Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ
أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ
رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ
عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ
اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
الْعَظِيْمٌَ
DALIL ZIKIR JIHAR (KUATKAN SUARA)
Risalah kecil ini adalah nukilan
dari Risalah Induk kami bertajuk
"Kewajipan Mendirikan Zikrullah". Risalah ini
menyentuh secara khusus Dalil2 ZIkir Jihar sahaja. Oleh yang demikian perbincangan panjang
yang menyeluruh tidak dimasukkan ke
dalam risalah ini.
Sesungguhnya Zikir Jihar atau
Zikir dengan menguatkan Suara adalah Syi'ar Islam, Syi'ar Ahlus Sunnah Wal
Jamaah, Syi'ar Pengagungan kepada Allah
Azza Wa Jalla ... Tuhan Semesta Alam.
Dan sesungguh nya Zikir Jihar telah diamalkan turun temurun dari Zaman Rasulullah ﷺ lagi dan kemudian
berterusan pada zaman Sahabat, Tabiin, Tabiit Tabiin, Imam2, Shaikh2 kemudiannya
sampai ke saat ini terus berlangsung.
Misalnya yang lazim terjadi di
kalangan Ummat sejak dari hayat Rasulullah
ﷺ
:
- Lafaz Kalimah Allah, Tahmid, Takbir, Tahlil ketika perang Sabilillah
- Zikir berjamaah setelah selesai Solat Fardhu
- Zikir berjamaah dalam halaqah2 Zikir
Semua bentuk zikir di atas secara
global adalah termasuk di dalam Zikir Jihar.
Tetapi tumpuan bicara kita di sini adalah khusus menyentuh zikir Jihar
yang dilaksanakan secara berjamaah atau persendirian sama ada di masjid atau di
rumah atau di tempat lain.
Sesungguhnya Zikir Jihar adalah
tradisi Ahlus Sunnah yang diwarisi secara Mutawatir dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ tiada yang syak apa lagi menentangnya.
Seluruh Angkatan Imam Ahlus Sunnah yang Mu'tabar yang mewarisi keilmuan
Baginda Nabi ﷺ telah mendirikan
Zikir Jihar ini dan seterusnya mendidik Ummat dengannya. Di antaranya yang sangat masyur adalah :
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
Al Imam Abu Hasan Asy-Syazili
Al Imam Rifa'ie
Al Imam Al Ghazali
Al Imam Fakhruddin Ar -Razi
Al Imam As-Suyuthi
Al Imam An Nawawi
Al Imam Ibnu Hajar Al Haythami
Persoalan yang timbul akhir2 ini di kalangan Ummat
:
Mengapa tiba2 timbul suara2
sumbang dari kalangan orang Islam sendiri yang mempersoalkan Zikir Jihar
ini? Siapa mereka ini? Adakah mereka ini orang Islam atau musuh
Ahlus Sunnah? Atau mereka itu orang
Islam yang jahil yang terpengaruh dengan Dakyah Yahudi dan Nasara?
Baca terus sampai habis....
2.0 Definisi Zikir
Jihar :
Sebagai mengingat kembali
beberapa definisi penting:
Definisi Zikrullah :
Zikirullah adalah menyebut
Kalimah "Allah" atau Kalimah "La Ilaha Illallah" atau Asma' Allah (nama2 Allah yang Maha
Agung dan Indah2) yang lain dengan lisan
/ mulut / lidah berserta ingatan kepada
Allah di dalam HATI. Atau Semata2 mengingat Allah didalam HATI terus
menerus.
Definisi Jihar :
Jihar atau Jahr ( جَهْرُ ) pada bahasa
bermaksud:
Menyatakan dengan terang,
lantang, kuat, keras.
Zikir Jihar atau Jahr menurut
Istilah Syara' adalah :
Mengerjakan Zikrullah dengan
mengangkat suara, menyatakan dengan lafaz yang jelas dan kuat atau keras suara.
Menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah
yang dikehendaki dengan Zikir Jihar adalah menyebut Kalimah Allah dengan lisan
/ lidah serta diangkat suara dengan tinggi dan dihantarkan Zikir tersebut ke dalam
Qalb ( hati / Jantung sanubari) dengan pukulan keras.
3.0 Tingkatan Zikrullah
Menurut Ulama Mu'tabar Ahlus
Sunnah (Ulama bertaraf Auliya Allah /
Ulama Arifbillah), terdapat 10 peringkat / tingkatan Zikrullah :
(1) Zikir Lisan / lidah / lafaz
(2) Zikir Qalbi / Zikir Khafi
(3) Zikir Lataif
(4) Zikir Nafi Ithbat
(5) Zikir Wuquf Qalbi
(6) Zikir Nafas
(7) Zikir Ruhani
(8) Zikit Nurani
(9) Zikir Ruh
(10) Zikir Sirr
Kesemua Tingkatan Zikrullah ini
hanya terdapat di kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Masing2 mempunyai kaifiyyat (cara), syarat,
peraturan dan adab2nya tersendiri. Untuk
mengamalkannya perlu ambil bai'at dengan Mursyid yang sidiq (Pewaris Nabi yang
muhaqqiq). Di dalam risalah kecil ini
kami cuma akan bincangkan Zikir Tingkatan Pertama iaitu zikir dengan lisan /
lidah / kuatkan suara.
4.0 Zikir Hasanah
dan Zikir Darjat
Zikir Hasanah
ZIkir Hasanah adalah Zikir yang
dilaksanakan tanpa sebarang kaifiyyat (cara) tertentu. Orang yang mengerjakan zikir umum ini akan
memperoleh pahala tetapi TIDAK meningkat Iman / Tauhidnya, TIDAK menambah khusyu nya di dalam
solatnya, TIDAK menambah Taqwanya.
Zikir Darjat :
Zikir Darjat adalah zikir yang
mempunyai kaifiyyat (cara), syarat, peraturan dan adab2 tertentu sebagaimana
diterima dan diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ oleh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah secara mutawatir. Zikir seperti ini (yang dilaksanakan dengan
kafiyyat dan syarat2nya) akan meningkatkan TAUHID / IMAN / TAQWA seseorang.
Ia akan dikurniakan oleh Allah kefahaman
yang mendalam tentang Agama, dia akan menjadi lebih khusyu di dalam solatnya
serta memperoleh ketenangan di dalam
seluruh kehidupannya.
5.0 Dalil
Al-Qur'an, Hadith Serta Fatwa Ulama Ahlus Sunnah:
Dalil 1
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
وَٱذۡڪُرُوهُ كَمَا هَدَٮٰڪُمۡ
"Dan berzikirlah (dengan
menyebut) Allah sebagaimana yang di tunjukkan Nya kepada mu."
[Al-Baqarah (2) : ayat 198]
Tafsiran ringkas:
Ayat di atas memerintahkan (fi'il
amar = iaitu perintah Wajib) kepada orang
beriman supaya mendirikan Zikrullah
mengikut martabat / tingkatan Zikir sebagaimana yang Dia (Allah) telah Kurniakan kepada kamu.
Orang Awam hanya mampu zikir
Jihar, maka dia hendaklah melakukan Zikrullah dengan Jihar.
Orang Salikin (orang yang
menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang siddiq), mampu melakukan berbagai tingkatan Zikrullah
menurut kelayakannya, maka hendaklah dia melakukan Zikrullah sesuai dengan
Kurnia Allah pada dia.
Orang Arifin mempunyai Tingkatan
Zikrullah yang paling tinggi sehingga kepada Zikir Sirr (yang amat
tersembunyi), maka Ahli Ma'rifat melakukan
Zikrullah sesuai dengan Maqam nya yang tinggi.
Ertinya tingkatan zikir setiap
orang berbeza2 mengikut perjalanan keruhanian yang dia telah tempoh, mengikut
Kurniaan Ilahi. Ada yang
mendirikan Zikrullah dengan lisan /
lidah / kuat suara. Ada yang lakukan Zikrullah di dalam
hati. Ada yang lebih tiggi melakukan
Zikrullah di dalam ruhnya sirriyahnya (rahsia hati yang sangat dalam). Hal ini yang di jelaskan oleh AL Imam Sulton
Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu
Anhu.
Berkata Imam,
"Allah Ta'ala memberi
Petunjuk kepada orang2 yang berzikir dengan Firman Nya [Al-Baqarah (2) : ayat 198] yang tersebut
seperti di atas, yakni memberi petunjuk pada martabat zikirmu, Rasulullah ﷺ bersabda : "
Kalimat yang terunggul yang aku ucapkan dan oleh Nabi sebelum ku adalah
"La Ilaha Illa Allah". Setiap
maqam memiliki martabat masing2 — jahr (suara / lafaz) maupun khafi (senyap dalam hati saja). Orang yang zikirnya zikir lisan (zikir Jihar
) bererti dia diberi petunjuk hanya
sampai kepada zikir lisan. Orang yang
berzikir dengan zikir khafi (dalam hati), bererti dia di beri petunjuk-Nya
sampai kepada zikir hati. Dan orang yang
zikirnya sampai kepad Zikir Ruh, bererti dia diberi Petunjuk sampai kepada
Zikir Ruh. Selanjutnya kepada zikir khafi dan akhfal-khafi (yang amat tersembunyi), kemudian kembali lagi kepada Zikir
lisan, sebab lisan berfungsi sebagai
pemberi ingatan pada hati terhadap zikir yag dilupakannya.
[Tamat petikan Kitab Sirrul
Asrar]
Cuba perhatikan Perintah Allah supaya dirikan
Zikrullah dan tafsirannya oleh Ulama Auliya Allah yang tidak asing lagi di kalangan
Ummat, yang menegaskan wuju nya Zikir Jihar
atau Zikir Lisan. Orang beriman
wajib mendirikan Zikrullah menurut petunjuk Allah kepada dia. Jika dia cuma di peringkat Zikir Lisan /
Zikir Jihar, maka tunaikanlah Zikir Jihar.
Jika seseorang sudah naik ke peringkat Zikir Hati, maka selain Zikir
Jihar, dia juga wajib mendirikan Zikir Hati (Zikir khafi)
Bukankah jelas dari Ayat Qur'an
ini yang memerintahkan setiap orang beriman mendirikan Zikrullah bermula dari
ZIkir Jihar (kuat suara dengan lisan / lidah) . Walaupun ayat tersebut tidak menyebutkan
istilah "jihar" secara nyata,
tetapi demikian lah menurut Tafsiran Ulama kita. Kita ummat Islam diperintah berpegang kepada
Tafsiran Ulama, BUKAN pendapat sendiri.
Dalil 2
✨🕌 ✨Firman Allah :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ
ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang
beriman, ingatlah serta sebutlah nama
Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.
[Al-Ahzab (33) : Ayat 41]
Tafsiran ringkas:
Ketika mentafsirkan ayat ini,
sekalian mufassirin mentafsirkan
ungkapan Zikrullah dengan makna "sebut nama Allah (dengan lidah) dan ingatan (dalam hati). Ertinya ayat ini memerintahkan Zikrullah
dengan lisan, dengan mengangkat suara dan juga dalam hati.
Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya
Al Kholidi menyebutkan ayat ini merupakan dalil WAJIB mengerjakan Zikrullah (kerana dilalah ayat Perintah
suruhan) . Di tempat lain beliau
menyebut zikrullah yang sempurna tak
mampu dilakukan oleh seseorang melainkan dengan mengamalkan Toriqat yang sahih
(yang di warisi dari Rasulullah ﷺ)
[Risalah Ma'rifat - Siri 1]
Dalil 3
✨🕌 ✨Firman Allah :
ـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا لَقِيتُمۡ
فِئَةً۬ فَٱثۡبُتُواْ وَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ ڪَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang
beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah
kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah banyak-banyak, supaya kamu mencapai
kemenangan."
[Al-Anfal (8) : ayat 45]
Ibnu Abbas mentafsirkan,....
Ketika kamu didalam Peperangan
Fisabilillah melawan orang kafir, maka zikirlah banyak2 dengan lidah (zikir
jihar, angkat suara, kuatkan suara ) dan hati"
[Tafsir Ibn Abbas]
Ayat ini merupakan Printah wajib
berzikir mengingat Allah dengan lidah dan hati ketika peperangan sekalipun. Ertinya walaupun ketika sedang sibuk menghadapi musuh dengan
senjata, orang beriman WAJIB terus
berzikir bahkan kesempurnaan dan keikhlasan jihad melawan musuh TIDAK akan
terhasil melainkan seluruh kegiatan jihad disertai dengan Zikrullah.
Sebagaimana juga Allah Ta'ala memerintahkan Zikir dengan lidah dan hati ketika di dalam
keadaan aman, maka demikian juga diperintah berzikir dengan lidah dan hati di
dalam peperangan melawan musuh. Bahkan
Zikrullah di dalam Perang Jihad Fi sabilillah lebih diperlukan lagi, untuk menguhkan hati kepada Keimanan dan
Keikhlasan.
Dalil 4
✨🕌 ✨Hadith Qudsi :
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ
النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ
عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ
فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ،
وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ
إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ
هَرْوَلَةً » . (البخاري(
Dari Abu Hurairah, beliau
berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku
bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka
Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu Jamaah
(keramaian / kumpulan), Aku
mengingatinya dalam Jamaah yang lebih
baik dari Jamaah mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku
mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku
mendekatinya satu depa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku
datang kepadanya dengan berlari”.
[Imam Bukhari]
Syarahan Ringkas bagi Hadith Qudsi ini:
1. Hadith Qudsi ini merupakan
sejumlah Hadith2 Mutasyabihat (kesamaran yang memerlukan ta'wil oleh
Ulama). Oleh yang demikian dilarang
memahami pada teks nya saja melainkan wajib berpegang kepada Ta'wil Ulama.
2. Allah Ta'ala menegaskan dia
berserta dengan orang yang sentiasa berzikir.
3. Zikir yang diperintahkan adalah dua macam :
Pertama :
Zikir dengan hati.
Ini dapat diperhatikan dengan isyarat
"Apabila dia berzikir di dalam dirinya. "
(فِى نَفْسِهِ)
Kedua:
Zikir Jihar - dengan lisan / kuatkan suara. Ini diperhatikan dari isyarat.. "Zikir ramai2 di dalam jamaah
atau kelompok". ( فِى مَلأٍ)
Dalil 5
✨🕌 ✨Hadith Qudsi :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقُولُ: أَنَا مَعَ عَبْدِي
إِذَا هُوَ ذَكَرَنِي وَتَحَرَّكَتْ بِي شَفَتَاهُ
Sesungguhnya Allah berfirman; " Aku bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku dan bergerak
kedua bibirnya dengan-Ku. (menyebut nama-Ku).
[Ibnu Majah]
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
”Sesungguhnya Allah Ta'ala memiliki Malaikat-
Malaikat yang tugasnya adalah untuk mencari orang-orang yang sedang berzikir
(kepada Allah). Apabila mereka mendapati satu Majlis Zikrullah, maka mereka
akan duduk bersama dengan mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayap mereka
bercantum hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila Ahli
Zikir telah bersurai, mereka (Malaikat)
naik menuju ke langit.
Lalu Tuhan mereka bertanya kepada
mereka, (sedangkan Allah Ta'ala lebih mengetahui daripada mereka), "Dari manakah kamu sekalian?"
Mereka menjawab: "Kami datang dari
tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang mensucikan, mengagungkan,
membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau."
Allah bertanya, "Apakah mereka melihat-Ku?".
Mereka menjawab, "Tidak, demi
Allah, mereka tidak melihat-Mu".
Allah bertanya, "Bagaimana
seandainya mereka melihat-Ku?" Mereka menjawab, "Seandainya mereka
melihat-Mu, tentulah ibadah mereka menjadi lebih kuat kepada-Mu, lebih
mengagungkan-Mu, lebih mensucikan-Mu" .
Allah bertanya, "Lalu, apakah yang mereka minta
kepadaKu?" Mereka menjawab,
"Mereka minta syurga kepada-Mu".
Allah bertanya, "Apakah mereka melihatnya? "
Mereka menjawab, "Tidak, demi
Allah, Wahai Rabb, mereka tidak melihatnya".
Allah bertanya, "Bagaimana seandainya mereka
melihatnya?" Mereka menjawab, "Seandainya mereka melihatnya, tentulah
mereka menjadi lebih semangat dan lebih banyak meminta serta lebih besar keinginan".
Allah bertanya, “Lalu, dari apakah mereka minta perlindungan
kepada-Ku?” Mereka menjawab, ”Mereka
minta perlindungan dari neraka kepada-Mu.”
Allah bertanya, ”Apakah mereka melihatnya?” Mereka
menjawab, ”Tidak, demi Allah, wahai
Rabb. Mereka tidak melihatnya.”
Allah bertanya, ”Bagaimana seandainya mereka melihatnya?”
Mereka menjawab,”Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih
menjauhi dan lebih besar rasa takut.”
Allah berfirman, "Aku
jadikan kalian sebagai saksi bahwa Aku sudah mengampuni mereka dan sudah
memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan
kepada mereka dari apa yang mereka takutkan."
Ada di antara para malaikat
berkata, "di kalangan mereka ada seorang yang termasuk dalam ahli zikir
tetapi dia datang kerana sesuatu hajat (iaitu datang bukan untuk berzikir
bersama mereka )"
Allah Ta'ala menjawab, "Aku juga telah ampunkan dosanya. Mereka
itu adalah satu kaum di mana sesiapa
yang bersama dengan mereka tidak akan ditimpa derita"
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Ulama Ahlus Sunnah mengambil beberapa kesimpulan
penting dari Hadith Qudsi ini. Antara
yang terpenting adalah :
Masyaikh
Toriqat Naqsyabandiah menegaskan kedua2 Disiplin ; kekalkan Zikir khafi (dalam hati) dan juga
anjurkan kepada Salikin (murid yang berjalan kepada Allah melalui Sistem
Pendidikan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq) supaya tetap mengerjakan Zikir Jihar (suara
keras) di dalam Zikir berjamaah.
Dalil 7
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ
عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ قَالَ: لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا
مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ
“Dari ‘Abdullah bin Busr Radhiallahu anhu,
kata beliau, seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya syari'at Islam terlalu banyak
ke atasku, beritahulah kepadaku sesuatu yang dapatku bergantung dengannya.”
Lalu Rasulullah ﷺ
bersabda: “Hendaklah lidah kamu sentiasa basah dengan zikir kepada
Allah.”
[Imam At-Tirmizi]
Para Ulama Ahlus Sunnah telah
sepakat, bahawa hadith ini dan hadith2
lain yang hampir sama dengannya..,..
bahawa yang dikehendaki dengan ungkapan Nabi ﷺ
: "basahkan lidah kamu dengan
zikrullah" adalah bermaksud "zikirlah kamu kepada Allah, sebutlah Nama Allah sebanyak2 nya dengan
lidah kamu".
Sekali lagi ini menjadi dalil
yang terang berkenaan perintah zikir dengan jihar — kuatkan suara menyebut
Kalimah La Ilaha Illallah atau sebut Allah Allah Alllah atau sebut Ya Hayyu ya
Qayyum atau Asma' Allah yang lain2.
Dalil 8
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
Suatu hari Rasulullah ﷺ
keluar lalu mendapati satu halaqah para sahabat. Baginda bertanya, “Apakah sebab kamu
berhimpun ini?” Jawab mereka, “Kami berhimpun untuk berzikir kepada
Allah, memuji-Nya atas nikmat Islam yang dihidayahkan kepada kami.” Tanya Baginda lagi, “Demi Allah, adakah betul kamu tidak
berhimpun kecuali niat itu?” Mereka
menjawab, “Ya, demi Allah, tidak kami berhimpun kecuali kerana
itu.” Sabda Baginda, “Adapun aku menyuruh kamu bersumpah bukan
kerana ragu-ragu terhadap kamu, tetapi Jibrail telah datang kepadaku dan
memberitahuku bahawa Allah bermegah dan berbangga dengan kamu di depan para
malaikat-Nya.”
[Imam Muslim]
Hadith ini mempunyai makna yang
hampir sama dengan sebuah hadith panjang sebelum ini. Di dalam hadith ini terdapat tiga dalil
penting :
Pertama :
Keutamaan berzikir kepada Allah dengan jihar (kuatkan suara)
Kedua
: Keutamaan Halaqah
zikrullah (zikir berjemaah)
Ketiga
: Keredhaan Allah kepada Majlis Zikrullah
Dalil 9
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ:
Dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu,
kata beliau :
أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ
النَّاسُ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
"Sesungguhnya mengeraskan
suara dalam berzikir sebaik sahaja orang selesai melaksanakan solat maktubah
(solat fardhu lima waktu) sudah ada di zaman Nabi ﷺ "
[Imam Bukhari,
Imam Muslim]
Dalil 10
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ:
Dari Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu,
kata beliau :
كُنَّا نَعْرِفُ انْقِضَاءَ صَلاَةِ رَسُولِ اللَّهِ
-صلى الله عليه وسلم- بِالتَّكْبِيرِ
“Kami dahulu mengetahui berakhirnya Solat
(berjemaah bersama) Rasulullah ﷺ melalui
suara takbir.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Para Ulama Ahlus Sunnah
memberikan komentar akan Hadith ini :
Kata2 Ibnu Abbas tersebut memberikan
gambaran beliau sedang berada di luar masjid,
kerana ketika itu beliau masih kecil dan belum ada kewajipan untuk
bersama2 solat berjamaah di masjid.
Beliau tahu sudah selesai solat fardhu apabila mendengar suara zikir
jihar (zikir suara keras) berkumandang dari masjid.
Hadith ini merupakan antara dalil2 yang kuat bahawa Rasulullah ﷺ mendirikan Zikrullah dengan jihar (kuat
suara) dan melakukannya secara berjamaah di masjid setelah selesai solat
Fardhu.
Dalil 11
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ:
“Dari
‘Abdur-Rahman bin Sahl Radhiallahu Anhu, beliau berkata : Pada suatu ketika, Rasulullah ﷺ berada di salah satu rumah Baginda,
turunlah ayat kepada Baginda, :
وَٱصۡبِرۡ نَفۡسَكَ مَعَ ٱلَّذِينَ يَدۡعُونَ رَبَّہُم
بِٱلۡغَدَوٰةِ وَٱلۡعَشِىِّ يُرِيدُونَ وَجۡهَهُ ۥۖ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنَاكَ عَنۡہُمۡ
تُرِيدُ زِينَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَلَا تُطِعۡ مَنۡ أَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهُ
ۥ عَن ذِكۡرِنَا وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ وَكَانَ أَمۡرُهُ ۥ فُرُطً۬ا
Dan jadikanlah dirimu sabar berserta
orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi2 dan petang2 dengan mengharap Wajah-Nya
(Keredhaan-Nya), dan janganlah engkau
memalingkan kedua matamu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan perhiasan
di dunia dan janganlah engkau mengikuti orang yang Kami ketahui hatinya lalai
daripada berzikir akan Kami, serta dia menurut hawa nafsunya dan
tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran." [Surah al-Kahfi (18):
ayat 28], Maka setelah menerima wahyu itu,
Rasulullah ﷺ: keluar untuk mencari
orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat tersebut. Kemudian Baginda menjumpai
sekelompok orang yang sedang sibuk berzikir. Di antara mereka ada yang
rambutnya tidak teratur dan kulitnya kering, dan ada yang hanya memakai sehelai
kain. (tanda mereka orang msikin, dhaif
dan tidak dikenali sebagai orang terhormat).
Ketika Rasulullah ﷺ
melihat mereka, Baginda pun duduk bersama mereka lalu bersabda, “Segala puji bagi Allah, yang telah
menciptakan di antara Ummatku orang-orang yang mernyebabkan aku diperintahkan
duduk bersama mereka.”
[Imam Ath-Thabrani, Imam Ibn
Jarir Ath-Thabari ]
Intisari dari Hadith serta yang
terkait dengan Perintah Allah di dalam Surah Al Kahfi ayat 28 ini adalah :
Rasulullah ﷺ diperintah oleh Allah Ta'ala supaya sabar berserta majlis orang
berzikir (samada zikir jihar atau khafi) meskipun ahli2 zikir ini hanya orang2
miskin dan bukan orang ternama.
Suatu hal yang sangat menarik
pada Perintah Allah ini, iaitu :
Apakah hikmahnya Allah Ta'ala
perintahkan Rasulullah ﷺ duduk serta sabar
bersama orang faqir miskin yang dhaif yang sentiasa zikir kepada Allah, sedangkan kita sedia maklum Rasulullah ﷺ merupakan Sohibul Zikir yang TIDAK pernah
putus zikir Baginda? Bahkan Bagindalah yang mengajar dan mendidik Sahabat
dengan Zikir kepada Allah siang dan malam, Bagindalah yang mendidik dan menyucikan hati para
Sahabat dengan Zikrullah, .. maka apakah
hikmah yang tersimpul di dalam Perintah Allah yang khusus ini?
Para Arif Billah memberikan
tafsiran bahawa, Baginda diperintah oleh Allah Ta'ala BUKAN kerana Baginda tidak berzikir, BUKAN kerana Baginda tidak pedulikan zikir,
sebaliknya Perintah tersebut merupakan i'tibar bagi Ummat kemudian supaya
muliakan Majlis Zikrullah, supaya Ummat
ini sentiasa melazimkan Zikrullah dan mencari Majlis2 Zikir dan sabar berserta
di dalamnya. Antara tanda2 terlihat pada
Majlis Zikrullah yang penuh Barakah yang memperoleh Rahmat Allah ini adalah orang2
yang mendirikan Majlis Zikrullah ini hanyalah orang2 beriman yang dhaif, miskin, tidak terkenal di kalangan manusia
awam, BUKAN bangsawan dan BUKAN pegawai
berpangkat.
Pada zaman kemudian dari
kewafatan Rasulullah ﷺ , Majlis2 Zikrullah seperti itu terlihat
di bangkitkan oleh Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq). Mereka mendirikan Majlis Zikrullah sepanjang
masa serta menyeru ummat supaya datang bersama2 mengerjakan Zikrullah.
[Jangan
lupa : Yang di katakan Mursyid
yang siddiq adalah Pewaris Nabi yang sebenar yang menunjukki jalan lurus kepada
Ummat. Maka sudah pasti Generasi pertama
Mursyid adalah para Sahabat khusus nya Khulafa Ar Rasyidin]
Dalil 12
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jibril datang padaku dan berkata : "Perintahkanlah kepada sahabat-sahabatmu
untuk mengeraskan suara (zikir jihar) mereka dengan takbir ketika mereka
berjalan.”
[Imam Abu Dawud, Imam Ahmad, Imam
Tirmizi]
Dalil 13
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
Dari Jabir bin Abdullah berkata
:“Ada seorang yang mengeraskan suaranya dalam berzikir, maka seseorang berkata,
“ semestinya dia merendahkan suaranya.” Rasulullah ﷺ bersabda,” Biarkanlah dia,sebab sesungguhnya
dia adalah lebih baik.“
[Imam Baihaqi]
Dalil 14
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ:
Ketika sahabat Sayyidina Salman
Al Farisi Radhiallahu Anhu berserta sahabat2 beliau sedang sibuk berzikir,
lewatlah Rasulullah ﷺ di hadapan mereka. Maka mereka terdiam
sebentar. Lalu Baginda bertanya: “Apakah yang sedang kalian lakukan?” Mereka
menjawab: “Kami sedang berzikir.” Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh aku
melihat Rahmat Allah turun di atas kalian, maka hatiku tertarik untuk bergabung
bersama kalian mengerjakan zikir.
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan dari Ummatku orang-orang
yang aku diperintahkan duduk bersama mereka.” [Imam Ahmad]
Dalil 15
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
أَكْثِرُوْا ذِكْرَ اللهِ حَتَّى يَقُوْلَ الْمُنَافِقُوْنَ
إِنَّكُمْ مُرَاؤُوْنَ
"Perbanyaklah Zikir Kepada Allah sampai orang Munafiq mengatakan
kamu riya' ".
[Imam Ath-Thabrani]
Dalil 16
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
، ”
أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ ، حَتَّى يَقُولُوا
: مَجْنُونٌ
“Perbanyaklah zikrullah sampai orang-orang
(munafiq) mengatakan kamu gila“.
[mam Al-Haakim, Imam Baihaqi,
Imam Ahmad]
Komentar Imam Sayuthi:
Imam Suyuthi, dalam kitabnya berkata, “Bentuk istidlal (penggunaan
dalil) dengan dua hadith di atas, ucapan
‘dia itu gila’ dan ‘Kamu riya’’, hanyalah dikatakan kepada orang-orang
yang berzikir dengan jahar, bukan dengan khafi.”
[Natijatul Fikri Fil-Jahri Biz-Zikri]
Menurut Ahli Ma'rifat, hati orang munafiq berpenyakit dan bersifat menentang Allah senyap2. Golongan ini gerun dan takut mendengar Zikrullah yang dialunkan dengan suara kuat. Akibatnya mereka akan benci dan memusuhi orang2 yang melakukan zikrullah. Bahkan mereka akan menuduh orang berzikir kuat sebagai orang riya'... maka berdasarkan Hadith tersebut, demikianlah setengah dari tanda2 orang Munafiq.
Dalil 17:
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ
أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalang (melarang) dari
menggunakan Masjid- Masjid Allah untuk menyebut nama Allah di
dalamnya.?"
[Al-Baqarah (2) : ayat
114]
Ibnu Abbas:
Ungkapan "Siapakah yang lebih zalim" bermaksud "didalam kekafirannya". (
Tidak ada orang yang menghalang manusia dari Mengagungkan Nama Allah, menyeru
kepada Tauhid dan mengerjakan Solat di
Masjid-Masjid melainkan orang kafir. — pent.)
[Tafsir Ibnu Abbas]
Imam Qurtubi:
Ungkapan "Siapakah yang lebih zalim" bermaksud "tiada yang lebih zalim".
( Ertinya sesiapa saja menghalangi manusia untuk berzikir, solat dan ibadah
lain didalam Masjid-Masjid, maka dia
adalah manusia paling zalim.)
[Tafsir Qurtubi]
Ahli Ma'rifat merangkumkan
sekalian maksud di atas:
Walaupun asbab
An Nuzul ayat ini ditujukan kepada orang Kristian yang merobohkan Baitul Maqdis
atau Kafir Quraisy yang menghalang Rasulullah ﷺ, namun ia adalah amaran
kepada siapa saja yang cuba menghalangi orang beriman daripada Zikir
mengagungkan Allah dan mendirikan Solat serta ibadah lain di dalam
masjid-masjid. Bagi mereka dijanjikan azab
yang sangat pedih.
Masjid-masjid
adalah Rumah Allah di mana orang2 beriman
diperintah memakmurkannya sepanjang masa dengan berzikir mengagungkan
Allah Ta'ala dengan Zikir Lantang suara atau Zikir khafi, dan juga Tilawah
Al-Qur'an dan Mendirikan Solat serta
ibadah lain. Dengan sebab itu semua masjid2
wajib dibuka sepanjang masa, termasuk waktu malam, BUKAN menutupnya dan hanya di buka pada waktu tertentu. Jika
dikhuatiri kecurian atau kerosakan oleh manusia2 hipokrit, gajikan beberapa orang pengawal untuk menjaga
masjid. Tiada guna Masjid2 dibina
cantik indah tetapi kosong dari orang2 beribadah, lebih2 lagi pada waktu malam.
Dalil 18:
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ
قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡۚ
Kemudian apabila kamu telah
selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah
semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring.
[An-Nisaa (4) : ayat 103]
Firman Allah ini merupakan di
antara sandaran terkuat bagi menunjukkan dalil Perintah Zikir (samada Zikir khafi atau Zikir Jihar) setelah
megerjakan solat fardhu 5 waktu. Ambil
i'tibar ini, di- galakkan juga
mendirikan Zikrullah setelah selesai solat2 sunnat apa pun. Bahkan kita ulangi, Zikrullah WAJIB dikerjakan di dalam semua
masa dan keadaan — sambil duduk atau berdiri atau berbaring..
Dalil 19:
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ riwayat Al Mughirah Ibn
Syu'bah:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى
آلِهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ إِلَهَ
إِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى
كًلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا
مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ
Dari Al-Mughirah ibnu Syu’bah
Radhiallahu ‘anhu beliau berkata :
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ, apabila Baginda selesai dari solat, Baginda
membaca zikir ini :
لاَ إِلَهَ إِلاَ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ,
لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كًلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. اللَّهُمَّ لاَ
مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ
مِنْكَ الْجَدُّ
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, semata2, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah segala
Kerajaan dan Pujian, Dia Maha Berkuasa
atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang dapat mencegah apa yang Engkau
Kurniakan dan tidak ada pemberi bagi apa yang Engkau tahan dan tidaklah bermanfaat
kekayaan seseorang di sisi-Mu.
[Imam Bukhari,
Imam Muslim]
Dalil 20:
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ riwayat Ibnu Zubair:
'Abdullah bin Zubair Radhiallahu
‘anhuma menyebut Zikir berikut setiap kali
solat, selesai salam :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ,
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ لاَ حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ, لَهُ
النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحُسْنَى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ. وَقَالَ : كَانََ رَسُوْلُ
اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ
صَلاَةٍ
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Semata2, tidak ada serikat bagi-Nya. tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah
segala Kerajaan dan Pujian, Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dan kami
tidak menyembah kecuali hanya kepada-Nya. Bagi-Nya segala Ni'mat, Keutamaan dan
Pujian yang baik. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, dengan
mengikhlaskan agama untuk-Nya dan walaupun orang-orang kafir membenci"
Kemudian berkata (‘Abdullah bin Zubair) : “Adalah Rasulullah ﷺ bertahlil
(yuhallilu) dengan kalimat2 ini setiap kali setelah selesai solat. (Zikir jihar)
[Imam Muslim]
Dalil 21:
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ سَبَّحَ الله في دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاثاً
وَثَلاثِينَ ، وحَمِدَ اللهَ ثَلاثاً وَثَلاَثِينَ ، وَكَبَّرَ الله ثَلاثاً وَثَلاَثِينَ
، وقال تَمَامَ المِئَةِ : لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لَهُ ، لَهُ المُلْكُ
وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ، غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإنْ
كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
"Barangsiapa yang di akhir
setiap Solat bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali,
dan bertakbir tiga puluh tiga kali, dan pada hitungan yang ke seratus menyebut
kalimat ini,
لاَ إلهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لَهُ ، لَهُ
المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
maka diampuni dosa-dosanya
walaupun banyaknya seperti buih di lautan.”
[Imam Muslim]
6.0 Zikir Jihar — Hujjah
dan Fatwa Ulama Mu'tabar:
Sebagaimana kami telah sebutkan
sebelum ini, Ulama Mu'tabar Ahlus
Sunnah telah ijma' ( sepakat) bahawa
Zikrullah merupakan Ibadah terangung dan adalah FARDHU AIN (WAJIB) atas setiap orang beriman BERZIKIR didalam
HATI pada setiap ketika... sepanjang masa siang dan malam tanpa henti. (Zikir
Allah Allah dalam hati terus menerus tanpa henti)
Mereka (Ulama Mu'tabar) juga telah sepakat bahawa SUNNAT mengerjakan Zikir Jihar, iaitu mengerjakan
Zikrullah dengan LISAN dan KUATKAN suara
sebagai PENGAGUNGAN kepada Allah Ta'ala. Tidak ada khilaf di kalangan Ulama terpecaya
sepanjang zaman akan hal ini.
Ringkasnya:
Zikir mengingat Allah
berterusan di dalam HATI itu WAJIB (FARDHU AIN).
Zikir dengan LISAN / LIDAH itu
hukumnya SUNNAT.
[Peringatan bagi yang lupa : Ulama Mu'tabar adalah Ulama bertaraf Auliya Allah, Warisatul Anbiya yang sebenar, menempati Maqam Nubuwwah, mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. melalui kaedah penerimaan dan perpindahan
yang amat rahsia dan suci yang terpelihara keasliannya. Iaitu melalui Bai'at (janji
setia), Talaqqi Musyafahah (berhadapan serta menerima terus dari lisan
Guru), limpahan Nur Muhammad dan Nur
Ilahiyyah. Pewaris Nabi yang muhaqqiq
ini dikenali sebagai Ulama Billah, Sahabat Rasulullah , Khalifah Rasulullah,
Imam, Shaikh, Mursyid, Ahli Ma'rifat, Ahli Sufi, Ahlullah dan beberapa nama lain yang layak dengan
kemuliaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada mereka sebagai Wakil Allah
mentadbir dunia dan Ummat Islam seluruhnya sampai Qiamat. ]
Himpunan Fatwa Ulama Mu'tabar
Ahlus Sunnah.
(1) Fatwa Al Imam Sulton Auliya:
Berkata Al Imam Ghawthul A'zham
Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu,
"Jalan untuk wusul (sampai kepada Allah) ialah dengan selalu menjaga diri supaya
berada di atas jalan yang benar, berpegang teguh kepada hukum Syari'at siang
dan malam dan mudawamah (berkekalan) Zikir Khafi
(zikir dalam hati) maupun Zikir
Jihar (dengan lisan dengan kuatkan suara zikir). Mudawamah (berkekalan) zikrullah itu
hukumnya FARDHU AIN (wajib) bagi mereka yang mencari keredhaan Ilahi.
[ Sirrul Asrar fi ma Yahtaju Ilayhil
Abrar, Fasal 7 : Zikir]
Penjelasan :
Berdasarkan fatwa Imam Jilani di
atas kita dapat fahami dua hal penting :
Pertama :
Al Imam Sulton Auliya menekankan bahawa hamba2
Allah yang ingin kembali kepada Allah, mencapai Tauhid yang hakiki, mencapai kesucian hati, mencapai REDHA ILAHI, maka mereka perlu melatih diri mengerjakan
zikrullah sepanjang masa, samada zikir
khafi (didalam hati) atau zikir jihar
(kuat suara). Dengan mengekalkan Zikir2
tersebut dengan pimpinan Mursyid nya
yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), mudah2an mereka akan sampai kepada
Allah. (mencapai Tauhid yang suci murni)
Kedua :
Murid2 peringkat permulaan, perlu
zikir jihar (zikir dengan lisan dan
dikuatkan suara) sebanyak2 nya untuk
menumpaskan nafsu2 kejahatan didalam hatinya.
Bahkan inilah latihan tegas di dalam
Sistem Pendidikan keruhanian yang beliau pimpin di dalam Toriqat Qadiriyyah
yang beliau wariskan. Sampai ke saat
ini, di seluruh dunia — dari Benua Afrika, Amerika, Eropah, Benua Arab sampai
Asia, sekalian pendokong2 Toriqat Rasul cabang Qodiriyyah ini amalkan Zikir
Jihar sebagai Zikir Mubtadi (permulaan).
Kemudian baru diajar pula Zikir
khafi serta Zikir peringkat lain.
(2) Al Qutb, Al- Imam Habib Abdullah ibnu Alwi Al-Haddad Radhiallahu Anhu:
Hal yang demikian (zikir dengan suara keras) itu tidak dilarang bahkan
disunnatkan, dan dicintai walaupun keadaan Zikir itu berjama’ah. Mereka berkumpul untuk
berzikir kepada Allah sesuai dengan apa yang telah kami terangkan dengan ikhlas
dan tidak mewaswaskan (tidak mengganggu)
orang-orang yang sedang Solat dan
membaca Al-Quran, dan sebagainya, maka Zikir
seperti itu disunnatkan dan sangat dianjurkan.
[An Nasha'ihud Diniyyah Wal
Wasoya Al-Imaniyyah]
(3) Fatwa Imam Ibn 'Abidin:
Imam 'Ibn Abidin,
Imam Besar Ahlus Sunnah bermazhab Hanafi ber Fatwa :
"Ulama (Mu'tabar) terdahulu dan kemudian telah sepakat bahawa
berzikir dengan suara yang kuat (Zikir
Jihar) di Masjid² adalah sangat di sukai.
Walau bagaimana pun orang yang sedang baca Qur'an, atau sedang tidur
atau sedang solat tidak boleh terganggu dengan suara kuat tersebut. Zikir kuat juga membangkitkan hati yang
lalai, menarik ingatan dan pendengaran kepada Allah Azza Wa Jalla, hilangkan
mengantuk dan mendatangkan perasaan bahagia dalam hati."
[Matlab fi Ahkaamil Musjid]
(4) Fatwa mam Nawawi :
"Para Ulama sepakat atas anjuran (sunnat) mengerjakan Zikrullah
secara khafi (senyap dalam hati) atau jahri (suara kuat) setelah Solat"
[Al-Azkar Imam Nawawi]
(5) Fatwa Imam Ibnu Hajr Al-Haythami :
"Wirid-wirid, bacaan-bacaan secara jahar (kuat suara)
yang dibaca oleh kaum Sufi sebaik
saja selesai Solat menurut kebiasaan,
ini mempunyai akar (dalil) yang sangat kuat (di dalam KItabullah dan
Hadith”.
[Khatimatul Fatawa]
(6) Fatwa Imam Sayuthi :
"Tidak ada apa2 kesalahan pada melakukannya (
Zikir dengan suara keras dan berzikir berjamaah dengan suara keras di
Masjid2). Banyak sekali Hadith2
Rasulullah ﷺ menganjurkan bahawa
Zikir dengan suara keras adalah Sunnat.
Di sana terdapat juga hadith lain memerintahkan Zikir khafi (senyap
dalam hati). Kedua2 zikir ini iaitu
Zikir Jahar dan Zikir Khafi,
adalah sangat baik, sesuai dengan perjalanan seseorang murid kepada
Allah Ta'la.
[Al-Haawi Lil
Fatawi]
7.0 Fakta2 Penting
Berhubung dengan Zikrullah:
Beberapa fakta penting berhubung
dengan Zikrullah (semua macam zikir ):
Fakta 1:
Zikrullah merupakan Ibadah Teragung, Ibadah
Termulia mengatasi sekalian Ibadah yang di- fardhukan kepada manusia.
✨🕌 ✨Firman Allah :
وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan zikrullah itu sebesar-besar ibadah ..... "
[Al-Ankabut (29): Ayat 45]
Fakta 2:
Orang beriman di WAJIBKAN
berzikir kepada Allah setiap waktu, siang dan malam, pagi dan petang tanpa
henti ; iaitu Zikrullah dalam hati.
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا
وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa
mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring ..."
[Aali Imran (3) : ayat 191]
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ
ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
"Wahai orang-orang yang beriman,
ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang
sebanyak-banyaknya.
[Al-Ahzab (33) : 41]
Berkata Ibn Abbas
Radiallahu‘anhu:
Allah Ta'ala tidak mewajibkan
atas hamba-Nya hal-hal yang fardhu, kecuali
yang telah diketahui olehnya. Orang yang meninggalkan fardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu
boleh dimaafkan, kecuali Zikrullah.
Zikir kepada Allah tidak memiliki batas,
dan tidak ada alasan bagi seseorang
untuk meninggalkannya kecuali dia kehilangan aqal. Manusia diperintahkan untuk
berzikir dalam segala kesempatan.
Fakta 3:
Zikrullah adalah satu2nya Ibadah
yang dikerjakan oleh sekalian makhluq ;
haiwan, tumbuh2an, bukit bukau, gunung ganang, batu, kayu, planet2,
bumi, matahari, bintang dan sekalian cakrawala, sampai kepada atom dan kuman
yang halus2 ..... sekaliannya berzikir kepada Allah — memuji serta Agungkan-Nya.
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ
وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
"Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih
kepada Allah (zikir memuji Allah). dan
Dialah (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
[ Al Hadid (57) : ayat 1 ]
Fakta 4:
Orang yang yang paling mulia di sisi Allah dan
paling hampir dengan Rasulullah ﷺ adalah orang yang paling banyak mengerjakan
Zikrullah.
✨🕌 ✨Hadith Rasulullah ﷺ :
Ditanya kepada Rasulullah ﷺ, siapakah manusia yang mempunyai kedudukan
yang paling tinggi (di sisi Allah Ta'ala).
Baginda Bersabda : orang yang
paling banyak berzikir kepada
Allah."
[Imam Al-Baihaqi]
Fakta 5:
Zikrullah adalah nadi kesucian
dan kebenaran sekalian Ibadah yang fardhu atau sunnat. Tanpa Zikrullah, sekalian Ibadah akan menjadi kosong hampa,
✨🕌 ✨Firman Allah :
وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُۗ
"...dan zikrullah itu sebesar-besar ibadah ..... "
[Al-Ankabut (29): Ayat 45]
Fakta 6:
Zikrullah adalah penyuci hati sehingga bersinar dengan
Cahaya Tauhid yang suci murni.
Zikrullah yang di lakukan dengan kaifiyyat (cara) dan syarat2
tertentu dengan bimbingan Mursyid yang siddiq akan hapuskan sekalian
Syirik khafi (syirik tersembunyi
), hapuskan sekalian sifat Mazmumah (kekejian hati), hapuskan
Ghaflah (kelalaian dari mengingat Allah), dan
Aghyar (selaian sesuatu melainkan Allah)
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda :
مَثَلُ الْبَيْتِ الَّذِى يُذْكَرُ اللَّهُ فِيهِ وَالْبَيْتِ
الَّذِى لاَ يُذْكَرُ اللَّهُ فِيهِ مَثَلُ الْحَىِّ وَالْمَيِّتِ
"Sesungguhnya bagi setiap suatu ada pencucinya, dan pencuci bagi
hati itu ialah zikrullah.
[Imam Baihaqi, Ibn Abi-ad-Dunya]
Fakta 7:
Ma'rifat (baca : Tauhid hakiki
yang benar2 suci) hanya diperoleh setelah mujahadah sungguh2 dengan Pimpian
Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) dengan mengekalkan
Zikrullah.
8.0 Matlamat
dan Kelebihan Zikrullah:
Sebagaimana kami telah sebutkan
pada Risalah "Kewajipan Mendirikan Zikrullah" Matlamat,
kelebihan, keutamaan serta keistimewaannya amat banyak sekali. Sebahagian Ulama menyebutkan 40 macam
kebaikan yang akan diperolehi oleh orang beriman.
Jika dia seorang yang menempuh
perjalanan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang
muhaqqiq), maka hasil yang akan di
perolehinya amat lumayan tak terhitung banyaknya. Pencapaian yang paling Agung bagi orang yang
mujahadah untuk "kembali" kepada Allah adalah : Ma'rifat (Tauhid yang
sebenarnya tanpa sebarang syirik atau mazmumah atau kelalaian apa pun. )
Di sini kami turunkan
sebahagian daripadanya:
1. Orang yang banyak berzikir, paling hampir dengan Allah, menjadi kekasih Allah.
2. Orang yang banyak berzikir, paling hampir dengan Junjungan Besar
Rasulullah ﷺ.
3. Orang yang berzikir itu hidup
sementara orang yang tak zikir itu ibarat orang mati.
4. Zikrullah sucikan hati dan ruh.
5. Orang yang berzikir, tanda dia syukur kepada Allah.
6. Zikrullah yang banyak menerbitkan Tauhid, Ikhlas, Taqwa , Akhlaq
Nubuwaah
7. Orang yang banyak2 berzikir Allah, mendapat kebahgiaan / ketenangan
hidup.
8. Zikirullah dengan
banyak terus-menerus,
menghapuskan syirik khafi (Syirik tersembunyi).
9. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi banyak penyakit zahir /
jasad manusia/ fizikal.
10. Zikrullah menjadi ubat dan penawar bagi sekalian penyakit batin (mazmumah dan kekotoran maknawiyyah).
11. Zikrullah yang ikhlas dan sungguh2 menjadikan barakah di dalam kerja
dan murah rezeki.
12. Zikrullah melepaskan kesusahan zahir atau batin.
13. Orang yang banyak Zikrullah boleh menjadi asbab / sebab orang lain dapat Rahmat dan Keampunan Allah.
14. Majlis zikir batalkan himpunan maksiat.
15. Memperoleh syafaat Nabi dan orang soleh di akhirat.
16. Zikrullah menghalau dan hapuskan gangguan jinn syaitan.
17. Zikrullah bercahaya menerbitkan khusyu' di dalam
ibadah.
18. Zikrullah adalah Senjata di dalam Peperangan Fi
Sabilillah mengalahkan musuh2 Allah.
19. Zikrullah akan memudahkan Mati di dalam Husnul
Khatimah dengan Kalimah La Ilaha Illallah
Muhammadur Rasulullah.
20. Masuk syurga tanpa hisab
Catitan Penting:
Setiap Ibadah
di dalam Agama ada syarat, peraturan, adab tertentu. Maka demikianlah Zikrullah. Zikrullah merupakan Ibadah terbesar mempunyai peraturan, syarat dan
kaifiyyat dan adab2 tertentu. Untuk memperoleh kelebihan2 yang menyeluruh
dari Zikrullah, setiap orang beriman perlu mencari Mursyid yang siddiq (Pewaris
Nabi yang muhaqqiq) serta mengambil
talqin cara2 amalkan Zikrullah.
Cara2 berserta adab2nya diambil
dari Rasulullah ﷺ. dan diwariskan turun temurun melalui kaedah perpindahan yang
terpelihara keasliannya.
9.0 Kekeliruan dan
Perbalahan Sesama sendiri?
Berikut adalah beberapa persoalan yang sering menjadi kekeliruan dan perbalahan di kalangan orang awam Islam berhubung dengan Zikir Jihar.
Adakah dibenarkan Zikir Jihar dengan suara keras?
- Mengapakah perlu zikir kuat²?
- Adakah dibolehkan Zikir ramai² di masjid?
- Adakah harus Zikir di dalam Halaqah di tempat lain?
- Adakah harus Zikir Tahlil ramai² untuk sanak saudara yang telah meninggal?
Persoalannya.... Mengapakah terjadi kekeliruan sedangkan
semua persoalan tersebut sudah lama dijawab oleh Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah,
berpandukan Al Qur'an dan Hadith, sehingga tidak ada ruang untuk perbalahan
atau perdebatan berkenaan hal tersebut?
Siapakah yang bertanggungjawab menimbulkan kekecohan dan perbalahan di
kalangan Ummat ini?
Puncanya adalah :
Yang pertama kejahilan Ummat
Islam sendiri. Mereka tidak lagi mengambil serius hal2 Agama. Ramai sekali Ummat Islam TIDAK lulus fardhu
Ain sekalipun. Dengan demikian apabila berhadapan dengan apa yang mereka jahil,
mereka segera bangun menentang. Ertinya menentang Allah dan Rasul-Nya.
Yang kedua adalah
"fatwa-fatwa" moden dari segelintir
cerdik pandai Agama bergelar Mufti,
PhD, atau Profesor yang
melabelkan semua itu sebagai bid'ah sesat.
Ada orang Islam terpengaruh
dengan dakyah ustad-ustad moden ini lalu terjadilah perbalahan dengan mereka
yang berpegang kepada Tradisi Ahlus Sunnah yang benar.
Dalam urusan Agama ini, yang
layak memberi fatwa hanya lah Ulama Mujtahid
yang benar2 menepati syarat2nya. Orang awam hanya lah Muqallid yang mengikuti fatwa2 tersebut. Walaupun dia ada gelaran PhD, Prof atau lain2
sepertinya dia belum layak menjadi Mujtahid.
Ketahuilah wahai Ummat Islam yang berpegang kepada Ahlus
Sunnah yang benar (tulen), dakyah yang dibangkitkan oleh golongan cerdik pandai
Agama ini hanyalah sebahagian dari Propoganda Yahudi dan Nasara yang menunggang
mereka. Matlamat mereka adalah
melemahkan Ummat Islam dengan cara menjauhkan amal soleh yang menjadi sumber kekuatan ruh dan keimanan. Apabila amalan yang menguatkan keruhanian dan
Keimanan menjadi lemah, maka jadilah
mereka bagaikan lalang atau debu yang berterbangan tanpa arah.
Awas. Terdapat tiga golongan penyamar di kalangan
Ummat Islam yang "memakai pakaian Ahlus Sunnah" untuk menipu daya ummat. Mereka berlagak seperti Ahlus Sunnah, sering
menukil kata² Ulama Mu'tabar, seringkali
merujuk kitab² Mu'tabar tetapi mereka menyelewengkan maksud Ulama kita mengikut
ideologi dan doktrin sesat mereka.
Tiga golongan sesat yang
menjadi tunggangan Zionis adalah:
1. Wahhabiyyah (khawarij)
2. Syi'ah (rafidhi)
3. Sekular (liberal)
Maka hati2lah mengambil ilmu.
Jangan sampai terikut2 doktrin dan falsafah Golongan Sesat.
Perhatikan dengan siapa kamu mengambil ilmu ; adakah Guru itu benar2 mengikut Ahlus Sunnah
yang benar (tulen) ataupun dia terpengaruh dengan Doktrin Golongan Tersesat. Kesalahan di dalam memilih Pemimpin kepada
Ketuhanan akan membawa penyesalan yang tiada kesudahan.
10.0 Kemusykilan
dan Jawapan:
Kemusykilan 1:
Berkata setengah
orang, mengapa perlu zikir kuat? Allah bukan pekak. Zikir pelan² cukuplah.
JAWAPAN :
Untuk menjawab kemusykilan ini, kita perlu melihat dahulu
apakah itu Zikir Jihar (Zikir dengan
kuat suara) ?
Adakah Zikir Jihar itu Syi'ar
Agama atau cuma bikinan manusia?
Mengapa disyari'atkan Zikir Jihar
?
Apakah faedahnya, apa matlamatnya
kepada orang beriman?
Tujuan Zikir Jihar (Zikir dengan
kuat suara) disyari'atkan mempunyai beberapa matlamat dan hikmah, di antaranya :
1. Zikir Jihar memecahkan hati yang keras.
2. Zikir Jihar hapuskan nafsu2 kejahatan.
3. Zikir Jihar menghalau dan menghapuskan gangguan Syaitan
4. Zikir Jihar merupakan Syi'ar Agama Islam.
5. Zikir Jihar adalah lambang Pengisytiharan Sejagat akan Kebesaran
Kalimah La Ilaha Illallah
6. Zikir Jihar adalah Pengagungan kepada Allah Ta'ala Yang Maha Perkasa
Dengan penjelasan ringkas ini,
dapat difahami tujuan Zikir Jihar dengan suara yang lantang adalah untuk diri
orang yang melakukan Zikrullah itu,
untuk mengetuk pintu hati dia yang tertutup, untuk melembutkan hati dia yang keras, untuk sucikan hati dia yang kotor, untuk membawa cahaya ke dalam hati dia yang
hampir gelap dan kelam...!
Zikir Jihar BUKAN untuk
dipendengarkan kepada Allah kerana Allah Ta'ala Maha mendengar akan segala
suatu, termasuk bisikan hati yang tersembunyi.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui dan
Maha Mendengar pandangan mata yang khianat.
Walaupun kamu duduk di dalam
lapisan bumi yang bawah sekali, nafas kamu yang turun naik itu pun dalam
pendengaran dan Ilmu Allah Ta'ala.
Murid pada Jalan Ma'rifat dilatih oleh Mursyid dengan zikir yang keras di
samping zikir khafi (zikir senyap dalam hati) supaya hati murid disucikan
dengan lebih cepat.
Kemusykilan 2:
Golongan Wahhabiyyah menganggap zikir ramai² di masjid itu bid'ah sesat kerana berpandukan riwayat yang mengatakan Ibn Mas'ud menghalau kumpulan orang Islam sedang berzikir dalam Halaqah di masjid. Apakah benar demikian?
JAWAPAN:
Berhubung dengan kata² Ibnu
Mas'ud berkaitan Zikir jihar itu, Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah telah huraikan
beberapa pandangan :
Pertama:
Ibn Mas'ud atau Abdullah Ibn
Mas'ud adalah seorang sahabat qarib Rasulullah
ﷺ, mana mungkin beliau (Ibn Mas'ud) menuduh
bid'ah sesat kepada Majlis Zikir yang telah nyata Sunnah Rasulullah ﷺ, bahkan telah thabit dari Wahyu dan Hadith
bahawa Allah Ta'ala perintah Rasulullah ﷺ duduk berserta dengan Majlis Zikrullah?
Maka yang benar adalah:
Ibn Mas'ud
duduk berserta didalam Majlis² Zikrullah sebagaimana beliau dan sahabat² lain
lakukan ketika hayat Baginda. BUKAN seperti yang di lapurkan.
Kedua:
Athar tersebut tidak
thabit daripada Ibn Mas'ud Radhiallahu anhu. Ertinya tidak sahih.
Ketiga :
Kemungkinan
Ibn Mas'ud memarahi orang yang mengganggu orang lain yang sedang mengerjakan
solat di tempat yang sama.
Keempat:
Jika dibuktikan sahih sekalipun
ianya perkataan Ibn Mas'ud, maka ianya diabaikan kerana apabila perkataan seseorang Sahabat
bertentangan dengan Al Qur'an atau
Hadith (maksudnya pertentangan tersebut difatwa oleh Ulama Mu'tabar),
maka wajib didahulukan Perintah Al Qur'an atau Hadith.
Berikut kami nukil fatwa beberapa
orang Ulama Ahlus Sunnah terpercaya.
Imam Abdul Hayy Al-Lakhnawi
(Ulama Besar mazhab Hanafi dan di
anggap Mujaddid kurun ke 14 Hijriyyah) berikan komentar berkenaan perkataan Ibn
Mas'ud, berkata :
"Hadith yang mengisyaratkan Zikir jihar amat banyak sekali. Iaitu
dari para Sahabat dan Ulama ternama. Kami tidak menemui walaupun satu hadith
yang menafikannya.
[Sibahat Al-Fikr fil-Jahri biz-Zikr]
Imam Sayyid Mahmud Ibn Abdullah Al Husaini Al Alusi Al Baghdadi:
"Dan adapun apa disebutkan dalam peristiwa dari Ibnu Mas'ud bahwa
beliau melihat suatu kaum berzikir La-Ilaha-Illallah dengan suara keras
di dalam masjid, lalu beliau berkata:
tidaklah aku melihat kalian kecuali kalian adalah ahlul- bid'ah sehingga
beliau mengeluarkan mereka dari masjid, maka athar ini tidak sahih
menurut para huffaz dan para Imam Muhaddith berkata, dan seandainya sahih (ianya ungkapan
Ibn Mas'ud), maka ianya bertentangan dengan
Hadith (dan juga Ayat Qur'an) yang menunjukan atas disunnatkan Zikir Keras (jahar) diriwayatkan oleh lebih
dari satu orang dari kalangan Huffaz. Kemungkinan larangan tersebut
ditujukan terhadap orang yang sangat
mengeraskan suara Zikirnya.
[Ruhul Ma'ani fi Tafsir Al Qur'an
Al Azim wa Sab'ul Mathani]
Imam Ibnu Hajar Al Haythami :
"Dan adapun apa yang dinuqil dari Ibnu Mas'ud bahwa beliau
melihat suatu kaum berzikir La-Ilaha-Illallah dengan suara keras di
dalam masjid, lalu beliau berkata: tidaklah aku melihat kalian kecuali kalian
adalah ahlu bid'ah sehingga beliau mengeluarkan mereka dari masjid, maka athar
ini tidak sah darinya dan malah tidak ada, oleh sebab itu telah
mengeluarkan Imam Ahmad dari Abi Wail,
beliau berkata: mereka itu orang-orang yang mengira bahwa Abdullah bin Mas'ud
melarang Zikir seperti itu, (Zikir dengan suara keras) padahal tidaklah duduk
Ibnu Mas'ud dalam suatu majlis kecuali beliau Zikir kepada Allah di Majlis tersebut.
[Fataawa Al Kubra]
Penjelasan oleh Imam² kita di
atas lebih dari memadai untuk membatalkan dakwaan golongan yang menuduh sesat kepada Majlis² Zikirullah
di masjid².
Dirikanlah Majlis
Zikrullah di mana² pun sama ada di Masjid² atau di rumah² kediaman atau di
tempat kerja... semuanya memperoleh keampunan dan keredhaan Allah.
Kemusykilan 3:
Penentang Zikir Jihar mendakwa ayat Qur'an surah Al.A’raaf:
ayat 205, melarang zikir Jihar
(kuat suara). Benarkah demikian?
JAWAPAN:
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً
وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu
dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di
waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
[Al.A’raaf
(7) : ayat 205]
Ulama Ahlus Sunnah berikan beberapa tafsiran berhubung dengan ayat Qur'an dan Hadith di atas :
(1) Ayat ini adalah ayat Perintah menyuruh sentiasa berzikir mengingat Allah, Allah, Allah di dalam HATI tanpa putus. Ertinya WAJIB terus-menerus ingat Allah di dalam HATI di dalam setiap keadaan dan ketika.
Firman Allah ini BUKAN melarang Zikir Jihar tetapi ianya merupakan dalil Zikir Khafi ( Zikir dalam hati).
(2) Perintah berhubung dengan bacaan di dalam Solat Subuh dan Maghrib, Rasulullah ﷺ diperintah membaca di dalam Solat Jahri (Subuh, Maghrib dan Isya) dengan bacaan sederhana - tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
Tafsiran Ibnu Abbas:
"Wahai Muhammad lakukan
zikir di dalam hatimu (Zikir khafi)
dengan rendah diri dan takut kepada Allah (Zikir di dalam hati setiap masa jangan
putus) dan bacalah ayat Qur'an dengan
suara rendah di dalam solat pagi (subuh)
dan Solat Petang (Maghrib dan Isya') tidak terlalu kuat dan tidak terlalu
perlahan.
Tafsiran Imam Fakhruddin
Ar-Razi (Mujaddid kurun ke 6 Hirriyyah) :
"Berdasarkan ayat 205 Surah
al-A’raf ini, Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) diwajibkan berzikir dalam hati dengan ingatan Allah, Allah,
Allah .... (dinamakan Zikir
Khafi, Zikir tanpa suara) terus menerus
sepanjang waktu siang dan malam.
Kalimat ini " بِٱلۡغُدُوِّ "
mewakili seluruh waktu siang dan
" وَٱلۡأَصَالِ "
mewakili seluruh malam"
[Tafsir Al-Kabir / Tafsir Ar-Razi]
Berkata Imam Sayuthi (Mujaddid Kurun ke 9 Hijriyyah):
Ayat tersebut adalah ‘makkiyah’
(di turunkan di Makkah) sama seperti
perintah Allah : "dan janganlah
kamu mengeraskan suaramu dalam Solat mu dan janganlah pula
merendahkannya". Sesungguhnya
ayat ini diturunkan ketika Rasulullah ﷺ mengeraskan bacaan Al-Quran dan kedengaran orang-orang
musyrikin, sehingga mereka mencaci-maki ayat-ayat Al-Quran dan yang
Menurunkannya. Lalu Allah Ta'ala memerintah meninggalkan bacaan Al Qur'an
dengan kuat (baca sederahana sahaja) untuk menutup wasilah (cercaan mereka).
(Jawapan Imam Sayuthi ini
tercantum di dalam menjawab persoalan berkaitan Zikir Jihar. Ayat ini BUKAN melarang Zikir Jihar, sebalik nya ia adalah berkaitan
dengan bacaan Al Qur'an didalam Solat ketika di Makkah.)
[Al-Hawi Lil-Fataawi]
Al Qutb Tajul Arifin Shaikh
Yahya Al Kholidi :
"Ya anakku difahamkan pada ayat ini (Ayat 205, Surah Al-A'raf), awal nya menyuruh Zikir Khafi (Zikir ingat Allah dalam hati) dan akhir nya
menegah dari kelalaian (jangan lalai
dari Zikrullah). Adalah Zikir Khafi wajib di lakukan sepanjang masa.
[Risalah Ma'rifat Jilid 1 ; Bab
Zikrullah]
Kesimpulannya:
Ayat ini BUKAN melarang Zikir
Jihar (Zikir kuat dalam hati)
sebalik nya menyebut tentang Zikir Khafi (Zikir di dalam hati)
yang WAJIB dikerjakan oleh semua orang beriman di dalam semua keadaan, setiap saat dan ketika tanpa henti.
Dengan demikian dakwaan
penentang2 Zikir adalah batil dan tertolak.
Kemusykilan 4:
Golongan yang anti Zikrullah mengatakan ayat Qur'an
Surah Al-A'raf : ayat 55 melarang doa dengan suara kuat, oleh itu mengikut
golongan ini berzikir kuat itu adalah orang melampau batas.
JAWAPAN:
Ayat 55 Surah Al-A'raf adalah
berkaitan dengan tatacara dan adab berdoa, BUKAN Zikir Jihar. Sekalian Mufassirin mengatakan ayat tersebut
adalah menyebut cara2 untuk berdoa kepada Allah iaitu dengan suara yang rendah
dan tersembuyi itu lebih baik. Perintah
tersebut BUKAN berkenaan tatacara Zikir kepada Allah. Pengertian "Allah tidak menyukai orang
melampaui batas"... adalah
berkenaan orang yang meminta doa suatu yang di larang.
✨🕌 ✨Firman Allah Ta'ala :
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا
يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
"Berdo’alah kepada Rabb kalian dengan merendah diri dan suara
yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui
batas”
[Al-A’raf (7) : ayat
55]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu
Anhuma:
"Mohon lah kepada Allah dengan merendah diri dan sembunyi. Juga di katakan : Doa lah kepada Allah didalam keadaan merendah
diri dan takut. Allah tidak menyukai
orang yang berdoa yang didalam doa nya meminta sesuatu yang terlarang menyalahi jalan
kebenaran."
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Imam Sayuthi Radhiallahu
Anhu:
"Berdolah kepada Tuhanmu dengan rendah diri didalam keadaan
tersembunyi. Dia tidak menyukai orang
yang melampau didalam berdoa, iaitu orang yang menyombong dan suara keras
ketika berdoa."
[Tafsir Jalalain]
Imam Qurtubi Radhiallahu Anhu:
"Merahasiakan doa (suara
perlahan dan diam2) jauh lebih mulia, karena yang demikian itu tidak dimasuki
riya”.
[Tafsir Qurtubi]
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
اربعوا علي انفسكم فانكم لا تدعو ن أصم ولا غاء بًا
انكم تدعون سميعًا قريبًا
“Kasihanilah diri kalian karena kalian tidak
berdo’a kepada Rabb Yang tuli dan jauh, tetapi kalian berdo’a kepada Rabb Yang
Maha mendengar dan Maha dekat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam
Abu Dawud]
Hadith ini BUKAN melarang Zikir
Jihar tetapi melarang doa dengan suara keras, kerana Allah Ta'ala Maha
Mendengar segala doa hamba2nya meski pun di dalam hati. Berbeza dengan Zikir Jihar... Zikir ini adalah santapan ruhani, obat untuk
segala penyakit hati, penghapus segala
kekotoran maknawi. Makin banyak
Zikirullah dan makin kuat Zikirullah, makin baik untuk orang yang baru berjalan
kepada Allah untuk menyucikan jiwanya yang penuh dengan lumpur kekotoran dan
menerangi hati yang kegelapan. (kami
telah syarah panjang hal ini di dalam Risalah Induk Kewajipan Mendirikan Zikrullah)
Kesimpulannya :
Sekali lagi dakwaan golongan yang
engkar Zikrullah tertolak, kerana Ayat
Suci ini bermaksud kepada tatacara berdoa dan BUKAN ZIkir Jihar. Menyamakan tatacara Doa dengan Zikir
Jihar (kuat suara) lalu jatuhkan hukum
haram kepada Zikir Jihar adalah kebodohan, bahkan ini perbuatan orang fasiq kerana mentafsirkan Ayat Qur'an dengan aqal
fikiran sendiri.
Catatan
Al Qur'an sering menggunakan ungakapan "Zikir" sebagai gantinama bagi menggambarkan beberapa ibadah dan makna lain seperti : "Solat" "Doa" "Al-Qur'an".... dan lain2 sepertinya. Hanya Ahli Tafsir yang Mu'tabar mengetahui dengan jelas, manakah ayat2 yang berkenaan dengan "Zikrullah sebagai suatu ibadah" dan manakah ayat2 Al Qur'an yang menggunakan gantinama "Zikir" bagi ibadah lain. Orang awam janganlah menempah Neraka dengan pandai² tafsir ayat Qur'an dengan pendapat sendiri.
Kemusykilan 5:
Setengah orang kata Zikir Jihar
(Zikir dengan suara kuat) boleh jadi riya' dan sombong. Apa pendapat Shaikh
dalam hal ini?
JAWAPAN:
Menurut Ahli Ma'rifat, satu²nya
ibadah yang di haruskan terjadi riya' ketika amalkannya adalah
"Zikrullah".
Maksudnya, apabila seseorang
berzikir dengan Zikir yang keras ( kuatkan suara) , kemungkinan datang perasaan
riya' didalam hatinya, tetapi ini dimaafkan kerana telah terdahulu Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ
berkenaan hal ini.
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
أَكْثِرُوْا ذِكْرَ اللهِ حَتَّى يَقُوْلَ الْمُنَافِقُوْنَ
إِنَّكُمْ مُرَاؤُوْنَ
"Perbanyaklah Zikir Kepada
Allah sampai orang Munafiq Mengatakan kamu riya' ".
[Imam Ath-Thabrani]
Ulama Mu'tabar yang mentafsirkan
Hadith ini menyebut beberapa pengajaran berharga :
1. Disunnatkan Zikir Jihar (kuat
suara) samada Zikir itu perseorangan atau berjemaah.
2. Riya' yang terjadi ketika
Zikir Jihar (kuat suara) dimaafkan.
3. Orang yang membenci Zikir Jihar (kuat suara) adalah tergolong orang munafiq. Golongan munafiq memiliki hati yang gelap. Ketika mereka mendengar kalimat² Zikir, hati mereka bertambah² penyakitnya dan kekafirannya.
Berbeza dengan orang beriman, hati mereka bercahaya. ketika mereka mendengar Kalimat Zikir Allah, hati mereka tenang, bahagia dan bertambah² keimanan mereka kepada Allah.
Dengan demikian, orang yang sedang Zikir Jihar (zikir kuat suara), jangan berhenti Zikir semata² kerana takut orang tuduh riya'. Sebaliknya mereka perlu melipatgandakan Zikir, mudah²an menjadi cahaya Keimanan didalam hati dan menjadi cahaya bagi orang beriman yang lain.
Sekalian Ulama Arif sepakat :
Meninggalkan suatu ibadah atau zikir atau apa saja kebajikan semata² kerana takut kepada manusia, maka itu adalah syirik.
Kemusykilan 6:
Kami perhatikan pengikut Toriqat
Qodiriyah, Syaziliah, Samaniyyah, Syattariyyah, Jistiyyah dan lain² berzikir goyang² kepala dan jerit² macam
orang tak siuman. Apa kata Syari'at
dalam hal ini?
JAWAPAN:
Toriqat yang dimaksudkan, iaitu
Toriqat Qodiriyah, Saziliyah, Sammaniyah, Syattariyah dll adalah Toriqat yang
Mu'tabar, sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Toriqat Qodiriyyah dinisbahkan kepada pendirinya, Al Imam Sulton
Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.
Toriqat Syaziliyah
dinisbah kepada pendirinya Al Imam Al- Qutb Shaikh Abu Hasan Asy-Syazili
Radhiallahu Anhu.
Toriqat Samaniyyah dinisbahkan kepada pendirinya Al Imam Al Qutb
Shaikh Abdul Karim Samman Radhiallahu Anhu.
Toriqat Syattariyyah
dinisbah kepada pendirinya Al Imam Al Qutb Shaikh Abdullah Syattari Radhiallahu Anhu.
Sebagai ulangan, sebagaimana
telah termaklum di kalangan Ahlus Sunnah, Semua Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih adalah Toriqat Mu'tabar yang
sampai Silsilahnya kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ melalui Khulafa Ar-Rasyidin
Ulama yang mendirikan setiap
Toriqat yang Mu'tabar ini adalah Auliya Allah yang masyhur dan merupakan Ahlul
Bayyit Rasulullah ﷺ.
Semua Toriqat ini (selain dari
Toriqat Naqsyabandiah) melatih murid²nya dengan Zikir Jihar (Zikir dengan kuat
suara) sebagai permulaan, untuk menjinakkan hati yang liar, melembutkan hati
yang keras, menyinari hati yang hampir kelam dengan Cahaya Ketuhanan.
Ketika murid² yang mubtadi (peringkat permulaan) ini berzikir dengan
Zikir yang sungguh² dengan penuh keikhlasan, hati mereka menerima percikan
cahaya Ketuhanan sehingga hati mereka menerima kejutan².
Ada kalanya pecah hati mereka
yang selama ini keras membatu daripada Zikrullah.
Ada kalanya percikan Cahaya
Ketuhanan itu menjadi sangat kuat sehingga hati mereka tak mampu
menahannya. Ketika ini terjadi nya
gerakan² yang tidak terkawal
seperti tubuh bergoncang dengan kuat,
jeritan Kalimat Allah yang sangat keras
atau terjadi loncatan... semua ini di luar kawalannya. Di dalam istilah Ma'rifat semua kejadian
seperti ini di panggil "Zauq",
"Wijdan",
"Jazbah" dan "Fana".
Orang awam yang melihat dari luar
akan menyangka perlakuan seperti itu
"sengaja dibuat²" atau
sengaja menunjuk², bahkan tidak kurang juga yang menyangka mereka itu
"sudah gila".
Gambaran ini telah disebutkan
oleh Hadith Nabi yang Mulia.
✨🕌 ✨Rasulullah ﷺ bersabda:
، ”
أَكْثِرُوا ذِكْرَ اللَّهِ ، حَتَّى يَقُولُوا
: مَجْنُونٌ
“Perbanyaklah zikrullah sampai orang-orang
mengatakan kamu gila“.
[Imam Al-Haakim, Imam Baihaqi,
Imam Ahmad]
Pada hakikatnya apa yang terjadi
pada murid² tersebut adalah : terjadi
suatu proses perubahan besar di dalam HATI ke arah PENYUCIAN, PENJERNIHAN DAN
PEMBINAAN TAUHID YANG MURNI.
Hal seperti ini hanya difahami
oleh Mursyid yang siddiq, iaitu hamba² Allah yang ditaqdirkan untuk memimpin
Ummat kepada Ketuhanan ; menyucikan batin mereka dari semua jenis kesyirikan,
kemunafikan dan kekufuran... kemudian menghiasinya dengan Tauhid yang suci
murni serta Sifat² Mahmudah (terpuji) yang diredhai Allah.
Kemusykilan 7:
Golongan Wahhabiyyah kata Majlis Tahlil Arwah adalah bid'ah sesat. Alasan Wahhabiyah adalah : Nabi
tak buat Majlis Tahlil, jadi siapa²buat Majlis Tahlil adalah bid'ah sesat.
JAWAPAN:
Dakyah Wahhabiyyah ini BUKAN
perkara baru, tetapi sudah bermula sejak tahun 1960an lagi.
Mereka sedaya upaya cuba menyesatkan pemikiran Ahlus Sunnah dengan berbagai
propoganda jahat. Ulama Ahlus Sunnah
sudah lama menjawab tuduhan2 seperti ini.
Mari kita lihat sendiri hujjah2 Ahlus Sunnah berkenaan
Majlis Tahlil.
Perkara pertama dan utama yang wajib diperhatikan ketika
bicarakan suatu Ilmu Agama adalah
definisinya.
Definisi Tahlil:
Definisi sudut bahasa :
Tahlil berasal
dari kata halala ( هَلَلَ
), hallala ( هَلَّلَ ), yuhallilu ( يُهَلِّلُ ) , tahlilan ( تَهْلِيْلاً) yang membawa makna "Pengisytiharan Suatu yang Agung", "Pujian Keagungan Terang ",
"Isytiharkan Penyembahan Kepada Yang Esa", "Tegaskan pengakuan Tiada Tuhan
Melainkan Allah",
"Pengisytiharan Kalimah Tauhid"
Definisi pada istilah :
Tahlil adalah berzikir Kalimah
Tauhid "La Ilaha Illallah" ( لا اله الا الله ), iaitu
mengulang2 Zikir tersebut dengan cara
Jihar (keraskan suara), samada zikir seorang diri atau beramai2
berjamaah atau juga Zikir kalimah Tauhid
itu di dalam hati. Semua ini terhitung di dalam makna Tahlil.
Tujuan Majlis Tahlil:
Lazimnya Majlis Tahlil diadakan
untuk tujuan berikut :
(1) Kesyukuran atas kejayaan
(2) Mohon doa keselamatan
(3) Doakan keampunan kepada Allah untuk arwah² yang telah kembali
kepada Allah
(4) Mohon Limpahan Rahmat Allah
secara umum kepada sekalian orang beriman.
Pengisian didalam Majlis
Tahlil:
1. Di dalam Majlis Tahlil,
orang beriman berkumpul dan berzikir
ramai2 Kalimah La-Ilaha Illallah dengan suara yang keras. Adakah dalil bagi pekerjaan ini? Bahkan.
Dalilnya cukup banyak sebagaimana yang telah dipaparkan di dalam Risalah
ini.
2. Majlis Tahlil lazimnya dimulai
dengan Surah Al-Fatihah... maka sesuailah mengambil barakah dengan nama "Pembukaan" bagi
Suratul Fatihah menurut Hadith Rasulullah ﷺ
3. Setelah bacaan Suratul Fatihah, disambung
dengan Surah2 Muawwizat dan Ayatul Kursi... Ayat Qur'an ini telah disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai ayat2 perlindungan dari gangguan jinn
Syaitan.
4. Lazimnya disertakan
bacaan Surah Yasin. Kelebihan Surah Yasin telah sedia maklum oleh
semua orang Islam.
5. Setelah selesai
Zikrullah, Majlis ditutup dengan doa
keselamatan, kebaikan serta permohonan
limpahan Rahmat Allah untuk tuan rumah dan sekalian yang hadir, bahkan
juga kepada sekalian masyarakat yang menghuni di sekelilingnya.
6. Jamuan dihidangkan kepada
hadirin. Ayat Qur'an dan Hadith Nabi
yang menyuruh beri makan kepada manusia amat banyak sekali, tak perlu lagi di
pertikaikan kebenarannya.
Inilah amalan lazim di dalam satu² Majlis Tahlil.
Cuba perhatikan...
Bukankah semua pekerjaan tersebut
adalah amalan terpuji dan diredhai Allah?
Bukankah berkumpul ramai²
mendirikan Zikrullah, bacakan Solawat
atas Junjungan, baca Al Qur'an, Doa Keselamatan, berikan makanan pada
orangramai, Silatur-rahim... bukankah
semua ini amal soleh yang dituntut dan diredhai Allah?
Jika demikian, di mana kesesatannya?.
Jika Wahhabiyyah berkata:
"Nabi tak buat Majlis Tahlil
khusus untuk upacara tertentu, sebab itu kami (wahhabiyah) berpegang bahawa Majlis Tahlil itu bid'ah
sesat"
Jawapan kepada Wahhabiyyah
:
Perkara Pertama:
Fahami dulu hakikat Keilmuan
Ahlus Sunnah.
Al Qur'an dan Al Hadith
Rasulullah adalah dua sumber Agung
Keilmuan Ahlus Sunnah. Ia adalah
Khazanah Ilmu dan Gedung Ilmu yang tidak akan kering sampai Qiamat.
Di dalam kedua sumber Agung ini
tersimpan DASAR² POKOK, PRINSIP² UTAMA, RAHSIA²
HALUS YANG TERSEMBUNYI dan
MANHAJ KEHIDUPAN UNTUK MANUSIA
SEJAGAT yang TIDAK difahami oleh manusia awam. Sekalian rahsia tersebut hanya difahami
oleh hamba2 Allah yang dikurniakan oleh Allah Ilmu dari Sisi-Nya. Merekalah Ulama Mu'tabar...!
Ulama Mu'tabar membangunkan
Keilmuan Ahlus Sunnah daripada kedua sumber Agung ini. Daripada kedua sumber ini mengalir dan
berkembang ribuan Kitab Ulama Ahlu Sunnah yang Mu'tabar hingga ke hari
ini. Mereka menyelami lautan rahsia di dalam
Kitabullah dan Sunnah Rasul lalu mengeluarkan fatwa² yang diperlukan oleh ummat.
Perkara Kedua :
Fahami hakikat Ulama kita yang
melakukan Ijtihad menerbitkan hukum hakam Agama.
Ulama Mu'tabar BUKAN ulama biasa,
BUKAN alim kitab, BUKAN ulama as-su', BUKAN ulama dunia, BUKAN ulama jual
akhirat dengan dunia yang hina. Sebaliknya
Ulama Mu'tabar adalah Ulama bertaraf Auliya Allah yang diangkat Darjat mereka
oleh Allah Ta'ala.
Sekalian Ilmu Agama yang tercurah
ke dalam kitab² Ahlus Sunnah adalah hasil limpahan keilmuan dari Ulama Billah
ini. Mereka menulis dari hati, ruh dan
sirr (rahsia yang sangat dalam) yang terbuka kepada Ketuhanan.
Ulama Mu'tabar hanya wujud di dalam
kelompok Ahlus Sunnah, TIDAK wujud sama sekali di dalam golongan sesat. Ini sebabnya Ahlus Sunnah akan sentiasa
terpelihara dari kerosakan.
(Ulama yang wujud di kalangan 72
golongan sesat adalah Ulama yang tertipu
oleh nafsu dan syaitan... Ini sebabnya
golongan² ini akan sentiasa di dalam kesesatan. Wal Iyazubillah.)
Perkara ketiga:
Menurut Ulama Mu'tabar, Al Qur'an
meletakkan Dasar2 Umum dan Dasar2 khusus didalam melaksanakan ketaatan kepada
Allah.
Di dalam perkataan yang lain ada
dua bentuk ibadah :
1 . Ibadah khassah (khusus)
2. Ibadah 'ammah (umum)
Ibadah khassah (khusus)
adalah ibadah ditentukan waktunya, kadarnya,
serta syarat2 khusus.
Ibadah seperti ini WAJIB dikerjakan
dengan mematuhi syarat2 nya yang khusus,
tidak boleh tokok tambah dan tidak boleh kurang.
Contoh :
Solat Fardhu Zohor.
Ini ibadah khassah, wajib mematuhi rukun, syaratnya. Wajib mematuhi bilangan rakaatnya, empat
rakaat. Tak boleh tokok tambah dan tak boleh kurang.
Ibadah ‘Ammah "(Umum) tidak
terikat dengan waktu khusus dan tidak ditentukan kadarnya.
Ibadah seperti ini adalah sangat luas pengertiannya.
Contoh:
Zikrullah adalah Ibadah 'ammah (umum)
tidak ditentukan jumlahnya,
tidak ditentukan waktu nya atau tempat tertentu. Zikrullah wajib dikerjakan
di dalam HATI sepanjang masa, baik siang atau malam. Allah Ta'ala
perintahkan Zikrullah dengan Zikir yang banyak. (tiada had)
Ibadah umum ini boleh dikerjakan di mana² pun dengan bilangan apa pun. Tiada larangan. Lagi banyak amal ibadah umum ini lagi baik dan lebih dikasihi Allah.
Dengan demikian tidak ada
halangan menganjurkan Majlis Tahlil di mana2
pun, sama ada di Masjid, atau di sekolah, atau di rumah atau Pejabat2. Semua
amal soleh ini memiliki dasar yang kukuh di dalam Kitabullah, Sunnah Rasul
berserta Fatwa Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah.
Anjurkanlah Majlis Tahlil di mana
pun dengan banyak². JANGAN takut kepada cercaan golongan yang memusuhi Majlis²
Zikrullah. Mereka itu sebenarnya
tentera² Syaitan.
Wallahu A’lam.
- SELESAI -
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment