KHILWAH / SULUK MENURUT AHLUS SUNNAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

KHILWAH / SULUK MENURUT AHLUS SUNNAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


SIRI 41 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....



Tanda ke-9 : Berpegang Teguh dengan Syari'at Rasulullah ﷺ


Setengah dari tanda2 benarnya seseorang Salikin sampai kepada Maqam Tauhid hakiki adalah :  Berpegang teguh dengan Syari'at Rasulullah ﷺ, bahkan lebih kukuh daripada sebelumnya.  Tanda ini adalah di antara bukti2 terpenting benarnya seseorang Salik sampai ke Maqam Tauhid yang hakiki dan bukan pura2, bukan dibuat2, bukan kepalsuan, bukan penyamaran dan bukan tertipu dengan angan2 atau bisikan syaitan.


Cahaya Ketuhanan yang meliputi menjadikannya mudah melakukan sekalian tuntutan Allah tanpa sebarang keterpaksaan. Dia dipermudahkan menunaikan segala ketaatan kepada Allah dengan penuh kesungguhan dan kerelaan. Dia sempurnakan Ibadah yang wajib dengan segera, dan banyakkan perkara sunnat dan tinggalkan perkara makruh. 


Hal ini jauh berbeza dengan suasana ketika dia masih di peringkat orang awam. Di peringkat orang awam, terasalah baginya amat berat melakukan ibadah yang fardhu sekalipun. Apa lagi yang sunnat2. Bahkan ada waktu2 tertentu dia tinggalkan ibadah yang fardhu dan sewenang2 melanggar yang dilarang.  Ini sebabnya kita perhatikan ramainya orang Islam tinggalkan solat sewenangnya. Ilmu fardhu 'ain diabaikan. Para wanitanya dedahkan aurat. 


Di peringkat Maqam Tauhid yang suci murni, kesyirikan (syirik khafi), mazmumah (kekejian) dan dosa2 batin yang lain hilang musnah... dan diganti dengan cahaya Keimanan yang sentiasa menarik kepada ketaatan, kebaikan dan ubudiyyah setulus hati. Jika pada suatu ketika dia tertarik kepada kejahatan, maka segeralah Cahaya Keimanan di dalam hatinya segera menolaknya.


Ringkasnya, orang yang diKurniakan Maqam Tauhid yang suci murni, (iaitu permulaan Ma'rifat) akan tetap berpegang teguh dengan Syari'at zahir (hukum-hakam zahir syara') dan bukan melemahkannya atau abaikannya.  Apa lagi hamba2 Allah yang diKurniakan Maqam Tauhid yang lebih tinggi / Ma'rifat lebih tinggi, maka lebih teguh pegangannya pada Syari'at, bahkan sempurna Syari'atnya.  Tidak mungkin seseorang yang telah diangkat ke peringkat Ma'rifat meinggalkan Syari'at zahir kerana pada setiap ketika mereka melihat suruhan dan tegahan Allah Ta'ala. 


Dengan demikian orang2 yang mengaku sudah sampai Ma'rifat tetapi abaikan syari'at Nabi ﷺ atau mengurangkannya atau melemahkannya atau mereka menganggap tidak perlu lagi memakai Syari'at lalu abaikan solat, puasa, zakat dll,  maka dia BUKAN Ahli Ma'rifat sebaliknya dia adalah termasuk golongan zindiq. Wal Iyazubillah.   Hal ini telah disepakati sekalian Ulama Mu'tabar.  


✨🕌✨ Imam Malik berkata :

"Amalkan fiqh tanpa tasawwuf adalah fasiq. Amalkan tasawwuf tanpa fiqh adalah zindiq. Barangsiapa menghimpun  keduanya itulah muhaqqiq (yang benar)."

[Nukilan kitab :  Qutul Qulub, Ihya Ulumuddin dan Risalah Ma’rifat] 


Sememangnya telah lama wujud sebahagian orang Islam salah gunakan Ilmu Tasawwuf / Ma'rifat untuk kepentingan nafsu dan dunia mereka. Setengah mereka campur adukkan teori2 Tasawwuf  dengan ilmu batiniah, ilmu silat, ilmu nujum, ilmu sihir. Golongan ini cuba meniru2 Ahli Tasaawuf dan menamakan diri mereka sebagai Ahli Tasawwuf sedangkan mereka adalah Sufi PALSU, Ahli Ma'rifat PALSU, Mursyid PALSU.  Ulama Mu'tabar telah lama berikan amaran akan wujudnya golongan ini.  

(Rujuk Risalah : Sufi benar dan Sufi Palsu)


Orang awam tak mampu membezakan antara kebenaran dengan kelompok2 tersesat disebabkan penyamaran dan tipu daya Iblis yang amat halus. Ini sebabnya orang Islam diperintah mencari Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq dan berguru dengan mereka.


SIRI 42 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....


Tanda ke-10 : Sempurnakan Amanah


Setengah daripada tanda2 benarnya seseorang sampai ke Maqam Tauhid yang suci bersih adalah "Amanah" iaitu dia sempurnakan sekalian Amanah yang dipikulkan ke atas bahunya. Hal ini adalah sebagaimana penegasan Allah Ta'ala :


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


وَٱلَّذِينَ هُمۡ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمۡ وَعَهۡدِهِمۡ رَٲعُونَ 


"Dan (tanda orang yang benar2 beriman adalah) mereka yang menjaga amanah dan janjinya"

[Al-Mu'minoon (23) : Ayat 8]


Di antara Amanah terbesar yang dipenuhi berbagai cabaran adalah amanah mentadbir manusia ; sama ada di peringkat kampung, pekan, daerah, negeri atau Negara seluruhnya. Cuma hamba2 yang suci hatinya sehingga bercahaya dengan Keimanan sejati mampu menunaikan Amanah ini dengan sempurna menurut Ketentuan Allah Ta'ala. Pada setiap ketika mereka akan melihat diri mereka berdiri di hujung pedang yang tajam kerana mereka sedar kesilapan yang sedikit membawa padah yang amat berat! Setiap langkah dan tindakan ditimbang pada neraca "Keredhaan Allah" bukan keredhaan manusia. 


Contoh terbaik bagi menggambarkan kebenaran ini adalah : para Sahabat yang dididik oleh Junjungan Rasulullah ﷺ selama 13 tahun di Makkah. Rasulullah ﷺ telah mendidik mereka menjadi insan yang benar2 suci hatinya dan bersinar dengan cahaya Ketuhanan. Mereka telah menempuh perjalanan yang panjang... mujahadah melawan nafsu2 rendah sehingga tiada lagi kecintaan mutlaq melainkan semata2 kepada Allah. Hanya insan2 yang memiliki jiwa suci ini mampu mentadbir dan tunaikan Amanah menurut Kehendak Allah. Hasilnya terlihat pada era kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin Ridwanullah.


Sistem Pendidikan unggul Rasulullah ﷺ diwarisi oleh Sahabat2 Baginda, kemudian bersambung kepada Ulama Warisatul Anbiya sehingga ke hari ini, tiada putus. Pewaris Nabi yang siddiq (benar) yang dikenali sebagai Mursyid, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat meneruskan Warisan Rasulullah ﷺ dengan penuh dedikasi dan amanah sampai Qiamat. Hanya mereka2 yang mendapat didikan Jalan Ma'rifat yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ ini, mampu tunaikan segala Amanah Allah dengan sempurna menurut Kehendak-Nya.


Adapun manusia Muslim yang tidak melalui proses pendidikan seperti ini, tidak akan mampu menunaikan segala Amanah Allah atas muka bumi. Jiwa mereka belum cukup bersih, bahkan dipenuhi oleh segala ketamakan dunia yang hina. Jiwa mereka berkobar2 ingin mengaut keuntungan duniawi. Mereka tak mampu menahan nafsu terhadap kilauan harta kekayaan yang membayangi mereka.  Apabila mereka diberikan amanah dan kuasa, mereka memerintah mengikut nafsu. Hati mereka tertutup daripada Akhirat.


Hal ini terang2 berlaku di hadapan ummat pada zaman ini. Orang2 Islam "berubah" menjadi korup, fasiq dan zalim apabila mereka berkuasa. Sewaktu mereka berkempen, mereka bentangkan menifesto yang mengandungi janji2 manis dan indah. Setelah mereka mendapat kuasa, mereka menjadi Syaitan. Mereka melakukan berbagai penipuan, kejahatan dan kezaliman. Hal ini termasuklah mereka yang bergelar "Ulama".  "Ulama2" ini sewenang2 menjual Agama mereka dengan secebis dunia yang hina. Mereka memutarbelitkan ayat Qur'an demi membenarkan pendapat nafsu mereka.  


Mengapakah pemimpin2 Islam ini gagal tunaikan Amanah Allah?

Mengapakah mereka menjadi korup, jahat, fasiq dan zalim?

Mengapakah mereka sanggup menipu Ummat?


Puncanya : Keimanan belum masuk ke dalam hati. Cahaya Ketuhanan belum masuk ke hati mereka. Hati mereka dipenuhi kesyirikan (syirik tersembunyi), kekejian dan nafsu ketamakan kepada dunia. 


SIRI 43 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....


Tanda ke-11 : Hati tenang tenteram


Ketenangan dan ketenteraman yang dimaksudkan adalah ketenangan dan ketenteraman berserta Allah, yang terhasil secara automatik tanpa dipaksa2 atau diusahakan dengan kekuatan fikir aqal. Hal ini cuma mampu dihayati oleh hamba2 Allah yang telah disucikan hatinya. Inilah setengah daripada tanda2 kebenarannya.


Hidup manusia umumnya dan Muslim khususnya dipenuhi berbagai ujian, cabaran dan dugaan. Kadangkala mereka diuji dengan kemiskinan. Atau diuji dengan kehilangan pekerjaan, hilang mata pencarian. Atau diuji dengan penyakit2 berat yang tidak tertanggung. Atau diuji dengan kematian anak, isteri, suami, sanak saudara yang tersayang. Pada saat2 seperti ini ketenangan dan ketenteraman jiwa akan hilang, diganti dengan keresahan, ketakutan. Kadangkala dia menjadi marah tidak menentu. Kadangkala dia menyalahkan Taqdir.  Atau dia mempersoalkan ketentuan Allah dan keadilan-Nya.  Setengahnya putus asa dari Rahmat Allah. Semua ini amat merbahaya kepada Aqidah / Iman / Tauhidnya.


Orang awam akan mendapati amat sukar menghadapi dugaan2 berat ini kerana hati mereka tertutup dari melihat Ketuhanan. Meskipun kadangkala mereka sudah pun mempelajari sifat 20, dan sudah mahir memahami teori2nya, namun mereka tak mampu menghadapinya kerana pelajaran mereka masih berada pada aqal (ilmul-yaqin). 


Berbeza dengan hamba2 Allah yang telah terbuka mata hatinya kepada Ketuhanan, iaitu mereka yang telah mencapai Maqam Tauhid yang suci bersih, mata hati mereka terbuka kepada Ketuhanan, mereka melihat dengan ainul-yaqin akan segala ketentuan Allah Ta'ala. 


Pertama : Melihat Ni'mat Allah yang telah mereka kecapi teramat banyak sehingga mereka tak mampu mensyukurinya.


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬


“Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya (menghitungnya). Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat kufur (kepada Nikmat Allah)”.

[Ibrahim (14) : Ayat 34]


Kedua : Mereka sabar ketika diuji dan penuh yakin bahawa Allah Ta'ala akan menolong mereka. 


 ✨🕌✨ Firman Allah :


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ


“Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan khabar gembira bagi orang-orang yang bersabar” 

[Al Baqarah (2) : ayat 155]


Ketiga : Mereka sedar bahawa ujian Allah itu akibat dosa2nya dan Allah ampuni dosa2nya jika dia sabar.


✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:


“Sentiasalah ujian itu menerpa mukmin atau mukminah pada jasadnya, harta dan anaknya sampai ia bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak mempunyai dosa.”

[Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi]


Keempat : Mereka yakin bahawa diri mereka dan sekaliannya akan kembali kepada Allah untuk menerima balasan. Segala Pemberian Allah Ta'ala hanya pinjaman (yang mengandungi dugaan) dan Dia berhak mengambil kembali menurut Kehendak-Nya.


 ✨🕌✨ Firman Allah :


كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ


Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

[Al-Ankabut (29) : Ayat 57]


Maka kembalilah jiwa ini kepada Allah dengan penuh ketenangan. 


SIRI 44 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....


Tanda ke-12 : Menyeru kebaikan Mencegah Kemungkaran


Tanda seterusnya yang wajib wujud dan pasti terlihat pada orang yang benar2 sampai kepada Maqam Keimanan sejati adalah : Amr-bil-Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran, kefasikan dan kekufuran.... tanpa mengira darjat, pangkat atau kedudukan mereka, meskipun dia Raja atau Pemerintah tertinggi sekalipun.


Hamba2 Allah yang suci hatinya bukanlah orang yang pentingkan diri sendiri....hanya beramal untuk dirinya sendiri,  sebaliknya dia akan mengajak manusia lain berbuat kebaikan dan amal soleh sebagaimana Allah Ta'ala Kurniakan Hidayah dan Taufiq kepadanya untuk menjadi hamba Allah. Demikian lagi dia juga tidak akan berdiam diri terhadap apa jua kemungkaran yang berlaku di hadapannya.  Dia akan sedaya upaya mencegahnya menurut kemampuannya kerana telah terdahulu amanat Rasulullah ﷺ, bahawa menolak kemungkaran itu sebahagian dari tanda2 benarnya Iman seseorang.


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

[Imam Muslim]


Kemungkaran dan kekufuran adalah penentangan terhadap Allah, serta mencabar Kekuasaan-Nya, maka tak mungkin seseorang yang benar2 beriman berdiam diri menyaksikannya, apa lagi bersubahat kepadanya, tidak mungkin!  Sekiranya hamba Allah yang mencapai Keimanan sejati ini seorang Pemimpin yang berkuasa, dia akan gunakan segala kuasanya untuk mencegah sebarang kemungkaran.  Jika dia cuma seorang alim yang hanya mampu berbicara, maka dia akan berikan nasihat2 yang berguna dengan kelembutan dan jika tidak dipedulikan nasihat2 yang lemah-lembut, maka dia akan berikan peringatan keras dan amaran2 sesuai dengan Perintah Allah dan Rasul-Nya.  Inilah sebenar2 orang alim yang benar2 beriman, iaitu orang alim yang sampai kepada Maqam Tauhid yang hakiki.


Andainya seseorang yang telah mencapai Maqam Tauhid sebenar itu bukan orang berkuasa dan bukan juga orang alim yang pandai bicara untuk berikan nasihat dan amaran2 kepada manusia, maka dia akan menolak segala kemungkaran dan kekufuran di dalam hatinya.  


Mencegah kemungkaran dengan "hati" bermaksud : Benci dan marah di dalam hati segala kemungkaran dan kekufuran. Inilah setengah dari maksud "marah kerana Allah" dan "benci kerana Allah" yang dituntut atas setiap Mukmin.  Dan lagi dia tidak pernah meredhainya.   Ini kerana meredhai kemungkaran sama dengan melakukan kemungkaran.  Maka tak mungkin seseorang yang telah suci hatinya bersifat demikian.


SIRI 45 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....


Tanda ke -13 :  Pegang Teguh Ahlus Sunnah


Hamba2 Allah yang diangkat oleh Allah kepada maqam Tauhid yang suci murni, akan tetap berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen), kerana Ahlus Sunnah yang benar (tulen) adalah satu2nya Jamaah Warisan Rasulullah ﷺ yang dijamin kebenaran dan keselamatannya. 


Mereka sama sekali tidak akan menyeleweng kepada fahaman batil dan sesat. Mereka tidak akan jatuh kepada kelompok Syi'ah (rafidhi) atau Khawarij (wahhabiyyah) atau sekular (liberal) atau kelompok ilmu batiniah atau kelompok ilmu hakikat palsu atau kelompok2 lain yang telah menyimpang dari Ahlus Sunnah. 


Siapakah yang dikatakan Ahlus Sunnah?


Ahlus Sunnah wal jamaah yang benar (tulen) adalah Jamaah Warisan Rasulullah ﷺ yang turun-temurun daripada Sahabat Ridhwanulllah, kepada sekalian Pewaris Nabi berikutnya dan berikutnya berterusan terpelihara daripada penyelewengan sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dan Rasul-Nya.


✨🕌✨  Firman Allah :


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ


“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. 

[Surah Yusuf (12) : ayat 108]


Tafsiran:

Al-Imam Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...


"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar  yang akan datang selepas Nabi Muhammad ﷺ  yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.   Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.     ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا  =  Wali Mursyid).    [Surah al-Kahfi (18) ⁦: ayat 17] "

[Tamat nukilan kitab : Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian orang-orang setelah mereka (yang telah mengikuti sahabat)  kemudian orang-orang setelah mereka (yang mengikut atas orang yang mengikuti sampai silsilahnya kepada Rasulullah).”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


✨🕌✨ Rasulullah   ﷺ  bersabda:

“Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti Sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama Al-Jama’ah dan jauhi perpecahan kerana syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah dia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.

 [Iman Turmizi, Imam Haakim]


Apakah rahsia keselamatan salikin ini?


Rahsia teragung adalah : Allah Ta'ala telah memperlihatkan kepada mereka kebenaran Mutlaq. Mereka diperlihatkan kepada haqiqat Ketuhanan, haqiqat Nubuwwah (Kenabian) sehingga bertemu Junjungan Rasulullah ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga).  Haqiqat kehidupan dan kematian, haqiqat Dunia dan Akhirat, haqiqat Mahsyar dan Mizan,  haqiqat Syurga dan Neraka... sehingga hilanglah sekalian keraguan atau syak, sebaliknya penuh keyakinan yang tidak boleh digoncangkan.


Inilah bukti2 yang cukup banyak yang Salikin saksikan sendiri dan menghayatinya dari pandangan ainul yaqin (pandangan mata hati yang penuh yakin) tanpa sebarang syak atau keraguan apa pun bahawa satu2nya jalan kebenaran dan keselamatan adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang dipimpin oleh sekalian Warisatul Anbiya....  Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq sepanjang zaman sampai Qiamat.


SIRI 46 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



12.4 Tanda2 Salik yang sampai ke Maqam Tauhid Pertama

sambungan....



Tanda2 lain:


Selain daripada Tanda2 Utama Mu'min sejati seperti yang telah disebutkan, masih banyak lagi sifat2 kemuliaan dan kepujian lain yang bercabang2 daripadanya seperti berikut :


(1) Berkata benar

(2) Pemurah

(3) Sabar

(4) Wara'

(5) Zuhud

(6) Syukur Ni'mat Allah

(7) Harap Rahmat Allah 

(8) Takut Kemurkaan Allah  

(9) Baik sangka kepada Allah

(10) Makmurkan rumah Allah

(11) Berpada dengan yang ada 

(12) Damaikan antara manusia

(13) Jaga lidah dari umpatan, caci maki 

(14) Jauhi dunia dan makhluq yang  merosak Iman

(15) Kurang makan (tidak terlalu kenyang)

(16) Kurang bercakap (yang sia2) 

(17) Tidak kejar kuasa dan pangkat

(18) Baik sangka sesama makhluq

(19) Jauhi fitnah dan mengumpat

(20) Sentiasa membantu manusia lain

(21) Mengasihi faqir miskin, kanak2 dan orang tua 

(22) Sentiasa kasih kepada ibu bapanya 

(23) Kasih sayang sesama Mu'min dan keras terhadap orang kafir

(24) Kasihi sekalian Malaikat

(25) Kasihi sekalian Auliya Allah


Demikianlah Sifat2 Kemuliaan dan kepujian yang akan terlihat pada hamba2 Allah yang sampai ke Maqam Mu'min sejati yang semuanya datang dalam bentuk "penghayatan hati dan ruh", bukan sekadar ucapan / pengakuan lidah semata2 dan bukan pula teori yang diulang2. 


Sifat2 kemuliaan ini tidaklah kami huraikan panjang lebar di sini kerana ianya sudah pun sebati di dalam pengertian...   " Tanda2 Mu'min sejati"  seperti yang telah dijelaskan. Ertinya apabila seseorang mencapai hati yang suci murni serta memperoleh limpahan Nur Rabbaniyyah, dia telah pun diKurniakan oleh Allah Ta'ala dengan Tauhid hakiki dan sekalian sifat2 kemuliaan dan kepujian yang diRedhai-Nya menjadi penghayatan zahir dan batinnya tanpa perlu memaksa2 diri atau cuba2 melakukannya dengan daya fikir. 


Sebahagian orang awam yang membaca keterangan di atas musykil dan berkata begini : 

"Bagaimanakah mungkin seseorang mampu memiliki demikian banyak sifat2 kemuliaan dalam bentuk "penghayatan " di dalam dirinya" sekaligus? "Itu mustahil"  kata mereka.


Untuk persoalan ini kami menjawab :

"Semua itu bukan mustahil, bahkan sudah terbukti sepanjang sejarah Ummat ini, mulai dari para Sahabat Ridhwanullah, kemudian diikuti zaman2 kemudiannya telah lahir demikian banyaknya hamba2 Allah yang diKasihi-Nya, sebahagiannya mencapai Darjat Mu'min sejati dan sebahagian lagi ditingkatkan Darjat mereka lagi menjadi Kekasih Allah yang Khawasul-Khawas (Mu'min pilihan Allah yang terlebih khusus dari yang khusus). Ertinya beberapa Darjat Mu'min sejati. Merekalah yang diKurniakan oleh Allah dengan segala sifat2 kemuliaan dan kepujian yang diRedhai-Nya. 


Jika ada yang bertanya....

Apa kelayakan mencapainya? Adakah orang tertentu yang mempunyai kedudukan atau pangkat? Atau orang bergelar profesor yang pandai syarah Agama? 


Jawapannya:

Sesungguhnya semua orang Islam mempunyai keluasan yang sama untuk menjadi Mu'min sejati ; baik lelaki maupun wanita, tua maupun yang masih muda, kaya atau miskin, profesor Universiti atau ilmuan biasa..... dengan SYARAT :  Mereka mengikuti Jalan yang benar, Jalan Ma'rifat, Warisan Suci ﷺ Rasulullah, berpegang teguh dan amalkan kedua2 bahagian Agama — Syari'at dan Toriqat Nabi yang sahih, dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq (yang benar2 menepati Syarat sebagai Pewaris Nabi).  


Mereka hendaklah bersedia tundukkan diri kepada Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq untuk dipimpin. Mereka mesti membuang segala ego kesombongan diri, sama ada mereka ilmuan Agama atau jutawan harta benda atau karyawan berpangkat menteri  sehingga dia seorang Raja sekalipun.... hendaklah bersedia menundukkan diri, buang segala keakuan diri  atau ego diri, moga cahaya Rabbaniyyah masuk ke dalam hati dan terbuka pintu2 Tauhid yang hakiki / menjadi Mu'min sejati.


SIRI 47 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.5 Penjagaan Penting bagi Salikin


Ini suatu bab pada menyatakan "Penjagaan" yang wajib diperhatikan oleh sekalian Salikin yang diKurniakan oleh Allah mencapai Maqam Tauhid Pertama — Maqam Tauhid Af'al (dan juga Maqam2 Tauhid yang lebih tinggi).


Sesungguhnya pencapaian Salikin ke Maqam Tauhid yang hakiki / Iman sejati adalah suatu Rahmat Allah yang tiada tolok bandingnya. Dunia dan seisinya tidak akan mampu membayar nilainya, bahkan jika ditambah lagi beribu kali ganda sekali pun tidak sama sekali menyamai satu zarrah Ni'mat Allah tersebut.  Dengan demikian hamba2 Allah yang diKurniakan Ni'mat tersebut, wajib memeliharanya sungguh2 sampai mati. Moga mencapai kemenangan Abadi di Sisi-Nya. 


Penjagaan Pertama : Kekalkan Zikrullah dan Mujahadah terus-menerus

Salikin yang sampai Maqam Tauhid hakiki yang pertama ini, meskipun sudah cukup tinggi berbanding dengan Iman orang awam, namun mereka belum mendapat jaminan ketetapan hati. Keimanan mereka akan turun naik menurut kadar mujahadah mereka. Jika mereka terus dan tetap mengerjakan zikrullah, mujahadah dan menjaga adab2nya, maka Tauhid mereka akan terus bersinar. Jika mereka kurang berzikir atau lemah dari mujahadah, maka Keimanan  mereka mungkin turun sedikit. 


Penjagaan ke-2 : Kekalkan keyakinan bahawa ianya Rahmat Kurnia Allah

Kekalkan keyakinan bahawa segala pencapaian mereka adalah Kurnia dan Rahmat Allah Ta'ala semata2 dan BUKAN kerana usahanya yang gigih. Sememangnya semua orang Islam diperintah jihad sungguh2 melawan hawa nafsunya siang dan malam tanpa henti. Sememangnya mereka wajib mujahadah sungguh2 menyucikan hati mereka dengan sungguh2 zikrullah siang dan malam. Namun kejayaan mereka BUKAN kerana usaha mereka yang gigih, BUKAN kerana mujahadah mereka, BUKAN kerana kepandaian mereka...tetapi kejayaan yang mereka capai adalah Rahmat dan Kurnia-Nya yang Maha Pengasih.  Hal ini sudah pun diyakini oleh Salikin yang sampai maqam kesucian hati, namun keyakinan ini wajib dikekalkan sepanjang masa. 


Penjagaan Ke-3 : Jangan buka rahsia Ketuhanan

Sekalian pemberian berupa berbagai jenis Zikrullah dan Natijah Zikrullah seperti cahaya2 istimewa, kenyataan Alam Ghaib dan lain2 sepertinya  merupakan Rahsia Ketuhanan dan Amanah yang wajib disimpan baik2 dan dilarang keras sebarkannya kepada umum. Jika dia sebarkan, maka dia telah khianat kepada Allah. Perbuatan ini merupakan pelanggaran adab yang amat besar, maka segala Ni'mat akan ditarik balik dan dia akan jadi orang awam, bahkan dikhuatiri menjadi istidraj.  Wal Iyazubillah.


 Penjagaan Ke-4: Jangan abaikan Syari'at

Hal ini telah pun dijelaskan, namun di sini kita ulang sebagai penjagaan penting. Seseorang yang diLimpahi Cahaya Ketuhanan sehingga mencapai keimanan sejati adalah hamba Allah yang berdiri teguh pada sekalian hukum Syara', bukan abaikannya apa lagi engkarinya. Jika ada manusia mengaku sudah mencapai haqiqat dan Ma'rifat, lalu menganggap Syari'at tak penting lagi, maka dia adalah zindiq (kafir yang tidak sedar sudah jatuh kepada kekafiran). Wal Iyazubillah.  Orang2 seperti ini BUKAN salikin yang mengikut Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, sebaliknya mereka menganut fahaman "ilmu batiniah" atau "ilmu haqiqat palsu".


Penjagaan Ke-5 : Pegang teguh pada adab

Hal ini juga telah dijelaskan sebelum ini beberapa kali. Namun di sini perlu diingatkan lagi bahawa "Adab" adalah ibarat "Pagar" yang melindungi dan memelihara tanaman di sebuah kebun. Jika seseorang salikin melanggar "adab2 besar" seperti Jahat sangka dengan Allah, atau jahat sangka pada Gurunya, maka binasalah sekalian buah-buahan yang lazat2 di dalam kebunnya. 


SIRI 48 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.5 Tingkatan Tauhid lebih tinggi


Pada beberapa siri sebelum ini kami telah jelaskan asas2 Pengetahuan berkenaan sampainya Salikin kepada Tingkatan Pertama Tauhid yang sebenar2 suci murni, iaitu Maqam Tauhid Af'al — Esakan Allah Ta'ala pada sekalian Af'al-Nya. 


Pada peringkat2 Mujahadah seterusnya, seseorang Salikin yang sungguh2 abdikan diri kepada Allah dengan mengekalkan keikhlasan dan adab2 perjalanan Ma'rifat dengan teguh, maka di sana akan terbukalah kepadanya pintu2 Tauhid yang lebih tinggi, dengan Limpahan Rahmat Allah dan Kemurahan-Nya.


Oleh kerana ini adalah forum umum, maka tidaklah kami terangkannya secara mendalam, melainkan sedikit saja, sekira2nya memadai bagi orang awam dan salikin yang mubtadi  dan mutawassit  memperoleh gambaran keseluruhan perjalanannya kepada Allah. 


Tigkatan ke-2 Tauhid hakiki / Iman Sejati — Maqam Tauhid Asma'

Ketika seseorang hamba Allah yang telah pun sampai ke Maqam Af'al, meneruskan mujahadahnya bersungguh2 berzikir dan Muraqabah serta wirid2 lainnya seperti yang disuruh, tanpa henti, maka dengan Kemurahan Allah Ta'ala Yang Maha Pengasih, terlimpahlah kepadanya Nur Asma' Allah (Cahaya Nama2 Allah Maha Agung). Ketika itu terbukalah hijab hatinya sehingga diperlihatkan  'Asma Allah (nama2 Allah Yang Maha Agung dan Sempurna). Sebagaimana sebelumnya, pandangan ini adalah ainul basirah (pandangan mata hati) yang terbuka kepada Ketuhanan. BUKAN fikir aqal, BUKAN khayalan, BUKAN teori2 yang diulang2 ... tetapi sebenar penghayatan hati dan ruh daripada pancaran Cahaya Ketuhanan ke dalam hatinya. 


Hamba Allah yang sampai ke Maqam ini akan melihat haqiqat di sebalik setiap Asma' Allah yang Maha Agung. Diperlihatkan kepadanya bahawa tidak ada suatu nama pun yang indah2 serta memiliki Keagungan, melainkan semuanya milik Allah. 


Ketika mereka di peringkat awam mengkaji Sifat 20, mereka hanya kenal nama2 Allah berdasarkan teori sahaja. Mereka tahu dan yakin wujudnya nama2 Allah Yang Maha Agung, namun mereka belum saksikannya. Mereka tahu wujud Asma Allah yang Maha Suci, namun keyakinan mereka hanya berada pada peringkat ilmul-yaqin  (yakin dengan pengetahuan yang dapat difikir aqal), keyakinan mereka belum penuh. Keyakinan mereka masih terumbang-ambing antara syak, zonn dan waham. 


Ketika mereka sampai ke Maqam Tauhid Asma' ini, maka terbukalah baginya haqiqat di sebalik setiap Asma' Allah, maka penuhlah keyakinannya 100% tanpa sedikit pun keraguan di dalamnya kerana mereka saksikan setiap Asma' Allah dari mata hatinya yang terbuka kepada Ketuhanan.  


Tigkatan ke-3 Tauhid hakiki / Iman Sejati — Maqam Tauhid Sifat

Salikin pada Tingkatan ini, dibukakan hijabnya, maka melihatlah dia sekalian Sifat Allah Yang Kamalat (Maha Sempurna) dari mata hati dan ruhnya tanpa kaifiyyat apa pun. Terbuka baginya rahsia Sifat Istighna dan Iftiqar. Inilah sebenar Tauhid hakiki Maqam Sifat, iaitu MengEsakan Allah pada sekalian sifat2-Nya. 


Pada peringkat awam, ketika mempelajari sifat 20, Sifat Ma'ani, Ma'nawiyyah, Istighna, Iftiqar... mereka hanya tahu sifat2 tersebut pada aqal, belum dapat penghayatan sebenar di dalam hati. Tetapi apabila mereka mujahadah sungguh2 pada jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, sehingga mencapai Maqam Sifat ini dengan Rahmat Kurniaan Allah, maka terbuka baginya sekalian Sifat2 Allah itu nyata di dalam hati mereka. Inilah Tauhid Hakiki, Tauhid yang sebenar. 


Mereka yang sampai ke Maqam Sifat ini tak perlu lagi bahas2 Sifat Allah berdasarkan aqal fikiran kerana ianya sudah tertanam kukuh di dalam hatinya, menjadi penghayatan hati dan ruh yang tak boleh digoncangkan lagi.  Keyakinan Salikin pada peringat Maqam Sifat ini adalah Haqqul-Yaqin  (lebih tinggi dari keyakinan Ainul-Yaqin  yang diperoleh sebelumnya).


SIRI 49 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.5 Tingkatan Tauhid lebih tinggi

sambungan....


Tingkatan ke-4  Tauhid hakiki / Iman Sejati — Maqam Tauhid Zat

Hamba Allah yang sampai ke Maqam ini diperlihatkan kepada wujud Zat Mutlaq, iaitu semata2 Wujud Zat Allah sebelum diciptakan sekalian makhluq. Mereka beriman kepada Allah dengan benar2 melihat kepada Wajah ( Zat ) Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un. Mereka akan dibukakan haqiqat Firman Allah .....


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو ٱلْجَلاَلِ وَٱلإِكْرَامِ


"Segala suatu akan binasa. Dan Kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan"

[Ar-Rahman (55) : ayat 26,27]


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلاَّ وَجْهَهُ


"Segala sesuatu pasti binasa, kecuali Wajah (Zat) Allah"

[Al-Qasas (28); ayat 88]


✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


وَقُلْ جَآءَ ٱلْحَقُّ وَزَهَقَ ٱلْبَاطِلُ إِنَّ ٱلْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً


"Dan katakanlah: Telah datang Yang Haqq dan hilang lenyaplah yang batil. Sesungguhnya yang batil itu sememangnya akan lenyap"

[Al-Israa (17) : ayat 81]


Apabila dibukakan haqiqat Ayat2 ini, maka nyatalah bagi mereka akan Haqiqat kewujudan Allah sebagai Tuhan Yang benar2 Haq dan kewujudan makhluq yang pada haqiqatnya binasa / tak wujud.  Maka penuhlah Tauhid di dalam diri mereka, menyaksikan Zat Allah yang Laisa Kamithilihi Syai'un,  tanpa sebarang kaifiyyat  atau cara yang dapat melafazkannya.


Pada peringkat awam, orang Islam lazimnya akan berkata begini :

"kehidupan makhluq itu hanyalah pinjaman", atau....

"kuasa makhluq hanya pinjaman" atau ....

"Nikmat yang ada makhluq hanya sementara"  atau...

"Kewujudan makhluk adalah fana', sedangkan Allah itu baqa'.."

dan lain2 ungkapan seperti itu. 


Sedangkan pada peringkat penyaksian Zat Allah, hamba2 Allah yang dibukakan Hijabnya, mereka benar2 melihat dengan penyaksian hati, ruh dan sirriyah (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam) bahawa sesungguhnya yang wujud hanya Zat Allah Yang Maha Agung sedangkan sekaliannya tak wujud pada haqiqatnya. Zahirnya wujud, sedangkan hakikatnya "fana"  atau "binasa" atau "tak wujud".


Ahli Ma'rifat berikan suatu tamsilan bagi memahami keadaan ini:


Tamsilan 1 : Cahaya matahari dengan cahaya pelita

Kamu menyalakan pelita di siang hari ketika Matahari terik memancar. Kamu hanya melihat cahaya matahari, sedang cahaya dari pelita tidak kelihatan, meskipun pada zahirnya pelita itu wujud dan cahaya pelita itu juga wujud, namun keduanya tenggelam / hilang / tak wujud pada padangan.  Maka kamu katakan : "Cahaya pelita" tak wujud dan "Pelita itu juga tak wujud" kerana dihilangkan oleh Cahaya Matahari yang terang.


(2) Tamsilan kedua : Kayu dan bayang2nya

Kamu pacakkan sebatang kayu ketika siang hari maka kelihatanlah "bayang2nya". Wujud bayang2 adalah kerana wujudnya kayu itu. Apabila kayu itu dialihkan, maka hilanglah bayang2nya. 


Moga memperoleh faham.


Inilah Keimanan tertinggi, Maqam Tertinggi Tauhid kepada Allah. 

Hamba2 Allah yang sampai peringkat ini tidak lagi dinamakan Salikin, tetapi mereka adalah Arifin atau disebut Arif Billah atau Ahli Ma'rifat yang sebenar. Maqam ini adalah Maqam khawasul-khawas Terlebih khusus daripada yang khusus — Hanya Kurnia Allah kepada hamba2-Nya yang mengabdikan diri dengan penyerahan penuh di dalam Persulukannya. Keyakinan hamba Allah ini dikenali sebagai Kamalul-Yaqin. keyakinan yang sempurna.


Tingkatan ke-5 Tauhid hakiki / Iman Sejati — Maqam Tajalli Zat

Ini setinggi2 Maqam hamba Allah mencapai Darjat Kekasih Allah.  Tidak dihuraikan keadaannya kerana tak layak didedahkan kepada umum. Memadailah bagi orang awam dan Salikin mengetahui bahawa pada setiap zaman wujud hamba2 pilihan Allah ini, menjadi kekasih Allah. Namun bilangannya amat sedikit. 


SIRI 50 :


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


12.6 Keterangan Al-Qur'an, Hadith dan Ulama berhubung Maqam Tauhid Zat / Keimanan tertinggi / Ahli Ma'rifat yang tahqiq


Dalil 1 : ✨🕌✨ Firman Allah Ta'ala :


أَأَلاۤ إِنَّ أَوْلِيَآءَ ٱللَّهِ لاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ.  ٱلَّذِينَ آمَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ.  لَهُمُ ٱلْبُشْرَىٰ فِي ٱلْحَياةِ ٱلدُّنْيَا وَفِي ٱلآخِرَةِ لاَ تَبْدِيلَ لِكَلِمَاتِ ٱللَّهِ ذٰلِكَ هُوَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ


"Ketahuilah! Sesungguhnya para Auliya Allah itu, tidak ada ketakutan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  Mereka (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman (Mu'min sejati) serta mereka pula sentiasa bertaqwa (sebenar2 Taqwa).  Bagi mereka diberi berita gembira di dalam kehidupan dunia dan di Akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

[Yunus (10) : ayat 62,63,64]


Kata Ibn Abbas Radhiallah Anhu:

Sesungguhnya mereka yang benar2 beriman (Mencapai Keimanan sejati) adalah Auliya Allah (kekasih Allah) yang tiada takut apa pun terhadap sesuatu yang mendatang, dan tiada dukacita terhadap suatu yang mereka tinggalkan di belakang. Kemudian Allah tegaskan lagi bahwa mereka yang dimaksudkan adalah orang2 yang beriman (benar2 beriman) dan bertaqwa (sebenar Taqwa) kepada Allah. Kalimat " ٱلْبُشْرَىٰ  "  (Al-Busyra), khabar gembira bermaksud dua macam kebahagiaan : Pertama : kebahagiaan di dunia dengan mendapat mimpi2 benar. Kedua : jaminan masuk syurga (tanpa hisab). Yang demikian itu adalah jaminan Allah kepada mereka. Dan itulah sebesar2 kemenangan.

[Tafsir Ibn Abbas]


Penjelasan :

Firman Allah di atas menjelaskan beberapa keistimewaan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada hamba2 Allah yang mencapai Keimanan sejati, Maqam Tauhid tertinggi, Maqam Taqwa yang sebenar2nya, Maqam  Ma'rifat dan Ubudiyyah yang sempurna. 


(1) Mereka disebut oleh Allah sebagai Auliya, iaitu Wakil-Nya dan Kekasih-Nya.


(2) Allah Ta'ala hilangkan ketakutan atau kebimbangan dari hati mereka. 


(3) Allah Ta'ala berikan jaminan kepada mereka bahawa mereka akan masuk Syurga tanpa hisab. 


(4) Allah Berikan khabar gembira bahawa mereka di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala. 


(5) Mereka sentiasa di Hadratul Quddus  menyaksikan Wajah Allah pada setiap ketika dan ruang waktu. tiada terpaling walau sesaat.  Dengan demikian, mereka dipelihara oleh Allah daripada terjerumus kepada dosa2 besar atau kefasikan.  Jika pada suatu ketika mereka terbuat dosa kecil, maka mereka akan bertaubat pada seketika itu juga.  


Bagi Rasul dan Nabi, hal ini dinamakan Ma'sum

Bagi Auliya Allah yang lain, ia dinamakan  Mahfuz.  


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Para Nabi dan Wali Allah tidak luput dari kegelinciran. Hanya para Nabi adalah Ma'sum  terpelihara dari dosa besar setelah diangkat menjadi Nabi dan Rasul.  Sedangkan para Wali Allah tidaklah ma'sum  tetapi mereka adalah disebut Mahfuz, dipelihara oleh Allah daripada dosa2 besar setelah darjat kewaliannya sempurna."

[Sirrul-Asrar]


Bersambung siri 51 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ 

_____________________

MAJLSI TAZKIRAH JILANI

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...