■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI MANUSIA BAHAYA YANG TAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 41 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Contoh 2:
Seorang mahasiswa yang berjaya mendapat pangkat tinggi di dalam pelajarannya , berkata di dalam hati bahawa kejayaan itu adalah hasil usahanya sendiri atau disebabkan pertolongan manusia lain. Orang ini melupakan Allah Ta'ala Yang Maha Berkuasa memberikan kejayaannya. Perbuatan ini adalah Tawakkal kepada makhluq yang merupakan dosa Syirik. (syirik khafi)
Contoh 3 :
Seorang Pengetua Sekolah yang berjaya membawa sekolahnya menjadi terkenal, merasakan di dalam dirinya, semua kejayaan tersebut dicapai dengan hasil usahanya atau dicapai dengan bantuan manusia lain.
Contoh 4:
Seorang doktor yang berjaya di dalam suatu urusannya mengubati pesakit berkata di dalam hatinya bahawa pesakit tersebut sembuh disebabkan kehebatan usaha ikhtiarnya serta kepakarannya.
Contoh 5:
Seorang usahawan yang menjadi kaya-raya mengaku di dalam hatinya bahawa kekayaan tersebut adalah dari usahanya yang gigih, kerana kepakarannya di dalam dunia perniagaan dsb.
Contoh 6:
Si abid (ahli ibadah) merasakan di dalam dirinya dia mempunyai kemampuan untuk melakukan ibadat, tanpa menghubungkannya kepada Rahmat Allah Ta'ala kepadanya.
Contoh 7:
Orang yang gemar bersedekah merasakan di dalam dirinya bahawa dia yang melakukan sedekah tersebut tanpa menyandarkannya kepada fudhlah kemurahan yang Allah Kurniakan kepadanya.
Seseorang yang berda'wah dan berjihad harta yang banyak merasakan di dalam dirinya bahawa dia mempunyai keupayaan untuk melakukan sekalian kebajikan tersebut.
Demikian sebahagian contoh2 yang lazim terjadi di kalangan Ummat Islam.
Semua contoh2 yang tersebut di atas dan contoh2 lain sepertinya adalah syirik khafi kerana menyandarkan suatu amal kebaikan kepada diri sendiri atau meletakkan pergantungan pada amal atau meletakkan diri pada kedudukan mampu melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri atau makhluk lain sedangkan sekalian makhluk tidak mempunyai daya upaya sedikitpun. !!! Sedangkan sekalian kejayaan / kemenangan adalah Rahmat Allah Ta'ala Yang Maha Penyayang.
Tidak ada yang boleh memberikan kejayaan melainkan Dia!
Tidak ada yang mampu melepaskan diri dari segala bencana selain Dia!
✨🕌✨ Firman Allah :
مَا شَآءَ ٱللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّهِ
Sekaliannya menurut barang yang dikehendaki Allah. Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.
[Al-Kahfi (18) : Ayat 39]
✨🕌✨ Firman Allah :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[Al-Insan (76) : Ayat 30]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluq sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah seslesi ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”.
[Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Perhatikan sungguh2!
Seperti kami katakan pada awal huraian bab ini, bergantung hati kepada makhluq, menyandarkan amal kebaikan kepada diri sendiri, menyandarkan kamampuan untuk mencapai kejayaan atau menolak suatu kecelakaan tanpa menghubungkannya kepada Kemurahan Allah adalah Syirik Khafi yang berbeza dengan 'Ujub,
Semua contoh2 yang kami paparkan di atas BUKAN 'Ujub tetapi lebih halus dari Ujub yang mana hampir2 tak dapat dikesan oleh orang awam termasuk ahli2 Usuluddin / Ilmu Kalam yang hanya bergelumang dengan ilmu perdebatan tanpa mendidik hati / mensucikan hati menurut Disiplin Ma'rifat.
SIRI 42 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Kemusykilan dan Jawapan:
Berikut adalah kemusykilan2 serta jawapannya berhubung dengan persoalan "Tawakkal kepada makhluq" yang sering menjadi kekeliruan di kalangan ummat.
Kemusykilan 1 :
Mengapakah perbahasan berkenaan "Tawakkal kepada makhluq" di letakkan di bawah Ilmu Tasawwuf / Toriqat dan BUKAN di bawah Usuluddin / Ilmu Kalam / Perbahasan Sifat 20?
JAWAPAN :
"Tawakkal kepada Allah" dan lawannya "Tawakkal kepada makhluq" dibincangkan di dalam Ilmu Tasawwuf kerana ianya berkaitan dengan HATI, berhubung dengan Syirik Khafi serta Tauhid yang hakiki. Menurut Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar, sekalian Ilmu, amal dan hal ehwal yang berkaitan dengan HATI dihimpunkan di dalam Ilmu Tasaawuf.
Sedangkan Ilmu Perbahasan Sifat 20 / Ilmu Kalam menumpukan aspek aqal, mengkayakan hujjah aqal, membincangkan hal2 berhubung dengan Syirik Jali dan Tauhid pada aqal. Di dalam perbahasan ilmu ini, hal HATI hati tidak diberi penekanan khusus. Mereka TIDAK memberikan perhatian khusus kepada Syirik khafi yang membawa kepada kerosakan Iman dan kebinasaan amal kebaikan.
Inilah sebabnya telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar, WAJIB mendidik hati / sucikan hati melalui Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq. Meskipun dia sudah bergelar Ulama (Ulama Fiqh atau Guru Besar Usuluddin), dia tetap wajib masuk kepada Pimpinan Mursyid yang Siddiq.
Kemusykilan 2 :
Jika datang lintasan sekejap sahaja kemudian dia tolak lintasan tersebut segera, adakah jatuh Syirik khafi juga?
JAWAPAN :
Khatir (lintasan) yang jahat datang dari bisikan nafsu atau hembusan Syaitan ke dalam hati manusia. Jika seseorang didatangi khatir (lintasan) yang jahat sekejap sahaja dan dia segera menolaknya, maka ini dimaafkan / bukan dosa. Ini kerana setiap orang Islam awam atau Salikin (yang masih di dalam mujahadah) akan terkena khatir ini. Seseorang hanya dihukum di atas sesuatu hal yang menjadi "tetap" di dalam hati atau menjadi keyakinan.
Maksudnya apabila lintasan tadi TIDAK ditolak segera sehingga ia berubah menjadi "niat " atau "qasad" di dalam hati (menetap di dalam hati), maka ketika itulah menjadi dosa hati. Sekiranya ia di- biarkan terus sehingga menjadi "keyakinan" yang dipegang, maka ini bahaya lebih besar kerana boleh menjerumuskan kepada "kekufuran" atau "Syirik Akbar". Wal Iyazubillah.
Inilah sebabnya setiap murid pada Jalan Ma'rifat dilatih dengan Zikrullah serta sistem penyucian jiwa. Ketika datang lintasan, maka Zikrullah yang sentiasa berdiri di dalam hati akan segera menolak lintasan tersebut sehingga terselamatlah mereka dari dosa Syirik (syirik khafi)
Kemusykilan 3 :
Sebahagian penuntut yang mendalami Ilmu perbahasan Sifat 20 mendakwa begini : "Tawakkal kepada makhluq bukan suatu dosa kerana ianya tak dapat dielakkan." Atau mereka berkata : "Tawakkal kepada makhluq bukan suatu dosa kerana ianya dimaafkan"
JAWAPAN :
Kedua2 ungkapan di atas BUKAN pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen). Ianya adalah pendirian Golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah. Meskipun barangkali mereka mengaku mereka kiyai, ustad, muallim dsb. namun mereka adalah pendusta dan penyamar di kalangan Ahlus Sunnah. Mereka telah terang2an menentang Al-Qur'an, Hadith dan Ijma' Ulama Mu'tabar. (Yang kami maksudkan dengan Ulama Mu'tabar adalah Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang menjadi Pemimpin Ummat sepanjang zaman. Mereka adalah Pemimpin kepada jalan lurus — satu2nya jalan yang di- Rahmati Allah. Mereka BUKAN pendusta Agama).
Adapun yang dimaafkan adalah khatir (lintasan) seperti jawapan kami pada Soalan kedua di atas. Hujjah2nya telah banyak kami sebutkan sebelum ini, maka tidak diulangi lagi.
SIRI 43 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Kemusykilan dan Jawapan:
Kemusykilan 4:
Jika seseorang memohon suatu pertolongan kepada manusia lain, apakah ianya menjadi kesalahan atau dianggap sama seperti Tawakkal kepada makhluq?
JAWAPAN :
Tidak.
Memohon pertolongan kepada manusia lain dalam urusan kehidupan di atas muka bumi adalah harus dan tidaklah termasuk larangan, selama TIDAK bergantung hati kepada makhluq dan TIDAK menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan kepada keupayaan makhluq.
Memang benar , Memohon pertolongan secara mutlaq adalah kepada Allah Ta'ala semata2. Misalnya memohon secara umum sihat tubuh badan, mohon murah Rezeki yang halal, Mohon Keselamatan diri dan ahli keluarga ..... semua ini semata2 ditujukan kepada Allah Ta'ala kerana Dia Yang Maha Kaya, Dia Yang Maha Pemberi Rezeki, Dia Yang Maha Pemberi Perlindungan.
Walau bagaimanapun memohon pertolongan kepada manusia untuk suatu keperluan kehidupan adalah harus. Misalnya seseorang buruh memohon pekerjaan kepada Pemilik Syarikat, atau pesakit memohon rawatan doktor, atau seseorang memohon pertolongan mekanik untuk baiki keretanya yang rosak.
Tolong-menolong sesama manusia adalah setengah dari tanda2 kelemahan dan kekurangan manusia. Sekalian makhluq adalah lemah, tiada daya upaya. Allah Taala menjadikan manusia saling memerlukan untuk menyempurnakan urusan kehidupan atas muka bumi. Petani memerlukan benih dan baja untuk menghasilkan tanaman. Penjual benih dan baja memerlukan beras dan sayuran yang di- hasilkan oleh Petani. Peniaga memerlukan pengangkutan dan logistik untuk ekspot barangannya ke tempat lain. Syarikat pembinaan memerlukan bantuan berbagai pihak yang menghasilkan simen, batu, pasir, kayu, besi untuk mendirikan bangunan. Peniaga, pedagang, doktor, polis, Guru memerlukan makanan laut yang diusahakan oleh nelayan. Begitulah Taqdir Allah Taala menjadikan manusia saling menolong di dalam urusan kehidupan di atas muka bumi.
Bahkan di dalam mencapai kebaikan ukhrawi juga Allah Ta'ala perintahkan kepada manusia supaya saling menolong kepada pekerjaan akhirat, Keimanan dan Ketaqwaan ...
✨🕌✨ Firman Allah :
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan Taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."
[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]
Maka kuncinya di sini (sebagaimana kami sudah jelaskan sebelum ini) :
1. Jangan bergantung hati kepada makhluq (jangan menyakini makhluq mempunyai kuasa menentukan sesuatu / menghasilkan sesuatu)
2. Jangan sesekali menyandarkan keupayaan melakukan sesuatu kepada kemampuan diri atau makhluq.
3. Jangan sesekali menyandarkan kejayaan atau suatu keberhasilan kepada kemampuan diri atau makhluq lain.
sebaliknya...
1. Gantungkan segala harapan kepada Allah Ta'ala semata2.
2. Sentiasa melihat Anugerah Allah Ta'ala untuk melakukan suatu pekerjaan sama ada yang kecil atau besar, sama ada ianya berkaitan dengan urusan kehidupan atas muka bumi atau suatu berkaitan terus kepada Keimanan dan Ubudiyyah.
3. Sentiasa serahkan segala keyayaan dan keberhasilan suatu pekerjaan kepada Allah Ta'ala semata2.
SIRI 44 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Kemusykilan dan Jawapan:
Kemusykilan 5 :
Jika seseorang berusaha ikhtiar adakah bermakna dia Tawakkal kepada makhluq?
JAWAPAN :
Tidak !
Usaha ikhtiar BUKAN bermakna Tawakkal kepada makhluq. Bahkan usaha ikhtiar adalah setengah dari Perintah Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Perintah kepada orang beriman agar "berazam" dan juga "Tawakkal kepada Allah Ta'ala."
✨🕌✨ Firman Allah :
فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُتَوَكِّلِينَ
"Kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. "
[Aali -Imran (3) : Ayat 159]
Perintah Allah ini menggabungkan "Azam", "Usaha Ikhtiar" dan "Tawakkal kepada Allah".
Maka inilah yang benar, menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen) — sentiasa memohon pertolongan Allah di dalam setiap pekerjaan serta serahkan sepenuhnya kepada Allah Ta'ala apa saja hasil yang diperoleh kemudian. Jika Allah Ta'ala Kurniakan kejayaan kepada kamu, bersyukurlah kepada Allah sebanyak2nya. Jika kamu menemui kegagalan, maka akuilah kegagalan itu atas kekurangan dan kelemahan diri. Kemudian berusahalah lagi dengan penuh Tawakkal kepada Allah.
Di dalam istilah Ma'rifat, ini yang dikatakan melihat Af'al Allah pada setiap pekerjaan — melihat dari dalam hati akan setiap Perbuatan Allah serta tenang hati berserta-Nya. Hati berdiri pada Haqiqat sementara zahir pekerjaan berdiri pada Syari'at. Setiap pekerjaan mematuhi hukum-hakam Syari'at sedang hati berpegang kepada ketentuan Allah Ta'ala. Orang yang sampai kepada Maqam ini dikatakan telah mencapai Maqam Tauhid Af'al — iaitu permulaan Tauhid yang hakiki bagi hamba2 Allah yang menuju Allah, dengan menyucikan hatinya dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
Adapun yang dilarang adalah bergantung hati kepada makhluq ketika berusaha ikhtiar atau menyandarkan kejayaan kepada usaha ikhtiar. Iaitu ketika memperbuat sesuatu kebaikan dia merasakan dia mampu melakukan dengan usaha ikhtiarnya dan lupakan Fudhlah Allah Ta'ala. Ketika dia berjaya dia merasakan kejayaan itu hasil usahanya. Perlakuan ini yang dilarang kerana ia menjerumuskan kepada Syirik. (Syirik khafi) — seperti yang telah dibicarakan sebelum ini.
Berusaha tanpa tawakkal kepada Allah menghantarkan seseorang kepada Syirik yang tidak disedari.
Tawakkal kepada Allah tanpa usaha adalah angan2 kosong dan kebodohan. Selama seseorang masih di Maqam usaha kasab, maka dia perlu berusaha ikhtiar menurut hukum Syara'.
Kecuali seseorang yang diAnugerahi oleh Allah Ta'ala Maqam Tajrid, maka ini persoalan lain yang memerlukan perincian yang sangat halus. TIDAKLAH mudah seseorang mencapai Maqam Tajrid, melainkan dia telah mujahadah pada waktu yang lama di bawah pimpinan Mursyid yang Siddiq sehingga Salikin ini diAnugerahi oleh Allah Maqam Mukasyafah yang tahqiq — Maqam tertinggi pada Maqam Tauhid Zat. Orang awam TIDAK akan sesekali mencapainya.
SIRI 45 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.5 Dosa Besar Kelima : Tawakkal kepada makhluq
sambungan....
Ubat dan Penawar:
Kaedah Khusus:
Penawar untuk penyembuhan yang sebenar bagi penyakit hati ini sama seperti yang telah kami huraikan berulangkali sebelum ini, iaitu dengan cara menyucikan hati sebersih2nya dengan amalkan Toriqat (berserta Syari'at — ertinya jangan sesekali meninggalkan Syari'at) yang diwarisi oleh Mursyid yang Siddiq ( Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ) dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Sesungguhnya punca terjadinya seseorang Tawakkal kepada makhluq dan lupakan Allah Ta'ala adalah kerana hatinya yang lalai dari Zikrullah.
Punca manusia menggantungkan nasibnya kepada makhluq dan lupakan pergantungan kepada Allah adalah kerana hatinya diselaputi berbagai "hijab (tutupan)" yang menyebabkan terhalang dari menyaksikan Rahmat Allah Ta'ala.
Punca manusia menyandarkan segala kebaikan, keberhasilan dan keberuntungan kepada usaha ikhtiar dirinya adalah kerana hatinya telah dicemari oleh penyakit2 hati yang tumbuh bercabang2 di dalamnya.
Dengan demikian tiada cara lain untuk keluar dari semua kerosakan dan kebinasaannya melainkan mengambil Penawarnya daripada Mursyid yang Siddiq. Pesakit akan diberikan berbagai ramuan serta menempuh berbagai mujahadah sehingga hatinya benar2 bersih.
Apabila hatinya benar2 bersih, dia TIDAK lagi bergantung hati kepada makhluq, dia TIDAK lagi menyandarkan apa jua kejayaan keapada usaha ikhtiarnya, dia TIDAK lagi memandang makhluq berkuasa tetapi hanya Allah Ta'ala yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu.
Ketika itu dia akan melihat hanya Allah Ta'ala yang berikan kesembuhan, hanya Dia Yang berikan keselamatan, hanya Dia yang Kurniakan Kejayaan, hanya Dia yang Kurniakan sekalian Ni'mat dan Rahmat.
Ketika itu akan berkumandanglah hatinya dengan Kalimat Tauhid....
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
(Tiada daya tiada upaya hanya Allah)
berulang2 tanpa henti, sedang hatinya terus menerus zikir Allah Allah.
Sesungguhnya hal ini BUKAN dibuat2 / BUKAN digagahi / BUKAN memaksa2 diri, tetapi Kalimat suci itu akan zahir dengan sendirinya tanpa paksaan apa pun.
Semua ini berlaku dalam kedamaian dan ketenangan hati yang tiada terungkap...!
Kaedah orang awam:
Orang2 awam yang belum mendapat pimpinan Mursyid yang Siddiq perlu mengikuti langkah2 berikut untuk mengurangkan kesan2 penyakit ini ke dalam hatinya.
(1) Sentiasa sedar dan insaf, bahawa hanya Allah Ta'ala Berkuasa di atas segala sesuatu termasuk sekalian perbuatan kamu.
(2) Sebelum melakukan suatu pekerjaan hendaklah mohon pertolongan Allah Ta'ala, sekurang2nya bacalah ayat Tawakkal iaitu: ( بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ ) meskipun pekerjaan tersebut sudah lazim dilakukan. Misalnya pergi ke tempat kerja, balik dari tempat kerja, ziarahi seseorang, pergi ke bank, pasar, kedai dll. Hal ini akan menghindarkan diri dari pergantungan hati kepada makhluq.
(3) Sebelum memulakan sesuatu tugasan khusus seperti pembentangan kertas kerja atau membina sesuatu projek pembangunan, atau menerbitkan sesuatu yang baharu, maka lazimkan istikharah dan mohon Pertolongan Allah Ta'ala. Akuilah diri kamu hamba yang lemah yang tiada memiliki apa2. JANGAN sesekali memulakan apa juga tugasan / projek / pembinaan / penerbitan dll dengan keegoan sendiri. JANGAN sesekali rasa hebat dengan kemahiran, kecekapan, kepintaran kamu meskipun kamu sememangnya terkenal sebagai pakar. Sebaliknya rasai kehebatan, Keagungan dan Kurnia Allah Ta'ala pada setiap pekerjaan yang kamu lakukan.
(4) Jika kamu mencapai suatu kejayaan, hendaklah cepat2 bersyukur kepada Allah dengan syukur yang sebanyak2 nya kerana "kejayaan" yang kamu capai BUKAN disebabkan keupayaan kamu, BUKAN disebabkan kecekapan kamu, BUKAN disebabkan kepakaran kamu, BUKAN disebabkan segala gelaran2 dunia kamu spt Master, PhD, Drs, Profesor , tetapi ingatlah semua kejayaan tersebut adalah Ni'mat Kurnia Allah Ta'ala.
(5) Jika kamu gagal dalam sesuatu pekerjaan / urusan / tugasan, maka akuilah kegagalan tersebut adalah kelemahan dan kekurangan diri kamu, kemudian berusaha lah lagi dengan mohon Pertolongan Allah Ta'ala. Kitaran seterusnyanya sama seperti di atas.
(6) Sepanjang melakukan apa jua pekerjaan cuba kekalkan ingatan pada Allah. Dengan cara ini hati akan tetap bergantung kepada Allah serta terhindar dari tawakkal kepada makhluq, jauh dari keakuan diri yang membawa kepada Syirik dalam hati.... walaupun hal ini amat sukar sekali bagi orang awam.
(7) Sekiranya datang lintasan dalam hati akan keakuan diri, hendaklah segera kembalikan hati kepada Allah Ta'ala dengan Istighfar, Taubat serta zikirkan Kalimah Tayyibah banyak2. Taubat dan Zikir Kalimah Tayyibah ini WAJIB dilakukan segera ketika itu juga. Jika TIDAK bertindak segera, maka ketika itulah Syirik telah bertapak di dalam hati. Sepanjang masa seseorang berada di dalam keadaan tersebut adalah termasuk dosa yang tidak disedari. Ertinya bermula dari terdetiknya Syirik dalam hati sehingga lah dia bertaubat adalah dihitung dosa yang berat. Dosa hati yang berat ini akan memakan sekalian amal bagaikan api membakar kayu api. Wal Iyazubillah.
SIRI 46 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
Pada lembaran2 yang lalu kami telah bentangkan penyakit2 batin (hati) yang amat berat yang membawa kepada dosa2 besar iaitu Takabbur, Riya', Sum'ah, 'Ujub dan Tawakkal pada makhluq. Kesemua penyakit batin (hati) yang berat ini adalah Syirik Khafi sebagaimana disentuh sepintas lalu ketika huraiannya.
Pada bahagian ini kami membawa sekalian ummat merenungi dan memerhatikan secara khusus Bab Syirik Khafi yang merupakan ancaman terbesar kepada hati seseorang kerana ia membawa kepada rosaknya Iman dan batalnya sekalian amal ibadah. Meskipun Syirik Khafi merupakan ancaman terbesar yang meruntuhkan segala amal ibadah serta merosak Iman, namun kebanyakan orang Islam TIDAK menyedarinya.
Menurut pengalaman kami sendiri mengendalikan berbagai Kursus Asas Fardhu Ain dan Pengajian Kitab, kami dapati kebanykan peserta TIDAK mengetahui secara pasti apa itu Syirik Khafi. Bahkan sebahagiannya tak pernah mendengar pun wujud istilah Syirik Khafi. Bagi mereka semua ini pengetahuan baru. Sangatlah ajaib, Pendokong2 Ahlus Sunnah sendiri TIDAK mengetahui Prinsip2 Pokok dan Asas Ahlus Sunnah. Sungguh kasihan Ummat Akhir zaman.!
Ringkasnya terdapat tiga golongan ummat yang menghadapi kekeliruan bab Syirik Khafi :
Pertama: Orang Awam:
Kebanyakan orang awam tidak mengenali Syirik Khafi, tidak mengetahui wujudnya Syirik Khafi, tidak mengetahui betapa besarnya bahaya Syirik Khafi, dengan demikian mereka tidak peduli mengenainya. Akibatnya terumbang-ambinglah mereka antara Keimanan dan kesyirikan (tanpa disedari)
Kedua : Alim fiqh dan Usuluddin:
Sebahagian besar orang alim fiqh atau Usuluddin mengetahui akan wujudnya Syirik Khafi, mereka tahu bahaya dan kebinasaannya. Namun mereka tidak dapat membuangnya kerana mereka tidak mengetahui jalan2 untuk hapuskan Syirik Khafi ini dari hati mereka.
Ketiga : Golongan Sesat :
Golongan ini menafikan terus wujudnya Syirik Khafi. Pada pendapat mereka segala gerak dan lintasan hati dimaafkan, maka menurut pendapat mereka, persoalan bab keruhanian dan Ilmu Toriqat dan Tasawwuf semua tak wujud. Akibatnya tinggallah mereka di dalam kesesatan dan kebinasaan.
Wal Iyazubillah.
SIRI 47 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
sambungan....
Definisi Syirik:
Syirik berasal dari akar kata ( شَرَكَ ) bermaksud "kongsi", "berkongsi", "sekutu", "usaha bersama", "penyatuan dua pihak".
Maka yang dikehendaki dengan Syirik pada sisi Syari'at adalah : Mempersekutukan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya (Perbuatan-Nya), atau Asma'-Nya (Nama2-Nya yang Maha Agung), atau Sifat-Nya atau pada Zat-Nya Yang Maha Suci.
Dalam sebutan lain, Syirik kepada Allah Ta'ala adalah mengadakan Sekutu2 bagi Allah sama ada zahir (anggota tubuh) atau batin (hati).
Dua Jenis Syirik:
Menurut pegangan Ahlus Sunnah, Syirik terbahagi kepada 2 bahagian besar :
Pertama : Syirik Akbar / Syirik Jali / Syirik terang2an
Ini adalah Syirik Besar yang menjadikan seseorang murtad (keluar dari Agama).
Sebab2 terjadinya adalah kerana I'tiqad (yakin di dalam hati) , perkataan atau perbuatan yang menunjukkan secara terangan2 akan penyembahan kepada selain Allah. Seperti perbuatan menyembah tokong, menyembah berhala, menyembah matahari, bulan, bintang dsb. Atau di dalam perkataan secara terangan2 berkata : Ada Tuhan selain Allah. Atau seseorang i'tiqad (yakin di dalam hati) bahawa ada sembahan selain Allah. Semua ini menjadikan seseorang Muslim MURTAD terus. Tiada maaf kecuali dia mengucap Syahadah kembali dan bertaubat sungguh2 tidak akan mengulangi lagi.
Keterangan darihal Syirik Jali dijelaskan di dalam Kitab2 Usuluddin.
Kedua : Syirik Khafi (tersembunyi)
Adapun Syirik khafi adalah syirik tersembunyi. Ianya dikatakan syirik yang tersembunyi kerana syirik ini terpendam di dalam hati. Tidak diketahui oleh manusia lain kecuali dirinya dengan Allah Ta'ala. Namun ada kalanya syirik tersembunyi ini akan terzahir / terpancar dari perkataan dan perbuatan seseorang yang memiliki sifat2 ini.
Ada kalanya syirik terpendam ini terzahir di dalam keadaan kehidupan biasa atau mungkin juga ketika terjadi suatu peristiwa yang menggugah perasaannya. Atau suatu cabaran yang menggugat kedudukannya pada pandangan manusia. Contoh yang paling besar besar di dalam kejadian manusia adalah kisah Iblis dengan Nabi Adam. (sebagaiman telah dijelaskan sebelum ini).
Menurut Ulama Ahlus Sunnah, Syirik khafi TIDAK menggugurkan IMAN seseorang, tetapi jika dia mengekali Syirik Khafi ini tanpa taubat SEGERA dan tidak berusaha bersungguh2 menjauhkannya, maka ia boleh membawa kepada KEROSAKAN IMAN dan boleh HAPUSKAN AMAL seseorang seperti api memakan sekam.
Dari suatu sudut pandang, Syirik khafi ini tidak kurang bahayanya dengan Syirik Jali kerana lazimnya syirik ini tidak kelihatan lantaran terpendam di dalam hati. Bahkan dari suatu sudut, Syirik Khafi lebih merbahaya bagi orang beriman kerana Ummat ini TIDAK akan sembah berhala berupa patung, kayu atau benda2 lain. Tetapi mereka menyembah "berhala hati" yang bermaksud "menyembah" diri sendiri " atau "menyembah" makhluq lain berupa nafsu, Iblis, kekayaan dunia, pangkat dll. Oleh kerana ini Nabi ﷺ bersabda :
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
Keterangan darihal Syirik Khafi, sebab2nya, jenis2nya, jalan2 penyakit ini terbentuk dalam hati dan cara2 merawatnya sehingga hati kembali kepada kesucian diri yang asal dijelaskan di dalam kitab2 Tasawwuf dan Ma'rifat.
Inilah sebabnya mempelajari hal ehwal penyakit hati yang paling berat ini daripada ahlinya, iaitu Mursyid yang Siddiq dan seterusnya mujahadah melawan nafsu kejahatan, melawan bisikan2 Syaitan, berzikir sungguh2 membersihkan hati dengan Pimpinan beliau menjadi Fardhu Ain (wajib atas setiap diri yang mukallaf).
SIRI 48 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
sambungan....
Hujjah penting berhubung Syirik Khafi:
Berikut adalah sebahagian dari Dalil dari Kitabullah dan Hadith Rasulullah ﷺ berserta Ijma' Qias Ulama Mu'tabar berhubung dengan bahaya Syirik Khafi kepada Iman dan Ibadah.
Hujjah Pertama : Syirik Khafi adalah suatu bentuk "penyembahan" kepada makhluq.
✨🕌✨ Firman Allah :
اتَّخَذُواْ أَحْبَـرَهُمْ وَرُهْبَـنَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهاً وَحِداً لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَـنَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan
[At-Taubah(9) : Ayat 31]
Rasulullah ﷺ memberikan tafsiran berkenaan perbuatan "menyembah" .
Adi bin Hatim (ketika itu belum Islam) menghadap Rasulullah ﷺ dengan salib di lehernya, dia berkata: ”Mereka tidak pernah menyembah (para pendeta)” Rasulullah bersabda: ˜Ya (mereka menyembah para pendeta). Jika (para pendeta) mengharamkan kepada mereka sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram, mereka mengikuti (para pendeta itu) maka itulah cara mereka menyembah pendeta mereka”
[Imam Ahmad dan At-Tirmidzi].
Hujjah ke-2 : Syirik Khafi sangat susah dikenali kerana terpendam di dalam hati:
✨🕌✨ Firman Allah :
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 22]
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
“Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.
[Tafsir Ibnu Abbas]
SIRI 49 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
sambungan....
Hujjah ke-3 : Syirik Khafi menghalang Tauhid:
✨🕌✨ Firman Allah :
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا “
"Barangsiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.
[Al-Kahf (18) : 110]
Apakah maksud Kalam Allah ini... " وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا " (jangan mempersekutukan apa pun di dalam Ibadat kepada Tuhannya) ?
Apakah maksud "mempersekutukan Allah di dalam ibadat"?
Adakah maksudnya di sini "sembah berhala"?
atau "sembah Tokong"?
atau "sembah Matahari"?
atau "sembahan2 lain seperti yang di akukan oleh orang kafir"?
Sudah tentu jawapannya BUKAN...!
Tak mungkin bagi seseorang yang beriman mengerjakan Solat sambil sembah berhala.. TAK MUNGKIN!
Tak mungkin bagi seseorang yang beriman berpuasa sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!
Tak mungkin seseorang yang beriman mengerjakan Ibadah Haji sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!
Jadi apakah maksud sebenar yang dikehendaki dengan Ayat ini?
Al-Imam Kabir Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berikan jawapannnya.
Berkata Imam Jilani :
Untuk mencapai tujuan ini (mencapai Ma'rifat Zat iaitu mencapai Tauhid yang sebenar2 Tauhid yang hakiki), manusia wajib meninggalkan sesuatu yang menyalahi Syari'at dan Toriqat. Hal ini akan dapat diperoleh dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun pahit dan melakukan riadhah ruhaniyyah dengan tujuan mencapai redha Allah serta bersih dari Riya' dan Sum'ah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi ayat 10" (Firman Allah diatas)
[Tamat petikan dari kitab Sirrrul Asrar]
Dengan tafsiran beliau kita dapat memahami ayat ini ditujukan kepada pencari2 Ketuhanan yang tulus ikhlas mencari Allah, mencari wajah Allah, mencari Tauhid yang hakiki. Mereka menempuh sendiri riadhah keruhanian dengan sungguh2 menyucikan batin nya / hatinya daripada segala macam Syirik Khafi (takabbur, 'ujub, riya' sum'ah,dll) dengan pimpinan Guru yang Arif. (Mursyid yang siddiq)
Maka jadilah maksud " وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا " itu sebenarnya adalah ditujukan kepada semua orang Islam yang ingin mencapai Tauhid yang hakiki / Tauhid yang sebenar2 Tauhid, maka WAJIBLAH bagi mereka jauhkan sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati. Hanya dengan cara ini seseorang akan sampai kepada Allah, iaitu mencapai Tauhid yang hakiki / Ma'rifat yang dituntut.
Ayat ini TIDAK dimaksudkan kepada Syirik Akbar, iaitu penyembahan kepada makhluq yang jelas nyata, umpamanya Sembah patung berupa batu, kayu atau lainnya. BUKAN juga bermaksud menyembah matahari, bulan, bintang dll. BUKAN juga bermaksud menyungkur sujud di hadapan pokok, busut, gua atau lain2 yang dianggap bekuasa.
Maka fahamilah dengan sebenar2nya hantaran ayat ini sebagaimana yang telah difahami, diijtihad dan difatwakan oleh Ulama Ahlus Sunnah yang benar (tulen)
SIRI 50 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.6 Penjelasan Khusus : Dosa Besar Syirik Khafi:
sambungan....
Hujjah ke-4 : Syirik Khafi hapuskan segala amal
✨🕌✨ Firman Allah :
وَلَقَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَٮِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”
[Surah az-Zumar (39) : ayat 65]
Hujjah ke-5 : Syirik Khafi — penyembahan kepada Nafsu:
✨🕌✨ Firman Allah:
أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
[Al-Furqan, (25) : 43 ]
Hujjah ke-6: Rasulullah ﷺ terlebih bimbang pada Ummat akan Syirik Khafi
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
Hujjah ke-7: Syirik khafi lebih bahaya dari Fitnah Dajjal:
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ
(Ketika para sahabat saling mengingatkan berkenaan Fitnah Dajjal), Rasulullah ﷺ bersabda, "Mahukah aku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku khuwatirkan terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad Dajjal?"
(berkata Abu Sa'id — perawi),
Kami menjawab, "bahkan kami mahu."
Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan Solat dan membaguskan Solatnya itu kerana ada seseorang memperhatikannya."
[Ibnu Majah]
Bersambung siri 51 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment