Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN @ TAUHID
Imam Jilani membahagikan orang beriman kepada dua tingkatan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️Pertama : Iman Orang Awam
✳️Kedua : Iman
Arifin @ Ahli Ma'rifat
Imam Ghazali membahagikan orang beriman kepada tiga tingkatan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️
Pertama : Iman Orang Awam
✳️
Kedua : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Ketiga : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Ulama Ma'rifat kemudian memperincikan lagi pembahagian tersebut kepada lima tingkatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️Pertama : Iman Orang Awam yang bertaqlid
✳️Kedua : Iman Orang Awam yang Berdalil
✳️Ketiga : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Keempat : Iman Salikin yang Berma'rifat.
✳️Kelima : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Kesemua pembahagian di atas ; bermula dari pembahagian yang dibuat oleh Imam
Jilani sampailah ke zaman kemudiannya diberi perincian yang lebih mendalam
adalah sama sahaja.
Ulama2 Ahlus Sunnah yang datang kemudian dari itu melihat perlunya perincian
yang lebih detail tentang pembahagian TAUHID ini kerana ummat ini makin dangkal
pemikirannya, sangat cetek ilmu- nya, makin sedikit sangat kefahamannya.
Dengan perincian yang lebih diharapkan kefahaman yang lebih mudah kepada murid
dan orang awam Islam seluruhnya.
Wallahu A'lam
bersambung siri ke-2... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENJELASAN
□□□□□□□□□□□
✳️Pertama: Iman Orang Awam yang bertaqlid
Ini adalah orang Islam yang beriman kepada Allah tanpa sebarang bukti keilmuan
syariat yang boleh di- yakini. Mereka semata2 percaya berdasarkan khabar
dari seseorang yang mereka percaya.
Jika ditanya mengapa kamu percaya Allah itu wujud?
Dia menjawab, "Aku percaya kerana aku dengar dari ibu bapaku, dari guru,
dari temanku bahawa wujud Allah Yang Maha Esa. Maka aku yakin Allah itu wujud.
Iman seperti ini adalah Iman peringkat bawah sekali.
Sebahagian Ulama berkata Iman seperti ini tidak sah. Namun jumhur Ulama
berkata sah Imannya.
Walau bagaimanapun seseorang Muslim tidak patut terus-menerus berada pada
tingkatan ini kerana peringkat terbawah ini kerana sangat berbahaya.
Dikatakan Peringkat ini sangat bahaya, kerana keyakinannya di dalam
kegoncangan, tiada paut kukuh dalam hati. Bila2 masa sahaja, Iman seperti
ini mudah tewas pada nafsu, syaitan, makhluk dan dunia.
Setiap Muslim wajib berusaha sungguh2 sedaya upaya mempelajari ilmu
berkenaan mengenal Allah dan sekalian rukun2 Iman yang bermula dari asas.
Kemudian sedaya upaya mencari Mursyid untuk meningkatkan Imannya. (lihat
penjelasan akan datang)
✳️Kedua : Iman orang Awam yang beriman berdasarkan dalil
Ini adalah tingkatan seseorang beriman pada Allah berdasarkan bukti keterangan
@ dalil aqli (bukti terlihat pada alam) dan dalil naqli (dalil2 Al
Qur'an, Hadith dan Ulama)
Dia percaya wujud Allah berdasarkan dalil2 Al Qur'an atau Hadith yang
menyebut wujud Allah.
Atau dia berkata,
" aku yakin wujudnya Allah kerana wujudnya langit dan bumi dan edaran
planet2 membuktikan wujud kuasa luar biasa yang agung. Aku percaya itu adalah
Allah.
Peringkat Iman ini tentu lebih baik sedikit dari Tingkatan Pertama (bawah
sekali) namun ianya belum cukup kukuh. Sifat2 mazmumah dan syirik2 khafi
masih bersarang di dalam hatinya.
Orang ini pun perlu mencari jalan membaiki dirinya, hatinya dan Imannya
mengikut petunjuk2 Imam kita.
✳️Ketiga : Iman Mutakallimin (Ahli Ilmu Kalam)
Ini adalah orang2 yang beriman kepada Allah sama seperti kumpulan ke dua tadi
iaitu berdasarkan bukti keterangan dan dalil2 juga. Tetapi mereka
punyai perbezaan ketara dengan kelompok kedua tadi, iaitu perbezaannya adalah
; mereka cuba memerah pemikiran untuk mencari keyakinan berdasarkan dalil2
tersebut.
Sebahagian lagi memperdebatkan dalil2 tersebut untuk mencari keyakinan.
Menurut Imam Ghazali golongan Mutakallimun ini tiada jauh bezanya dengan
golongan kedua di atas kerana mereka semata2 menggunakan daya fikir untuk
mendapat keyakinan. Sedangkan aqal pemikiran terbatas kemampuannya untuk
menjangkau ke alam Ghaib.
Allah Ta'ala bersifat ghaib. Maka mengenal Allah dengan suatu yang
bersifat ghaib juga. Aqal sempit terbatas kemampuannya tak akan mampu menembus
ke alam Ketuhanan yang tinggi.
Satu bahaya besar kumpulan ini adalah :
Sebahagian dari kelompok ini sering tersasar kepada golongan filsafat atau
kebatinan yang sesat.
Di samping itu kumpulan ini juga tidak terlepas dari bahaya sifat2
mazmumah dan syirik2 khafi yang sering menggugat Tauhid @ Imannya.
Mereka ini juga perlukan pimpinan keruhanian @ bimbingan Mursyid untuk
melepaskan diri dari bahaya2 syirik tersebut.
bersambung siri ke-3... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 3 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sepintas lalu dari
pembelajaran yang lepas : Pembahagian Tingkatan Iman / Tauhid
✳️Pertama : Iman Orang Awam yang Bertaqlid
✳️Kedua
: Iman Orang Awam yang Berdalil
✳️Ketiga
: Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Keempat
: Iman Salikin (yang berma'rifat)
✳️Kelima
: Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Pada dua siri yang lalu kita telah menjelaskan tiga Tingkatan Iman yang awal
iaitu Iman Peringkat Awam.
Pada siri ini kita menyambung dengan Tingkatan Iman ke-4 Martabat Iman Salikin
(yang berma'rifat) Insya Allah.
PENJELASAN
□□□□□□□□□□□
✳️Keempat :
Martabat Iman Salikin (yang memperoleh berma'rifat)
Sebelum penjelasan lanjut mari kita kenali dahulu beberapa istilah penting
berhubung dengan Tingkatan Iman ini yang akan digunakan sepanjang
perbincangan.
Salikin
~~~~~
- adalah seseorang hamba Allah yang menuntut Jalan Marifat Ilahiyyah mengikut
syarat2 tertentu di bawah pimpinan,asuhan dan didikan seorang Guru bertaraf
Mursyid atau Shaikh Keruhanian yang siddiq (benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal
Jamaah).
Jalan Ma’rifat Ilahiyyah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
– adalah jalan mengenal Allah melalui latihan2 keruhanian yang terkandung di
dalam suatu Sistem Tarbiyyah khusus yang dinamakan Toriqah.
Shaikh Mursyid @ Murabbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
– adalah Pemimpin pada jalan Ketuhanan (Jalan Ma’rifat Ilahiyyah ) yang sangat
mahir di dalam selok belok keruhanian, sangat arif mengenal Allah dan mengenal
insan, sangat mahir mengenal nafsu2 kejahatan dan kejahatan syaitan.
Bahkan beliau mengenal seluruh perjalanan keruhanian yang akan di- tempoh oleh
seseorang murid /salik sehingga dia selamat sampai ke destinasi terakhir, iaitu
kepada Tuhan Rabbul Jalil.
Mursyid atau dikenali juga sebagai Shaikh Keruhanian atau Ahli Sufi atau Ahli
Ma’rifat atau Murabbi…. Semua ini adalah sebenar2 pewaris
Nabi untuk mendidik Ummat pada Jalan Ketuhanan sebagaimana Rasulullah mendidik
para sahabat Ridhwanullah.
Untuk mengetahui lebih lanjut Sifat2 Mursyid yang siddiq (benar) dan
ciri2 Toriqah Ahli Sufi yang sahih pada sisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah, sila
rujuk artikel2 terdahulu.
Khair, mari kita menyambung perbahasan berkenaan Tingkatan Iman Salikin
(yang berma'rifat)….
Tingkatan IMAN @ TAUHID salikin ini adalah jauh berbeza dengan tiga
tingkatan sebelumnya. Pada tiga tingkatan Iman orang awam yang dibicarakan sebelum ini, Iman mereka adalah berdasarkan kekuatan aqal fikiran.
Mereka menggunakan segala daya fikir yang ada untuk memikirkan serta
meyakini wujudnya Allah Ta’ala, Alam Kubur, Mahsyar, Syurga Neraka
dll. Mereka beriman kepada Allah berdasarkan dalil2 yang tersurat
(dalil naqli) dan dalil2 yang terbentang pada alam.(dalil aqli).
Di sini, iaitu salikin yang memperoleh Ma'rifat ianya jauh berbeza,
kerana Iman seseorang pada peringkat salikin ini BUKAN lagi berdasarkan khabar,
BUKAN berdasarkan dalil2 yang tersurat, BUKAN lagi berdasarkan pemikiran
kekuatan aqal, BUKAN lagi bayangan dan sangkaan, TETAPI ia adalah
semata2 IMAN yang terbit dari cahaya mata hati.
IMAN seseorang hamba pada peringkat ini adalah keyakinan yang wujud
semata2 kerana menyaksikan / melihat wujud Allah dari dalam hatinya.
Apakah maksudnya?
Maksudnya adalah : Salikin yang bermujahadah bersungguh2 pada Jalan
Ma’rifat dengan keikhlasan, ditunjukki oleh Allah Ta’ala akan jalan
mengenal-Nya melalui “ainul- basirah” (iaitu pandangan mata hati)
sebagaimana janji-Nya di dalam Al-Qur’an :
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ
سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
“Dan orang2 yang bersungguh-sungguh pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
mereka jalannya. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang berbuat ihsan”
[Al-Ankaboot (29) : ayat 69]
Ahli Ma’rifat mentafsirkan kata2 Allah ….
“pada Jalan Kami”
adalah ditujukan kepada Jalan Ma’rifat Ilahiyyah. Iaitu Allah Ta’ala
menjanjikan kepada orang2 beriman yang mujahadah sungguh2 pada Jalan-Nya (Jalan
Ma’rifat ) bahawa Dia (Allah Ta’ala) akan membukakan mata hati mereka sehingga
mereka dapat keyakinan (Iman /Tauhid yang teguh) tanpa asbab atau khabar.
Maksudnya mereka tidak memerlukan lagi dalil2 atau khabar untuk membuktikan
wujud Allah kerana mereka dianugerahkan oleh Allah kekuatan “melihat
Allah” secara terang dari dalam hatinya. (penglihatan atau penyaksian ini pula
berbeza2 dan bertingkat2 menurut kadar pencapaian salikin seperti akan datang
huraian lanjut)
Dan maksud ayat ini …
“orang2 yang berbuat Ihsan”
adalah ditujukan kepada hamba Allah yang telah sampai kepada kesudahan atau
kemuncak maqam Ma’rifat, disebut sebagai Arif Billah, disebut
juga maqam IHSAN, maqam Taqwa yang sempurna, Maqam Siddiqin, Maqam Syuhud yang
sempurna, Maqam Tajalli dan Maqam Insanul Kamil. (akan datang penjelasan
ringkas berhubung dengan maqam ini).
Jika engkau bertanya, mana dalilnya orang2 yang dikatakan salikin yang
mendapat Cahaya hati ini? Dan engkau bertanya lagi : Mana pula dalilnya
mereka memperoleh IMAN /TAUHID dari pancaran cahaya
Ketuhanan?
Maka kita menjawab : Dalilnya cukup banyak di dalam Kitabullah, Hadith
Rasulullah yang dijelaskan oleh Ulama. Mari kita lihat sebahagian dari
dalil-dalil tersebut.
📗Dalil Pertama :
Firman Allah :
ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ
مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌۖ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍۖ
ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬
زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ
وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ۚ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬ۗ يَہۡدِى ٱللَّهُ
لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِۗ
وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (٣٥)
“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya adalah
seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar.
Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya)
seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak
berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu)
dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir
menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah
memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui
segala sesuatu.”
[An-Noor (24) : ayat 35]
Firman Allah ini merupakan ayat “mutashabihat” (ayat kesamaran yang penuh
hikmah) yang mengandungi rahsia HATI, rahsia CAHAYA KETUHANAN dan
rahsia IMAN yang tidak terhitung banyaknya.
Jika hendak dituliskan hikmahnya ayat tersebut mungkin akan kering segala
lautan tinta dan musnah segala pena, namun tidak habis tertulis rahsianya.
Satu ayat ini sahaja cukup untuk menjelaskan tentang sekalian rahsia IMAN
/TAUHID yang murni, iaitu IMAN sejati yang terbit semata2 dari
pandangan mata hati, hati yang telah dipancari cahaya Ketuhanan, seperti
penjelasan pada awal perbincangan ini.
📗Dalil ke-2 :
Firman Allah :
سُوۡرَةُ الاٴنعَام
أَوَمَن كَانَ مَيۡتً۬ا فَأَحۡيَيۡنَـٰهُ
وَجَعَلۡنَا لَهُ ۥ نُورً۬ا يَمۡشِى بِهِۦ فِى ٱلنَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ ۥ فِى
ٱلظُّلُمَـٰتِ لَيۡسَ بِخَارِجٍ۬ مِّنۡہَاۚ َ
“Dan apakah orang yang sudah mati (hatinya) kemudian Kami hidupkan dia dan Kami
berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan
ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada
dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya.
[Al-An’am (6) : ayat 122]
📗Dalil ke-3:
Firman Allah :
وَمَن لَّمۡ يَجۡعَلِ ٱللَّهُ لَهُ ۥ نُورً۬ا
فَمَا لَهُ ۥ مِن نُّورٍ
“Barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun”
[An Nuur (24) : ayat 40]
📗Dalil ke-4:
Firman Allah :
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ
فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ۬ مِّن رَّبِّهِۦۚ
“Apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya (untuk) berserah diri lalu ia
mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang tertutup mata hatinya?)
[Az Zumar (39) : ayat 22]
📗Dalil ke-5:
Sabda Rasulullah ﷺ :
اتقوا فراسة المؤمن ، فإنه ينظر بنور الله
“Takutlah akan firasat mukmin, sesungguhnya dia melihat dengan Nur Allah
“
[Imam Tirmizi]
📗Dalil ke-6:
Rasulullah ﷺ
bersabda :
"Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad (hati yang murni tak
bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar. Kedua, qalbun aghlaf
(hati yang tertutup) yang terikat tutupnya. Ketiga, qalbun mankuus (hati yang
terbalik). Keempat, qalbun musfah (hati yang terlapis). Adapun qalbun ajrad
adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf
adalah hati orang kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafik, yang
mengetahui kemudian mengingkari. Qalbun musfah adalah hati yang di dalamnya
bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman yang
disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang
disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka
itulah yang akan menguasai hatinya.”
[Imam Ahmad]
Kesemua ayat Qur’an dan Hadith tersebut mendokong kebenaran akan wujudnya
cahaya hati, wujud- nya pandangan mata hati hasil dari pancaran
cahaya Ketuhanan ke dalam hati seorang Mukmin. Sekaligus ini membuktikan
wujudnya Tingkatan Iman ini, tingkatan Iman salikin yang memperoleh Ma’rifat.
Seseorang beriman pada peringkat ini "melihat Allah" dari dalam
hatinya. Ini bermakna dia tidak lagi menggunakan daya fikir sebagaimana
tiga tingkatan sebelum ini. (tingkatan orang awam). Sebaliknya mereka
semata2 "melihat Allah" dari pandangan mata hati yang telah
disucikan. Dan pandangan tersebut adalah jitu, bersih dan penuh keyakinan
tanpa sedikitpun keraguan di dalam penyaksiannya.
Ma’rifat adalah penghayatan hati dan ruh, ertinya hati salik melihat wujud
Allah dari dalam hatinya, mengenal Allah dengan sebenar kenal,
yaqin wujud Allah tanpa keraguan sedikit pun, beriman kepada Allah
dengan mengalaminya sendiri serta merasai kehadiran-Nya.
Perasaan, pemandangan, penyaksian, penglihatan ini tidak dapat dikaifiyyatkan
(dihuraikan secara harfiah)
Bagaimanakah seseorang salik memperoleh Ma'rifat?
Jawabnya: Ma’rifat ini diperoleh oleh seseorang salik setelah
MUJAHADAH sungguh2 pada JALAN MA’RIFAT ILAHIYYAH di bawah asuhan seorang guru
bertaraf Mursyid @ Murabbi yang siddiq (benar).
Hendaklah difahami sungguh2, Ma’rifat adalah semata2 anugerah Allah kepada
hamba2-Nya yang ikhlas serta mujahadah sungguh2 pada Jalan-Nya.
Ma’rifat tidak terhasil dari kuliah2, atau dengan mentelaah buku2
atau dengan menghafal ribuan kitab, atau dengan diskusi2.
Jika bacaan tersebut berhubung dengan Kitab2 Tasawwuf, maka semua
itu hanyalah permulaan mengenal cara2 atau mengenal adab2 pada
perjalanan kepada Jalan Ma’rifat. Bukan buah / hasilnya.
Kebenarannya adalah : Yang dikatakan Ma’rifat itu pada hakikatnya
adalah Tauhid @ Iman @ Yaqin peringkat tinggi bagi orang2 yang memperoleh
keredhaan Allah.
bersambung siri ke-4... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 4 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
......sambungan Iman Salikin (yang memperoleh Ma'rifat)....
KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN
TINGKATAN IMAN ORANG YANG BERMA’RIFAT
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jika hendak dihuraikan satu persatu kelebihan hamba2 Allah yang dikurniakan
Ma'rifat oleh Allah Ta'ala, sudah tentu memakan ruang waktu yang panjang.
Memadailah kita katakan bahawa beriman kepada Allah melalui Ma’rifat inilah
sebenar-benar IMAN/TAUHID. Inilah Iman /Tauhid yang tiada bercampur
di dalamnya sebarang kesyirikan atau mazmumah (sifat-sifat kekejian). Hati
mereka telah suci murni dari sekalian syirik, mazmumah, dosa2 dan
sekalian sifat rendah kemanusiaan.
Sedangkan mereka yang belum memperoleh Ma’rifat sentiasa bergelumang di
antara Iman dengan syirik (syirik khafi), mazmumah dan
dosa2. Mereka tak dapat melepaskan diri daripada semua kekejian tersebut
lantaran kekotoran ma’nawiyah yang bersarang di dalam hati. Walaupun
seseorang itu sangat alim dan mengetahui banyak perkara melalui pembacaan,
namun ini TIDAK akan membuatnya mengenal Allah, menyaksikan-Nya, beriman kepada
Nya secara Ma’rifat.
Ini kerana pembacaan, hafalan, diskusi, perdebatan dan seumpamanya adalah
terhenti pada aqal dan terhenti pada luaran hati. Sedangkan Iman yang
sejati itu BUKAN buah fikir sebaliknya cahaya Ketuhanan yang mencengkam kukuh
dalam hati.
Berapa banyak orang alim dan cerdik pandai agama, namun jiwa mereka kekosongan,
hati dikuasai nafsu dunia, pangkat, hati lalai dalam solat, hati dipenuhi
syirik2 khafi ujub, riya, takabbur dan tiada keikhlasan dalam
ibadah. Semua ini kenyataan yang benar2 terjadi pada orang2 sebelum
kita dan masih berlaku pada zaman ini dan tetap akan berlaku sampai Qiamat.
Contoh yang paling besar dalam sejarah Islam, yang menjadi teladan kepada
seluruh ummat kemudian adalah kisah Imam Ghazali - contoh unggul kepada segenap
lapisan ummat sepanjang zaman terutama kepada golongan ilmuan Islam dan cerdik
pandai kelulusan pusat pengajian tinggi... !
[Insya Allah pada penghujung
perbincangan, kita akan bentangkan sebahagian kisah beliau sebagai perbandingan
dan i'tibar.]
Ringkasnya kelebihan2 Iman seseorang yang berma’rifat adalah :
(1) Memperoleh TAUHID sebenar sebagaimana dituntut oleh
Allah Ta’ala.
(2) Hatinya suci dari syirik khafi, mazmumah dan dosa2.
(3) Hatinya mencapai IKHLAS yang murni pada setiap ibadahnya.
(4) Memperoleh khuysu' dalam solat.
(5) Memperoleh ketenteraman dan ketenangan hidup yang
tak dapat diperoleh melalui cara lain.
(6) Memperoleh kasih dan keredhaan Allah.
MANHAJ (SUKATAN) TARBIYYAH JALAN MA’RIFAT
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Kunci Utama yang membezakan Jalan Marifat Ilahiyyah dengan jalan2 lainnya
adalah terletak pada ZIKRULLAH dan tapaknya HATI.
●Mengapakah Zikrullah?
●Mengapakah Hati?
●Apakah Rahsia Zikrullah?
●Apakah rahsia Hati?
●Mengapakah Zikrullah menjadi tunjang pembinaan IMAN / TAUHID/
MA’RIFAT?
●Bagaimanakah Zikrullah menghancurkan nafsu2 kejahatan dan syirik khafi?
●Bagaimanakah Zikrullah berperanan mendatangkan cahaya Iman / Tauhid/Ma’rifat?
●Bagaimanakah Zikrullah mendatangkan khusyu' dan tawadhu dalam Ibadah?
●Bagaimanakah Zikrullah menjadi asbab seseorang hamba sampai ke puncak kemuliaan
dan keredhaan Allah?
Semua ini kita sudah huraikan pada Tajuk KEWAJIPAN AMALKAN ZIKRULLAH, sila
rujuk.
Silibus pendidikan Jalan Ma’rifat ini sekaliannya bersumberkan Al-Qur’an dan
Sunnah Rasul. Tiada satu pun daripadanya bersifat nafsu atau kehendak Ulama.
Ulama Ahlus Sunnah, yakni Shaikh Sufi hanya berijtihad mengeluarkan
berbagai hukum dan peraturan dari Kitabullah dan Sunnah Rasul yang diperlukan
oleh salikin.
Antaranya amalan yang menjadi manhaj Jalan Ma'rifat ini adalah :
(1) Berterusan Taubat
(2) Zikrullah fardiyyah (zikir sendirian)
(3) Zikrullah berjamaah dipanggil Tawajjuh
(4) Latihan Mujahadah Melawan Nafs (umum)
(5) Lazimkan Tilawah Al-Qur’an
(6) Banyakkan Solawat atas Nabi
(7) Perbanyakkan khidmat kepada Guru, jamaah Guru dan ummat
Islam seluruhnya.
(8) Perbanyakkan sedekah fi sabilllah
(9) Berda’wah mengikut kemampuan
(10) Suluk @ khilwah @ uzlah
Inilah amal2 utama yang semuanya digali dari Kitabullah dan Sunnah Rasul.
Kemuncak latihan bagi salikin adalah Suluk @ Khilwah @ Uzlah, iaitu
mengasingkan diri dari masyarakat dan tinggalkan urusan dunia untuk
beberapa waktu untuk memusatkan seluruh ingatan jiwaraga kepada Allah
Ta’ala. Amalan ini adalah mencontohi perbuatan Rasul berkhilwah @
beruzlah ke Gua Hira’ sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul.
Dengan demikian fahamilah yang sebenarnya jalan Ma’rifat adalah sebenar2
jalan yang diredhai Allah yang benar2 berdiri di atas Al-Qur’an dan
Sunnah. Sebagaimana kata Imam Ghazali :
"Aku yaqin dengan benar bahwa para Sufi adalah para pencari jalan Allah,
dan bahwa mereka melakukan yang terbaik, dan jalan mereka adalah jalan terbaik,
dan akhlak mereka paling suci. Mereka membersihkan hati mereka dari selain
Allah dan mereka menjadikan mereka sebagai jalan bagi sungai untuk mengalirnya
kehadiran Ilahi"
[Munqidh Ala-ad-dhalal].
MAQAM-MAQAM IMAN / TAUHID SALIKIN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Salikin yang mencapai Ma’rifat (Iman / Tauhid) bukanlah satu maqam
sekaliannya, tetapi pencapaian mereka bertingkat2 daripada yang terendah,
kemudian meningkat sedikit demi sedikit bergantung kepada kesugguhannya
serta Rahmat Allah bersertanya.
Maqam-maqam Tauhid @ Iman @ Ma’rifat yang diperoleh oleh ahli salikin seperti
yang dihuraikan di atas adalah empat Maqam, iaitu :
(1) Tauhid Af'al
(2) Tauhid Asma
(3) Tauhid Sifat
(4) Tauhid Zat
Perlu difahami, sebagaimana penegesan kita sebelum ini bahawa, pencapaian
tingkatan ini TIDAK sama dengan pencapaian yang dibahas pada sifat 20 di dalam
kitab usuluddin. Ini kerana perbincangan pada kitab2 tersebut adalah
kefahaman awal kepada Tauhid, iaitu faham secara aqal.
Penjelasan Ringkas Maqam Tauhid Af’al, Asma’, Sifat dan Tauhid Zat
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salikin akan dipimpin oleh seorang Mursyid (yang benar)
melalui beberapa latihan-latihan keruhanian khusus, bermula dari
pembersihan diri dari dosa2 sehinggalah kepada pencapaian Tauhid yang murni.
KUNCI UTAMA didikan Ahli Ma’rifat adalah ZIKRULLAH (yang dilakukan menurut
kaifiyyat dan syarat2 tertentu). Salikin mengerjakan Zikrullah dan
mujahadah melawan nafsu terus-menerus sehingga hilang lenyap segala
"keakuan diri", musnah segala sifat kekejian, binasa
syirik2 khafi!
Ketika itu.... iaitu ketika hati telah suci bersih dari segala "
penyakit ma'nawiyyah".... suci
dari syirik2 khafi, mazmumah dan dosa2, maka bersinarlah HATI itu dengan
cahaya Iman yang gemilang.
Ketika ini dikatakan salik ini sudah mempunyai ainul basirah iaitu pandangan “matahati”.
Gemilang hati ini diteguhkan lagi dengan datangnya warid iaitu cahaya Ketuhanan yang memancar ke dalam hatinya
sehingga cahaya tersebut melimpah memenuhi ke seluruh lapisan langit dan
bumi.
Maka melihatlah hamba ini akan Tuhannya melalui
pancaran cahaya tersebut tanpa asbab dan tanpa perantara apa pun.
Secara umumnya pandangan seperti ini bermaksud, semata2
"memandang Allah" dari dalam HATI.
Pandangan seperti ini BUKAN fikir aqal. BUKAN khayalan. BUKAN
percaya sebab dalil.. Semua itu telah fana' (binasa) Yang ada ketika itu hanyalah cahaya
Rabbaniyyah yang terbuka kepada Ketuhanan. Ia semata2 pemandangan dan
penghayatan HATI dan RUH.
Permulaan " melihat Allah" dari dalam hati adalah melihat A'fal Allah
(Perbuatan Allah), … Iaitu melihat segala gerak dan diam
pada makhluk pada hakikatnya perbuatan Allah. Sekali lagi
sebagai suatu penegasan : Penyaksian ini adalah dengan penghayatan
hati dan ruh.. BUKAN fikir aqal.
Orang yang dianugerahkan oleh Allah memperoleh Maqam Tauhid Af’al ini adalah Maqam permulaaan TAUHID yang
murni (yang tiada syirik atau mazmumah lagi). Dan ini juga
permulaan Ikhlas yang
murni, tiada memandang lagi pada diri sendiri, melainkan dipandangnya dari matahati
semua Ni’mat itu ; sama ada yang berupa harta atau keluasan melakukan IBADAH
adalah semuanya dari anugerah Allah semata2 ; tiada daya upaya
sedikitpun.
Hati orang ini sudah mencapai ‘ketenangan peringkat pertama” pada
Ma'rifat iaitu ketetapan HATI pada IMAN dan ketenangan aqal, emosi dan nafsunya. Ini suatu kedamaian yang tidak dapat diumpamakan dengan
sesuatu, ianya semata2 pemerasaan darah daging serta penghayatan
ruh. Maka di situlah akan terlihat benarnya Firman Allah :
أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
“Ketahuilah hanya dengan zikrullah hati menjadi tetap tenang tenteram”
[Ar-Ra’d (13) ; ayat 28]
Hamba Allah yang dianugerahi maqam Tauhid suci ini telah memperoleh pandangan
suci.
Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dilihatnya Anugerah dan
Ni'mat Allah.
Ketika dia berzakat, bersedekah, berjihad ... tiada dilihat nya keupayaan diri
tetapi dipandangnya semua itu anugerah Allah padanya.
Sekalian ibadahnya tenang dan ikhlas.
Tiada lagi syirik khafi, mazumah, kekejian!
Semua sifat2 kerendahan dan kehinaan sudah musnah, diganti dengan sifat2
Kemuliaan.
Hanya yang tinggal sebuah hati, aqal dan ruh yang disirami cahaya Ketuhanan
yang Maha Suci.
Perhatikan lah : Inilah permulaan TAUHID yang murni, permulaan IMAN sejati,
permulaan IKHLAS suci...!
Jika seseorang hamba Allah mujahadah terus dengan sungguh2 dan penuh
keikhlasan, maka di sana akan terbuka lagi pintu2 Rahsia Tauhid yang
lebih tinggi.
Dengan Limpah Kurnia Allah, si salik akan melihat Asma' Allah , Sifat
Allah dan akhir sekali Zat
Allah yan Laisa Kamithlihi
Syai'un (tiada umpama sesuatu sepertinya)
Pada setiap “pemandangan hati” itu adalah terbitnya Tauhid2 yang lebih
tinghi iaitu Tauhid Asma',
Tauhid Sifat dan Tauhid Zat.
Semua ini semata2 penyaksian mata hati dan ruh.
bersambung siri ke-5... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 5 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
... sambungan
✳Tingkatan
Iman Kelima: Martabat iman Arifin @ Ahli Ma'rifat. (Iman Rasul, Nabi dan Auliya Allah)
Kita telah bicarakan hal salikin yang memperoleh Ni’mat Ma’rifat Kurniaan
Allah Ta’ala, mulai daripada peringkat Tauhid Af’al sehingga
mencapai Tauhid Zat.
Kemuncak pencapaian salikin adalah ketika dia melepasi hijab terakhir (tabir
cahaya Ketuhanan yang penghabisan), masuk kepada Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan yang Maha Suci). Ini adalah
perhentian terakhir perjalanan keruhanian. (ertinya
perhentian nisbah perjalanan, BUKAN nisbah Ilmu Ma’rifah kerana perolehan ilmu
Allah tiada penghabisan, ianya berterusan berkembang sehingga nafas terakhir).
Salikin yang sampai ke Maqam terakhir dan tertinggi ini dipanggil :
“Al-Arifin” atau di sebut juga “Arif Billah” atau “ Ahli
Ma’rifat” (pakar dalam selok belok Ilmu Ma’rifat) iaitu orang yang
sebenar2 kenal Allah dan bertauhid kepada-Nya dengan sebenar Tauhid tanpa
keraguan sedikitpun.
Ini adalah tingkatan Iman yang tertinggi. kemuncak Tauhid, kemuncak Maqam
Ma’rifat Ketuhanan, kemuncak MengEsakan Allah Ta'ala dengan penyaksian kepada
Tuhan Rabbul Jalil di Arasy-Nya Yang Maha Agung. Penyaksian ini
kepada Hadratul Quddus (Hadrat
Tuhan Yang Maha Suci) tanpa hijab apa pun. Sekalian tabir
cahaya yang menghijabkannya telah terangkat, maka ruh hamba menyaksikan Zat
Allah tanpa kaifiyyat (cara)
dan tanpa asbab (sebab2) dan
tanpa burhan (keterangan dalil)
apa pun, hanyasanya ia suatu penyaksian mutlak akan Zat Allah
Yang لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْ. (Tiada umpama sesuatu seperti-Nya)
Ertinya pertemuan itu suatu sangat Quddus
(tersangat suci), penuh Sirr (rahsia
yang sangat rahsia), tersangat indah yang di luar dari bahasa kemanusiaan.
Tiada lukisan dapat menggambarkannya , tiada lafaz dapat mengungkapnya, tiada
aqal dapat memikirkannya… ia semata2 suatu “perhimpunan”
antara Mahbub (yang dicintai) dan Muhibb (yang mencintai).
Keindahan, kegembiraan dan kelazatan pertemuan ini melebihi segala kelazatan
yang dicipta oleh Allah Ta’ala di atas muka bumi.
Semua orang Islam mendambakan syurga, tetapi apakah Ni’mat Allah yang terbesar
di dalam Syurga? Ni’mat Allah yang paling agung di dalam syurga bukan
istana yang mewah, bukan bidadari, bukan khamar, bukan makanan yang enak2 dan
lazat2. Ni’mat terbesar bagi ahli Syurga adalah melihat Wajah Allah Yang
Maha Penyayang.
Para Auliya Allah berikan khabar bahawa, jika seseorang menghadap Wajah Allah,
dia tidak dapat palingkan wajah dia dari memandang Wajah-Nya disebabkan
tersangat asyik dan lazatnya memandang Wajah-Nya.
Demikianlah pemerasaan dan pandangan matahati dan ruh orang yang sampai ke Hadratul Quddus, martabat tertinggi
Ma’rifat sehingga dia dapat menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci.
Ertinya hamba2 pilihan ini diberi anugerah melihat Wajah-Nya yang Maha Mulia
ketika mereka di dunia ini lagi. Iaitu mereka telah memperoleh setinggi2
Ni’mat Syurga.
Menurut Ulama Arif Billah, Ini adalah syurga yang disegerakan bagi kekasih2
Allah, iaitu Syurga yang dikurniakan
oleh Allah ketika mereka masih hidup di dunia lagi, syurga yang tiada di dalamnya istana atau bidadari, tiada di dalamnya susu atau sungai madu. Tetapi ia semata-mata Wajah Allah Yang Maha
Suci.
Berkata Imam Jilani رضي الله عنه
"Hal ini hanya dapat dirasai oleh siapa
yang sudah dianugerahi kefahaman oleh Allah hasil kesucian ruhaniyyahnya
sempurna di dalam batinnya. Bagi orang yang terhijab (terhalang dari
melihat) daripada rahsia2 Ketuhanan ini, dia akan tinggal jahil selama tidak
terarah kepada mensucikan kebatinannya."
Kata Imam Jilani lagi,
“Apabila matlamat tersebut dicapai dengan perasaan berdampingan dengan Allah, maka minda keduniaannya akan
tunduk kepada perasaan yang timbul dari pencapaian matlamat tersebut.
Maka hatinya akan merasa ta’jub (kehairanan), lidahnya kelu. Dia tiada upaya
menceritakan keadaan ini kepada orang lain kerana Allah tidak serupa dengan
segala sesuatu dan tiada dapat diibaratkan atau diumpamakan dengan sesuatu
apa pun. Dia (Tuhan Rabbul Jalil) tidak ada sama-Nya; sesuai dengan
apa yang difirmankan oleh-Nya di dalam Al-Qur’an
: لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَي*ْ.
“Tiada umpama sesuatu seperti-Nya”
[Sirrul Asrar Fi-Ma-Yahtaju Iyahil Abrar]
DALIL-DALIL MELIHAT ALLAH DENGAN
MATAHATI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Seluruh Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa insan yang suci hatinya harus
“melihat Allah” dan menyaksikan-Nya di Hadratul Quddus dari
pandangan cahaya matahati. Dali2nya amat banyak dari Al-Qur’an dan Hadith.
Dalil
Pertama :
~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah :
سُوۡرَةُ
القِیَامَة
وُجُوهٌ۬
يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢)
إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣)
“Wajah-wajah mereka pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka
melihat”.
[Al-Qiyamah (75) : ayat 22-23]
Dalil
kE-2
~~~~~~~~~~
Firman Allah :
فَمَنْ
كَانَ يَرْجُوا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَلاَ يُشْرِكُ
بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
“Barangsiapa yang mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah
mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mepersekutukan seorangpun dalam
beribadah kepada Tuhannya.
[Al-Kahfi (18) : Ayat 110]
DALIL KE-3
~~~~~~~~~~
Hadith Qudsi :
Firman Allah di dalam Hadith Qudsi:
“Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, dan jika kamu tidak melihat-Nya,
sesungguhnya Dia melihat kamu”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
DALIL KE-4
~~~~~~~~~~
Kata Ibnu Abbas:
“Baginda Rasulullah melihat Allah dengan hatinya”
[Imam Muslim]
DALIL KE-5
~~~~~~~~~~
Dari Abu Hurairah رضي الله عه ,Rasulullah ﷺbersabda, ”Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman,
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, sungguh Aku isytiharkan perang
terhadap dia. Tidaklah hamba-Ku mendekat kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih
Aku cintai daripada hal-hal yang Aku wajibkan kepadanya. Hamba-Ku tidak
henti-hentinya mendekat kepada-Ku dengan ibadah-ibadah nawafil (ibadah yang
sunnat2) hingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku menjadi
pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi penglihatannya yang
dengannya dia melihat, menjadi tangannya yang dengannya dia memegang, dan
menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, Aku
pasti memberinya. Dan jika ia meminta perlindungan kepadaku, Aku pasti
melindunginya."
[Imam Bukhâri, Imam Abu Nu’aim, Imam Baihaqi ]
Hadith Qudsi ini mempunyai petunjuk, gambaran sifat2, bahkan gambaran
keseluruhan yang cukup sempurna darihal orang yang sampai ke Martabat Ahli
Ma’rifat @ Martabat Maqam Ihsan @ Martabat Insanul Kamil (insan sempurna)
@ Martabat Melihat Allah @ Martabat beriman kepada Allah dengan
"syuhud" pangandangan ruh yang kita sedang membincangkan ini.
Sebuah gambaran betapa hampir dan eratnya hubungan seorang Arif Billah
dengan Allah Ta’ala sehingga apa sahaja permintaannya dikabulkan. Bahkan
Allah Ta’ala membangsakan “kekasih-Nya” itu sebagai pengelihatan-Nya dan
pendengaran-Nya, Ini membayangkan sebuah pengisytiharan agung :
✅(1) Auliya Allah adalah Kekasih2 Allah yang sentiasa berserta
Allah, tiada sekelip mata pun terpisah dengan-Nya.
✅(2) Mereka mengabdikan diri sepanjang waktu kepada Allah
Ta’ala, sama ada ketika sedang melakukan suatu Ibadah khusus atau pun waktu2
lain.
✅(3) Ibadah mereka sebenar2 Ibadah yang mencapai kemuncak Ikhlas.
✅(4) Mereka sentiasa mendahulukan Allah dari segala makhluk
yang maujud.
✅(5) Mereka sentiasa menurut perintah Allah dan menjauhi
larangan-Nya.
✅(6) Mereka mengambil sesuatu halal sahaja dan meninggalkan makruh
dan syubhah.
✅(7) Lidah, nafas, hati dan ruh sentiasa basah dan karam
dengan Zikrullah
✅(8) Sekalian kata2 mereka adalah benar
✅(9) Sekalian perbuatan mereka adalah mengandungi Rahmat dan
Keampunan Allah
✅(10) Mereka inilah sebenar2 Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq.
seolah-olah Allah Ta’ala berkata kepada seluruh manusia, “Perhatikanlah
kekasih-Ku ini, dia adalah orang kesayangan –Ku, Aku jadikan dia Pahlawan dan
Pemimpin bagi orang2 beriman dan Pemimpin bagi Arifin, maka jadikanlah dia
sebagai pemimpinmu”.
Menurut kata Ulama Arif lagi,
Mereka inilah yang menjadi kekasih2 Allah di atas muka bumi dan tidak akan
pupus keberadaan mereka sehingga Qiamat. Erti nya apabila seorang Wali Allah
wafat, maka akan digantikan oleh Allah dengan Wali Allah yang lain.
Salah satu ketegasan paling penting dari Hadith Qudsi ini adalah :
Sesiapa yang memusuhi Wali Allah, maka mereka menjadi musuh Allah. Jika yang
menentang itu orang Islam maka gugur Iman dia, padam cahaya hati dia dan
menerima kutukan seluruh makhluk Allah atas muka bumi. Wal Iyazubillah.
Inilah sebabnya orang2 Islam perlu waspada, kenali Auliya Allah dan beradab
dengan mereka. Jangan sesekali memusuhi mereka.! Makna memusuhi ialah
kamu menetangnya atau menghinanya, mengejeknya, mencaci nya atau lain2nya.
Bersambung siri ke-6... Insya Allah.
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan :
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 6 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
AHLI MA’RIFAT - PENYAMBUNG CAHAYA
NUBUWWAH (ULAMA WARISATUL ANBIYA’ SEBENAR)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ini satu cabang perbincangan yang PALING PENTING ketika membicarakan hal Ahli Ma’rifat @ Ulama Arif Billah @ Shaikh
Sufi @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq (yang benar)
● Dikatakan penting kerana Ahli Ma’rifat adalah penyambung dan pewaris sebenar
Risalah Rasulullah
● Dikatakan penting kerana mereka adalah pendidik Ummat kepada Ketuhanan.
● Dikatakan penting kerana mereka mewarisi hakikat “Nur Muhammad” yang
menyinari seluruh pelusok bumi hingga hari Qiamat.
✳Ahli
Ma’rifat dikatakan “Arif Billah"
kerana mengenal Allah dengan sebenar2 kenal melalui pandangan matahati dan ruh.
✳Ahli
Ma’rifat juga dikatakan “Ulama
Warisatul Anbiya” kerana merekalah penyambung Risalah Muhammad ﷺ.
✳Ahli
Ma’rifat dikenali sebagai “Ahli Sufi”,
kerana sucinya hati mereka dari semua kesyirikan, sifat2 mazmumah dan dari
dosa2.
✳Ahli
Ma’rifat dikatakan “Mursyid”
kerana mereka diberi oleh Allah sifat rashid iaitu menyucikan batin murid2nya.
✳Ahli
Ma’rifat juga dikenali sebagai “Ahli
Hikmah” kerana mereka memperoleh kebijaksanaan dari Allah dan
menyebarkannya di tengah2 manusia.
✳Ahli
Ma’rifat juga dipanggil “Murabbi”
kerana mereka adalah pendidik, pembimbing dan pengasuh murid2 pada jalan
Ma’rifat Ilahiyyah.
Demikianlah berbagai2 panggilan dan nama tetapi merujuk kepada orang Mu'min
yang sama.
Ramai yang tak mengerti bahagian ini. Ramai beranggapan Ahli Ma'rifat seperti
ahli silap mata membuat berbagai perkara ajaib yang mencengangkan
manusia. Masya Allah, betapa jauhnya dari fahaman sebenar.
Di satu sudut lain, ramai pula orang Islam tenggelam di dalam samudera
kegelapan. Orang2 alim kitab (alim yang hanya tahu hukum fiqh), sibuk dengan
kemegahan dan dunia yang hina. Hanya sebahagian kecil orang beriman terus
menjadi pendokong “BAHTERA NABI” yang Nabi wariskan. Hanya sedikit dari yang
sedikit ingin menaikinya. Kebanyakannya hanya melihatnya berlalu
kerana pada sangkaan mereka, ia cuma “bahtera” usang yang tiada nilai.
Alangkah ruginya mereka!
Alangkah ruginya orang yang telah melihat Nabi, tetapi tidak beriman kepada
Nabi. Alangkah ruginya manusia2 yang melihat wajah Nabi yang mulia, tetapi
terdinding dari melihat “cahaya Nubuwwah” pada Baginda.!
Dan kini, rugi juga mereka yang telah melihat “bahtera
Nubuwwah” tetapi tiada melihat hakikat
Nubuwwah di sebalik bahtera tersebut.
Firman Allah :
سُوۡرَةُ
فَاطِر
ثُمَّ
أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ
ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ
بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang
Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang
berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran
Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula
ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang
demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an,
dan maksud ayat Allah “yang Kami
pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama
Warisatul Anibya, Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah, Mursyid yang Kamil, Shaikh
Murabbi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki
(seperti perbincangan kita pada Siri ke-5.)
Berkata Imam Jilani,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi) adalah hamba
Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari
pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan
ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari
manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan
dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut
juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ
أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ
ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ
بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Maka fahamilah dengan penjelasan ini bahawa istilah “ Ma’rifat “, “Ahli
Ma’rifat”, “Arif Billah” dan seumpamanya BUKAN barang mainan,
BUKAN sekadar gelaran, BUKAN lantikan manusia, BUKAN ijazah university,
BUKAN anugerah Pemerintah2 Kerajaan dunia.
Sebaliknya orang2 yang mencapai “maqam” tersebut adalah hamba2 Mukmin
pilihan Allah yang memegang AMANAH BESAR sebagai Pewaris Nabi, sebagai
pembimbing dan pendidik Ummat, sebagai obor yang sentiasa menerangi alam dengan
cahaya Tauhid dan Keimanan.
Sebagaimana Rasulullah memimpin para Sahabat kepada keimanan dan Ma’rifat
sehingga mereka mejadi insan2 yang benar2 mengenal Allah, bertaqwa dan di
redhai Allah, maka demikianlah tugas Warisatul Anbiya adalah memimpin Ummat
kemudian dari kewafatan Rasulullah sehingga akhir zaman. Pada setiap
zaman akan tetap wujud Warisatul Anbiya’ yang benar ini bagi menyambung cahaya
Islam yang telah didirikan oleh Junjungan Besar Rasulullah .
Hakikatnya ia merupakan janji Allah sebagaimana Firman-Nya :
يُرِيدُونَ
لِيُطۡفِـُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٲهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ
ڪَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ
"Orang-orang kafir ingin memadamkan cahaya Allah dengan
ucapan-ucapan mereka, sedang Allah pasti menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun
orang-orang kafir membencinya.”
[As-Saff ( 61): ayat 8]
Ketahuilah cahaya Islam tidak pernah padam dan tidak pernah malap. Sejak
obor2 Islam dinaikkan oleh Junjungan Besar Rasulullah, cahaya Islam tetap
menjulang tinggi setinggi2nya hingga Arasy, tiada pernah suram walau sesaat
pun. Apa yang terlihat oleh manusia sejagat sebagai kemunduran, kelemahan,
kepincangan, kerosakan adalah diri orang2 Islam, diri penganut2nya, diri
pendokong2nya.. yang silih berganti antara yang lemah dan kuat. Apa yang
dikata orang sebagai “kejatuhan” dan “kebangkitan” Islam adalah cuma pada
permukaannya, BUKAN ”batin” nya, BUKAN “ruh” nya, BUKAN “hakikat” nya,
BUKAN “rahsia” nya.
Hakikatnya RUH Islam TIDAK pernah mundur apalagi jatuh…!
Islam TIDAK pernah suram atau padam, kerana wujudnya penyambung “cahaya
Nubuwwah” dari kalangan kekasih2 Allah yang kita baru bicarakan tadi, merekalah Ahli2 Ma’rifat yang mewarisi zahir dan batin Nabi. Mereka menanggung
hakikat “Nur Muhammad” di dada mereka, sehingga Islam tetap teguh
bercahaya di seluruh Alam sepanjang zaman…! Apabila wafat seseorang Ahli
Ma’rifat ini, maka akan digantikan oleh Allah dengan Mukmin yang lain.
Kata Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah:
“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hamba Allah yang menegakkan agama Allah
dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah
dari peredarannya. Tetapi, berapakah jumlah mereka dan di manakah mereka berada?
Semua itu hanya Allah yang mengetahui tentang mereka. Demi Allah,
jumlah mereka tidak banyak, tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia.
Dengan mereka, Allah menjaga agama-Nya dan syariat-Nya, sampai dapat diterima
oleh orang-orang seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan.
Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun
tubuh mereka berada di dunia, tetapi ruhaninya membumbung tinggi ke alam
malakut. Mereka adalah khalifah-khalifah Allah di muka bumi dan para
penda'wah kepada agama Allah yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada
mereka.”
[Nahjul Balaghah]
Di sini mungkin ada yang musykil, siapa yang pilih mereka, siapa lantik mereka
dan apa cara ummat Islam mengetahui kebenarannya?
BAGAIMANA PERLANTIKAN AHLI
MA’RIFAT BERLAKU / SIAPA MELANTIK MEREKA?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Bagaimanakah perlantikan Ahli Ma’rifat berlaku?
Siapakah yang melantik mereka?
Adakah ianya pilihan Guru yang memimpin?
Perkara ini memerlukan suatu penjelasan yang sangat panjang. Ini kerana
ianya berkait dengan sejarah warisan Rasul kepada sahabah, turunnya Ilmu
Warisan Nabi secara bai’at dan musyafahah,
tingkatan perjalanan keruhanian Ma’rifat, Maqam2 Ma’rifat, syarat2 Jamaah
Sufi dan banyak lagi
Secara ringkasnya kita katakan,…
Ahli Ma’rifat atau dikenali juga sebagai Ahli Sufi atau Shaikh Mursyid atau
Murabbi adalah lantikan Allah yang diilhamkan oleh Allah kepada Pewaris2 Nabi
turun-temurun sejak kewafatan Nabi.
Apabila seseorang hamba Allah telah sampai kepada Maqam Ma’rifat yang layakkan beliau menjadi Ahli Ma’rifat, maka
akan sampai berbagai ilham kepada Gurunya untuk mengisytiharkan
seseorang Anugerah Allah tersebut.
Inilah rahsia Ma’rifat, rahsia Ilmu Ahlus Sunnah yang turun-temurun, sambung-menyambung sejak kewafatan Nabi dari satu generasi kepada satu generasi
berikutnya, dari Sahabat Rasulullah berpindah kepada Tabiin kemudian kepada
Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam2 berikutnya dan berikutnya sehingga ke
zaman ini dan akan bersambung sampai Qiamat, tiada putus. Tiada siapa
boleh menggugatnya, dan tiada mana2 kuasa dunia mampu menghalangnya…!
Inilah juga satu2nya rahsia dan senjata tersembunyi yang tiada dapat dipintas
oleh mana2 kuasa manusia.
Iaitu "kunci" senjata rahsia Islam ini adalah pemiliknya Ahli
Ma'rifat. (Disebut juga Majlis Auliya Allah.)
Ahli Ma’rifat BUKAN lantikan manusia…!
BUKAN lantikan politik negara!
BUKAN juga pilihan Gurunya !
Tetapi ianya semata2 pilihan dan anugerah Allah!
Kemudian timbul persoalan lagi….
Bagaimanakah ummat boleh mengetahui kebenaran seseorang yang dikatakana Ahli
Ma’rifat?
Bagaimanakah ummat boleh bezakan di antara Ahli Ma’rifat yang sebenar dengan yang
palsu?
Bagaimanakah ummat mengetahui tanda2 kebenaran seseorang Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi
@ Mursyid @ Ulama Warisatul Anbiya ?
Semua persoalan di atas adalah persoalan yang sangat penting bagi memastikan
ummat ini tidak terpedaya dan tertipu dengan golongan2 palsu yang menyamar
sebagai Ahli Ma’rifat, Ahli Sufi, Mursyid, Murabbi dsb.
Untuk menjawabnya....Penjelasan yang terperinci berkenaan hal ini
telah kita paparkan pada tajuk "Syarat Shaikh Pewaris Nabi yang
sebenar" – sila rujuk)
Bersambung siri ke-7… Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan:
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 7 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bagaimana Terbentuknya Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Sepertimana kita telah menyebut pada beberapa kesempatan sebelum ini, Jalan
Ma’rifat Ilahiyyah (Mengenal Ketuhanan melalui hati dan ruh) adalah Sistem
Tarbiyyah (Pendidikan ) yang diambil dari sistem Pendidikan
Rasulullah terhadap para sahabat Baginda. (ertinya bukan
fikir aqal mereka, jauh sekali dari nafsu kepentingan dunia)
Para Ulama Arif telah mengambil dengan begitu cermat sekali setiap cetusan cahaya Al-Qur’an dan
suluhannnya dari setiap langkah Rasul
bagi menyusun suatu Madrasah Pendidikan Ma’rifat yang unggul mengatasi sekalian
pendidikan lain yang difikir dan dibuat oleh manusia.
Madrasah suci ini, yang dibina oleh Rasulullah, kemudiannya diwarisi oleh para
sahabah, kemudian diwarisi oleh para Tabiin, kemudian oleh Imam2, dan Shaikh2
kemudiannya mengambil bentuk dan sifatnya tersendiri yang dikenali
sebagai Toriqat Ahli Sufi atau Madrasah Ahli Sufi atau Madrasah Ahli
Ma’rifat.
Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak dinamakan Madrasah Rasulullah atau
Madrasah Al –Qur’an? Bukankah nama itu lebih tepat.?
Jawapannya:
Selepas kewafatan Rasulullah , khususnya selepas kewafatan
Sayyididina Ali Karramallahu Wajhah, Ummat Islam telah berpecah belah.
Masing2 mengeluarkan pendapat sendiri dan membentuk kelompok
sendiri. Masing2 mendakwa kelompok mereka yang benar sedangkan
kebanyakan kelompok tersebut adalah kelompok serpihan yang memisahkan
diri dari Jamaah Muslimin umumnya (iaitu terkeluar dari “Al-Jamaah”) .
Perlu diingat kembali wasiat Rasulullah , bahawa Ummat ini akan berpecah
kepada berbagai golongan yang kesemuanya sesat kecuali satu iaitu yang tetap
pada “Jamaah”.
Maka demikian halnya, para Ulama Arif yang menjadi penyambung Risalah
Rasulullah , mengambil bentuk dan pola tersendiri yang
kemudiannya dikenali sebagai Toriqat Ahli Sufi @ Madrasah Ahli Sufi @
Madrasah Ahli Ma’rifat, guna membezakan antara berbagai kelompok
yang tersesat dari kebenaran dan menjadi pelopor Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Sistem Pendidikan mereka menjadi suatu Madrasah khusus yang kemudiannya
melahirkan ribuan Ulama2 Ahlus Sunnah yang benar2 mempertahankan kesucian
Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Bahkan
adalah suatu fakta yang tiada siapa pun dapat menafikannya, bahwa setiap
Ulama Mujtahid Ahlus Sunnah dan Mujaddid (Pembaharu kegemilangan Islam) adalah
lahir dari Madrasah ini, seperti akan datang huraiannya. Insya Allah.
Wallahu A'lam
Bersambung siri ke- 8...Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan:
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 8 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madrasah
Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat – benteng Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Madrasah Ahli Ma’rifat @ Madrasah Ahli Sufi telah merentasi zaman
sekian lama sejak kewafatan Rasulullah ﷺ tiada pernah berhenti dan tiada pernah terputus.
Pada setiap masa dan setiap Wilayah, pasti wujud di sana ada seorang Arif
BIllah @ Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Mursyid, Insan Rabbani
memimpin manusia kepada Ketuhanan. (rujuk huraian pada 7.3)
Ini satu-satunya Madrasah Pendidikan Keruhanian yang suci yang terulung,
tertinggi dan tertua di dunia, yang tidak pernah malap, tiada pernah tenggelam,
jauh sekali daripada pupus atas muka bumi.
Ini juga satu-satunya Institusi Pendidikan yang tidak pernah berdaftar
kepada Penguasa2 dunia atau kerajaan dunia, tetapi wujud di seluruh pelusuk
dunia dengan satu panggilan yang serupa – Madrasah Ahli Sufi @ Ahli
Ma’rifat. Walaupun Pemimpin2 Madrasah ini (yang sedang
memimpin “kaum” di wilayah mereka masing2 di seluruh pelusok dunia
ini) tidak pernah bertemu dan tiada kenal satu sama lain secara
fizikal, tetapi mereka disatukan di bawah satu panji2 yang melangkaui sempadan
bumi dan lautan. Boleh jadi jasad mereka berjauhan antara satu dengan
lain, tetapi ruh mereka bersatu di dalam satu “ saf yang kukuh” di hadapan
Rabbul Jalil…!
Adakah di antara kalian musykil, bagaimanakah ini mungkin terjadi?
Untuk mendapat jawapannya sila baca semula dari awal siapa yang dikatakan Ahli
Ma’rifat @ Ahli Sufi, Maqam mereka
dan kedudukan mereka disisi Allah Ta’ala. Maka di sana akan nyata pada
pandangan matahati kamu bahawa sememangnya Madrasah Ahli Sufi ini memiliki
kekuatannya tersendiri kerana ia berdiri di atas cahaya Silsilah Rasulullah yang dipelihara oleh Allah Ta’ala.
Para pendokongnya (Peringkat Kepimpinan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli
Sufi) adalah mereka2 yang berhati suci murni, yang tinggi maqamnya, sempurna
IKHLAS nya, Tinggi TAUHID dan TAQWA nya.
Tidak ada unsur2 syirik, kufur, nifaq mampu memasuki Sistem Pemerintahannya. Tidak ada unsur2 kesesatan mampu memasukinya, sama ada Golongan
Mu’tazilah, Mujassimah, Khawarij, Syi’ah(rafidhi), Wahabiyah atau lain2nya
tidak akan dapat memasukinya.
Demikian juga Golongan keruhanian yang tersesat seperti Ahli Kebatinan sesat
atau Ilmu Hakikat Songsang tidak akan dapat memasukinya. Apa lagi golongan
tukang sihir dan bomoh yang bersubahat dengan jinn syaitan takkan mampu
menghampirinya pun.
Dengan demikian perhatikanlah dari dalam hati yang jernih...…!
Ini adalah “rahsia” dan “senjata tersembunyi” yang menjadi benteng
kekuatan Ahlus Sunnah.
Inilah salah satu rahsia yang membolehkan Islam tetap beridiri kukuh sepanjang
zaman.
Ummat Islam seluruh dunia akan terpelihara IMAN dan ISLAM mereka, jika mereka
berada di dalam benteng kukuh ini, kerana benteng ini pada hakikatnya adalah
benteng Cahaya Ketuhanan, di dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah
Ta’ala.
Rahsia ini tidak dapat dikesan oleh musuh2 Islam; sama ada mereka itu
Yahudi, Nasrani maupun Wahabi-Najdi, Syiah (rafidhi), sekular atau
lain2nya.
Segala senjata hebat dan radar sulit yang tercanggih sekalipun tidak akan dapat
mengesan kekuatan tersembunyi ini.
Barangkali dengan penjelasan ringkas ini, kalian pembaca budiman mendapat
sedikit gambaran akan kekuatan tersembunyi yang tersimpan pada diri Ahli
Ma'rifat @ Ahli Sufi @ Warisatul Anbiya' yang siddiq yang menjadikan Institusi
@ Madrasah Rasulullah yang diwarisi turun-temurun ini akan tetap terpelihara
sehingga Qiamat.
Demikian juga Ahlus Sunnah Wal Jamaah akan tetap unggul mengalahkan sekalian
firqah2 sesat dengan barakah pimpinan Insan2 suci ini... !
Insya Allah.
Wallahu A'lam
Bersambung siri ke-9... Insya Allah
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 9 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alim Fiqh, Hafiz-Hafizah, PhD, Mufti, Qadhi dan seluruh Ummat WAJIB
menyertai Madrasah Ahli Ma'rifat @ Ahli Sufi
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Salah satu kesilapan orang2 Islam awam memahami Madrasah ini adalah anggapan
bahawa ianya untuk golongan tertentu. Dan lagi anggapan yang keliru
adalah, Madrasah Sufi ini dianggap pentingkan zikr sahaja dan
tinggalkan terus urusan dunia.
Kedua anggapan ini tiada kena mengena dengan Madrasah Ahli Sufi yang diwarisi
dari Rasulullah ﷺ.
Yang benar adalah sebagaimana yang telah kami bentangkan di atas, bahawa
Tarbiyyah Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat meliputi zahir dan batin, jasmani dan
rihani, ruh dan jasad, Fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Haqiqat tanpa memisahkan
kedua2 unsur diri insan. Matlamatnya melahirkan insan2 yang bertaqwa, yang
memperoleh keredhaan Allah.
Demikian juga Madrasah ini adalah untuk seluruh ummat Islam yang cintakan Allah
dan Rasulullah
ﷺ. BUKAN kepada golongan
tertentu.
Lebih2 lagi ianya amat diperlukan oleh cerdik pandai agama - orang2 alim
fiqh (ulama yang mahir fiqh sahaja), hafiz dan hafizah Qur'an, PhD, Prof,
Masters Universiti dll sepertinya yang hanya menitikberatkan soal zahir, kerana
mereka lebih terdedah kepada bahaya syirik
khafi - riya', ujub, takabbur dll.
Ini satu lagi fakta Sejarah Ummat Rasulullah ﷺ TIDAK ada suatu sistem Pendidikan pun yang dicipta
oleh manusia mampu mengatasi Sistem Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli
Sufi bagi melahirkan Insan2 suci, insanul Kaamil (insan sempurna),
bertaqwa yang diredhai Allah kerana Madrasah ini pada hakikatnya adalah Gedung
Pancaran Cahaya Nubuwwah yang
bertunjang dari Al-Qur’an dan Sunnah Nabi.
Pembelajaran dan Pendidikan awal di sekolah atau di universiti atau
pusat2 agama sekalipun, semua itu hanyalah permulaan mengenal Agama, permulaan
mengenal syari’at, permulaan mengenal Allah berdasarkan pemahaman aqal,
sedangkan untuk memperoleh cahaya Iman di hati dan ubudiyyah tanpa sebarang kesyirikan (syirik khafi), seseorang Muslim perlu melazimkan dirinya di dalam
Madrasah Tarbiyyah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Shaikh @ Mursyid yang
Siddiq.
Berkata Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :
Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada
hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari
serangan2 ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan
telah dibuktikan oleh Masyaa'ikh (Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ guru Mursyid).
Kamu perlu mendengar baik2 arahan mereka dan mematuhinya. Mereka
akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan
tersebut.
Mintalah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan
jahat), dan kelemahan2 lainnya, kerana mereka
juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.
Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2
kejahatan.Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut)
dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua
kejahatan itu.
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]
Imam Al-Ghazali
“Di antara hal yang wajib bagi seorang salik (murid) yang menempuh jalan
kebenaran adalah bahawa dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik
keruhanian (dipanggil juga Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Murabbi) yang dapat
memberinya petunjuk dalam perjalanannya,serta melenyapkan akhlak-akhlak yang
tercela dan menggantikannya dengan akhlak-akhlak yang terpuji.
Yang dimaksud dengan pendidikan di sini, hendaknya seorang pendidik keruhanian
menjadi seperti petani yang merawat tanamannya. Setiap kali dia melihat batu
atau tumbuhan yang membahayakan tanamannya, maka dia langsung mencabut dan
membuangnya.Dia juga selalu menyirami tanamannya, agar dapat tumbuh dengan baik
dan terawat, sehingga menjadi lebih baik dari tanaman lainnya.
Apabila engkau telah mengetahui bahawa tanaman memerlukan perawat, maka engkau
akan mengetahui bahawa seorang salik wajib mempunyai seorang Mursyid. (Shaikh
Sufi @ Murabbi ) Sebab, Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk
membimbing mereka ke jalan yang lurus. Dan sebelum Rasulullah
wafat, Baginda telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda untuk
menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya,
sampai hari Qiamat.
Oleh kerana itu, seorang salik mutlak memerlukan seorang Mursyid.”
[Khulasah at-Tasaniff Fi-Tasawwuf]
Ummat Islam yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, yang ingin memperoleh
kecemerlangan Iman @ Tauhid yang suci murni, yang ingin memperoleh ikhlas yang
hakiki, yang ingin memperoleh khusyu' di dalam solat, yang ingin memperoleh
ketaqwaan, yang ingin membebaskan dirinya dari syirik (syirik khafi) dan
mazmumah (sifat kekejian hati), yang benar2 inginkan kejayaan dunia
akhirat…. perlu bangkit segera dari tidur …!
Orang2 alim Fiqh, professor, pemegang Ijazah, Pemegang gelaran PhD, Mufti,
Qadhi, Hafiz Qur’an, Penghafal Hadith dan orang Islam seluruhnya sedarlah …
Ilmu syari’at semata2 tanpa bimbingan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi tidak akan
menjadikan seseorang Islam itu beriman dengan Iman yang sebenar. Tauhidnya
sentiasa dicampuri syirik khafi dan mazmumah. Perjuangannya, sentiasa dibayangi kerakusan pada dunia, pangkat, kedudukan dan kemasyhuran..!
Susah menerima kenyataan diri?
Dengarlah pengakuan ikhlas dari salah seorang tokoh Ulama terulung Ahlus
Sunnah, iaitu Imam Ghazali, رضي الله عنه.
Perhatikan dengan teliti pengalaman beliau sebelum dan sesudah memasuki
Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat…
Imam Ghazali merupakan tokoh yang unik untuk dijadikan contoh perbandingan
terutama contoh bagi orang2 Islam yang masih kabur berkenaan “ruh Islam” yang
sebenar, penuntut2 Universiti yang mempunyai Ijazah di tangan dan
menganggap dirinya sudah hebat, penghafal2 Al-Qur’an yang merasa dirinya
cukup dengan hafalannya, penghafal2 Hadith yang merasa serba tahu dengan
ilmunya, si alim yang sudah mahir berbagai kitab2 dan merasa memadai dengan
ilmu kitabnya… kesemua mereka ini perlu menyelami kisah Imam Ghazali ini
kerana Imam Ghazali sudah memiliki semua Ilmu yang disebutkan di atas pada
awal perjuangan hidup beliau sebagai muallim dan Guru Besar Agama, dan sudah
pun bergelar Hujjatul Islam, sebelum memasuki Dunia Ma’rifat..!
Ini kisah ringkasnya,
~~~~~~~~~~~~~~~
Pada awalnya beliau belum memasuki Madrasah Ahli Sufi.
Pada permulaan perjuangan beliau sebagai pendidik, beliau adalah seorang alim
di dalam Fiqh /syari’at tetapi belum memperoleh Ilmu Ma’rifat. Ketika itu
beliau sudah pun terkenal sebagai Hujjatul Islam yang cukup hebat dengan
keilmuan syari’at dan ilmu alat beliau. Beliau adalah
Profesor dan Guru Besar Universiti Nizamiyyah, di mana penuntut2
dari seluruh dunia datang menunut dengan beliau.
Walaupun demikian… walaupun beliau mahir di dalam seluruh disiplin ilmu
Islam, walaupun sudah bergelar Hujjatul Islam, walaupun menjadi Guru Besar
Universiti unggul ketika itu, - walaupun memiliki semua keistimewaan
demikian, semua itu tidak membantu beliau khusyu' di dalam solat.
Beliau mengaku
ketika itu beliau tiada keikhlasan, beliau mengaku beliau masih mempunyai cita2
kepada dunia.
Akhirnya beliau sedar, dari Petunjuk Allah Yang Maha
Pemurah bahawa ilmu fiqh yang beliau miliki selama itu belum cukup untuk
mengabdi kepada Allah Ta’ala, bahkan beliau terasa beliau sedang berada di
jurang kebinasaan (kebinasaan kerana kerosakan Tauhid @ Iman), maka
beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Baghdad dan bersahabat dengan
Ahli Ma’rifat untuk menerima pendidikan dan asuhan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli
Sufi.
Setelah berhempas pulas antara dunia dan akhirat, antara kemasyhuran dunia dan
keuntungan akhirat, antara pangkat kemuliaan dunia dan kemuliaan di sisi Allah
Ta’ala, akhirnya beliau tekad memutuskan untuk meninggalkan jawatan besar
sebagai Guru Besar Nizamiyyah dan di anggap agung ketika itu untuk bergabung
dengan Ahli Sufi, menyertai Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat.
(Baca kisah penuh beliau pada artikel2 terdahulu berkenaan Sejarah Hidup
beliau).
Di sana beliau telah menyerahkan dirinya untuk di pimpin oleh beberapa orang
Guru Ahli Sufi. Ringkas kisahnya, beliau mujahadah selama 11 tahun (sebelas
tahun) di dalam Madrasah Ahli Sufi, dengan mengikuti sekalian disiplin
Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi dengan sungguh2 sehingga akhirnya beliau menemui
hakikat kebenaran yang beliau cari, beliau menemui mutiara yang tiada ternilai
harganya, lalu berkata inilah jalan sebenar yang diredhai Allah, inilah
jalan yang telah dipelopori oleh Junjungan Besar Rasulullah.
Buktinya adalah kata2 beliau ini…
Berkata Imam Ghazali di dalam Kitab
Munqiz Min-Adh Dholal :
"Selama waktu berkhilwah (uzlah mengikut disiplin Ahli Sufi @ Ahli
Ma’rifat) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya,tak mungkin
di istiqsa ( membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya ) Yang
kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar2 yaqin, kaum Sufi
(Ahli Ma'rifat @ Shaikh @ Mursyid ) itulah yang benar2 telah
menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala. Merekalah golongan
yang paling utama cara2 hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling
tinggi budi pekertinya.
Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang
tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang
lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil; sebab
segala gerak geri mereka (ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi cahaya
Kenabian.
Di dunia tiada cahaya yang lebih terang darinya. Pendeknya, apakah yang dikatakan orang tentang suatu di jalan yang dimulai – sebagai syarat pertama –
dengan membersihkan hati, mengosongkannya sama sekali dari segala suatu selain Allah Ta’ala? Sedang kunci pembuka pintunya laksana takbiratul ihram
bagi solat ialah istighraq hati denga zikir kepada Allah. Akhirnya sama
sekali fana’ pada Allah Ta’ala ; keadaan fana’ ini penutup bagi taraf
pertama, yang hampir masih di dalam batas ikhtiar dan kasab. Padahal ini
sebenarnya merupakan permulaan toriqat sedang yang sebelumnya itu hanyalah
merupakan dihliz(kecil) menunjuk kepadanya.
Dari awal Toriqat ini mulailah peristiwa2 mukasyafah dan musyahadah hingga
akhirnya dalam keadaan jaga mereka dapat melihat Malaikat dan arwah para
Nabi, mendengar suara mereka dan mendapat pelajaran dari mereka. Dari tingkat
ini naik pula ke beberapa tingkatan yang meninggi jauh di atas ukuran
kata2. Tiap usaha untuk melukiskannya dengan kata2 tentulah akan sia2,
sebab setiap kata yang dipakai pastilah mengandung salah faham yang tak
mungkin menghindarkannya.
Akhirnya sampailah ia ke darjat yang begitu dekat kepada-Nya, hingga ada orang
yang hampir mengiranya “hulul” atau “ittihad” atau “wusul” semua
kiraan itu salah dan ini telah kami terangkan dalam karangan kami Al-Maqsidul
Aqsa (Tujuan Terakhir). Barangsiapa mengalaminya hanya akan dapat
mengatakan bahawa itu suatu hal yang tak dapat diterangkan, indah, baik,
utama, dan janganlah lagi bertanya.
Pendeknya barangsiapa yang belum dikurnia Tuhan mengalaminya belumlah ia
mengenal haqiqat Kenabian. Lebih dari namanya belaka. Sebenarnya karomah
Auliya adalah bidayah Anbiya’ yang demikian itu adalah hal
Rasulullah ketika khilwah di bukit Hira’ hingga orang2 Arab berkata
Muhammad jatuh cinta kepada Tuhannya. Hal ini dapat difaham dengan “zauq” oleh
orang yang melalui jalannya.
Adapun orang yang belum mengalaminya pun dapat juga memahami sekadarnya dengan
sering bergaul dengan Kaum Ahli Sufi itu atau dengan membaca huraian2 seperti
yang ada pada karangan kami, “Ajaaibul Qalb” (keajaiban Hati) iaitu
sebahagian dari KItab kami Ihya Ulumuddin. Mencapai suatu pengertian
dengan alasan dan bukti keterangan adalah ilmu namanya ; mengalaminya
bernama “zauq”; dan menerimanya
kerana yaqin (dengan penglihatan matahati - pent) adalah Iman. Jadi
adalah tiga darjat
Firman Allah :
يَرۡفَعِ
ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬ۚ
"....supaya Allah meninggikan
darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ...."
[Al Mujadalah (58) : Ayat 11]
Di luar mereka adalah orang2 jahil menolak semua itu dari dasarnya dan merasa
hairan mendengar kisahnya. Mendengar sambil mengejek dan menganggapnya sebagai
omong kosong. Tentang mereka itu Allah Taala berfirman ;
وَمِنۡہُم
مَّن يَسۡتَمِعُ إِلَيۡكَ حَتَّىٰٓ إِذَا خَرَجُواْ مِنۡ عِندِكَ قَالُواْ
لِلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ مَاذَا قَالَ ءَانِفًاۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ
طَبَعَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِہِمۡ وَٱتَّبَعُوٓاْ أَهۡوَآءَهُمۡ
"Dan di antara mereka yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa),
sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara
mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu ; Apa yang dikatakan oleh
Muhammad tadi? Mereka itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas
hati mereka dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya.
[Muhammad (47) : Ayat 16]
أُوْلَـٰٓٮِٕكَ
ٱلَّذِينَ لَعَنَهُمُ ٱللَّهُ فَأَصَمَّهُمۡ وَأَعۡمَىٰٓ أَبۡصَـٰرَهُمۡ
(Orang-orang yang melakukan perkara yang
tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka
dan dibutakan penglihatannya (23)
[Muhammad (47) : Ayat 23]
[Tamat Petikan KItab Munqiz Min-Adh Dholal]
Ini kenyataan tegas dari seorang Ulama Ahlus Sunnah yang mengalami sendiri
sistem Pendidikan Madrasah Ahli Sufi, BUKAN sekadar teori. Perhatikan
perjalanan hidup beliau yang pada awalnya terkenal dengan keilmuan syari’at
(fiqh) sahaja, di mana beliau tiada mendapat ketenteraman di dalam hati,
ruh, Imannya… berbanding dengan hasil yang beliau peroleh setelah
menerima pendidikan Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Ulama Pewaris Nabi yang
sebenar. Jauhnya antara langit dan bumi…!
Buktinya adalah hasil yang terlihat dari ucapan, penulisan dan pendekatan
beliau kepada Sistem Pendidikan Islam yang berubah secara mutlak. Beliau
menjadi seorang Alim dan Arif yang benar2 kenal Allah Ta’ala dari pancaran
cahaya hati (sebagaimana huraian kita pada helaian2 sebelum ini). Allah Ta’ala
anugerahkan beliau ilmu hikmah kebijaksanaan, ilmu hakikat dan kasyaf yang
tinggi. Maka jadilah beliau juga salah seorang dari Ahli Ma’rifat
yang ulung pada zamannya.
Ketika itu baru beliau sedar makna Ulama Warisatul Anbiya’ yang sebenar
sehingga sekalian penulisan beliau kemudian dari itu, yang menyentuh bab Ulama
Pewaris Nabi, beliau akan menyebut bahawa Ulama Warisatul Anbiya’ yang sebenar
adalah Ahli Sufi..!
Ringkasan dari penegasan beliau diatas:
1) Ahli
Ma’rifat @ Ahli Sufi adalah sebenar Ulama Pewaris Nabi yang telah menempuh
jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala.
2) Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi adalah
Jalan terbaik bagi mencapai Tauhid dan Keikhlasan sehingga memperoleh keredhaan
Allah.
3) Jika sekalian cerdik pandai seluruh dunia
berhimpun untuk mengadakan suatu Sistem Tarbiyyah seperti Madrasah Ahli Sufi,
mereka tidak akan berjaya.
4) Barangsiapa belum merasai kemanisan Ma’rifat,
tidak akan mengenali hakikat Kenabian, kebenaran Tauhid, kesucian jiwa …
melainkan hanya pada sebutan.
5) Orang Islam yang belum dapat bersahabat dengan
Ahli Sufi, masih boleh mendapat percikan cahaya Ahli Sufi dengan membaca kisah2
mereka.
6) Mereka yang mengejek, memusuhi Ahli Ma’rifat @
Ahli Sufi adalah manusia2 yang buta matahatinya dan mendapat la’nat Allah.
Wallahu A’lam
Bersambung siri ke-10...Insya Allah.
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Siri 10 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi – Lahirnya Mufassir, Mujtahid dan Mujaddid
Sepanjang Zaman
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ini adalah satu lagi fakta terpenting berhubung dengan Kepimpinan Ahli Ma’rifat
dan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi yang tiada siapa pun mampu menafikannya iaitu lahirnya Ulama2 Ahlus Sunnah yang MUJTAHID
dan MUJADDID sepajang zaman..!
Dari kenyataan sejarah kegemilangan Islam, TIDAK ada seorang pun Mufassir,
Mujtahid dan Mujaddid (yang terkenal dengan kejujuran dan kebenarannya) lahir
selain dari Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi. Kesemua insan2 pilihan ini
mempunyai pertalian kukuh dan silsilah Nubuwwah dari generasi kepada generasi
sambung menyambung tanpa putus.
Mari kita perhatikan kebenarannya…!
LAHIRNYA MUJTAHID FIQH
=======================
Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama :
Imam Ja’afar Siddiq,
Imam Hassan Al-Basri,
Imam Abu Hanifah,
Imam Malik,
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e,
Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Imam Izzudin Abdus Salam,
Imam Nawawi,
Imam Sayuthi,
Imam Rofi’e,
Imam Abnu Abideen,
Imam an-Nabhani,
Imam Subky,
Imam Haytami,
Imam Romli,
Imam Zaini Dahlan,
Imam Raza Khan Barelwi,
Shaikh Daud Fathoni,
Shaikh Ahmad Fathoni,
Shaikh Arsyad Al Banjari
Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka
menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.
Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat,
ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat
sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.
(Ingat kembali kualiti terpenting
seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWANYA, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya
dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)
Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti
di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan
antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “ Ulama” tersesat golongan sesat
Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll. Kami sudah
bentangkan secara jelas salah satu punca kesesatan “ulama2 batil” ini
adalah kerana mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat, TIDAK mendapat didikan dari
Madrasah Ahli Ma’rifat, maka menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan
Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka
jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!
Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang
zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian
dari mereka seperti di dalam kitab2 :
Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik
terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,
Kashful Khafa’ - Imam Ajluni,
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.
Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi
Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka :
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar
Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya
pada zaman beliau.
Perlu ditegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama
Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau.
Beliau TIDAK
pernah mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah
(rafidhi).
Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku
Imam Jaafar Siddiq sebagai Imam mereka..!
Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal
Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar
Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam
Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli
Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.
Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli
Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya :
………………………………………
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si
pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “
Bagaimana membuat itu dan ini?”
Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui
ini?” Maka menjawab Imam Shafie :
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh
Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin
Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh
padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Yahya menanyakan :
“Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf
Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka
adalah orang yang bijak di dalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang
kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan
selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu
Abbas)
[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub- Imam Abu Talib Al
Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Imam Malik berkata :
……………………...
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan
barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan
barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]
Dinukil dari Diwan Imam Shafie:
…………………………………...Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya :
“Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga
menjalani Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil
salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan
nasehat padamu. Orang yag hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani
tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang
yang hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu Fiqih, maka
bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]
Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal :
………………………………….
"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi Ahli-Ahli Sufi itu,
kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat
takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah
Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]
Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:
……………………………………………………Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga
macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku
bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati,
Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent).
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]
Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah
beliau :
…………………………………………………….
“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu
Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk
bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa
para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah
orang-orang Sufi “
[Hasyiah Ibn Abideen ]
Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa sesungguhnya
kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh, adalah
sebenarnya telah memperoleh pendidikan dibdalam Madrasah Ahli Sufi dan akhirnya
mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul Anbiya’
yang muhaqqiq.
Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal
mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan
hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi
Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara
dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini
terjebak kepada kefaham batil wahabiyah).
LAHIRNYA AHLI MA’RIFAT YANG TINGGI MAQAM
NYA.
===============================Hal ini tak perlu dihuraikan panjang lebar lagi kerana sememangnya Madrasah
Ahli Ma’rifat adalah Madrasah unggul yang diwarisi dari Rasulullah صلی اللہ
علیہ وسلم bagi
melahirkan Pengganti2 Baginda yang memiliki Ma’rifat yang tinggi, yang akan
meneruskan Amanah Baginda atas muka bumi, sebagaimana huraian kita terdahulu.
Merekalah yang menjadi pendidik yang melahirkan ribuan Ulama Ahlus Sunnah
sepanjang zaman. Merekalah yang menjadi pemimpin, pembimbing dan sumber
inspirasi bagi Ummat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga Qiamat, Insya
Allah.
Di antara tokoh2 hebat di dalam ILMU MA’RIFAT ILAHIYYAH yang dikurniakan oleh
Allah Ma’rifat yang sangat luar biasa sehingga menjadi teladan sepanjang zaman
bagi Ummat Islam adalah :
Mulai dari Khulafa’ Ar-Rashidin – Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina
Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah, bersambung kepada Ulama2 berikutnya …Imam Ibnu Abbas,
Imam Ja’afar Siddiq,
Imam Hasan Al-Basri,
Imam Sufyan Ath-Thawri,
Imam Junaid Al-Baghdadi,
Imam Abu Yazid Al-Bustami,
Imam Ghazali,
Imam Muhyiddin Abdul Qadir Jiani ,
Imam Rifa’e,
Imam Ibnu Araby,
Imam Qusyairi,
Imam Abdul Wahab Asy-Sya’rani,
Imam Fakhruddin Ar Razi,
Imam Sayuthi,
Imam Sazili,
Imam Ibn Atho ‘Illah,
Imam Ibn Hajar Al Haithami,
Imam Al-Haddad,
Imam Ahmad Raza Khan Barelwi,
dan lain2 lagi ….
LAHIRNYA MUJADDID DARI MADRASAH AHLI
SUFI
==================================
Barangkali ramai juga tidak mengetahui akan kebenaran ini bahawa MUJADDID
(pembaharu kegemilangan Islam) sepanjang zaman juga lahir dari Madrasah Ahli
Ma’rifat ini.
Mujaddid adalah Ulama Arif Billah yang luarbiasa kehebatannya yang dizahirkan
oleh Allah Ta’ala setiap 100 setahun. Beliau memperbaharui jalan2 agama dan
menghidupkan ruh agama kembali setelah ummat mengalami kemunduran. Atau pun mereka
mengijtihadkan jalan2 baru, kaedah2 baru, pendekatan2 yang berbeza dari sebelumnya sesuai dengan perkembangan aqal pemikiran, perubahan lanskap kehidupan,
perkembangan ekonomi dll. dengan mengambil dalil2 dari Al-Qur’an dan Sunnah
dengan penuh kebijaksanaan.
Pada setiap kurun pasti ada seorang (atau lebih) Mujaddid dizahirkan oleh
Allah Ta'ala untuk memurnikan kembali ajaran Islam yang mengalami kesuraman..
Dari kenyataan yang dapat dilihat pada sejarah Ummat, ada kalanya wujud lebih
dari seorang MUJADDID pada satu2 zaman tertentu.
Antara sifat2 terpenting mereka adalah :
Mereka sangat mahir di dalam segenap disiplin Ilmu Syari'at dan Haqiqat, demikian juga mereka menguasai hampir semua disiplin Ilmu muamalah sehingga
kepada Ilmu Perdagangan, Ekonomi , Ilmu Falak dan Pentadbiran Negara.
Dari semua kenyataan tersebut, ciri terpenting yang wajib diperhatikan sesuai
dengan tajuk kita sini adalah : Semua MUJADDID ini adalah mereka itu Ahlus
Sunnah Wal Jamaah. Mereka adalah ahli Taqwa, dianugerahkan oleh Allah Maqam
Nubuwwah, memliki firasat yang tajam, ahli kasyaf, dan tiada takut kepada mana2
makhluk, hanya mereka itu takut kepada Allah Ta’ala (Taqwa).
Senarai Mujaddid mengikut kurun Hijriyyah :
Kurun Pertama Hijriyyah
…………………………….
Imam Jaafar Siddiq
Imam Junaid Al Baghdadi
Imam Umar ibn Abd al-Aziz
Kurun ke-2 Hijriyyah
…………………….....
Imam Abu Hanifah
Imam Muhammad Idris Asy-Syafi`i
Kurun ke-3 Hijriyyah
……………………….
Imam Abu Hasan Asya'ari
Imam Abu Mansur Maturidi
Kurun ke-4 Hijriyyah
……………………….
Imam Baihaqi
Imam Abu Bakr Al-Baqillani
Kurun ke-5 Hijriyyah
……………………….
Imam Abu Hamid al-Ghazali
Kurun ke-6 Hijriyyah
……………………….
Imam Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
Imam Fakhruddin ar-Razi
Kurun ke-7 Hijriyyah
……………………….
Imam Ibn Arabiy
Imam Moinuddin Chishti
Kurun ke-8 Hijriyyah
……………………….
Imam Ibn Hajar al-Asqalani
Imam Jalaluddin Bulqini
Kurun ke-9 Hijriyyah
……………………….
Imam Jalaludin Al-Suyuti
Kurun ke-10 Hijriyyah
…………………………
Imam Ibn Hajar Al Haithami
Imam Khairuddin Romli
Kurun ke-11 Hijriyyah
………………………..
Imam Ahmad Sirhindi
Imam Abdullah al-Haddad
Imam Shah Waliullah Dehlawi
Kurun ke-12 Hijriyyah
…………………………
Imam Murtadha Zabidi
Imam Shah Abdul Aziz Dehlwi
Kurun ke-13 Hijriyyah
………………………...
Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
Bedi-Uz-Zaman Said Nursi
Kurun ke-14 Hijriyyah
………………………...
Imam Ahmad Raza Khan
Perhatikanlah kesemua Ulama MUJADDID yang dizahirkan oleh Allah Ta’ala
sepanjang zaman. Kesemua mereka adalah dari pancaran didikan Madrasah Ahli Sufi
@ Ma’rifat. Sehingga akhirnya mereka diangkat oleh Allah kepada maqam Ma’rifat
yag tinggi. Dengan barakah kemuliaan itulah mereka mengatasi sekalian manusia2
pada zaman mereka masing2. Dengan kemuliaan Ma’rifat itulah mereka menjadi
cemerlang dan unggul di dalam mentafsirkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta
memberikan panduan2 kepada Ummat sesuai dengan zaman.
(Peringatan bagi yang terlupa : Ilmu
syari'at yang merangkumi fiqh dan ilmu alat adalah asas mengenal agama
sedangkan Ma'rifat adalah ASAS penentu kebenaran dari Allah Ta'ala. Tanpa Ilmu
Ma'rifat yang tahqiq seseorang TIDAK mungkin menjadi Mujtahid apa lagi Mujaddid
)
Maka renungilah, muhasabahlah diri, bagi mereka2 yang belum cukup pengetahuan
akan kenyataan ini :
Sekalian keterangan di atas menjadi bukti kebenaran Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @
Mursyid sebagai Ulama Warisatul Anbiya’ yang Siddiq, sekaligus sebagai pelopor,
pemimpin dan pemelihara Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kenyataan ini sekaligus memadamkan kebatilan pendokong2 kesesatan dari kalangan
Syiah (rafidhi), Wahabiyyah, secular atau lain2nya. Mereka tiada alasan apa pun
untuk mempertahankan doktrin2 palsu mereka yang sengaja2 direka2 oleh nafsu
syaitan. Dan TIDAK ada manusia Muslim pun akan terpengaruh dengan doktrin2
golongan batil ini melainkan golongan2 yang disesatkan oleh nafsu dan Iblis
La’natullah. Wal Iyazubillah…!
— TAMMAT —
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴
No comments:
Post a Comment