Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MENGAPAKAH PENDIDIKAN RASULULLAH TERTUMPU KEPADA PENYUCIAN HATI?
Apakah rahsianya hati?
Mengapakah pendidikan hati diutamakan daripada lain2nya?
Mengapa Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ tertumpu kepada penyucian hati dan pembinaa Taqwa?
Apakah rahsia dan hikmah tersimpan di dalam Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ ini ?
Mengapakah tidak membentuk Sistem Politik dan rampas kuasa pemerintahan lalu sebarkan da'wah?
Mengapakah tidak membentuk Sistem Ekonomi dan menjadikan para sahabat menjadi kaya-raya dan dengan kekayaan tersebut boleh sebarkan Da'wah?
Mengapakah tidak membentuk pasukan tentera yang gagah agar dapat melawan Abu Jahal dan sebarkan Islam dengan aman ke seluruh dunia?Kuasa Pemerintahan itu perlu, namun itu BUKAN matlamat Da'wah Rasulullah ﷺ Kuasai ekonomi dan mencari kelapangan rezeki itu bagus tetapi itu BUKAN matlamat Rasulullah ﷺ diutus.
Kuasa ketenteraan perlu untuk mempertahankan diri dan negara, namun itu BUKAN keutamaan Risalah Rasulullah ﷺ.
Di dalam bahasa yang dipermudahkan semua ini BUKAN manhaj Al-Quran, BUKAN kehendak Allah Ta'ala. matlamat utama adalah IMAN dan TAQWA.
Apakah hikmahnya sistem pendidikan Rasulullah ﷺ menumpukan kepada didikan hati sehingga tercapainya Iman dan Taqwa dan bukan sibukkan diri dengan jalan2 lain?
Apakah rahsia tersimpan di dalamnya?
Jawapannya...
Hati adalah tempat terbitnya segala gerak, keinginan, kemahuan manusia.
Hati adalah tempat pertarungan
IMAN (yang dibantu oleh Malaikat) dengan nafsu kejahatan (yang disokong oleh
Iblis.)
Hati adalah tempat tersimpannya
Rahsia Insan dan Rahsia Ketuhanan.
Hati adalah tempat terbitnya
cahaya TAUHID atau kegelapan SYIRIK.
Hati adalah tempat perhitungan
kebahagiaan abadi atau kecelakaan abadi.
Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Rasulullah ﷺ bersabda :
أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ
صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ
الْقَلْبُ
“Ketahuilah bahwa di dalam jasad itu ada
segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rosak, maka
rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung sanubari).”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Oleh kerana hati menjadi sumber
segala kebaikan atau kecelakaan, maka sumber ini perlu disucikan dahulu. Oleh
kerana hati menjadi medan pertempuran antara Iman dan Kekufuran, maka medan ini perlu ditawan dahulu. Sekalian
sifat nifaq (kemunafikan), mazmumah (kekejian) dan syirik khafi (syirik tersembunyi) mesti dicabut dari akar
umbinya. Amat mudah untuk membersihkan
fizikal tubuh badan manusia daripada sembahan kepada berhala yang berupa batu,
patung, matahari, bulan atau lain2nya.
Namun amat sukar menyucikan batin manusia daripada "berhala
hati" berupa ego sombong takabbur,
cakap besar, angkat diri, sum'ah, 'ujub, riya', tawakkal kepada makhluq dll
penyakit hati yang bersarang di dalam hati manusia.
Bagaikan sebuah ladang yang
dipenuhi oleh lalang dan anasir2 perosak, maka pertama sekali yang perlu
dilakukan oleh seseorang peladang adalah mencabut lalang dan anasir perosak
dari akar umbinya. Setelah ladangnya dibersih
kan dari kesemua perosak barulah peladang dapat membajak dan menanam benih yang
terpilih untuk bercucuk tanam dan meraih hasilnya yang lumayan. Tak mungkin benih yang terbaik sekalipun
tumbuh subur dan memberikan hasil lumayan andainya tanah tersebut semak samun
dipenuhi anasir perosak.
Demikianlah ibaratnya hati insan
yang telah bersih dari kesemua kekotoran, kekejian, dan kesyirikan, kemudian
bercahaya hati itu dengan cahaya Ketuhanan,
barulah “benih TAUHID yang suci”
terpancar dari HATINYA.
Kemudian terbit lagi ibadah dan amal2 kebaikan yang
benar-benar ikhlas.
Demikian sebuah ibarat menggambarkan Sistem Pendidikan Unggul
Rasulullah ﷺ yang utamakan didikan hati daripada sistem
pendidikan lain, yang pasti didikan ini bukan kehendak Rasulullah ﷺ tetapi berpaksi dari Wahyu Ilahi Yang Maha
Agung. Semua ini adalah rencana Ilahi Yang Maha Mengetahui segala rahsia insan.
Apabila Iman dan Taqwa menguasai
hati, pada setiap saat, dia hanya akan memikirkan jalan mencari keredhaan
Allah.
Setiap saat hatinya berzikir
Allah Allah, maksudnya pada setiap pekerjaan terlihat Allah padanya.
Jika diberi amanah, maka dia akan
pegang sungguh2 dan tunaikan haq-haqnya kerana dia melihat Allah yang kurniakan
dia amanah tersebut.
Jika dia berkuasa sebagai Raja,
Sultan, Perdana Menteri, Pegawai Agama, dia akan mendirikan keadilan. Dia tidak berani menzalimi rakyat. Dia tak
berani mengambil satu sen pun dari harta rakyat kerana pada setiap saat dia
terlihat dirinya berdiri di hadapan Allah di Mahkamah Pengadilan.
Sebaliknya, orang yang tidak
terdidik dengan sistem penyucian hati ini akan sentiasa terdedah kepada bisikan
nafsu kejahatan dan Syaitan yang membisikkan kekufuran. Hatinya akan dipenuhi
oleh dunia dan perhiasannya. Jika
diberi amanah, dia akan khianat. Jika diberi kuasa sebagai Pemerintah dia akan
menjadi zalim dan fasiq. Jika diberi
kekayaan, kuasa, pangkat, kedudukan ...dia akan menjadi sombong takabbur.
Inilah rahsianya.
Inilah hikmahnya.
Inilah sebabnya mengapa penyucian
hati diutamakan dari yang lain2. Sesiapa
sahaja dari kalangan Ummat Islam mengikuti didikan ini akan mencapai kemenangan
dunia akhirat.
Wallahu A'lam
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻
PERINTAH SUCIKAN HATI TURUN SEBELUM PERINTAH SOLAT
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Wahyu Pertama memerintah agar Rasulullah ﷺ mendirikan Zikrullah, Muraqabah dan Musyahadah.
Jarak antara turunnya wahyu pertama “Iqra” kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan turunnya Wahyu Perintah Solat (iaitu ibadah syari’at yang pertama ) adalah 10 tahun. Kewajipan solat diperintah kepada Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda pada peristiwa Isra Mi'raj, setelah 10 tahun Kenabian Baginda.
Persoalan penting di sini :
Apakah Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah para Sahabat Baginda selama 10 tahun itu? Adakah mereka semata2 “goyang kaki” tak berbuat apa2 selama 10 tahun tersebut lalu mencapai keimanan yang tinggi?
Menurut Ulama Mu"tabar, Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan para Sahabat Baginda selama 10 tahun itu adalah Zikrullah serta beberapa Disiplin Mujahadah yang lain.
Di dalam ertikata yang lebih tegas apa yang berlaku adalah :
Selama 10 tahun berlaku Proses Penyucian HATI melalui Sistem Tarbiyyah yang penuh sistematik dan sempurna….!
Rasulullah membimbing, memimpin dan mengasuh jiwa para sahabat dengan Zikrullah dan mujahadah lain sehingga jiwa mereka benar2 suci bersih dari segala macam kesyirikan (syirik khafi – syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati). Melalui jiwa yang benar2 bersih inilah terpancar keimanan yang teguh, keyakinan yang tiada tergoyah, dan Ma’rifat yang tinggi sehingga mereka benar2 mengenal Allah serta menyempurnakan ubudiyyah zahir batin.
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyuciukan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati sebagai bekal?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (pewaris nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pengasuh untuk menyucikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (Khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Adakah kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat?
Wal Iyazubillah. .
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻
MENGAPA PENYUCIAN HATI DIDAHULUKAN?
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Apakah rahsianya hati dan apakah
rahsianya zikrullah?
Apakah rahsia Sistem Pendidikan
Rasulullah ﷺ ini?
Apakah hikmahnya sistem
pendidikan Rasulullah ﷺ menumpukan kepada didikan hati?
Apakah hikmahnya Allah Ta'ala
perintahkan supaya pendidikan hati dididahulukan ?
Jawapannya...
Hati adalah tempat tersimpannya Rahsia Insan dan
Rahsia Ketuhanan.
Hati adalah tempat terbitnya cahaya TAUHID atau
kegelapan SYIRIK.
Hati adalah tempat pertarungan
IMAN (yang dibantu oleh Malaikat) dengan NAFSU
kejahatan (yang disokong oleh Iblis dan kuncu2nya).
Hati adalah tempat terbitnya segala gerak,
keinginan dan kemahuan manusia.
Hati adalah tempat perhitungan
kebahagiaan atau kecelakaan.
Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya
beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang
mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging
apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia
nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
[Imam Bukhari]
Oleh kerana hati menjadi sumber
segala kebaikan atau kecelakaan, maka sumber ini perlu disucikan dahulu. Medan
ini perlu ditawan dahulu. Sekalian sifat nifaq (kemunafikan), mazmumah
(kekejian) dan syirik khafi
(syirik tersembunyi) mesti dicabut dari akar umbinya.
Bagaikan sebuah ladang yang dipenuhi
oleh lalang dan anasir2 perosak, maka pertama sekali yang perlu dilakukan oleh
seseorang peladang adalah mencabut lalang dan anasir perosak dari akar
umbinya. Setelah ladangnya telah bersih
dari kesemua perosak barulah peladang dapat membajak dan menanam benih yang
terpilih untuk bercucuk tanam dan meraih hasilnya yang lumayan.
Demikianlah ibaratnya hati insan perlu disucikan terlebih dahulu sebelum
mampu menerima cahaya ketuhanan.
Apabila hati telah bersih dari kesemua kekotoran,
kekejian, dan kesyirikan, kemudian bercahaya hati itu dengan cahaya ketuhanan, barulah “benih TAUHID yang suci” terpancar dari HATInya. Kemudian
terbit lagi ibadah dan amal2 kebaikan yang benar-benar ikhlas.
Inilah Sistem Tarbiyyah yang dipelopori
oleh Rasulullah ﷺ kemudiannya diikuti oleh
para sahabah kemudian Ulama Tabi’in, kemudian Ulama Tabi’it-Tabi’in,
kemudian diwarisi oleh sekalian Shaikh Mursyid / Ahli Ma’rifat yang benar sampailah ke zaman
ini dan akan terus bersambung sampai Qiamat.
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyuciukan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati sebagai bekal?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (pewaris nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pengasuh untuk menyucikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (Khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Adakah kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat?
Wal Iyazubillah.
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..
🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻
APAKAH IBADAH NABI DAN SAHABAT SELAMA 10 TAHUN DI MAKKAH?
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ramai sekali cerdik pandai zaman ini melaungkan ungkapan2
yang sedap didengar..... antaranya...
"Perjuangan Nabi",
"Jihad Fisabilillah",
"Perjuangan di Jalan Allah",
"Daulah Islamiyyah"
serta ungkapan2 lain yang hebat... tetapi apabila ditanya apakah Amal
Ibadah Nabi di Makkah selama 10 tahun
baginda diutus sampai turunnya perintah Solat, mereka terpinga2 tiada jawapan.
Sejak Baginda Rasulullah diutus oleh Allah dengan wahyu pertama
Iqra', sampailah Baginda diangkat ke
Arasy untuk menerima perintah Solat, tidak ada ibadah syari'at diturunkan. Belum diwajibkan solat, belum diwajibkan
puasa, zakat, haji, jihad dengan senjata atau lainnya.
Jika demikian, apakah ibadah Nabi dan Sahabat selama 10 tahun
itu?
Bagaimanakah pula Sistem Tarbiyyah Nabi selama 10 tahun di Makkah, sebelum turunnya
perintah Solat? Apakah yang baginda
lakukan?
Sebahagiannya gagahkan diri cuba menjawab berdasarkan
pemikiran aqal sempit begini...
- Rasulullah dan sahabat baca ayat Qur'an dan terus kuat Iman...!?
- Rasulullah dan Sahabat tak buat amal ibadah apa2, mereka cuma beriman sungguh2 dan terus jadi kekasih Allah...!?
- Rasulullah dan Sahabat baca fadail (kelebihan amal) dan terus kuat Iman...!?
- Semua pendapat ini hanyalah sangkaan yang tidak berdiri di atas hujjah yang benar. Mana mungkin hati yang telah karat dengan karat jahiliyah dan kekufuran menjadi suci dalam sekelip mata?
- Mana mungkin sekadar mengucap Kalimah Syahadah terus menjadi teguh Imannya?
- Mana mungkin hanya dengan lafaz dan teori2 seseorang mampu mencapai Maqam Taqwa / Ihsan / Ma'rifat yang tinggi di sisi Allah?
- Mana mungkin hanya dengan syarahan dan seminar, seseorang mampu menyucikan hatinya sehingga mencapai hamba yang dikasihi Allah?
Semua dakwaan tersebut hanyalah
angan2 serta tipu daya nafsu.
Jika benarlah seseorang mampu
mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah tanpa berbuat apa2 atau sekadar ucap syahadah,
atau sekadar mengaku beriman sungguh2...
sudah tentu para Sahabat sekaliannya boleh mencapainya dalam sehari
saja.
Jika benarlah seseorang mampu
mencapai kedudukan tinggi di sisi Allah hanya sekadar duduk2 diam dan berteori,
sudah tentu para Ulama Mu'tabar terdahulu tak perlu mujahadah selama puluhan
tahun sebelum mereka dikurniakan oleh Allah maqam Mahmud, maqam tinggi di sisi-Nya.
Andainya benar keimanan dan
ketaqwaan yang tinggi mampu dicapai hanya dengan bacaan buku, kuliah2, mahirkan diri dengan ilmu kalam, sudah tentu
Imam Ghazali tidak meninggalkan jawatannya sebagai Guru Besar Universiti
Nizamiyyah lalu bersuluk (uzlah khusus) selama 11 tahun di bawah asuhan Ahli
Ma'rifat.
Jika kedudukan tinggi di sisi
Allah dapat dicapai hanya sekadar mahir segala ilmu alat dan ilmu zahir, sudah
tentu Al Imam Sulton Auliya tak perlu berkhilwah di Runtuhan Baghdad selama 30
tahun...!
Demikian sekalian Ulama Solihin
dan Muttaqin, melakukan mujahadah selama puluhan tahun di bawah asuhan dan
didikan Shaikh mereka sebelum mereka dikurniakan oleh Allah maqam kehampiran
dengan Allah, mencapai Maqam Tauhid dan Taqwa yang tinggi.
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Apakah sebenarnya Ibadah Rasulullah dan sekalian sahabah selama 10 tahun di Makkah sebelum turunnya kewajipan solat?
2. Apakah rahsia Tarbiyyah Rasulullah ﷺ ke atas para Sahabat sehingga mencapai maqam yang begitu tinggi di sisi Allah?
Pasti di sana suatu Sistem Tarbiyyah unggul telah terjadi sehingga para Sahabat yang asalnya buta huruf dah tiada pengetahuan apa2 akhirnya menjadi orang2 yang arif mengenal Allah serta menjadi kekasih2 Allah mencapai Maqam Taqwa yang tinggi.
Pasti di sana telah berlaku
Tarbiyyah khusus oleh Rasulullah ﷺ
ke atas para Sahabat sehingga mereka menjadi manusia2 suci....!
- Apakah Sistem Tarbiyyah tersebut?
- Apakah Rahsianya?
- Siapakah mewarisi Sistem Tarbiyyah Unggul itu?
No comments:
Post a Comment