IMAN TIDAK AKAN MASUK KE DALAM HATI YANG KOTOR

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

IMAN TIDAK AKAN MASUK KE DALAM HATI YANG KOTOR


IMAN atau TAUHID atau disebut MA'RIFAT itu adalah cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) di dalam hati.

IMAN / TAUHID MA'RIIFAT yang benar hanya masuk ke dalam HATI yang suci bersih.

Cahaya Ketuhanan TIDAK akan masuk ke dalam HATI yang  dipenuhi kekotoran / kekejian.

Allah Ta'ala adalah Zat Yang Maha Suci,... Dia hanya menerima yang suci bersih.

✨🕌✨Rasulullah     bersabda:

Sesungguhnya Allah itu Maha baik (Maha Suci) dan tidak menerima, kecuali  yang baik (yang suci-suci).

[Imam Muslim]


Setiap Muslim yang inginkan kemenangan abadi di Akhirat....

Setiap Muslim yang ingin memperoleh Iman dan Taqwa yang benar....

Setiap Muslim yang ingin mencapai Ma'rifat....

WAJIB terlebih dahulu sucikan HATINYA daripada kekotoran ma'nawiyyah  (bangsa ruh) dan mazmumah (kekejian hati).

Apabila HATI itu telah benar2  bersih dari cengkaman karat2 jahiliyah, dan benar2 bersih dari kekotoran syirik khafi dan mazmumah, maka ketika itu barulah Cahaya Rabbaniyyah  akan masuk ke dalam HATINYA, maka ketika itu cemerlang Imannya dan bersinar Taqwanya.

Iman TIDAK akan masuk ke dalam hati yang dipenuhi kekotoran dan kekejian.

Tauhid yang benar / hakiki TIDAK akan diperoleh oleh orang yang hatinya bergelumang dengan syirik (syirik khafi - syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji).

Jauh sekali untuk memperoleh Ma'rifat kepada Allah seandainya HATI itu masih dikuasai oleh syirik khafi dan mazmumah.

IMAN / TAUHID juga TIDAK akan diperoleh dengan cara bacaan kitab atau semata2 atau teori semata2.... melainkan sekalian teori, kajian, perbincangan, seminar, forum, ceramah dsb WAJIB diikuti dengan usaha menyucikan HATINYA sehingga benar2 bersih bersinar. 

IMAN / TAUHID juga TIDAK akan diperoleh dengan cara hafalan atau perbahasan sifat 20 atau Sifat 40 atau dikenali sifat 50 semata2...  sebaliknya sekalian Teori Ketuhanan pada aqal itu WAJIB diikuti dengan Tarbiyyah melatih di dalam Sistem  Penyucian jiwa menurut Ahlus Sunnah.

Dengan demikian langkah pertama bagi orang mula sedar bahawa dia akan kembali kepada Allah pada Hari Perhitungan WAJIB bagi dia sucikan HATINYA /  mendidik Hatinya agar benar2 suci bersih daripada kekotoran ma'nawiyyah - syrik khafi dan mazmumah (kekejian) dan ghaflah (kelalaian).

Dari penjelasan ringkas di atas barangkali sudah mula kelihatan bayang2nya.... apakah Sistem Tarbiyyah yang telah dilalui oleh para Sahabat sehingga mencapai kecemerlangan IMAN dan TAQWA  dan juga mula menyedari apakah ibadah yang lakukan oleh mereka selama 10 tahun di Makkah sebelum turun  fardhu solat.

Persoalan untuk direnungkan sedalam2nya:

(1) Apakah Sistem Tarbiyyah yang mampu menyucikan HATI dan RUH sehingga benar2 sedia menerima Cahaya Rabbaniyyah?     

  

(2) Apakah Sistem Tarbiyyah khusus yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap para Sahabat sehingga mereka mencapai Keimanan dan Taqwa yang begitu tinggi?

      

(3) Siapakah yang mewarisi khazanah Rasulullah bagi mendidik HATI manusia sehingga benar2 suci bersih kemudian dari kewafatan Baginda?   

    

Kenalilah jalan lurus / jalan benar / Ahlus Sunnah yang benar (tulen) supaya selamat mengikutinya serta memperoleh TAQWA dan kenalilah sifat2 golongan sesat serta  jauhi daripada tergolong di dalam golongan tersebut, hati2 supaya tidak terjatuh kepada golongan sesat tanpa disedari. 


Maassalamah

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...