KHAWARIJ (WAHHABIYYAH ZAMAN INI) AKAN BANGKIT PADA SETIAP GENERASI SEHINGGA AKHIRNYA JADI PENDOKONG DAJJAL

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


KHAWARIJ (WAHHABIYYAH ZAMAN INI) AKAN  BANGKIT PADA SETIAP GENERASI SEHINGGA AKHIRNYA JADI PENDOKONG DAJJAL


Kalimat awal kami... semoga sekalian Ummat sungguh2 berserta dengan Jama'ah Rasulullah  ﷺ yang dipimpin oleh sekalian Warisatul Anbiya yang siddiq.    


Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar (tulen)  yang dipimpin oleh Warisatul Anbiya yang siddiq  adalah satu2nya Jamaah yang dijamin oleh Allah dan Rasul-Nya sebagai Golongan yang selamat kerana mereka TIDAK pernah terpisah dari Jalan Baginda ﷺ  serta pimpinan Baginda ﷺ sedangkan 72 golongan sesat adalah golongan yang terputus. Mereka adalah serpihan2 yang faraq, memisahkan diri dari Jama'ah Rasulullah ﷺ. membuat ideologi dan doktrin tersendiri.  Wal Iyazubillah.   


Kemudian... berhubung dengan Golongan Wahhabiyyah yang melakukan berbagai propaganda untuk menyesatkan Ummat Islam.... .

Golongan Wahhabiyyah / Najdiyyah / Kaum Muda / ISIS dll  ( yang mendokong fahaman Khawarij ) pada zaman ini adalah anak cucu  golongan Wahhabiyyah yang pernah bangkit sekitar tahun 1960 di Tanah Melayu.


Tahun 1960  ini peringkat permulaan Gerakan Wahhabiyyah mula aktif sebarkan dakyah mereka di Tanah Melayu.  Mereka membuat ribut menuduh  Maulid Nabi, mazhab, talqin, ziarah kubur, Tasawwuf, Tabarruk  dll amal soleh sebagai bid'ah sesat.  


Mereka anti kopiah, serban dan jubah kerana menurut dakwaan mereka itu semua adat jahiliah. Wal Iyazubillah.   Mereka anti mazhab kerana menurut mereka Ulama bukan ma'sum maka ikuti mazhab adalah bid'ah sesat.  Mereka menolak Ulama dan hanya merujuk Al-Qur'an dan Hadith sahaja.  (dakwaan batil yang makan diri kerana muliakan Ulama Pewaris Nabi dan itba' kepada mereka adalah termasuk Perintah Allah )


Ketika itu amat mudah bezakan golongan Wahhabiyyah dengan penampilan mereka — melalui ucapan mereka dan juga tingkah laku kesombongan mereka menolak kebenaran Ahlus Sunnah. 


Sebagaimana sudah dikatakan oleh sekalian Ahlus Sunnah, Golongan Khawarij ini akan terus bangkit dari satu generasi kepada generasi berikutnya sampai akhirnya mereka menjadi pendokong Dajjal.   Di Tanah Melayu sendiri golongan Wahhabiyyah / Najdiyyah / kaum muda yang mendokong fahaman Khawarij bangkit sekitar tahun 1960M, riuh sana sini membuat ribut akhir mati senyap selama beberapa tahun.  


Kemudian bangkit pengikut mereka sekitar tahun 1980M membawa gerakan khawarij yang sama tetapi dalam beberapa variasi lain kerena hujjah2 mereka yang dulu sudah basi.   


Selepas beberapa lama matilah generasi ini dan senyap beberapa ketika.  Kemudian bangkit pula sekitar tahun 2000 M.  Mati dan senyap beberapa tahun.  


Kini tahun 2010, 2011.... bangkit pula cucu cicit Wahhabiyyah junjung fahaman Khawarij, namun kali ini mereka lengkap berpakaian seperti Ahlus Sunnah.  Jika satu ketika dulu mereka anti serban, anti jubah dan menuduh sesat pada semua pakaian Rasulullah.... kini mereka sudah berkopiah, berserban dan berjubah... penyamaran lengkap...! 


Memang kini variasi virus Wahhabiyyah / Najdiyyah / Kaum Muda... jauh beza dengan virus Wahhabiyyah  peringkat awal pada tahun 1960an.


Demikianlah golongan Khawarij ini akan muncul pada setiap generasi membuat kekacauan sebagaimana dijelaskan oleh banyak sekali Hadith2 Baginda Rasulullah ﷺ.  


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :

"Akan muncul sekelompok manusia dari arah timur, yang membaca Al-Qur'an tapi tidak melewati tenggorokan mereka. Tiap kali generasi mereka putus, muncul generasi berikutnya hingga generasi akhir mereka akan bersama Dajjal," 

[Imam At-Thabrani]


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :

يخرج قوم من قبل المشرق يقرءون القرآن لا يجاوز تراقيهم كلما قطع قرن نشأ قرن حتى يخرج فى بقيتهم الدجال

“ Akan keluar dari arah timur sekelompok orang yang membaca Al-Quran namun tidak sampai ke kerongkongan mereka (tidak masuk ke dalam hati mereka), tiap kali putus "qarn" maka muncullah "qarn"  yang lainnya  hingga generasi mereka selanjutnya akan bersama Dajjal "

[Imam Ahmad]


Menurut qamus Arab, perkataan  "qarn" diterjemahkan sebagai "tanduk",  "abad",   "kurun",   "generasi". 


Menurut kefahaman Masyaikh Ahlus Sunnah...

Maksudnya adalah :  Golongan Khawarij akan tetap bangkit semula pada setiap kurun mungkin dalam bentuk yang berbeza2 dan nama yang berbeza² tetapi mendokong fahaman yang sama dengan Khawarij, sehingga akhirnya mereka akan menjadi pendokong Dajjal.  Wal Iyazubillah


Sesiapa yang ingin mengikut jejak Wahhabiyyah (Khawarij) silakan ikut golongan ini.  Ahlus Sunnah yang benar (tulen) TIDAK sesekali kompromi dengan fahaman Wahhabiyyah / Najdiyyah / ISIS dll.  



Renungkan :

Di manakah pusat penyebaran Gerakan Wahhabiyyah (khawarij) pada zaman ini?

Mengapakah Imam Mahdi memerangi Jazirah Arab?

Apakah kesalahan pemimpin2 Arab sehingga Imam Mahdi memerangi mereka?

Renungkan... 

dan... 

buatlah pilihan tepat...!


Moga orang2 beriman diselamatkan dari fitnah dan mala petaka akhir zaman...!


_____________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...