Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
MUSAFIR
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semua orang Islam menyedari bahawa hidup di muka bumi hanyalah sementara, sedang tempat abadi mereka adalah kampung
halaman mereka di Akhirat.
Semua orang Islam mengetahui bahwa mereka akan dipanggil kembali
apabila tiba waktunya ; yang waktu ini tiada siapa mengetahuinya…. adakah
ketika dia muda atau ketika dia sudah lanjut usia, adakah ketika dia sihat atau sakit, adakah
hari ini atau esok?
Semua orang Islam memahami bahawa mereka akan menghadap Allah di Hari
Pengadilan untuk menerima Keputusan Agung dari Yang Maha Agung.
Segala kekayaaan akan ditinggalkan.
Harta benda, gedung perniagaan, tanah bendang semuanya akan ditinggalkan.
Keluarga, anak isteri, saudara mara semuanya akan ditinggalkan.
✨🕌 ✨Firman Allah:
وَلَقَدۡ جِئۡتُمُونَا فُرَٲدَىٰ كَمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَتَرَكۡتُم مَّا خَوَّلۡنَـٰكُمۡ وَرَآءَ ظُهُورِڪُمۡۖ
[Al An’am (6) : ayat 94]
Persoalan untuk direnungkan
secara mendalam…
1. Sudahkah kita siapkan bekalnya untuk menghadap Allah?
2. Apakah bekalnya yang sudah disediakan?
3. Benarkah jalan yang kita sedang lalui sekarang menurut Ahlus Sunnah yang BENAR (tulen) atau PALSU?
4. Benarkah kita sedang berada di "jalan lurus" Ihdinas-sirat-al-Mustaqim atau cuma atas sangkaan?
5. Adakah Pemimpin kita Pewaris Nabi yang Siddiq – Mursyid yang benar atau Pemimpin PALSU?
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment