■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 431 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
..... Sambungan....
■ Ringkasan berkenaan Tingkatan Ikhlas orang awam.
(1) Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata- mata kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan syurga berupa bidadari, mahligai indah-indah dan segala macam makanan enak dan hiburan syurga.
(2) Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita-cita di dalam hatinya (tiada menuntut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah. (disebut keakuan diri)
(3) Melakukan amal ibadah dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas.
■ 3 tingkatan ikhlas tersebut adalah tingkatan orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. .
■ Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf). Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf / Ma'rifat, ketiga-tiga bentuk ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada "mempersekutukan" Allah. Ini kerana menuntut selain Wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk "kesyirikan yang halus" kepada Ketuhanan — _syirik khafi._
■ Orang awam yang hanya amalkan fiqh, akan mendapati mencapai ikhlas yang hakiki ini lantaran hatinya yang masih diselubungi berbagai penyakit hati.
■ Jika seorang tidak amalkan Toriqat (Tasawwuf), berusaha sungguh-sungguh sucikan hatinya dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka selama itulah ibadahnya akan bercampur aduk dengan kesyirikan (syirik khafi) sedang Syirik khafi ini ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku ke atas Ummat Baginda.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“Sesungguhnya yang paling aku takuti dari apa yang aku takuti atas ummatku ialah : riya’ dan nafsu syahwat tersembunyi, di mana ia lebih tersembunyi dari merangkaknya semut hitam di atas batu besar yang hitam pekat di malam yang gelap”
[Imam Ibnu Majah dan Imam Al- Haakim]
Bersabda Rasulullah ﷺ :
"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?"
[Imam Ahmad]
Bersabda Rasulullah ﷺ :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka..”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
SIRI 432 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
..... Sambungan....
Bahaya 4 :
Tak khusyu' dalam solat
==================
Berikut tingkatan orang Islam mendrikan solat :
(1)Solat Orang Awam :
Jasadnya berdiri di bumi, hati dan ruhnya juga di bumi, di dunia.
(2) Solat Orang Salikin :
Jasadnya berdiri di bumi, namun hati dan ruh nya berada di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga atau Keempat atau Keenam atau Ketujuh menurut pencapaian Ma'rifat ( Tauhid ) masing-masing.
(3) Solat Orang Arifin :
Jasadnya berdiri di bumi, hati, ruh dan Sirriyah (rahsia paling dalamnya) di atas Arasy, di Hadratul Quddus.
Penjelasan Ringkas :
================
(1) Solat orang awam
Orang awam adalah orang yang hanya berpegang kepada Syari'at (Fiqh) semata-mata dan tidak mengamalkan Toriqat (Tasawwuf).
Mereka hanya amalkan segala bentuk amalan zahir (fiqh) tetapi tidak amalkan Zikir dan mujahadah menurut disiplin Ma'rifat seperti yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ .
Dengan demikian hati mereka kekosongan dari Mengingat Allah, melainkan amat sedikit atau tiada langsung.
Orang awam ini TIDAK mencapai Tasawwuf (baca : kesucian hati) yang membolehkan hati mereka khusyu'. Akibatnya sewaktu solat, hati mereka menerawang ke muka bumi, hati mereka di pasaraya, hati mereka di sekolah, hati mereka masyghul uruskan kerja pejabat, bergaduh sana sini dan segala macam gambaran hidup yang telah di lalui dalam kehidupan. Bahkan sejarah hidup puluhan tahun yang lampau pun menjadi mainan dan wayang pemikirannya.
Walaupun mulut membaca Takbir membesarkan Allah, walaupun mulut membaca Tasbih, walaupun mulut membaca Tahmid, namun HATI mereka tiada bersertanya. Hati mereka leka menghadap dunia. HATI mereka lalai dan sibuk dengan segala hiruk-pikuk dunia.
Ringkasnya ketika solat, mereka tidak Menghadap Allah sebaliknya manghadap makhluq dan dunia. Inilah hal keadaan kebanyakan orang awam mengerjakan Solat...!
Apabila disebut orang awam, ianya TIDAK kepada orang jahil atau orang yang sedikit ilmu sahaja bahkan juga termasuk di dalam istilah orang awam adalah mereka yang banyak ilmu Agama (ilmu fiqh semata-mata), ustaz, kiyai, muallim yang hanya memiliki ilmu fiqh semata-mata sedangkan jiwa mereka kosong, jiwa mereka tiada hakikat Tasawwuf (baca kesucian hati) .... sampailah Profesor dan PhD atau bergelar Ulama alim fiqh sekalipun tetap juga tiada khusyu' di dalam solatnya....!
Mengapakah ustaz, muallim, kiyai, Profesor juga tidak dapat khusyu' dan benar-benar ikhlas dalam Solat ?
Jawapannya :
Ini terjadi kerana mereka hanya berpegang kepada ilmu dan amal zahir (fiqh) semata-mata, sementara ilmu dan amal yang berkaitan dengan batin hati — iaitu Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih diabaikan. Maka tiadalah mereka memperoleh Tasawwuf di dalam diri (baca : kesucian hati) yang membolehkan mereka khusyu’ dan sebenar-benar ikhlas di dalam solatnya.
SIRI 433 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
..... Sambungan....
(2) Solat orang Salikin
Salikin adalah orang yang menempuh Jalan Ma'rifat, yang amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih, dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ).
Solat Ahli Salikin yang mencapai Tauhid yang hakiki dan mencapai Tasawwuf (kesucian hati), hasil dari mujahadahnya serta Anugerah Allah kepadanya, adalah jauh berbeza dengan Solat orang Awam.
Ketika mereka mengangkat Takbiratul Ihram, hati dan ruh mereka sedang Mi'raj kepada Allah Ta'ala. Walaupun kaki dan jasad mereka berdiri atas muka bumi, hati dan ruh mereka sedang menghadap Allah. Walaupun mereka menjejak kaki di bumi, hati dan ruh mereka berdiri di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam atau Ketujuh Menghadap Allah.
Ketika mulut mereka membaca Tahmid, hati mereka turut memuji Allah.
Ketika mulut mereka membaca Takbir, hati mereka melihat Kebesaran Allah.
Ketika ruku' dan sujud, hati mereka turut ruku' dan sujud.
Bahkan seluruh pergerakan dan lafaz di dalam solat diikuti dengan hati mereka menghadap Allah. BUKAN menghadap makhluk dan BUKAN dunia.
Bukankah darjat ini jauh bezanya dengan Solat orang Awam tadi bagaikan langit dan bumi?
Jika ada yang bertanya : Adakah mungkin mencapai Darjat Solat seperti ini?
Jawapannya benar, bahkan itulah Solat yang dituntut dan DIWAJIBKAN atas setiap orang beriman. Sebagaiman isyarat Nya :
Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)
"Sesungguhnya mencapai kemenangan (kejayaan, selamat) orang Mu'min, iaitu mereka yang khusyu' di dalam Solatnya."
[Al-Mu'minun (23) : Ayat 1-2]
In shaa Allah, atas Anugerah Allah kepada hamba Allah yang sungguh-sungguh mujahadah pada Jalan-Nya, dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) sekalian keindahan Solat akan terbuka baginya.
Apabila HATI telah benar-benar suci dari sekalian syirik khafi, mazmumah, ghaflah dan lain-lain kekejian hati, maka ketika itu akan terbuka baginya rahsia ikhlas dan khusyu' di dalam solatnya. Solat nya ketika itu terasa ringan, tiada kepayahan, tiada rasa terpaksa, bahkan seluruh solatnya didalam kedamaian dan ketetangan hati — khusyu' dan ikhlas yang sempurna.
SIRI 434 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
..... Sambungan....
(3) Solat Arifin (Arif Billah)
Orang Arifin atau Arif Billah adalah hamba-hamba Allah yang telah sampai ke Maqam Tauhid yang sempurna.
Salikin yang telah menempuh perjalanan yang panjang (lama), mujahadah melawan nafsu kejahatan di dalam dirinya pada jangka waktu yang lama, dengan bimbingan dan asuhan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), atas Anugerah Rabbul Jalil Yang Maha Agung, akan memperoleh Ma'rifat yang sempurna Mengenal Allah. (Maqam Tauhid yang sempurna) iaitu darjat Arif Billah.
Ketika Solat (bahkan bila-bila masa sekalipun) hati, ruh dan Sirrnya (rahsia paling dalam) sentiasa muwajihah (menghadap) Allah. Walaupun jasadnya di bumi, sekalian perasaannya menghadap Allah. Walapun kakinya berdiri atas muka bumi, hati, ruh dan Sirrnya sedang berada di Hadratul Quddus di atas Arasy. Solat mereka sempurna menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un.
Ini sebagaiman isyarat Allah di dalam Kitab yang mulia :
Rasulullah ﷺ bersabda :
أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"
[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Inilah Solat Rasul, Nabi dan sekalian Arif Billah dari kalangan Ummat Muhammad Rasulullah ﷺ . Jika ada yang bertanya mampu kah setiap Muslim yang beriman mencapai darjat termulia ini?
Jawapannya :
Setiap Muslim lelaki dan wanita mempunyai keluasan yang sama untuk mencapai Maqam Ihsan ini. Allah Ta'ala telah menyediakan di dalam diri setiap manusia akan benih-benih Tauhid yang akan tumbuh membesar dan berbuah indah yang di-Redhai Allah apabila dihidupkan dengan Zikrullah, disirami dengan Cahaya Ketuhanan...mengikut panduan, syarat dan peraturan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah ﷺ.
Hamba-hamba Allah yang abaikan Toriqat tak mungkin memperoleh khusyu’ di dalam solat, maka sentiasalah mereka di dalam keadaan dosa akibat lalai di dalam solatnya.
SIRI 435 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
===========================
Definisi-Definisi Penting
===================
Definisi Mursyid
=============
Definisi Menurut Bahasa :
Perkataan Mursyid berasal dari bahasa Arab مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian “memimpin”, “membimbing”, “menunjukki jalan benar, menunjukki jalan lurus, memimpin kepada jalan yang di-Redhai Allah”.
Definisi Menurut Istilah :
Menurut Istilah Syara', Mursyid adalah sebenar-benar Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi ﷺ), yang di-Pilih Khusus oleh Allah Ta’ala bagi mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ, meliputi zahir dan batin Baginda menerusi satu rantaian perpindahan Ilmu yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ dan di-Teguhkan kedudukan mereka dengan berbagai Kurnia Allah Ta’ala yang istimewa sehingga mereka mampu menunaikan Amanah Allah atas muka bumi sebagai Khalifah Allah dan Pewaris Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Penjelasan :
=========
(1) Ulama Mu’tabar, Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), adalah fardhu ‘Ain atas setiap Muslim bagi keselamatan Agamanya dan bagi mencapai Keimanan Sejati, serta menjauhi jalan-jalan kesesatan.
(2) Tanpa pimpinan Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim tidak akan mampu mencapai Keimanan Sejati, bahkan lebih bahaya lagi mereka akan terjerumus kepada kesyirikan (syirik khafi), kekejian, kesesatan, kefasikan dan kekufuran. Wal Iyazubillah.
(3) Istilah "Mursyid" diperkenalkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah bagi membezakan di antara Pewaris Nabi yang Sebenar dengan orang-orang yang salah gunakan istilah "Ulama" bagi kepentingan nafsu dan dunia mereka. Mereka adalah "Ulama as-su (ulama jahat), "Ulama nafsu", "Ulama dunia", "Ulama politik" yang mengeluarkan fatwa yang sesat dan menyesatkan. Mereka serupa dengan pendeta-pendeta Yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, memesongkan Al-Qur'an demi kepentingan nafsu dan kehendak Pemerintah-pemerintah fasiq.
(4) Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma’ Qias Ulama. Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Mereka memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.
SIRI 436 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
(5) Telah dimaklumi, setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ. Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
(6) Ditegaskan lagi : Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in. Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini.
(7) Mereka ( Khulfa Ar-Rasyidin) diberi gelaran “Ar-Rasyidin” (Mursyid-Mursyid) kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah. Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun-temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya sehingga Qiamat.
(8) Golongan yang berpecah-belah dari Jalan Kebenaran (Jalan Ahlus Sunnah) ini kemudian membentuk jamaah-jamaah tersendiri. Mereka mewujudkan kelompok-kelompok yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah. Di antaranya Syi’ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 golongan.
SIRI 437 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
(9) Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu, menjelaskan 72 Golongan yang terkeluar dari Aqidah dan pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen). Golongan yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini pada umumnya hanya berpegang kepada Syari’at tetapi ingkar kepada Toriqat Rasulullah ﷺ. Ertinya mereka mengambil sebahagian Ajaran Islam dan ingkar akan sebahagian lainnya. Wal Iyazubillah.
(10) Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu, menjelaskan lagi 11 kelompok orang Islam yang sesat di dalam keruhanian, iaitu sufi PALSU. Golongan ini mengakui Toriqat Nabi dan Ilmu Tasawwuf, tetapi mereka telah menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan. Wal Iyazubillah.
(11) Pada zaman-zaman kemudiannya muncul lagi berbagai fahaman sesat di kalangan Ummat Islam, di antaranya yang dapat disaksikan pada zaman ini; fahaman Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (rafidhi), Liberal, Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lainnya.
Di sisi keruhanian muncul pula golongan Batiniah, Haqiqat Palsu, Reiki, Budi Suci, Asmaul Husna Tarik Rezeki, Tapak Tangan Ajaib, golongan “Pengkaji Toriqat” yang sibuk mengkaji tanpa amal, “Pencari Karomah” yang berbangga-bangga dengan berbagai keajaiban, bahkan banyak lagi golongan serpihan-serpihan yang masing-masing mencipta pendapat sendiri mengikut nafsu dan pendapat aqal mereka serta bisikan syaitan.
(12) Ringkasnya, ditegaskan :
Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Ummat Islam berpecah-belah dari Jalan Rasululullah ﷺ yang sebenar, satu-satunya golongan benar yang tetap berpendirian teguh pada Jalan Allah dan Rasul hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipimpin oleh Pewaris Nabi yang sebenar yang dinamakan “Mursyid”. Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat ….“Khulafa’ Ar-Rasyidin”. Iaitu مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".
Ertinya Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tidak pernah berpisah dari Manhaj Utama yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ kerana mereka sentiasa di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar, sedangkan golongan lain adalah golongan serpihan yang faraq (memisahkan diri) dari Jalan Utama Warisan Rasulullah ﷺ (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), lalu mencipta jalan-jalan sendiri yang batil dan sesat.
(13) Dengan Penjelasan tambahan ini kita dapat memahami… Faktor utama penyimpangan orang-orang Islam dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, (Warisan Rasulullah ﷺ yang sebenar) dan jatuh kepada firqah, ideologi dan doktrin-doktrin sesat adalah kerana TIDAK berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang benar-benar mewarisi Nabi zahir dan batin serta menepati syarat-syarat sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.
SIRI 438 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
....... sambungan.....
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu :
"Hati adalah ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu. Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan. Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak. Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu menjadi tandus, kering-kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya. Pelajarilah Ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitulah Mursyid. Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).
Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya. (Orang yang pakar di dalam Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq – pent.)"
[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]
Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu anhu :
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid - pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak-akhlak yang tercela dan menggantinya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.”
[Ihya Ulumuddin]
Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu :
“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam Hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid yang suci murni) dan Mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.”
[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]
SIRI 439 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
....... sambungan.....
Fakta-Fakta Penting
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
===============================
Fakta 1 : Mursyid yang Siddiq (benar) adalah Warisatul Anbiya Yang Sebenar
Ketahuilah berdasarkan keterangan Al-Qur’an, Hadith dan Fatwa Ulama Mu’tabar, Mursyid adalah Warisatul Anbiya — Pewaris Rasulullah ﷺ yang Siddiq (benar), yang mewarisi zahir dan batin Baginda Nabi ﷺ.
Mereka mewarisi keseluruhan Agama dari Baginda, meliputi Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan sempurna. Allah Ta’ala memilih mereka dan meninggikan Darjat mereka (Iman, Tauhid, Ma’rifat) mengatasi manusia lain.
Peringatan semula...
1. Setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ. Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
2. Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama. Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
3. Masyaikh Ahlus Sunnah memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah” untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.
4. Istilah "Mursyid" diperkenalkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah bagi membezakan di antara Pewaris Nabi yang sebenar dengan orang-orang yang salah gunakan istilah "Ulama" bagi kepentingan nafsu dan dunia mereka. Mereka adalah "Ulama as-su (ulama jahat), "Ulama nafsu", "Ulama dunia", "Ulama politik" yang mengeluarkan fatwa yang sesat dan menyesatkan. Mereka serupa dengan pendeta-pendeta Yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, memesongkan Al-Qur'an demi kepentingan nafsu dan kehendak Pemerintah-pmerintah fasiq.
5. Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat ….“Khulafa’ Ar-Rasyidin”. Iaitu مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".
SIRI 440 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-56:
Tidak berpegang kepada
Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq
....... sambungan.....
Fakta 2 : Khulafa Ar-Rasyidin adalah Generasi pertama Mursyid
Firman Allah :
قُلْ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدْعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۠ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى ۖ وَسُبْحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalan-ku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin.”
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyidddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu mentafsirkan :
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang Benar) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang akan mewarisi Ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah, Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’.” ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid: Al-Kahfi (18) : Ayat 17)
[Tamat nukilan kitab Sirrul Asrar]
Sebagaimana kami jelaskan sebelum ini berkenaan “Definisi Mursyid”, Generasi pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Ummar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali, Ridhwanullahi Alayhi Ajma’in. Moga Keredhaan dan Rahmat Allah Ta’ala tercurah atas mereka.
Daripada merekalah mengalir sekalian Ilmu zahir dan batin, hikmah dan rahsia Ketuhanan kepada Generasi Mursyid, Pewaris Nabi yang sebenar berikutnya, kerana mereka (Khulafa Ar-Rasyidin) telah menghirup wangian Hikmah Agung daripada Rasulullah ﷺ.
Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang kedua, ketiga dan seterusnya datang bersilsilah sambung-menyambung daripada mereka (Khulafa Ar-Rasyidin). Silsilah Rasulullah ﷺ terus hidup bersinar sehingga saat ini dan tetap akan bersambung sampai Hari Kesudahan.
Berkata Imam Jilani Radhiallahu anhu lagi :
Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak manusia kembali kepada Allah dengan "pandangan yang terang nyata" , di dalam ayat Qur'an ini disebut basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati para Auliya Allah. Basirah tidak akan terbuka dengan Ilmu zahir (Syari'at) sahaja, tetapi wajib disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya Ladunni yang di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya. Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah, iaitu mengambil talqin dari seorang Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
[Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]
Bersambung siri 441 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment