Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
DALIL
TORIQAT : DALIL WAJIB AMALKAN TORIQAT
Ini suatu penjelasan ringkas
berhubung dengan Kewajipan Amalkan Syari'at dan Toriqat Rasul ﷺ
Segelintir
cerdik pandai Agama berpendapat Toriqat tidak ada dalilnya di dalam Kitabullah
dan Sunnah Rasul. Menurut golongan ini
Toriqat adalah bid'ah sesat yang di lakukan oleh Ahli Sufi. Na'uzubillah.
Tuduhan buta
cerdik pandai Agama ini lahir dari kejahilan melampau (murakkab). Mereka ini memakai pakaian PhD Islam,
Profesor Islam, Master Islam tetapi tidak memahami keseluruhan Agama dari sumber yang benar lalu membuat analisa
dan penghakiman buta terhadap Ilmu Ahlus Sunnah.
Sebelum membincangkan suatu Ilmu
di dalam Agama, perlu diketahui Ta'rif / definsi Ilmu tersebut. Ta'rif suatu ilmu memberikan gambaran
keseluruhan Ilmu dan batas2nya. Tanpa
mengetahui Ta'rif suatu ilmu seseorang akan tersesat di dalam menghakimi dan menghukum
suatu secara buta.
Baca semula Ta'rif Toriqat sebagaimana yang telah dihuraikan oleh
Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah
atau baca saja huraian ringkas
kami berhubung dengan Tasawwuf, Toriqat dan Mursyid.
Ta'rif Toriqat dan Tasawwuf dan hubung kait antara
keduanya telah disebutkan.
Ta'rif Mursyid yang siddiq serta
syaratnya juga telah disebutkan.
Hubungan di antara Toriqat,
Tasawwuf dan Mursyid juga sebahagiannya telah disebutkan.
Sila rujuk.
DALIL 1:
✨🕌✨Firman Allah :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق َ
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق ٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ
الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ عَلَّمَ
الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَم"
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan.
Dia telah Menciptakan manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu
lah yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia
Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
[Al ‘Alaq (96): ayat 1-5]
Wahyu pertama yang diturunkan
oleh Allah Ta'ala kepada Jujungan Besar Rasulullah ﷺ mengandungi dalil yang terang berhubung
dengan Toriqat dan Syari'at sekaligus.
Perhatikan kalimat2nya berserta fatwa Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.
Kalimat " اقْرَأْ
" (iqra) lazim diertikan secara
umum sebagai "baca". Ini kita semua tahu dan kenal.
Walau bagaimanapun Kalimat ini
tidak hanya terbatas pada makna "baca" menurut pengertian sempit. Tetapi ianya suatu "pengisytihan
Agung" yang mengandungi makna yang
sangat mendalam.
Menurut pengertian bahasa :
Kalimat Agung dan Wahyu Pertama ini ditinjau dari nahwu (tatabahasa)
dan balaghah (bahasa) mempunyai beberapa
makna iaitu ; menghimpun kalimat, menyusun kata², menyebut, mengingat, berzikir, merenung,
membaca yang tersurat, merenung yang
tersirat, lihatlah di dalam diri, renung- lah sekalian ciptaan, renunglah kepada Pencipta kamu....!
Menurut Ulama Arif Billah,
Kalimat "Iqra" mendukung makna yang sangat mendalam, mencakupi
dua pengertian Agung :
Pertama :
Makna "
اقْرَأْ
" (iqra) — "baca" dengan pengertian ilmu tersurat iaitu ilmu hukum hakam terangkum di dalam
Al-Qur'an berkaitan dengan ibadah
anggota zahir — ibadah khusus seperti
solat, puasa, zakat, haji, dan juga
meliputi muamalah, munakahat, jenayah,
pemerintahan, negara dll. Ini kemudian
nya dikenal sebagai Ilmu Syari'at.
Kedua :
Makna "
اقْرَأْ
" (iqra) —
"baca" dengan
pengertian ilmu yang tersirat iaitu
"Zikrullah, Merenung dan
Mengenal" yang terangkum di dalam Al-Qur'an yang berkait dengan ibadah anggota batin - iaitu
penyucian hati dan ruh dari kekotoran jahiliyah dan kekejian ma'nawiyyah. Ilmu ini kemudiannya dikenali
sebagai Ilmu Toriqat.
Daripada ilmu ashluddin; artinya
mengetahui beberapa asal agama ...
Ashluddin tu asal agama. Kalau
ushul ; ada ‘wau’ اصول
, ushul tu makna perdu agama. Macam perdu pokok tu ada و ; ushulluddin.
Kalau اصل [ ashlun ] makna asal. Asal dengan perdu,
lebih kuranglah.
Mengetahui beberapa asal agama, iaitu
ilmu yang dibicara padanya mengenal akan wujud Allah dan segala sifat-Nya dan
segala asma-Nya ......
Asma apa ? Nama Allah. Allah nama
bagi zat. Jadi, Allah Tuhan kita itu zat yang wajibul wujud. Lepas tu Dia
bersifat, banyaklah sifat Dia, kita duk baca 20 kan. Lain-lain pada 20 tu ada
lagi sifat Dia. Daripada sifat itu, maka keluarlah nama. Kalau nahu melayu kata
“nama terbitan”.
Daripada sifat qudrah, keluarlah nama Dia ; Qadir. Tu, kita baca dalam Quran ;
. إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Innallaha ala kulli
syai'in qadir ''
QS.3 Ali
'Imron ayat 165.
Qadir tu nama
Allah.
Dan segala
nama-Nya (asma-Nya), dan segala af’al-Nya.....
Af’al-Nya tu
makna perbuatan Allah. Kita lihat semua yang berlaku ni, semuanya perbuatan
Allah ; af’alullah. Tidak ada perbuatan yang lain ! apa juga, semuanya
perbuatan Allah.
Segala
af’al-Nya, dengan sekira-kira barang yang dikarunia akan dia bagi hamba-Nya,
.......
Apa juga
perbuatan yang Tuhan kurnia pada kita, semuanya perbuatan Allah.
Maka barang di mana berhadap kamu
dengan panca indra kamu yang zahir dan yang batin maka kamu dapatlah di sana
satu kaum, yang menunjuk ia atas wujud Allah yang mengada Ia akan dia.
Maka, maknanya
semua yang kita lihat di dalam alam ni, semuanya perbuatan Allah. Inilah yang
kita nak mengesakan pada perbuatan ; tauhidul af’al.
Ini dulu,
bagi ada rasa.
Pada peringkat inilah yang ramai
orang tergelincir. Jika ini tidak lepas, mana mungkin nak ke peringkat tauhidul
asma, tauhidul sifat dan tauhidul zat.
Jika tauhidul af’al pun tak faham
jelas, mana nak tahu rasa ke tidak.
Belum bicara bab rasa ! Ini baru
nak tahu bab ilmu, nak tau dulu.
Kalau bab ilmu
syariat bab fekah pun masih tak berbetulan dengan kehendak syariat, mana
mungkin ibadat kita diterima.
Kalau hati
masih belum suci, mana mungkin amal naik ....??? Langit satu pun malaikat
tahan. Berapa lagi aqabah langit ....
Walaupun pada hakikatnya ;
Qadar Allah
: Tiada Yang Berkebetulan ;
Di dalam alam al-wujud ini tiada ruang bagi kebetulan
yang membuta tuli dan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak. - Sayyid
Qutb.
إِنَّا كُلَّ شَىۡءٍ خَلَقۡنَـٰهُ
بِقَدَرٍ۬ (٤٩)
“Sesungguhnya
Kami ciptaan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi.” – (al-Qamar:49)
وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدً۬ا
وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ شَرِيكٌ۬ فِى ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ
تَقۡدِيرً۬ا (٢)
“Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, iaitu
menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna.” –
(al-Furqan:2).
Namun kerja kita sebagai hamba,
kita buatlah bagi berbetulan dengan syariat agama.
Kita buat semua kerja-kerja hamba
yang ditaklif (tuntut) atas kita, sebab apa ?
Bukan Tuhan nak membebankan kita.
Tapi sebenarnya Dia kurnia bagi kita untuk membersihkan batin kita ...bila dah
bersih....kita kenallah Dia itu Khaliq.
Itu tujuan kita datang dunia ni,
yang kita dah janji. Janji nak kenal Dia.
Ada dua hal penting di sini:
Pertama :
Kedua² Syari'at dan Toriqat
terbit dari Wahyu Ilahi. Kewajipan
amalkan Syari'at dan Toriqat turun bersama Wahyu pertama. Cuma pada hayat Rasulullah ﷺ belum ada pembahagiannya. Penyusunan dan pembahagian kedua2 Ilmu ini
berserta syarat, adab, peraturan, hukum semua ini dilakukan oleh Ulama Mu'tabar
kemudiannya, iaitu pada zaman Tabi'in.
Kedua :
Ilmu Toriqat diwajibkan terlebih
dahulu sebelum syari'at. Menurut
Manhaj Al Qur'an yang Allah Lebih Mengetahui segala rahsianya, Syari'at hanya diwahyukan selepas 10 tahun
Kerasulan Nabi Muhammad ﷺ dengan Perintah mengerjakan Solat
sedangkan Toriqat iaitu Proses Penyucian jiwa sahabat Nabi sudah bermula dengan
Wahyu pertama ini. Perhatikan sungguh2
akan hakikat ini.
Suatu hakikat yang tidak ramai
yang menyedarinya, iaitu Ilmu Toriqat, Ilmu mendidik Jiwa, Ilmu Tazkiyyatunnafs
dilaksanakan oleh Rasul jauh terlebih dahulu dari Ilmu Syari'at.
Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi
menjelaskan perkara ini:
"Ya anakku, terdahulu syari'at yang batin (Ilmu Toriqat) diturunkan untuk
mendidik hati dan ruh Nabi dan sahabat iaitu 10 tahun sebelum Mi'raj dan
Syari'at zahir diturunkan selepas Mi'raj (iaitu bermula dengan diwajibkan
fardhu solat)
[Risalah Ma'rifat, Jilid 1, ms 6]
Apakah rahsia didikan keruhanian
Rasulullah ﷺ
terhadap Sahabat yang begitu lama ?
Apakah hikmah Ilmu Toriqat
diwajibkan sebelum difardhukan Syari'at?
Mengapakah pendidikan tersebut memakan masa yang
lama? Apakah rahsia dan pengajarannya?
Ringkasnya
Wahyu Pertama ini membuka kefahaman terpenting dari Risalah Rasulullah ﷺ,
rahsia2 pendidikan Rasulullah ﷺ ,
kewajipan serta kesannya kepada orang beriman:
Pertama :
Syari'at dan Toriqat
adalah bersumber dari Wahyu, BUKAN hasil pemikiran manusia.
Kedua :
Syari'at adalah ilmu dan amal
yang berhubung dengan anggota tubuh yang fizikal yang kelihatan pada zahirnya,
sedangkan Toriqat adalah ilmu yang menyentuh hal2 hati dan ruh ; menyucikan hati degan Zikrullah dan mujahadah
sehingga hati dan ruh benar2 bercahaya gemilang dengan Cahaya Rabbaniyyah.
Ketiga :
Menurut Perintah Ilahi / Manhaj
Ilahi, Ilmu Toriqat diwajibkan terlebih dahulu bagi mendidik jiwa dan ruh para
Sahabat. Apabila hati, ruh dan sirr para
Sahabat telah tersedia memikul Amanah Allah atas muka bumi, maka ketika itu diturunkan kewajipan
Syari'at.
Keempat :
Bagi Ummat kemudian, mereka wajib
amalkan kedua2 Syari'at dan Toriqat sekaligus menurut peraturan, adab, syarat dan
hukumnya yang tersendiri sebagaimana
yang telah diijtihad oleh Ulama Mu'tabar. Ini kerana Agama Islam telah sempurna maka
TIDAK dibenarkan (ertinya haram) meninggalkan salah satu daripadanya. Sesiapa meninggalkan salah satu dari
kewajipan tersebut (Syari'at dan Toriqat), maka dikhuatiri jatuh kepada fasiq
atau zindiq. Wal Iyazubillah.
Kelima:
Tarbiyyah keruhanian melalui Ilmu
Toriqat Rasulullah selama 10 tahun sebelum difardhukan Ibadah
Solat (syari'at yang petama) menunjukkan
betapa pentingnya Pendidikan jiwa, pendidikan hati, pendidikan ruh — iaitu Ilmu
Toriqat bagi orang beriman. Setiap
orang beriman wajib amalkan Toriqat sebagaimana yang diwarisi dari Junjungan
Besar Rasulullah ﷺ bagi mencapai Keredhaan
Ilahi. Tanpa Ilmu Toriqat seseorang
Islam TIDAK akan mencapai kesucian hati.
Tanpa Toriqat seseorang TIDAK akan
mencapai Tauhid dan Ubudiyyah
yang benar2 murni.
Wallahu A'lam
DALIL 2
✨🕌✨Firman Allah :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى
بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan
orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah
(penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci Allah! Dan bukanlah
aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf (12) : ayat 108]
Tafsiran
Sulton Auliya, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh :
Al Imam Sulton
Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh
Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan ayat tersebut dengan
kata beliau :
"Dalam ayat ini yang
dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna,
Guru Kerohanian yang sebenar yang akan
datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ
yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang
akan berada hampir dengan Allah. (dikenali
sebagai Shaikh Mursyid / Ahli sufi/ Ahli Ma'rifat). Manusia yang demikian digambarkan sebagai
‘pelindung dan pembimbing sebenar’. ( وَلِيًّا
مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid) [Surah al-Kahfi (18) : ayat 17] "
Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali
kepada Allah dengan "pandangan yang terang
nyata" , di dalam ayat Qur'an ini di sebut
basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka
kepada mata hati para Auliya Allah.
Basirah tidak akan terbuka dengan
ilmu zahir (syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasil- nya
Ladunni yang dikurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya. Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah,
iaitu mengambil talqin dari
seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
[Tamat nukilan dari kitab Sirrul
Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]
DALIL 3
✨🕌✨Firman Allah :
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia
kecuali untuk beribadah kepadaku”
[Adz-Dzaariyaat (51) : ayat 56]
Tafsir Ibnu Abbas Radhiallahu
Anhu:
Menurut Ibnu
Abbas, yang dikhendaki dengan Kalam Allah
" يَعْبُدُونِ "
(Ya'budun) pada ayat di atas
adalah sebenarnya " يعرفون " (ya'rifun)
iaitu Mengenal Allah (didalam Pengetian mendalam di sebut
Ma'rifat). Sekalian Ulama Arif Billah
sepakat dengan pengertian ini.
Maka maksud
Perintah Allah di atas adalah :
"Tidaklah
Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia melainkan untuk mengenal Allah dengan
sebenar kenal dan kemudian melakukan
ubudiyyah — ketaatan kepada Allah
dan beribadah kepada-Nya dengan tulus
ikhlas.
Ungkapan
Ubudiyyah itu pada hakikatnya adalah "Perhambaan" dan bukan semata²
ibadah. Pengertian
"ibadah" membawa maksud umum kerana pekerjaan "ibadah" dikerjakan
juga oleh manusia² lain yang menganut agama lain, atau tegasnya orang kafir dan Musyrik. Berbeza dengan ubudiyyah,
ia membawa pengertian yang amat suci dan mulia — penyerahan diri sebagai
hamba yang faqir di hadapan Allah.
Oleh yang demikian pengertian
"Ma'rifat" (Mengenal Allah
dengan sebenar kenal) dan
"ubudiyyah" (Perhambaan sempurna)
itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala ke atas manusia,
(tujuan penciptaan manusia), BUKAN
pengertian sempit "ibadah"
Bagaimanakah cara untuk Mengenal Allah
.... " يعرفون " ?
Bagaimanakah cara sebenar Ubudiyyah?
Bagaimanakah cara menyempurnakan
tuntutan Allah di dalam ayat tersebut?
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
Radhiallahu Anhu menjelaskan dari hal ayat ini:
Ada dua macam
ilmu yang turunkan kepada kita iaitu:-
- Pertama ilmu Zahir, di sebut
Syari'at.
- Kedua Ilmu batin, di sebut Ma'rifat / Toriqat
Syari'at
untuk jasad kita dan Ma'rifat
(yang terbit dari Toriqat) adalah untuk
batin.
Kedua-duanya WAJIB
dipadu dan dari perpaduannya membuahkan HAQIQAT.
Seperti halnya
pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.
Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat19 dan 29"
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah :
"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul
Asrar]
Di dalam
bahasa yang mudah difahami:
Tujuan
Penciptaan manusia adalah untuk mengenal Allah dengan sebenarnya, yakni
Ma'rifat.
Untuk memperoleh "Ma'rifat
" dan seterusnya
"Ubudiyyah" yang hakiki, setiap orang beriman wajib mempelajari dan
amalkan kedua-dua Ilmu yang diterima dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, iaitu Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin
(Toriqat) dengan pimpinan Mursyid yang siddiq.
Jika seseorang hanya amalkan ilmu zahir (Syari'at) sahaja dan tinggalkan ilmu batin (Toriqat) atau dia hanya amalkan ilmu batin (Toriqat ) sahaja dan abaikan Ilmu Zahir (Syari'at), maka dia sama sekali tidak akan dapat mengenal Allah dengan sebenar dan tidak mungkin dapat ubudiyyah (perhambakan diri) di dalam ertikata yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah. Bahkan orang2 seperti ini di dalam bahaya kebinasaan Iman.
DALIL 4
✨🕌✨Firman
Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬
مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ
وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta
huruf, seorang Rasul di antara mereka, yang
membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan
kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan
sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Ibn Abbas mentafsirkan:
Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat
sehingga suci bersih hati mereka dari
Syirik (syirik khafi), iaitu mencapai
Tauhid.
[Tafsir Ibn Abbas]
Ahli Ma'rifat memberikan tafsiran lanjut :
Allah Ta'ala mengutus Rasulullah ﷺ untuk menyucikan batin para Sahabat
daripada semua jenis syirik — Syirik Jali (Syirik akbar) dan Syrik Khafi
(syirik tersembunyi didalam hati)
sehingga mereka menjadi insan2 suci dan
mengenal Allah Ta'ala dengan sebenar2nya, menyempurnakan Ubudiyyah
dengan tulus ikhlas, memperoleh Ilmu
Hikmah, Ma'rifah dan Taqwa yang tinggi.
Pada Ayat Suci
Al- Qur'an ini terdapat banyak sekali faedah kepada orang beriman merenung dan
mengambil i'tibar sesuai dengan Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah berhubung
dengan Qaidah-Qaidah Rasulullah
ﷺ
yang mendidik dan memproses batin hati para Sahabat bagi menerbitkan
"kesucian" di didalam
dirinya. Pada hakikatnya ini adalah Manhaj Al-Qur'an yang Allah Ta'ala perintahkan
kepada Baginda Rasul ﷺ.
Qaidah
Tarbiyyah Rasul ﷺ
kepada Sahabat inilah yang dinamakan
Toriqat Rasulullah ﷺ.
Pemimpin yang
diamanahkan oleh Allah untuk menyucikan batin para Sahabat sehingga mencapai
TAUHID dan UBUDIYYAH yang luhur adalah Rasulullah ﷺ sendiri. Kemudian
Qaidah2 Tarbiyyah ini diwarisi oleh Sekalian Pewaris2 Baginda yang terpilih....
sambung menyambung sampai Qiamat.
Merekalah Mursyid yang siddiq,
Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Sahabat dan Khalifah Rasul ﷺ.
✨🕌✨Firman
Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ
أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬
لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ
ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan
Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan
hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya
sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang
bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam
berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang
besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Seseorang Muslim TIDAK mempunyai
jalan untuk menyucikan HATI dia dari syirik khafi dan kekejian melainkan dia
berpegang kepada Mursyid yang siddiq dan menekuni Tarbiyyah Ruhaniyah
berdasarkan Toriqat Rasulullah ﷺ.,
di samping berpegang teguh kepada Syari'at.
Adakah masih di antara kalian cuba mengatakan Toriqat Rasul itu bukan
suatu kewajipan atas setiap Muslim ?
Adakah masih ada yang cuba
mengatakan berguru kepada Mursyid yang siddiq itu tidak wajib?
DALIL 5
✨🕌✨Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Berikut ringkasan berkenaan Perintah Allah menyuruh sucikan
hati sebagaimana difatwa oleh sekalian Ulama Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya
Allah).
1. Ayat ini ayat Perintah WAJIB /
Fardhu Ain di atas setiap individu Muslim, iaitu menyucikan hatinya daripada
kekotoran dan kekejian maknawiyyah adalah Fardhu 'Ain atas setiap diri
Muslim, dan membiarkan nya didalam
kekotoran (syirik, mazmumah dan ghaflah) adalah suatu keengkaran yang akibatkan
kefasikan.
2. Keberuntungan serta kejayaan dunia akhirat dihubungan dengan
"Penyucian Jiwa" dan
Kegagalan serta Kerugian dunia Akhirat
di hubungan dengan "Hati yang kotor"
3. Sesiapa yang TIDAK berusaha
menyucikan hatinya yang kotor dan ternoda, maka dia jatuh kepada dosa besar
tanpa disedari, bahkan semua amalnya akan terhapus dan IMANnya hampir saja musnah. (disebabkan syirik khafi dan mazmumah)
Perhatikanlah dengan matahati yang tajam....
Ayat yang cukup pendek, tetapi
membawa makna yang sangat mendalam...!
Bahkan boleh dikatakan inilah
intisari Agama, intisari TAUHID, intisari kehidupan dan kesudahan INSAN, Natijah di Akhirat menghadap Rabbul Jalil
Yang Maha Perkasa.
Apakah makna hati kotor,?
Apakah makna hati suci?
Apakah puncanya hati menjadi
kotor?
Bagaimanakah cara sucikan hati yang telah kotor?
Apakah alatnya?
Apakah hadnya?
Apakah tanda² hati telah suci?
Bagaimanakah seseorang Muslim
mengetahui dia telah menyempurnakan kewajipan dia untuk "menyucikan
diri" sebagaimana Perintah Allah di atas?
Apabila Allah Ta'ala memerintah
suatu Kewajipan didalam Agama, Ubudiyyah
dan Tauhid, maka pasti di sana Allah
Taala wahyukan cara2 nya, qaidah nya, syarat dan peraturannya. Tidak mungkin
Allah Ta'ala memerintah suatu hal dan biarkan manusia tercari2 tanpa panduan.
Jika demikian, bagaimanakah
caranya?
Bagaimanakah cara mendapatkan qaidah, peraturan dan syarat2nya?
Siapakah yang mengetahuinya secara pasti?
Jawapannya :
Semua hal yang
berhubung dengan HATI, JIWA, AQAL, RUH dan cara2 menyucikannya ada di dalam diri Rasulullah ﷺ Allah Ta'ala Kurniakan Baginda segala
ilmu yang diperlukan untuk sucikan hati manusia. Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda obat
dan penawar bagi setiap penyakit hati manusia.
Rasulullah ﷺ memiliki jawapan kepada setiap persoalan
berhubung dengan kejiwaan dan kemanusiaan.
Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda segala kelengkapan zahir dan batin
bagi menyempurnakan tuntutan Allah yang Maha Agung ini.
Perhatikanlah
dengan hati yang jernih, inilah Toriqat Rasulullah ﷺ, di mana sekalian persoalan, cara2, qaidah, peraturan, syarat
dan langkah2 terperinci tersusun rapi bagi menyempurnakan perintah-perintah
Allah tersebut.
Cara2
penyucian hati, qaidahnya, peraturannya,
syarat dan langkah2 ini kemudian diwarisi oleh sekalian Pewaris Baginda yang
siddiq, yang dikenali Mursyid yang siddiq
dengan jalan yang amat seni dan penuh rahsia Ketuhanan.
Dengan demikian
berguru kepada Mursyid yang siddiq (Yang sebenar2 mewarisi Nabi) serta ambil dari mereka Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ adalah WAJIB / Fardhu
Ain tanpa khilaf.
Moga hamba2 Allah yang membaca risalah ini memperoleh hidayah untuk memahaminya.
Dalil2
Lain:
WAJIB MENUNDUKKAN NAFSU JAHAT
✨🕌✨Firman
Allah :
إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ
"Sesungguhnya nafsu ammarah itu sentiasa menyeru kepada
kejahatan..."
[Yusuf (12) :
ayat 53]
✨🕌✨Firman Allah :
أَرَءَيْتَ
مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan
orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka
dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
[Al-Furqan, (25) : 43 ]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu
kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.
(di dalam
dada)
[Imam
al-Baihaqi]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"KIta kembali dari jihad kecil kepada jihad besar. Para sahabat bertanya, apakah jihad besar itu
ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Jihad melawan nafsu"
[Imam Baihaqi]
WAJIB IKHLAS:
✨🕌✨Firman
Allah :
وَمَآ
أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.
[Al-Bayyinah:
5]
✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang
dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha
Allah.
[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i]
WAJIB
KHUSYU' DALAM SOLAT :
✨🕌✨Firman Allah Ta'ala :
ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
[Al Mu'minoon (23) : ayat 1-2]
✨🕌✨Firman Allah Ta'ala :
فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤) ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ
".... Maka kecelakalah besar bagi orang yang solat ; iaitu mereka yang lalai didalam solat nya..."
[Al-Ma'un (107) : ayat 4 -5]
Ayat dan Hadith tersebut di atas menegaskan kewajipan (fardhu Ain) menundukkan nafsu2 kejahatan, berusaha sungguh2 mencapai IKHLAS dalam setiap amal dan mencapai Khusyu di dalam Ibadah. Ini bermaksud adalah berdosa besar jika tidak berusaha mencapainya. Kesemua kewajipan ini hanya mampu disempurnakan melalui didikan Toriqat Rasulullah ﷺ.
Demikian kami bentangkan sebahagian dari Dalil2 Al-Qur'an dan Sunnah
berhubung dengan HATI, penyakit nya,
kekejiannya, kerosakannya dan bahayanya kepada IMAN serta himpunan kaedah,
jalan, langkah2 menyucikannnya melalui Toriqat Rasulullah ﷺ.
Sesungguhnya Dalil² berkenaan hal tersebut amat banyak, tetapi
tidak dapat disebutkan satu persatu di dalam ruang yang terbatas ini. Untuk mendalaminya dan menempuh sendiri
proses pendidikan tersebut, setiap Muslim WAJIB
(Fardhu Ain) berguru kepada Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang
muhaqqiq) dan mengambil qaidah2 penyucian HATI melalui Sisem Pendidikan Toriqat
Rasulullah ﷺ daripada beliau.
Tanpa melalui Tarbiyyah
Rasulullah ﷺ ini
seseorang Muslim akan sentiasa terdedah kepada syirik khafi (syirik yang
tersembunyi) dan mazmumah (kekejian
hati) dan ghaflah (kelalaian)
sehingga jatuhlah dia kepada dosa dosa
besar tanpa disedari.
Inilah sebabnya mulai dari Zaman
Rasulullah ﷺ,
kemudian para Sahabat Ridhwanullah, kemudian Tabiin, kemudian Tabbit-Tabiin,
kemudian disambung oleh sekalian Imam dan Shaikh berpegang teguh kepada Sistem
Pendidikan Rasululah ﷺ, iaitu dengan menjunjung tinggi Toriqat Rasulullah ﷺ di samping Syari'at Rasulullah ﷺ . TIDAK ada seorang pun
MUJADDID dan MUJTAHID lahir di dunia melainkan mereka telah menempuh proses
Tarbiyyah Rasulullah ﷺ ini.
Ini termasuklah Pendiri2 Mazhab Fiqh ; Imam Abu Hanifah, Imam Malik,
Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibn Hambal.
Malangnya orang2 awam pada zaman
kemudian, TIDAK pedulikan Ajaran Suci Rasulullah ﷺ ini sehingga akhirnya sebahagian dari mereka mendirikan firqah²
menyimpang dari Sunnah, maka jadilah sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah.
KESIMPULAN
(1) Setiap manusia tidak terlepas
dari penyakit2 HATI berupa syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat2
keji), ghaflah (kelalaian), aghyar
(sekalian suatu selain Allah).
Penyakit2 HATI ini yang menjadikan
manusia menjadi fasiq, zalim sesat dan kafir. Penyakit2 HATI ini yang
menjadikan manusia jauh dari Allah Ta'ala.
Manusia terhijab (terdinding)
dari Allah apabila penyakit2 ini menjadi serius menutupi hatinya. Bahkan jika
berterusan bergelumang didalam penyakit2 ini, HATI manusia akan gelap, kelam
dan akhir nya MATI. Wal Iyazubillah.
(2) Obat dan penawar mujarab bagi mengubati
sekalian penyakit HATI manusia ada pada Mursyid yang Siddiq, sebagai warisan
suci dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Allah Ta'ala Kurniakan mereka
kelengkapan yang memadai bagi memproses HATI manusia menjadi suci dan bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah.
(3) Apabila di sebut Toriqat Rasulullah ﷺ, maka ia adalah suatu Sistem Pendidikan yang lengkap bagi menyucikan jiwa manusia yang dipenuhi kekotoran, kekejian dan berbagai kesyirikan , iaitu
syirik khafi (syirik tersembunyi).
Toriqat Rasulullah ﷺ
BUKAN semata2 berkumpul berzikir dan masing2 pulang ke tempat masing2 setelah
selesai zikir. Sebaliknya Toriqat
adalah Manhaj lengkap Tarbiyyah yang terdiri dari Zikrullah, Mujahadah Nafs,
Tawajjuh dan Suluk dengan berbagai tingkatan dan Maqam.
Manhaj Lengkap Tarbiyyah ini
hanya ada pada Mursyid yang Siddiq, yang
telah menyaksikan Alam Mutlaq, mencapai Mukasyafah yang tahqiq. Khalifah2 Toriqat pada Mubtadi (peringkat permulaan) atau Mutwassit (pertengahan) belum memilikinya.
(4) Setiap orang Islam yang
berpegang teguh kepada Mursyid yang siddiq serta amalkan sungguh2 kedua2 ilmu
Agama — Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ menurut bimbingannya, maka akan terhasil baginya kesucian HATI
sebagaimana yang dituntut oleh Allah.
HATI yang asalnya diliputi
berbagai penyakit dan kekotoran akan beransur pulih sedikit demi sedikit
sehingga akhirnya menjadi benar2 suci bersih dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah
(sifat2 keji), ghaflah (kelalaian),
aghyar (sekalian suatu selain
Allah).
HATI yang suci bersih akan
memancarkan Cahaya Ketuhanan — menghasilkan sifat2 Mahmudah (terpuji) dan
akhlaq Nubuwwah.
Apabila dihalusi pengertiannya,
inilah dia "Tasawwuf" yang
hakiki, iaitu sebenar2 Tasawwuf
yang menjadi penghayatan HATI dan RUH,
bukan semata2 teori berkenaan Tasawwuf.
(5) "Tasawwuf" yang hakiki sebagai
penghayatan HATI dan RUH ini TIDAK akan terhasil semata2 dengan hanya menghafal
istilah2 Tasawwuf, atau hadir kursus,
seminar, Simposium dsb.
Pengajian Kitab2 Tasawwuf di
bilik kuliah adalah permulaan mengenal istilah² di dalam Tasawwuf, BELUM
memperolehinya sebagai penghayatan di dalam diri.
(6) Barangkali hamba2 ALLAH yang masih
keliru sudah memahami dengan jelas
bahawa Tasawwuf yang hakiki (baca :
kesucian hati dan ruh dan sirr) hanya
terhasil dengan amalkan Toriqat Rasulullah ﷺ. Tanpa menempuh Sistem Pendidikan Toriqat ini, tiada
siapa pun mampu mencapai kesucian HATI....termasuk alim fiqh yang telah
menghafal ratusan kitab, menghafal Al-Qur'an, hafal ribuan Hadith , mahir di
dalam sekalian ilmu Agama.
Contoh paling berkesan yang menjadi pengajaran bagi sekalian orang
alim adalah Kisah Imam Ghazali
sebagaimana yang telah kami sebut
berulangkali sebelum ini. Jika
seorang Ulama yang alim yang begitu luas ilmu zahirnya (syari'at) seperti Imam
Ghazali pun tak mampu mencapai
"Tasawwuf" di dalam dirinya sehingga beliau sendiri terjun ke dalam
Lautan Toriqat dengan pimpinan Mursyid, maka betapa orang2 kemudian ini yang
ilmu mereka TIDAK sampai sebesar tumit Imam Ghazali.?
Orang awam, lebih² lagi orang2 awam dari kalangan bergelar PhD, Master, Drs.. sebagainya yang
merasakan diri mereka sudah banyak ilmu, seharusnya cermin diri mereka — ambil
i'tibar dari Kisah Imam Ghazali.
Allah Lebih Mengetahui.
No comments:
Post a Comment