuhkan seluruh hidupnya, sudah tentu lebih lagi dosanya.
SIRI 112 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
Definisi :
Dari segi bahasa, ungkapan "dunia" ( الدُّنْيَا ) berasal dari akar kata " da na a" yang membawa maksud : dekat, rendah, lemah, kurang.
Dari segi istilah, "dunia" adalah setiap sesuatu yang tidak membawa manfaat pada Akhirat atau perkara sia-sia yang menjatuhkan seseorang kepada kebinasaan dan Kemurkaan Allah.
Maka Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia adalah bermaksud mencintai kelazatan dunia, mencintai segala kemewahan, kesenangan, keseronokan, pangkat, kedudukan, kuasa dan kemegahan sehingga jauh dari Rahmat Allah dan jatuh kepada Kemurkaan-Nya.
Penjelasan:
(1) Al-Qur'an dan Sunnah Rasul membahaskan "dunia" di dalam beberapa bentuk:
Dunia adalah tempat persinggahan.
Dunia adalah tempat dugaan dan cobaan.
Dunia adalah tempat bercucuk tanam benih Akhirat.
Dunia adalah tempat mencari bekal pulang.
Dunia hanyalah tempat bermain2 serta kelalaian.
Dunia hanyalah perhiasan yang menipu daya.
Dunia hanyalah tempat bermegah2 dengan harta dan anak2.
Dunia dan seisinya dilaknat kecuali Zikrullah, orang Alim (Arif) dan muta'allim (penuntut / murid).
Mencintai Dunia membawa manusia kepada kesombongan
Mencintai Dunia menjerumuskan kepada kekejian dan kefasikan.
Mencintai Dunia mendorong manusia kepada kekafiran.
(2) Umumnya dunia dan seisinya dilaknat kecuali sebahagian daripadanya yang membawa kepada menambahkan takut kepada Allah serta membawa kebaikan pada Hari Perhitungan.
(3) Cinta kepada dunia — Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ), bererti mencintai "Dunia" yang membawa kebinasaan kepada Iman, jauh dari Keredhaan Allah dan jatuh kepada Kemurkaan Allah.
(4) Demikian besarnya nafsu manusia kepada "dunia" sehingga 1000 lembah emas sekalipun tidak memadai baginya — dia inginkan lebih banyak lagi. Demikian rakusnya manusia sehingga mereka sanggup berbunuhan semata2 kerana merebut secebis "dunia yang hina".
(5) Menurut Ilmu Tasawwuf, " Dunia " adalah salah satu daripada 4 perkara yang membawa kebinasaan (afaat) kepada manusia — iaitu merosak Iman dan ibadahnya serta mengundang Kemurkaan Allah.
(6) Perkara2 yang terhitung ke dalam istilah "dunia yang menjerumuskan kepada kebinasaan" adalah :
Harta kekayaan melimpah ruah, Wang ringgit bertimbun2, gedung2 perniagaan, kedudukan, pangkat, Kuasa, kemuliaan di mata manusia. Perkara2 ini yang lazimnya menghambat manusia agar bertungkus lumus mencari, menikmati dan bermegah2 dengannya. Maka kelakuan mencintai semua inilah dinamakan _hubbud-dunya_ yang membinasakan manusia.
(7) Cinta dunia menarik manusia kepada rangkaian dosa2 besar yang lain antaranya :
Menyebabkan seseorang lalai dari mengingat Allah.
Menyebabkan seseorang meninggalkan ibadah.
Menghilangkan khusyu di dalam solat
Menimbulkan berbagai sifat nifaq (kemunafikan) di dalam hati.
Menumbuhkan sifat bakhil
Menimbulkan permusuhan dan pertengkaran.
Mendorong kepada kemegahan dan kesombongan.
Mendorong kepada kezaliman dan pembunuhan.
Menyebabkan hati menjadi keras dan mati.
Wal Iyazubillah.
(8) Dipandang secara umum sememangnya dunia dan seisinya dilaknat, namun bukan semuanya dilaknat. Sebahagiannya adalah terpuji, iaitu bahagian dunia yang membawa "ingat kepada Allah (zikrullah)", " yang dibelanjakan pada jalan Allah" dan " kebajikan yang diambil manfaatnya oleh manusia".
Dengan demikian, diperhalusi sesuai kehendak Agama, "Dunia" terdiri dari dua bahagian yang bertentangan:
Pertama : Bahagian Dunia yang terpuji, disanjung, diRedhai Allah
Kedua : Bahagian Dunia yang dikeji, dikutuk, dilaknat Allah
(9) Sebahagian dari "dunia yang terpuji" adalah :
Rumah kediaman yang selesa dan luas yang dimanfaatkan untuk Majlis Zikir, Majlis Ilmu dan Ibadah.
Kuda tunggangan (atau kenderaan lain sesuai dengan zaman) yang kuat dan pantas untuk da'wah dan Jihad Fi Sabilillah
Wang ringgit yang banyak tetapi dibelanjakan pada Jalan Allah, sedekah fisabilillah, mendirikan Masjid, membangunkan rumah untuk musafir dan miskin2, membuat parit, tali air, perigi untuk kegunaan orang ramai.
Pangkat dan kedudukan yang dimanfaatkan bagi membantu manusia terutama yang miskin dan dhaif
(10) Tiga macam golongan menghadap dunia:
Pertama : Muslim yang meletakkan Dunia di hatinya. Berlumba2 sedaya upaya mengejar kemewahan, kelazatan, pangkat, kemegahan, kedudukan dan perhiasan dunia.
Kedua : Muslim yang meletakkan Dunia di tangannya, sedang akhirat diletak di dalam hatinya.
Ketiga : Mu'min yang korbankan seluruh hidupnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Tiada sedikit pun kecendurungan hatinya untuk berpaling kepada dunia.
(akan datang penjelasan lanjut In shaa Allah)
SIRI 113 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Dalil Al-Qur'an dan Hadith :
Berikut adalah ayat Al-Qur'an dan Hadith berkenaan bahaya Dunia dan akibat cinta Dunia.
(1) Dunia hanyalah permainan yang menipu daya:
✨🕌✨Firman Allah :
سُوۡرَةُ الحَدید
ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا لَعِبٌ۬ وَلَهۡوٌ۬ وَزِينَةٌ۬ وَتَفَاخُرُۢ بَيۡنَكُمۡ وَتَكَاثُرٌ۬ فِى ٱلۡأَمۡوَٲلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِۖ كَمَثَلِ غَيۡثٍ أَعۡجَبَ ٱلۡكُفَّارَ نَبَاتُهُ ۥ ثُمَّ يَہِيجُ فَتَرَٮٰهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَـٰمً۬اۖ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ۬ شَدِيدٌ۬ وَمَغۡفِرَةٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَٲنٌ۬ۚ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (٢٠)
"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..”
[Al-Hadiid (57): Ayat 20 ]
(2) Harta kekayaan yang banyak dan kemakmuran hidup menjadikan manusia engkar dan kufur:
✨🕌✨Firman Allah :
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلاً۬ قَرۡيَةً۬ ڪَانَتۡ ءَامِنَةً۬ مُّطۡمَٮِٕنَّةً۬ يَأۡتِيهَا رِزۡقُهَا رَغَدً۬ا مِّن كُلِّ مَكَانٍ۬ فَڪَفَرَتۡ بِأَنۡعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٲقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلۡجُوعِ وَٱلۡخَوۡفِ بِمَا ڪَانُواْ يَصۡنَعُونَ (١١٢) وَلَقَدۡ جَآءَهُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُ وَهُمۡ ظَـٰلِمُونَ (١١٣)
“Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduknya) mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, tetapi mereka mendustakannya; kerana itu mereka dimusnahkan azab dan mereka adalah orang-orang yang zalim.
[An-Nahl (16) : ayat 112- 113]
(3) Cinta dunia berangan ingin hidup lama:
✨🕌✨Firman Allah :
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُون
"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
[Al-Baqarah (2) : ayat 96]
(4) Cinta dunia timbulkan sifat bakhil:
✨🕌✨Firman Allah :
وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari Kurnia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari Qiamat. Dan kepunyaaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Aali Imran (3) : ayat 180]
SIRI 114 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
(5) Cinta dunia kepala kejahatan:
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda
"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan“
[Imam Ahmad]
(6) Cinta dunia bawa sifat tamak:
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda
“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(7) Kekayaan membawa kebinasaan :
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
" Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlomba sebagaimana mereka berlomba, dan akhirnya kalian binasa sebagaimana mereka binasa.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(8) Kehebatan Islam dicabut kerana mengagung-agungkan dunia :
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda
“Apabila umatku sudah mengagungkan dunia maka akan dicabutlah kehebatan Islam, dan apabila mereka meninggalkan pekerjaan amar ma’ruf nahi munkar, maka akan diharamkan keberkatan wahyu, dan apabila umatku saling mencaci, maka jatuhlah mereka dari pandangan Allah.”
[Hakim dan Tirmidzi]
(9) Dunia bagaikan bangkai :
✨🕌✨Hadith Rasulullah ﷺ :
Sayyidina Jabir bin Abdillah Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah ﷺ pernah memasuki sebuah pasar yang di kiri-kanannya sesak dengan manusia. Ketika itu Baginda melewati seekor kambing cacat (telinganya kecil) yang telah menjadi bangkai. Lantas Baginda memegang telinga kambing itu seraya berseru, “Siapakah yang mau membeli kambing ini dengan harga satu dirham?” Pengunjung pasar menjawab, “Sedikitpun kami tidak menginginkannya“. Baginda bertanya lagi, “Apakah kalian mau jika anak kambing ini kuberikan cuma-cuma kepada kalian?” Mereka menjawab, “Demi Allah, kalaupun anak kambing itu hidup, kami tidak akan menerimanya karena cacat, maka bagaimana kami mau menerimanya setelah menjadi bangkai?” Mendengar hal ini Rasulullah bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya dunia itu lebih hina dalam pandangan Allah daripada bangkai kambing cacat ini dalam pandangan kalian”
[Muslim]
(10) Dunia dan seisinya di la'nat kecuali Zikrullah, Si Alim (arif) dan Mutaallim:
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dunia itu adalah dilaknat, dilaknat apa yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah dan sesuatu yang dikasihi Allah, atau orang yang mengajar (al- Alim Billah) ataupun orang yang belajar".
[Imam Tirmizi]
SIRI 115:
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke-16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Fatwa / kata2 Hikmah Ulama Warisatul Anbiya' berkenaan kebinasaan cinta dunia
Berkata Sayyidina Ali Radhiallahu anhu :
"Tidaklah satu kaum meninggalkan suatu dari Agama kerana mengharapkan kelebihan dunia, melainkan Allah Ta'ala akan dedahkan mereka kepada bencana dan kejahatan yang lebih buruk"
[Zuhd Ar-Raqaiq]
Berkata Sayyidina Ibn Abbas Radhiallahu anhu :
"Ini (permainan dan senda gurau dunia yang menghinakan) adalah kehidupan orang kafir, kerana mereka membawa dunia ke dalam ketertipuan dan kebatilan. Adapun kehidupan seorang Mukmin, kehidupannya mencakup amal-amal soleh, sehingga (dunianya) tidak menjadi permainan dan senda gurau semata2."
[Tafsir Al-Qurtubi]
Berkata Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu anhu :
"Barangsiapa berlomba2 dengan engkau pada Agama engkau, maka berlomba2lah dengan dia. Dan barangsiapa berlomba2 dengan engkau pada dunia engkau, maka lemparkan dunia itu pada lehernya."
[Ihya Ulumuddin]
Berkata Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Jika engkau melihat dunia (perhiasannya), palingkanlah pandanganmu dari keindahannya. Tutuplah hidungmu dari semerbak syahwat dan kelazatannya, agar engkau selamat dari malapetaka yang akan ditimpakannya. Dengan demikian engkau akan dapat bahagian duniamu tanpa membuatmu terpedaya"
[Adab As-Suluuk]
Berkata Lukman Al-Hakim Radhiallahu anhu :
"Hai anakku! Sesungguhnya dunia itu laut yang dalam. Telah karam di dalamnya banyak manusia. Maka hendaklah perahu engkau pada dunia itu Taqwa kepada Allah. Isinya Iman kepada Allah. Dan layarnya Tawakkal kepada Allah Azza Wa Jalla."
[Ihya Ulumuddin]
Yahya bin Mu'az Radhiallahu anhu berkata :
"Orang beraqal itu tiga : Orang yang meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkannya. orang yang membuat perkuburan sebelum memasukinya dan orang yang mencari Keredhaan Khaliqnya sebelum dia bertemu dengan-Nya."
[Ihya Ulumuddin]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan tercelanya dunia dan contoh2nya amat banyak. Kebanyakan isi Al-Qur'an melengkapi kepada tercelanya dunia, memerintah supaya berpaling dari dunia dan menyeru kepada (mempersiapkan diri untuk) Akhirat. Bahkan itulah matlamat diutuskan sekalian Anbiya'"
[Ihya Ulumuddin — Kitab tercelanya dunia]
Berkata Imam Al-Haddad Radhiallahu anhu :
"Barangsiapa terlampau menumpukan perhatian kepada pangkat dan menuntut kedudukan, serta mengharapkan kemuliaan dan ketinggian di hati orang ramai, maka sebenarnya dia telah mendedahkan dirinya kepada bahaya dan bencana, seperti takabbur dan riya'"
[An-Nasihah Ad-diniyyah]
Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :
"wahai anakku, haqiqat dunia ini tempat dukacita seperti dukacita orang yang dikurung di dalam penjara. (kerana hakikatnya dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir)."
[Risalah Ma'rifat]
SIRI 116 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke-16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Contoh2 kebinasaan manusia akibat cinta dunia:
Sebagaimana kami menyebut pada awal bicara tajuk ini, cinta kepada dunia — Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ), bererti mencintai "Dunia" yang membawa kebinasaan kepada Iman, jauh dari Keredhaan Allah, membawa manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah.
Umumnya dunia dan seisinya menjadi perhiasan, keasyikan, kelazatan nafsu, bermegah2 dengan kelebihan dunia, bermegah2 dengan darjat, pangkat, kedudukan dan bermegah2 dengan kekuasaan atas muka bumi. Keseluruhan dunia itu menjadi dugaan, ujian, cobaan bagi manusia sejagat (khususnya bagi orang beriman), maka sejauh mana mereka memilih keseronokan dan kelazatan dunia berbanding dengan keimanan dan Akhirat, maka sejauh itulah jatuhnya mereka ke lembah kebinasaan.
Sepanjang sejarah manusia, banyak sekali manusia tewas kepada perhiasan, keasyikan dan kelazatan dunia serta membelakangkan Tauhid kepada Allah Ta'ala. Mereka utamakan kehidupan dunia berbanding dengan janji2 Allah di Akhirat. Mereka memilih kefasikan dan kekafiran berbanding dengan Keimanan.
Berikut adalah beberapa contoh "cinta dunia" dan "kemegahan dunia" yang berlaku pada zaman dahulu yang berakhir dengan kebinasaan.
Contoh 1 : Kisah kaum 'Ad
Ini adalah kisah kaum 'Aad yang leka, lalai, tenggelam di dalam kemewahan dan kekayaan dunia serta lupa kepada Allah., bermegah2 dengan pembangunan negara yang serba maju, megah dengan kekuatan dan kekuasaan.... akhirnya menerima kebinasaan akibat kekafiran mereka. Wal Iyazubillah.
Kaum 'Ad adalah generasi keempat keturunan Nabi Nuh Alaihis Salam. Mereka tinggal di Jazirah 'Arab di bahagian utara Hadramaut, Yemen. Allah Ta'ala Mengurniakan kekayaan dan kemewahan melimpah ruah kepada kaum 'Ad. Mereka hidup senang lenang dan makin lupa kepada Allah Ta'ala. Segala Ni'mat dunia berupa bangunan2 mewah, makanan yang mewah2, kebun2 subur yang terbentang luas menjadikan mereka kufur. Ketika Nabi Hud diutus oleh Allah untuk memperingatkan mereka, hanya sedikit yang beriman kepada Baginda. Kebanyakannya menentang. Akibatnya Allah Ta'ala menurunkan 'Azab yang berat angin kencang yang amat sejuk melanda kaum 'Ad sehingga mereka mati bagaikan kayu yang reput.
✨🕌✨Firman Allah :
وَأَمَّا عَادٌ۬ فَأُهۡلِڪُواْ بِرِيحٍ۬ صَرۡصَرٍ عَاتِيَةٍ۬ (٦) سَخَّرَهَا عَلَيۡہِمۡ سَبۡعَ لَيَالٍ۬ وَثَمَـٰنِيَةَ أَيَّامٍ حُسُومً۬ا فَتَرَى ٱلۡقَوۡمَ فِيہَا صَرۡعَىٰ كَأَنَّہُمۡ أَعۡجَازُ نَخۡلٍ خَاوِيَةٍ۬ (٧) فَهَلۡ تَرَىٰ لَهُم مِّنۢ بَاقِيَةٍ۬
"Adapun 'Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka telah dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya. Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompong. Dengan yang demikian, dapatkah engkau melihat lagi sisa-sisa mereka (yang masih hidup)?
[Al-Haqqah (69) : ayat 6-8 ]
I'tibar : Akibat cintakan dunia dan lupakan Akhirat, akibat tenggelam di dalam kenikmatan dunia dan lupakan Yang Empunya Kurnia, akibat bermegah2 dengan kelebihan dunia dan lupakan Allah Yang Maha Pemurah .... maka dibinasakan semuanya di dalam sekelip mata. Wal Iyazubillah.
SIRI 117 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke-16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Contoh 2: Kisah Namrud
Alla Ta'ala Kurniakan kepandaian, kepintaran dan berbagai kelebihan dunia kepada Namrud, bahkan menjadikannya Raja yang sangat berkuasa di Negeri Babylon (negeri Iraq sekarang). Namun dia tidak bersyukur sebaliknya menjadi kafir. Kekayaan harta benda dan duniawi yang melimpah2 bukan sahaja menjadikan dia kafir bahkan lebih jahat lagi dia mengaku dirinya Tuhan. Namrud memaksa rakyatnya agar menyembahnya sebagai Tuhan.
Kesudahan kisahnya... Allah Ta'ala binasakan Namrud dengan mengirimkan seekor nyamuk ke dalam otaknya. Namrud menggelupur kesakitan setiap kali nyamuk tersebut menggigit otaknya. Setiap kali Namrud menggelupur kesakitan, kepalanya terpaksa dipukul dengan sepatu (kasut) untuk meredakannya sebentar. Kemudian berulang lagi kesakitan dan dipukul lagi kepalanya dengan kasut. Demikian keadaannya sampai dia mati di dalam keadaan sangat hina.
I'tibar : Kepandaian duniawi, kepintaran, kecekapan aqal fikiran dan intelek yang tinggi menjadikan manusia merasa dirinya hebat dan lupa kepada Tuhan Rabbul Jalil Yang Mengurniakannya. Kerajaan besar, negeri yang kaya-raya... menjadikan manusia menjadi sombong takabbur... lupa kepada Allah Ta'ala... maka matilah manusia di dalam kehinaan. Wal Iyazubillah.
Contoh 3 : Kisah Fir'aun
Kisah Fir'aun sudah masyhur serata dunia. Allah Ta'ala berikan dia kerajaan yang besar dan kekayaan yang banyak, namun dia tidak bersyukur, sebaliknya mencabar Allah Ta'ala. Fir'aun mengaku dirinya Tuhan yang tinggi dan memerintah manusia agar menyembahnya. Kesudahannya dia dimatikan di dalam keadaan hina di Laut Merah. Ketika air laut sudah sampai ke paras hidung, dia menjerit meminta pertolongan, Waktu itu baru dia insaf dan menjerit :
"aku beriman kepada Tuhan Musa"....!!!
Namun sudah terlambat kerana apabila nyawa sudah sampai halqum, maka Taubat tidak diterima lagi. Maka matilah Raja angkuh yang mengaku dirinya Tuhan itu di dalam penuh kehinaan. Kerajaan yang besar dan megah, menteri2nya yang ramai, hulubalangnya yang kuat tidak mampu memberi manfaat sedikit pun kepada Fir'aun.
✨🕌✨Firman Allah :
فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡہُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡيَمِّ بِأَنَّہُمۡ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ
Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka (Fri'aun dan pengikutnya) di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya:
[Al-A'raf (7) : ayat 136]
Di dalam kisah2 ini tersimpan peringatan dan amaran keras.... bukan sahaja kepada kaum Namrud dan Fir'aun tetapi kepada sekalian Pemerintah / Raja / Sultan / Amir / Khalifah / Perdana Menteri / Menteri2 besar atau siapa saja orang yang berkuasa memerintah ...yang datang sesudahnya, agar jangan sesekali sombong dengan Kuasa yang ada pada kamu, jangan besar diri dengan segala Kurnia Allah Ta'ala ada kamu, Jangan jadi orang zalim dan kufur kerana akibatnya sama seperti Namrud dan Penguasa lain yang telah menerima kebinasaan...! Wal Iyazubillah
I'tibar: Sesungguhnya Dunia, harta kekayaan, pangkat, kedudukan dan Kuasa... membutakan mata hati, menjadikan manusia lupa diri, menjadi sombong, bongkak, zalim, fasiq dan kafir. Wal Iyazubillah.
SIRI 118 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Contoh 4 : Kisah pemerintah2 cinta dunia dan lupakan Allah
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, pemerintah2 Islam sesudahnya tenggelam di dalam kelazatan dunia. Mereka habiskan masa dengan berpoya2 dengan minuman keras, muzik dan wanita. Mereka lalai dan leka dengan berbagai kemewahan yang melimpah2. Mereka lupa kepada Allah dan asyik dengan dunia. Bahkan tidak kurang dari penguasa2 ini menjadi fasiq, zalim dan sesat. Mereka kekalkan kuasa dengan bantuan Ulama2 as-su yang memberi fatwa sesat dan menyesatkan. Mereka tidak menerima nasihat dan tunjuk ajar Ulama Pewaris Nabi yang haq.
Tentera monggol menyerang Baghdad pada 656H, dan hancurkannya dalam masa beberapa hari sahaja. Khalifah dan hulubalangnya dibunuh. Kitab2 Ulama yang amat bernilai dibakar dan dibuang ke Sungai Tigris sehingga airnya menjadi hitam dari dakwat kitab. Sebuah kerajaan Agung yang dimegah2kan musnah dalam sekelip mata akibat kelalaian dan tenggelam di dalam keasyikan dunia.
I'tibar : Apabila orang2 Islam asyik dengan kelazatan dunia, berpoya2 dengan berbagai kenikmatan dunia, sibuk mengumpul2 kekayaan dunia, lupa kepada Allah, lupa perintah Allah, abaikan hukum- hakam Allah sehingga menjadi fasiq dan zalim, maka tiada lagi kekuatan di dalam diri. Apabila cahaya Iman telah padam atau malap, maka orang kafir melihat mereka bagaikan debu yang dipijak2. Wal Iyazubillah.
Contoh 5: Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya
Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya. Namun dia salahgunakan ilmunya. Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam. Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina. Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim seperti ini dan menggelarnya dengan panggilan "anjing yang menjelir lidahnya".
✨🕌✨Firman Allah :
وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]
I'tibar : Orang alim, kiyai, ustaz, cerdik pandai Agama, khusunya Mufti, Qadhi, Hakim — yang menjual Agama demi dunia, pangkat kedudukan dan jawatan, membuat fatwa menurut kehendak nafsu pemerintah, adalah mereka itu manusia2 yang menerima La'nat Allah. Wal Iyazubillah.
SIRI 119 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Contoh 6: Kejar dunia tinggal solat
Tidak kurang orang Islam meninggalkan fardhu solat 5 waktu dengan alasan kerja, atau kerana alasan tugas, atau atas alasan menjaga keselamatan atau lain2nya sedangkan waktu untuk menunaikan Solat hanya 10 minit. Setengah daripada golongan seperti ini menyangka "masa muda" adalah masa untuk mencari kekayaan sebanyak2nya dan mereka akan tunaikan solat apabila sudah pencen atau apabila sudah masa lapang atau ketika usia sudah lanjut... semua sangkaan2 ini hanyalah bisikan Syaitan yang memperdaya untuk menjahanamkan mereka sedang mereka tidak menyedarinya.
✨🕌✨Firman Allah :
مَا سَلَڪَكُمۡ فِى سَقَرَ (٤٢) قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ
"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar (neraka Saqar)? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mendirikan solat"
[Al-Muddathir (74) : ayat 42]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Contoh 7: Cinta dunia enggan bayar zakat
Ini penyakit orang berharta yang cintakan dunia. Mereka tersangat cinta kepada harta kekayaan dunia sehingga tidak mempedulikan kewajipan zakat sedangkan zakat hanyalah 2.5 % daripada harta yang dimilikinya. Misalnya dia memiliki harta bernilai RM 100,000, bayaran zakat hanya RM 2,500. Meskipun masih banyak lagi tersisa namun mereka rasa berat untuk mengeluarkannya.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang dikurniakan oleh Allah harta dan tidak mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari Qiamat dijadikan seekor ular yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”
[Imam Bukhari ]
Contoh 8 : Bakhil — enggan belanja harta pada fi sabilillah
Setengah hartawan sanggup bermewah2 dan bermegah dengan hartanya namun sangat bakhil untuk membelanjakan sebahagiannya kepada fi sabilillah dan faqir miskin.
✨🕌✨Firman Allah :
وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآءَاتَاهُمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرُّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَللهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak pada hari Qiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
[Ali Imran (3) : Ayat 180].
SIRI 120 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.17 Dosa Besar ke -16: Hubbud-dunya ( حُبُّ الدُّنْيَا ) — cinta dunia:
sambungan....
Contoh 9 : Menipu, khianat untuk merebut tanah dan harta:
Demi memenuhi dorongan nafsu cinta kepada dunia, ada golongan manusia sanggup menipu daya dan khianat kepada ahli keluarga sendiri atau teman kongsi perniagaan. Mereka ingin membolot segala harta kekayaan untuk diri mereka sendiri, sedangkan semua harta yang mereka ambil dengan paksaan / penipuan walaupun sejengkal tanah, maka dia akan menerima hukuman yang amat berat.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Siapa yang pernah berbuat aniaya sejengkal saja (dalam perkara tanah) maka nanti dia akan dibebani (dikalungkan pada lehernya) tanah dari tujuh petala bumi.
[Imam Bukhari ]
Contoh 10: Kecintaan kepada dunia membawa permusuhan dan berbunuh2an:
Hal ini bukan perkara baru tetapi sudah diketahui umum. Kecintaan manusia kepada dunia membawa kepada fitnah memfitnah, adu domba, khianat, mungkir janji, permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Segolongan manusia "elit" yang berkuasa dan kaya-raya saling bermusuhan untuk merebut2 kekayaan dunia. Jika boleh mereka ingin menguasai seluruh dunia dan menjadi Pemerintah dunia. Inilah ketamakan manusia paling buruk yang timbul dari nafsu syaitan. Ketamakan manusia tiada kesudahannya.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Rumusan terhadap contoh2
Jika kamu mempunyai mata hati yang tajam, kamu akan melihat betapa besarnya kebinasaan akibat "cinta dunia". Contoh2 di atas memberikan gambaran pengaruh " cinta dunia " kepada manusia sehingga penyakit ini bukan sahaja memudaratkan diri tetapi juga menimbulkan bencana besar kepada seluruh kemanusiaan. Cinta kepada dunia dan perhiasaannya menjadi punca kejahatan — busuk hati, tipu daya, dengki, tamak haloba, bakhil, adu domba, fitnah memfitnah, khianat, mungkir janji, permusuhan, kezaliman, pembunuhan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah....! Ini yang dimaksudkan oleh Junjungan Nabi ﷺ.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan“
[Imam Ahmad]
Bersambung siri 121 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment