MACAM2 SIHIR

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



■■■■■■■■■■■■■


Sihir dikatakan bermula di zaman Babil atau Babylon. Ianya juga dikatakan bertepatan dengan turun nya dua malaikat yang ditukarkan menjadi manusia, Harut dan Marut.  Allah Lebih Mengetahui.

Sihir mempuyai kaitan erat dengan "ruh" manusia,  ruh2 di alam ghaib iaitu jinn dan syaitan dan juga bintang/ planet2.

Orang yang gemar melakukan sihir lazimnya mahir di dalam manupulasi ilmu kajian bintang2 serta berhubung dgn ruh2 jahat.

Setengah ulama mengatakan Sihir bukan satu macam tetapi ada berbagai bentuk :



PERTAMA : SIHIR DENGAN BANTUAN JINN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inilah sihir yang paling umum dan diketahui kebanyakan manusia.

Tukang sihir menundukkan jinn untuk menjadi khadamnya. Mereka mempunyai perjanjian tolong menolong satu sama lain dengan berbagai habuan. 

Tukang sihir jadi penyembah jinn.  Tukang sihir ini menafikan Allah Tuhan Semesta Alam sebalik nya menjadikan jinn sebagai Tuhan mereka.  Dengan demikian jinn ini akan berikan segala bantuan kepada tukang sihir.



KE-2 : SIHIR DENGAN SUSUNAN ALAT GEOMETRI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ada tukang sihir mampu menundukkan orang lain atau berbuat suatu kejahatan susunan tertentu pada peralatan geometri yang dikatakan ada kuasa tertentu.



KE 3 : SIHIR DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN KIMIA DAN UBAT- UBATAN.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tukang sihir bacakan berbagai mantera jampi serapah yang tiada kena mengena dengan Ayat Qur'an atau doa pada obat atau kimia tersebut.

Orang yang gunakan ubat tersebut akan terkena penyakit.  Keadaan ini lebih kurang sama seperti kuman yang disebarkan melalui peralatan2 tertentu.



KE 4 :SIHIR PEMUJA BINTANG2 DAN PLANET.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~

Ahli sihir ini manupulasi berbagai kejadian pada peredaran bintang dan planet.

Kaum bangsa Kuldani dan Kusydani dikatakan pelopor sihir jenis ini. Mereka penyembah bintang2.



KE 5 :  SIHIR KEKUATAN KHAYALAN / MINDA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sesetengah petapa menggunakan teknik tertentu pada kekuatan khayalan untuk mempengaruhi orang lain.

Mereka ada latihan tertentu pernafasan dan meditasi.



KE 6 : SIHIR DENGAN TIPUAN PANDANGAN (MAGIC)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sihir jenis ini adalah lebih kepada kepantasan tangan dan pergerakan yang melekakan orang yang melihatnya.

Tekniknya adalah membuat pandangan orang terleka dgn suatu pergerakan yang dicipta sehingga tumpuan asyik kepada yang dilakukan. Sementara itu tukang sihir melakukan suatu pekerjaan lain yang tak disedari.



KE 7 : SIHIR MENYALAHGUNA ASMAUL HUSNA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tukang sihir ini manupulasi berbagai kelebihan pada Asmaul Husna (nama2 Allah Yang Maha Agung) lalu mereka-reka kaedah2 tertentu untuk habuan dunia.

Mereka beramal dgn asmaul Husna BUKAN untuk memperoleh barakah dan Keimanan tetapi semata2 mencari dunia dengan cara menipu orang2 bodoh.

Yang terbaru didapati Lembah Kelang, jamaah menarik rezeki dengan Asmaul Husna.  Sekali dengar memang menarik hati.  Tetapi mereka tak sedar jatuh kepada syirik.


Demikianlah sepintas lalu wujudnya berbagai2 bentuk sihir yang perlu kita waspada.  Kesemua mereka itu adalah bertujuan menipu orang lain untuk hawa nafsu sendiri atau kerana habuan dunia. 

Sesetengah mereka menggunakan nama yang hebat2 untuk menutup kejahatan sihir mereka.

JANGAN MUDAH TERPENGARUH dengan dakwaan2 kononnya dia Shaikh, dia Mursyid, dia Sufi dsb. Kaji dahulu sungguh2 berdasarkan panduan Ulama Mu'tabar.



Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...