Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
MUSIBAH COVID-19: ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN
Ketika tulisan ini terpapar di hadapan
Ummat (21 Rejab 1441 H / 16 March 2020 M), Ummat Islam dan seluruh masyarakat dunia
sedang menghadapi suatu wabak yang belum pernah wujud sebelumnya Covid-19 dari keluarga Virus Corona.
Seluruh dunia sedang gempar, bimbang dan hidup di dalam ketakutan. Ketakutan akan nyawa mereka, perniagaan dan harta benda.
Betapa tidak,
Covid-19 yang baru lahir ini dikatakan
bermula dari Kota Wuhan Negeri Cina dan menjadi asbab kematian mengejut di Kota
Wuhan. Tiba2 mayat bergelimpangan di jalan tanpa sebarang amaran. (pesakit
tiada sejarah sebarang penyakit kronik).
Sampai ke hari ini lebih 3,000 kematian dan 100,000 yang dijangkiti
Virus Covid-19 di Negeri Cina sahaja.
Akibat dari kegemparan ini,
banyak bandar di Negeri Cina menjadi "kota hantu" tiada aktivti harian. Gedung2 ditutup. Kilang2 berhenti operasi.
Impot eksport dihadkan. Kapal2 berhenti
belayar. Banyak Penerbangan dibatalkan.
Ramai terkurung di dalam rumah sendiri.
Jalanan, premis perniagaan, pasa raya seperti tempat berhantu sunyi sepi
tanpa manusia.
Bermula dari Wuhan, Virus ini
merebak dengan pantas merentasi segala benua, khususnya mana2 negara yang
mempunyai hubungan perdagangan dengan Negara Cina. Sehingga seluruh dunia kini
menerima ancaman Virus ini. Covid-19
terus menyerang tanpa henti. Banyak negara terpaksa mengenakan "Kawalan
Pergerakan",
"kuarantin" atau
"Lock down" sama seperti Cina.
Dunia amat
takut dengan Virus ini kerana ia mencengkam nyawa tanpa sebarang amaran.
Hal Keadaan
Ummat Islam:
Orang Islam
juga tidak ketinggalan di dalam kegemparan ini.
Di mana2 pun
terdengar nama "Covid-19" diulang
siang dan malam. Kemana pun mereka
pergi, mereka ingat "Covid 19"
Siapa pun
mereka jumpa mereka sangka dia pembawa Covid19.
Tidak kurang
orang islam "zikirkan" nama
"Corona", " Corona", "Corona" seolah2 apa yang ada di dalam minda mereka
hanyalah "Corona dan Covid-19".
Cendikiawan agama mula
mengeluarkan berbagai teori dan andaian berkenaan Covid-19. Antara-nya dikatakan Covid-19 adalah tentera Allah
yang dihantar untuk hapuskan orang kafir.
Ada yang berpendapat Covid-19 adalah angkara Freemason dan Illuminati
untuk hapuskan orang Islam. Ada yang
lain berkata ini permulaan nak Qiamat.
Apa kata Islam berkenaan hal seperti ini?
Ustaz-ustazah pula tampil ke depan menyeru kepada orang Islam supaya
banyakkan amal, berbuat baik kepada ibu bapa, banyakkan sedekah dll sebagai
usaha menghadapi Virus Corona, Covid 19 kerana menurut mereka Qiamat sudah
hampir. Apakah hukum beramal banyak
semata2 menghadapi virus Corona?
Persoalan Untuk Direnungkan:
(1) Apakah sebenarnya Covid-19?
Siapakah yang mencipta atau dari manakah lahirnya Covid-19
Adakah Covid-19 lahir dari pasar Wuhan dengan sendirinya?
Atau adakah dari Lab Kimia Wuhan?
Atau adakah ianya angkara tentera Cina?
Atau adakah ianya angkara Illuminati? Atau Yahudi Amerika?
(2) Bagaimanakah cara sebenar orang beriman menghadapi hal ini?
Apakah langkah2 wajar dilakukan oleh orang beriman ketika menghadapi situasi seperti ini sesuai dengan i'tiqad dan fatwa Ulama Mu'tabar?
Adakah perlu "gempar" dan "bertingkah laku gelisah tak menentu' seperti yang dilakukan oleh kebanyakan manusia?
Apakah perlu takut atau biarkan saja berlalu tanpa usaha apa2?
Jika harus takut, takut yang bagaimanakah yang harus di sisi Islam?
(3) Apakah
hukum membanyakkan amal ibadah sempena
menghadapi Virus ini?
Pertama :
Perkara TERPENTING dan PALING
UTAMA bagi orang beriman ketika menghadapi apa saja musibah, dugaan, ujian,
malapetaka dsb adalah I'tiqadnya. I'tiqad yang benar menurut Ahlus Sunnah
adalah keselamatan sementara I'tiqad yang salah akan membawa kebinasaan
IMAN. Tiada yang lebih berharga bagi
seseorang melainkan IMAN / TAUHID / MA'RIFATNYA. Maka perhatikan sungguh2 dan ambil
i'tibar. JANGAN biarkan diri dihanyutkan
oleh berbagai fahaman yang merosak IMAN.
Ketahuilah...
Sesungguhnya
virus Covid-19 adalah Ciptaan Allah yang menjadi musibah untuk sekalian
manusia.
Menurut I'tiqad Ahlus Sunnah wal
Jamaah yang benar (tulen), Allah Ta'ala
menciptakan sekalian makhluq. Tidak ada
yang melata di atas bumi atau di dalam perut bumi atau terbang di angkasa atau
di lautan... melainkan semuanya makhluq
ciptaan Allah. Zahirnya kelihatan
seperti dibuat oleh makhluq sedangkan hakikatnya semua makhluq itu diciptakan
oleh Allah.
Termasuk di dalamnya apa jua yang
terhasil dari kilang, makmal dsb yang
mengeluarkan berbagai "micro
oganisma", "bahan kimia",
"dadah" dsb adalah pada hakikatnya ciptaan Allah, BUKAN
ciptaan manusia. Manusia atau makhluq
lain hanya menjadi asbab terciptanya sesuatu, BUKAN yang berkuasa menciptanya.
Firman Allah Ta'ala :
ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ خَٰلِقُ كُلِّ شَىْءٍ
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ
"Yang demikian itu adalah Allah, Tuhanmu, Pencipta segala
sesuatu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimanakah
kamu dapat dipalingkan?"
[Al-Ghafir (40) : ayat 62]
Dengan demikian WAJIB menyakini
Covid-19 tidak lain melainkan satu lagi ciptaan Allah atas muka bumi. Meskipun berbagai teori dan andaian manusia berkenaan
punca kelahiran virus ini, ia tetaplah ciptaan Allah pada hakikatnya. Tiada makhluq akan keluar ke muka bumi
melainkan ianya telah tertulis di Luh Mahfuz.
Apabila sampai masanya, maka jadilah ia menurut Ilmu (Pengetahuan),
Iradat (Kehendak) dan Qudrat (Kuasa) Allah Ta'ala.
Di sini menjadi pertanyaan, apakah
tujuan Allah Ta'ala jadikan Virus yang sangat berbahaya ini? Tiada siapa
mengetahui apa rahsia sebenar penciptaan Virus ini. Namun sebagai orang
beriman, WAJIB kita meyakini bahawa setiap ciptaan Allah tiada yang sia2, semuanya
mempunyai matlamat dan rahsia tersendiri.
Seterusnya WAJIB pula merenungi setiap kejadian untuk diambil i'tibar,
pengajaran dan pedoman.
Berdasarkan keterangan Al-Qur'an
dan Hadith serta fatwa Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar, Setiap musibah yang Allah Ta'ala timpakan
kepada manusia mempunyai sebab2 tersendiri bergantung kepada siapa yang terkena
musibah tersebut. (baca selanjutnya
huraian akan datang)
Kedua :
Setiap orang beriman WAJIB
menetapkan di dalam hatinya tiada yang berkuasa memberi Manfaat atau Menolak
Mudarat melainkan Allah:
Firman Allah Ta'ala :
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ
ۗ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan
izin Allah; dan barangsiapa yang beriman
kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu.
[At-Taghabun (64) : ayat 11]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya aku (Ibnu Abbas) berada di belakang Nabi ﷺ
pada suatu hari dan Baginda bersabda: “Wahai pemuda sesungguhnya aku
akan mengajar kamu beberapa kalimah, iaitu peliharalah Allah (pelihara
hak-Nya), nescaya Allah akan memelihara kamu. Peliharalah Allah (taati
perintah-Nya dan jauhi larangan-Nya), nescaya engkau akan mendapati Dia akan
membantumu. Jika kamu hendak meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan jika
kamu hendak memohon perlindungan daripada sesuatu, pohonlah perlindungan
daripada Allah. Ketahuilah jika seluruh umat berkumpul untuk memberi manfaat
kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepada
engkau melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan kepadamu. Jika seluruh
umat berkumpul untuk memudharatkanmu dengan sesuatu maka tidaklah memberi
mudharat mereka itu melainkan dengan apa yang telah Allah tetapkan buat engkau.
Telah terangkat kalam-kalam dan telah kering dakwat..”
[Imam Tirmizi]
Ini pendirian yang haq menurut
Ahlus Sunnah Wal Jamaah, TIDAK ada yang
mampu memberi manfaat dan TIDAK ada kuasa mampu menolak mudarat melainkan
dengan Allah.
Allah Ta'ala yang memberi kamu
manfaat dan Dia juga yang menolak sebarang mudarat yang menimpa kamu.
Apa jua yang terlihat pada zahir
nya seolah² seperti makhluq memberi sesuatu manfaat kepada kamu, maka itu
adalah asbab BUKAN yang penentu
yang memberi manfaat. Misalnya ibu bapa menjadi asbab anak mendapat
rezeki. Rezeki kamu ketika kamu kecil
datang kepada kamu melalui ibu bapa kamu. Maka ibu bapa hanyalah perantara
sampainya Rezeki Kurniaan Allah kepada kamu.
Demikian lagi yang terlihat pada
zahir menolak suatu mudarat seperti penyakit, adalah pada hakikatnya Allah
Ta'ala.
Makhluq yang zahirnya kelihatan
seperti "penyelamat" adalah asbabnya, BUKAN yang berkuasa
menghilangkan penyakit yang menimpa kamu.
Dengan demikian yakinlah bahawa
Covid-19 tidak akan memberi mudarat melainkan telah terdahulu ketetapan Allah
Ta'ala siapa2 di antara manusia yang akan terkena musibah dari Covid-19.
Meskipun seseorang cuba
berlindung di dalam Kubu yang kukuh dengan kawalan paling ketat, jika dia telah
ditaqdirkan untuk terkena musibah akibat Covid-19, maka tiada jalan dia
melepaskan diri melainkan pasti dia akan di timpa musibahnya.
Yakinlah bahawa Covid-19 adalah
satu lagi makhluq Allah yang mempunyai urusannya tersendiri menurut ketentuan
Allah Ta'ala.
Manusia yang ditaqdirkan mati di
"tangan" Virus Covid-19 pasti
mati dengan pukulannya. Tiada apa yang
mampu menyelamatkannya. Wal Iyazubillah.
Moga Allah Ta'ala Kurniakan Perlindungan kepada kita dari semua musibah.
Yakinlah juga Covid-19 BUKAN musuh orang beriman. Dengan demikian JANGAN panik tak menentu dan
kelam-kabut seperti yang dilakukan oleh
sebahagian orang Islam yang lemah Imannya.
Covid-19 mempunyai misinya
tersendiri sebagaimana Perancangan Allah Ta'ala. Virus ini tidak akan berhenti dan tidak kuasa
manusia mampu hentikannya sehingga urusannya selesai. Meyakini hal ini termasuk i'tiqad orang
beriman yang sebenar.
Jika seseorang muslim mempunyai keyakinan yang rapuh sehingga
tersangat takut akan Virus ini, maka "ketakutan berlebihan" ini akan dimanupulasi oleh Syaitan bagi
menimbulkan keraguan yang
bersangatan di dalam hati yang akhirnya membawa kepada ROSAK MUSNAH
Imannya.
Wal Iyazubillah.
Jika ada yang bertanya, adakah
ini bermaksud, orang Islam perlu berdiam diri tak berbuat apa2?
Jawapannya : TIDAK. Mereka TIDAK boleh berdiam diri tanpa
usaha. Orang Islam yang benar2 beriman
perlu berusaha ikhtiar untuk menghindarkan diri dari terkena penyakit menurut
kaedah2 yang diharuskan di dalam agama.
Keyakinan bahawa hanya Allah
Ta'ala Yang Maha Berkuasa Mengurniakan Manfaat dan Dia sahaja Maha Berluasa
Menolak sekalian mudarat, tidak menghalang "usaha Ikhtiar" manusia
kerana "usaha ikhtiar" termasuk perintah Allah Ta'ala.
Ada kalanya
"usaha ikhtiar" menjadi WAJIB, ada
kalanya menjadi Sunnat atau harus, berdasarkan situasi yang dialami oleh
seseorang.
Inilah keyakinan yang benar menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Ketiga :
Pada perkara kedua yang telah
lalu, kami telah menyebutkan Pendirian dan I'tiqad Ahlus Sunnah bahawa, TIDAK
ada memberi manfaat dan TIDAK pula mampu menolak mudarat melainkan dengan Allah
semata2. Hal ini telah jelas.
Meskipun demikian seseorang
Muslim tidak dibenarkan menyerahkan segala sesuatu kepada Allah tanpa sebarang
usaha ikhtiar. Di dalam perkataan lain
keyakinan bahawa hanya Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa Mengurniakan Manfaat dan
Dia sahaja Maha Berkuasa Menolak sekalian mudarat, tidak menghalang "usaha
Ikhtiar" manusia kerana "usaha ikhtiar" termasuk perintah Allah
Ta'ala.
WAJIB atas setiap manusia
berusaha ikhtiar mencari kebaikan dan keselamatan ; sama ada keselamatan dunia
(tubuh badan, harta, aqal, nyawa) mahupun
keselamatan akhirat ( keimanan dan ketaqwaan).
Adalah WAJIB pula atas dia menjauhi segala hal memudaratkan diri ; sama
ada memudaratkan tubuh fizikalnya apa lagi yang memudaratkan agamanya.
Firman Allah Ta'ala :
سُوۡرَةُ الرّعد
لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ
خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا
بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬
سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala
bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat
menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang
dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.
[Ar-Ra'du (13) : Ayat 11]
Firman Allah Ta'ala :
بَلَى
مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ
خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
"bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi
perintah-Nya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan
beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
[Al-Baqarah ( 2) : Ayat 112]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Bersungguh-sungguhlah terhadap
apa yang memanfaatkan kamu. Mohonlah bantuan Allah dan janganlah merasa
lemah.”
[Imam Muslim]
Mengambil manfaat dari Perintah
Allah dan Hadith Rasul memerintahkan kepada orang Islam supaya berusaha
sungguh2 pada setiap hal yang membawa kepada keselamatan diri. Ringkasnya setiap orang beriman WAJIB
berusaha sungguh2 menjauhkan penyakit atau musibah, dengan beberapa syarat dan
pertimbangan syara':
1. Meyakini bahawa Allah Ta'ala menetapkan sesuatu menurut Ketentuan-Nya.
2. Meyakini hanya Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa Memberi manfaat dan Dia sahaja Maha Berkuasa menolak mudharat.
3. Meyakini bahawa usaha ikhtiar adalah "asbab" penyembuhan atau terhindar dari suatu penyakit. Makhluq tiada kuasa apa pun menentukan penyembuhan / keselamatan.
4. Apabila kamu terselamat dari penyakit / wabak dsb maka WAJIBLAH bersyukur atas Kurnia Allah kerana hanya Dia ( Allah) Yang menyelamat kamu. JANGAN sesekali menganggap kamu terselamat dari sesuatu musibah disebabkan usaha ikhtiar kamu kerana ini termasuk Syirik. (Syirik Khafi - syirik tersembunyi).
5. Jika terkena musibah walaupun setelah kamu berusaha sunguh2 menghindarkannya, maka redhalah dengan ketentuan Allah dan hendaklah kembalikan hal demikian kepada Kebijaksanaan Allah Ta'ala kerana Dia lebih Mengetahui rahsianya.
6. Sangka baik dengan Allah Ta'ala akan apa sahaja musibah terkena sebagai balasan atas dosa2 kamu.
Menghadapi Virus Covid-19, setiap orang Islam perlu berusaha sungguh2 menghindari sebarang bahaya yang mungkin menimpanya seperti menjaga kebersihan, menjauhi kawasan disyakki penularan wabak dan sentiasa berdoa serta tawakkal kepada Allah dengan syarat:
Hendaklah sentiasa beringat2 bahawa sekalian usaha ikhtiar adalah asbab dan BUKAN penentu keselamatan. Jika kamu selamat dari bahaya Virus ini, maka syukurlah banyak2 kepada Allah. JANGAN sesekali sandarkan keselamatan yang kamu peroleh itu dengan sebab usaha kamu.
Bagaimana pula halnya jika
seseorang terkena juga musibah ini walaupun dia sudah berusaha berbagai cara
dengan berdoa dan tawakkal? Adakah ianya
bala kepada dia? Adakah dia selamat di
akhirat?
Persoalannya kepada siapa
"Musibah" yang melanda dunia akibat Covid-19 ini menjadi "bala Kemurkaan Allah" dan
kepada siapa pula ianya menjadi "Rahmat Allah" jika mereka terkena penyakit ini?
Keempat :
Mengenali Berbagai Musibah
Apakah itu Musibah?
Musibah dapat difahami secara
umum sebagai kecelakaan, bencana, malapetaka, kemalangan atau sepertinya yang menimpa individu atau suatu kumpulan masyarakat
atau pun dunia seluruhnya. Adakalanya musibah berlaku pada skala kecil
seperti penyakit, kerugian perniagaan,
kemalangan dsb. dan kadangkala musibah
yang besar seperti kebakaran yang besar,
Ribut Taufan, Banjir besar, Tsunami, Tornado, Wabak dll.
Adakah
semua musibah itu Bala'?
Tidaklah semua musibah yang
terjadi di alam ini menjadi bala' kepada semua manusia. Ada kalanya ia menjadi bala kepada golongan
tertentu. Sementara bagi sebahagian Ummat ianya menjadi Amaran dan Peringatan
dari Allah Ta'ala. Dan sebahagian kecil
lagi menjadi Rahmat dan Kasih Sayang Allah.
Menghadapi Musibah
Tiga Golongan manusia:
Secara umum, manusia dapat dibahagikan kepada tiga(3) golongan menghadapi musibah yang Allah Ta'ala turunkan. Punca terjadinya berbeza-beza dan akibat yang diterima juga berbeza-beza.
Golongan Pertama : Musibah menjadi Bala Kemurkaan Allah Ta'ala.
Bala Kemurkaan Allah di timpakan
kepada orang Kafir dan Munafiq yang amat besar kekafirannya atau kepada orang
fasiq (orang Islam yang melazimkan dosa2 besar).
Apabila satu kaum menjadi kafir
kepada Allah, kafir kepada Ni'mat Allah
serta melakukan kerosakan atas muka bumi, maka Allah Ta'ala akan mendatangkan
BALA' ke atas mereka. Musibah yang
menimpa mereka adalah semata2 BALA'
Kemurkaan Allah.
Demikian juga Orang Islam yang
fasiq melampaui batas ketentuan Allah Ta'ala, melanggar sewenang2nya hukum
Allah Ta'ala, melakukan dosa2 besar terus menerus, melakukan kezaliman, makan
riba' berleluasa, minum arak, judi, zina, lesbian, homoseks, menukar jantina
dll. maka Allah Ta'ala akan menurunkan
berbagai musibah yang menjadi BALA' Kemurkaan Allah Ta'ala ke atas mereka.
Kedua2 golongan ini akan menerima
musibah berupa "Bala' Kemurkaan Allah" di dunia dan di akhirat
siksaan api Neraka yang amat dahsyat.
Wal Iyazubillah.
Firman Allah Ta'ala :
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً
مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ
اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ
﴿١١٢﴾وَلَقَدْ جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْهُمْ فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمُ الْعَذَابُ وَهُمْ
ظَالِمُونَ
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan
satu contoh: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi
rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan
nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang
meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan. Dan demi sesungguhnya, mereka pula telah
didatangi seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, lalu mereka
mendustakannya; maka mereka pun ditimpa azab sedang mereka berkeadaan zalim.
[An-Nahl (16:) Ayat 112-113]
Firman Allah Ta'ala :
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ
الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Dan Sesungguhnya kami merasakan kepada mereka
sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di
akhirat)”
[ As-Sajadah (32): Ayat 21]
Firman Allah Ta'ala :
وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّہۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا
مُتۡرَفِيہَا فَفَسَقُواْ فِيہَا فَحَقَّ عَلَيۡہَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَـٰهَا تَدۡمِيرً۬ا
"Dan apabila sampai tempoh
Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih
dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya
taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah
negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkan.
Kelima:
Corona Covid-19 — Musibah yang menjadi Bala atau Cobaan ?
Setelah kita melihat maksud
Musibah secara umum yang ditimpakan oleh Allah Ta'ala ke atas manusia...
bagaimanakah penilaian kita terhadap Covid-19?
Adakah Covid-19 ini bala
Kemurkaan Allah?
Adakah ia suatu dugaan bagi ummat
Islam?
Adakah ia mengandungi Amaran
Allah?
Adakah ianya tiada apa2 makna ?
Sebagaimana amaran Allah Ta'ala
sebelumnya... Apabila manusia melampaui
batas, derhaka kepada Allah Ta'ala, melakukan berbagai kerosakan dan
kemungkaran, maka ketika itu Allah Ta'ala akan mengirimkan berbagai peringatan
supaya mereka sedar dan insaf akan kejahatan mereka. Namun apabila manusia tidak mempedulikan
AMARAN tersebut, maka Allah Ta'ala akan
menurunkan musibah berupa bala yang amat besar kepada manusia.
Firman Allah Ta'ala :
وَإِذَآ أَرَدۡنَآ أَن نُّہۡلِكَ قَرۡيَةً أَمَرۡنَا
مُتۡرَفِيہَا فَفَسَقُواْ فِيہَا فَحَقَّ عَلَيۡہَا ٱلۡقَوۡلُ فَدَمَّرۡنَـٰهَا تَدۡمِيرً۬ا
"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk
sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau
dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan
melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya."
[Al-Israa (17) : ayat 16]
Maka inilah sedang disaksikan
oleh seluruh Dunia. Akibat dari
kekufuran, penderhakaan, kezaliman manusia, BALA' sedang turun di seluruh dunia. KIta tak perlu
pergi jauh untuk melihat penderhakaan, kezaliman dan kekafiran manusia,
melainkan lihat saja apa yang terjadi di tanah air kita sendiri.
Masing2 muhasabah diri
sendiri....!
Orang bernama Islam
mempertikaikan hukum Allah, Orang
bernama Islam menghina Sunnah Rasulullah ﷺ, Orang bernama Islam
tanpa segan silu menaikkan Agenda Seks Lesbian Homoseks secara terbuka, Murtad menjadi kebanggaan, Arak, judi, zina menjadi kebanggaan, Wanita bertelanjangan di mana-mana, Penyanyi pelakon wanita bangga dengan
maksiat, berbagai fahaman sesat
Khawarij, Mujassimah, Syi'ah (rafdhi), Wahhabiyyah yang merosak Ummat Islam
makin galak di kalangan cerdik pandai Agama.
Ahli politik berbunuhan untuk pangkat dan kuasa.
Sesungguhnya
Allah Ta'ala mengurniakan kekayaan melimpah ruah kepada orang2 Islam, namun
sayang sekali mereka tidak menggunakannya untuk bersyukur kepada Allah.
Masjid dan
Musolla ditinggalkan, hanya sedikit yang hadir ke Masjid.
Banyak yang jahil Agama tetapi
enggan menuntut ilmu. Aqidah dan ibadah lintang pukang tidak menepati syarat
dan rukun, tetapi mereka tidak peduli.
Orang Islam lebih gemar habiskan
duit untuk melancong sana sini. Atau mereka lebih gemar berehat² walaupun
mereka tahu mereka jahil Agama.
Mereka yang dikurniakan rezeki
yang banyak tidak bersyukur. Mereka sewenang² campakkan ke tempat sia² atau
sengaja digunakan untuk besarkan rumah tanpa keperluan seolah² dia akan hidup
selama²nya.
Sungguh
kasihan Ummat yang jahil ini....!
Dalam pada itu, meskipun seluruh
dunia sedang menerima ujian azab yang amat berat, ada manusia Muslim merasakan
seolah2 tiada apa². Mereka lalai, leka dengan segala Nikmat Allah. Mereka terus
bergembira, berseronok² ke sana ke mari, melancong sana sini dengan
gembira.
Adakah ini
masanya untuk berseronok dan bergembira?
Kerajaan telah mengumumkan cuti
bagi pekerja2 selama 14 hari. Di dalam
tempoh tersebut telah diadakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Apakah hikmahnya yang patut orang Islam
perhatikan di sini?
Selayaknya orang2 beriman
muhasabah diri. Seolah Allah Ta'ala
suruh kamu merenung apa yang telah kamu
lakukan selama ini. Ini
termasuk lah pemimpin² terdahulu yang banyak melakukan kefasikan.
VIRUS CORONA
COVID-19 : ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN
KETAKUTAN
Kemusykilan
dan Jawapan:
=================================
Kemusykilan 1 :
Assalamualaikum Tn Shaikh. Kita ada kemusykilan pasal covid-19 yang
menular ni. Adakah Covid-19 ini menjadi
tanda2 hari Qiamat sudah hampir? Ramai sekali ustad2 suruh kita bersedia dengan
macam2 amal hadapi Dajjal dan Qiamat.
JAWAPAN:
...وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
Kepada sekalian Ummat beriman
seluruh dunia, moga Allah Ta'ala Kurniakan Anugerah-Nya kepada kita semua, Moga
Allah Ta'ala Mengampuni kita semua dan mengangkat sekalian musibah yang sedang
menimpa dunia.
Sepertimana kami telah jelaskan
dari awal Tazkirah ini, Virus Corona
Covid-19 adalah setengah dari Musibah yang didatangkan oleh Allah kepada
manusia seluruhnya. Wabak yang meliputi
semua manusia ini terjadi akibat perbuatan melampau manusia yang melakukan
maksiat secara terang2an.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى
يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ
مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya
secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun
serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi
sebelum mereka.
[Imam Ibn
Majah]
Bencana Covid-19 mungkin setengah
dari tanda2 hampirnya Qiamat, bukanlah akan terjadi Qiamat. Ini kerana kedatangan Qiamat menurut turutan
adalah seperti berikut:
1. Zahirnya Imam Mahdi
Imam
Mahdi memerangi Jazirah Arab (Khawarij / Wahhabiyyah yang menguasai Negara Arab),
memerangi Parsi (Syi'ah Rafidhi di Iran dan Iraq sekarang), memerangi Yahudi
dan Nasrani (Israil, Italy, Amerika dan sekutu2nya) dan akhirnya memerangi pemimpin2
zalim seluruh dunia dan mengalahkan semuanya.
Imam Mahdi mendirikan Kerajaan Islam di seluruh dunia sama seperti kerajaan Rasulullah ﷺ.
2. Kewafatan Imam Mahdi dan Zahirnya Dajjal
3. Zahirnya
Nabi Isa dan memerangi Dajjal
4. Zahirnya
Yakjuj Ma'juj membuat kerosakan
5. Sekalian
Auliya Allah, Warisatul Anbiya diwafatkan
serentak
6. Huru hara
Qiamat
7. Terbitnya matahari dari Barat
dan Tiupan sangkakala Pertama
Turutan ini bermaksud selagi Imam Mahdi belum menzahirkan diri, maka
belum lagi Qiamat. Imam Mahdi adalah
tanda pertama bermulanya "perjuangan menuju Qiamat" belum Qiamat lagi.
Wallahu A'lam
Kemusykilan 2 :
Assalamu Alaikum Sidi, sesetengah
orang cakap Covid-19 ini merupakan propaganda Yahudi dan Illuminati bertujuan
hapuskan orang Islam dari muka bumi. Ikut cakap mereka orang Islam mesti siap
sedia dengan ketenteraan.
JAWAPAN:
وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
Moga Allah Ta'ala Kurniakan
"faham" akan Agama-Nya yang sebenar.
Permusuhan golongan Yahudi dan
Nasrani dengan Islam BUKAN perkara baru.
Mereka telah memusuhi dan memerangi Junjungan Besar Rasulullah ﷺ sejak Baginda diutus menjadi Nabi. Bahkan
sebelum Baginda di utus, Yahudi adalah terkenal dengan sifat "buas"
dan "tersangat" jahat sehingga mereka membunuh Nabi2 yang diutuskan
oleh Allah.
Firman Allah Ta'ala :
فَبِمَا نَقۡضِہِم مِّيثَـٰقَهُمۡ وَكُفۡرِهِم بِـَٔايَـٰتِ
ٱللَّهِ وَقَتۡلِهِمُ ٱلۡأَنۢبِيَآءَ بِغَيۡرِ حَقٍّ وَقَوۡلِهِمۡ قُلُوبُنَا غُلۡفُۢۚ
بَلۡ طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَيۡہَا بِكُفۡرِهِمۡ فَلَا يُؤۡمِنُونَ إِلَّا قَلِيلاً۬
Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian
setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka
pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar dan mereka juga
mengatakan: Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad). (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah
telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka
tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya)
[An-Nisaa (4) : ayat 155]
Golongan Yahudi dan Nasrani TIDAK
akan berhenti memusuhi Ummat Islam sampai Qiamat. Mereka akan terus
bermaharajalela di atas muka bumi sehinggalah datangnya Imam Mahdi
Alaihis-Salam memerangi mereka dan membunuh mereka.
Jika ditanya adakah wujud suatu
kaitan antara wabak Covid-19 dengan Yahudi Antarabangsa, maka jawapannya Wallahu
A'lam. Sehingga kini belum ada sebarang2
bukti2 kukuh berkenaan hal ini.
Sebahagian orang lain menyebut Covid-19 adalah senjata biologi yang dicipta
oleh China sendiri yang kemudiannya bocor dari makmalnya di Wuhan. Ada pendapat lain mengatakan ia adalah
perbuatan Amerika. Wallahu A'lam.
Walau apa pun teori2 konspirasi
yang timbul di dunia berkaitan dengan wabak ini, yang paling penting bagi kita Ummat Islam
hendaklah Muhasabah diri. Tidak akan
meratai dunia “suatu penyakit wabak yang mematikan” melainkan ianya menjadi AMARAN dan PERINGATAN
KERAS bagi manusia seluruhnya, khususnya Ummat Islam di atas kekufuran mereka.
Fahamkan
hal ini sungguh2.
WAJIB diyakini tiada suatu zarrah
pun akan bergerak atau diam melainkan dengan Allah. TIDAK ada yang mampu melakukan sesuatu
melainkan dengan izin Allah. Bahkan TIDAK ada suatu pun akan terjadi di alam
ini melainkan telah terdahulu ketentuan Allah Ta'ala. Katakan Yahudi dan Nasrani melakukan
konspirasi sekalipun, TIDAK akan mendatangkan mudarat melainkan telah terdahulu
ketentuan Allah Ta'ala.
Dengan demikian perkara UTAMA
yang WAJIB dilakukan oleh Ummat Islam adalah Muhasabah diri. BUKAN sibukkan diri dengan teori2 konspirasi.
Pandang pada diri sendiri. Renung
pada sekalian perbuatan kita sendiri. Tanya pada diri sendiri apa peringatan
Allah Ta'ala kepada Ummat.
Langkah
pertama yang utama orang Islam adalah TAUBAT.
Semua orang
Islam yang benar2 beriman menurut I'tiqad Ahlus Sunnah, WAJIB TAUBAT NASUHA...!
Barangkali ada
yang akan berkata atau berfikir, "oh, aku tak ada buat salah apa2, kenapa
aku perlu taubat".
Jika benar ada yang terfikir
demikian, ketahuilah itu adalah bisikan nafsu kejahatan dan bisikan syaitan.
Pada hakikatnya banyak sekali kemungkaran
dilakukan oleh orang2 bernama Islam. Banyak sekali kekufuran telah berlaku dan
sedang berlaku.
Renungkan hal ini....
Berapa banyak orang Islam sendiri
TIDAK menuntut Ilmu Fardhu Ain, mereka beribadat ikut-ikutan tanpa ilmu.
Berapa banyak ibu bapa Islam TIDAK pedulikan cara pakaian dan pergaulan
anak2.
Berapa banyak suami TIDAK
pedulikan cara isteri berpakaian.
Berapa banyak pelajar2 Universiti
menjadi pendokong Ajaran sesat Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi),
Sekular (liberal) dan ajaran sesat lain?
Berapa banyak pegawai2 Agama
terlibat dengan penipuan harta Ummat.
Berapa banyak ahli politik Islam
"berbunuhan" sesama sendiri untuk jawatan dan pangkat.
Berapa banyak orang Islam terlibat di dalam judi,
arak, zina?
Berapa banyak orang bernama Islam menjadi penyokong kepada
gerakan2 keji yang jelas bertentangan dengan syara’?
Berapa banyak orang Islam sendiri
menjadi pendokong dan pejuang LGBT, persatuan Murtad, persendaan terhadap
Sunnah Rasulullah ﷺ, serta
mempertikaikan hukum hakam Allah.
Tidakkah kamu
perhatikan semua kemungkaran, maksiat dan kekejian terang2an yang dilakukan
oleh orang bernama Islam? Tidakkah kamu
perhatikan semua ini mengundang bala Kemurkaan Allah?
Dengan
demikian, Langkah BIJAK sebagai orang Islam yang ada IMAN di dalam hatinya
adalah :
Muhasabah diri ..! dan segera ...
TAUBAT
NASUHA.
TAUBAT NASUHA adalah pintu
pertama kebaikan untuk mencapai Keredhaan Allah serta jauh dari Kemurkaan-Nya. Semua pihak WAJIB TAUBAT NASUHA — masyarakat
awam, ahli politik, pegawai2 Agama, Pemimpin Negara... semua nya wajib TAUBAT
NASUHA dahulu bagi menghindarkan segala musibah yang menjadi "bala
Kemurkaan Allah"
TIDAK ada gunanya seseorang
menadah tangan berdoa kepada Allah sambil cucuran air mata sedangkan di dalam
HATI tersembunyi segala "najis ma'nawiyyah"
TIDAK ada gunanya menyalahkan
Yahudi atau Nasrani jika diri kita sendiri telah banyak melakukan kekufuran dan
keengkaran kepada Allah Ta'ala.
Wallahu A'lam
Kemusykilan 3:
Assalamualaikum Shaikh. Tersebar dalam media kononnya Covid-19 ini
sebenarnya kuman Dajjal atau apa katanya, "utusan dajjal". Itu sebab masjid semua sunyi, tak boleh solat
jamaah lagi, jumaat pun tak boleh.
Dajjal sudah buat perancangan, kata mereka. Beberapa ustad juga tambahkan minyak dengan
keluarkan macam2 video tentang Dajjal, seolah2 Dajjal sudah datang. Apa benar Dajjal sudah keluar Shaikh? Apa pendirian kita Ahlus Sunnah dalam hal
ini? syukran.
Jawapan:
وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
Semoga Allah Ta'ala menunjukki Jalan Kebenaran dan menetapkan kita
semua atasnya.
I'tiqad dan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah berhubung dengan peristiwa
akhir zaman adalah sebagaimana kami telah jelaskan sebelum ini beberapa kali. Iaitu Tanda pertama bermulanya
Peristiwa akhir zaman adalah zahirnya
Imam Mahdi Alayhis Salam. BUKAN Dajjal,
BUKAN Ya'juj Ma'juj, BUKAN Dukhan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ
الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ
تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ
اللَّهُ
“Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga
Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Persia sehingga Allah
menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rum sehingga Allah menangkan
kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian
atasnya.”
[Imam Muslim]
Hadith ini terhimpun di dalam
kumpulan Hadith2 Peperangan dan Fitnah Akhir Zaman.
Menurut pandangan Ahli Ma'rifat,
apabila Imam Mahdi menzahirkan diri (dengan Perintah Allah) dan bersama beliau
adalah 313 tentera yang terdiri
dari Mursyid2 seluruh dunia. Kemudian akan disertai oleh sekalian
Khalifah2 Toriqat seluruh dunia.
Imam Mahdi akan memerangi Jazirah
Arab (Pemerintah Arab Saudi sekarang), kemudian memerangi Parsi (Pemerintah
Iran dan Iraq yang mempunyai fahaman Syi'ah rafidhi sekarang) dan kemudian
memerangi Rom (Yahudi Israil, Amerika dan sekutu2nya). Setelah itu Imam Mahdi Alaihis Salam akan
memerangi segenap Pemerintah fasiq dan Zalim seluruh dunia, lalu beliau
mendirikan Pemerintahan dan Undang2 Islam sebagaimana Pemerintahan Rasulullah ﷺ
Seluruh Dunia dipenuhi keadilan. Penduduknya hidup aman dan makmur
selama beberapa tahun.
Rasulullah ﷺ bersabda:
الْمَهْدِيُّ مِنِّي أَجْلَى الْجَبْهَةِ أَقْنَى الأَنْفِ يَمْلأُ
الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا يَمْلِكُ سَبْعَ سِنِينَ
"Al-Mahdi dariku. Dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan
memenuhkan bumi dengan keadilan sebagaimana ia dahulunya dipenuhi dengan
kezaliman dan dia akan menguasai selama tujuh tahun.
[Imam Abu Dawud]
Pada penghujung hayat Imam Mahdi,
Dajjal akan keluar membuat berbagai kerosakan.
Pada saat itu juga Nabi Isa Alaihis Salam turun dan sempat menjadi
ma'mum kepada Imam Mahdi suatu solat Subuh
di Baitul Maqdis. Sejurus kemudian Imam Mahdi wafat. Nabi Isa Alayhis Salam ambil alih kepimpinan
Ummat Islam. Beliau kemudian memburu dan
membunuh Dajjal.
Setelah pembunuhan Dajjal, sekali
lagi dunia akan dipenuhi keamanan dan kemakmuran. Namun umur dunia sudah hampir
habis. Nabi Isa wafat. Tak lama kemudian keluar Yakjujuj Ma'juj dan
memakan apa saja atas muka bumi.
Seluruh dunia menjadi hura hara semula.
Pada saat hampir Qiamat, sekalian Auliya Allah di muka bumi diwafatkan
serentak. Berlaku huru hara Qiamat dan tiupan Sangkakala tanda Qiamat. Wallahu A'lam
Demikian sepintas
lalu perjalanan menuju Qiamat.
Di sini akan jelas bahawa
kedatangan Imam Mahdi Alaihis Salam adalah titik permulaan Perang Akhir Zaman.
BUKAN Dajjal. BUKAN Yakjuj Makjuj. BUKAN Dukhon. Dengan demikian TIDAK timbul persiapan
menghadapi Dajjal.
Maka sangat menghairankan timbulnya
berbagai cerita di bawa oleh ustad dan kiyai berkenaan huru hara Dajjal. Bahkan sebahagian ustad dan kiyai hebohkan
bahawa Dajjal sudah ada pada zaman ini lalu mengaitkan kehadiran Dajjal dengan
menara tinggi, wabak Corona, Covid-19 dsb.
Ini TIDAK benar. Mereka mentafsirkan Hadith Fitan mengikut pendapat
sendiri. Ini sangat bahaya.
Sebagaimana kami telah tegaskan
berulangkali, berdasarkan khabar yang Mutawathir serta tafsirannya oleh Ulama
Mu'tabar... ketika terjadinya Musibah
yang besar2 seperti wabak penyakit yang mematikan, Taufan, Tsunami, Gempa bumi, Gunung berapi
dll sepertinya, maka ia adalah Bala Kemurkaan Allah atas perbuatan tangan2
manusia.
Firman
Allah Ta'ala :
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا
كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan
oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari
kesalahan-kesalahanmu)."
[Asy-Syua'ra (42) : ayat 30]
Ketika terjadi malapetaka besar
ini, tiada jalan lain yang lebih selamat
dari kembali kepada Allah, dengan TAUBAT.
Taubat dan istighfar merupakan pembukaan kepada kembalinya seseorang
kepada Allah setelah terjerumus ke lembah kehinaan. Namun didapati tidak ramai
yang insaf. Tidak kurang juga masih bersuka
ria, bergembira, berkelah ke tepi pantai di tengah2 musibah yang melanda
dunia. Bahkan yang amat menyedihkan
lagi orang Islam mempersendakan bala ini. Sungguh malang manusia2 yang
mempunyai aqal tetapi tidak memerhatikan "tanda dan Isyarat" Allah Ta'ala.
Peringatan:
Manusia
sangat takut dengan Virus yang mematikan TUBUH (cerai nyawa dari badan).
Namun
sangat sedikit manusia takut dengan Virus yang mematikan HATI. (musnah Iman /
Tauhid)
Wallahu A'lam
Kemusykilan 4:
Assalamualaikum. Apa pendapat Tn shaikh jika ada orang kata
Covid-19 ni benda kecik dan tak perlu pedulikan dia. Kata dia kita jangan takut
makhluq kecik ni. Takut Allah saja.
Boleh ke cakap macam tu?
Macamana pulak kalau dia ada tanda2 wabak ini tapi dia cuma tawakkal tak
mahu berusaha?
Jawapan:
وعلیکم السلام ورحمۃ
اللہ وبرکاتہ
Bab ini kami telah menyentuh secara tidak langsung di dalam beberapa siri yang lalu. Di sini beberapa poin ringkas.
1. Taqdir — Qadha dan Qadar
Virus Covid-19 yang melanda dunia
sehingga membawa malapetaka yang mengerikan seluruh dunia, sememangnya
"makhluk yang sangat kecil"
sehingga hanya terlihat di bawah microskop kuasa tinggi. Namun "si kecil" yang di pandang remeh ini menjadi asbab
kemusnahan besar2an seluruh dunia.
Hakikatnya Virus ini adalah
sebahagian dari Taqdir Ilahi (tiada suatu terjadi sendiri) yang menjadi
"bala Kemurkaan Allah"
di atas perbuatan durjana manusia yang engkar, kafir dan melakukan
kemungkaran terang2an di atas muka bumi.
Meskipun seribu macam teori konspirasi timbul, namun berdasarkan khabar
yang mutawatir yang kita yakini,
kejadian yang melanda dunia adalah suatu musibah yang mengandungi bala
Kemurkaan Allah.
Dalilnya Hadith Nabi yang mulia...
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى
يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ
مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka
melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan
mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam
kalangan generasi sebelum mereka.
[Imam Ibn Majah]
Banyak sekali telah terjadi
kepada Ummat terdahulu, ketika mereka terang2 melakukan kemungkaran, kejahatan
dan penderhakaan, maka Allah Ta'ala menurunkan musibah Bala Kemurkaan
Allah. Hal yang sama terjadi dengan
cengkaman Virus Covid-19 ini.
Dengan demikian ketakutan yang dibangkitkan
adalah "ketakutan kepada Allah Ta'ala".... BUKAN ketakutan kepada virus tersebut.
Sikap pertengahan yang paling selamat adalah :
Jangan terlalu takut kepada Virus
ini sehingga hilang kebergantungan kepada Allah. Dan pada masa yang sama jangan pula tunjuk
berani dan sombong menghadapi nya. Ini
kerana pada hakikatnya semua yang tercipta ini adalah dari Allah Ta'ala. Tunjuk sombong di hadapan makhluq kecil yang
di- hantar oleh Allah sama seperti sombong dengan Allah Ta'ala... dan ini kebinasaan...!
2. Konsep Tawakkal
Duduk berdiam diri tanpa berusaha
menjauhkan segala kecelakaan yang menimpa
dengan alasan Tawakkal adalah kebodohan yang membinasakan. Ini kerana konsep Tawakkal menurut Ahlus
Sunnah adalah "berusaha sungguh2 menurut segala kemampuan yang ada kemudian
serah kepada Allah." BUKAN semata2
serah kepada Allah.
Allah Ta'ala Kurniakan 'aqal
dan usaha ikhtiar kepada manusia agar
dia memilh kebaikan dan menjauhi keburukan.
Setiap manusia diperintah memelihara diri dan ahli keluarganya agar
sentiasa tetap di atas jalan kebenaran dan kesucian. Setiap manusia diperintah
berusaha sungguh2 mencari jalan keselamatan bagi Agamanya, keturunannya,
aqalnya, harta dan nyawanya.
Ketika terjadi ancaman kepada nyawanya atau nyawa keluarganya, maka
WAJIB bagi dia segera bertindak menjauhi ancaman tersebut. Berdiam diri (tanpa
usaha sekuasa mungkin) dengan alasan
Tawakkal adalah termasuk "membunuh diri" yang DIHARAMKAN.
Wal Iyazubillah.
Firman Allah Ta'ala :
وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
"dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"
[Al-Baqarah (2) : Ayat
195]
3. Mati syahid
Ada orang Islam berpendapat lebih baik jangan merawat jika terkena
Virus-19 dengan alasan "mati syahid
Ini pendpat amat merbahaya yang berlawanan dengan ruh Agama yang
benar.
Mati syahid yang dijanjikan oleh
Rasulullah ﷺ kepada orang yang mati di dalam suatu
Wabak memerlukan perincian. JANGAN
mudah2 menganggap siapa sahaja mati di dalam wabak menjadi "syahid"....! Jangan bercita2 mati syahid di dalam Wabak
dengan biarkan diri didalam kebinasaan.
Setiap orang wajib berusaha sungguh2 hindarkan segala
kerosakan yang terjadi dengan berbagai cara yang diharuskan di dalam Agama
serta menurut nasihat pakar2 perubatan.
Di antara tindakan segera yang wajib dilakukan oleh semua orang beriman
adalah :
1. Taubat sungguh2 dengan Taubat
Nasuha
2. Amalkan Zikrullah, Solawat dan
istighfar terus menerus
3. Baca doa2 pelindungan dengan
Allah dari sekalian musibah, wabak dan bala bencana
4. Jaga Kebersihan diri, tinggal
tetap di rumah jauhi pergaulan umum serta yang lain2 sebagaimana nasihat pakar
kesihatan.
Setelah berusaha sungguh2 dengan
memelihara sekalian tuntutan Allah dan Rasul-Nya serta mematuhi perintah kerajaan
dan Pakar2 Perubatan, kemudian terjadi juga musibah yang membawa kepada maut
akibat Wabak Virus ini, maka barulah dikatakan mati syahid (syahid akhirat)
Sebaliknya seseorang yang
TIDAK berusaha sungguh2 Perintah Allah dan Rasul-Nya dan tidak pula
mengikuti nasihat pakar perubatan berhubung dengan wabak ini, kemudian mati akibat keengkaran dia, maka
mana mungkin dia memperoleh mati syahid?
Perbuatan seperti ini hanya sangka2an serta tertipu dengan muslihat
Iblis. Wal Iyazubillah.
Maka waspadalah tipu daya Iblis
yang sangat halus pada saat2 runcing seperti ini. JANGAN ambil mudah atau
pandang remeh kepada kejadian2 ini sehingga menjadi sombong dan JANGAN juga
terlalu takut sehingga hilang harapan kepada Allah.
Bertindak bijak sebagai orang beriman.... Takut kepada Kemurkaan Allah dan pada masa
yang sama Harap Keampunan dan Rahmat-Nya.
Kemusykilan 5:
Assalamualaikum Tn Shaikh. Saya kira semua ustaz, ustazah, kiyai,
muallim dan guru² lain masing² ajar macam² amal dan doa perlindungan dari wabak Covid-19. Tapi kami Tuan Shaikh suruh Taubat... Taubat ... Taubat. Jadi
kami tak paham. jadi bingung,
Macamana kait pulak Taubat dengan
dengan Covid-19.? Bukan ke masa nilah
kita kena amal banyak dan doa banyak2 sambil merintih pada Tuhan? Macam yang asatizah ajar tu?
Jawapan:
وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ
Semoga Allah Ta'ala Kurniakan
faham akan Agama-Nya dan semoga seluruh Ummat dunia "INSAF DAN SEDAR"
akan Musibah yang sedang menimpa sekalian manusia.
MEREKA LUPAKAN KUNCI UTAMA
Menyedari musibah yang
menimpa...Masing² menadah tangan berdoa kepada Allah. Masing2 gandakan amal soleh. Masing2 berdoa
menangis merintih kepada Allah.
Alhamdulillah...!
Sekalian amal
soleh dan doa merintih menangis pada Allah Ta'ala itu semuanya baik.
Apa saja doa perlindungan yang Ma'thur
dari Rasulullah ﷺ atau doa2 lain yang warid dari
sekalian Auliya Allah itu semuanya bagus untuk diamalkan.
Namun "kunci"
kepada Musibah yang sedang melanda dunia
sekarang dilupakan...! Akibatnya mereka
hanya "membersihkan" kekotoran
di permukaan sedangkan "akar umbinya" hidup subur.
Atau mereka hanya "menghiasi
luaran“ agar kelihatan indah sedangkan
"kekotoran" di sebaliknya dibiarkan.
Bagi setiap Masalah / kepincangan
/ kerosakan / kemusnahan / kehancuran /
Musibah ada "puncanya".
"Kunci" dan "jalan sebenar" untuk
menghadapi sekalian persoalan ini dan
menyelesaikan nya dengan sempurna adalah
dengan kembali kepada "puncanya" dan "betulkan"
kerosakan pada "puncanya"
Apakah punca terjadi Musibah
bencana amat besar ini?
Puncanya adalah dosa penderhakaan
manusia kepada Allah.
Puncanya adalah kemungkaran yang
berleluasa tanpa halangan.
Puncanya adalah kefasikan dan
kekufuran melampau yang meratai dunia.
INSAF :
MUSIBAH YANG SEDANG MELANDA DUNIA
Awal2 perkataan kami ialah :
"Perhatikanlah dengan mata
kepala dan renungilah dari dalam hati musibah yang sedang melanda seluruh
dunia."
Ketika dunia dilanda musibah yang
amat dahsyat seperti yang sedang dihadapi oleh Ummat ketika ini — kematian
mengejut, mayat bergelimpangan bagaikan
sampah, ketika mati tidak
ditemani sesiapa pun dari kalangan saudaranya, pengurusan kematian yang tidak dapat dihadiri
oleh mana2 saudaranya, kematian yang
terasing yang sangat memilukan —
tidakkah kalian perhatikan sesungguhnya ini suatu bala Kemurkaan Allah Ta'ala yang amat
dahsyat?
Tidaklah suatu musibah meratai
dunia melainkan itu adalah "bala Kemurkaan Allah" akibat daripada keberanian manusia melakukan
kemungkaran secara terang2an. Tak perlu
ulangi lagi segala kemungkaran, ma'siat, kekufuran, kezaliman yang telah dan
sedang dilakukan oleh manusia termasuk orang2 bernama Islam.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى
يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ
مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا
"Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka
melakukannya secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan
mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam
kalangan generasi sebelum mereka.
[Imam Ibn Majah]
Kerosakan
telah terjadi, apakah tindakannya yang patut dilakukan?
Ketika manusia
telah bangkitkan KEMURKAAN ALLAH, apakah yang patut dilakukan?
Ketika
manusia mengetahui BALA yang terjadi
adalah akibat perbuatan tangan2 mereka sendiri, apakah langkah pertama mereka?
Ketika manusia menyedari MUSIBAH
BERAT yang melanda itu menjadi tanda2 Kemurkaan Allah, apakah tindakan pertama
yang WAJIB mereka lakukan?
TAUBAT NASUHA —PINTU KESUCIAN
DAN KEBAIKAN
Allah Ta'ala memerintahkan Taubat
Nasuha iaitu Taubat yang sebenar Taubat,
Taubat yang mengandungi sumpah, penyesalan dan ikrar taat setia.
Firman Allah Ta'ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah
kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan
menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai."
[At-Tahrim (66) : ayat 8]
Ketahuilah hamba2 Allah, Taubat
Nasuha merupakan Pintu pertama kembali
kepada Allah setelah seseorang jatuh
kedalam kehinaan.
Taubat
Nasuha adalah Pintu pertama bagi
menyucikan diri daripada sekalian dosa2 kesyirikan (syirik khafi — syirik
tersembunyi) kekejian dan kederhakaan.
Taubat Nasuha Pintu Pertama
mencapai Keampunan dan Keredhaan Allah Ta'ala.
Tanpa Taubat
Nasuha sekalian amal ibadah akan menjadi sia2.
Tanpa Taubat
Nasuha amal ibadah yang dilakukan adalah bagaikan menghimpunkan makanan suci
bersih di atas kekotoran.
Tanpa Taubat
Nasuha, pengakuan "insaf" hanyalah
sebagai mempermainkan Allah Ta'ala.
Bagaimana hal
nya seseorang menadah tangan memohon doa
berserta tangisan sedangkan di punggung
nya terdapat "najis".
Bagaimana
Allah Ta'ala akan memperkenan doa seseorang merayu meminta suatu kepada Allah
sedangkan pada masa yang sama dia melakukan penderhakaan kepada Allah?
Adakah mungkin Allah Ta'ala
kabulkan doa seseorang yang menangis merintih padahal dia melakukan segala
kekufuran, kekejian dan kezaliman atas muka bumi?
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia
tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah
memerintahkan orang-orang mu'min dengan apa yang telah diperintahkan kepada
para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: " Wahai para Rasul! Makan
minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal
soleh" [Al-Mukminun (23): Ayat 51]
Dan Allah Ta'ala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang
baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu"
[Al-Baqarah (2) : Ayat 172].
Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh,
yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu
berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan
sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia
dikenyangkan dengan makanan yang haram?"
[Imam Muslim, Imam Tirmizi]
Fahamilah
dengan sungguh² akan kiasan tajam Rasulullah ﷺ
Tanpa
melakukan Taubat Nasuha, segala amal atau doa tiada bermanfaat. Bahkan perbuatan itu dianggap mempermainkan
Allah.
Apa lagi
orang2 yang pernah melakukan dosa besar, kekufuran, kesyirikan (syirik khafi —
syirik tersembunyi), kekejian, kezaliman, kederhakaan, lebih2 lagi WAJIB
lakukan Taubat Nasuha.
Kemusykilan 6:
Apakah itu Taubat Nasuha?
Apakah syarat Taubat Nasuha?
Apakah hukum seorang sudah Taubat Nasuha tetapi kemudiannya berbuat
dosa lagi?
Jawapan:
SEMUA ORANG WAJIB TAUBAT NASUHA
Allah Ta'ala memerintahkan Taubat
Nasuha iaitu Taubat yang sebenar Taubat,
Taubat yang mengandungi sumpah, penyesalan dan ikrar taat setia kepada Allah
Ta'ala.
Firman Allah Ta'ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّـهِ
تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai.
[At-Tahrim (66): Ayat 8]
Satu2 nya Taubat yang diterima Allah adalah Taubat Nasuha.
Satu2 Jalan kembali kepada Allah adalah dimulai dengan Taubat Nasuha.
Pintu keampunan dan Rahmat-Nya adalah melalui Taubat Nasuha.
Sekalian musibah terangkat dengan Taubat Nasuha.
Jalan memperoleh Keredahaan Allah
dan Kasih-Nya adalah di mulai dengan
Taubat Nasuha.
Firman Allah Ta'ala :
وَأَنِ اسْتَغْفِرُواْ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُواْ إِلَيْهِ
يُمَتِّعْكُم مَّتَاعاً حَسَناً إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى
“dan hendaklah kamu meminta ampun kepada
Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian),niscaya
Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada
waktu yang telah ditentukan.”
[Hud (11) : Ayat 3]
BAGAIMANAKAH CARA TAUBAT
NASUHA?
Tujuh Syarat Taubat Nasuha:
1. Berhenti serta merta dari
penderhakaan kepada Allah/Terus menerus kekal mengerjakan kemungkaran sambil
lafaz Taubat, TIDAK sah Taubat.
2. Menyesal
atas dosa2nya yang telah lalu. Tanpa menyesal dan mengutuk dirinya belum
terhasil Taubat Nasuha.
3. Bersumpah tidak akan lakukan lagi penderhakaan
kepada Allah.
Hati bulat dan tekad sungguh2
untuk tidak lagi ulangi kesalahan pada zaman akan datang selama- nya.
4. Tunaikan haq Allah yang telah
diabaikan. Misalnya solat, puasa, zakat
dll yang tidak ditunaikan, maka wajib diqadha.
Jika kewajipan tersebut terlalu banyak, maka wajib tanamkan azam di dalam
hati sungguh2 akan menggantikannya
5. Tunaikan haq manusia. Gantikan haq manusia berupa harta benda, wang
ringgit, maruah atau lain2nya. Atau mintak halal daripada tuan punya diri. Jika
hutang terlalu banyak, berazam sungguh2 untuk menggantikannya
6. Taubat sebelum nyawa sampai halqum dan sebelum terbit matahari dari
Barat. Jika nyawa sudah sampai halqum, pintu Taubat tertutup baginya.
Jika matahari terbit dari Barat,
pintu Taubat tertutup.
7. Taubat dengan ikhlas,
Maksudnya adalah : Taubat semata2 kerana ia Perintah Allah dan
kerana Takut akan Kemurkaan Allah Ta'ala. JIka dia Taubat
kerana suatu tujuan duniawi atau
kerana sudah jemu dengan maksiat yang dikerjakannya, maka TIDAK Sah Taubatnya.
SIAPA YANG WAJIB TAUBAT ?
Sekalian manusia wajib Taubat,
terutama mereka yang telah terjerumus kepada Penderhakaan yang besar2 kepada
Allah Ta'ala.
1. Pemimpin2 Negara yang pernah melakukan kezaliman, merampas harta
seseorang secara batil, memakan wang rakyat secara batil
2. Bapa / suami yang telah abaikan amanah mereka sebagai ketua
keluarga
3. Isteri yang telah melakukan penderhakaan kepada Allah dan suaminya.
4. Wanita2 yang tidak menutup aurat menurut hukum
5. Mereka2 yang terlibat didalam minum arak, judi, zina dll
kemungkaran
6. Mereka yang abaikan kewajipan menuntut ilmu Fardhu Ain
7. Mereka yang abaikan segala ibadah yang wajib — solat, zakat, puasa, haji dll
8. Mereka yang pernah menentang, menghina Hukum Allah atau Sunnah Rasulullah ﷺ
9. Mereka yang pernah mempertikaikan, menghina, caci maki Toriqat yang
sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ
10. Mereka yang pernah menzalimi manusia lain ; sama ada hartanya,
maruahnya, jasadnya
11. Mereka yang pernah memperjuangkan LGBT, persatuan Murtad, Doktrin sesat Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi), sekular (liberal) dllnya
12. Ahli Ibadah (awam) atau salikin (yang menempuh Jalan Suci
Ma'rifat) yang merasakan diri mereka sudah baik, dan tak perlu taubat.
(Yang benar
adalah : Golongan ini tertipu oleh bisikan Iblis)
Semua ini dan
banyak lagi merupakan DOSA-DOSA BESAR, maka WAJIB Taubat Nasuha. Tiada guna nya menadah tangan mohon diangkat
bala, dijauhkan musibah seandainya Ummat Islam belum bersedia melakukan Taubat
Nasuha. Tiada guna berdoa sedangkan pada masa yang sama derhaka kepada Allah.
JIKA TERBUAT DOSA SETELAH
TAUBAT NASUHA?
Apa hukum nya jika seseorang yang
telah benar2 Taubat dengan Taubat Nasuha, tetapi dia ulangi dosa nya pada suatu
zaman kemudiannya?
Jawapan bagi persoalan ini adalah
: Sah Taubat Nasuha yang dilakukan kali kedua atau kali ketiga.... tetapi dengan Syarat : Taubatnya yang pertama
benar2 Taubat Nasuha yang menepati syarat2nya.
Ini bermaksud seseorang yang melakukan Taubat Nasuha WAJIB
"putus" dan "azam" sungguh2 TIDAK akan ulangi lagi
kekejiannya. Jika dia masih tersisa di dalam
hati kecil dia yang dia akan melakukan lagi dosa pada masa akan datang, maka
TIDAK sah Taubatnya. Maka Taubat kali
kedua dan ketiga juga TIDAK sah.
VAKSIN DAN PENAWAR COVID-19
Ahli Sains dan pakar perubatan
mengatakan tiada penawar untuk Covid-19.
Memang benar, apabila dipandang
bahawa virus Covid-19 ini merupakan suatu bala, maka tiada ubat atau penawarnya. Namun menurut Ahli Ma'rifat, perisai dan
penawar bagi Covid-19 (atau bala musibah
bala yang lain) ada pada tiga amal ibadah berikut :
1. Zikrullah yang banyak serta
terus menerus
2. Solawat yang banyak serta
terus menerus
3. Istighfar terus menerus.
Ketiga2 amalan ini adalah
"Perisai" dan
"Penawar" bagi segala penyakit dan Musibah, namun hanya berkesan
setelah Taubat Nasuha.
Tak ramai mengetahui akan wujudnya
penawar bagi dan perisai bagi menghadapi
segala macam Bala.
VIRUS CORONA COVID-19 :
ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN
BEBAS DARI BALA KEMURKAAN ALLAH : COVID-19 MAKIN BURUK DI BULAN
APRIL 2020?
=================================
Ada pihak2 tertentu menjangka
Musibah yang melanda bumi Malaysia akan bertambah teruk menjelang April
2020. Benarkah demikian? Sejauh manakah kebenarannya. Wallahu A'lam
Tetapi seandainya sekalian Ummat
Islam di seluruh Negara ini bangkit sekaliannya dengan serentak bangkit, benar2 Insaf, menyesal dan melakukan Taubat Nasuha, In shaa Allah ... sekalian Bala yang sedang menimpa akan
terangkat.
Ingat KUNCINYA :
Taubat Nasuha kemudian diikuti
Zikrullah, Solawat dan Istighfar sungguh2.
Moga Allah Ta'ala alihkan Musibah yang menimpa Ummat Islam.
Ingat RAHSIANYA:
Allah Ta'ala yang menurunkan Bala
ini, dan hanya Dia Maha Berkuasa mengangkatnya. Dengan pergantungan hati penuh
kepada Allah Ta'ala, kembali kepada Allah Ta'ala dengan Taubat Nasuha, kemudian
diiringi dengan Zikrullah, Solawat yang sungguh2, nescaya Allah Ta'ala berkenan
Kurniakan Keampunan....!
Persoalannya:
Adakah seluruh Ummat meliputi Pemimpin dan rakyat ini sedia
melakukan TAUBAT NASUHA?
TAUBATLAH DENGAN TAUBAT NASUHA
MOGA TERANGKAT SEKALIAN
BALA...!
Taubatlah...!
Taubatlah wahai Ummat...!
Taubatlah dengan Taubat Nasuha...!
Seluruh Ummat
Manusia khususnya rakyat Tanahair Malaysia bangkit dan Taubatlah...!
Pemimpin dan rakyat awam, orang kaya atau orang miskin,
orang berpangkat atau tiada pangkat, ada
jawatan atau tiada jawatan, tua atau muda, lelaki atau perempuan, orang alim atau
jahil, Ulama atau bukan Ulama...
sekaliannya... marilah sama²
Taubat Nasuha.
Sekalian Ummat Islam Taubat serentak, tinggalkan kefasikan, lari kepada
keampunan Allah dan Rahmat-Nya
Sekalian manusia yang engkar, fasiq juga Taubatlah di atas
keterlanjuran.
In Shaa Allah, sekalian bala akan
terangkat. In shaa Allah, Covid-19 yang dikirim sebagai pemberi AMARAN... akan berhenti dan hilang segera sebagaimana
ia datang.
Ubat, rawatan, pengasingan sangat
baik sebagai ikhtiar. Namun ada lagi
ikhtiar yang terlebih baik dan sebenar ikhtiar yang diredhai Allah....
Taubat Nasuha...!
Allah Ta'ala menciptakan makhluq
dengan Kasih-Nya. Dia tidak ingin
musnahkan makhluq ciptaan-Nya begitu saja.
Dia akan ampuni kesemua dosa dan
angkat sekalian bala jika semuanya sedia
bertaubat dengan Taubat Nasuha.
Taubat kembali kepada Allah
adalah jalan paling cepat memperoleh
Keampunan dan Kasih Ilahi.
Tersungkur sujud mohon keampunan
Allah... moga bala yang lebih besar yang
bakal menimpa, padam dengan Keampunan serta Kemurahan Allah Taala.
Allahu Allah
Allahu Ya Allah...
Allahu Akbar Walillahi Hamd
VIRUS CORONA
COVID-19 : ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN
KETAKUTAN
BEBAS DARI BALA KEMURKAAN ALLAH :
KISAH TAUBAT KAUM ASSYRIA KETIKA MELIHAT TANDA-TANDA AZAB ALLAH.
=================================
Nabi Yunus Alayhis Salam diutus oleh Allah Ta'ala kepada kaum Assyria yang menduduki kota bernama Nainawih atau dipanggil Ninawa atau dikenali juga sebagai Nineveh, Iraq (modern Iraq). Kaum Asyyria ketika itu berjumlah 100,000 atau lebih.
Firman Allah Ta'ala :
وَأَرۡسَلۡنَـٰهُ إِلَىٰ
مِاْئَةِ أَلۡفٍ أَوۡ يَزِيدُونَ
"Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada
(kaumnya yang seramai) Seratus Ribu atau lebih."
[As-Soffat (37) : Ayat 147-148]
Kedudukan kota ini lebih kurang 400 km ke utara Baghdad.
Kaum Assyria memiliki Empayar yang besar gagah, hebat dan terkenal
diseluruh dunia ketika itu. Allah
Ta'ala Kurniakan mereka kemewahan dan kekayaan melimpah ruah, namun mereka kafir kepada Allah.
Mengikut Sejarah, Ninawa / Nineweh adalah sebuah kota besar yang dibangunkan oleh
Namrud, iaitu Fir'aun yang menentang Nabi Ibrahim Alayhis Salam.
Ketika Nabi Yunus menyeru kepada
Tauhid, mengajak mereka sembah Allah Yang Maha Esa dan tinggalkan sembahan berhala dan patung²....
kaumnya engkar dan menentang. Mereka
menuduh Nabi Yunus sebagai pembawa ajaran baru yang sesat kerana bertentangan
dengan ajaran nenek moyang mereka yang menyembah berhala sebagai Tuhan mereka.
Dari Qisosul Anbiya ,
Nabi Yunus berda'wah mengajak
kaumnya selama beberapa tahun (ada yang
mengatakan 6 tahun dan ada pedapat lain selama 9 tahun), namun tidak seorang
pun mahu beriman. Mereka adalah kaum
yang degil, sesat dan sangat keras kekafirannya. Nabi Yunus akhirnya tinggalkan kaumnya dengan penuh kemarahan, seraya berikan amaran keras bahawa mereka akan
ditimpa Azab yang amat pedih jika mereka tetap di dalam kekafiran. Kaumnya menjawab : " Datangkan lah kepada kami Azab yang
kamu cakapkan itu, kami tetap dengan sembahan
kami"
Tak lama selepas pemergian Nabi
Yunus, datanglah tanda² akan turunnya
Azab Allah Ta'ala.
Angin keras yang panas berserta
suara Guruh yang menakutkan mula meniup
di segenap penjuru kota sehingga muka2
mereka menjadi pucat. Kelihatan langit
menjadi gelap dan awan gelap yang tebal berputar di atas kepala2 mereka. (Ada pendapat mengatakan api kemerahan
berputar di langit sehingga meluluhkan hati).
Melihat keadaan mengerikan itu
masing2 sedar bahawa Nabi Yunus pesuruh Allah yang benar. Kesemua penduduk kota itu segera menyatakan
penyesalan dan Taubat kepada Allah.
Menurut Tafsir Qurtubi :
Ketika datang malam hari, Yunus pun pergi, dan pada keesokan hari nya
mereka sedar Yunus telah meninggalkan mereka. Saat itu juga mereka bertaubat,
sehingga dijauhkan dari Azab yang akan di- timpakan ke atas mereka.
[Al-Jami' Li Ahkam Al-Qur'an
; ayat 98 Surah Yunus]
Menurut Tafsir Ibn Kathir:
Berkata Qatadah, maka mereka memakai pakaian lusuh, lalu
memisahkan antara ternak mereka dengan anak-anaknya, kemudian menggiringnya (ke
suatu tanah lapang) untuk bertaubat kepada Allah selama empat puluh hari.
Ketika Allah melihat kesungguhan dan kebenaran taubat serta penyesalan
dalam hati mereka atas semua dosa yang telah mereka lakukan di masa sebelumnya,
maka Allah menghilangkan azab dari mereka, padahal azab telah dekat akan
menimpa mereka.
[Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Surah
Yunus ayat 98]
Mereka mengenakan pakaian lusuh,
lantas keluar dari kota beramai2 menuju
bukit dan padang pasir. Mereka membawa berserta mereka anak2 kecil
dan segala haiwan ternakan mereka lalu tersungkur bertaubat. Di sana mereka sujud, lemparkan diri ke
tanah sambil memekik ketakutan,
menangis, merayu2 kepada Alla Ta'ala agar mereka diampuni. Mereka
menyatakan sungguh2 penyesalan mereka kerana menentang seruan Nabi Yunus Alayhis
Salam. Mereka bersaksi beriman kepada
Allah dan Rasul-Nya Nabi Yunus Alaihis Salam. Kemudian Allah Ta'ala menerima
Taubat mereka serta hilangkan Azab yang akan ditimpakan atas mereka.
Melihat kesungguhan dan keikhlasan mereka, Allah Ta'ala berkenan
Kurniakan Keampunan. Azab dan bala yang
hampir saja turun menimpa mereka serta merta lenyap. Langit kembali tenang, Tiupan angin kencang
terhenti, wajah mereka kembali berseri.
Masya Allah... Allah Ta'ala Tuhan
Yang Maha Pemurah dan Mengasihani hamba²-Nya.
Dia Menciptakan sekalian makhluq
dengan Kasih-Nya Yang Amat Luas. Ketika hamba²-Nya merayu mohon Keampunan
Allah, tidaklah Dia Menyiksa mereka.
Kisah Taubat kaum Nabi Yunus dan
Pengampunan Allah Ta'ala kepada mereka diabadikan di dalam Kitab Nya Yang
Agung.
Firman Allah Ta'ala :
فَلَوۡلَا كَانَتۡ قَرۡيَةٌ ءَامَنَتۡ فَنَفَعَهَآ
إِيمَـٰنُہَآ إِلَّا قَوۡمَ يُونُسَ لَمَّآ ءَامَنُواْ كَشَفۡنَا عَنۡہُمۡ عَذَابَ
ٱلۡخِزۡىِ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَمَتَّعۡنَـٰهُمۡ إِلَىٰ حِينٍ۬
"maka ada baiknya kalau (penduduk) sesebuah negeri beriman
(sebelum mereka ditimpa azab), supaya imannya itu mendatangkan manfaat
menyelamatkannya. Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang telah berbuat demikian
(ketika mereka Bertaubat lalu beriman), Kami elakkan azab sengsara yang membawa
kehinaan dalam kehidupan dunia dari menimpa mereka dan Kami berikan mereka
menikmati kesenangan sehingga ke suatu masa (yang Kami tentukan)"
[Yunus (10) Ayat 98]
Maha Suci Allah Yang Maha
Agung...!
Tiada terbatas Keluasan Keampunan
Allah. Meskipun sepanjang hayat mereka
mendurhakai Allah, tetapi disebabkan suatu penyesalan dan Taubat yang suci,
Allah Ta'ala berkenan Mengampuni dosa mereka semuanya.
Pengajaran
Banyak sekali pengajaran di dalam
Kisah Nabi Yunus dan kaum Assyria yang derhaka kemudian Taubat dengan penuh
keinsafan. Namun yang terpenting,
sesuai dengan keadaan Ummat manusia yang sedang hadapi Musibah dan kemungkinan
Azab yang lebih berat pada masa terdekat, adalah keinsafan dan Taubat yang
sesuci-sucinya dari Ummat Islam.
Ummat Assyria berlari ketakutan ke bukit2 dan padang pasir
untuk menyatakan Taubat mereka. Kita tak
mampu melakukan pengabdian seperti itu.
Pada hari ini, memadailah seluruh
Ummat bertaubat dari rumah masing2.
Masing2 berkumpul solat berjamaah di rumah masing2 dan terus bertaubat
mohon Keampunan Allah di atas segala keterlanjuran yang telah lalu. Tidak
mustahil Allah Ta'ala Kurniakan keampunan dan mengangkat Azab yang bakal
menimpa Ummat Islam dan seluruh dunia.
Banyak pihak beranggapan keadaan
akan bertambah buruk pada bulan April
2020 ini. Mereka buat andaian pesakit Virus Covid-19 akan meningkat dan
kematian meningkat. Namun seandainya
seluruh Ummat Islam bangkit bertaubat dengan
sebenar Taubat kepada Allah, merayu Keampunan Allah, nescaya bulan April 2020
akan menyaksikan berakhirnya Bala bencana ini.
In Shaa Allah
Alhamdulillah
Maassalamah
VIRUS CORONA
COVID-19 : ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN
KETAKUTAN
BEBAS DARI BALA
KEMURKAAN ALLAH : HAPUSKAN FAHAMAN
LIBERAL, LGBT
=================================
Apabila kemungkaran berleluasa dan Pemerintah mendiamkan diri
Setengah dari asbab turunnya Azab
Kemurkaan Allah adalah disebabkan orang Islam berdiam diri terhadap kemungkaran
yang terjadi di hadapan mereka.
Allah Ta'ala melaknat mereka yang
"memejamkan mata" serta "memekakkan telinga" tanpa sebarang usaha untuk membenteras segala
kemungkaran yang terjadi di hadapan mereka.
Firman Allah :
لُعِنَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ
عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُ ۥدَ وَعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَۚ ذَٲلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّڪَانُواْ
يَعۡتَدُونَ (٧٨)ڪَانُواْ لَا يَتَنَاهَوۡنَ عَن مُّنڪَرٍ۬ فَعَلُوهُۚ لَبِئۡسَ مَا
ڪَانُواْ يَفۡعَلُونَ (٧٩)
“ Telah
dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera
Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui
batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka
perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.”
[Al-Ma’idah (5) : ayat 78-79]
Allah Ta'ala meratakan Azabnya apabila orang Islam mendiamkan diri
terhadap kemungkaran
Apabila kemungkaran telah
berleluasa terang2an, dan TIADA ummat
mencegahnya, maka Allah Ta'ala akan
meratakan bumi dengan Azab-Nya....
Firman Allah :
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ
مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah yang
tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu secara khusus,
(akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah Amat Keras
siksaan-Nya.”
[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Sesungguhnya jika manusia
melihat seseorang melakukan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegah orang
itu, maka Allah akan meratakan adzab kepada mereka semua.
[Imam Dawud, Imam At-Tirmizi]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Perumpamaan orang yang
sungguh2 mendirikan hukum terhadap
ketentuan-ketentuan Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti sekelompok
orang yang menumpangi sebuah kapal. Sebagian mereka berada di bagian atas, dan
sebagian yang lain berada di bagian bawah. Jika orang-orang yang di bawah ingin
mengambil air, mereka harus melewati orang-orang yang di atas mereka. Lalu
mereka berkata: ‘Seandainya kita lubangi saja (kapal ini) pada bagian kita,
kita tentu tidak akan menyusahkan orang-orang yang di atas kita’. Jika hal
tersebut dibiarkan oleh orang-orang yang di atas, padahal mereka tidak
menghendakinya, niscaya binasalah mereka semua, dan jika mereka mencegahnya,
maka selamatlah semuanya.”
[Imam Bukhari]
Mereka yang mencegah kemungkaran
akan dikurniakan keselamatan.
Orang2 Islam yang beriman yang
berusaha benteras segala kemungkaran sekuasa2 mereka, maka mereka akan diselamatkan
oleh Allah dengan berbagai jalan rahsia.
Firman Allah :
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا
ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ
بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ
"Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah
diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada
perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa
yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasiq (derhaka)"
[Al-A'raf (7) : ayat 165]
Sekurang2 mencegah Kemungkaran:
Kewajipan mencegah kemungkaran
adalah mengikut keupayaan serta kemampuan yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada
seseorang.
Tiga jalan mencegah
kemungkaran adalah :
(1) Mencegah Kemungkaran Dengan
Tangan / Kuasa
Ini adalah khusus kepada
Pemerintah atau Pemimpin yang diberi Amanah memimpin manusia. Mereka WAJIB menggunakan kuasa mereka untuk
mencegah segala kemungkaran / kekejian / kejahatan di dalam daerah mereka
masing2.
(2) Mencegah Kemungkaran Dengan
lisan
Ini adalah kewajipan Umum ke atas
seluruh Ummat. Sekalian Ummat Islam yang
mempunyai keupayaan untuk bercakap atau menulis WAJIB beri nasihat, berda'wah,
mengajak Ummat kepada kebaikan dan cegah kemungkaran yang terlihat.
(Pada zaman ini, media da'wah
yang paling besar adalah Dunia Maya Internet, maka WAJIB bagi setiap mereka
yang mempunyai kelayakan ilmu mencegah kemungkaran yang terjadi di dunia maya
bahkan juga yang terjadi di dunia nyata.)
(3) Mencegah Kemungkaran dengan
Benci di dalam Hati.
Seseorang yang beriman yang TIDAK
memiliki kuasa dan TIDAK juga pandai bicara disebabkan kurang ilmunya, maka
sekurang2 "mencegah kemungkaran"
adalah "membenci segala kemungkaran yang terjadi di
hadapannya". Dan ini adalah
selemah2 Iman. Tiada lagi Iman selepas
itu. Ertinya seseorang Islam yang
melihat kemungkaran, hanya berdiam diri tanpa sedikit pun rasa kebencian
terhadap kemungkaran tersebut di dalam hatinya, maka tiada lagi Iman di dalam
hatinya.
Wal Iyazubillah.
Kewajipan Ummat pada Saat ini:
Di antara kemungkaran yang
mengundang laknat Allah adalah Perbuatan kaum Lut yang mengadakan hubungan
Lesbian dan Homoseks sehingga Allah Ta'ala turunkan Azab dihujani batu
musnahkan sekaliannya.
Pada zaman ini yang popularkan
perbuatan ini adalah Amerika Syarikat,
Italy, Germany, Sepanyol, Perancis,
England dll. (cuba lihat pada senarai
Negara2 yang terkena bala Wabak pada masa sekarang)
Negara
Malaysia juga TIDAK ketinggalan di dalam persoalan ini. Sebelum terbentuknya
kabinet baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin,
Negara Malaysia ini menjadi huru hara dengan bangkitnya laungan hidupkan
"LGBT", maka akibatnya kita
sedang merasakannya sekarang.
Dengan demikian menjadi kewajipan
seluruh Ummat bangkit membenterasnya,
terutama Pemerintah yang diberikan Kuasa Memerintah, WAJIB menangkap semua pihak yang terlibat dan
suruh mereka bertaubat ; samada mereka
yang terlibat itu orang awam atau pegawai atau menteri2 sekalipun, WAJIB ditangkap
dan disuruh Taubat.
HARAM dan BERDOSA BESAR berdiam
diri terhadap kemungkaran besar ini.
Berdiam diri dengan kemungkaran adalah sama seperti meredhainya, dan ini
kecelakaan.
Orang yang meredhai kemungkaran
sama seperti orang yang memperbuatnya walaupun dia sendiri tidak melakukannya.
Diringkaskan Kewajipan
Memerangi LGBT ini:
Tugas Pemerintah
Wajib bertindak hapuskan pengaruh
LGBT dari akar umbinya dengan kuasa yang ada pada mereka. Kita percaya pimpinan baru yang ada sekarang
adalah yang benar2 beriman serta mampu membenterasnya sebagai menjunjung tinggi
Amanah Allah kepada mereka.
Tugas Ulama
Ulama serta penda'wah yang
mempunyai Ilmu, perlu berikan nasihat, tunjuk ajar dan ancaman2 kepada seluruh
Ummat
Orang Awam
Orang Islam awam yang tidak
mempunyai pengetahuan mendalam dan tak mampu berhujjah, memadailah membenci
didalam hatinya. Dan ini adalah
selemah2 Iman.
Rasulullah ﷺ bersabda:
” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع
فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “
( رواه مسلم )
“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat
kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan
lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah
selemah-lemah iman.”
[Imam Muslim]
Wallahu A'lam
MUSIBAH COVID-19: ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN:
JANGAN HAPUSKAN
AMAL KEBAIKAN DENGAN KEMEGAHAN DAN KEBANGGAAN
=================================
Negara Malaysia adalah di antara negara2 yang di anggap mencapai kejayaan cemerlang didalam menghadapi Wabak Covid-19. Pemimpin Negara, Barisan Menteri2, Barisan Pegawai2 Kesihatan, Barisan Petugas Keselamatan, Barisan Polis dan Tentera, Barisan Pengurusan Bantuan Makanan, Barisan Pegawai Kaunseling dan lain2 nya telah menabur bakti yang banyak kepada seluruh Masyarakat Negara ini.
Alhamdulillah.
Ganjaran sebaik2 nya kepada
kesemua mereka yang telah menyumbang khidmat bakti ada di sisi Allah Ta'ala
Yang Maha Memberi Kurnia kepada hamba2-Nya yang melakukan kebaikan.
Firman Allah Ta'ala :
هُوَ خَيۡرٌ۬ ثَوَابً۬ا وَخَيۡرٌ عُقۡبً۬ا
"Dialah (Allah) sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik
Pemberi Ganjaran Pembalasan"
[Al-Kahfi (18) : Ayat 44]
Kita semua WAJIB mengucap
Syukur kepada Allah Ta'ala dan berterima kasih kepada sekalian Anggota Masyarakat
terutama Pegawai² Perubatan, Keselamatan, Pemakanan dll yang telah memberikan khidmat bakti cemerlang
kepada Ummat. Alhamdulillah…
Rahsia Kejayaan:
Berdasarkan Pegangan Ahlus Sunnah
Wal Jamaah yang benar (tulen), di sebalik setiap kejayaan tersimpan rahsia
Tauhid yang mengikat hamba kepada Allah Ta'ala.
Kejayaan yang dicapai oleh seseorang hamba Allah, BUKAN kejayaan dirinya
yang hakiki. Sebaliknya semua itu Kurnia
Allah Yang Maha Agung. Tiada daya tiada
upaya melainkan Allah.
Dengan demikian ketika seseorang
mencapai kejayaan WAJIB mengekalkan sifat kehambaan dengan berpegang kepada
i'tiqad (keyakinan di dalam hati) serta melaksanakan cara2 berikut.
1. Syukur sebanyak2nya kepada
Allah Ta'ala yang telah memberikan kejayaan tersebut.
2. Tanamkan keyakinan yang kukuh
di dalam hati bahawa dia hanyalah hamba yang disuruh berusaha sungguh2 mencapai
suatu kebaikan, sedangkan yang Mengurniakan kejayaan adalah Allah Ta'ala. Bahkan WAJIB i'tiqad bahawa "usaha
ikhtiar " dia juga merupakan Kurnia Allah, BUKAN milik- nya yang hakiki.
3. Jauhkan sama sekali sangkaan
bahawa dia mencapai suatu kejayaan semata2 dengan kepandaiannya atau kehebatan
ilmunya atau apa saja kelebihan pada dirinya.
4. Jauhkan sama sekali kemegahan
atau merasa bangga diri ; samada di dalam dirinya (di dalam hati) apa lagi
menyebut2 kehebatannya di hadapan manusia.
Kejayaan
Mengawal Wabak Covid-19:
Dengan berpandukan penjelasan di atas.....
Ketika doktor, jururawat serta
pegawai kesihatan lain yang merawat
pesakit Covid-19 lalu menyembuhkan
pesakit2 tersebut, maka hendaklah
tetapkan di dalam hati, bahawa sesungguhnya yang menyembuhkan pesakit itu
adalah Allah Ta'ala, BUKAN sebab kepakaran Perubatan.
Ketika polis, tentera dan
pegawai2 keselamatan lainnya berjaya mengawal penularan Wabak dengan berbagai
jalan pencegahan, maka hendaklah ditetapkan di dalam hati bahawa kejayaan
tersebut adalah datang dari Allah, BUKAN sebab kecekapan Pengawalan.
Ketika seluruh sumber2
kebijaksanaan bertungkus lumus mencari
jalan2 kebaikan serta melaksanakannya
dengan cekap, maka hendaklah ditetapkan di dalam hati bahwa semua itu
adalah Anugerah dan Rahmat Allah Ta'ala pada hakikatnya.
Hendaklah jauhkan sama sekali
berbangga2 atau bermegah dengan
keupayaan masing2. JANGAN menganggap
sekalian kejayaan tersebut datang daripada kecekapan masing2. Ini kerana telah terdahulu Amaran Allah
Ta'ala bahawa siapa sahaja manusia bermegah2 dengan amal kebaikannya, maka
musnahlah segala kebaikannya.
Firman Allah Ta'ala :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم
بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah
kamu dengan kebanggan dan cercaan...”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa
nafsu yang diikuti dan menghairani manusia ('ujub, bermegah) dengan dirinya.”
[Imam At-Tabarani]
Ayat Qur'an dan Hadith ini adalah
sebahagian dari amaran kepada orang beriman agar mereka jauhi "ujub iaitu
"perasaan hairan" atau
"bermegah di dalam hati" terhadap suatu kebaikan yang telah di-
perbuatnya. Menurut Ahli Ma'rifat
"kemegahan" dan "kebanggaan" diri adalah termasuk di dalam Syirik
Khafi yang membatalkan sekalian amal dan merosak Iman. Amal kebajikan yang banyak di- musnahkan oleh
"kebanggasn" atau "kemegahan" diri.
Dengan demikian cukuplah Allah
Ta'ala menjadi saksi atas sekalian sumbangan khidmat kalian dan cukuplah Dia
(Allah Ta'ala) sebagai Pembalas Kebaikan tersebut. Jangan musnahkan sekalian amal kebaikan
tersebut dengan "kebanggaan" atau "kemegahan".
Bagaimana
cara bersihkan hati dari 'ujub (hairan diri, bangga diri, kemegahan):
Sesungguhnya hal ini ('ujub,
bangga diri, kemegahan) adalah suatu hal yang amat payah di- singkirkan, disebabkan
ianya hidup sebati di dalam HATI. Setiap
manusia yang beramal ibadah dan melakukan kebajikan seringkali akan didatangi
perasaan kemegahan ini. Terutama mereka
yang mempunyai kelebihan tertentu, akan
menghadapi kesukaran membendung perasaan ini.
Bahkan orang2 alim di dalam Ilmu
Fiqh dan pakar di dalam Usuluddin (semata2) juga tidak terlepas dari penyakit
ini.
Menurut
Ahli Ma'rifat, terdapat dua cara hilangkan penyakit hati ini iaitu:
(1) Dengan
jalan menggagahi diri
Ini adalah jalan orang awam. Caranya dengan berusaha sungguh2 dengan
segala keupayaan melawan perasaan "bangga diri" dan
"kemegahan" ini.
(2) Dengan
Jalan Tarbiyyah Ruhaniah
Ini adalah
Jalan khusus didikan keruhanian dengan asuhan Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi
yang Muhaqqiq).
Mereka
memiliki Ubat dan Penawar bagi sekalian penyakit hati manusia. Mereka dianugerahkan oleh Allah Ta'ala
kelengkapan bagi merawat 'Ujub,
Riya', Sum'ah, Takabbur dan berbagai penyakit HATI manusia sehingga HATINYA
benar2 bersih dan bebas dari cengakaman penyakit HATI.
Perhatian Penting:
Sebagai Ulangan ...
Peringatan dan Nasihat ini BUKAN bermaksud meremehkan usaha ikhtiar,
BUKAN menafikan usaha ikhtiar, BUKAN menafikan segala khidmat bakti seluruh
Angkatan yang telah berjasa. Sebaliknya ia bertujuan "penjagaan" agar
terpelihara Iman / Tauhid dan tidak terhapus segala kebaikan. Semua pihak teruskan usaha gigih menghadapi
Musibah ini dengan penuh Keimanan. Semoga
Allah Ta'ala Kurniakan Keampunan-Nya serta Keselamatan dari sekalian Musibah.
Wallahu A'lam
MUSIBAH COVID-19:
ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN
JADILAH HAMBA² YANG BERSYUKUR ATAS KEJAYAAN
=================================
Alhamdulillah, sebesar² kesyukuran kepada Allah Ta'ala atas Kurniaan-Nya, banyak sekali kebaikan tercapai dalam menangani wabak Covid-19.
Allah Ta'ala
mengajar manusia apa yang patut mereka lakukan apabila Allah Ta'ala suatu
kebaikan atau kejayaan, iaitu katakan lah:
" هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى "
sungguhnya ini
limpah Kurnia Tuhanku
Firman Allah Ta'ala :
ۥ قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى لِيَبۡلُوَنِىٓ
ءَأَشۡكُرُ أَمۡ أَكۡفُرُۖ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن
كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ۬
"berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia
Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkanNi'mat
Pemberian-Nya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu
hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur
(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha
Kaya, lagi Maha Pemurah.
[An-Naml (27) : Ayat 40]
Kemudian Allah
Ta'ala berikan amaran, sesiapa bersyukur atas Ni'mat Kurnia Allah, maka Dia
akan tambahkan Ni'mat-Nya, sebaliknya sesiapa yang kufur, maka mereka akan
menerima azab yang pedih.
Firman
Allah Ta'ala :
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ
كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (إبراهيم: 7)
“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat
yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu
sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih”.
[Ibrahim (14)
: ayat 7]
Firman Allah Ta'ala :
وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُۚ
وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآۗ إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬
ڪَفَّارٌ۬
“Dan Dia telah memberikan
kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika
kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menentukan bilangannya (menghitungnya).
Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat kufur.”
[Ibrahim (14)
: Ayat 34]
Dengan demikian teruskanlah kesyukuran kepada Allah dan jangan
berhenti Taubat mohon keampunan Allah.
Tiada daya tiada upaya melainkan
Allah.
Maassalamah
MUSIBAH COVID-19: ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN:
JANGAN SOMBONG DENGAN KEJAYAAN
=================================
Ini hanya peringatan ulangan....
Sebabnya... manusia selalu lupa, alpa dan lalai, maka perlu
diberi peringatan berulang2.
Sebesar2 syukur kepada Allah
Ta'ala yang telah mengurniakan kita kejayaan di dalam menangani wabak Covid-19
yang menyerang seluruh dunia, sehingga tidak ada lorong untuk bersembunyi
darinya. Kunci perkataan yang perlu diperhatikan di
sini...
"Syukur kepada Allah Ta'ala" dan "Allah Ta'ala Kurniakan Kejayaan"
Sebagaimana kami telah berikan
peringatan beberapa kali sebelum ini, JANGAN sesekali megah dan sombong dengan
apa jua kejayaan yang kita capai, kerana pada hakikatnya semua kejayaan kita
adalah dari Allah Ta'ala, BUKAN sebab kepandaian kita. BUKAN sebab kehebatan teknologi kita. BUKAN
sebab kepakaran kita di dalam kawalan keselamatan, BUKAN sebab kebijaksanaan
strategi kita. BUKAN..!
Memang benar! Zahirnya kita yang berusaha, zahirnya kita
yang merawat pesakit, zahirnya kita yang mengawal, zahirnya kita yang membuat
strategi,... tapi JANGAN lupa semua usaha kamu itu tiada nilai apa2 melainkan
apa yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada kamu.
JANGAN lupa kesemua kejayaan dan kenikmatan itu adalah dari Allah
Ta'ala.
Jika demikian apakah yang patut
kita lakukan?
Sebagai hamba Allah, kerja
manusia adalah Syukur kepada Allah atas segala kejayaan, kenikmatan dan
kebahagiaan. Kembalikan segala pujian
kepada Allah Ta'ala. JANGAN sesekali
terdetik kesombongan di dalam hati. JANGAN sesekali takabbur atau megah atas
segala kejayaan.
Puji makhluq atas usahanya itu harus
tetapi dengan i'tiqad yang tamkin bahawa semua kejayaan itu dari Allah
Ta'ala, BUKAN sebab usahanya walau betapa
besar pun usahanya.
Inilah TAUHID sebenar, TAUHID
yang hakiki yang wajib dihayati didalam kehidupan, BUKAN sekadar teori atau ucapan semata2.
Tanda2 syukur dan tawadhu' di dalam
hal ini adalah :
1. Sentiasa syukur zahir dan
batin atas apa jua kejayaan, khusus di sini yang dibincangkan adalah kejayaan
mengawal Virus Covid-19
2. Sentiasa memuji Allah dengan
kata2 indah
3. Sentiasa akui dan zahirkan
kata2 Besarkan Allah Ta'ala — "Ini Anugerah Allah kepada kita",
"ini Rahmat Allah kepada kita",
"Ini Ni'mat Allah kepada kita"
Tanda2 kufur dan sombong
adalah :
1. Tidak bersyukur kepada Allah, sebaliknya
menganggap kejayaan itu atas usaha sendiri.
2. Tidak memuji Allah sebaliknya
puji usaha sendiri
3. Sentiasa berkata2 kesombongan
dan kemegahan seperti : "Ini
kejayaan kita", "kita akan
hapuskan virus ini", "kita akan perangi habis2an Virus ini, " kita mempunyai pakar melawan Virus
ini" dan lain2 ucapan seperti ini
adalah ucapan2 kesombongan dan Takabbur.
Maka hati-hatilah ketika kalian
mengucapkan sesuatu serta i'tiqad akan sesuatu.
Kesombongan. kemegahan, Takabbur adalah kesyirikan (syirik khafi) yang
memusnahkan segala amal kebaikan serta mampu meruntuhkan TAUHID.
Firman Allah Ta'ala :
يأَيُّهَا
الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan
(pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggan dan cercaan...”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ
وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang
keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu
menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
Rasulullah ﷺ bersabda:
" Syirik yang dilakukan umat ku lebih tersembunyi daripada semut
halus yang merayap di atas batu yang besar "
[Imam Al Hakim]
Dan ada lagi bahaya lebih besar
bagi mereka yang TIDAK bersyukur dan sebaliknya kufur, maka adalah Azab yang dahsyat yang menanti mereka:
Firman Allah Ta'ala :
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ
إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (إبراهيم: 7)
“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat
yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu
sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih”.
[Ibrahim (14) : ayat 7]
Jika manusia2 Muslim di Malaysia ini TIDAK bersyukur kepada Allah
dengan segala kejayaan yang tercapai dengan segera kembali kepada ketaatan dan ubudiyyah maka
merugilah mereka. Jika mereka sombong
dan takabbur membesarkan diri (bercakap besar berkenaan kemampuan diri) dengan
segala kejayaan, maka Azab yang lebih dahsyat menunggu. Wal Iyazubillah.
Maassalamah
MUSIBAH COVID-19: ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN:
BUKA SEMULA MASJID UNTUK SOLAT
BERJEMAAH DAN SOLAT JUMA'AT SEPENUH — JANGAN SEKAT LAGI
=================================
Alhamdulillah, berkat TAUBAT, DOA mohon pertolongan ALLAH, serta usaha yang sungguh2 berserta TAWAKKAL KEPADA ALLAH, maka Allah Ta'ala berkenan melimpahkan Keampunan dan Rahmat-Nya untuk kita semua. Sejak dua minggu yang lalu, sekalian rakyat Malaysia masing2 dapat kembali bekerja mencari rezeki dan lakukan berbagai aktiviti, tetapi masih di dalam bentuk kawalan serta penjagaan tertentu. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Namun satu hal yang amat
menyedihkan adalah "RUMAH ALLAH" — Masjid, Surau dan Musolla TIDAK dibuka
sepenuhnya agar seluruh Ummat kembali mengerjakan Solat berjemaah serta
hidupkannya dengan Zikrullah dan ibadah lain.
Solat berjemaah belum diberi kebenaran untuk didirikan sepenuhnya. Ini suatu hal yang TIDAK patut berlaku...!
Sektor perusahaan, perdagangan
dan perkilangan telah dibuka sepenuhnya.
Kilang2 beroperasi sepenuhnya. Kedai, pejabat, premis perniagaan lain
juga telah dibuka seperti biasa.
Umumnya semua orang telah diberi keizinan untuk bekerja semula mencari
rezeki seperti biasa. Tetapi apa alasan
Masjid TIDAK dibuka sepenuhnya kepada Ummat?.
Jika dakwaannya di Masjid ramai
orang, ini alasan tidak benar kerana kilang2 mempunyai pekerja yang ramai
sehingga mencapai ribuan orang.
Jika alasannya di Masjid tiada
kawalan, hal ini juga bukan alasan kukuh, kerana di kilang2 lebih susah
mengawal ketat pergerakan, pasti berlaku sentuhan.
Jika alasannya di Masjid tidak
ada sanitizer, pihak AJK Masjid boleh menyediakannya.
Jika alasannya di Masjid tiada
SOP, Pihak pengurusan Masjid boleh sediakannya.
Jika alasannya di Masjid orang
berkumpul pada waktu yang lama, ini alasan langsung tak boleh diterima kerana
Kilang operasi 8 jam, setengah sampai 12
jam sedangkan di Masjid cuma beberapam minit.
Jika ada yang mendakwa kumpulan
Masjid banyak menyumbang kepada penyebaran virus, ini ucapan yang amat
jahat. Ucapan ini TIDAK patut keluar
dari mulut orang Islam....!
Dengan demikian pihak berkuasa
TIDAK mempunyai alasan apa pun untuk menghalang Ummat hidupkan semula
Masjid.
Jika mereka masih melarang jemaah
sepenuhnya di Masjid, maka dikhuatiri perbuatan ini termasuk perbuatan "menghalang manusia
dari Jalan Allah." Dan perbuatan
ini akan membawa kepada kecelakaan lebih besar.
Firman Allah Ta'ala :
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن مَّنَعَ مَسَـٰجِدَ ٱللَّهِ
أَن يُذۡكَرَ فِيہَا ٱسۡمُهُ ۥ وَسَعَىٰ فِى خَرَابِهَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا كَانَ
لَهُمۡ أَن يَدۡخُلُوهَآ إِلَّا خَآٮِٕفِينَۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ وَلَهُمۡ
فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat
dan menghalang (melarang, menentang)
dari menggunakan Masjid- Masjid Allah untuk menyebut nama Allah di
dalamnya.....?"
[Al-Baqarah (2) : ayat
114]
Ketika awal penyebaran wabak,
memang wajar dikenakan larangan solat ramai² di Masjid. Ummat Islam akur dengan keputusan kerajaan hadkan jemaah di Masjid kepada 3
orang.
Namun ketika sektor pekerjaan dibuka
semula secara penuh, maka Solat berJemaah di Masjid juga mesti dibuka semula
seperti biasa. Moga dengan itu Rahmat
Allah berterusan bagi Ummat Islam negara ini dan juga bersambung kepada dunia
Islam seluruhnya.
Diharap pihak
berkuasa berikan perhatian serius akan hal ini, terutama PM dan pemuka2
Pemerintahan.
Maassalamah.
MUSIBAH COVID-19: ANTARA KEIMANAN, HARAPAN DAN KETAKUTAN:
KESOMBONGAN
BAWA PADAH
=================================
Sebelum ini, didalam beberapa kesempatan, kami telah sampaikan peringatan, nasihat dan amaran berkenaan "virus Covid-19 mematikan" yang melanda serata dunia. Di antara peringatan dan nasihat kami adalah :
1. Ingatlah
bahawa Covid-19 hanya makhluq ciptaan Allah yang menurut Perintah-Nya. Covid-19 tiada kuasa tersendiri. Virus ini hanya melakukan kerja2 yang diperintahkan
kepadanya.
2. Ingatlah
bahwa Covid-19 adalah dugaan dan amaran kepada seluruh penduduk dunia. .. terutama mereka yang terang2an menentang
Hukum Allah, golongan LGBT, Pemerintah2
yang fasiq, kafir dan munafiq.
3. JANGAN sesekali kamu sombong dengan Allah
Ta'ala dan demikian juga JANGAN sesekali sombong kepada makhluq Allah, walau
sekecil mana makhluq itu.
4. JANGAN
mendabik dada mengaku kamu menang mengatasi Covid-19 dengan kekuatan kamu atau
kehebatan teknologi kamu atau kepakaran kamu di dalam perubatan.
5. Tunduk, rendah diri dan serah
diri lah kepada Allah Ta'ala Yang Maha Perkasa yang memberikan kejayaan kepada
kamu. Malaysia mencapai kejayaan
mengatasi serangan Covid-19 ini BUKAN kerana kehebatan kamu sebalik nya ia
semata2 belas ihsan Allah Ta'ala.
6. Jika kamu TIDAK bersyukur atas
kejayaan yang Allah Ta'ala Kurniakan,
dengan Taubat, ditambah dengan berbagai Ibadah dan Zikrullah, maka ditakuti Negara ini akan menghadapi bala
lebih besar pada masa akan datang.
7. Jika kamu terus bangga2kan diri sendiri, megah
dengan sains dan teknologi kamu, megah dengan kepakaran dan segala kekuatan
diri di dalam menghadapi virus ini, maka
hendaklah kamu bersedia menerima pukulan lebih dahsyat sehingga kamu tak mampu
hadapinya.
Demikianlah
setengah dari nasihat, peringatan dan amaran kepada masyarakat Islam negara ini
beberapa ketika dahulu....!
Namun kebanyakannya tidak
peduli. Mereka sombong dengan kejayaan
mereka. Masing2 megah dengan kejayaan menghadapi Covid-19 ini. Masing2 berazam
untuk memerangi Covid-19 dan hapuskannya.
Masing2 megah dengan sains dan teknologi yang mereka miliki.
Akibat dari kesombongan manusia,
kini Virus Covid-19 datang lagi dengan serangan lebih hebat dari pukulan
pertama. Jumlah jangkitan bertambah
mendadak tanpa disangka2. Negeri2 yang
asalnya menghampiri angka "sifar"
kini melihat penularan yang tidak terkawal. Adakah kalian mampu mengawal serangan Virus
kecil ini?
Di manakah kuasa kamu yang kamu
sombongi?
Di manakah kehebatan teknologi
kamu?
Di manakah kehebatan perubatan
kamu?
Di manakah kepakaran strategi
kamu?
Ini bukan kali pertama Allah
Ta'ala mengirimkan tentera Dia yang "dianggap lemah" untuk mengajar manusia. Telah terdahulu kisah ini di zaman Nabi Nuh,
kemudian di Zaman Nabi Lut, kemudian di zaman Nabi Soleh, kemudian di Zaman
Nabi Ibrahim Alayhis-Solatu Wassalam.
Kisah nyamuk dan tentera
Namrud
Tatkala Namrud yang kafir
memerangi Nabi Ibrahim Alayhis Salam dan mencabar Kuasa Allah Ta'ala, Nabi Ibrahim berdoa agar Allah Ta'ala
turunkan "tentera (yang di anggap) paling lemah" untuk memerangi
ratusan ribu tentera Namrud lengkap dengan senjata. Namrud berserta hulubalangnya, menteri2nya
berazam untuk hapuskan Nabi Ibrahim dan tentera2 Baginda dan bersumpah untuk
hapuskan Agama Allah dari muka bumi.
Allah Ta'ala memperkenan doa Nabi
Ibrahim Alayhis Salam dan kirimkan nyamuk untuk memerangi tentera Namrud.
Hanya nyamuk ?
Allah Ta'ala kirimkan nyamuk
untuk memerangi tentera Namrud berjumlah ratusan ribu?
Ya benar!
Hanya nyamuk menghadapi tentera Namrud
yang sombong dan kafir. Di dalam
sekelip mata, tentera Allah yang kecil ini memasuki kulit2 tentera Namrud, maka
matilah semuanya, kecuali Namrud.
Seekor nyamuk diperintahkan untuk
tidak membunuh terus Namrud, tetapi hanya memasuki otaknya dan mengigit otaknya
sedikit demi sedikit.
Namrud yang sangat sombong dan
kafir tak tahan dengan "serangan" seekor nyamuk. Kepalanya sakit yang bersangatan namun tiada
tabib yang mampu merawatnya. Untuk
melegakan sedikit kesakitannya, kepala Namrud akan dipukul dengan kasut. Setelah dipukul beberapa kali dengan kuat
menggunakan kasut, barulah lega sedikit kesakitannya. Tak berapa lama kemudian sakit di kepala nya
berulang lagi ketika nyamuk di dalam
otaknya "meyerang " lagi!
Demikian berulang2 sakitnya yang amat sangat ketika terkena gigitan
" Nyamuk " tersebut dan dipukul lagi kepalanya dengan kasut sampai
berdarah.
Namrud menjerit2 kesakitan lagi,
namun dia tidak pernah insaf, dia tetap dengan kesombongan dan kekafiran...!
Akhirnya dia mati kesakitan yang
teramat sangat di kepalanya akibat "serangan" nyamuk yang kecil....!
Masya Allah...!
Seorang Raja yang mengaku mempunyai
Kuasa yang hebat, akhirnya mati dengan penuh KEHINAAN. Betapa tidak, Raja yang mencabar Kuasa ALlah Ta'ala mati
dipukul kepalanya dengan kasut. Betapa
hinanya. Betapa dia dihinakan oleh Allah
di dunia lagi. Kasut yang dianggap
kotor dan dipakai di- telapak kaki digunakan untuk memukul kepala manusia? Betapa hinanya. Tiada pakar perubatan mampu merawatnya. Tiada menteri dapat melindunginya. Bahkan Menteri2 kanan yang hebat2 semuanya
mati. Pakar2 strategi yang mengawal
istana juga mati.
Allah Ta'ala mengajar manusia
Takabbur hanya melalui "nyamuk"...!
Masih belum terlambat
Kembali kepada persoalan Virus
Covid-19 yang kembali melanda negara ini,
pada saat ini sepatutnya kita Ummat Islam sudah insaf akibat perbuatan,
perkataan dan sikap buruk kita terhadap Allah Ta'ala. Demikian lagi mengambil i'tibar dari
kisah2 Ummat terdahulu dan lagi peristiwa2 dahsyat yang telah terjadi di rantau
ini seperti Tsunami Acheh, Tsunami Palu, Gempa bumi dll.
Masih belum terlambat untuk
bertaubat dan kembali kepada Allah. Sama
ada Pemimpin atau yang dipimpin, sama ada Raja atau Rakyat, sama ada dia berkuasa
atau orang biasa .. semuanya WAJIB kembali
kepada Allah Ta'ala demi keselamatan dunia akhirat.
1. TAUBAT segera dengan Taubat Nasuha. Banyakkan Solat Taubat dan Istighfar
2. BANYAKKAN Zikir La-Ilaha Illallah
3. BANYAKKAN doa
keselamatan. Mohon kepada Allah Ta'ala
perlindungan dari segala bala bencana yang Dia turunkan kerana hanya Dia yang
Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
4. HENTIKAN segala ucapan2 kesombongan dan
kekufuran. Hentikan segera segala ucapan2 batil yang merosakkan IMAN...!
5. TAWAKKAL kepada Allah dengan sebenar2
Tawakkal. Di samping usaha2
keselamatan, perubatan, rawatan dll yang diharuskan, yang paling penting adalah
penyerahan kepada Allah Ta'ala. JANGAN
bergantung kepada usaha ikhtiar meskipun kalian adalah orang yang sangat hebat
di dalam segala urusan dunia. JANGAN
sesekali megah dengan kehebatan perubatan, rawatan, penjagaan, keselamatan,
strategi atau lain2nya. Sebaliknya
bergantunglah kepada Rahmat dan Kurnia Allah Ta'ala.
Firman Allah
:
وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةً۬ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ
مِنكُمۡ خَآصَّةً۬ۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
“Dan peliharalah diri kamu dari fitnah (bala
bencana) yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu
secara khusus, (akan tetapi menimpa secara umum) dan ketahuilah bahwa Allah
Amat Keras siksaan-Nya.”
[ Al-Anfaal (8) : ayat 25]
Firman Allah :
فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا
ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ
بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ
"Maka ketika mereka
melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami
selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami
timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan
mereka berlaku fasiq (derhaka)"
[Al-A'raf (7) : ayat 165]
Moga kia semua dimasukkan oleh
Allah Ta'ala ke dalam golongan yang selamat serta tetap istiqamah pada Jalan-Nya
yang lurus. Moga sekalian ummat beriman
selamat dari bala bencana dan Kemurkaan Allah Ta'ala.
Maassalamah
No comments:
Post a Comment