■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 244)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-31 :
Pelopori Sunnah yang buruk Di dalam Islam
..... Sambungan.....
Punca orang Islam bangunkan Sunnah Sayyi'ah (Sunnah Buruk / Bid'ah Dholalah)
Adalah suatu hal yang sangat menghairankan orang "bernama Islam" membangunkan Sunnah Sayyi'ah atau Bid'ah dholalah yang jelas berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya. Mengapakah mereka membangunkan Tradisi mungkar yang jelas berlawanan dengan Agama yang mereka percaya?
Mengapa orang Islam membangunkan Sunnah Sayyi'ah (bid'ah dholalah) seperti Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Mu'tazilah, Jabariyyah dll yang jelas berlawanan dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya? Adakah sebab mereka jahil? Atau sebab tamak dunia? Atau kerana hasutan Iblis?
Berikut beberapa sebab terjadi keadaan demikian:
(1) Iman belum masuk ke dalam hati.
Mereka beriman pada lidah tapi Iman belum meresap ke dalam hati. Orang2 yang benar2 beriman tidak sama sekali berani melakukan hal demikian.
(2) Cinta dunia — Inginkan habuan dunia
Pelopor2 firqah sesat ; sama ada mereka yang bangunkan firqah sesat di dalam Aqidah (72 firqah) mahupun firqah2 sesat di dalam keruhanian (11 golongan) atau kelompok2 fasiq yang lain yang membangunkan kumpulan2 maksiat, hanya memikirkan keuntungan duniawi. Mereka inginkan wang dan harta benda dunia daripada pengikut2 mereka secara mudah.
(3) Inginkan Kemasyhuran
Pelopor2 bagi firqah2 sesat atau kelompok2 fasiq ingin diri mereka disanjung dan dipuja sebagai pemimpin yang hebat yang melakar sejarah Ummat.
(4) Kejahilan
Sebahagian daripada pelopor2 yang membangunkan firqah2 sesat atau pusat2 kemaksiatan adalah orang yang jahil, tidak memahami hakikat Agama. Mereka tidak mempelajari Agama daripada Guru yang arif — Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar. Sebaliknya guru mereka adalah Orientalis barat atau profesor Universiti yang "jahil" atau Guru sekular yang "jahil" hakikat Agama.
(5) Perancangan Yahudi dan Nasrani
Yahudi mempergunakan orang2 Islam untuk menghapuskan Islam dari dalam dada Ummat Islam dengan berbagai propaganda jahat. Lazimnya Yahudi memilih orang2 tertentu dan mengangkatnya sebagai pemimpin sedangkan dia cuma boneka yang menjadi tali barut Yahudi dan Nasrani.
(6) Tipu daya Syaitan
Pelopor2 kejahatan terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka tidak mengenal Iblis dan tipu dayanya yang sangat halus dan licik. Iblis menghiasi kefasikan dengan kebaikan — zahirnya kelihatan indah dan baik sedangkan di dasarnya adalah kejahatan Iblis yang tersembunyi. Mereka menyangka diri mereka bersih dan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pembuat Bid'ah sesat dan Syirik sedangkan yang sebenarnya mereka tertipu dengan "penutupan Iblis".
🕌💫 Firman Allah :
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji /ma'siat / mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas".
[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]
✨🕌✨ Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu :
“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang diredhai Allah). Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh sesiapa sahaja) Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.
[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]
Bersambung siri 245 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment