KETAKUTAN BERLEBIHAN BAKAL MUSNAH AQIDAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KETAKUTAN BERLEBIHAN BAKAL MUSNAH AQIDAH


Gempar...!

Resah Gelisah...!

Di kuasai ketakutan...!


Barangkali itulah kata² yang dapat menggambarkan keadaan masyarakat akhir² ini berikutan penyebaran cerita² berkenaan Covid-19.  


Saban hari media menyajikan berbagai berita bahaya Covid-19.  Setiap hari ratusan berita gempar covid-19 memenuhi ruang laman web, whatsapp, Tele, Fb dll.   — Kegemparan berita kematian kerana covid.   Gempar  wad hospital penuh dengan pesakit covid,  Gempar berita orang beratur masuk ke hospital kerana covid,  Gempar video menayangkan mayat covid diusung,  Gempar video menunjukkan wanita menjerit2 menangis, meronta² kerana sakit covid.  Bahkan lebih dahsyat lagi, apa saja kesakitan dan kematian dikaitkan dengan Covid-19...!


Ramai pula yang terpengaruh dengan berita² tersebut dan terus hebahkan kepada kumpulan² lain.  


Persoalannya...

Sejauh manakah benarnya berita2 ini?

Bolehkah berita2 tersebut dipercayai?

Apakah tujuan berita2 ini disebarkan dengan amat luas?


Kenyataannya .... cerita2 tersebut BUKAN semuanya benar. Sebahagiannya adalah PALSU.  Masyarakat mendapat gambaran PALSU berkenaan situasi sebenar sehingga terjadilah kegemparan dan kegelisahan yang melampau di dalam hati. 


Seandainya orang Islam tidak menyedari hakikat segala kejadian ini dan tidak berusaha menghadapinya menurut Prinsip2 Ahlus Sunnah, maka BAHAYA besar menunggu mereka iaitu Binasa Aqidah kerana terlampau takut kepada virus sehingga melupakan Kekuasaan Allah Ta'ala.


Menurut pegangan dan i'tiqad kita Ahlus Sunnah, semua macam penyakit atau musibah lain secara umumnya adalah daripada Allah Ta'ala, BUKAN terjadi sendiri.  


Ketika seseorang beriman diuji dengan penyakit atau musibah lain secara umumnya, maka dia diperintah muhasabah diri, bertaubat, banyakkan zikir Kalimah Tauhid dan kembali kepada Allah Ta'ala.  Di samping itu harus mencari penawar yang sesuai untuk merawat penyakitnya berserta Tawakkal penuh kepada Allah Ta'ala. Inilah pegangan sebenar orang BERIMAN...!


Virus corona covid-19 hanyalah  makhluq yang datang sebagai dugaan bagi orang beriman. Virus, bakteria atau kuman apa pun tiada kuasa apa² atas manusia.   Ia hanya bertindak menurut ketentuan Allah Ta'ala.  Tidak ada kuman atau virus yang mampu menimpakan mudarat atau kesakitan atau kematian melainkan dengan Izin Allah.


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin  Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

[At-Taghabun (64) : ayat 11]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda :

Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepadamu. Jika seluruh umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau. Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat..”

[Imam Tirmizi]


Jika demikian penegasan Allah dan Rasul-Nya, mengapakah gempar?


Mengapakah tersebar berita2 palsu menakut2kan orang?


Mengapakah mengucapkan kata2 yang boleh binasakan Iman?


Apabila seseorang Muslim tunaikan segala kewajipan terhadap Allah Ta'ala, menjaga kebersihan diri, mematuhi berbagai peraturan yang telah ditetapkan (SOP),  berserta Tawakkal kepada Allah Ta'ala... maka inilah tindakan yang benar sebagai orang beriman.


Setelah itu, jika dia terkena juga wabak covid sehingga dia meninggal kerananya, maka dia telah diberi khabar gembira sebagai Syahid.

Hati² dengan bisikan syaitan yang cuba merosak Aqidah  dengan menaruh kebimbangan berlebihan sehingga lupa kepada Kekuasaan Allah Ta'ala.  Kebimbangan berlebihan akan membuka laluan kepada Jinn syaitan masuk ke dalam hati membawa berbagai² kebimbangan lain dan penyakit hati yang akhirnya musnahkan Aqidah...!  Wal Iyazubillah.


Ingat...! 

Kita di zaman fitnah,  zaman yang dipenuhi kegelapan. 


Maassalamah

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...