Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASAL INSAN SUCI KEMUDIAN DIKOTORI
Asal HATI insan adalah suci.
Asal RUH insan sudah mengenal
Allah ketika di Alam Nur (alam Tinggi
Ketuhanan)
Insan menyaksikan Zat Allah
ketika sekalian RUH-RUH mereka di Alam Nur.
Ketika di Alam Nur, Ruh manusia suci bersih tanpa sebarang
noda. Ketika Allah Ta'ala menjadikan
sekalian Ruh manusia dan dihimpunkan di Alam Nur , lalu Dia (Allah) bertanya
kepada sekalian Ruh-Ruh : "Bukankah
Aku Tuhan kamu?" Maka sekalian Ruh-Ruh itu menjawab serentak : " Bahkan, kami menjadi saksi atas
demikian itu"
✨🕌✨Firman Allah :
وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ
مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ
أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ
إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ
Dan (ingatlah wahai Muhammad)
ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka
dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya
dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan
(Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
[Al-A'raf (7) : ayat 172]
Firman Allah ini mengandungi
beberapa penegasan penting, bahkan antara yang TERPENTING di dalam
memahami Sistem Tarbiyyah Ruhaniyah —
Tarbiyyah Tazkiyatun-Nafs yang telah dilaksanakan
oleh Rasulullah ﷺ .
(1) Di dalam ayat ini terkandung pengisytiharan bahawa sekalian Ruh
manusia telah bersyahadat akan Keesaan Allah, telah Ma'rifat kepada Allah, telah kenal Allah dengan sebenar kenal.
(2) Ruh-Ruh di alam Nur melihat Zat Allah tanpa sebarang hijab (pendinding / tirai / halangan ) apa pun.
(3) Ketika Ruh manusia dimasukkan ke dalam janin (rahim Ibunya), ia mula terhijab (terdinding) dari melihat Wajah Allah... disebabkan darah daging yang membalutinya. Kemudian ditambah lapisan2 hijab lagi akibat dari makanan, pergaulan dan dosa2.
(4) Manusia seluruhnya akan dihimpunkan semula di hadapan Allah untuk menerima Pengadilan-Nya. Beruntunglah mereka yang sucikan HATI dan RUHnya dan kembali kepada Allah sebelum dia di- jemput kembali secara fizikal dengan dicabut ruhnya. Dan merugilah orang yang telah mengotori HATInya serta biarkannya di dalam kekotoran. (yang dimaksudkan adalah kekotoran ma'nawiyyah)
(5) Manusia tidak mempunyai alasan bahawa mereka tidak diberi peringatan berkenaan hari pertemuan di akhirat kerana awal2 Allah Ta'ala telah mengambil janji dengan mereka.
Renungkanlah dan mohon petunjuk
Allah, moga diberi pertunjuk jalan yang lurus — Jalan Ahlus Sunnah yang benar
(tulen) serta jauhi sekalian firqah2 yang terkeluar dari Ahlus Sunnah yang
benar (tulen).
Maassalamah
No comments:
Post a Comment