NASIHAT KEPADA PENENTANG RUQYAH DAN MAKANAN SUNNAH SEBAGAI PENAWAR WABAK COVID-19

 Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


NASIHAT KEPADA PENENTANG RUQYAH DAN MAKANAN SUNNAH SEBAGAI PENAWAR WABAK COVID-19


Sekumpulan cerdik pandai Agama bergelar PhD, Drs, Master, Prof.  mendakwa :

"Makanan Sunnah Nabi seperti madu, Habbatus-Sauda dan kurma tak boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19. Zaman sekarang yang sesuai adalah Vaksin dan pakar2 perubatan moden."


Sebahagian doktor moden pula berkata  :

"Makanan Sunnah Nabi bukan penawar kepada Covid-19 kerana tiada bukti klinikal dan tiada bukti saintifik untuk membuktikan kebenarannya."   


Sekumpulan penta'sub Vaksin pula berkata :

"Hanya Vaksin dapat selamatkan manusia daripada Covid-19.  Haram tolak Vaksin.  Sesiapa tak ambil Vaksin masuk Neraka.  Makanan Sunnah bukan penawar bagi covid-19".  


Jawapan :

Berikut adalah jawapan ringkas kami kepada dakwaan2 di atas — bagi yang mahu mengambil pelajaran:


Pertama :

Ucapan2 tersebut adalah sebahagiannya menunjukkan "kejahilan yang berat", sebahagian lagi menunjukkan "tanda2 meragui kebenaran Nabi ﷺ dan setengah lagi adalah "tanda2 kekufuran dan kemunafikan".  Orang2 yang mengeluarkan kata2 tersebut wajib TAUBAT NASUHA jika ingin selamat.   


Kedua:

Sesungguhnya di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang mulia terdapat penawar bagi segala penyakit manusia;  penyakit zahir mahupun penyakit batin. Inilah keyakinan mutlaq Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


✨🕌✨ Firman Allah :


يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُوْرِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ


“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Rabb kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan Petunjuk serta Rahmat bagi orang-orang yang beriman.” 

[Yunus: ( 10 ) :  Ayat 57]



Ketiga:

Terdapat bukti kukuh berdasarkan Fatwa Ulama Mu'tabar dan pengalaman Ahli Ma'rifat bahawa semua jenis penyakit kronik (berat), penyakit misteri (berpunca daripada gangguan jinn syaitan) dan wabak  (seperti covid yang dialami sekarang) dapat disembuhkan dengan Ruqyah (zikir Asma Allah, bacaan ayat Qur'an, doa) dan Makanan Sunnah Nabi ﷺ.    Tradisi ini sudah terbukti selama ribuan tahun dan tiada Ulama mempertikaikannya.


Keempat:

Tradisi Rawatan Ruqyah dan makanan Sunnah sebagai Penawar bagi segala penyakit ini diwarisi turun- temurun tanpa putus daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ oleh sekalian Warisatul Anbiya' yang siddiq.  (Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Mursyid yang siddiq).  Dengan Izin Allah, mereka dapat menyembuhkan berbagai penyakit kronik, berat, misteri dan juga Wabak. In shaa Allah.  


Kelima:

Di antara makanan Sunnah yang paling berkesan bagi hapuskan semua jenis virus, sekaligus menjadi benteng daripada terkena penyakit Covid-19  adalah  :


(1) Madu

(2) Kurma

(3) Habbatus Sauda'


Berikut adalah dalil2nya :


✨🕌✨  Rasulullah ﷺ  bersabda;


إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ


"Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan As-Saam. Aku bertanya: Apakah As-Saam itu? Baginda menjawab: “Kematian”.

[Imam Bukhari]


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ  bersabda;


مَنْ لَعِقَ الْعَسَلَ ثَلَاثَ غَدَوَاتٍ ، كُلَّ شَهْرٍ ، لَمْ يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنَ الْبَلَاءِ


"Barangsiapa menelan (minum) madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala. (suatu penyakit berat seperti wabak, sakit perut yang kuat, atau sakit kepala yang berat)".

[Ibnu Majah]


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ  bersabda;


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ


“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Keenam :

Menurut kajian ahli sains moden sendiri (yang jujur), ketiga2 jenis makanan Sunnah Nabi tersebut mengandungi unsur2 yang membangkitkan imunisasi (kekebalan)  tubuh secara alamiyyah sehingga mampu menjadi benteng daripada kuman / virus.   Jika seseorang sudah terkena penyakit covid, maka sistem imun badannya segera bertindak menyingkirkan Virus  dengan segera dan aman.  


Ketujuh:

Berdasarkan pengalaman kami, ramai pesakit2 Covid-19 sembuh dengan baik sekali dengan kaedah rawatan Ruqyah dan Sunnah Rasulullah  ﷺ,  Bahkan dengan amalkan terus ayat2 Ruqyah dan makanan Sunnah, mereka memperoleh keselamatan daripada berbagai penyakit berat (kronik) atau wabak. 


Kelapan :

Ucapan Nabi .... (  لَمْ يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنَ الْبَلَاءِ ) (  tidak akan ditimpa bala), iaitu penyakit berat seperti wabak, sakit perut yang kuat, atau sakit kepala yang berat atau lain2 sepertinya.  Kata2 Nabi ini adalah jaminan, bukan cakap kosong.  Maka beriman kepada perkataan Nabi adalah WAJIB dan engkarinya adalah kekafiran. Wal Iyazubillah.


Kesembilan:

Orang yang amalkan makanan Sunnah Nabi tidak akan terkena apa2 kesan sampingan kerana ianya datang dari Wahyu dan Sunnah Nabi ﷺ yang diberkati. (berbeza dengan Vaksin yang masih di dalam kajian seperti sekarang terdedah kepada berbagai kesan sampingan yang amat berat sehingga setengahnya menjadi lumpuh dan cacat atau direnggut kematian)


Kesepuluh:

Sesiapa memilih untuk mengambil vaksin sebagai alternatif penjagaan, jangan pula sampai merendah2kan kaedah Ruqyah dan makanan Sunnah Nabi ﷺ. Barangsiapa berbuat demikian (merendahkan atau menghina Sunnah Nabi ﷺ) , maka ini membawa kebinasaan Aqidah.

Wal Iyazubillah.


Peringatan Penting :

Awas!

Golongan Yahudi, Zionis, Illuminati sedang merosakkan Aqidah Ummat Islam dari dalam (dengan menggunakan orang Islam sendiri sebagai agen perosak). Ini BUKAN teori konspirasi tetapi benar2 terjadi...!


Sekadar peringatan bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran...!


Wallahu A'lam


_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...