Wednesday, July 22, 2026

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 15 - AKHIR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Fasal 15 :  Khotimah


Demikianlah kami memaparkan perkara-perkara penting berhubung dengan keberadaan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sepanjang zaman sampai Qiamat serta kewajipan atas setiap Muslim mencari mereka, berguru kepada mereka dan berpegang sungguh-sungguh kepada mereka sampai akhir hayat.   Moga mereka di-Kurniakan oleh Allah Nikmat Teragung - Keredhaan-Nya serta masuk Syurga tanpa hisab.  


Firman Allah Ta'ala:

 

يَوْمَ نَدْعُوا۟ كُلَّ أُنَاسٍۭ بِإِمَـٰمِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِىَ كِتَـٰبَهُۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَـٰبَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًۭاوَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦٓ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلْـَٔاخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًۭا

 

“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun. Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : Ayat 71-72]


Menurut Guru-Guru kita yang arif, di Mahsyar nanti sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq  (benar) yang mempunyai silsilah  Rasulullah   akan  berhimpun di bawah panji-panji besar Rasulullah . bersama-sama murid mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas muridnya dan Shaikhnya pula jadi saksi atasnya ...demikian sambung-menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah sendiri. Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk syurga oleh Rasulullah bertali tali / berantai-rantai, iaitu mengikut silsilah masing-masing berpegang kepada Guru kepada Guru, kepada Guru sehingga akhirnya sampai kepada Sahabat yang  berpegang kepada tangan Rasulullah .

 

Rasululllah bersabda:

 

عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ

 

“Ajib (Hairan)  oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai ( bertali-tali).”

[Imam Bukhari]

 

Hanya di Sisi Allah Petunjuk terbaik bagi hamba-hamba Pilihan yang benar-benar menghadapkan wajah mereka kepada Allah Yang Maha Pengasih. Maassalamah.

 

 

 

 اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ فِىْ قَلْبِى نُوْرًا وَفِى لِسَانِىْ نُوْرًا وَفِىْ بَصَرِىْ نُوْرًا وَفِىْ سَمْعِىْ نُوْرًا وَعَنْ يَسَارِىْ نُوْرًا وَعَنْ يَمِيْنِىْ نُوْرًا وَفَوْقِىْ نُوْرًا وَتَحْتِىْ نُوْرًا وَاَمَامِىْ نُوْرًا وَخَلْفِىْ نُوْرًا وَاجْعَلْ لِّىْ نُوْرًا

 

 

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 15 - AKHIR

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Fasal 15 :   Khotimah Demikianlah kami m...