SILSILAH TORIQAH NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYAH
Inilah Rantaian Emas Silsilah Toriqah Naqsyabandiah yang nama asalnya di zaman Nabi dinamai akan dia dengan panggilan "Toriqah Ilahiyyah Muhammadiyyah"
Rabbul Arbab Wa Mu'tiqarriqab Jalla Jalaluh, Menurunkan Perintah kepada:
Sayyidina Jibril Syahibul Wahyi ... dan Sayyidina Jibril bawa kepada :
1. Sayyidul Mursalin, Rahmatil Alameen, Wa Qudwatul Muttaqeen, Sayyidina Wamaulana Muhammad Mustafa ﷺ.
2. Saidina Abu Bakar As Siddiq رضي الله عنه
3. Shaikh Sulaiman Farsi رضي الله عنه
4. Shaikh Qasim anak Muhammad anak Sayyidina Abu Bakr رضي الله عنه
5. Shaikh Imam Tariqat Wal Haqiqat Imam Jaafar Siddiq رضي الله عنه
6. Shaikh Abu Yazid Al Bustami رضي الله عنه
7. Shaikh Abu Hassan Al Harqani رضي الله عنه
8. Shaikh Abu Ali Farmadi رضي الله عنه
9. Shaikh Yusuf Al Hamdani رضي الله عنه
10. Shaikh Abdul Khalid Al Fajdawani رضي الله عنه
11. Shaikh Arif Riyaukuri رضي الله عنه
12. Shaikh Mahmud رضي الله عنه
13. Shaikh Ali Rumaitani رضي الله عنه
14. Shaikh Muhammad Baba Al Samasi رضي الله عنه
15. Shaikh Amir Kulal رضي الله عنه
16. Shaikh Bahaudin Shah Naqsyabandiah رضي الله عنه
17. Shaikh Muhammad Al Alaudin Athari رضي الله عنه
18. Shaikh Yaakub al Carkhi رضي الله عنه
19. Shaikh Nasiruddin Abdullah al Ahrari رضي الله عنه
20. Shaikh Muhammad al Zuhdi رضي الله عنه
21. Shaikh Darwis Muhammad رضي الله عنه
22. Shaikh Muhammad Khawajaki رضي الله عنه
23. Shaikh Muhammad Al Baqi Billah رضي الله عنه
24. Shaikh Ahmad al Faruqi رضي الله عنه
25. Shaikh Muhammad Ma'sum رضي الله عنه
26. Shaikh Saifuddin رضي الله عنه
27. Shaikh Nur Muhammad al Badwani رضي الله عنه
28. Shaikh Shamsuddin Habibullah رضي الله عنه
29. Shaikh Abdullah Dahlawi رضي الله عنه
30. Shaikh Khalid Al Kurdi رضي الله عنه
31. Shaikh Abdullah Afandi رضي الله عنه
32. Shaikh Sulaiman Al Karumi رضي الله عنه
33. Shaikh Sulaiman Zuhdi رضي الله عنه Jabal Qubais, Mekah Mukaramah
34. Shaikh Abdul Wahab Babussalam (Sumatera) رضي الله عنه
35. Shaikh Muhammad Nur, (Sumatera) رضي الله عنه
36. Shaikh Yahya Al Kholidi Naqsyabandi, (Kajangi) رضي الله عنه
Saya, faqir Ilallah...
Sayyid Abu Tohir Bin Shaikh Ibrahim yang benar2 harap Rahmat Allah dan Kasih-Nya....
yang beristiqamah di Kajang adalah wakil dan Khalifah Khususiyyah kepada Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.
Diberi Ijazah untuk memimpin Ummat menurut Prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah...
diberi izin membai'atkan Toriqat Naqsyabandiah dan di beri Ijazah untuk memimpin Jamaah Suluk selama 40 hari dimana-mana tempat jua.
Alhamdulillah Besarlah Rahmat Allah diatas Kurnia Allah ini.
Catitan:
Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya bin Laksamana Naqshabandi Al Kholidi. ... wafat di Taman Naqsyabandiah, Kajang, Selangor D.Ehsan pada 11 Syawal 1409H / 17 Mei 1989M.
Semoga Allah meredhai beliau serta menempatkan beliau di kalangan Kekasih2-Nya. Allahu Akbar Walillahil Hamd.
*******************************************************************************
Inilah sebagai adab menyampaikan ilmu Ahlus Sunnah Wal Jamaah, saya sampaikan di sini susur galur pengambilan ilmu dari Guru saya, Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi sehingga sampai kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.
*******************************************************************************
BIODATA RINGKAS SHAIKH SAYYID ABU TOHIR
NAMA PENUH :
Shaikh Sayyid Abu Tohir bin Shaikh Ibrahim
MASTAUTIN
Berasal dari Pulau Pinang dan kini bermastautin di Kajang, Selangor Darul Ehsan
KEDUDUKAN :
Guru Mursyid @ Ahli Ma’rifat Toriqat Naqsyabandiah Kholidiah.
BIL KEPADA SILSILAH:
Beliau adalah Pewaris yang ke-37 pada Rantaian Emas Silsilah Toriqat Naqsyabandiah, Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wa Jama'ah.
( Silsilah perguruan sambung-menyambung sehingga sampai kepada Rasulullah ﷺ)
GURU :
Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi رضي الله عنه, Silsilah ke-36 Rantaian Emas Toriqah Naqsyabandiah, Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wa Jama'ah.
(Wafat 11 Syawal 1409H/ 17 Mei 1989M)
AMANAH / DIIJAZAHKAN UNTUK:
Memimpin manusia menurut Prinsip2 Ahlus Sunnah didalam satu Sistem Pendidikan tersusun dan terlengkap dpanggil Madrasah Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat.
Alhamdulillah besarnya Rahmat Allah, beliau layak dan diberi ijazah untuk pimpin Suluk Selama 40 hari di mana-mana tempat jua. Alhamdulillah besarnya Ni'mat Allah.
KITAB :
Boleh mengajar dan mendidik hamba2 Allah dengan Kitab2 Tasawwuf / Toriqat berikut :
(1) Kitab Siirul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihi Abrar Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
(2) Kitab Al Ghunyah Li Talibil Muridil Haqq_ - Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
(3) Kitab Fathur Rabbani Wa Faid Ar Rahmani Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
(4) Kitab Futuhul Ghaib - Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
(5) Kitab Jila Al-Khawathir Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه
(6) Kitab Futuhatul Makkiyyah Ibnu Araby رضي الله عنه
(7) Kitab Fusus Hikam Ibnu Araby رضي الله عنه
(8) Kitab Hikam Ibnu Atho illah رضي الله عنه
(9) Kitab Ihya Ulumuddin Imam Ghazali رضي الله عنه
(10) Kitab Sirrus Salikin Shaikh Abdus Samad Falimbani رضي الله عنه
(11) Kitab Risalah Qusyairiyyah Imam Qusyairi رضي الله عنه
(12) Kitab Prinsip Tasawwuf Imam Zarruq رضي الله عنه
(13) Kitab Qutul Qulub Imam Abu Talib Al Makki رضي الله عنه
(14) Kitab Jami’ Usul Fil Auliya Imam Ahmad Al Kamasykhanawi رضي الله عنه
(15) Kitab Kasyful Mahjoob Imam Hujweri رضي الله عنه
(16) Kitab Tabaqat Asy-Sya’rani رضي الله عنه
KELAYAKAN MENDIDIK KEPADA MA'RIFAT
(BACA : TAUHID TINGGI)
Telah dianugerahkan kepada Maqam Musyahadah Mukasyafah tertinggi.
Dengan demikian In Shaa Allah, dengan Rahmat Allah boleh mendidik keruhanian hamba2 Allah dari Tingkatan paling bawah sehingga kepada Tingkatan Tertinggi Ma’rifat, iaitu Peringkat Musyahadah Mukasyafah (baca : Tauhid peringkat teringgi)
In Shaa Allah.
Kata Guru : Peringkat Ma’rifat tertinggi ini jarang2 orang dapat mencapainya. Tetapi jika seseorang hamba itu benar2 ikhlas dan sungguh2, In Shaa Allah akan terbuka pintu2 Ma’rifat dengan Rahmat Allah Ta’ala.
TAHAP PENCAPAIAN MA'RIFAT (TAUHID SUCI MURNI) :
Menurut kata Guru, pencapaian Tauhid di dalam Disiplin Ma'rifat inilah Tauhid yang suci murni, iaitu hati seseorang hamba Allah suci bersih daripada sekalian syirik khafi dan mazmumah dan ghaflah.
Jika seseorang TIDAK mujahadah pada jalan Allah ini, maka dia TIDAK akan memperoleh Tauhid yang suci murni ini. Dia akan sentiasa diselubungi syirik khafi dan mazmumah dan ghaflah.
Ini termasuklah alim fekah, alim kitab yang mahir dalam ilmu alat, hafiz Qur'an dll yang TIDAK melalui Pendidikan di bawah pimpinan Shaikh Mursyid ini, mereka takkan mampu keluar dari kekejian hati dan kesyirikan. (Sepakat Ulama Ma'rifat). Mereka akan sentiasa akan diselubungi was-was dan kekeruhan hati.
Menurut beliau lagi, tingkatan2 Tauhid yang akan ditempoh oleh murid yang salik adalah
seperti berikut.:
(1) Tauhid Af’al
(2) Tauhid Asma’
(3) Tauhid Sifat
(4) Tauhid Zat
(5) Tauhid Zat yang sempurna
Kesemua Tingkatan Tauhid di atas dicapai melalui berbagai Latihan Mujahadah lawan nafsu2 kejahatan berserta Zikrullah, Muraqabah, Musyahadah seperti berikut.
Pertama :
Zikrullah 10 Tingkatan
Kedua :
Muraqabah 40 Tingkatan
Ketiga :
Musyahadah 6 Tingkatan
Setiap Tingkatan mempunyai beberapa pecahan dan latihan2 khusus. Kesemua ini memakan masa puluhan tahun untuk mencapainya.
PENJELASAN RINGKAS PERJALANAN HIDUP :
1984 M - Berbai'at dengan Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi رضي الله عنه
1984 M - Mula bersuluk / khilwah (sistem uzlah menurut Disiplin Ahli Ma'rifat)
Beliau bersungguh2 berguru dengan Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya dengan mengambil ilmu Syari'at dan sekaligus ilmu Toriqat/ Tasawwuf daripada beliau.
Walaupun beliau berguru kepada beberapa orang Mursyid lain, Al Marhum Shaikh Yahya adalah Guru yang paling berpengaruh kepada beliau.
Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya adalah Ulama yang tersangat alim di dalam segenap bidang Ilmu Syari'at dan tersangat arif menguasai Ilmu Ma'rifat.
Walau bagaimanapun guru kita tidak sempat menadah semua Ilmu2 Al Marhum, tetapi cuma sempat mengambil pokok2 Ilmu Ahlus Sunnah iaitu :
Fiqh
Usuluddin
Tasawwuf /Toriqat
Dan yang terpenting beliau telah menerima didikan Ma'rifat sehingga ke peringkat tertinggi.
1988 M Di ijazahkan Maqam Khususiyah, dan diijazahkan untuk pimpin Jamaah Suluk selama 40 hari, di mana2 jua. Ini adalah tahap tertinggi kelayakan memimpin Jamaah suluk/ khilwah.
1989 M Tahun kesedihan kerana kembalinya Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya ke Rahmatullah. Dunia kehilangan permata berharga.
Ketika beliau dijemput kembali oleh Allah, di atas Rahmat Allah, Al Marhum telah pun menyediakan 78 orang Khususiyah dan 108 orang Khalifah Am. sebagai penyambung Warisan Rasulullah ﷺ.
Ini suatu Rahmat Allah yang tidak diberikan kepada mana2 Mursyid ketika itu.
Kami dikhabarkan Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi adalah Auliya Allah yang menduduki maqam yang sangat tinggi. Beliau sering ke pasar Kajang dan sekitarnya dengan pakaian baju melayu, memakai serban, dengan tongkat di tangan beliau tetapi tiada siapa mengenali beliau.
Demikian kami dikhabarkan Kekasih2 Allah ini terkenal di Langit tetapi tidak dikenali di dunia melainkan sedikit.
1989 M - 2006 M - Guru kami menjadi Amir Suluk dan bertindak sebagai pembantu kepada Wakil Al Marhum bagi memastikan Disiplin Jamaah keseluruhannya dipatuhi dan didirikan dengan sungguh2.
Guru adalah seseorang yang berdisiplin dan tegas menjalankan AMANAH Guru beliau Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.
Beliau sangat tegas di dalam menjaga hukum hukum Syari'at di samping memelihara adab2 Ma'rifat. Tidak ada kompromi dengan mereka2 yang melanggar Syari'at atau adab Ma'rifat.
Sepanjang tempoh beliau memimpin dan membantu Jamaah Al Marhum di Kajang, Selangor, beliau telah mengajar dan mendidik ribuan hamba2 Allah yang datang bersuluk (uzlah).
Menurut beliau, boleh dikatakan hampir semua khalifah am dan khususiyah menerima tunjuk ajar dan didikan beliau. Ini menunjukkan pengalaman yang luas di dalam tarbiyyah mendidik manusia pada jalan Allah. Beliau sangat arif mengenali perangai2 manusia lebih2 lagi hati, jiwa dan keruhanian manusia.
Kata beliau, semua ini berkat didikan Al Marhum dan berkat limpahan beliau. Sesungguhnya para Nabi dan Wali Allah itu tidak mati, tetapi hidup secara istimewa di Barzakh dengan memperoleh rezeki dari Allah. (sepakat Ahlus Sunnah)
2006 M - 2016 M Guru meninggalkan perkampungan asal di Jalan Semenyeh, Kajang, dan khilwah sendirian selama hampir 10 tahun.
2016 M Aktif semula sebarkan Ilmu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ.
Beliau musafir ke tempat2 jauh di seluruh negara untuk menyampaikan seruan Islam yang sebenar, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar sebagaimana beliau menerima Amanah Warisan dari Guru beliau, yang pada hakikatnya Amanah Rasulullah ﷺ turun-temurun sambung melalui tangan2 Pewaris Baginda sehingga Qiamat.
Walau bagaimanapun beliau "low profile" tidak ingin dikenali.
Beliau tidak ingin menjadi masyhur dengan ceramah atau pidato umum di hadapan orang yang ramai.
Beliau lebih gemar mendidik, mengasuh dan memimpin hamba2 Allah kepada Ketuhanan, kepada Tauhid yang suci murni, sebagaimana beliau menerimanya dari Guru beliau Al Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment