Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
JIKA ORANG FASIQ BAWA BERITA,
SIASAT DAHULU
Sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang
Mu'tabar telah sepakat bahawa menyebarkan suatu berita tanpa menyiasatnya terlebih dahulu adalah
termasuk dosa besar yang amat berat. Apa
lagi menjatuhkan hukum atas seseorang atau kumpulan berdasarkan sangkaan
semata2. Ini lebih berat akibatnya.
Pegangan ini adalah berdasarkan
Amaran Allah di dalam Al Qur'an
✨🕌✨Firman Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ
بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا
فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
[Al Hujurat (49): ayat 6]
Ayat ini merupakan peringatan
keras daripada Allah Ta'ala kepada ummat Islam agar waspada jangan terburu2
menghukum seseorang semata² mendengar berita yang dibawa oleh seseorang,
meskipun tukang bawa berita itu kawan rapat atau saudaranya sendiri atau ahli
keluarganya sendiri. Demikian lagi
JANGAN sebar suatu berita darihal keburukan seseorang atau kumpulan kepada umum
sebelum menyiasatnya terlebih dahulu secara adil mengikut hukum.
Demikian beratnya dosa sebarkan
berita palsu yang boleh mengaibkan seseorang atau suatu jamaah sehingga Allah
Ta'ala menggelarkan mereka yang gemar menjaja sana sini berbagai berita yang
belum sahih sebagai fasiq. Ini menunjukkan betapa besarnya dosa
menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya. Bahkan jika benar sekali pun
dilarang menyebarkan berita berupa hal peribadi atau suatu 'aib (kecelaan)
manusia.
Jika ternyata kemudiannya berita
itu palsu yang direka2, maka orang yang sebarkannya mendapat dosa besar. Dosa sebar khabar palsu yang paling banyak
tertimpa ke atas orang yang mula2 menyebarkan cerita dusta tersebut kerana dia
akan mendapat dosa sebanyak orang yang menyebarkannya. Katakan sejuta orang kongsi kisah dusta,
maka dia akan tertimpa dosa sejuta orang itu tanpa mengurangi dosa orang yang
sebarkan itu.
Dosa2 yang terhubung kepada
penyebaran berita palsu:
Sesungguhnya orang yang
menyebarkan berita yang belum sahih kebenarannya, jatuh kepada beberapa dosa
besar yang lain :
Pertama : Dosa
Bohong:
Dosa orang yang gemar melakukan
dusta dan cerita2 bohong.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ
عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قالَ: أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ
كَانَ مُنَافِقًا
خَالِصًا، وِمَنْ كَانَتْ
فِيْهِ خَصْلَة ٌمِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا: إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا
وَعَدَ أَخْلَفَ،
وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا
خَاصَمَ فَجََرَ (رواه البخاري ومسلم)
“Dari
Abdullah ibn ‘Amr bahawa Rasulullah ﷺ
bersabda:
“Empat sifat yang barangsiapa ada padanya
(mengerjakannya), maka ia menjadi munafiq tulen, dan barangsiapa yang melakukan
salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq
sehingga ia meninggalkannya, iaitu:
Apabila diberi amanah, dia khianat, Apabila berbicara, ia dusta, Apabila
berjanji, ia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar
(kebatilan).
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Kedua : Dosa Buka
'aib orang:
Buka 'aib (kecelaan pada diri
seseorang) merupakan dosa besar.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :
“Barangsiapa yang mencari-cari 'aib saudaranya
yang Muslim, nescaya Allah akan membuka 'aibnya walaupun dia berada di dalam
rumahnya.”
[ Imam At-Tirmizi]
Ketiga : Dosa
Fitnah:
Sesungguhnya orang yang hebahkan
cerita palsu mengenai seseorang, maka dia telah "membunuhnya" iaitu telah musnahkan nama baiknya, menyebabkan orang pandang hina. Maka ini
dosa fitnah yang amat berat sekali.
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ
». قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ. قَالَ « ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ
». قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِى أَخِى مَا أَقُولُ قَالَ « إِنْ كَانَ فِيهِ
مَا تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ
Dari Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhu, Rasulullah ﷺ
bersabda;
“Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka
menjawab;
“Allah dan Rasul-Nya yang lebih
mengetahui.” Baginda bersabda;
“Engkau menyebutkan kejelekkan saudaramu yang
ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika
yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ “Jika sesuai kenyataan
bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah
memfitnahnya.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dan orang yang lebih dibenci oleh Allah antara kamu ialah : pertama; orang yang suka membawa fitnah, kedua; orang yang suka memporak-perandakan (memecah-belahkan) di kalangan saudaranya dan ketiga; orang yang suka mencari jalan atau alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahannya."
[Imam Ahmad]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Seseorang hamba yang
membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (reka cerita, fitnah adu domba),
akan dilempar ke Neraka sejauh antara timur dan barat."
[Imam Muslim]
Apa yang patut dilakukan
ketika datang suatu berita?:
Langkah terbaik apabila mendengar
/ mengetahui perkara keburukan berkenaan seseorang atau kumpulan adalah :
1. Siasat sendiri terlebih
dahulu.
2. Jika tak mampu siasat sendiri, serahkanlah
pada pihak yang bertanggungjawab untuk siasat dan berikan jawapan.
3. Jika tiada maklumat yang sahih
berkenaan dengannya dan kita sendiri tak mampu siasat, maka diamlah! Dan menahan diri dari sebarkannya.
4. Jangan sebarkan walaupun sekadar masukkan dalam grup
ws / tele / fb / lain2... lalu bertanya
akan sohih atau tidak suatu berita. Ini kerana cerita sudah tersebar bagaikan
api yang marak... sedangkan kebenarannya
belum pasti. Pandangan umum yang baca berita itu berubah dan terjadi jahat
sangka.
Maka waspadalah...!
Internet pada zaman ini boleh
bawa kebaikan yang banyak untuk sebaran Agama yang benar (Ahlus Sunnah) tetapi
jika disalah guna... intenet boleh
jadi "pedang tajam" yang boleh
musnahkan "peribadi" seseorang atau suatu jemaah dalam sekelip mata. Dosanya akan tertimpa
kepada siapa sahaja sebarkan cerita dusta dan fitnah.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment