Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SYAITAN MUSUH KAMU YANG NYATA, JADIKAN DIA MUSUH KAMU
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 1 :
Firman Allah :
إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh
kamu…”
[Al- Faatir (35) : Ayat 6]
Firman Allah:
سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ
ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (١٦)
ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِين (١٧)
[Al-a’raf (7) : Ayat 16,17]
Firman Allah:
سُوۡرَةُ الکهف
(٥٠)
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ كَانَ مِنَ ٱلۡجِنِّ فَفَسَقَ عَنۡ أَمۡرِ رَبِّهِۦۤۗ أَفَتَتَّخِذُونَهُ ۥ وَذُرِّيَّتَهُ ۥۤ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِى وَهُمۡ لَكُمۡ عَدُوُّۢۚ بِئۡسَ لِلظَّـٰلِمِينَ بَدَلاً۬
[Al-Kahfi (18) : Ayat 50]
Firman Allah :
سُوۡرَةُ الحِجر
وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ۬ مِّنۡ حَمَإٍ۬ مَّسۡنُونٍ۬ (٢٦)
[Al-Hijr (15) : Ayat 26, 27]
PERSOALAN PENTING SEKITAR JINN, IBLIS DAN SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
(1) Siapakah Syaitan?
(2) Siapakah pula Iblis dan Jinn?
(3) Apakah hubungan Syaitan, Iblis dan Jinn?
(4) Apakah cara2 Syaitan membawa kesusahan kepada manusia?
(5) Mengapakah manusia diperintah oleh Allah memusuhi syaitan?
(6) Apakah langkah2 terbaik memerangi Syaitan menurut Petunjuk Allah, Rasul-Nya dan Ulama Ahlus Sunnah?
Ada yang lain menganggap Syaitan itu hanyalah mitos orang2 dahulu.
Ada pula menganggap syaitan hanyalah khayalan yang wujud di dalam diri manusia, hanya manusia yang wujudkan di dalam dirinya.
PEMBAHAGIAN ORANG ISLAM MENGHADAPI PERSOALAN JINN, IBLIS, SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Secara ringkasnya di kalangan orang beriman terdapat tiga kelompok menghadapi persoalan berhubung dengan Syaitan, Iblis dan Jinn.
Pertama :
=======
Golongan yang mempercayai wujud makhluk2 Allah yang dipanggil Syaitan, Iblis dan Jinn, tetapi mereka tidak mempedulikannya kerana bagi mereka ianya benda ghaib, maka mustahil mengetahui- nya.
Ini adalah golongan JAHIL dan FASIQ.
Kedua :
======
Ini adalah golongan GHURUR (tertipu)
Ketiga :
======
Tambahan
========
Termasuk di dalam kelompok ini adalah :
Ahli Filsafat yang tersesat
Fahaman lmu Kebatinan yang sesat
Beberapa kelompok dari 72 golongan sesat.
Ini semua adalah Golongan SESAT..! Wal Iyazubillah,!
Insya Allah bersambung Siri 2....
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
FAKTA2 PENTING PENDIRIAN AHLUS SUNNAH DARIHAL JINN, IBLIS DAN SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Berikut adalah pendirian Ahlus Sunnah berkenaan dengan Jinn, Iblis dan Syaitan:
KEJADIAN JINN DAN SIFAT2 NYA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
(1) Jinn adalah makhluk yang dijadikan dari api.
(2) Jinn dijadikan dua ribu tahun sebelum Adam dijadikan.
(3) Jinn terdiri dari jasad, ruh, aqal dan hati
(4) Tempat tinggal jinn adalah di tempat2 gelap dan kotor.
(5) Jinn makan minum, bernafas, kencing, buang air besar dan tidur dan juga bergerak pantas.
(6) Makanan Jinn adalah tulang dan kotoran.
(7) Jinn terdiri dari jenis laki2 dan jinn perempuan, melakukan hubungan jantina dan beranak pinak.
(8) Jinn dighaibkan dari pandangan manusia (manusia awam) oleh Allah Ta’ala tetapi jinn boleh melihat manusia.
(9) Jinn secara umumnya ditanggungkan taklif syara' (beban syari'at) sama seperti manusia.
(10) Jinn terdiri dari Jinn Islam dan jinn kafir tetapi kebanyakannya adalah fasiq dan kafir dan suka membuat kerosakan atas muka bumi dan mendatangkan kesusahan pada manusia.
(11) Jinn boleh memasuki badan manusia, mengalir bersama aliran darah serta melakukan berbagai gangguan pada otak, jantung (hati), paru2, tulang belakang, perut dan rahim (bagi wanita).
(12) Jinn mati, akan menghadapi alam barzakh, hari Mahsyar Mizan (timbangan amal), Sirat (titian), Syurga dan Neraka sama seperti manusia.
KEJADIAN IBLIS DAN SYAITAN DAN SIFAT2NYA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
(1) Iblis adalah makhluk bangsa Jinn, iaitu di jadikan dari api.
(2) Syaitan adalah anak cucu Iblis. Ertinya Iblis adalah induk, sementara Syaitan adalah keturunan Iblis. Ada juga pendapat lain bahwa Iblis adalah ketua sementara Syaitan tentera2nya.
(3) Iblis dan syaitan mempunyai sifat2 kehidupan yang sama seperti Jinn pada umumnya kerana kejadiannya serupa ; dijadikan dari api– makan minum, kencing, bernafas, berfikir, beranak pinak, bergerak pantas dll.
(4) Iblis dan semua syaitan adalah makhluk yang derhaka (kafir) kepada Allah, maka tiada hisab di akhirat tetapi dihumban terus ke Neraka…!
(5) Penderhakaan Iblis adalah bermula sejak di jadikan Adam oleh Allah dan disuruh sujud (hormat) pada Adam. Seluruh Malaikat dan Jinn sujud pada Adam, kecuali Iblis.
(6) Iblis tidak mati sehingga Qiamat (ditangguhkan kematian oleh Allah Ta’ala)
(7) Syaitan mungkin cacat dan mati.
(8) Iblis dighaibkan dari pandangan manusia (manusia awam) oleh Allah Ta’ala, tetapi Iblis dan syaitan boleh melihat manusia.
(9) Kerja Iblis dan syaitan adalah mendatangkan berbagai kesusahan, kesakitan dan was-was pada manusia.
(10) Iblis bersumpah kepada Allah Ta’ala yang dia akan sesatkan semua manusia.
(11) Iblis dan Syaitan boleh memasuki badan manusia, mengalir bersama aliran darah serta melakukan berbagai gangguan pada otak, jantung (hati), paru2, tulang belakang, perut dan rahim (bagi wanita)
(12) Setiap manusia dan jinn dan haiwan yang tersangat jahat juga dipanggil Syaitan.
GANGGUAN SYAITAN TERHADAP MANUSIA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
PERTAMA : GANGGUAN SYAITAN TERHADAP IMAN DAN IBADAH (AMAL KEBAIKAN)
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Matlamat Iblis dan kuncu2nya, syaitan dan jinn jahat adalah untuk menyesatkan manusia sehingga menjadi kafir.
Inilah gangguan pertama dan kerja paling utama bagi syaitan terhadap manusia iaitu cuba sedaya upaya memalingkan setiap manusia dari jalan Allah sehingga menjadi SYIRIK dan KAFIR.
Jika syaitan tak mampu menjadikan seseorang itu kafir, maka dia akan berusaha supaya orang itu jadi FASIQ dan ZALIM.
Jika tak berkuasa juga syaitan akan berusaha supaya orang itu melakukan SYIRIK KHAFI (syirik tersembunyi) .
Jika dia mampu juga, syaitan akan menjadikan orang itu hilang ikhlas dan MALAS IBADAH.
Begitulah halusnya gangguan2 syaitan terhadap manusia, tidak akan berhenti sesaat pun dari berusaha menyesatkan nya.
Menurut Ahli Ma’rifat, terdapat empat anasir yang dijadikan oleh Allah Ta’ala di muka bumi menjadi "Afat”, iaitu halangan yang membinasakan orang2 beriman.
Pertama : Nafsu
Kedua : Syaitan
Ketiga : Dunia
Keempat : Makhluk
Syaitan menjadi penyokong kepada Nafsu2 kejahatan yang sedia ada di dalam diri manusia untuk menjatuhkannya kepada kefasikan dan kekafiran..!
KEDUA: GANGGUAN SYAITAN TERHADAP KESIHATAN TUBUH
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●Ini adalah pilihan kedua bagi Iblis dan syaitan bagi melumpuhkan manusia dan membawanya jauh dari jalan Allah.
Cuba perhatikan hujjah ini :
……………………………
Antara cara2 syaitan mendatangkan gangguan kesihatan pada manusia adalah :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(3) Memasuki otak, jantung , perut, tulang belakang dan faraj (bagi wanita) serta mengganggu urat saraf yang membawa kepada berbagai penyakit kronik .
RUMUSAN AWAL :
□□□□□□□□□□□□□□□
Pada siri ini, kita ingin menegaskan beberapa kenyataan penting:
SIRI 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DEIFINISI JINN
□□□□□□□□□□□□"Al Jinnu" bermaksud suatu yang tersembunyi atau suatu yang ditutupi.
Jinn adalah makhluk yang tersembunyi atau ditutupi dari pandangan manusia umumnya. Walaupun jinn hidup bersama dan sering bersentuhan dengan dunia manusia, namun manusia terdinding dari melihat mereka.
Dengan demikian manusia (umumnya) tidak dapat mengetahui hal-hal bersangkutan dengan jinn. kecuali orang2 tertentu yang diberi izin oleh Allah melihatnya.
DEFINISI IBLIS
□□□□□□□□□□□□
Iblis adalah dari perkataan al-iblaas yang bermakna “ putus “ iaitu putus asa dari Rahmat Allah.
Iblis telah berputus asa dari Rahmat Allah sejak Allah Ta’ala melaknat dan mengusir dia dari Syurga, akibat penderhakaannya. Sebagaimana sudah maklum, Iblis juga dari bangsa jinn. Nama asalnya Azazil ketika dia masih belum derhaka kepada Allah. Sebaik sahaja di engkar perintah Allah dengan penuh takabbur, maka dia digelar Iblis.
DEFINISI SYAITAN
□□□□□□□□□□□□□□
Syaitan dalam bahasa Arab diambil dari kata "syatana" yang berarti jauh.
Dengan itu Syaitan adalah bermaksud “makhluk yang jauh dari kebenaran, jauh dari Rahmat Allah dan yang kerjanya menjauhkan manusia dari kebenaran”.
Syaitan adalah anak cucu Iblis, bermakna juga dari golongan jinn.
PENJELASAN :TERTUTUP NYA JINN DARI PANDANGAN MANUSIA
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jika kalian ingin tahu rahsia perkara ini, Ini penjelasannya...
Kini mungkin sudah terbuka minda, menjawab beberapa perkara menjadi misteri kepada doktor, pakar perubatan dan juga orang awam seluruhnya.
Misterinya adalah :
Ada dua golongan sahaja yang Allah Taala berikan pembukaan kepada melihat jinn dan alam jinn iaitu :
Pertama : Ahli Ma’rifat
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Wallahu A'lam
SIRI 4 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Firman Allah :
إِنَّ الشَّيْطَـنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah ia musuh kamu…”
[Al- Faatir (35) : Ayat 6]
SIAPAKAH JINN YANG PERTAMA DIJADIKAN (BAPAK SEGALA KETURUNAN JINN)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
🔥Apakah nama Jinn pertama dijadikan?
🔥Adakah Jinn pertama itu “Al-Jannu”?
🔥Adakah Jinn pertama itu Azazil (Iblis)?
🔥Jika kedua berlainan, apa pula kaitannya “Al-Jannu” dengan Iblis?
Ulama Ahlus Sunnah berselisih pendapat, siapakah Jinn yang pertama di jadikan, adakah “Al-Jannu” seperti yang di sebutkan di dalam Al-Qur’an di beberapa tempat. Atau adakah Iblis (nama asalnya Azazil atau Harith) itu bapak segala Jinn? Adakah Iblis dan “Al-Jannu itu sama”?
Berbagai pendapat di kemukakan oleh Ulama. Kita Cuma melihat tiga pendapat terkemuka daripadanya :
Pendapat Pertama :
~~~~~~~~~~~~~
"Al-Jannu" dan Iblis adalah sama.
"Al-Jannu" itu lah Iblis dan iblis itu lah " Al-Jannu"
Maksudnya "Al-Jannu" adalah nama bagi Jinn yang pertama di jadikan, dan dialah Iblis.
Menurut pendapat ini, Iblis hidup di kalangan Malaikat, dia hidup di dalam Syurga dan beribadat dengan ibadat yang sangat banyak. Ketika itu nama nya adalah di gelar Azazil (Bahasa Ibrani) dan di panggil Haris (Bahasa Arab) Pada saat dia menentang perintah Allah yang memerintah sujud pada Adam, dia di La’nat dan panggil Iblis. Anak cucu keturunan nya di panggil Syaitan.
Jika pendapat ini di terima, timbul suatu kemusykilan...
Bagaimana pula dengan jinn2 yang lain; iaitu Jinn2 yang lain yang ada di atas muka bumi ketika itu yang terdiri dari Jinn Islam dan Jinn yang kafir? Dari mana datangnya jinn2 itu ?"
Jawapan yang munasabah adalah :
“Al Jannu “(Iblis) telah berkembang biak di atas muka bumi dan sebahagian nya telah naik ke langit dan beribadat bersama Malaikat.
Pendapat Kedua :
~~~~~~~~~~~
Iblis adalah keturunan dari “Al-Jannu”.
Menurut pendapat ini, “ Al-Jannu “adalah bapak segala Jinn sementara Iblis adalah salah satu keturunan “Al-Jannu” dan Iblis bukan lah bapak segala Jinn / bukan Jinn yang pertama. Ini bermaksud Iblis hidup pada satu zaman kemudiannya. Menurut pendapat ini Iblis yang ketika itu hidup bersama jin-jin lain di muka bumi (belum di berikan panggilan Iblis lagi) yang di panggil dengan nama Azazil (dan juga di gelar Harith), di bawa oleh Malaikat ke langit dan beribadah bersama Malaikat.
Tetapi di sebabkan kekafiran menentang Allah, Azazil ini di laknat dan di beri nama Iblis.
Pendapat ketiga:
~~~~~~~~~~~
Iblis dan “Al-Jannu” adalah dua spesis jinn yang berlainan.
Walaupun kedua2 nya di jadikan dari api, namun ada perbezaan nya pada jenis api di jadikan.
Menurut pendapat ini, Iblis termasuk makhluk hidup bersama para malaikat. Mereka (iblis) juga di sebut jinn dan di ciptakan dari api panas yang membara di antara Malaikat. Pada awalnya nama Iblis adalah Azazil (Bahasa Ibrani) dan Haris (Bahasa Arab).
Dia kemudiannya derhaka pada Allah. Akibatnya dia di panggil Ibllis, iaitu yang berputus asa dari Rahmat Allah. Dia di la'nat oleh Allah dan di campak keluar dari Syurga.
Iblis dan seluruh keturunan nya adalah kafir semuanya dan akan di masukkan ke dalam Neraka tanpa hisab.
Sementara itu “Al-Jannu” adalah bangsa jinn yang lain yang di jadikan dari nyalaan api sebagaimana di sebut di dalam Al-Qur'an.
Keturunan Al-Jannu ada yang beriman, ada yang munafiq dan ada yang kafir. Mereka juga akan menerima balasan baik atau jahat menurut perbuatan mereka. Mereka akan mati, akan menghadapi soal jawab di dalam kubur, menghadapi padang Mahsyar sebagaimana juga manusia.
Keturunan “Al-Jannu” yang beriman akan memperoleh balasan Syurga sementara yang kafir akan mendapat balasan Neraka.
Berkata Ibnu Abbas,
“Jaann” adalah nenek moyang jinn dan mereka bukan syaitan. (keseluruhannya). Syaitan adalah anak cucu Iblis. Mereka tidak akan mati melainkan bersama Iblis. Sedangkan jinn mati. Di antara mereka ada yang mukmin ada yang kafir. Adam adalah nenek moyang manusia, “jann” adalah nenek moyang jinn. Sedangkan Iblis adalah nenek moyang syaitan”
[Ringkasan dari Tafsir Qurtubi, : Al-Hijr (15) : ayat 27, Al-Baqarah (2) :Ayat 34 dan Al-Kahfi (18): Ayat 50 ]
Walaupun terdapat perbezaan pendapat Ulama terhadap asal nenek moyang Jinn, namun ini tak perlu di jadikan perbahasan panjang, kerana yang lebih mustahak untuk di beri penumpuan dan perhatian adalah “wujudnya gangguan makhluk bernama iblis dan tentera2 dia dari kalangan syaitan dan jinn lain2 terhadap manusia. Mereka semuanya adalah jahat (kecuali sedikit sahaja dari jinn beriman) dan bertujuan musnahkan kehidupan manusia seluruh nya.
Gangguan dan kerosakan yang dicetuskan oleh makhluk jahat ini pada manusia, ini yang perlu menjadi fokus utama perbincangan kita.
SIRI 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
BILAKAH JINN DIJADIKAN?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jinn dijadikan jauh lebih dahulu dari manusia. Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Bapak segala Jinn, - Al-Jannu, iaitu Jinn pertama di jadikan 2,000 (dua ribu) tahun sebelum di jadikan Nabi Adam.
Firman Allah :
وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ
Dan jinn pula (al-Jannu iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu,…”
[Al-Hijr (15) : Ayat 27]
Menurut mufassirin Maksud Firman Allah,
“Kami jadikan sebelum itu…” adalah tertuju kepada kejadian “Al-Jannu “ – bapak segala Jinn yang di jadikan sebelum Adam di ciptakan. Dari banyak riwayat, Al-Jannu di ciptakan oleh Allah 2,000 tahun sebelum di ciptakan Adam Alyhis Salam.
Kata Ibnu Abbas:
“Dua ribu tahun sebelum Adam di ciptakan, di bumi sudah ada jinn dari anak keturunan Al-Jannu (bapak segala Jinn), lalu mereka membuat kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah”
[Imam Al-Haakim, di dalam Mustadraknya]
Berkata Amr Al-As,
“Jinn di ciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam.
[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]
DALIL –DALIL JINN DIJADIKAN DARI “API”
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Tiada perselisihan di kalangan Ulama Ahlus Sunnah bahawa, Jinn di jadikan dari api yang sangat panas. Diantara dalil2 nya adalah :
Dalil Pertama
=========
Firman Allah :
وَخَلَقَ الْجَآنَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
“Dan Dia (ALLAH) telah menciptakan jinn (al-jann iaitu bapak jinn) dari lidah api yang menjulang-julang”
[Ar-Rahman (55) : Ayat 15]
Maksud kata2 Allah “Al-Jaann” di dalam ayat di atas adalah merujuk kepada jinn yang awal2 di jadikan, asal usul jinn iaitu bapak segala jinn. sebagaimana Adam itu bapak segala manusia, demikian lah “Jann” adalah bapak segala jinn.
Maksud kata2 Allah, maarij min-nar ” adalah yang api yang marak menjulang yang tiada asap. (smokeless fire). Dari sudut sains, api yang paling panas adalah api yang tiada asap kerana terjadi pembakaran lengkap (complete combustion). Ini Bermakna Jinn yang pertama (Al-Jannu) di jadikan oleh Allah Ta’ala dari api yang sangat panas.
Kata Imam Alusi , “maarij” adalah api tulin yang tidak ada asap”
Kata Ibnu Abbas, al Jann, iaitu bapak segala Jinn di ciptakan dari api yang sangat tulin dan yang paling cantik. (seperti api berwarna biru, hijau atau putih semuanya sangat cantik pada pandangan)
========
Firman Allah :
وَٱلۡجَآنَّ خَلَقۡنَـٰهُ مِن قَبۡلُ مِن نَّارِ ٱلسَّمُومِ
Dan jinn pula (al-jann iaitu bapak jinn) , Kami jadikan dia sebelum itu, dari api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma
[Al-Hijr (15) : Ayat 27]
Di dalam ayat ini sekali lagi Allah Ta’ala menyebut “al-Jann” iaitu bapak segala jinn, kejadian nya adalah dari api yang sangat panas.
Istilah ٱلسَّمُومِ “samum” di gunakan di dalam ayat ini untuk menunjukkan keadaan api yang sangat panas yang dari nya Jinn itu di jadikan.
Sebahgian Ulama menyebut “samum” adalah api yang meresap ke dalam liang roma – menunjukkan api yang kepanasan nya mencapai dajrah yang amat tinggi.
Imam Alusi mengatakan “samum” adalah api yang tiada asap dan bintang-bintang juga di jadikan dari api jenis itu”
Ibnu Abbas juga menyebut “samum” adalah api tulin yang tiada asap.
[Laqth Al-Marjan Fi Ahkamil Jann – Imam Sayuthi]
Dalil ketiga
=========
Rasulullah bersabda :
“Para malaikat di cipta dari cahaya, jinn di ciptakan dari nyala api dan Adam di ciptakan dari apa yang di sifatkan pada kamu”
[Imam Muslim]
Ibnu Mas’ud berkata,
“Api yang panas yang menjadi penciptaan jinn merupakan satu bahagian dari tujuh puluh bahagian api. Sementara api kita ini satu bahagian dari tujuhpuluh bahagian apai yang panas itu”
[Imam Haakim, Imam Thabarani, Imam Baihaqi]
PERBINCANGAN JINN (DAN IBLIS) DIJADIKAN DARI API :
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□Tetapi apabila api itu menjadi besar dan tak terkawal ianya menjadi pemusnah yang menghancurkan segala sesuatu di hadapannya.
Banyak kejadian di muka bumi yang telah di saksikan ketika api menjadi besar dan tak terkawal, banyak jiwa terkorban dan kemusnahan harta benda berlaku.
Contoh yang lain : lava gunung berapi boleh membunuh ribuan manusia dan membinasakan tanaman, harta benda dan segala yang ada pada alirannya.
Di Neraka, api marak menjulang yang meleburkan kulit dan tulang.
Jadi keseluruhannya sifat api yang marak menyala dan membakar adalah menunjukkan sifat yang “membinasakan”. Ini lah sifatnya di jadikan Iblis, syaitan dan jinn.
Satu lagi hal yang menarik tentang “jenis api” iaitu api yang angat tulin dan bersih ( ertinya tiada asap ketika pembakaran ), menunjukkan darjah kepanasan yang amat tinggi berbanding dengan api yang mempunyai asap ketika pembakaran berlaku.
Api yang tulin warna nya putih, hijau dan ungu sementara api yang bercampur asap warnya merah dan kuning.
Iblis tidak mempunyai pengetahuan tetang kejadian dirinya yang mempunyai sifat membakar dan membinasakan…! Dia tidak tahu sifat “api tulin yang marak menjulang” itu adalah sifat yang membinaskan yang menujukkan sifat Kemurkaan Allah. Pada sangkaan Iblis, dia adalah mulia dan lebih baik dari Adam. Salah sangka dan takabbur nya Iblis ini lah yang akhirnya menjahannamkan dirinya sendiri, seperti akan datang keterangan nya.
Berkata Ibn Abbas berkenaan hal ini:
[Tafsir Qurtubi, Al_baqarah (20) : Ayat 34]
SIRI 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rumusan dan Pengajaran berharga :
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□Untuk mengambil i'tibar dari kisah ini, kita akan dapati beberapa hal yang sangat menarik untuk di jadikan pengajaran :
🌷 Iblis (dan jinn seluruhnya ) dijadikan dari api yang sangat panas. Iblis menyangka api yang panas itu suatu kemuliaan sedangkan ianya terbalik.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment