■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 231 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Contoh 5: Wanita berpakaian tetapi telanjang
Contoh ini sangat relevan pada zaman ini, akhir Zaman yang dipenuhi kejahilan dan kegelapan.
Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya tidak menutup aurat menurut tuntutan Agama. Mereka berpakaian sesuka hati. Setengahnya memakai tudung tetapi menampakkan dada, tangan dan kaki. Setengahnya memakai pakaian ketat atau nipis sehingga kelihatan kulit di bawahnya.
Mereka ini menganggap mereka sudah menutup aurat tetapi sebenarnya tidak demikian sebaliknya mereka ini disebut sebagai "wanita yang telanjang" di dalam Hadith Rasulullah ﷺ.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
"Dua golongan dari ahli Neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki Syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau Syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
" Akan datang pada pada umatku, lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana unta, lalu turun di pintu-pintu masjid. Wanita mereka berpakaian, tetapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi. Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlaknat.
[Imam Ahmad]
Penjelasan terperinci telah pun kami bentangkan di dalam Tajuk : "Jilbab Wanita menurut Islam" dan Tajuk 'Aurat Wanita Muslimah", maka tidaklah kami ulangi lagi di sini.
Contoh 6: Mengucap "selamat" kepada Agama lain
Menurut pendirian Ahlus Sunnah wal Jama'ah menucap "selamat" kepada Perayaan Agama kafir adalah haram dan pelakunya wajib dita'zir. Tetapi akibat kejahilan, orang islam bergembira dan berseronok sama2 merayakan perayaan kafir.
Imam Ibnu Hajar al-Haythami berkata :
"Di antara bid'ah (sesat) yang paling buruk adalah kaum muslimin sepakat bersama-sama kaum nasrani merayakan hari perayaan mereka, iaitu dengan meniru-niru mereka, memakan makanan mereka, memberi hadiah kepada mereka, menerima hadiah daripada mereka. Orang yang paling memberi perhatian (melakukan) perbuatan ini adalah orang-orang Mesir. Padahal Nabi Shallallahu 'Alaihi waSallam telah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka".
Bahkan Ibnu al-Haaj berkata: Tidak halal bagi seorang muslim untuk menjual sesuatu bagi seorang nasrani yang berkaitan dengan kemaslahatan perayaan mereka, sama ada daging, sayur, mahupun baju. Tidak boleh kaum muslimin meminjamkan apa pun kepada mereka, termasuk meminjamkan haiwan tunggangan. Kerana ini, termasuk membantu mereka dalam kekafiran. Dan wajib bagi pemerintah untuk melarang kaum muslimin dari perkara tersebut.
[Al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubra]
Berkata Imam Al-Khathib Sharbini :
"Ditakzir orang (muslim) yang bersama-sama orang-orang kafir merayakan perayaan-perayaan mereka. Demikian juga ditakzir orang islam yang memegang ular dan masuk dalam api, serta orang yang memanggil kepada kafir zimmi "Yaa Haaji". Dan orang yang mengucapkan selamat kepada perayaan orang kafir"
[Mughni Muhtaj]
SIRI 232 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Punca Beramal Tanpa Ilmu
Beramal tanpa ilmu bermaksud tidak menuntut ilmu Fardhu 'Ain, dan lebih tepat lagi, kita katakan : Tidak menuntut Ilmu Agama yang menepati Ahlus Sunnah Wal Jamaah daripada Guru yang benar2 Arif yang berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar. Dengan demikian perkara yang dibincangkan adalah punca orang Islam beramal tanpa Ilmu dan punca mereka tidak menuntut Ilmu fardhu 'Ain.
Punca 1 : Agama menjadi perkara sampingan
Realitinya, Ummat Islam semakin jauh dari Ajaran Islam yang suci murni. Dunia menjadi keutamaan, Akhirat dipandang sebagai sampingan. Terlalu banyak bukti untuk menjelaskan keadaan ini. Orang2 Islam perlu muhasabah diri akan hakikat ini.
Punca 2: Tidak Mengetahui Ilmu fardhu Ain
Orang2 Islam tidak mengetahui bahawa menuntut Ilmu fardhu Ain itu wajib atas setiap Muslim. Sebahagiannya mengetahui akan kewajipan menuntut ilmu secara umum, tetapi tidak mengetahui jenis2 ilmu yang wajib Aini. Setengahnya lagi mengetahui jenis2 ilmu yang wajib, tetapi tidak mengetahui had dan batas2nya.
Punca 3 : Tidak sedar beramal tanpa Ilmu batal Ibadahnya
Tidak mengetahui bahawa beramal tanpa ilmu menyebabkan segala amal terbatal dan menjadi dosa besar.
Punca 4 : Campur aduk Islam dengan ajaran dan falsafah kafir
Hal ini bukan suatu yang baru. Pada kurun ke-2 Hijriyyah orang2 yang baru memeluk Islam membawa masuk ajaran2 kuno falsafah Yunani dan Parsi dan mencampur adukkannya ke dalam ajaran Islam, lalu berkata : "Inilah Islam". Pada hari ini cendikiawan Islam campur adukkan berbagai sistem ciptaan manusia seperti sistem demokrasi, kapitalis, sosialis lalu mencanangkan " inilah Islam ".
Untuk menambahkan "minyak ke dalam api kejahilan yang membara", Ulamak2 Politik mentafsirkan Al-Qur'an mengikut selera nafsu mereka. Mereka mengubah2 tafsiran Al-Qur'an menurut selera politik untuk meraih "kuasa" kerana menurut falsafah Ulama politik ini yang penting adalah "kuasa". Ulama politik ini sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa berbohong, kerana yang penting bagi mereka adalah "kuasa".
Tafsiran batil dan Fatwa2 sesat seperti ini menyebabkan orang awam yang jahil bertambah jahil.
Punca 5: Rasa diri sudah pandai dan tahu semua
Ini satu daripada beberapa penyakit besar penuntut Ilmu Agama. Mereka belajar sebahagian Agama lalu mendabik dada sudah mahir di dalam Agama. Akibatnya mereka engkar kepada segala ilmu lain hasil Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar. Bahkan mereka terang2an engkar dan menentang Ilmu yang benar2 Warid dari Rasulullah ﷺ, sedangkan ilmu yang mereka pelajari di Universiti hanya sebahagian kecil dari maksud Agama.
SIRI 233 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Akibat Beramal Tanpa Ilmu
Akibat Beramal tanpa Ilmu yang benar menurut I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah amatlah banyak, bahkan inilah punca paling besar kepada segala penyelewengan, kebatilan dan kesesatan manusia.
Sebahagian daripada "bahaya amal tanpa ilmu" telah pun kami sebut secara tak langsung di dalam siri2 sebelum ini.
Pertama : Aqidahnya tidak sah
Seseorang yang tidak menuntut Ilmu, tidak mengetahui Aqidah yang benar menurut I'tiqad dan Pegangan Ahlus Sunnah yang benar. Akibatnya mereka mudah menyeleweng kepada Aqidah yang batil dan sesat — 72 golongan yang terkeluar dari Jalan Lurus, Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).
Misalnya tanpa menuntut Ilmu yang sahih menurut Ahlus Sunnah, seseorang mudah terjebak kepada Aqidah Mujassimah yang menjisimkan Allah yang beri'tiqad bahawa Allah mempunyai jisim, mempunyai tangan dan kaki. Atau mereka mudah terpengaruh dengan Aqidah Mu'tazilah yang berpegang bahawa Al-Qur'an itu makhluq. Atau mereka jatuh kepada Aqidah Jabariyyah yang menafikan usaha ikhtiar bagi makhluq dan beri'tiqad bahawa Allah bersifat "Pemaksa" sehingga manusia hanya ibarat bulu yang diterbangkan oleh angin. Atau mereka jatuh kepada i'tiqad sesat "Allah menetap di atas 'Arasy". Semua ini Aqidah batil dan sesat menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Aqidah "Allah menetap di atas 'Arasy" yang menjadi pegangan beberapa orang bergelar Dr, PhD, Prof dan lain2 membawa kekeliruan Ummat islam, sehingga menjadi bahan perdebatan di kedai kopi, di bilik2 kuliah dan group2 ws, tele, fb dll. Sesungguhnya semua ini perbuatan bodoh yang membawa kebinasaan kerana bab Agama bukan bahan perdebatan orang awam, meskipun orang yang bergelar PhD atau profesor sekalipun, kerana tiada seorang pun cerdik pandai Agama ini menepati syarat sebagai Mujtahid. Sesungguhnya mereka terjerat dengan tipu daya nafsu dan Syaitan.
Kedua : Amal ibadahnya tak sah
Setiap Ibadah di dalam Islam mempunyai Peraturan, Rukun, Syarat dan Adab2 tertentu. Jika seseorang tidak mengetahuinya sebagaimana yang ditetapkan oleh Ulama di dalam kitab2 mereka, maka segala ibadahnya akan terbatal / tidak sah.
Ketiga: Jatuh kepada kemungkaran tanpa disedari
Orang yang tak menuntut Ilmu, tidak mengetahui mana yang halal dan mana yang haram sangat mudah terjatuh kepada larangan2 Allah. Misalnya seorang lelaki yang tidak mempelajari kewajipan seorang suami / bapa akan abaikan amanahnya yang dipikulkan ke atasnya. Seorang wanita yang tidak mengetahui cara berpakaian sebagai Mukminah, akan mudah terjerat dengan kempen musuh2 Islam.
Keempat : Mempersendakan Allah dan Rasul-Nya
Orang Islam yang beramal tanpa ilmu adalah termasuk orang yang mempermainkan Agama dan mempersendakan Allah Ta'ala yang telah Memerintahkan manusia bertauhid dan beramal dengan tertib beradab kepada Allah dan Rasul-Nya.
Kelima : Mudah terjerat dengan tipu daya Syaitan
Para Masyaikh Ahlus Sunnah telah menetapkan setiap Muslim wajib menuntut Ilmu dan wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai pemimpin kepada Allah Ta'ala.
Seseorang Islam yang tidak menuntut Ilmu dan enggan berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, sangat mudah menjadi mangsa tipu daya Syaitan. Ini kerana mereka tidak mengenal jalan2 Syaitan masuk ke hati membisikkan kesesatan. Tipu daya Syaitan amat halus sehingga orang2 bergelar "alim" pun tewas kepadanya, apa lagi orang2 yang tiada ilmu lebih mudah tertipu. Wal Iyazubillah.
SIRI 234 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan
Berikut adalah beberapa panduan yang patut diketahui dan dilaksanakan oleh semua orang Islam bagi mencapai keselamatan dunia Akhirat.
Pertama : Buang ego kesombongan
Langkah Pertama untuk mencari Ilmu yang benar dan Jalan Lurus adalah buang segala ego kesombongan diri. Rendahkan diri dan kosongkan diri seolah2 kamu tak tahu apa2, hanya menunggu Kemurahan Allah dan Curahan Ilmu dari-Nya. Barangsiapa merasakan diri mereka hebat dengan ilmu sedikit yang mereka miliki, maka hati mereka akan tertutup. Sesungguhnya takabbur menggelapkan hati dan jauhkan seseorang dari Rahmat Allah.
Kedua : Wajib menuntut tiga macam Ilmu
Setiap Muslim WAJIB mempelajari 3 macam Ilmu Fardhu Ain, iaitu :
Ilmu Fiqh, Ilmu Usuluddin, Ilmu Tasawwuf. Ketiga2 ilmu ini kadangkala dibincangkan dalam bentuk pembahagian lain, iaitu Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf).
Sekalian hukum-hakam Agama — Peraturan, Rukun, Syarat dan Adab bagi ketiga2 Ilmu tersebut telah lengkap disusun oleh Ulama di dalam kitab2 mereka. Setiap orang Islam wajib merujuk kitab2 tersebut (dengan bimbingan Guru yang arif) bagi memahami keseluruhan Agama. Janganlah kiranya ada yang memandai-mandai cuba merujuk Al-Qur'an dan Hadith terus dan cuba memahaminya sendiri. Sesungguhnya yang demikian itu kebinasaan.
Ketiga : Amalkan keseluruhan Agama
Setelah mempelajari kedua2 bahagian Syari'at ; Syari'at zahir (fiqh) dan Syari'at batin (tasawwuf / Toriqat), maka wajib sungguh2 amalkan kedua2nya, tanpa abaikan mana2 bahagian daripadanya.
Sepertimana kami berulangkali menyebut di dalam Risalah2 kami, tidaklah memadai seorang Islam hanya mempelajari Syari'at (fiqh) dan abaikan Toriqat (Tasawwuf). Dan bahaya juga seseorang yang hanya amalkan Toriqat (tasawwuf) sedangkan Syari'atnya (fiqh) keciciran. Kedua2 golongan ini di dalam bahaya. Golongan yang selamat adalah hanya Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar2 amalkan kedua2nya — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf).
Keempat : Pelajari Agama dari ahli-nya
Setiap Ilmu Agama WAJIB dipelajari dengan jalan Talaqqi Musyafahah dari Guru yang benar2 Arif di dalam Agama. Ertinya wajib menghadap Guru dan menerima ilmu terus dari lisannya. Bukan mengambil dari fb, tiktok, atau lain2nya melainkan Ulama yang mengajar melalui tiktok atau fb atau lainnya, sudah dikenali sebagai Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya.
Moga Ummat Islam yang beriman tidak tertipu dengan propaganda Yahudi menggunakan berbagai taktik penipuan untuk melemahkan Ummat melalui berbagai media elektronik.
SIRI 235 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-30 : Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan
Definisi
Menggunakan kepandaian di dalam Al-Qur'an, sama ada kerana hafalannya atau kerana kepandaian di dalam membacanya, untuk menunjuk2 kepada manusia atau menyombong membesarkan diri atau mencabar manusia lain sehingga ke peringkat mengangkat pedang dan membunuh orang beriman sewenang2nya.
Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu :
"Orang yang menyeret pakaian disertai kesombongan ketika berjalan sahaja pun dimasukkan ke dalam dosa besar, maka masalah ini jauh lebih layak dikategorikan ke dalam dosa besar. Orang yang mempermainkan Ilmu, Al-Qur'an dan suatu bahagian dari Ibadah adalah perbuatan buruk yang sangat tercela."
[Al-Zawaajir]
Penjelasan
(1) Selayaknya tajuk ini sudah pun termasuk di dalam perbincangan Bab _Syirik Khafi_ — _Takabbur, Riya, Sum'ah dan 'Ujub_, yang telah lalu, namun para Ulama membincangkan hal ini secara khusus, menunjukkan wujudnya bahaya yang sangat besar kepada Qori dan Hafiz Al-Qur'an.
(2) Di antara sebab2 Ulama membincangkan hal ini secara khusus adalah kerana bangkitnya golongan manusia muslim yang masih mentah, lemah pemikirannya dan sedikit ilmu Agamanya... sangat berani mentafsirkan Al-Qur'an dan memberi fatwa sesuka hati semata2 kerana mereka telah menghafal Al-Qur'an. Sebab lain adalah : Qori dan Hafiz Qur'an ini merasa diri hebat dengan hafalan mereka sehingga menghukum ummat Islam sebagai kafir dan halalkan darah mereka.
(3) Keadaan ini sangat sulit difahami dan membingungkan kebanyakan orang awam. Kemusykilan mereka adalah : Bagaimana orang islam yang hafal Qur'an tergamak melakukan hal2 demikian. Bukankah orang yang sudah hafal Al-Qur'an itu hatinya bercahaya dan wataknya lemah lembut.? Tak mungkin orang yang mendapat kemuliaan seperti itu menjadi pelampau yang menuduh Ummat Islam sebagai kafir dan membunuh mereka sewenang2nya. Kebanyakan orang awam kebingungan menghadapi hal ini.
Untuk merungkai kemusykilan tersebut, berikut jawapan ringkas :
■ Pertama : Tidak ikhlas semata2 kerana Allah.
Mereka menghafal Qur'an bukan kerana Allah, sebaliknya mempunyai tujuan2 mencari habuan keduniaan atau mencari kemegahan.
■ Kedua : Hafalan mereka tak masuk ke dalam hati.
Al-Qur'an yang mereka hafal dan bacaan mereka terhenti pada aqal dan lisan mereka sahaja, tidak masuk ke hati dan tidak menerbitkan Cahaya hati. Hal ini sama seperti orang Yahudi yang menghafal Qur'an untuk musnahkan Islam. Meskipun Yahudi ini menghafal Qur'an, namun hafalannya cuma terhenti pada aqal, tidak masuk ke hati.
■ Ketiga : Mereka menjadi tawanan Syaitan.
Apabila seseorang muslim telah hilang keikhlasannya, maka ketika itu dia telah membuka laluan untuk Iblis masuk ke dalam hatinya untuk memperdaya dan menghiasi kebatilan sebagai kebenaran. Wal Iyazubillah.
(4) Khabar daripada Rasulullah ﷺ berkenaan hal ini benar2 menepati amaran Baginda dan menjadi suatu Mu'jizat Baginda yang disaksikan oleh sekalian Ummat Islam. Golongan orang Islam ini ; yang hafal Qur'an dan memisahkan diri dari Saf Ummat Islam, menuduh mereka sebagai Syirik dan kafir lalu menghunuskan pedang terhadap Ummat, benar2 disaksikan oleh Ummat Islam.
SIRI 236 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-30 : Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan
Sambungan.....
Dalil-Dalil dan Perbincangan
Sesungguhnya berdasarkan Firman Allah dan Hadith2 Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, sekalian Ummat telah memahami bahawa penghafal Al-Qur'an dan Qori mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di Sisi Allah. Mereka dijanjikan ganjaran yang amat banyak.
Walau bagaimanapun tidak semua orang yang bergelar Hafiz dan Qori mendapat kemuliaan tersebut. Sebaliknya sebahagian mereka akan menerima kehinaan meskipun mereka sudah terkenal di kalangan umum sebagai Hafiz dan Qori kerana mereka tidak menepati Syarat Iman dan syarat amal Ibadah. Wal Iyazubillah.
Mari perhatikan beberapa Dalil2 yang menunjukkan kepincangan di kalangan penghafal Qur'an dan orang2 yang mempunyai kepandaian didalam bacaan Al-Qur'an sehingga mereka jatuh kepada kebinasaan dan Kemurkaan Allah.
Pertama : Tidak Ikhlas kerana Allah
Terdapat Ancaman Neraka secara khusus kepada Hafiz Qur'an (penghafal Al-Qur'an) dan Qori (fasih baca Al-Qur'an) yang niatnya bukan kerana Allah, sebaliknya kerana berlumba2 mendapat pujian, pangkat, kedudukan dan berbagai habuan dunia.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Kemudian didatangkan orang yang kedua, yaitu seorang laki-laki yang sering membaca Al Qur’an, rajin menuntut ilmu, dan senantiasa mengajarkan pengetahuannya kepada orang lain. Lalu dia ditanya, “Apa yang telah engkau perbuat (selama hidup di dunia)?” dia menjawab, “Aku mempelajari berbagai ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, dan aku juga sering membaca Al Qur’an kerana-Mu.” Allah menjawab, “Bohong! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku. Bacaan Al Qur’anmu juga bukan kerana Aku. Engkau belajar dan mengajar agar dikatakan pintar dan ‘alim. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Bacaan Al Qur’anmu juga bukan kerana Aku, tetapi agar engkau diberi gelar Qori’. Itu juga telah engkau mendapatnya.” Akhirnya dia juga diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.
[Imam Muslim]
Kedua : Bermegah2 dan Takabbur
Setengah daripada penghafal Qur'an bermegah dengan kepandaian mereka menguasai Al-Qur'an. Mereka menolak kebenaran Ahlus Sunnah dan memandang hina terhadap orang lain. Mereka mendabik dada mengatakan tiada yang lebih pandai dari mereka.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Islam lahir sehingga menguasai para pedagang di laut, hingga menggerakkan kuda-kuda (untuk berjuang) di Jalan Allah, kemudian melahirkan orang2 yang membaca Qur'an. Mereka berkata : "Siapakah yang lebih baik bacaannya berbanding kami. Siapakah yang lebih tahu melebihi kami dan siapa yang lebih pandai berbanding kami?" Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya Sahabat: "Apakah ada kebaikan pada mereka?" Para Sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang2 dari bahagianmu juga dan mereka adalah bahan bakar Neraka."
[Imam At-Thabrani, Imam Al-Bazzar, Imam Abu Ya'la]
Ketiga: Berlumba2 untuk menjadi Mufti
Wujudnya Golongan yang berlumba2 menghafal Qur'an kerana ingin menjadi Pegawai Agama dan ahli fatwa kepada Pemerintah.
Permulaan berlakunya hal ini adalah pada zaman Dinasti Umayyah. Sebaik sahaja tamat Pemerintahan Khilafah Manhaj An-Nubuwwah (dengan wafatnya Sayyidina Ali Radhiallahu anhu), para Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) telah menjauhkan diri dari Pemerintahan disebabkan permainan politik kotor dan perebutan kuasa manusia2 tamak. Akibatnya Khalifah tiada tempat untuk memohon fatwa, bahkan yang sebenarnya mereka mahukan "Ulama" yang sedia mengeluarkan fatwa mengikut kehendak mereka. Maka berlumba2lah manusia menghafal Qur'an untuk menjadi ahli fatwa kepada Pemerintah.
SIRI 237 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-30 :
Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan
Sambungan.....
Keempat : Mentafsir Al-Qur'an mengikut pendapat sendiri
Bangkitnya penghafal Al-Qur'an sewenang2 mentafsirkan Al-Qur'an dengan aqal pemikiran mereka. Mereka sewenang2 memberi fatwa "Ini haram", "Ini halal", "ini bid'ah sesat", "ini khurafat", "Ini Syirik", dan gelaran2 buruk yang lain terhadap orang beriman. Sedangkan mereka bukan Mujtahid yang layak memberi fatwa. Mereka hanyalah "kanak2 yang baru bertatih" di dunia keilmuan, tetapi tersangat berani memberi fatwa halal, haram, bid'ah, khurafat dll mengikut selera nafsu mereka. Sesungguhnya mereka benar2 mempermainkan Kalam Allah Yang Maha Agung.
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.
[An-Nahl (16): Ayat 116]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"
[Imam Tirmidzi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
“Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.
[Imam Ahmad]
Kelima : Menuduh Ummat Islam sebagai Syirik dan membunuh mereka sewenang2nya.
Barangkali tuduhan dan tindakan ini yang paling dahsyat yang dilakukan oleh Penghafal Qur'an yang menyimpang dari kebenaran. Mereka bukan sahaja membuat tuduhan2 liar terhadap Ummat tetapi memerangi dan membunuh mereka sewenang2nya.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
"Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca Al-Qur'an sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam Al-Qur'an dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah, maka dia pun terlepas dari Al-Qur'an dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan Syirik"
[Imam Ibn Hibban, Imam Abi Ya'la]
SIRI 238 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-30 : Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan
Sambungan.....
Rumusan ringkas:
Pertama :
Pembaca dan penghafal Al-Qur'an dijanjikan berbagai kelebihan dan ganjaran yang besar2, namun semua itu tertakluk kepada syarat, peraturan dan adab2.
Kedua :
Orang yang menggunakan Al-Qur'an untuk bermegah2 atau kerana tujuan2 menyimpang yang lain, akan jatuh kepada beberapa bahaya besar :
■ Dosa besar
■ Amal ibadahnya batal dan ditolak
■ Hati menjadi keras dan gelap
■ Jatuh kepada perangkap Iblis — Syaitan mudah memperdayanya.
■ Jatuh kepada Kesesatan — terkeluar dari Jamaah Muslimin
■ Memusuhi Ummat Islam dan menuduh mereka sebagai kafir, syirik dll dan halalkan darah mereka
Wal Iyazubillah.
Ketiga :
Untuk mengetahui keterangan lain seperti punca, akibat dan penjagaan serta rawatannya berhubungan dengan Bab ini, sila rujuk :
■ Bab Syirik khafi secara umum.
■ Bab Takabbur
■ Bab Riya'
■ Risalah khas : Mengapa Hafiz Qur'an dan orang alim fiqh pun terkena gangguan jinn syaitan.
SIRI 239 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang Buruk Di dalam Islam
Definisi
Pelopori "Sunnah yang buruk" bermaksud : Memulai suatu tradisi mungkar yang kemudiannya diikuti oleh orang ramai. Atau merintis suatu jalan kejahatan yang kemudian menjadi ikutan manusia turun-temurun.
Orang yang menjadi pelopor kepada kemungkaran tersebut mendapat dua macam dosa: Dosanya sendiri dan Dosa orang yang mengikutnya. Ini bermaksud dosanya berganda2 berdasarkan bilangan manusia yang menjadi rosak, jahat, sesat dan kufur akibat perbuatannya. Dan dosanya tidak berhenti mengalir kepadanya selama "Jalan kesesatan" yang telah diwujudkannya terus berdiri di kalangan manusia.
Dasar bagi keterangan ini adalah Hadith2 berikut berserta Syarahnya oleh Ulama Mu'tabar.
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ “
"Barangsiapa yang memulai sunnah hasanah (mempelopori suatu kebaikan atau suatu yang terpuji) dalam Islam maka dia akan memperoleh pahala dan pahala orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa yang memulai sunnah sayyi’ah (pelopori suatu kejahataan atau suatu yang keji) dalam Islam maka ia akan mendapatkan dosa dan dosa orang yang mengikutinya, dengan tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Barangsiapa menekuni (menghidupkan) kebiasaaan dari kebiasaanku selepas kematianku, maka baginya mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Barangsiapa mengadakan bid'ah yang sesat yang tidak di Redhai Allah dan Rasul-Nya, maka baginya memperoleh dosa seperti dosa orang mengerjakannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun."
[Imam Rirmizi]
✨🕌✨ Sabda Rasulullah ﷺ :
Sesungguhnya kebaikan itu merupakan gudang2 dan gudang2 itu pasti mempunyai kunci. Maka beruntunglah orang yang dijadikan Allah sebagai kunci untuk kebajikan dan penutup kejahatan. Dan celakalah orang yang dijadikan Allah kunci kejahatan dan penutup keburukan."
[Imam Ibnu Majah]
Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu :
Keterangan yang dipaparkan merupakan dosa besar. Demikian menurut realiti beberapa Hadith Sahih yang menerangkan tentang beratnya ancaman perbuatan tersebut. Dosa yang terbit daripadanya berganda-ganda."
[Al-Zawaajir]
SIRI 240 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 : Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam
Sambungan....
Penjelasan
(1) Awal perkataan kami, Kunci memahami persoalan yang sedang dibincangkan berpandukan Hadith Rasulullah ﷺ menyebut dua macam "Sunnah" yang dibangunkan oleh manusia, iaitu : "Sunnah yang baik" dan "Sunnah yang buruk".
Perhatikan sungguh2 pada ungkapan :
"Sunnah yang dibangunkan atau dimulai oleh manusia".
Ungkapan ini jelas menunjukkan pengertiannya. Ia BUKAN ditujukan kepada Sunnah Rasulullahﷺ tetapi suatu "Tradisi" atau "Jalan" atau "Peradaban" atau "Manhaj" yang baru dibangunkan oleh manusia. Ini poin pertama dan utama yang perlu kepada pemahaman yang tepat.
(2) Dua macam "Sunnah" atau "Tradisi" atau "Jalan" yang bangunkan di dalam Islam:
Pertama : Rasulullah ﷺ menyebut : " مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً "
(Orang yang memulai Sunnah yang baik di dalam Islam)
Kedua : Rasulullah ﷺ menyebut : " وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً "
(Orang yang memulai Sunnah yang jahat di dalam Islam)
Ertinya di kalangan orang Islam, terdapat dua macam Golongan pada sudut membangunkan hal2 yang baharu di dalam Agama : Hal baru yang menepati hukum-hakam Agama dan yang kedua hal baru menyimpang dari hukum-hakam Agama. Poin kedua ini pun sangat penting difahami kerana mempunyai konsekuensi yang bertentangan satu dengan lainnya. Yang pertama membawa Hidayah dan Keredhaan Allah. Yang kedua membawa kepada kesesatan dan Kemurkaan Allah.
(3) Golongan yang membangunkan hal2 baru di dalam Agama yang menepati Kehendak Allah dan Keredhaan-Nya, dengan mengikuti sepenuhnya Jalan Lurus, Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang mendapat Rahmat Allah dan Pimpinan-Nya.
Bagi Golongan pertama ini, Allah Ta'ala menjanjikan mereka ganjaran atas kebaikan yang mereka bangunkan, bahkan lebih dari itu mereka juga akan memperoleh ganjaran orang2 yang mengikuti kebaikan tersebut tanpa mengurangi pahala sekalian yang mengikuti dan mengambil manfaat daripadanya.
Contoh2 Membangun perkara Hasanah (kebaikan) di dalam Agama adalah :
■ Membukukan Al-Qur'an menjadi sebuah kitab yang tersusun dan kemas.
■ Usaha memberi baris dan titik kepada Ayat Qur'an sehingga membolehkan orang 'ajam (selain Arab) membacanya.
■ Mewujudkan Ilmu Tajwid, agar orang 'Arab dan 'Ajam terpelihara daripada al-lahn al-jali (kesalahan berat kerana membawa kepada perubahan makna) atau al-lahn al-khafi (kesalahan yang tidak mengubah makna namun tetap mengandung bahaya kerana menghilangkan Mu'jizatnya)
■ Membangunkan Mazhab Fiqh (mazhab-mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'e, Hambali) bagi memudahkan orang awam ; sama ada Muqallid atau Muttabi' mengamalkan hukum-hakam zahir Syari'at.
■ Mambangunkan Ilmu Usuluddin bagi menerangkan hal ehwal keimanan yang bersifat aqliyyah berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli. iaitu himpunan Ilmu berkenaan Iman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Qiamat dan Qadha Qadar.
■Membangunkan Ilmu Tasawwuf / Toriqat, mengkhususkan bidang keruhanian untuk menunjukkan jalan menyucikan hati sehingga tercapai Tauhid Hakiki, Keimanan Sejati, Taqwa, Ihsan.
■ Membangun Sekolah Agama, Madrasah Tahfiz, Zawiyah Ahli Sufi, Jabatan Agama bagi Hal ehwal Ummat Islam dll sepertinya bagi mempermudahkan urusan Pembelajaran Ummat.
■ Menyediakan kitab2 dan buku2 Agama bagi memudahkan Ummat Islam mentelaah Ilmu2 Islam.
■ Membangunkan Sistem Persulukan (yang mencontohi Khilwah Rasulullah ﷺ ) bagi Ummat Islam melakukan_islah, mujahadah, riadhah bagi memperteguhkan Keimanan dan Ketaqwaan.
Demikian beberapa contoh Perkara baru di dalam Agama yang dibangunkan oleh _Ulama Mujtahid_, yang mendapat ganjaran berganda2.
Bersambung siri 241 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment