PUNCA ORANG ALIM, USTAZ DAN KHALIFAH JATUH SESAT !

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

PUNCA ORANG ALIM, USTAZ DAN KHALIFAH JATUH SESAT !    

CARA IBLIS MASUK BAWA KESESATAN !

 

Beberapa orang hamba Allah ingin tahu mengapa sebahagian orang yang telah tinggi maqam (khalifah) juga masih boleh disesatkan oleh Iblis.  Bukankah mereka ada pertahanan diri?

Mengapakah orang alim kitab (fiqh) dan ustaz2 juga boleh jatuh kepada kesesatan?

Jawapan kepada persoalan ini sangat luas dan panjang.

Ini jawapan ringkas tetapi memadai...

Ada TIGA sebab utama khalifah atau murid terjatuh kepada perangkap Iblis / kesesatan:

Pertama: Tidak Ikhlas / Hilang Ikhlas

Kedua : Salah Adab besar pada Jalan Ma'rifat

Ketiga:  Abaikan Hukum Syari'at

Daripada ketiga2 perkara di atas yang paling berat dan paling membinasakan adalah hilang ikhlas.  Apabila berubah niat /  hilang ikhlas, Iblis dan kuncu2nya mengambil kesempatan masuk ke dalam hati menyesatkannya tetapi dia TIDAK menyedarinya.

Firman Allah:

َ أَنظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ. قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنظَرِينَ . قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ. قال

لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ ثُمَّ

Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Jika demikian,berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (Hari Qiamat).” Allah berfirman: “Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh hingga ke hari - masa yang termaklum.”. Lalu kata Iblis “Wahai Tuhan oleh kerana engkau telah  sesatkan aku maka akan pesong semua anak Adam dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku akan mendatangani mereka dari hadapan, dari belakang, dari sebelah kanan dan kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati ramai dari mereka itu dari kalangan mereka yang bersyukur”

[Al A’raf (7) : Ayat 14-17]

Firman Allah :

قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِى لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ ٱلْمُخْلَصِين

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan buruk/ keji/ma'siat/ mungkar) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas".

[Al-'Hijr (15) : ayat 39-40]


HILANG IKHLAS, PUNCA SYAITAN MASUK MENYESATKAN:

Sabda Rasulullah  :

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan bagi nya apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Pada hadith ini Kunci dan rahsia terbesar  perjalanan si salik (yang sebenarnya ini juga kunci keselamatan semua orang awam) ...

Bahkan inilah di antara kunci terpenting salikin menuju Allah, iaitu  yang selalu disebut2 oleh banyak sekali penceramah2, namun sedikit sekali yang memahami hakikatnya, iaitu:

 .....IKHLAS......

Apabila seseorang murid mencari Allah, semata2 Allah  dan  tiada lain dalam hati dia melainkan Allah, maka dia akan dipermudahkan oleh Allah kepada menemui Shaikh Mursyid yang benar,  yang akan memimpin dia kepada Allah.

Sebaliknya apabila  murid mencari selain Allah , maka dia akan menemui apa yang dia cari.

Jika dia cari Mursyid untuk ilmu silat, maka dia  akan dilorongkan menemui Guru Silat yang berlagak seperti Mursyid

Jika dia mencari Mursyid untuk jadi tabib perawat terkenal, maka dia akan menemui Guru perawat yang berlagak seperti Mursyid

Jika dia niat ingin  hebat terkenal di dunia Ma'rifat, maka dia akan dilorongkan menemui Guru ilmu kebatinan sesat yang mengaku Mursyid.

Demikianlah setiap murid dengan pencarian ....   masing2 akan dilorongkan kepada apa yang dia cari.  Pada sangkaan mereka yang mencari selain Allah atau gandingkan niat kepada Allah dengan niat2 yang lain, bahawa dia sudah menemui kebaikan.  Dia mungkin terasa dia sedang menuju Allah.  mungkin juga dia terasa sudah sampai kepada Allah.  Sedangkan semua itu hanyalah fatamorgana nafsu dan bisikan Iblis....  Wal Iyazubillah

Mengapa?

Kerana pada hakikatnya "Guru2 Mursyid" yang ditemui oleh mereka2 yang mencampur adukkan niat mereka, adalah guru2 tersebut Guru2 Mursyid palsu tetapi oleh kerana niatnya yang menyelweng, maka dia dilorongkan oleh Allah kepada apa yang diniatkan...  pada sangkaan mereka itulah Guru yang betul.... pada sangkaan mereka, mereka sudah mendapat Rahmat Allah, sedangkan apa yang merasai itu hanya lah tipu daya...

Hairan?

Iblis diberikan berbagai kelengkapan oleh Allah kepada Iblis ( yang ini sebagai Kemurkaan Allah).  Dengan segala kelengkapan itu Iblis boleh melakukan seribu macam helah dan tipu daya..

1) Iblis boleh buat mimpi2 palsu dan menipu daya murid

2) Iblis boleh datangkan cahaya2 hebat yang gemerlapan ....utk menipu murid

3) Iblis boleh datangkan "perasaan bahagia" kepada manusia....tetapi palsu

4) Iblis boleh wujudkan berbagai2 rupa alam ghaib yang indah.. tetapi palsu

5) Iblis boleh wujudkan berbagai gambaran /bayangan kehebatan Wali2  ....tetapi palsu

Demikianlah yang lain2... iblis diberikan kemudahan oleh Allah sebagai suatu kemurkaan tetapi murid TIDAK menyedarinya. Dia tidak tahu yang menjadi Guru dia adalah Guru.Mursyid palsu....!

"Setiap suatu dengan niat. Baginya apa yang dia niatkan"

Maka tidak hairanlah wujud nya golongan2 silat, perawat, ilmu sakti, ilmu kebatinan sesat mendakwa diri mereka sudah Ma'rifat, sedangkan itu cuma hanya tipu daya Iblis. Wal Iyazbillah

Firman Allah:

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari Syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman. (orang kafir)

[Al-A'raf (7) : ayat 27]

 

Kesimpulannya

Untuk mencari jalan kembali kepada Allah, untuk menjadi hamba Allah yang sebenar, tanggalkan semua pakaian2 kemegahan, tinggalkan semua niat2 yang batil....   serah kepada Allah zahir dan batin...  maka di sana akan menemui cahaya suci...

Wallahu A'lam

CARA-CARA IBLIS MENYESATKAN KHALIFAH / USTAZ / ORANG AWAM

(1) Iblis telah cabar Allah Ta'ala, yang dia akan sesatkan seluruh bani Adam.   Iblis minta tangguh kematian sampai Qiamat.   Allah Ta'ala  bagi tangguh pada Iblis.

(2) Iblis mempunyai bala tentera yang cukup ramai.  Bala tentera terdiri dari 3 puak :

1.  Syaitan - anak2 Iblis

2.  Jinn jahat, fasiq, kafir

3.  Manusia jahat, fasiq, kafir

Iblis menggunakan ketiga2 puak ini untuk sesatkan manusia dari jalan Allah.

(3) Tentera iblis berpangkat2..  sama seperti tentera manusia..  dari pangkat prebet sampai General.

Ertinya Syaitan itu bukan satu macam. Tetapi terdiri dari berbagai tingkatan kekuatan, bermula dari yang biasa kepada syaitan paling keras dan jahat.

(4)  Iblis susun bala tentera untuk sesatkan manusia setiap hari. 

Syaitan pangkat rendah ditugaskan goda manusia2 fasiq, kafir.

Syaitan pangkat tinggi ditugaskan goda orang alim dan ahli ibadah.

(5) Sasaran utama Iblis adalah Ahli Ma'rifat tetapi Iblis takkan mampu hampiri Ahli Ma'rifat apa lagi merasuknya.  Iblis cuma mampu tengok dari jauh dan ganggu murid2 Ahli Ma'rifat.   (Bab ini ada perbincangan lebih halus)

(6) Sasaran no. 2 adalah orang-orang alim fikah yang cuma amalkan fiqh (bukan Ahli Ma'rifat)

Apabila seekor Syaitan tewas pada tangan orang alim,  Iblis akan akan hantar yang lebih tinggi sehingga apabila general syaitan pun kalah, Iblis sendiri akan datang..  Ini bermakna Iblis takkan berhenti goda orang alim sampai musnah.

Dengan penjelasan ini kamu akan faham mengapa  orang2 alim fiqh yang sangat hebat ilmu zahir- nya tewas kepada Iblis dan masuk kepada golongan sesat seperti Khawarij (Wahhabiyah), Syi'ah, Mu'tazilah, Jabariyah, Mujassimah dll berjumlah 72 golongan.

Wal Iyazubillah.

(7) Sasaran Iblis no. 3 adalah murid2 dan khalifah bagi Ahli Ma'rifat

Jalan Iblis goda mereka ini sama seperti orang alim juga.

Tetapi satu perbezaan ketara.  Murid dan Khalifah ada pendinding / benteng yang boleh hambat Iblis. 

Pertama : zikir yang berterusan

Kedua : perisai Mursyidnya

kedua2 benteng ini akan mengalahkan Iblis... dengan Rahmat Allah dan tetaplah murid di dalam pemeliharaan Allah Ta'ala sehingga berlaku tiga perkara ini...

Pertama : berubah niat.  iaitu TIDAK ikhlas lagi

Kedua : Salah ADAB besar pada jalan Ma'rifat

Ketiga : Abaikan Hukum Syara'at / remehkan Hukum Syari'at.

Apabila seorang murid / khalifah langgar tiga perkara ini, benteng akan roboh dan iblis mudah menarik murid / khalifah kepada Lembah Syaitan. Wal Iyazubillah

Maka jatuhlah mereka kepada 11 golongan kebatinan (tasawwuf palsu) yang disesatkan oleh Iblis seperti yang disebut oleh Al Imam Rabbaniyy Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani

Radhiallahu anhu.

Ini penjelasan ringkas mengapa khalifah pada jalan Ma'rifat  juga boleh tertewas pada Iblis.

Ini juga sekaligus memberikan gambaran mengapa orang awam dan orang bergelar Ulama / alim fekah juga terjatuh kepada kesesatan tanpa mereka sedari. 

Harap memperoleh faham…

Kesimpulan yang ringkas adalah :

Untuk memperoleh Ilmu agama yang benar menurut Ahlus Sunnah yang benar serta jauh dari sekalian kesesatan adalah dengan berbai'at kepada Mursyid yang siddiq (benar), iaitu Pewaris Nabi yang sebenar serta  berpegang teguh kepadanya dan tetap hati ikhlas sepanjang perjalanan nya.  In Shaa Allah akan selamat di dalam perjalanan sampai kepada Allah.

Mereka yang belum mempunyai Mursyid yang siddiq (benar) sebagai Pemimpinnya, teruskan mohon pada Allah dengan solat hajat, doa dll sehingga Allah Taala menunjukkannya.

Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 390) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...