MENYERU KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN - FARDHU 'AIN ATAU FARDHU KIFAYAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

MENYERU KEBAIKAN DAN MENCEGAH KEMUNGKARAN — FARDHU 'AIN ATAU

FARDHU KIFAYAH

Menurut Imam Ghazali,  Jumhur Ulama Ahlus Sunnah mengatakan hukum Amr bin Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar  (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) adalah fardhu Kifayah.

Walau bagaimanapun perlu difahami maksud sebenar fatwa mereka.  Yang mereka maksudkan fardhu kifayah adalah 'amal jama'ie (yang dilakukan secara berjamaah). Adapun menyuruh kepada kebaikan dan cegah kemungkaran itu secara khusus adalah fardhu 'Ain atas setiap individu yang menerima Amanah Allah Ta'ala.  Ini berdasarkan Hadith Rasulullah  .

✨🕌✨Rasulullah    bersabda :

Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu, maka ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu, maka dengan hati (tidak redha dengan kemungkaran dan membenci kemungkaran), dan itulah selemah-lemah iman.”

[Imam Muslim]

✨🕌✨Berkata Imam Nawawi :

"Amar ma’ruf Nahi Mungkar menjadi Wajib ‘ain bagi seseorang, terutama jika ia berada di suatu tempat yang tidak ada seorang pun yang mengenal (ma’ruf dan mungkar) selain dirinya; atau jika tidak ada yang dapat mencegah yang (mungkar) selain dirinya. Misalnya, saat melihat anak, isteri, atau pembantunya, melakukan kemungkaran atau mengabaikan kebaikan.”

[Imam Nawawi — Syarah Shahih Muslim]

Menurut Hadith ini sesiapa sahaja melihat kemungkaran atau mendengar hal2 kemungkaran berlaku, maka wajib (fardhu 'Ain) atas setiap diri orang beriman mencegahnya mengikut kemampuan dirinya iaitu :

1.  Orang yang mempunyai kuasa wajib mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada padanya. Dia tidak boleh mencegah perkara mungkar sekadar dengan lisan dan tidak cukup sekadar benci dalam hati.

2. Orang yang mempunyai ilmu wajib bercakap, menasihati, memberi amaran sesuai dengan orang dida'wahkan. Maka orang yang mempunyai ilmu ini tidak cukup sekadar benci di dalam hati kerana Allah Ta'ala telah kurniakan Ilmu padanya.

3. Orang yang tiada kuasa apa2 dan tidak mempunyai hujjah yang cukup untuk mencegah suatu kemungkaran, maka wajib bagi dia sekurang2 mencela perbuatan tersebut di dalam hatinya. 

Sekurang2 bermaksud... jangan sesekali diam diri langsung tidak tergerak hati membenci perbuatan yang mungkar.  Ini kerana berdiam diri melihat kemungkaran tanpa sedikit pun tergerak hati mengengkarinya membawa maksud redha dengan kemungkaran. Sedangkan redha dengan kemungkaran adalah sama seperti menentang Allah.

Mari kita lihat beberapa contoh berkenaan kewajipan Amr bin Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar atas  setiap individu Muslim.

 Contoh 1:

Seorang yang dilantik menjadi Imam Masjid memegang amanah untuk meng'imarahkan Masjid dengan kebaikan dan menjauhkan segala kemungkaran.  Bagi dia memelihara Masjid dari segala kemungkaran adalah Fardhu 'Ain, BUKAN fardhu kifayah.

Contoh 2 :

Seorang bapa / suami bertanggungjawab menyuruh anak isterinya  menutup aurat dengan sempurna serta  memastikan mereka mengerjakan solat dan zikir tepat pada waktunya.  Bapa / suami bertanggungjawab mencegah anak isterinya daripada segala kemungkaran.  Maka jadilah Fardhu Ain, BUKAN fardhu kifayah.

Contoh 3 :

Ketua2 Jabatan yang memegang kuasa mentadbir sesebuah pejabat / institusi / kementerian dsb. wajib    ( Fardhu Ain ) mewujudkan suasana kebaikan dan wajib mencegah segala kemungkaran2 yang berlaku di dalam Jabatannya.

Contoh 4:

Seorang yang melihat kemungkaran di suatu tempat yang tiada orang lain melainkan dirinya. Dalam hal ini fardhu 'ain atas dia cegah kemungkaran dengan apa jua cara yang termampu dengan bijaksana.

Contoh 5:

Jika Orang berkuasa, ketua jabatan, Ketua Masyarakat, Menteri, Perdana Menteri, Sultan melakukan kejahatan, kezaliman dan kemungkaran...  maka menjadi kewajipan rakyat membetulkan Pemerintah atau orang berkuasa menurut kemampuan dan kelayakan ilmunya.

Ulama wajib betulkan Pemerintah dengan lisan / hujjah.   Orang awam wajib membenci segala kemungkaran / kekufuran tersebut di dalam hatinya.     Tidak boleh sama sekali berdiam diri apa lagi meredhainya. 

Perhatikan di sini baik2.... setiap orang Islam, masing2 mempunyai tanggungjawab mencegah kemungkaran  Pemerintah / pihak berkuasa.  Maka jelas ini hukumnya Fardhu Ain atas setiap diri, BUKAN fardhu kifayah.

Moga penjelasan ini memadai mereka yang masih keliru dan lalai. Walllahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...