GURU DAN KHALIFAH TERJATUH KEPADA SIHIR @ RAWATAN BATIN

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah:


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



Salah satu bahaya dan penyakit yang terkena kepada salikin termasuklah orang yang sudah bergelar "guru pada jalan Ma'rifat " adalah tersesat masuk ke dalam "Gerbang Iblis jinn syaitan" tanpa disedari.

Mungkin ada yang tertanya2....

Bagaimanakah ini boleh berlaku?

Bukankah "guru ma'rifat" itu orang yang sudah tinggi imannya? Tak mungkin berlaku.. !

Bukankah "guru ma'rifat" itu ahli zikir yang sentiasa berzikir.? Macam mana dia boleh terpesong?


Jawapannya:
~~~~~~~~~
~

Ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan :

Pertama: Hendaklah difahami sungguh2 ....

Yang dimaksudkan dengan  Ahli Ma'rifat @ Guru Ma'rifat @ Ahli Sufi yang muhaqqiq adalah hamba2 Allah yang mu'min yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada maqam "Mukasyafah yang tahqiq"  ertinya  berkekalan memandang wajah Allah yang " Laisa Kamithlihi Syai'un". Mereka telah sampai ke Hadratul Quddus, hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci di atas Arasy.   Hati, aqal, ruh dan sirrnya sentiasa bertasbih, bertakbir, bertahmid tanpa putus.

Tiada makhluk zahir maupun yang tersembunyi mampu menggugatnya.

Inilah maqam kesudahan pada ahwal sekalian orang yang berjalan pada jalan Ketuhanan.

Mengikut kata Imam Jilani, mereka pada maqam ini dipelihara oleh Allah Taala dari terjatuh kepada dosa2 besar.  Allah Taala memelihara mereka  dari kesesatan.

Ini bermakna selain dari mereka yang tersebut di atas iaitu khalifah2 pada maqam af'al, maqam Asma', maqam Sifat dan permulaan maqam Zat ...... semua mereka ini belum tetap hati mereka. Mereka masih terdedah kepada penyelewengan oleh nafsu dan Iblis jinn syaiton. 

Kita sudah saksikan berapa ramai orang yang bergelar khalifah bahkan bergelar "guru ma'rifat"  terperangkap dan terjatuh kepada "gerbang Iblis".

Maksudnya adalah :  Jika mereka tak berjaga2 mereka pun boleh terjatuh kepada kesesatan disebabkan bisikan Iblis. 

Hanya satu cara untuk mereka tetap pada Iman yang teguh ...

Walau mereka rendah atau tinggi maqamnya, kunci memelihara diri dari terjatuh kepada perangkap Iblis adalah :

........  IKHLAS .......

Punca banyaknya berlaku penyelewengan pada "guru ma'rifat"  adalah apabila mereka berubah niat iaitu :

(1) Berubah niat untuk menjadi pemimpin ... untuk menjadi Mursyid

(2) Berubah niat untuk memperoleh habuan dunia.

(3) Berubah niat untuk menjadi perawat

(4) Berubah niat untuk menjadi kuat gagah seperti silat.

(5) Berubah niat untuk mendapat puji2an makhluk.

Semua macam niat ini akan sering mendatangi salikin termasuklah mereka yang hanya bergelar "guru Ma'rifat" sedang mereka belum mencapai hakikat ma'rifat yang sebenar. (seperti yang tersebut di atas)

Ini suatu hal yang menakutkan betul....?

Sebenarnya memang menakutkan  kerana orang2 yang terdedah dan masuk kepada Gerbang Iblis ini bukan sahaja menjadi.sesat bahkan menyesatkan orang lain.  Wal Iyazubillah...!

Jika demikian apakah penjagaan kita?

Kunci yang paling awal dan PALING PENTING.....

Tetapkan hati pada... IKHLAS...!


Kedua : Tetap berpegang pada Hukum Syari'at.


Ketiga : Tetap memakai Adab2 Toriqat dan Hakikat.


Semoga terselamat dari tipu daya Iblis yang sangat halus...!


Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...