■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 251 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Contoh 2: Meyakini doa dan ikhtiar mereka mampu ubah Taqdir Allah
Ertinya mereka berkeyakinan mereka mampu mengubah Taqdir Allah dengan usaha ikhtiar termasuk dengan doa. Pada pegangan mereka Taqdir yang Allah Ta'ala tetapkan pada Azali boleh diubah dengan melakukan cara2 tertentu dengan menggunakan aqal fikiran dan usahanya sendiri.
Ini pegangan yang batil dan menyeleweng dari Aqidah yang benar. Bukanlah sebuah doa atau usaha ikhtiar manusia mengubah Taqdir yang Allah tetapkan tetapi yang benar adalah : Doa dan usaha ikhtiar itu pun dari Allah Ta'ala. Dia yang Kurniakan doa dan menggerakkan usaha ikhtiar seseorang sehingga keadaan asalnya berubah. Bukanlah doa dan usaha ikhtiar seseorang berkuasa mengubah Taqdir.
Jika seseorang i'tiqad bahawa doa dan usaha dia berjaya mengubah Taqdir, ini membawa maksud orang itu beri'tiqad Allah Ta'ala lemah kerana terpaksa mengikut kemahuannya. MAHA SUCI ALLAH DARIPADA DIGAGAHI OEH SESUATU. SEBALIKNYA DIA YANG MAHA GAGAH DAN BERKUASA DI ATAS SEGALA SESUATU!
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :
Orang bertanya kepada Rasulullah, "Apakah pandangan engkau terhadap ubat yang kami gunakan untuk sembuhkan sakit dan jampi yang kami bacakan, adakah ini akan menolak ketentuan Allah?" Baginda menjawab : "Itu semua adalah dalam ketentuan Allah."
[Imam At-Tarmizi, Imam Ibnu Majah]
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :
"Apabila Allah Ta'ala Mengkabulkan apa yang diminta hamba-Nya, dan Mengkabulkan permintaannya, maka Iradah-Nya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan kehendak Tuhan pada waktunya. Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukan-Nya., untuk menyampaikan Taqdir itu pada waktunya. Seperti yang dikatakan Ahlul Ilmi (Ahli Ma'rifat) mengenai Firman Allah : كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬ — Setiap waktu Dia di dalam kesibukan " [Ar-Rahman (55) : ayat 29] iaitu mengiring Taqdir sampai waktunya.
Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya. Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelekan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.
Adapun apa yang diriwayatkan di dalam Hadith Nabi, "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa." [Imam Tirmizi] adalah dikatakan yang dimaksud dengan Hadith ini : "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada Taqdir Azali) dapat menolak qadha." [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah di dalam Taqdir Azali, bukanlah sebab doa seseorang itu - pent]
Begitu juga seseorang tidak akan masuk Syurga di Akhirat dengan amalnya, tetapi dengan Rahmat Allah. Namun Allah memberikan darjat kepada hamba-Nya di Syurga berdasarkan amal perbuatan mereka (darjat Keimanan — pent). Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak dituntut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskan-Nya menunaikan janji-Nya, akan tetapi Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, menyiksa, mengampuni, memberikan Ni'mat, menyayangi siapa pun diKehendaki-Nya. Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjwab atas apa yang diperbuat-Nya, tetapi manusia diminta dan disoal akan pertanggungjawabannya.
Dia memberi rezeki tanpa batas dengan Rahmat-Nya dan menolak siapa pun yang diKehendaki-Nya. [Tiada siapa pun layak menyoal perbuatan Allah ini - pent] Bagaimana tidak demikian, sementara makhluq, langit dan bumi dari Arsy yang tinggi hingga tanah yang rendah, Dia yang Menciptakan dan Memilikinya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha perkasa lagi Maha Mulia.
[Tamat petikan kitab Futuhul Ghaib]
SIRI 252 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Contoh 3: Melanggar Syari'at sewenang2 dengan alasan ianya Taqdir
Golongan ini melakukan dosa sewenang2nya dengan anggapan semua itu Taqdir. Mereka tidak merasa bersalah selepas mereka melakukan ma'siat / kemungkaran. kerana menurut I'tiqad mereka, Allah yang Taqdirkan mereka berbuat dosa.
Mereka sewenang2 melakukan maksiat / kemungkaran kemudian balikkan semua perlakuan jahat kepada Allah Ta'ala. Ini adalah perlakuan orang zindiq.
Prinsip Ahlus Sunnah berhubung dengan Taqdir, Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al manusia (perbuatan manusia) secara ringkas adalah seperti berikut:
■ Seluruh kejadian atas muka bumi berlaku menurut Taqdir Allah yang Azali. Tiada siapa pun mampu mengubahnya.
■ Allah Ta'ala yang Menciptakan kebaikan (Keimanan) dan kejahatan (kekufuran). Allah Menciptakan kebaikan sebagai tuntutan atas setiap insan dan Dia memerintah agar mengikutinya. Dia Menciptakan keburukan sebagai dugaan dan larangan dan diperintah menjauhinya.
■ Allah Ta'ala Kurniakan aqal kepada manusia (dan jinn) untuk memilih kebaikan dan jauhi larangan-Nya.
■ Ketika menanggapi perlakuan diri atau manusia lain, terdapat dua keadaan yang wajib dipegang.
Pertama : Syari'at
Kedua : Haqiqat
Perbuatan dan perkataan wajib berdiri pada Syari'at (hukum2 Syara' yang ditetapkan di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama) sedangkan hal hati berdiri pada Haqiqat (memandang Taqdir Ketentuan Allah)
Jangan samakan keduanya.
Jangan campur adukkan keduanya.
Jangan tinggalkan salah satu darinya.
■ Apabila seseorang di dalam kebaikan, maka wajib baginya kembalikan segala kebaikan dan kejayaan tersebut kepada Allah Ta'ala. Dan apabila seseorang berbuat dosa atau di dalam kejahatan, maka wajib baginya kembalikan segala kejahatan dan kegagalan tersebut kepada diri sendiri iaitu mengaku kesalahannya dan taubat segera.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Maka yang wajib bagi semua orang beriman adalah berpegang bahawa amal yang baik adalah atas Taufiq Allah dan amal yang buruk (jahat, keji, kufur) adalah dari dirinya, sehingga dia masuk ke dalam Firman Allah :
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوۤاْ أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسْتَغْفَرُواْ لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلاَّ ٱللَّهُ
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah."
[Aali Imran (3) : ayat 135]
Apabila seorang hamba menganggap bahwa maksiat adalah dari dirinya, maka dia termasuk orang yang beruntung dan selamat, daripada dia mengaggap dosanya adalah dari Allah, meskipun pada hakikatnya sememangnya Allah penciptanya.
[Tamat nukilan Kitab Sirrul Asrar]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Perbahasan di bidang ini (Rahsia Taqdir) yang kalau manusia memaksakan pembahasannya, dia akan terpeleset menjadi Zindiq. Ketika Iblis ditanya : Mengapa engkau tidak mahu menghormati Adam (ketika Allah perintah dia sujud hormat kepada Nabi Adam), dia menjawab : "Ini Taqdir-Mu Ya Allah". Dengan ucapan itu dia menjadi kafir dan diusir dari Syurga."
[Sirrul Asrar]
SIRI 253 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Contoh 4: Pakar Motivasi dan Kaunseling bimbing orang Islam kepada Kesyirikan
Pakar Motivasi, Saikologi, Counselling dsb mencipta berbagai kaedah di dalam usaha membangkitkan semangat manusia. Namun mereka tidak menyedari sebahagian dari cara2 mereka menjurus kepada kesyirikan.
Di antara contoh kata-kata motivasi yang membawa kepada rosak Aqidah atau dikatakan menjurus kepada kesyirikan :
"katakan aku kuat"
"katakan aku hebat"
"katakan aku yang terbaik"
"katakan aku mampu mencapai kecemerlangan"
Mengikut dakwaan mereka, cara ini sangat hebat untuk membangkitkan semangat dan mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan, kerjaya dan keduniaan keseluruhannya.
Kami katakan semua pengucapan dan perbuatan ini merosak Aqidah. Ianya jelas berlawanan dengan pengakuan Kalimah Syahadah dan Tauhid. Ia menimbulkan keakuan diri dan Takabbur yang merupakan kesyirikan (syirik khafi) paling besar sesudah penyembahan berhala. Jika seseorang melakukannya dengan keyakinan di dalam hati bahawa sememangnya dia berkuasa berbuat demikian, maka ini kekufuran yang nyata.
Menurut pegangan Ahlus Sunnah, manusia dan makhluq seluruhnya adalah lemah dan tiada daya upaya. Hanya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Dia Yang Maha Berhendak dan memperlakukan segala sesuatu menurut Kehendak-Nya.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[Al-Insan (76) : Ayat 30]
Seseorang yang memandang keupayaan diri, melihat kemampuan diri melakukan suatu kebaikan serta menghindari bahaya, maka ini adalah kesyirikan yang amat tersembunyi. Ini dikatakan kesyirikan (syirik hati) kerana mempersekutukan Allah pada Af'al-Nya dan Sifat-Nya Yang Maha Berkuasa memperbuat segala sesuatu. Dari suatu sudut, kesyirikan seperti ini lebih besar bahayanya kerana berlaku di dalam kesamaran (tanpa disedari).
✨🕌✨ Firman Allah :
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)”
[AL-Baqarah (2) : ayat 22]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
Ibnu Abbas ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan: Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan Syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.
[Tafsir Ibnu Abbas]
Tafsiran Ibnu Abbas menepati Hadith Junjungan :
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
" Syirik yang dilakukan umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".-
[Imam Al Hakim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]
Khulasahnya,
Apabila seseorang mengaku mempunyai kekuatan melakukan sesuatu, atau merasakan diri hebat serta mampu mencapai kecemerlangan atau lain2 sepertinya, maka pegangan seperti ini adalah perbuatan Syirik yang jelas berlawanan dengan Aqidah , menjurus kepada i'tiqad Golongan Mu'tazilah yang meyakini manusia mampu mencipta Taqdirnya sendiri. Dan bahawa Allah Ta'ala tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan makhluq. Maka jelas ini Aqidah yang batil dan sesat.
SIRI 254 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
...sambungan...
Punca Mendustakan Taqdir
===================
Sekadar peringatan semula. Bicara kita di sini ... orang2 yang mendustakan Taqdir (Qadha Qadar) bukan daripada golongan kafir tetapi dari kalangan orang Islam sendiri, yang mengucap Syahadah, mengakui Allah dan Rasul-Nya. Namun apabila dihadapkan persoalan Taqdir mereka engkar dan fasiq atau jatuh kepada kekafiran, tanpa mereka sedari. Wal Iyazubillah.
Hal yang lebih mengejutkan adalah : Pelopor bagi Golongan2 pendusta ini adalah daripada kalangan orang yang bergelar "alim Ulama" atau "Pendeta Agama". Jika dibuat perbandingan, golongan ini sama seperti Profesor atau PhD, Drs, Masters dsb pada zaman ini yang tertipu dengan tipu daya bisikan Iblis.
Sudah tentu hal ini menghairankan kebanyakan orang Islam. Mereka musykil mana mungkin orang2 "alim Ulama" menjadi pelopor bagi fahaman2 sesat? Namun itulah hakikatnya, Pelopor2 kesesatan adalah terdiri daripada kalangan orang2 bergelar Ulama, Pendeta dan Cerdik pandai Agama.
Di sini kita sebutkan sebahagian daripada sebab-sebab terjadinya kesesatan di kalangan Golongan yang menyimpang dari Jalan Yang Benar.
■ Tidak berguru kepada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.
Mereka tidak mengambil Ilmu daripada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq yang dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat yang benar2 mewarisi Nabi zahir dan batin. Sebaliknya mereka berguru kepada ahli falsafah atau orang2 yang rosak Aqidahnya atau mereka membaca sendiri kitab2 dan memahami Agama berdasarkan pendapat sendiri.
■ Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith mengikut pendapat sendiri.
Mereka mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi menurut hawa nafsu — kerana kepentingan politik atau kerana keinginan mencapai habuan duniawi atau kerana kemahuan Pemerintah. Mereka bukan orang yang layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith tetapi mereka gagahi akibat dorongan nafsu dan bisikan Syaitan.
■ Campur aduk Agama dengan falsafah Kafir.
Mereka mencampur adukkan dasar2 Tauhid dengan falsafah2 kafir seperti Falsafah Yunani dan Parsi atau suatu kefahaman asing dari Islam.
■ Engkar Toriqat Rasulullah ﷺ,
Mereka hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja sementara ilmu Toriqat Rasulullah ﷺ, (Tasawwuf, Ihsan) yang berhubung dengan hati dan ruh diabaikan. Bahkan sebahagian besar daripada mereka menentang Toriqat Rasulullah ﷺ, dan segala suatu yang berkait dengan Ilmu Tasawwuf dan keruhanian.
■ Utamakan perdebatan.
Golongan ini siang malam tiada tujuan lain melainkan habiskan masa mencari hujjah2 untuk berdebat berkenaan Ketuhanan sedang mereka sendiri amat jahil. Pada sangkaan mereka, berdebat mencari kemenangan di dalam perdebatan itulah Tauhid. Sedangkan yang benar adalah mereka terpedaya dengan bisikan Syaitan.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ
"Sesungguhnya orang yang paling dimurkai Allah adalah orang yang paling keras permusuhannya dan yang menentang jika diterangkan hujah kepadanya".
[Imam Al-Bukhari, Imam Muslim]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ
"Sesungguhnya, perkara yang membinasakan ummat sebelum kamu adalah perselisihan mereka berkenaan al-Kitab’.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ
"Tidaklah suatu kaum tersesat setelah tadinya mereka berada di atas petunjuk kecuali kerana mereka adalah kaum yang gemar melakukan perdebatan. Kemudian Baginda membaca Firman Allah ayat 58, Surah Az-Zukhruf,
"Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud berdebat sahaja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar (berbantah2 mengikut nafsu dan bisikan Syaitan)."
[Imam Tirmizi]
SIRI 255 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Rawatan dan Penjagaan
=================
Pertama : Taubat Nasuha
Langkah pertama bagi mereka yang keliru atau telah dikelirukan dengan fahaman2 yang bertentangan dengan Pendirian Ahlus Sunnah adalah TAUBAT NASUHA. Jika seseorang terus-menerus duduk di dalam I'tiqad yang batil, maka sekalian Ibadahnya binasa. Wal Iyazubillah.
Kedua : Dua macam I'tiqad yang mengelirukan
Dua jenis I'tiqad yang benar2 mengelirukan kebanyakan orang Islam berhubung dengan Persoalan Taqdir adalah : Mu'tazilah dan Jabariyyah. Pada pandangan umum, kedua2 doktrin ini kelihatan benar sedangkan haqiqatnya kedua2nya bertentangan pendirian Ahlus Sunnah.
Ketiga: Memahami Dua Prinsip Penting — Syari'at dan Haqiqat
Menurut pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah, terdapat dua prinsip penting di dalam memahami persoalan Taqdir, Af'al Allah (Perbuatan Allah) dan af'al makhluq (perbuatan makhluq) iaitu :
(1) Syari'at (2) Haqiqat
Kaedahnya :
Perbuatan dan perkataan wajib berdiri pada Syari'at (hukum2 Syara' yang ditetapkan di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma' Qias Ulama) sedangkan hati berdiri pada Haqiqat (memandang Taqdir Ketentuan Allah)
Jangan samakan keduanya. Jangan campur adukkan keduanya. Jangan tinggalkan salah satu darinya. Fahami persoalan ini dengan sungguh2 yakin.
Kepincangan di dalam memahami Prinsip penting ini akan menjerumuskan seseorang kepada Mu'tazilah atau Jabariyyah meskipun dia mengaku dirinya Ahlus Sunnah. Sesungguhnya hanya satu garis halus memisahkan Ahlus Sunnah dengan Mu'tazlilah atau Jabariyyah.
Keempat: Berguru kepada Guru Pewaris Nabi yang siddiq
Langkah paling selamat memahami persoalan Taqdir adalah dengan berguru kepada Arifbillah, Ahli Sufi, Mursyid yang siddiq (benar) kerana mereka yang paling tinggi kefahaman di dalam Ma'rifat, Mengenal Allah zahir dan batin. Jika tidak, bergurulah kepada orang yang benar2 memahami Persoalan Taqdir menurut Prinsip Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Kesalahan di dalam memahami Persoalan Taqdir ( zahir dan batin ), bukan sahaja menjerumuskan seseorang kepada dosa besar, bahkan dikhuatiri jatuh kepada Golongan zindiq atau Golongan fasiq tanpa disedari. Wai Iyazubillah
SIRI 256 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
sambungan...
Kelima : Fahami Haqiqat Taqdir
Perkara terpenting yang wajib ditetapkan di dalam hati berhubung denganTaqdir (Qadha Qadar) adalah : Allah Ta'ala telah menetapkan Taqdir makhluq seluruhnya, termasuk sekalian manusia dan jinn dari awal sehingga akhir dan tiada siapa pun mampu mengubahnya. Setiap penciptaan atau kejadian berlaku mengikut sebagaimana Ketetapan Allah Ta'ala pada Azali. Telah terangkat Qalam dan telah kering lembaran2 (dari dakwat). Barangsiapa memahami hakikat Taqdir ini, maka dia telah memperoleh kemenangan yang besar.
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ
Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas Radhiallahu anhuma, beliau berkata, “Suatu hari aku di belakang Rasulullah (berboncengan kenderaan), lalu Baginda bersabda, "Wahai anak, sungguh aku akan mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah! Nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah! Nescaya engkau akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta sesuatu mintalah kepada Allah! Apabila engkau memohon pertolongan maka mintalah kepada Allah! Ketahuilah, kalau seandainya umat manusia bersatu untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberi manfaat kepadamu kecuali sesuai yang telah Allah tentukan untukmu. Kalau seandainya mereka bersatu untuk menimpakan suatu mudarat kepadamu, nescaya tidak akan membahayakanmu kecuali sesuai yang telah Allah tetapkan akan menimpamu. Qalam (Pena) telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)’.”
[Imam Tirmizi]
Keenam : Setiap kejadian berlaku menurut ketentuan Allah
Meyakini bahwa setiap kejadian berlaku di atas bumi dan alam seluruhnya menurut Ilm (Pengetahuan), Iradat (Kehendak) dan Qudrat (Kekuasaan) tanpa campurtangan sesiapa pun, tepat pada waktunya, tempatnya dan keadaannya menurut ukuran yang telah ditentukan oleh Allah Ta'ala. Tiada yang mampu mengundurkannya sesaat atau mendahulukannya sesaat. Termasuk di dalam pengertian ini ; seluruh cakrawala, pergerakan bulan, bintang, planet, putaran dunia. turunnya hujan, kemarau, banjir besar gempa bumi, tsunami, penemuan2 baru di dunia sains, komputer, teknologi nuklear, teknologi digital dan lain2..... kesemuanya adalah ketentuan Allah Maha Mentadbir sekalian alam.
✨🕌✨ Firman Allah :
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي ٱلأَرْضِ وَلاَ فِيۤ أَنفُسِكُمْ إِلاَّ فِي كِتَٰبٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَآ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٌ
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri, melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Al-Hadid (57) : ayat 22]
SIRI 257 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-32 : Dustakan Taqdir (Qadha dan Qadar)
...sambungan...
Ketujuh : Allah tidak ditanya, tetapi kamu akan ditanya
Tiada siapa pun layak mempertikaikan apa2 yang Allah Ta'ala Perbuat kerana Dia Pencipta dan Pemilik sekalian langit dan bumi. Sesungguhnya Dia tidak ditanya sedang kamu yang akan ditanya.
✨🕌✨ Firman Allah :
لَا يُسْـَٔلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْـَٔلُوْنَ
"Dia tidak ditanya tentang apa yang Dia Perbuat, tetapi merekalah yang akan ditanya."
[Anbiya (21) : ayat 23]
Kelapan: Ahli Syurga dan Ahli Neraka sudah ditetapkan
Allah Ta'ala telah menentukan tempat duduk seseorang di Akhirat, namun tiada siapa mengetahuinya. Oleh kerana itu setiap orang wajib bersungguh2 mengenal Allah dan Ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Tiada satu jiwa daripada kamu kecuali Allah mengetahui tempatnya di dalam Syurga atau Neraka.” Mereka berkata : "Wahai Rasulullah, jadi kenapa kami perlu beramal? Bukankah lebih baik kami berserah sahaja?" Jawab Baginda : "Tidak, sebaliknya beramallah kerana setiap suatu dipermudahkan untuk apa yang dia dicipta untuknya." Kemudian Baginda membaca Firman Allah Ta’ala :
فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡيُسۡرَىٰ وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ فَسَنُيَسِّرُهُ ۥ لِلۡعُسۡرَىٰ
"Adapun orang yang memberi dan bertaqwa serta mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya Syurga. Adapun orang yang mendustakan dan berpaling serta tidak mempercayai Syurga maka Kami akan mudahkan untuknya keburukan [Al-Lail (92) ; ayat 5-10]
[Imam Bukhari]
Kesembilan : Tanda2 Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Meskipun tiada manusia mengetahui tempat duduknya di Akhirat, namun Allah Ta'ala telah berikan tanda2 mengenalinya sebagai suatu berita gembira dan Kemurahan Allah Ta'ala kepada orang beriman.
Tandanya adalah :
Apabila seseorang sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar dan selalu berbuat kebaikan, sentiasa amalkan sekalian Perintah Allah zahir dan batin, sungguh2 jauhi dosa2 besar dan jauhi penyakit2 hati yang merosak Tauhid (seperti yang sedang dibincangkan pada ketika ini), sentiasa bertaubat menyucikan diri, hidupkan di dalam hati harap dan takut kepada Allah, maka ketahuilah inilah tanda2 Ahli Syurga. Apabila seseorang mendapati dirinya di dalam keadaan demikian, maka hendaklah sungguh2 berpegang teguh dan istiqamah pada Jalan Allah ini sambil mengharap Rahmat Kurnia Allah.
Barangsiapa yang sedang berada pada Jalan kebatilan (firqah2 yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah) dan di dalam kemungkaran, kefasikan, kezaliman atau kekufuran, maka ketahuilah inilah tanda2 Ahli Neraka. Apabila seseorang mendapati dirinya di dalam kegelapan demikian, maka hendaklah segera keluar dari kegelapan tersebut dan segera bertaubat dengan TAUBAT NASUHA dan kembali kepada fitrah menurut Jalan Ahlus Sunnah yang di jamin Syurga.
SIRI 258 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
□□□□□□□□□□□□□□□□□
Definisi:
======
Definisi لَغْو Menurut bahasa:
sia-sia, palsu, jahat
Definisi لَغْو Menurut istilah :
Berbuat sesuatu yang tidak diperlukan untuk kebaikan Agama seseorang dan tidak ada manfaat apa pun untuk dunia atau Akhirat yang menepati tuntutan Agama.
Penjelasan:
========
(1) Ucapan atau perkataan yang keluar dari lisan seseorang mempunyai maksud yang bercabang2 dan hukum berserta dengannya juga berbeza-beza berdasarkan jenis ucapan yang dituturkan.
(2) Allah Ta'ala Mengurniakan "lidah" kepada manusia dengan tujuan yang sangat murni iaitu untuk Berzikir kepada-Nya, Membesarkan Kalimah-Nya, Mengagungkan-Nya, Memuji-Nya, Mensyukuri Ni'mat-Nya, Berda'wah menyeru manusia kepada Allah, mengajak manusia kepada Kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran. Namun sebahagian daripada manusia tidak sempurnakan amanah lidah, sebaliknya mereka menggunakannya untuk hal2 kemungkaran, kefasikan dan kekufuran. Wal Iyazubillah
(3) Menurut Imam Ghazali, ketika menjelaskan "Bab Bahaya Lidah" menyenaraikan menyebut 21 perkara yang keluar dari lisan seseorang yang menuju kepada perkara2 yang sia-sia yang sebahagian besar daripadanya merupakan dosa besar. Sebahagian lagi terlebih besar dan berat dosanya sehingga membawa kepada kesesatan dan kekufuran. Wal Iyazubillah,
(4) Di antara ucapan dan kata2 yang keluar dari lidah yang mengandungi bahaya besar adalah : Ucapan2 kesombongan, Ucapan2 memuliakan diri, Percakapan batil, berbantah2, bertengkar, maki hamun, ucapan keji, melaknat, mengejek, memperolok2, dusta, janji dusta, sumpah palsu, mengumpat, fitnah, pujian berlebihan dan pujian yang tidak berserta dengannya Tauhid.
(5) Kebanyakan daripada perkara tersebut telah pun dibincangkan secara terperinci pada lembaran2 terdahulu. Pada kesempatan ini kita cuma tumpukan pada tajuk "ucapan yang sia-sia".
(6) Ucapan sia-sia tidak kurang bahayanya berbanding dengan ucapan2 lain yang mengakibatkan dosa besar, kerana "Ucapan2 sia-sia" boleh menarik seseorang kepada ucapan2 yang mengandungi dosa besar. Kebanyakan orang Islam menyangka ianya tidak ada apa2 kerana pada sangkaan mereka ianya sekadar "gurauan" atau "hiburan"... sedangkan ia mengandungi tipu daya tersembunyi.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Ketahuilah bahawa keadaan kamu yang paling baik adalah kamu memelihara kata-kata kamu dari semua bahaya yang kami sebutkan dahulu, seperti mengumpat, bertengkar, berdusta dsb. Dan kamu berkata-kata mengenai yang harus yang tidak sesekali mendatangkan melarat atas kamu dan atas orang Muslim. Kecuali kamu berkata-kata dengan apa yang tdak diperlukan. Dan tidak ada hajat kepadanya, Maka kamu telah mensia-siakan waktu kamu. Dan mengadakan perhitungan (hisab) terhadap perbuatan lidah kamu.
[Ihya Ulumuddin — Bab Bahaya Lidah]
SIRI 259 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dalil-Dalil
========
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
وَٱلَّذِينَ هُمْ عَنِ ٱللَّغْوِ مُّعْرِضُونَ
"(Di antara tanda2 Mukmin adalah) dan mereka yang menjauhi perkataan sia2 dan dusta"
[Al-Mu'minoon (23) ; ayat 3]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Barangsiapa yang menjamin untukku apa yang ada di antara kedua rahangnya (lidah) dan apa yang ada di antara kedua kakinya (kemaluan) maka aku menjamin untuknya Syurga.”
[Imam Bukhari]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Di antara (tanda) bagusnya Islam pada seseorang itu ialah meninggalkan apa yang tidak diperlukannya."
[Imam At-Tirmizi]
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :
"Seorang anak dari kami (golongan Ansar) telah syahid pada Perang Uhud. Lalu kami dapati atas perutnya batu terikat, lantaran lapar. Maka ibunya menyapu tanah dari mukanya, seraya berkata : "Selamat dan Syurga untukmu wahai anakku." Lalu Rasulullah menjawab "Di mana engakau tahu? Mungkin dia berkata2 yang tidak diperlukan dan dia tidak berkata-kata, apa yang tidak mendatangkan melarat baginya."
[Imam At-Tirmizi]
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :
Daripada Sufyan bin Abdillah Radhiallahu Anhu, berkata: “Ya Rasulullah, beritahulah aku sesuatu yang dapat aku jadikan pegangan.” Baginda bersabda, “Katakanlah: Tuhanku Allah, kemudian istiqamahlah.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan atasku? Maka Rasulullah memegang lidah Baginda, kemudian berkata: “Ini.”
[Imam Tirmizi]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Barangsiapa ingin selamat, maka hendaklah dia melazimkan diam"
[Imam Bayhaqi]
SIRI 260 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-33 : Bercakap yang sia-sia
sambungan....
Contoh-Contoh Perkataan sia2
======================
Contoh 1: Banyak bertanya yang tidak perlu
Banyak bertanya atau bertanya berkenaan hal Agama yang sudah jelas hukumnya sebagaimana yang telah ditetapkan (oleh Ulama Mujtahidin) adalah termasuk perkataan sia-sia yang membawa kebinasaan diri.
Mengapakah demikian?
Jawabnya : dengan pertanyaan tersebut, si penanya menjadi kesukaran mengamalkan suatu ibadah atau kewajipan, sedangkan jika dia terus amalkan apa yang sudah jelas, sudah memadai baginya menyempurnakan tersebut.
Perkataan2 seperti ini di antara yang paling tercela yang membawa mensia-siakan waktu, menyusahkan diri sehingga hampir2 gagal menunaikan kewajipannya. Kesalahan ini adalah di antara perlakuan orang2 Yahudi yang gemar bertanya yang tidak perlu sehingga akhirnya hampir2 mereka tak mampu tunaikan kewajipan atas mereka. Dan ini juga menunjukkan setengah daripada kedegilan orang Yahudi yang sentiasa engkar dan kufur serta memusuhi Nabi2 yang diutus oleh Allah Ta'ala.
Contoh sikap Yahudi suka bertanya berlebih2an sehingga menyusahkan diri untuk mengamalkan suatu Perintah Allah adalah "Kisah berhubung dengan Perintah Allah supaya mereka menyembelih seekor Sapi betina."
Ringkasan kisah:
■ Seorang kaya di kalangan Bani Israel mati terbunuh. Pembunuhnya tidak diketahui sehingga terjadi tuduh menuduh dan perselisihan besar di kalangan puak2 Bani Israel.
■ Akhirnya mereka setuju untuk menemui Nabi Musa Alaihis Salam untuk mengetahui siapa pembunuhnya.
■ Ketika mereka menemui Nabi Musa untuk mengetahui siapa pembunuhnya, Baginda mohon Petunjuk Allah, maka turunlah Perintah Allah supaya menyembelih seekor Sapi betina. Namun reaksi golongan kafir Bani Israel menunjukkan keengkaran mereka selama ini. Mereka menuduh Nabi Musa sebagai main2.
وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُواْ بَقَرَةً قَالُوۤاْ أَتَتَّخِذُنَا هُزُواً قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ ٱلْجَاهِلِينَ
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil."
[Al-Baqarah (2) : ayat 67]
■ Bani Israel tak puas hati dan minta Nabi Musa supaya bertanya kepada Allah... bermacam2 soalan berkenaan Perintah Allah tersebut..
Mereka bertanya...
Lembu betina yang macamana keadaannya ?
Kemudian mereka bertanya lagi apa warna lembu tersebut?
Kemudian mereka bertanya lagi warna kuning yang macamana?
Demikianlah perangai mereka terus menerus bertanya dan bertanya lagi sehingga akhirnya hampir2 tak dapat menemui lembu yang disifatkan. Sedangkan jika mereka terus laksanakan Perintah Allah pada permulaan Perintah supaya sembelih lembu betina sudah selesai urusan. Namun mereka terus menerus bertanya dan bertanya lagi sehingga mereka hampir2 gagal di dalam melaksanakan Perintah tersebut.
■ Allah Ta'ala menceritakan kisah tersebut supaya menjadi i'tibar kepada Ummat Islam dan kemanusiaan seluruhnya : Jangan banyak bertanya berkenaan suatu Perintah Allah setelah diterangkan hukumnya oleh Ulama yang benar2 layak sebagai Ulama Pewaris Nabi.
Bersambung siri 261 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
-------------------------
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment