■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
ZIKIR ALLAH ALLAH (INGAT ALLAH TERUS-MENERUS DI DALAM HATI)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 11 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
6.0 Dalil Fatwa Ulama Mu'tabar
sambungan....
Dalil Terbesar : Mursyid² Pewaris Nabi yang siddiq
Sesungguh ini adalah Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran sekalian Toriqat yang sahih yang datang dari Rasulullah ﷺ dan amalan Zikir Allah Allah atau Zikir mengingat Allah berterusan didalam hati, seperti huraian terdahulu.
Sekalian Mursyid yang siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini yang mewarisi Ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ menjadi hujjah yang tiada tolok banding nya kerana mereka adalah " Hadith Sahih " yang hidup. Ertinya diri mereka sendiri (Mursyid yang siddiq yang hidup pada zaman ini) adalah menjadi bukti kukuh akan Warisan Rasulullah ﷺ yang dipindahkan dari satu generasi Masyaikh kepada generasi Masyaikh berikut nya dengan penuh rahsia, tertib, dan adab disiplin tinggi sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya.
Semua Mursyid yang siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah ﷺ iaitu mereka mewarisi nya dari Guru mereka yang juga Mursyid yang siddiq (benar) dan mereka juga mengambil warisan tersebut dari Guru mereka yang Mursyid — begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan dari Sayyidina Abu Bakr, atau Sayyidina Ali, atau Sayyidina Umar atau Sayyidina Uthman, ridhwanullah — yang mereka mewarisi nya dari Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ
Khabar dari mereka adalah menempati khabar mutawatir iaitu khabar yang sahih lagi marfu' yang tidak mungkin ada kecelaan atau kecacatan, jauh sekali daripada pendustaan. Demikian banyaknya Masyaikh Ahlus Sunnah seluruh dunia, dari berbagai penjuru dunia mewariskan Zikir Allah Allah ini, maka tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.
Pada saat ini, di seluruh dunia terdapat berbagai Silsilah Nabi ﷺ, diantaranya yang sangat terkenal adalah;
(1) Toriqat Qodiriyyah — dibangunkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.
(2) Toriqat Naqsyabandiah — dibangunkan oleh Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi Radhiallahu anhu.
(3) Toriqat Ri'faiyyah — dibangunkan oleh Imam Ar-Rifa'ie Radhiallahu anhu.
(4) Toriqat Junaidiyyah — dibangunkan oleh Imam Junaid Radhiallahu anhu.
(5) Toriqat Syaziliyyah — dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy-Syazili Radhiallahu anhu.
(6) Toriqat Syattariyyah — dibangunkan oleh Imam Abdullah Syattari Radhiallahu anhu.
(7) Toriqat Samaniyyah — dibangunkan oleh Imam Abdul Karim Samman Radhiallahu anhu.
(8) Toriqat Ghazaliyyah — dibangunkan oleh Imam Ghazali Radhiallahu Anhu
Kesemua Ulama Pewaris Nabi ini mengamalkan Zikir Allah Allah disamping zikir2 lain seperti "La-Ilaha Illallah", "Ya Qaahar" , "Ya Latif" , "Ya Hayyu Ya Qayyum" dll. yang mereka mewarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
dan seterusnya mewariskannya kepada Mursyid2 berikutnya sampai ke saat ini terus diamalkan oleh Mursyid2 yang hidup pada zaman ini .
Jika demikian, siapa diantara orang2 pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dan lebih memahami Al-Qur'an dan Sunnah daripada Ulama Mujtahidin dan Mujaddid?
Siapa di antara "mufti" atau "profesor" pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dari Al-Imam Sulton Auliya, Imam Junaid, Imam Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Ghazali, Imam Haythami, Imam Haddad dll sehingga berani engkar kepada Zikir Allah Allah?
SIRI 12 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Zikrullah — Kunci mencapai Tauhid Hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat
Zikrulllah adalah KUNCI UTAMA bagi pencapaian Tauhid hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat, iaitu mengenal Allah dengan keyakinan yang jazam (keyakinan yang putus atau penuh yaqin tanpa sedikitpun keraguan) serta Ubudiyyah (Perhambaan) kepada Allah dengan tulus ikhlas, benar2 bersih dari sebarang kesyirikan (syirik khafi).
Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, tanpa bersungguh2 amalkan Zikrullah menurut Kaifiyyat dan Syarat2nya dan peraturannya, maka tidak mungkin seseorang sampai kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki / Keimanan sejati / Ma'rifat yang sebenarnya.
✨🕌✨ Berkata Al Imam Sullton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu,
"Jalan untuk wusul (sampai kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki / iman sejati / Ma'rifat) ialah dengan selalu menjaga diri supaya berada di atas jalan yang benar, berpegang teguh kepada hukum Syari'at siang dan malam dan mudawamah (berkekalan) Zikir khafi (zikir dalam hati) maupun Zikir Jihar (dengan lisan dengan kuatkan suara zikir). Mudawamah (berkekalan) zikrullah itu hukum nya FARDHU AIN (wajib) bagi mereka yang mencari keredhaan Ilahi,
[ Sirrul Asrar fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar, Fasal 7 : Zikir]
✨🕌✨ Imam Junaid Al Baghdadi :
Zikrullah adalah rukun utama (pokok dan terpenting) dalam ilmu Tasawuf (Toriqat) ini , bahkan seseorang tidak akan sampai kepada Allah (Maqam Tauhid yang hakiki, Ma'rifat) kecuali dengan kekalkan berzikir Allah.”
[Rasail Al Junaid]
Ringkasnya seseorang yang tidak menempuh Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq dan amalkan Zikrullah serta kewajipan lain dengan ikhlas dan sungguh2 menurut kaifiyyat, syarat2 dan adab2nya, maka tidaklah mereka mencapai keimanan sejati / Tauhid hakiki / Ma'rifat. Mereka akan kekal sebagai orang awam yang sentiasa didalam kesyirikan (syirik khafi) dan kekejian hati.
Setiap orang Salikin yang menempuh jalan kepada Allah akan di didik dengan Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ ini dengan berbagai peringkat / tingkatan Zikrullah. Semuanya 10 Tingkatan Zikir.
Menurut Toriqat Naqsyabandiah, Salikin dilatih berzikir dengan Zikir Allah Allah kemudian berserta Zikir La-Ilaha-Illallah. Menurut Disipilin Toriqat Qodiriyyah Syaziliah, Syattariah, Sammaniyyah dan lain2nya yang Mu'tabar / sahih menurut Ahlus Sunnah, Salikin di didik dengan Zikir La-Ilaha-Illallah terlebih dahulu sehingga apabila sudah mantap, maka dilatih dengan Zikir Allah Allah.
(7) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu:
Beliau adalah Mufassir, Muhaddith, Imam besar Mazhab Syafi'e. Mujaddid kurun ke 10 Hijriyyah, Kata beliau :
"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha Illalla ) perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai diri nya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah"
[Miftah Al Falah]
Pokoknya setiap Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ mendidik Salikin dengan Zikir Allah Allah tanpa kecuali. Murid2 yang sangat tebal hijab hatinya, maka lebih utama dilatih dengan Zikir La-Ilaha-Illallah terlebih dahulu, kemudian masuk amalkan Zikir Allah Allah. Sedangkan bagi mereka sudah melazimi melakukan Zikrullah dengan lafaz La-Ilaha-Illallah dan sangat teguh pegangannya pada Syari'at, maka baginya lebih utama Zikir Allah Allah. Seperti halnya Imam Ghazali Radhiallahu anhu. Beliau bai'at dengan Mursyid beliau dan melakukan Zikir Allah Allah terus. Toriqat yang diamalkan oleh Imam Ghazali adalah Toriqat yang diwarisi daripada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu yang berzikir Allah Allah didalam hati. Pada hari ini Toriqat ini dinamai Toriqat Naqsyabandiah.
SIRI 13 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.0 Zikrullah — Kunci mencapai Tauhid Hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat
sambungan....
Salikin (murid pada jalan Ma'rifat) akan dipimpin sedikit demi sedikit, satu peringkat demi satu peringkat, satu jenis zikir kepada zikir yang lain sehingga hati dan ruh mereka menjadi suci bersih. Setiap salikin akan diajarkan Zikir sesuai dengan peningkatan Maqam Keimanannya dari Kurnia Allah dan Petunjuk-Nya.
✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :
وَٱذۡڪُرُوهُ كَمَا هَدَٮٰڪُمۡ
"Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepada mu."
[Al-Baqarah (2) : ayat 198]
Berkata AL Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.
"Allah Ta'ala memberi Petunjuk kepada orang2 yang berzikir dengan Firman Nya [Al-Baqarah (2) : ayat 198] yang tersebut seperti di atas, yakni memberi petunjuk pada martabat zikir mu, Rasulullah ﷺ bersabda : " Kalimat yang terunggul yang aku ucapkan dan oleh Nabi sebelum ku adalah "La Ilaha Illa Allah". Setiap maqam memiliki martabat masing2 — jahr (suara / lafaz) maupun khafi (senyap dalam hati saja). Orang yang zikir nya zikir lisan (zikir Jihar ) bererti dia diberi petunjuk hanya sampai kepada zikir lisan. Orang yang berzikir dengan zikir khafi (dalam hati), bererti dia di beri petunjuk Nya sampai kepada zikir hati. Dan orang yang zikir nya sampai kepad Zikir Ruh, bererti dia di beri Petunjuk sampai kepada Zikir Ruh. Selanjut nya kepada zikir khafi dan akhfal-khafi (yang amat tersembunyi), kemudian kembali lagi kepada Zikir lisan, sebab lisan berfungsi sebagai pemberi ingatan pada hati. terhadap zikir yang di lupakannya.
[Tamat petikan Kitab Sirrul Asrar]
Penjelasan tambahan:
Imam Jilani Radhiallahu anhu menjelaskan kepada kita (sebagai tafsiran bagi Firman Allah di atas), bahawa setiap orang Islam akan menerima Petunjuk Allah untuk amalkan Zikrullah sesuai dengan Keimanannya. Dan mereka wajib amalkan Zikrullah menurut Petunjuk tersebut.
Orang Islam awam hanya mampu zikir Jihar (lisan), iaitu Zikir menyebut Kalimah La-Ilaha Illallah atau ismus-Sifat — nama2 Allah yang lain maka wajib baginya melakukan Zikrullah dengan kalimah2 tersebut. Ertinya seseorang yang hanya amalkan Syari'at dan belum masuk amalkan Toriqat Rasul dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, hanya mampu amalkan Zikir Jihar (kuat suara) meski pun dia sudah bergelar "orang alim" atau "Ulama" sekalipun.
Salikin, iaitu orang yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang siddiq, mampu melakukan berbagai tingkatan Zikrullah menurut kelayakannya, maka wajib baginya melakukan Zikrullah sesuai dengan Kurnia Allah pada dia.
Orang Arifin mempunyai Tingkatan Zikrullah yang paling tinggi sehingga kepada Zikir Sirr (yang amat tersembunyi), maka Ahli Ma'rifat melakukan Zikrullah sesuai dengan Maqam nya yang tinggi.
Ertinya tingkatan zikir setiap orang berbeza2 mengikut perjalanan keruhanian yang dia telah tempoh, mengikut Kurnia Ilahi. Salikin pada permulaan mendirikan Zikrullah dengan lisan / lidah / kuat suara. Salikin yang sudah hidup hatinya dengan Zikrullah, akan menerima Petunjuk Allah untuk melakukan Zikir Allah Allah didalam hati, maka Mursyid akan membimbingnya dengan Zikir tersebut. Salikin yang sudah mencapai Tauhid peringkat yang tinggi akan di latih dengan Zikir yang lebih tinggi sesuai dengan Kurnia Allah kepada-Nya. Sekalian rahsia2 Petunjuk ini hanya di ketahui oleh Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.
Dengan penjelasan ringkas ini, fahamilah bahawa sesungguhnya mereka yang menentang "Zikir Allah Allah" adalah pada hakikatnya mereka menentang Allah. Jika demikian adakah penentang ini orang2 beriman? Renung dan Muhasabah diri...!
SIRI 14 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
Persoalan: Apakah punca utama terbitnya "fatwa2" menentang Zikir Allah Allah? Sedangkan Zikir Allah Allah thabit dengan Al-Qur'an, Sunnah dan fatwa Ulama Mu'tabar? Orang yang keluarkan "fatwa" sesat ini pula adalah orang bergelar "mufti" dan "profesor, apa puncanya mereka bertindak demikian?
Puncanya amat banyak, namun ia dapat dikelompokkan menjadi 4 sebab utama :
Sebab Pertama : Tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
Pegangan Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah telah pun kami bentangkan. Berdasarkan Kitabullah, Sunnah Rasul dan fatwa Ulama Mu'tabar, tidak syak lagi Zikir Allah Allah memiliki keutamaan yang terunggul disebabkan lafaznya yang Maha Agung, Lafzul Jalalah, dan Kalimat Yang Maha Sempurna Yang Tiada Tandingannya. Kalimat Yang Meliputi sekalian alam, Kalimat yang menerbitkan Cahaya Tauhid didalam hati Mu'min dan Kalimat Rahsia Hadratul Quddus bagi Ahli Ma'rifat.
Demikian banyaknya Ulama Pewaris Nabi yang siddiq .... dan termasuk didalam nya Pewaris Nabi yang bertaraf Mujaddid dan Mujtahid mengakui Keagungan Zikir Allah, bahkan mereka sendiri merupakan pewaris kepada Zikir ini, sehingga tiada ruang bagi siapapun menafikannya apa lagi menentangnya.
Dengan demikian orang2 yang mempersenda dan menentang Zikir Allah Allah ini tidak mungkin mereka itu Ahlus Sunnah, sebaliknya mereka adalah golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah, meskipun mereka mendakwa diri mereka Ahlus Sunnah dan cuba menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah.
Pada suatu masa dahulu (sekitar tahun 1960an) mereka hanya merujuk kitab2 Wahhabiyyah iaitu fatwa2 yang dikeluarkan oleh "mufti2" Wahhabiyyah Arab Saudi. Namun akhir2 ini mereka cuba merujuk Kitab Ahlus Sunnah dan menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah sedangkan semua nukilan tersebut adalah PALSU dan BATIL kerana mereka merujuk kitab yang sudah dipalsukan oleh tangan2 Wahhabiyah. Mereka membuang kandungan asal Kitab Imam Ahlus Sunnah dan tokok tambah mengikut selera nafsu Wahhabiyyah, maka terbitlah Kitab yang zahirnya kelihatan seperti Kitab Ahlus Sunnah tetapi hakikatnya versi Wahhabiyyah.
Maka jelas di sini punca penyelewengan dan penentangan kepada amalan "Zikir Allah Allah" adalah kerana tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan terikut2 dakyah musuh2 Ahlus Sunnah.
SIRI 15 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
sambungan....
Sebab kedua : Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith dengan aqal, nafsu dan bisikan Iblis
Golongan yang engkar kepada amalan Zikir Allah Allah, tidak layak mengeluarkan fatwa, Mereka BUKAN Mujtahid. Tetapi oleh kerana mereka mempunyai gelaran "mufti" atau profesor atau Drs atau Masters atau lain2....mereka sewenang2 mengeluarkan "fatwa"...
"ini halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat", "ini khurafat". Beginilah perangai mereka sejak dahulu lagi, sedangkan Allah dan Rasul-Nya mengancam golongan seperti ini dengan Neraka Jahannam.
✨🕌✨ Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya. [Al-Isra’ : (17) ayat 36]
✨🕌✨ Allah Ta’ala berfirman:
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16): Ayat 116]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya didalam neraka"
[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.
[Imam Bukhari, Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
"Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”
[Imam Thabarani]
Maka inilah puncanya — mereka menolak tafsiran dan fatwa Ulama Mu'tabar dan memandai2 mentafsirkan Ayat Qur'an dan hadith berdasarkan pendapat aqal dan nafsu mereka.
Kadangkala mereka mendakwa mereka juga merujuk "Ulama", namun "Ulama" yang mereka jadikan sebagai rujukan BUKAN Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar sebaliknya "ulama khawarij" / "Ulama Wahhabiyyah" yang sudah pasti tiada kelayakan melakukan Ijtihad....!
SIRI 16 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
sambungan....
Sebab ketiga : Tidak mempelajari dan amalkan Toriqat / Tasawwuf
Sesungguhnya Agama Tauhid yang datang dari Allah Ta'ala terdiri dari dua bahagian : Zahir dan batin, jasmani dan ruhani, fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasul ﷺ. Kedua2 bahagian ini merupakan kewajipan atas setiap Muslim.
Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.
Pertama ilmu Zahir, di sebut Syari'at.
Kedua Ilmu batin, di sebut Ma'rifat / Toriqat
Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua -dua nya WAJIB di padu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat. Seperti hal nya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana FirmanNya didalam Surah Ar Rahman : ayat19 dan 29"
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ". (Tidak Aku ciptakan jinn dan manusia melainkan ubudiyyah kepada-Ku)
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
Syari'at membicarakan Ilmu dan amal berhubung dengan amalan zahir seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, muamalah dll. Toriqat membicarakan ilmu dan amal ibadah berkaitan dengan hal ehwal hati, ilmu Zikrullah, penyakit2 hati yang membawa kepada syirik khafi dan mazmumah dan cara2 menyucikannya. Maka amalkan kedua2 bahagian ilmu ini sekaligus adalah fardhu ain atas setiap mukallaf.
Apabila seseorang hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan meninggalkan Toriqat (Tasawwuf), maka akan berlaku kepincangan didalam ibadahnya. Mereka takkan mampu memahami kewajipan sucikan hati dari syirik (syirk khafi) dan mazmumah (kekejian hati) . kewajipan Zikrullah, hakikat Zikrullah, khusyu dalam Ibadah, hakikat ikhlas, hakikat Iman dan Ubudiyyah.
Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata :
مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق
“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq. Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq. Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran. ”
[Nukilan didalam kitab :
Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali
Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq
Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi
Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi
Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani]
Inilah punca kebanyakan orang Islam menemui kesesatan, Mereka mengambil sebahagian Agama (yang zahir sahaja) dan menolak sebahagian lagi (yang batin / hati). Mereka tak sedar penolakan dan penentangan mereka pada hakikatnya menentang Allah dan Rasul-Nya.
SIRI 17 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan
sambungan....
Sebab ke-empat :Tidak Berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
Yang ke-empat ini adalah sebenar2 punca yang membawa kepada kepincangan dan kebinasaan orang Islam. Iaitu mereka tidak mempunyai seorang Pemimpin Rabbaniyyah yang menunjukki mereka jalan kebenaran dan menjauhkan mereka dari jalan2 kebatilan dan kesesatan. Akibatnya sebahagian orang Islam terjatuh kepada fahaman2 batil dan sesat. Wal Iyazubillah.
Yang dikatakan Pemimpin Rabbaniyyah adalah insan2 sejati pilihan Allah, yang telah di sucikan ruh mereka, dan di kuatkan dengan beberapa keistimewaan khusus dari Allah sehingga mereka layak memimpin mereka kepada Ketuhanan dengan selamat.
✨🕌✨ Firman Allah :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang di maksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah di tujukan kepada Mursyid Pewaris Nabi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.
✨🕌✨ Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilihNya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaranNya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga kasyaf Ilahiyyah). Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
SIRI 18 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sebab ke-empat :Tidak Berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
sambungan....
✨🕌✨ Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه:
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah di terangkan dan telah di buktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik2 arahan mereka dan mematuhi nya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut. Minta lah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat), dan kelemahan2 lain nya, kerana mereka juga pernah mengalami kesulitan nya dan menghadapi kesan akibat dari nya. Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2 kejahatan. Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]
✨🕌✨ Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه:
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang murni) dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik2 kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali :
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang di redhai Allah) Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk di masuki oleh siapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh ( Mursyid )yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuk nya) menuju jalannya.
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]
✨🕌✨ Berkata Imam Al-Ghazali رضي الله عنه:
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.”
[Ihya Ulumuddin]
Bukti2 penyelewengan dan kesesatan manusia Muslim akibat tidak berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq amat banyak. Di antaranya yang menjadi Pengajaran yang paling berkesan kepada seluruh Ummat adalah : 72 golongan yang telah jatuh kepada kesesatan adalah mereka yang tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai Pemimpin mereka kepada Ketuhanan.
Ulama fiqh yang paling hebat sekalipun wajib merendahkan diri kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq bagi memperoleh keselamatan Agamanya kerana mereka tak kenal bisikan2 Iblis yang sangat halus yang penuh tipudaya. Mereka tak dapat bezakan seruan haq dengan seruan batil dari iblis dan kuncu2nya. Mereka tak dapat bezakan cahaya Ketuhanan dengan pancaran kegelapan Iblis kerana keduanya kelihatan hampir serupa. Mereka tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Allah Ta'ala kerana hati mereka terhijab dengan hijab kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian) yang amat tebal. Mereka tidak mendapat pimpinan Junjungan Rasulullah ﷺ kerana mereka tak kenal ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Akibat dari semua ini, mereka sentiasa terdedah kepada bisikan nafsu kejahatan dan bisikan halus Iblis, maka sekalian fatwa mereka terdedah kepada kebatilan dan kesesatan.
SIRI 19 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9.0 Persoalan dan Jawapan:
Persoalan 1:
Mengapa perlu rujuk kitab Ulama Mu'tabar untuk amalkan Zikrullah? Bukankah mudah saja amalkan ikut Qur'an dan Hadith sahaja?
JAWAPAN
Ungkapan2 berikut ini sudah lama tersebar dikalangan Ummat Islam, iaitu sejak bangkitnya doktrin wahhabiyyah / najdiyyah / kaum muda di Arab Saudi pada kurun ke 12 Hijriyyah.
"kami rujuk Al-Qur'an dan Hadith saja, kami tak rujuk kitab Ulama"
"Ikut Qur'an dan Hadith saja selamat kerana Ulama banyak silap"
"Ikut terus Rasulullah dan sahabat saja, jangan ikut Ulama"
Semua jenis ungkapan ini hanya menunjukkan kejahilan mereka didalam memahami Agama. Mereka tertipu dengan khayalan mereka sendiri kerana yang sebenarnya mereka semua mengikut Ulama ; sejak lahir sampai mati.
Semua orang Islam memerlukan Ulama untuk menunjukki mereka jalan lurus / jalan kebenaran. Semua orang Islam memerlukan Ulama untuk mengetahui hukum hakam Agama, tahu berkenaan halal haram, tahu berkenaan Ketuhanan dan rukun Iman dan cabang2nya, tahu cara2 mengerjakan Ibadah, muamalah dll urusan kehidupan. Tanpa Ulama, tak mungkin mereka amalkan Islam, bahkan mereka akan tinggal didalam kefasikan atau kekafiran.
Wal Iyazubillah.
Belum faham? Baca seterusnya....
Pertama:
Bagaimana kamu mengerjakan solat? Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?
Bagaimana kamu berpuasa, zakat dan haji? Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?
Bagaimana cara kamu nikah kahwin, jima' dengan isteri menurut ketentuan Hukum? Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?
Kedua :
Setiap amal ibadah di dalam Islam mempunyai Hukum, Syarat, Peraturan, kaifiyyat (cara) dan adab2 yang tersendiri... BUKAN diamalkan sesuka hati atau mengikut nafsu. Misalnya solat mempunyai Syarat, Rukun, dan adab2nya yang tersendiri. Demikian juga Puasa, Zakat, Haji, Nikah kahwin, jual beli dll semuanya ada peraturan, syarat dan adab2nya masing2.
Dari manakah datangnya semua macam hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab2 ini?
Siapakah yang menyusun semua perkara ini?
Misalnya siapa yang menyusun rukun 13 di dalam solat dan rukun mengambil wudhu?
Siapakah yang menyusun syarat Haji, wajib Haji?
Siapakah yang menyusun peraturan dan syarat2 zakat?
Siapakah pula yang menyusun hukum tajwid, cara2 menyebut huruf satu persatu sehingga kamu dapat membaca Al-Qur'an dengan tepat menurut kehendak Allah ?
Bukankah semua ini diterangkan oleh Ulama Mu'tabar di dalam Kitab2 mereka? Tidakkah kamu merujuk Kitab Ulama bagi mengetahui syarat, peraturan, cara2 dan adab2 ketika amalkan suatu ibadah atau muamalah ?
Ketiga:
Setiap suatu pekerjaan dalam kehidupan ini mempunyai pakarnya. Manusia mempelajari suatu daripada pakarnya.
Hamba2 Allah yang pakar dan Arif didalam hal Ehwal Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq. Mereka mewarisi Nabi zahir dan batin. Dikalangan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, terdapat Mursyid2 yang di Kurniakan Ilmu yang tinggi sehingga layak menjadi Mujtahid, iaitu mereka yang layak istimbat hukum dari Al-Qur'an dan Hadith. Merekalah yang mahir mengetahui syarat, peraturan dan adab2nya serta rahsia2 halus yang berhubung dengan Ketuhanan. Mereka mengambil dalil2 Al-Qur'an dan Sunnah lalu menyusun sekalian peraturan, syarat, rukun dan adab2 bagi setiap Ibadah didalam Agama bagi memudahkan orang Islam mengamalkannya dengan sempurna zahir dan batin menurut Kehendak Allah Ta'ala.
Maksud di sini tanpa merujuk kepada Ulama Mujtahid, iaitu merujuk kitab2 mereka, siapa pun takkan mampu melakukan apa jua ibadah. Bahkan mereka akan hidup didalam kekafiran kerana tidak mengetahui rukun Iman, Syarat2 Iman dan penjelasan2 berkenaan Tauhid.
SIRI 20 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
9.0 Persoalan dan Jawapan:
Persoalan 2:
Kitab Ulama yang mana menjelaskan Bab Zikrullah?
JAWAPAN
Sekalian Fatwa Ulama Mu'tabar berkenaan hukum hakam Agama dan fatwa2 mereka terhimpun didalam kitab2 mereka mengikut disiplin ilmu masing2 yang tersendiri.
Misalnya Ilmu berkenaan solat, puasa, zakat, haji, muamalah, nikah kahwin, da'wah, hudud, ta'zir, qisas, pemerintahan Negara dll dihimpunkan ke dalam kitab Fiqh.
Ilmu berkenaan Ketuhanan dan KeRasulan dan keseluruhan rukun Iman dihimpunkan kedalam Ilmu Usuluddin.
Ilmu berkenaan hati, penyakit hati, syirik khafi, mazmumah, nafsu2 jahat dan cara2 sucikan hati semuanya dihimpunkan kedalam Kitab Tasawwuf.
Apabila seseorang ingin mengetahui sesuatu hukum dan cara2 melaksanakannya maka wajib baginya merujuk kitab2 Ulama menurut bidangnya masing2.
Didalam hal yang dibincangkan sekarang "Zikrullah" dijelaskan oleh Ulama Mujtahid didalam Kitab Tasawwuf. Ilmu Zikrullah ini tidak dihuraikan didalam kitab Fiqh atau kitab usuluddin atau kitab Hadith atau kitab2 lainnya.
Ulama Mujtahid telah melakukan ijtihad menghimpunkan sekalian hal ehwal berhubung dengan Zikrullah, peraturannya, syarat2nya dan cara2 melaksanakan "Zikrullah", didalam kitab Tasawwuf / Toriqat. Dengan demikian mereka yang ingin mengetahui dasar2 Zikrullah dan huraiannya wajib merujuk Kitab Tasawwuf / Toriqat. Bukan merujuk kitab yang tiada mengena dengan Zikrullah lalu membuat andaian dan "fatwa" sendiri. Ini kebinasaan.
Persoalan 3:
Mengapa dilarang tafsir sendiri Al-Qur'an dan Hadith dan mengapa diperintah mengikut Tafsir / Ta'wil Ulama Mu'tabar dan fatwa2 mereka sahaja?
JAWAPAN
Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi. Sebahagian besar Perintah Allah dan Rasul-Nya memerlukan tafsiran atau takwilan, tak mungkin difahami oleh orang awam. Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith hanya difahami oleh Ulama Mujtahid. Dengan demikian orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith Nabi.
Mereka yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Mu'tabar yang sudah sampai keilmuan yang amat tinggi sehingga layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi. Mereka mahir didalam setiap ilmu Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir didalam ilmu tafsir, mahir didalam mustolah Hadith, mahir didalam ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai keilmuan tinggi pada sisi Ma'rifat — mengenal Allah dengan sesungguhnya serta didalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ. Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah, BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya.
Hal demikian berbeza sama sekali dengan "ulama dunia" atau "ulama as-su' atau "ulama fasiq " dari "ulama sesat " dari kalangan Wahhabiyyah (khawarij), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dll....yang mentafsirkan Al-Qur'an dengan aqal pemikiran sendiri atau bisikan nafsu atau Syaitan sedang mereka tidak menyedarinya.
SIRI 21 - (AKHIR)
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10.0 Rumusan:
Pertama:
Amalan Zikrullah atau "Zikir Allah", atau "Zikir Allah Allah" adalah berdasarkan Kitabullah dan Hadith Rasulullah ﷺ sebagaimana diterangkan oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya sehingga tiada ruang bagi siapa pun menafikannya atau mengengkarinya. Mereka yang pernah menyindir, menghina, mempersenda dsb, WAJIB TAUBAT dengan TAUBAT NASUHA...!
Kedua :
Zikir Allah adalah Ibadah teragung yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang beriman. Cara2 melaksanakan Ibadah Zikrullah menurut peraturan, Syarat, kaifiyyat dan adab2nya dihimpunkan didalam Kitab Tasawwuf / Toriqat oleh Ulama Mujtahid. Barangsiapa ingin mengetahui dasar2nya, jenis2 Zikir, tingkatan Zikir dll maka wajib merujuk kitab Tasawwuf / Toriqat dengan bimbingan Mursyid yang siddiq.
Ketiga :
Menurut keterangan Hadith yang di syarahkan oleh Ulama Mu'tabar, di antara tanda2 orang beriman, berhubung dengan Zikrullah adalah mereka berzikir dengan zikir yang banyak. Ada pun orang islam yang mengaku Islam tetapi sedikit zikirnya atau malas berzikir adalah tanda2 wujud kemunafikan didalam hati.
Keempat :
Dalil dan hujjah2 berkenaan "Zikir Allah Allah" didalam Kitabullah, Hadith dan Fatwa Ulama Mu'tabar sudah lebih dari cukup bagi menolak dakyah orang2 yang mengengkarinya.
Kelima:
Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ adalah dua gedung Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi. Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith hanya difahami oleh Ulama Pewaris Nabi bertaraf Mujtahid. Dengan demikian orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith Nabi. Orang yang berani berkata "ini halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat", "ini khurafat", "ini kafir" dsb berdasarkan pendapatnya sendiri adalah orang2 yang diancam dengan Neraka Jahannam. Bahkan segala tuduhan batilnya akan terbalik dan terkena kepada dirinya sedang dia tak sedar. Wal Iyazubillah
Keenam :
Setiap orang beriman di wajibkan mengikut Al-Qur'an, Hadith dan fatwa Ulama Mu'tabar didalam menjalankan Agama. Oleh kerana kebanyakan orang Islam tidak mempunyai kemampuan memahami rahsia2 Zikrullah, cara2nya, syarat dan kaifiyyatnya, maka wajib bagi mereka mengikut sahaja fatwa Ulama Mu'tabar.
Ketujuh:
Orang2 Islam awam (termasuk cerdik pandai Agama) yang mendakwa mereka ikut Qur'an dan Hadith sahaja, serta menolak Ulama Mu'tabar adalah golongan yang tertipu dengan bisikan Syaitan. Hakikatnya mereka tak mampu membersihkan punggung mereka sendiri pun tanpa merujuk cara2nya didalam Kitab Ulama Mu'tabar.
لْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة
وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ
— Selesai —
_______________________
Tausiah:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment