■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 731 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Ringkasan penjelasan minum di Haudh (الْحَوْضِ) Rasulullah
(1) Al-Haudh (الْحَوْضِ) adalah telaga yang amat luas yang di-Kurniakan oleh Allah Ta'ala kepada Junjungan Rasulullah ﷺ di Padang Mahsyar.
(2) Airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih harum dari kasturi. Cawan-cawannya lebih banyak dari bintang di langit.
(3) Rasulullah ﷺ akan beri minum kepada Ummat Baginda yang benar-benar mengikuti Baginda. Merekalah Ahlus Sunnah.
(4) Golongan sesat Khawarij (kini wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Sekular dan lain-lain tidak dapat minum dari Telaga Rasulullah ﷺ kerana mereka akan dihalau daripadanya.
(5) Amat malang Khawarij (kini wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), sekular dan lain-lain kerana mereka berangan-angan merekalah yang dapat minum dari Telaga Rasulullah ﷺ.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Kelompok Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa Hari Qiamat kelak, Rasulullah ﷺ mempunyai sebuah kolam. Orang Mukmin mengambil air dari kolam itu. Dan itu hanya dapat dilakukan setelah berhasil menyeberangi Sirat sebelum masuk Syurga. Barang siapa meminum air dalam kolam itu tidak akan rasa haus selama-lamanya. Luas kolam itu sama dengan jarak satu bulan perjalanan. Air sangat jernih, lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Di kelilingnya ada cawan yang jumlah menyamai bintang di langit. Rasulullah ﷺ sendiri menyebut dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Sauban Radhiallahu anhu, "Aku berada di dekat kolamku pada hari Qiamat.”
Rasulullah ﷺ juga pernah ditanya tentang luas kolam itu, Baginda menjawab: Dari tempat aku berdiri sampai ke Aman. Airnya sangat putih, lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Di dalamnya ada dua saluran' satu dibuat dari daun dan satu lagi dibuat dari emas.
Dalam Hadith lain, Rasulullah ﷺ bersabda: "Kolamku seluas jarak antara Adn dan Aman. Dikelilingi oleh khemah-khemah diperbuat dari intan. Jumlah bejananya sama dengan bintang di langit. Dasarnya dari minyak kasturi, airnya lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, lebih manis dari madu. Barang siapa meminumnya tidak akan haus selama-lamanya. Lalu banyak orang dijauhkan dan terusir dariku seperti unta asing yang terusir, kemudian aku katakan kepada mereka: "Mari ke mari". Kemudian ada yang berkata kepadaku, "Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka lakukan sepeninggalanmu. Maka aku bertanya, "Apa yang mereka telah perbuat?" Dijawab, "Mereka telah mengubah dan mengganti (ajaranmu). Maka aku jawab, "Kalau begitu menjauhlah dariku."
[Al-Ghunyah]
SIRI 732 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-31:
Rasul, Nabi, Auliya Allah tidak meninggal pada haqiqatnya, tetapi hidup di Sisi Allah dengan mendapat rezeki secara istimewa
Menurut I'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah sejak dahulu hingga ke hari ini, Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah yang telah wafat hidup di alam Barzakh serta memperoleh rezeki secara istimewa dari Sisi Allah. Harus berlaku pertemuan antara Auliya Allah yang masih hidup dengan Rasulullah ﷺ dan sekalian Auliya Allah yang telah wafat. Hal ini merupakan Karamah sekalian Auliya Allah. Ada pun mereka yang mengingkari hal ini adalah sesat dan termasuk golongan penentang Allah dan Rasul-Nya.
Tajuk ini kami telah pun bentangkan sebelum ini. Dalam risalah ini kita cuma sebut ringkas sebagai menepati matlamat bahagian ini, iaitu menyebut Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah.
Sebagaimana huraian kami terdahulu, Dalil Al-Qur'an dan Hadith berkenaan hal ini amat banyak. Kita sebut di sini sebahagian daripadanya.
Firman Allah:
وَلاَ تَحْسَبَنَّ ٱلَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ.
فَرِحِينَ بِمَآ آتَاهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِٱلَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُواْ بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلاَّ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ ٱللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur) pada Jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di Sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan Kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurnia-Nya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."
[Aali -Imran : Ayat 169,170,171]
SIRI 733 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Menurut Ahli Ma'rifat:
Ayat di atas ditujukan khusus kepada para syuhada di perang Uhud. Tetapi makna umumnya adalah ditujukan kepada seluruh Mujahidin yang berjuang bersungguh-sungguh bagi mendirikan Kalimah Allah di atas muka bumi mulai dari zaman Nabi sehinggalah ke akhir zaman. Iaitu mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya.
Dengan demikian maksud Firman Allah : بَلۡ أَحۡيَآءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ يُرۡزَقُونَ — "(Mereka tidak mati) bahkan hidup di Sisi Allah secara istimewa dengan mendapat Rezeki" meliputi sekalian Mujahid sama ada mereka yang syahid di medan Perang Fi-Sabilillah atau di Medan Da'wah Fi-Sabililllah atau di Medan Tarbiyyah Fi-Sabilillah. Sesungguhnya mereka telah mencapai Keredhaan Allah dan kasih-Nya ketika hayat mereka di dunia. Sudah pasti maqam ini hanya akan tercapai setelah berusaha sungguh-sungguh berjuang pada Jalan Allah sehingga mereka di-Angkat oleh Allah ke Maqam yang tinggi di Sisi-Nya. (untuk penjelasan lanjut akan hal ini, sila baca Tajuk Risalah kami "Taqwa Menurut Ahlus Sunnah")
Jika kamu bertanya, bagaimana Ahli Ma'rifat mengetahui sekalian hal tersebut, maka jawapannya:
Selain dari keterangan Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah ﷺ mereka diperlihatkan oleh Allah Ta'ala akan sekalian hal ehwal yang terjadi kepada si mati khususnya sekalian Kekasih-Kekasih Allah. Mereka melihat dari pandangan matahati dan ruh dan Sirr (rahsia yang sangat dalam) kehidupan istimewa para Rasul, Nabi dan para Auliya Allah terdahulu.
Cabang : Definisi "mati pada Jalan Allah"
Umum memahami bahawa "mati pada Jalan Allah" sebagai mereka yang syahid pada jihad di medan perang memerangi musuh-musuh Allah!
Zahir ayat di atas seolah-olah memberikan gambaran bahawa mereka yang mati di medan jihad menentang musuh sebagai syuhada, namun para Ulama Ahlus Sunnah meluaskan makna tersebut pada semua orang Mukmin yang berjuang mendirikan Da'wah serta berjihad sungguh-sungguh dengan harta dan jiwa mereka sepanjang zaman sehingga hari Qiamat!
Dengan demikian siapa sahaja di kalangan Ummat Rasulullah ﷺ berjuang mendirikan Agama Allah dengan hati yang suci menurut prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah termasuk "Jalan Allah" dan mati pada jalan tersebut adalah termasuk "mati di Jalan Allah".
Penegasan Ulama ini adalah berdasarkan keterangan ayat yang sama pada penghujung ayat tersebut iaitu ....
وَأَنَّ اللَّهَ لاَ يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ
".....dan sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman."
SIRI 734 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"Jangan buat andaian mereka yang terbunuh pada Perang Badar dan Uhud itu mati seperti kematian orang lain yang mati. Tetapi mereka adalah sebenarnya seperti orang-orang yang masih hidup dan diberi hadiah istimewa oleh Allah."
[Tanwir Al-Miqbas min Tafsir Ibnu Abbas]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
'Jangan kamu mengira orang yang gugur di Jalan Allah mengorbankan ruh mereka di jalan fana" agar mereka meraih kemuliaan baqa, mati berputus dari hidup dan gerak sebagaimana mayat-mayat lainnya, sebenarnya mereka itu hidup, memiliki sifat-sifat dan nama-nama azali dan abadi dan didekatkan di sisi Tuhan mereka yang menghimpun semua sifat dan nama, mereka diberi rezeki dengan semua itu dari Sisi-Nya. Mereka bergembira dengan apa yang Allah Anugerahkan kepada mereka berupa jamuan Ma'rifat dan Ihsan, dengan keduanya mereka mendapat Kurnia yang besar dari Allah selamanya; mereka abadi di dalamnya."
[Tasir Jailani]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Ketika mentafsirkan ayat 169-171 Aali Imran ini, Qurtubi menyoal begini :
"Semua manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim tahu bahawa ruh orang mati akan terus hidup dan akan melalui proses soal jawab di kubur, yang beriman akan mendapat hawa dari syurga sementara mereka yang kafir dan orang Islam yang banyak dosanya akan merasai azab di kubur. Ini terbukti dari banyak ayat Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ. Jadi apakah istimewanya kematian orang mati “di Jalan Allah" menurut ayat di atas itu???
Jawapannya diberikan pada ayat pertama lagi, iaitu ketika Tuhan menyatakan bahawa para syuhada (mereka yang mati pada Jalan Allah) mendapat "rezeki". Rezeki dan penjagaan diperlukan oleh kehidupan! Di sini kita faham bahawa "kehidupan" para syuhada ini bermula sebaik sahaja mereka syahid, meninggalkan "alam nyata" ini dan berpindah ke dunia lain, suatu kehidupan yang istimewa di sisi Tuhan.... berbeza dengan pengalaman kematian biasa yang diketahui umum.
Tidak ada suatu penjelasan khusus apa makna "kehidupan istimewa" yang Allah sebutkan di dalam ayat di atas. Cukuplah dengan memahami bahawa mereka telah mendapat tempat istimewa di Sisi Allah. Ini terbukti dari banyak kenyataan yang dapat dilihat umpamanya jasad mereka tidak reput bahkan sentiasa seperti ketika ditanam.
[Jami' Al-Ahkam, Qurtubi]
SIRI 735 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Fatwa Ulama Ahlus-Sunnah
(1) Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Kata beliau lagi :
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Golongan Tasawwuf (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ " .
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
(2) Fatwa Imam Jalaluddin Sayuthi:
Nama penuh beliau adalah Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman b. Abi Bakr b. Muhammad Jalal al-Din al-Khudayri al-Suyuti, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah, Shaikhul Hadith dan Awlia Allah yang diberikan oleh Allah berbagai Karamah. Semua ini diakui oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman!
Berkata Imam Sayuthi di dalam Kitab Fatawa beliau:
"Ramai yang mempersoalkan ehwal Ahli Ma'rifat melihat Nabi ﷺ di dalam keadaan jaga (sedar). Di zaman kami ada segolongan mereka yang tidak mempunyai pegangan Agama yang kukuh, dengan penuh emosi menafikannya dan sangat hairan dengan kebenaran ini. Mereka mendakwa ianya mustahil.
Apa yang benar adalah: Bahawa sesiapa yang benar-benar beriman dengan Nabi (Mukmin) tetapi tidak dapat melihat Baginda kerana mereka tidak hadir (di zaman Nabi), Hadith ini memberikan khabar gembira bahawa mereka akan dapat melihat Baginda sebelum mereka mati." Ada sebahgian orang tidak mempercayainya dan berkata : "Bagaimanakah mungkin orang hidup melihat orang mati"?
Untuk dakwaan ini, Imam Saytuhi menjawab:
"Orang-orang yang berkata demikian jatuh kepada dua bahaya: Pertama kerana tidak mempercayai kebenaran Hadith Nabi yang sahih dan yang kedua kerana mengingkari Kekuasaan Tuhan Yang Maha Perkasa."
[Al Hawi lil Fatawi]
(3) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami Radhiallahu anhu:
Imam Ibn Hajar Al-Haythami adalah Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah, Mufti Agung, Auliya Allah. Fatwa beliau yang termasyhur di dalam Mazhab Syafie'.
Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) ditanya: "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga) ?"
Imam Ibnu Hajar menjawab:
"Ya? Benar. Melihat dan bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya."
"Telah dikhabarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karamah para Auliya Allah oleh Al-Ghazali, Al-Barizi, Al-Taj Al-Subki, dan Al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan al-Qurtubi and Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah."
Imam Ibnu Hajar menegaskan :
"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat. Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karamah Auliya Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ."
[Fatwa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi]
SIRI 736 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-32:
Kunci Keselamatan Ahlus Sunnah : Bai'at, Talaqqi Musyafahah, Nur Rabbaniyyah, Nur Muhammad
Ilmu Ahlus Sunnah akan tetap terpelihara kesucian dan keasliannya sedangkan Ilmu sekalian Golongan sesat akan binasa menurut peredaran Zaman. Ahlus Sunnah akan tetap selamat dengan bimbingan, pimpinan dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sedangkan golongan penentang akan hanyut bersama Sistem pemimpin-pemimpin Jahiliyah moden.
Perhatikan dan fahami baik-baik:
Kunci keselamatan Ahlus Sunnah terletak pada tiga kaedah penerimaan Ilmu Ahlus Sunnah:
(1) Penerimaan Ilmu zahir syari'at dengan wasilah Bai'at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dan menerima langsung dari lisan Gurunya — yang sambung-menyambung silsilah beliau sampai Rasulullah ﷺ )
(2) Limpahan Nur Muhammad oleh Allah ke dalam dada Mursyid Pewaris Rasulullah ﷺ
(3) Penerimaan ilmu langsung dari Allah — Limpahan Anugerah Nur Allah terus ke dalam dada Mursyid — dipanggil Ilham, firasat, ladunni, khitob, kasyaf.
Firman Allah:
وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]
Firman Allah:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
“maka Kami (Allah) hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam laksana besi berani ”
[Qaf (50) : Ayat 22]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dada ku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakr”
[Imam Bukhari]
Ringkasnya, melalui kaedah-kaedah Rabbaniyyah ini Ilmu Ahlus Sunnah tetap terpelihara kesucian, kebenaran dan keasliannya di tangan Mursyid Pewaris Rasulullah ﷺ, yang memegang Amanah Allah. Ia tidak sesekali tercemar oleh mana-mana anasir Sesat daripada 72 golongan sesat. Dan juga tidak mampu dicemari oleh doktrin dan falsafah sesat moden — sistem demokrasi, otokrasi, sekular, kapitalis, sosialis atau apa saja pemikiran jahiliyah moden tidak akan mampu mengganggu-gugat Pegagan Ahlus Sunnah yang benar. Meskipun ramai orang Islam menganut fahaman dan doktrin moden dan perjuangkannya, Institusi Ahlus Sunnah tetap kukuh dengan pegangannya di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Walaupun seluruh dunia dipenuhi Pemerintahan Sistem Jahiliyah moden, sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq tetap memegang Amanah Allah mempertahankan Warisan Nabi zahir dan batin, syari'at dan Toriqat Nabi ﷺ, iaitu mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Inilah rahsia keselamatan Ahlus Sunnah yang tidak dimiliki oleh golongan-golongan lain. Mereka tidak mempunyai hubungan dengan Allah Ta'ala dan Rasulullah ﷺ. Maka para "Ulama" mereka mentafsirkan setiap suatu menurut selera nafsu mereka, atau menurut kemahuan Pemerintah dan penguasa politik.
Hal yang kami sebutkan tadi (para "Ulama" mereka mentafsirkan setiap suatu menurut selera nafsu mereka, atau menurut kemahuan Pemerintah dan penguasa politik) ini bukan andaian tetapi benar-benar terjadi setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, Ulama sesudahnya memberi fatwa mengikut nafsu dan kemahuan pemerintah. Sekalian Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) tidak sesekali bersubahat kepada fatwa-fatwa sesat yang mengikut nafsu. Mereka menjauhkan diri dunia politik jahat dan keji.
SIRI 737 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Sebagaimana kami sebut dahulu, Ilmu Ahlus Sunnah selamat di tangan sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq ﷺ kerana mereka di-Kurniakan oleh Allah rahsia yang disebutkan tadi. Maka Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq yang menjadi penyelamat Ahlus Sunnah. Mereka akan pimpin Ummat menurut Ahlus Sunnah benar sedangkan orang yang tidak menepati syarat-syarat tersebut akan terpesong kepada jalan-jalan kebatilan dan kesesatan. Wal Iyazubillah. Mereka akan terpesong kepada sistem dan doktrin pemikiran manusia — demokrasi, otokrasi, kapitalis, sosialis, sekular dan lain-lain sepertimana yang terjadi pada zaman ini.
Sebagai ulangan....kami memperingatkan semula berkenaan Pimpinan Warisan Rasulullah ﷺ, bermula dari Pimpinan Khulafa Ar-Rasyidin dan turun-temurun pimpinan Silsilah Rasulullah ﷺ
Generasi Pertama Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)
Sesungguhnya Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, Ridhwanullah Alayhi Ajma'in adalah Generasi Pertama Mursyid.
Ungkapan "Ar-Rasyidin" adalah datang dari kata: rasyada yang bermaksud "yang menunjukki jalan lurus". Maka Mursyid adalah yang menunjukki jalan lurus sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ
Generasi ke-2 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)
Generasi Kedua Mursyid yang siddiq (benar) adalah Ulama Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Khulafa Ar-Rasyidin yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.
Generasi ke-3 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)
Generasi Ketiga Mursyid yang siddiq (benar) adalah Tabi'it-Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'in yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.
Generasi ke-4 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)
Generasi Keempat Mursyid yang siddiq (benar) adalah Imam-Imam, Shaikh, Ulama, kemudian yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'it Tabi-in yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.
Generasi ke-5 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)
Generasi Kelima Mursyid yang siddiq dan seterusnya ke bawah dan ke bawah menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Shaikh yang sebelumnya yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.
Beginilah berlakunya perlantikan Mursyid-Mursyid yang siddiq (benar) sepanjang zaman sehingga ke hari ini dan seterusnya hingga hari Qiamat tiada putus.
Fahami haqiqat ini — sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, perlantikan Mursyid semata-mata Anugerah Allah kepada hamba-hamba Pilihannya yang benar-benar telah mujahadah pada Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq. Guru (yang juga Pewaris Nabi yang Siddiq) hanya menzahirkan Pilihan Allah)
Firman Allah
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
SIRI 738 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid, Ahli Ma’rifat, Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat Nukilan - Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Ini adalah bukti terang bahawa sekalian Ulama Billah, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah pilihan Allah, dan bukan pilihan manusia.
Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf : Ayat 108]
Tafsiran:
Al Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar — [Surah al-Kahfi (12) : Ayat 108] )
[Tamat nukilan Kitab Sirrul Asrar]
Imam Jilani memberikan kita beberapa maklumat penting kepada kita berhubung dengan tafsir yang sebenarnya mengikuti Nabi
(1) Mursyid yang siddiq adalah Pewaris Nabi pilihan Allah.
(2) Warisan Ilmu batin, iaitu Nur Muhammad dalam dada Mursyid.
(3) Mursyid dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.
Berbeza dengan Ulama dunia dan pemimpin agama awam, hanya mengutip sana sini dan jadikan pegangan. Setengah daripada mereka mengutip dari buku-buku Khawarij (Wahabiyah) atau buku-buku Syi'ah (rafidhi) atau golongan sesat lain. Setengah daripada mereka bangga kerana memiliki PhD, Doktor, ijazah, Master, lalu mengaku sudah mengikut Rasulullah ﷺ sedangkan pada hakikatnya mereka jauh dari Petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Mereka berbangga-bangga dengan Sistem Demokrasi, Kapitalis, Sosialis. Wal Iyazubillah
SIRI 739 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-33:
Ummat Islam akan menempuh Lima macam Pemerintahan — Tiga dalam Keredhaan Allah, dua dalam Kemurkaan Allah
Menurut Ahlus Sunnah, Ummat Islam menempuh 5 Fasa Pemerintahan:
Fasa Pertama : النُّبُوَّة
Period Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.
Fasa Kedua : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period _Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah_ iaitu Pemerintahan Khalifah- Khalifah yang bersifat Mursyid atau Rasyid — Sayyidina Abu Bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim ajma'in.
Fasa Ketiga : مُلْكًا عَاضًا
Period Pemerintahan Mulkan Addhan, Kerajaan menggigit atau kerajaan Zalim. Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.
Fasa Keempat : مُلْكًا جَبَّرِيًّا
Period Pemerintahan Mulkan Jabriyyan iaitu period pemerintahan Pembesar-pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Orang kaya besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun. Mereka menggunakan apa saja sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dan lain-lain.
Period ini yang kita berada sekarang.
Fasa kelima : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.
Sekalian Ummat sedang menunggu penzahiran diri beliau, zamannya sudah sangat hampir.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ
“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas Kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, Pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian), kemudian Nabi diam.
[Imam Ahmad]
SIRI 740 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Penjelasan:
(1) Sesungguhnya Pemerintahan Fasa Pertama (Pemerintahan Rasulullah ﷺ) dan Fasa Kedua (Pemerintahan Khalifah-Khalifah Rasulullah ﷺ) inilah yang benar, dua Fasa Pemerintahan yang di-Rahmati Allah.
Berdasarkan janji Rasulullah ﷺ, Fasa Pemerintah yang adil dan Taqwa ini akan berulang pada akhir zaman ketika kehidupan manusia telah sampai kepada kemuncak kezaliman, kefasikan dan kekafiran. Itulah Zaman Pemerintahan Imam Mahdi Alaihis-salam. Zaman tersebut adalah zaman yang kita tempuh sekarang (abad ke-15 Hijriyyah) dan waktunya sudah sangat dekat.
(2) Pemerintahan Fasa ke-3 ditadbir oleh Pemerintah-pemerintah yang kebanyakannya fasiq dan zalim, kecuali beberapa Khalifah yang Taqwa dan adil seperti Imam Umar Ibn Abdul Aziz.
Pemerintah-pemerintah fasiq pada fasa ini TIDAK mengikut jejak langkah Rasulullah ﷺ. Mereka tidak mendirikan keadilan dan Taqwa. Sebaliknya mereka hidup dalam kemewahan, berfoya-foya dengan hiburan, minum arak, zina dan berbagai kefasikan. Memang dilaksanakan undang-undang Islam tetapi ia hanya dipaksakan kepada rakyat sementara golongan elit yang mentadbir bebas ikut nafsu.
Setengah daripada Pemerintah ini mengikut nafsu buas sampai membantai orang Islam beramai-ramai, merampas harta orang Islam, membunuh orang Islam sewenang-wenang, (contoh yang paling ketara adalah Yazid bin Muawiyah dan Hajjaj Yusuf As-Saqami yang menyerang orang Islam dan membunuh mereka sewenang-wenangnya tanpa perikemanusiaan). Inilah kejahatan manusia fasiq yang mengaku Khalifah dan Amir. Kejahatan Pemerintah-pemerintah fasiq ini tiada sempadan yang dapat disebutkan.
Pada hakikatnya mereka ini bukan Khalifah Rasulullah ﷺ, sebaliknya ini adalah pengikut nafsu dan Iblis. Pemerintahan mereka bukan Pemerintahan Islam. Undang-undang Islam yang dipaksakan hanya sekadar melindungi kejahatan mereka sendiri, Wal Iyazubillah. Moga Allah Ta'ala melindungi kita daripada pengikut-pengikut Iblis ini....!
Inilah yang kami katakan dahulu — bagaimana Iblis berjaya menyesatkan Pemerintah-pemerintah Islam yang bernama Islam, mereka memakai nama Khalifah dan Amirul Mu'minin tetapi perangai mereka amat jahat dan keji. Wal Iyazubillah. Iblis berjaya bawa golongan ini ke perangkap dia sehingga mereka jatuh jadi fasiq atau sesat. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 741 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment