■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 191 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.24 Dosa Besar ke-23: Mengejek
Definisi
Mengejek adalah memperolok, mempersenda, memandang rendah, memalukan, dan menjatuhkan maruah seseorang melalui ucapan atau perbuatan atau isyarat, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.
Penjelasan:
1. Mengejek pada hakikatnya suatu bentuk penghinaan terhadap orang lain dan ini adalah termasuk di dalam pengertian " Takabbur " seperti yang telah dibicarakan pada awal Risalah ini.
2. Allah Ta'ala melarang orang beriman saling mengejek dan memanggil dengan panggilan2 atau gelaran2 yang buruk kerana ianya merupakan ucapan paling buruk setelah seseorang itu beriman.
3. Sesungguhnya Orang yang gemar mengejek dan memanggil orang lain dengan berbagai gelaran buruk adalah tertipu kerana boleh jadi orang yang diejek2 / diolok2 itu lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya di Sisi Allah berbanding orang yang mengolok2nya.
4. Sebab2 yang mendorong kepada mengejek2 dan memandang rendah kepada orang Islam lain adalah kerana dia merasa dirinya lebih baik atau lebih hebat atau lebih mulia dari orang lain. Dan ini tipu daya dari bisikan Iblis.
5. Manusia suka mengejek atau olok2 orang lain kerana beberapa kelebihan yang dimilikinya : Sama ada kelebihan bersifat duniawi seperti banyak harta, keturunan, wajah yang tampan, kemewahan rumah kediaman, pakaian yang mewah2 dll sepertinya. Atau dia memiliki kelebihan ukhrawi seperti : amal ibadah zahir yang banyak, Hafal Qur'an, Hafal Hadith yang banyak, pandai berdebat, dan lain2 sepertinya.
6. Perkara2 yang tergolong ke dalam maksud mengejek, memperolok2 dan penghinaan adalah :
■ Memanggil orang beriman dengan berbagai gelaran buruk seperti "hai celaka" atau "hai orang sial" atau "hai yahudi" dsb.
■ Mengejek orang miskin kerana kemiskinannya atau menggelarnya "pemalas".
■ Membuka 'aib seseorang sedangkan Allah sudah menutupinya.
■ Mengejek atau memanggil orang Islam yang sudah taubat dari dosa2nya (dengan Taubat Nasuha), dengan panggilan2 yang menisbahkan kepada kelakuannya yang terdahulu, misalnya mengejek dengan kata2 "hai pemabuk" atau "hai kaki judi" dan sebagainya.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu' :
Makna mengejek adalah : Memandang rendah, melecehkan, meremehkan, menghina, menyebutkan sifat2 kekurangan atau yang memalukan dengan cara mentertawakan seseorang.Yang demikian itu terkadang dengan meniru2 perbuatan dan perkataan. Dan terkadang dengan isyarat."
SIRI 192 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.24 Dosa Besar ke-23: Mengejek
sambungan...
Dalil-Dalil
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِّن قَوْمٍ عَسَى أَن يَكُونُوا خَيْراً مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “
[Al-Hujurat (49) : ayat 11]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
"Allah Ta'ala melarang orang beriman saling mengejek2 dan memanggil dengan gelaran2 buruk dan keji seperti mereka di zaman Jahiliah. Janganlah satu kaum mengolok2 kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diolok2) lebih baik dari mereka (yang mengolok2) dan lebih utama kedudukannya di Sisi Allah. Orang yang memangil2 orang lain dengan gelaran2 buruk "wahai Yahudi", "wahai Nasrani", "wahai Majusi" dan enggan Taubat, mereka itulah orang yang aniaya diri sendiri dengan Azab Allah."
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Abu Ja'afar Muhammad At-Tabari Radiallahu anhu :
Pendapat yang benar menurutku tentang masalah ini adalah Allah mengumumkan larangan-Nya kepada sekalian orang beriman. Dia (Allah) melarang sebahagian mereka mengejek sebagian lainnya dengan berbagai makna ejekan yang tidak disukainya (dibencinya). Seorang mukmin, siapa pun dia, tidak boleh mengejek mu'min yang lain kerana kemiskinannya atau dosanya atau hal-hal lainnya."
[Tafsir At-Tabari]
✨🕌✨ Firman Allah تَعَالَى :
يَـٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً۬ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَٮٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرً۬اۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدً۬ا
"Aduhai celakanya kami! Kitab apakah ini? Tidak ditinggalkannya perkara yang kecil dan yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun."
[Al-Kahfi (18) ; ayat 49]
Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :
"Berkenaan Firman Allah " لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً۬ وَلَا كَبِيرَةً " ( Tidak ditinggalkannya perkara yang kecil dan yang besar)
Yang kecil adalah : Tersenyum dengan memperolok2 orang Mu'min. Dan yang besar adalah : Tertawa terbahak2 dengan yang demikian"
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
"Ta'wilan Ibn Abbas menunjukkan bahawa tertawa kepada orang (mengejek dan memperolok2) termasuk di dalam jumlah dosa kecil dan dosa besar"
[Ihya Ulumuddin — Bab Bahaya Lidah]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Barangsiapa yang mengejek saudaranya (orang beriman) atas dosa yang telah ditaubatinya, nescaya dia tidak akan mati kecuali dia mengerjakan dosa tersebut."
[Imam Tirmizi]
Berkata Imam Ghazali :
"Semua ini kembali kepada maksud menghina orang lain dan tertawa kepadanya dan memandang rendah kepadanya."
[Ihya Ulumuddin - Bab Bahaya Lidah]
Maksud Imam Ghazali adalah :
Orang yang mengejek dan menghina orang beriman lain yang berbuat dosa sedang dia telah taubat, maka orang yang mengejek tadi akan terkena ujian yang sama sehingga dia sendiri terlibat dengan dosa yang sama dengan dosa orang yang telah dihinakannya. Hal ini terjadi akibat memandang hina kepada orang lain dan merasakan diri suci dan selamat dari dosa2.
SIRI 193 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.24 Dosa Besar ke-23: Mengejek
sambungan...
Pengecualian — Tidak termasuk mengejek
Keseluruhan pengertian "mengejek" atau "mengolok2" adalah bermaksud merendah2kan atau menghina orang beriman, serta menyakitkan hatinya sehingga dia merasa tidak senang, sedih dan benci dengan ejekan2 tersebut. Dan orang yang mengejek2 itu merasakan diri sendiri lebih baik, mulia dan orang yang suci. Sekalian perlakuan seperti inilah yang salah dan berdosa...!
Ada pun kata2 tegas yang bertujuan mengajar, mendidik dan mencegah kemungkaran TIDAK termasuk di dalam larangan. Bahkan setengah ungkapan tegas bertujuan menyelamatkan Agama dan Ummat Islam daripada kesesatan menjadi kewajipan. Ertinya ungkapan "tegas" atau "keras" terhadap seseorang perlu dan ada kalanya menjadi wajib bergantung beberapa keadaan bertujuan memelihara hukum-hakam Agama. Dan ini TIDAK terhitung sebagai ejekan atau olok2.
Pertama :
Pemerintah yang tersangat zalim sehingga membunuh ramai manusia, misalnya Fir'aun dan Namrud yang membunuh kanak2 dan membuat berbagai kezaliman, mereka2 ini layak dikatakan sebagai "Orang zalim" atau "fasiq" atau "manusia yang celaka".
Kedua :
Orang alim yang "menjual Agama" kerana secebis dunia yang hina, dan menyebabkan ramai manusia menjadi sesat layak dikatakan sebagai "Orang alim yang jahat". Allah Ta'ala menggelar orang berilmu seperti ini sebagai "anjing yang menjelir lidahnya."
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَثۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَاۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."
[Al-A'raf (7) : ayat 176-177]
Ketiga :
Orang jahil yang keras kepala dan enggan menerima nasihat Ulama, sebaliknya menghina Ulama dan menghina Ummat Islam dengan panggilan2 "sesat", "bid'ah sesat", "penyembah kubur", "pembuat khurafat" dll. semata2 kerana menyambut Maulid Nabi, Membesarkan Nabi, Ziarah Maqam Auliya Allah. Golongan ini layak dikatakan sebagai "orang bodoh" dan "golongan celaka".
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Dari Abu Sa'id Al Khudriy Radhiallahu 'anhu, beliau berkata; "Ketika kami sedang bersama Rasulullah ﷺ yang sedang membahagi-bagikan ghanimah (harta rampasan perang Hunain), datanglah Zul Khuwaishirah, seorang laki-laki dari Bani Tamim, lalu berkata; "Wahai Rasulullah, "berlaku adillah". Maka Baginda berkata: "Celaka kamu!. Siapa yang mampu berbuat adil kalau bukan aku yang berbuat adil.
[Imam Bukhari]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
SIRI 194 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.25 Dosa Besar ke-24: Melaknat
Definisi
Laknat adalah : Kutukan dan Kemurkaan Allah dan dijauhkan daripada Rahmat-Nya, jauh daripada Petunjuk-Nya, dan hilang belas Ihsan-Nya sehingga menjadi manusia paling rugi dunia Akhirat. Apabila seseorang melaknat manusia lain bererti dia telah mendoakan kecelakaan, keburukan dan Kemurkaan Allah ke atasnya.
Berkata Imam Ghazali :
"La'nat adalah ibarat dari menghalau dan menjauhkan dari Allah Ta'ala. Dan yang demikian dilarang kecuali orang yang bersifat dengan sifat yang menjauhkannya dari Allah Ta'ala, iaitu Kufur dan Zalim."
[Ihya Ulumuddin]
Penjelasan
1. Laknat adalah lambang Kemurkaan Allah yang paling dahsyat yang membawa kepada balasan paling buruk, yang terkena kepada manusia (atau jinn) yang tersangat keras kekafirannya atau kezalimannya atas muka bumi.
2. Iblis adalah makhluq Allah yang pertama terkena La'nat Allah, dan abadi Laknat Allah sampai Qiamat dan kekal di dalam Neraka. Wal Iyazubillah.
3. Iblis diLa'nat oleh Allah kerana keengkarannya yang keras berserta kesombongannya terhadap Allah dan Rasul-Nya. Dengan demikian setiap manusia (dan jinn) yang amat keras kekafirannya, kezalimannya dan kesombongannya (Takabbur) adalah termasuk manusia yang terkena Laknat Allah.
4. Secara umum, manusia mana pun dilarang mengungkapkan kata2 "Laknat" terhadap manusia lain — dengan beberapa pengecualian. Demikian lagi dilarang Melaknat haiwan atau jamadat yang tidak bernyawa sekalipun kerana seluruh makhluq Allah berzikir kepada Allah.
5. Seseorang dibenarkan mengungkap kata2 "La'nat Allah ke atas seseorang" apabila dia tersangat zalim atau kufur. Misalnya seorang pemimpin yang tersangat zalim atau sangat keras kekafirannya.
6. Seseorang yang terkena kezaliman, harus doakan keburukan terhadap orang yang menzaliminya, tetapi menurut Imam2 kita, Masyaikh Ahlus Sunnah, sabar itu lebih utama. Ertinya jangan membalas meskipun ada kekuatan dan kesempatan. Jika dia membalas juga penganiayaan orang terhadapnya dengan doa kecelakaan terhadapnya, maka perlu pastikan kadarnya sama dengan kezaliman yang menimpanya. Dan hal ini amat sukar.
7. Orang yang bersabar atas kezaliman manusia terhadapnya akan memperoleh dua kebaikan :
Pertama : Ganjaran pahala atas kesabarannya.
Kedua : Dia berhak menuntut balas daripada orang yang menzaliminya di Hari Perhitungan.
8. Cara terbaik menghadapi kejahatan dan kezaliman manusia adalah : Mohon perlindungan Allah daripada semua manusia jahat dan zalim dan sekalian kezaliman mereka. Dan jangan doakan kematian mereka dan jangan doakan mereka ditimpa malapetaka.
Misalnya seseorang yang teraniaya perlu berdoa :
"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah manusia2 zalim daripadaku".
"Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah segala perancangan jahat Penguasa2",
"Ya Allah Ya Tuhanku, hapuskanlah kejahatan Pegawai2 Keselamatan",
"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah muslihat Pegawai2 Perubatan",
"Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkanlah semua jenis fitnah manusia yang suka Pemfitnah"
Ertinya mohon Allah Ta'ala hapuskan "langkah2 jahat, perancangan jahat atau muslihat mereka", dan bukan doakan kecelakaan menimpa mereka, dan BUKAN doakan suatu keburukan atas mereka. Sebaliknya hanya doakan agar Allah Ta'ala lemahkan dan batalkan perancangan jahat mereka.
Inilah jalan paling selamat untuk memelihara hati dan ketenangan pada hari Perhitungan.
SIRI 195 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.25 Dosa Besar ke-24: Melaknat
sambungan....
Dalil2 penting
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Sesungguhnya pelaknat-pelaknat tidak akan memperoleh syafa'at dan syahid pada hari Qiamat"
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Orang Mu'min itu bukanlah pelaknat (melaknat orang lain)"
[Imam At-Tirmizi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Janganlah kamu la'nat-mela'nat dengan La'nat Allah dan dengan Kemurkaan-Nya dan dengan Neraka Jahannam".
[Imam Abu Dawud, Imam At-Tirmizi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Janganlah kamu melaknat orang yamg sudah mati. Kerana mereka membawa menurut apa yang telah mereka kerjakan.
[Imam Bukhari]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
((أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ))
“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu layak untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
SIRI 196 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.25 Dosa Besar ke-24: Melaknat
sambungan....
Pengecualian — La'nat yang diharuskan.
Umumnya seseorang dilarang melaknat manusia lain. Demikian lagi dilarang melaknat haiwan atau jamadat (benda tak bernyawa) seperti hujan, awan, gunung-ganang dll. Walau bagaimanapun terdapat beberapa manusia di dalam keadaan tertentu diharuskan melaknatnya.
✨🕌✨ Friman Allah :
لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا
"Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
[An-Nisa (4) ; ayat 148]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :
"Allah tidak suka seseorang mendoakan keburukan kepada orang lain, kecuali dia dalam keadaan dizalimi. Allah memberikan keringanan baginya untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya. Dan ini ditunjukkan oleh firman-Nya, "Kecuali oleh orang yang dianiaya." (namun), jika bersabar maka itu lebih baik baginya."
[Tafsir Ibn Abbas]
Imam Abu Ja'afar At-Tabari :
"Ahli tafsir yang membaca " ظ " dengan dhammah pada perkataan " ظُلِمَۚ " berbeza pendapat dalam mentakwilkan ayat tersebut. Sebahagian mengatakan bahwa maksud ayat tersebut adalah, "Allah Ta'ala tidak menyukai seseorang di antara kalian yang mendoakan orang lain dengan keburukan secara terang-terangan." Itulah yang dimaksud mereka dengan ucapan yang buruk. "Kecuali orang yang dianiaya," maksudnya kecuali orang-orang yang telah dizalimi, lalu mereka mendoakan orang yang menzaliminya dengan keburukan. Allah tidak membenci (tidak melarang) doa keburukan yang diucapkan oleh orang yang teraniaya terhadap orang menganiayanya. Allah telah berikan rukhsah (keringanan) kepadanya dengan hal tersebut"
[Tafsir Tabari]
Penjelasan tambahan :
Jangan kamu melaknat atau mendoakan kecelakaan menimpa seseorang kecuali di dalam keadaan kamu teraniaya. Atau melaknat orang Kafir Yahudi, Nasrani dan kafir lain yang memerangi Islam. Atau orang Islam yang melakukan kezaliman dan kefasikan melampau.
Misalnya seseorang merampas harta kamu secara zalim. Atau dia menipu kamu sampai kamu muflis. Atau penguasa menganiaya kamu. Atau hal2 kejahatan lain yang meliputi manusia sejagat seperti yang sedang berlaku pada zaman ini seperti pembunuhan secara halus dengan kaedah2 elektronik dan perubatan.
Dalam keadaan2 tersebut, Harus doakan keburukan terhadap golongan2 berkenaan, disebabkan kejahatan dan kezaliman mereka yang sangat melampau.
Walau bagaimanapun perlu hati2 ketika kamu melaknat manusia Muslim secara khusus dengan menyebut namanya secara khusus. Ini kerana wujud bahaya Laknat itu kembali kepada kamu apabila orang kamu Laknat itu tidak sebagaimana kamu sangka.
SIRI 197 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.25 Dosa Besar ke-24: Melaknat
sambungan....
Tingkatan mela'nat manusia
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu :
Sifat2 yang membawa kepada melaknat itu tiga : Kufur, Bid'ah dan Fasiq. Untuk kutukan kepada yang tiga tadi masing2 mempunyai tingkatan tersendiri.
Tingkat Pertama :
Kutukan dengan sifat umum. Seperti engkau katakan : La'nat Allah atas orang kafir, pembuat bid'ah (72 kelompok bid'ah sesat) dan orang fasiq.
Tingkat kedua:
Kutukan dengan sifat2 lebih khusus, seperti engkau katakan : La'nat Allah atas orang Yahudi, Nasrani, Majusi, orang Khawarij, Syi'ah (rafidhi), (dan lain2 berjumlah 72 puak bid'ah sesat). Atau atas pezina, orang zalim dan pemakan riba. Dan setiap yang demikian harus. Akan tetapi pada mengutuk sifat2 orang yang berbuat bid'ah itu bahaya. Ini kerana mengenal bid'ah itu sulit. (ertinya di dalam menentukan sifat2 Golongan bid'ah sesat wajib mengikuti fatwa Ulama Mu'tabar, bukan ikut pendapat nafsu atau aqal) .
Tingkat ketiga:
Kutukan bagi orang tertentu. Seperti engkau katakan. Si fulan kafir atau fasiq atau pembuat bid'ah. Dan ini bahaya.
Penjelasan tambahan bagi tingkat ketiga :
Imam Ghazali menyebut bahaya seseorang melemparkan kutukan atau tuduhan terhadap seorang Muslim kerana seandainya orang yang kamu tuduh itu bukan kafir dan bukan pembuat bid'ah, maka tuduhan kamu akan kembali kepada kamu. Jika kamu menuduh seseorang kafir sedangkan dia orang beriman, maka kekafiran akan kembali kepada kamu. Jika kamu menuduh seseorang pembuat bid'ah sedangkan dia bukan demikian, maka tuduhan bid'ah akan kembali kepada kamu.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
((أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ))
“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu layak untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Contoh yang berlaku pada akhir zaman ini adalah Golongan Wahhabiyyah (khawarij) menuduh Ahlus Sunnah sebagai Ahli bid'ah sesat, penyembah kubur dll. Mereka tak sedar semua ucapan Laknat mereka kembali kepada mereka sehingga menjadikan hati mereka menjadi keras, gelap dan mati. Wal Iyazubillah.
SIRI 198 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.26 Dosa Besar ke-25: Rela Dengan kemungkaran
Definisi
Rela dengan kemungkaran bermaksud ; Diam diri tidak mencegah kemungkaran meskipun dengan cara membencinya di dalam hati, atau menyokong kemungkaran tersebut atau duduk berserta di dalam Majlis2 mungkar, semua ini membawa maksud "rela dengan kemungkaran", dan menjadi dosa besar, bahkan boleh menjerumuskan kepada kekufuran dan musnah Iman.
Kemungkaran juga sering disebut dengan beberapa istilah lain : Ma'siat, Ithmun, Zambun, Sayyi'ah.
Penjelasan :
(1) Tajuk bicara ini adalah nukilan dari Tajuk Risalah Induk Amr bil Ma'ruf Wan-Nahyu Anil Mungkar menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ertinya mengajak manusia kepada kebenaran / jalan Lurus dan melarang mereka dari kemungkaran.
(2) Perbincangan di sini hanya fokus kepada satu bahagian daripada usaha mencegah kemungkaran, iaitu mencegah dengan hati.
(3) Definisi Mungkar :
Mungkar adalah sekalian hal yang menderhakai Allah sama ada perkataan, perbuatan atau i'tiqad dan perkara tersebut telah sepakat Ulama Mujtahidin sebagai "mungkar" atau "ma'siat" atau "penderhakaan."
Ini bermakna jika terjadi khilaf Ulama Mujtahid (perbezaan fatwa / pendapat Ulama Mu'tabar) pada suatu hal, sama ada ianya haram atau lainnya, maka tidak dihukumkan sebagai "mungkar" atau "ma'siat" atau "kufur" atau bid'ah sesat, atau lain2 yang sama pengertiannya.
(4) Definisi Mujtahid:
Mujtahid adalah Ulama Warisatul Anbiya' (Pewaris Nabi yang sebenar), yang mewarisi Nabi zahir dan batin, yang sangat alim di dalam ilmu Syari'at dan sekaligus Arif didalam Ma'rifat.
Mereka mahir di dalam setiap ilmu Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir, mustolah Hadith, ilmu nahwu, sarf, balaghah, mantiq, bayan, badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai martabat Arif Billah, mencapai keilmuan yang sangat tinggi pada sisi Ma'rifat — mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ. Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah, BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya. Merekalah Pewaris Nabi dan Kekasih Allah yang sebenar yang tidak sesekali berdusta.
(5) Sekalian Ulama Mujtahid telah sepakat bahawa Amr Bil Ma'ruf Wan-nahyu Anil Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungakaran) adalah wajib ; sebahagiannya Fardhu Ain (yang wajib atas setiap diri individu) dan sebahagiannya Fardhu Kifayah (yang wajib atas seluruh Ummat Islam dan memadai disempurnakan oleh sebahagiannya)
(6) Tiga Tingkatan mencegah kemungkaran. Pertama : Dengan Tangan (kuasa dan kekuatan). Kedua : Dengan Lisan (kata2). Ketiga : Dengan Hati (benci di dalam hati).
Di dalam Risalah ini kita akan fokus kepada Pencegahan Kemungkaran dengan Hati, kerana keseluruhan Tajuk Amr Bil Ma'ruf Wan-nahyu Anil Mungkar telah dibincangkan di dalam Risalah lain.
(7) Apabila seorang beriman yang melihat kemungkaran, sedangkan dia tiada kuasa mencegahnya dengan Tangan, kerana dia bukan yang berkuasa atas orang yang melakukannya dan dia juga tak mampu menghalangnya dengan Lisan, kerana tiada cukup ilmu hujjah atau kerana dia takut disakiti, maka sekurang2nya dia wajib benci kemungkaran tersebut. Jika hatinya tidak tergerak sedikit pun membenci kemungkaran, maka itu tandanya tiada lagi cahaya Iman di dalam hatinya.
SIRI 199 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.26 Dosa Besar ke-25: Rela Dengan kemungkaran
sambungan....
Dalil2
✨🕌✨ Firman Allah :
لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)
“ Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”
[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]
✨🕌✨ Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Tidaklah akan membahayakan kepadamu orang-orang yang sesat itu, jika kamu menurut petunjuk (jalan yang benar)
[Al-Maaidah (5) : ayat 105]
✨🕌✨ Firman Allah :
وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡڪُمۡ فِى ٱلۡكِتَـٰبِ أَنۡ إِذَا سَمِعۡتُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ يُكۡفَرُ بِہَا وَيُسۡتَہۡزَأُ بِہَا فَلَا تَقۡعُدُواْ مَعَهُمۡ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيۡرِهِۦۤۚ إِنَّكُمۡ إِذً۬ا مِّثۡلُهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ جَامِعُ ٱلۡمُنَـٰفِقِينَ وَٱلۡكَـٰفِرِينَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintah-Nya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafiq), maka janganlah kamu duduk dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.
[An-Nisaa' (4) : ayat 140]
Ulama Mufassirin (Ulama Tafsir) telah berikan tafsiran yang amat luas berhubung dengan ayat2 tersebut. Kesimpulan penafsiran dari Ulama2 Ahlus Sunnah pada ayat2 ini adalah :
●Ayat2 ini menjelaskan akan kewajipan berdiri teguh pada kebenaran (Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar) menyuruh kepada ma’ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran.
●Mencegah kemungkaran adalah WAJIB atas setiap orang beriman, bermula dari keluarga sehingga kepada kampong2, daerah, wilayah dan Negara, mengikut kemampuan (kuasa) yang Allah kurniakan pada mereka masing2.
●Bersubahat dengan kemungkaran (dengan menolong mereka), sama dosanya dengan orang melakukannya.
● Duduk berserta dengan pelaku2 kemungkaran atau hadir di Majlis2 mungkar / ma'siat adalah sama seperti membuat ma'siat / kemungkaran walaupun dia hanya hadir sebagai pemerhati dan tidak melakukan apa2 kemungkaran di dalam perjumpaan tersebut.
● Bencana akan menimpa mereka2 yang mempunyai keupayaan mencegah kemungkaran / ma'siat tetapi mereka diamkan diri tidak berbuat apa2.
●Bencana menimpa mereka terlibat di dalam menganjurkan Majlis atau Perhimpunan2 mungkar, sama ada sebagai Penganjur, juruhebah, juru iklan, juru acara, ahli panel, juri, pemerhati atau siapa yang sahaja yang mempunyai bahagian di dalam menganjurkannya.
●Apabila bala turun ke atas pembuat2 kemungkaran, maka bala tersebut akan meratai semua orang termasuk orang yang tidak melakukan kemungkaran, kecuali mereka yang sungguh2 berdiri pada Sunnah Rasul (Ahlus Sunnah yang benar) dan mereka cegah manusia dari kemungkaran, sama ada dengan kuasa, atau dengan lisan atau sekurang2 dengan hati.
SIRI 200 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.26 Dosa Besar ke-25: Rela Dengan kemungkaran
sambungan....
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Semua para Nabi yg dibangkitkan akan disertai oleh hawari (pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yang bercakap apa yang mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, dia adalah orang yang beriman, siapa yang berjihad dengan lidahnya dia adalah orang yang beriman, dan siapa yang berjihad dengan hatinya dia juga adalah orang yang beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.”
[ Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali duduk pada suatu hidangan yang padanya di hidangkan arak.
[Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tiada sayugia bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat, yang padanya ada kebenaran, melainkan mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya yang demikian tiada akan mendahulukan ajalnya dan tidak akan menghalangi rezeki yang teruntuk baginya.
[Imam Al-Baihaqi, Imam At-Tirmizi]
Fatwa Ulama Ahlus Sunnah berkenaan kewajipan mencegah kemungkaran, larangkan subahat dengan kemungkaran, larang hadir Majlis2 mungkar dan larangan redha dengan apa jua kemungkaran.
Fatwa Imam Nawawi Radhiallahu anhu :
"Menurut pendapatku: Yang lebih tepat ialah Haram (dia duduk terus di dalam Majlis Mungkar) Wallahu a’lam. Jika tiada kemampuannya untuk keluar dari majlis itu, contohnya kerana telah larut malam (perjalanan pulang merbahaya yang memudaratkan nyawanya) dan dia takut untuk keluar maka dia duduk sedang ia terpaksa dan membencinya serta tidak mendengarkannya (kemungkaran tersebut)"
[Raudhah At-Talibin]
Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
“Perbuatan mungkar wajib dihilangkan (dalam jamuan, Majlis dsb) Barangsiapa lemah menghilangkannya, nescaya wajib lah dia keluar dari Majlis Perjamuan itu. Dan dia tak boleh duduk. Maka TIDAK ada keringanan baginya untuk duduk menyaksikan kemungkaran itu.”
[Ihya Ulumuddin]
Fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
Hadith ini menunjukkan bahawa tidak boleh masuk ke rumah orang zalim, orang fasiq, dan tidak boleh menghadiri tempat-tempat yang dipersaksikan perbuatan mungkar padanya. Dan ia tidak sanggup merubahnya. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda : “La’nat (azab) akan turun kepada orang yang menghadirinya.” Dan tidak boleh menyaksikan perbuatan mungkar, tanpa ada keperluan, dengan alasan lemah dari mencegahnya.”
[Ihya Ulumuddin , Kitab Amr Ma’ruf Nahyi Anil Mungkar]
Bersambung siri 201 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment