■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF-TORIQAT
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 61 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
8.0 Cabang Penting :
sambungan...
Cabang 9 : Wahyu Pertama dan Hubungannya dengan Mursyid
Mursyid atau Ahli Sufi adalah hamba2 Allah yang disucikan hati, roh dan Sirri (rahsia diri yang sangat dalam) mereka sehingga layak menduduki maqam Nubuwwah (Kenabian). Mereka adalah Pemimpin2 bersifat Rabbaniyyah yang menyeru manusia kepada Tauhid yang benar. Mereka BUKAN Nabi tetapi memiliki ruh Kenabian. Mereka bukan Rasul tetapi mendukung ruh Risalah. Mereka tidak membawa syari'at baru sebaliknya menjunjung tinggi, mempertahankan dan memperjuangkan Syari'at Nabi Muhammad ﷺ.
Mursyid atau Ahli Sufi adalah hamba2 yang dipilih oleh Allah bagi meneruskan Amanah dan Tugas Nubuwwah sampai Qiamat. Kunci perkataan di sini adalah : "dipilih oleh Allah"
✨🕌✨Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat. Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Mursyid yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki. (rujuk Tajuk Risalah kami bertajuk "Tingkatan Iman, Tauhid , Ma'rifat" )
Berkata Sulton Auliya Imam Jilani Radhiallahu anhu£_,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah ( Mursyid - Ahli Sufi - Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah Ta'ala melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat petikan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
SIRI 62 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
8.0 Cabang Penting :
sambungan...
Cabang 9 : Wahyu Pertama dan Hubungan nya dengan Mursyid
Syarahan:
Beberapa faedah dari tafsirannya ayat tersebut oleh Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.
🔰Pertama:
Shaikh Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ adalah pilihan Allah.
Hujjahnya ada pada Kalam Allah " ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا " (mereka yang Kami Pilih") iaitu Pewaris2 Nabi yang dikenali sebagai Mursyid adalah semata2 pilihan Allah. Ianya BUKAN pilihan manusia, kerana pangkat, kekayaan, keturunan, atau lain2nya.
🔰Kedua:
Mursyid mewarisi keseluruhan Agama.
Allah Ta'ala melimpahkan / mengilhamkan khazanah dan rahsia2 keilmuan Al Qur'an ke dalam dada Mursyid sehingga mereka menjadi orang yang benar2 Arif. Allah Taala Kurniakan Hikmah kebijaksanaan sehingga dengan hikmah kebijaksanaan tersebut mereka memimpin Ummat manusia kepada Allah.
🔰Ketiga:
Cara Lantikan Mursyid melalui ilham kepada Gurunya.
Mungkin ramai yang tertanya2, jika ianya pilihan Allah, apakah cara Allah Ta'ala sampaikan pilihan Dia kepada umum?
Caranya adalah :
Allah Ta'ala ilhamkan kepada Guru yang sedang memimpinnya (melalui Kasyaf) akan "pilihan" / "lantikan tersebut, kemudian Gurunya akan isytiharkan kepada murid2nya dan orang2 sekelilingnya pilihan Allah itu.
Gurunya BUKAN melantik seseorang menjadi Pewaris Nabi / Mursyid mengikut nafsunya atau disebabkan kerana keturunannya, atau kerana bangsanya atau kerana pangkat dunianya atau lain2... BUKAN....! Sebaliknya semata2 berdasarkan Petunjuk Allah kepadanya.
🔰Keempat:
Generasi Pertama Mursyid adalah Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina 'Ali Ridhwanullahi Alayhi Ajma'in yang telah menerima Amanat Rasulullah ﷺ melalui bai'at.
Generasi kedua Mursyid adalah Ulama Tabi'in yang menerima Warisan Rasulullah dari tangan Khulafa Ar-Rasyidin dengan jalan yang amat teliti dan suci — melalui bai'at (sumpah setia) dan musyafahah (berhadapan dan menerima dari lisan guru) berserta limpahan cahaya Ketuhanan.
Generasi ketiga Mursyid adalah Ulama Tabi- it- Tabi'in yang menerima Warisan Rasulullah dari tangan Tabi'in dengan jalan yang sama — melalui bai'at (sumpah setia) dan musyafahah (berhadapan dan menerima dari lisan guru) berserta limpahan cahaya Ketuhanan.
Generasi keempat, kelima, keenam dan seterusnya menerima dari Guru sebelumnya dengan jalan yang sama — melalui bai'at (sumpah setia) dan musyafahah (berhadapan dan menerima dari lisan guru) berserta limpahan cahaya Ketuhanan.
🔰Kelima:
Mursyid yang siddiq adalah sebenar2 Wakil Allah dan Rasul yang menjadi Pemimpin Ahlus Sunnah. Di tangan merekalah kesucian Risalah yang tidak ubah2 atau diselewengkan, sedangkan selain mereka mengubah2 ajaran Rasul dan membawa kepada kesesatan. Mursyid yang siddiq adalah Pemelihara Agama yang benar. Walaupun seluruh dunia berserta pemimpinnya rosak binasa, mereka tetap berdiri menjunjung tinggi panji2 Islam sampai Qiamat.
Demikian rencana Ilahi yang amat rapi bagi keselamatan Ummat manusia seluruhnya. Pada setiap zaman, pada setiap tempat, pada setiap Wilayah dunia pasti ada di sana Pewaris Nabi yang siddiq yang dipanggil Mursyid (Ahli Sufi atau ahli Ma'rifat) yang menyeru kepada Tauhid yang benar sampai Qiamat.
(Huraian lanjut berkenaan Mursyid, syarat2 Mursyid, kelayakan Mursyid dibincangkan berasingan di dalam Tajuk Risalah "Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq" — sila rujuk untuk memperoleh Pengetahuan penuh)
SIRI 63 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
10.0 Rumusan Awal Dalil2 Kewajipan Toriqat - Tasawwuf
10.1 Berdasarkan Dalil2 Al-Qur'an, Hadith berserta tafsirannya oleh Ulama Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah yang telah dibentangkan, selayaknya seluruh Ummat Islam sudah sedar bahawa amalkan Toriqat - Tasawwuf adalah FARDHU 'AIN atas setiap diri yang mukallaf sebagaimana kewajipan amalkan Fiqh. Meninggalkannya menghantarkan seseorang kepada kefasikan dan kekufuran.
10.2 Berdasarkan dalil2 qat'ie (terang nyata dan putus), di antara sebab2 wajib amalkan Toriqat - Tasawwuf adalah :
(1) Membersihkan hati dari syirik khafi — syirik tersembunyi : 'Ujub, Riya', Sum'ah, Takabbur, Tawakkal kepada makhluq. Semua ini adalah terhitung dosa2 besar yang memakan amal dan mengikis Iman.
(2) Membersihkan hati dan tingkah laku dari sifat2 mazmumah — iaitu sifat2 keji seperti su-uz-zonn, ( jahat sangka), tajassus (mengintai2 kesalahan orang), ghibah (mengumpat), namimah (adu domba), kazib (pendusta), fitnah (sebarkan cerita dusta dan mendatangkan kesusahan kepada orang lain), hubbud-dunya (cinta dunia), hubbul maal (cinta harta dan mengumpul2 harta), hubbujjah (cinta kepada kemegahan), rakus, tamak, zalim dan banyak lagi kekejian yang bersarang di dalam hati.
(3) Menyuburkan hati dengan sifat2 kepujian yang diredhai Allah — husnuz-zonn (Baik sangka), sabar, tawakkal, syukur, redha.
(4) Membersihkan hati dari ghaflah (kelalaian)
(5) Kekal hati zikir Allah Allah (ingat Allah terus-menerus di dalam hati tanpa berhenti )
(6) Memperoleh Ikhlas sejati
(7) Memperoleh Tauhid yang Suci Murni — mencapai Maqam Ihsan, Maqam Taqwa sebenar
10.3 Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat dengan Ilmu Toriqat selama 10 tahun (Amalkan zikir Allah Allah dalam hati berterusan dan mujahadah lawan nafsu) sebelum diturunkan Ilmu Syari'at / Fiqh (Kewajipan Solat) Ini menunjukkan keunggulan Ilmu Toriqat bagi pembentukan jiwa yang suci murni — Tauhid yang suci murni.
10.4 Toriqat berkait dengan wujudnya Mursyid yang siddiq dan Silsilah Rasulullah ﷺ yang benar. Tidak ada Toriqat tanpa Mursyid yang siddiq (benar), kerana keseluruhan ruh zahir dan batin Sistem Pendidikan Toriqat (bahkan keseluruhan ruh Agama) ada di dalam dada Mursyid yang yang siddiq. Ia adalah rahsia Ilahi yang dituangkan oleh Rasulullah ﷺ ke dalam dada Khulafa Ar-Rasyidin kemudian Khulafa Ar-Rasyidin tuangkannya kepada dada para Ulama Tabi'in, kemudian Tabi'in menuangkannya ke dalam dada Pewaris Nabi yang berikutnya dan begitulah sambung-menyambung perpindahan "tuangan rahsia Ilahi" ini ke dalam dada Pewaris Nabi yang siddiq sampai Qiamat.
10.5 Tasawwuf terkait dengan Ilmu Toriqat. Tasawwuf TIDAK akan terhasil melainkan seseorang melazimkan diri berguru kepada Musyid yang siddiq dan berusaha sungguh2 mengikuti sekalian disiplin Toriqat, serta berkekalan amalkan Syari'at.
10.6 Tasawwuf TIDAK diperoleh dengan hanya bercakap2 / baca kitab / berbahas / diskusi / seminar dsb. Tasawwuf yang benar adalah hiasan hati yang terpancar di dalam perkataan, perbuatan, sikap dan tingkah laku. Tasawwuf menyebut matlamat kesucian hati sedangkan Toriqat menunjukkan jalan mencapai kemuliaan dan kesucian hati.
10.7 Dalil / bukti Paling agung bahawa Toriqat itu bersumberkan Wahyu dan Sunnah Rasulullah ﷺ adalah wujudnya Silsilah Rasulullah ﷺ. Iaitu rantaian pengambilan ilmu terus menerus dari Guru kepada Guru sampai Sahabat Empat dan seterusnya Rasulullah ﷺ tanpa putus.
Sejak zaman Sahabat sampai ke zaman ini, ratusan bahkan ribuan Masyaikh yang meriwayatkan hal yang sama berhubung dengan Toriqat — tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta. Inilah dalil yang sahih lagi marfu' yang menempati hadith yang Mutawatir.
Sepakat Ulama Ahlus Sunnah, bahawa meninggalkan Toriqat -Tasawwuf sahaja pun sudah termasuk golongan fasiq. Apalagi menafikan, mengejek2, menghina, menentang Toriqat sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ — ini terlebih berat hukumannya...!'
Semoga orang2 yang membaca Risalah ini sampaikan kebenaran ini kepada sanak saudara, keluarga dekat atau jauh, teman2 dllnya agar mereka tidak termasuk ke dalam golongan penentang Sunnah Rasulullah ﷺ yang besar ini.
SIRI 64 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.0 Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
Sebagaimana telah dibentangkan sebelum ini Toriqat menunjukkan jalan menyucikan hati bagi memperoleh Tauhid yang benar dan suci. Tanpa amalkan Toriqat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq, seseorang terdedah kepada berbagai kesyirikan iaitu syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) yang menyebabkan dia jauh dari Allah.
Terlalu banyak kebaikan dan kelebihannya yang diperoleh oleh seseorang yang sungguh2 menempuh Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Mursyid yang siddiq iaitu di antaranya yang paling utama : Tauhid yang suci murni, ikhlas yang sejati, khusyu ibadah kepada Allah, ketenangan dan kebahagiaan jiwa, jauh dari tipu daya jinn syaitan dan nafsu dan terhindar dari tipu daya makhluq yang jerumuskan kepada kesesatan. Demikian banyaknya kebaikan yang diperloeh oleh orang yang sungguh2 menyucikan jiwanya dengan disiplin Toriqat Rasulullah ﷺ.
Walau bagaimanapun setiap perkara di dalam Agama ada peraturan, syarat, hukum dan adab2nya yang tertentu. Tidaklah suatu hal agama dilakukan sewenang² tanpa panduan dan peraturan² khusus.
Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) telah menetapkan syarat2 yang perlu ada pada sesebuah Toriqat Ahlus Sunnah yang Mu'tabar ; yang sahih diterima daripada Rasulullah ﷺ.
Telah dimaklumi bahawa Syari'at Rasulullah ﷺ ada dasar2 hukum, prinsip2 pokok, cabang2 dan ranting2nya. Prinsip / Perkara Pokok, WAJIB dipatuhi tanpa soal dan TIDAK boleh diengkari sama sekali. Sementara perkara furu (cabang dan ranting) bergantung kepada kebijaksanaan Ulama menyatakan hukumnya dari semasa ke semasa.
Demikian pula Toriqat Rasulullah ﷺ mempunyai Peraturan, Syarat, Prinsip2 Pokok, Dasar2 Utama yang wajib dipegang dan dihayati. Semua Prinsip dan Dasar pokok telah disebut oleh sekalian Masyaikh (jamak bagi Shaikh) yang Mu'tabar di dalam Kitab2 Tasawwuf / Toriqat. Maka menjadi kewajipan kepada pendokong2 Ahlus Sunnah yang kemudian bepegang teguh kepadanya, TIDAK boleh diengkari sama sekali. Selain dari itu (selain dari perkara prinsip, dasar atau pokok ) di dalam Sistem Toriqat juga terdapat perkara cabang dan ranting. Cabang dan ranting BUKAN perkara DASAR atau POKOK, sebaliknya ia bersifat teknikal yang mungkin berubah mengikut keadaan semasa atau keperluan Ummat. Hal cabang / ranting / teknikal terserah kepada Mursyid yang siddiq / Ahli Ma'rifat yang diamanahkan memimpin Ummat pada satu2 zaman. Mereka lebih arif apa2 yang di- perlukan oleh ummat sezamannya.
Dengan demikian mereka (mursyid yang siddiq) diberi keizinan untuk menyusun strategi2 baru yang diperlukan ummat tanpa merosak sendi2 Agama yang POKOK dan tiada bercanggah dengan PRINSIP2 ASAS Tasawwuf yang telah ditetapkan oleh Masyaikh terdahulu.
Berikut ini adalah rangkuman dan ringkasan perkara2 PRINSIP, DASAR, POKOK yang wajib ada pada sesebuah Toriqat yang di i'tiraf sebagai Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah. Kesemua ini telah disebut oleh Ulama Ahlus Sunnah yang telah masyhur nama mereka sebagai Auliya Allah yang ternama. Di antara nya Imam Besar Ahlus Sunnah Sulton Auliya Qutb Rabbaniy Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Syazili, Imam Junaid, Imam Zarruq, Imam Ghazali, Imam Asy-Sya'rani, Imam Qusyairi dll.
SIRI 65:
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.0 Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
11.1 Prinsip / Syarat Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
Berikut adalah Prinsip2 Terpenting yang wajib ada sesebuah Toriqat yang sahih yang Mu'tabar menurut Ahlus Sunnah :
✍️ Prinsip / Syarat Pertama
Mempunyai Pemimpin keruhanian — Mursyid yang siddiq.
Mursyid yang siddiq (benar) adalah SYARAT terpenting dan PALING UTAMA yang wajib ada pada sesebuah Toriqat yang sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ . Tidak wujud Toriqat tanpa Mursyid yang siddiq sebagai Pemimpinnya. Ertinya Toriqat tanpa Mursyid yang siddiq BUKAN Toriqat dari Rasululah ﷺ tetapi direka2 oleh orang tertentu dengan kepentingan tertentu.
Toriqat mempunyai kaitan rapat dengan keruhanian dan alam ghaib. Ilmu keruhanian dan alam ghaib dipenuhi berbagai kesamaran. TIDAK ada yang memahami sekalian selok-belok keruhanian, godaan2 nafsu kejahatan, tipu daya jinn syaitan dan berbagai lapisan alam ghaib melainkan Mursyid yang siddiq yang benar2 telah terlatih di bawah pimpinan Gurunya yang juga Mursyid yang benar. Tidak ada manusia yang mahir di dalam berbagai Tingkatan nafsu2 kejahatan dan Tingkatan2 Tauhid / Iman melainkan Mursyid yang siddiq yang telah menempuh sendiri perjalanan keruhanian yang panjang (jangkamasa yang lama) dengan pimpinan Gurunya yang siddiq. Tidak ada orang yang alim sekali pun (alim kitab) mampu mengetahui sekalian rahsia2 Ketuhanan, oleh kerana itu tidak layak mendidik manusia kepada Allah Ta'ala, melainkan yang layak hanyalah Mursyid yang siddiq.
Mursyid yang siddiq ini wajib memiliki sifat2 yang layak sebagai Mursyid seperti yang telah di- tentukan oleh Ulama Mu'tabar. Sila rujuk10 syarat Mursyid yang telah disebut terdahulu di dalam Risalah : Mursyid Pewaris Nabi sebenar untuk mengetahui dasar2 hukum dan fatwa Ulama Ahlus Sunnah. Di sini kita cuma sebut ringkasannya sahaja beberapa hal berkaitan Mursyid yag siddiq (benar) yang wajib diambil perhatian oleh ummat.
(1) Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah Rasulullah / Silsilah keruhanian Nabi.
(2) Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir memahami Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi .
(3) Mahir dan dalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.
(4) Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi.
(5) Da'wah (menyampaikan) seruan Islam kepada manusia serta Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar
(6) Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.
(7) Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .
(8) Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut kepada manusia terutama orang beriman Tetapi keras terhadap penyeru2 Kekafiran dan Kesesatan.
(9) Wajahnya, perkataannya, gerak-gerinya memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya.
(10) Terkenal di tempat jauh.
Kesemua Sifat2 / Syarat2 ini telah dibicarakan dengan dalil2 dari Al-Qur'an, Hadith serta hujjah2 / fatwa Ulama Mu'tabar di dalam Risalah "Mursyid Pewaris Nabi Yang Sebenar". Ringkasnya mana2 Guru tidak memenuhi syarat2 tersebut tidak dapat dikatakan Mursyid yang siddiq, maka TIDAK layak memimpin Toriqat.
SIRI 66 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.0 Syarat-syarat Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
11.1 Prinsip / Syarat Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
Berikut adalah beberapa keterangan Al-Qur'an dan Hadith serta fatwa Ulama Mu'tabar berhubung dengan Mursyid yang siddiq dan Warisan Toriqat dari Rasulullah ﷺ yang diamanahkan kepada mereka.
(1) Mursyid yang siddiq adalah Warisatul Anbiya (pewaris Nabi) yang sebenar, yang dipilih oleh Allah bagi memimpin Ummat sebagaimana isyaratnya di dalam Kalimat Agung ini....
✨🕌✨Firman Allah :
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)
[Faathir (35) : Ayat 32]
Menurut tafsiran Ulama Ahlus Sunnah yang dimaksudkan dengan “Kitab” adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada Ulama Warisatul Anbiya / Mursyid yang siddiq yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki
Tafsiran Imam Ahlus Sunnah Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu,
“Orang2 yang berilmu dan hikmah (Ahli Ma’rifat / Ahli Sufi / Mursyid) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah ). Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Apabila telah jelas bahawa pemilihan Mursyid adalah dari Allah Ta'ala dan BUKAN pemilihan manusia, BUKAN undian, BUKAN pilihan ahli politik.. maka fahamilah bahawa Pentadbiran Mursyid TIDAK tertakluk kepada Politik dunia atau Pemerintah Dunia umum. Sebaliknya pemerintahan mereka adalah suatu yang terasing dan langsung kepada Pemerintahan Dunia Ma'rifat oleh Majlis Wali Wali. Semua macam pemimpin dunia sama ada mereka Ulama fiqh, Pegawai2 Pentadbiran Agama atau Pemerintah politik sepatutnya mengambil bai'at dan mengikuti nasihat2 Mursyid agar mereka memperoleh keselamatan dunia akhirat.
SIRI 67 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
(2) Mursyid yang siddiq mewarisi keseluruhan Agama dari Rasulullah ﷺ (zahir dan batin, ruhani dan jasmani, syari'at dan Toriqat) sebagaimana isyarat di dalam AL-Qur'an :
✨🕌✨Firman Allah :
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِين
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf : ayat 108]
Imam Kabir Ahlus Sunnah Sulton Auliya, Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh metafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (Mursyid yang siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah. (dikenali sebagai Shaikh Mursyid / Ahli sufi/ Ahli Ma'rifat)
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’. ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali Mursyid)
[Surah al-Kahfi (18) : ayat 17] "
[Petikan dari Kitab Sirrul Asrar}
(3) Mursyid yang siddiq adalah Khalifah Allah yang diberi kekuasaan memegang Amanah di atas muka bumi. (mentadbir dunia Ma'rifat dan memimpin manusia kepada Allah)
✨🕌✨Firman Allah :
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[An-Nur (24) : ayat 55]
Zahir ayat menunjukkan Khalifah yang menguasai pemerintahan Politik Negara sedangkan hakikatnya adalah ditujukan kepada "khalifah Rasulullah" yang mewarisi Baginda pada memimpin Ummat kepada Ketuhanan, iaitu Mursyid yang siddiq yang berpegang teguh dengan Warisan suci Rasulullah ﷺ .
Pemerintahan politik negara2 dunia seringkali berubah2 antara Pemerintah yang fasiq, zalim dan kafir. Maka tidak mungkin Ayat suci ini ditujukan kepada Pemerintah2 seperti itu, kerana kuncinya adalah : yang benar2 beriman dan amal beramal soleh serta tidak mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ada syirik khafi)
SIRI 68 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
(4) Fatwa Ulama Mu'tabar
Mursyid yang siddiq menduduki Maqam Nubuwwah. Mereka bukan Nabi tetapi menanggung amanah Kerasulan dan menduduki posisi Kenabian.
Mursyid adalah hamba2 pilihan Allah yang telah diangkat ke Hadratul Quddus, menyaksikan Wajah Allah Yang Maha Suci, Zat Yang Laisa Kamithlihi Syai’un. Mereka sentiasa menerima seruan2 suci berupa ilham, firasat, kasyaf dan khitab dari Allah Ta’ala serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.
Mursyid adalah hamba2 pilihan Allah yang telah disucikan ruhnya. Sekalian sifat2 kekejian telah hapus di dalam diri mereka. Sekalian syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) atau ghaflah (kelalaian). Semua itu sudah terhapus. Yang wujud pada mereka hanya lah sifat2 kebaikan, kemuliaan berserta Allah.
Seseorang yang tidak memiliki syarat2 sebagai Mursyid yang siddiq (benar) maka TIDAK layak menjadi Mursyid, TIDAK layak bai'at orang , TIDAK layak memimpin manusia pada jalan keruhanian, TIDAK layak memimpin Toriqat / Jalan Ma'rifat.
Berkata Imam Besar Ahlus Sunnah Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:
"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian (Mursyid) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat (Ma'rifat). Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."
[Qala'id Al-Jawahir]
Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh :
"Orang yang silsilahnya / sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah ﷺ, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."
[Khazinah Al-Asrar]
Berkata Shaikh Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh :
"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah."
[Jami' Usul Fil Aulia]
Demikianlah jelasnya setiap Guru Murshid wajib mempunyai silsilahnya sampai Rasulullah ﷺ dan beliau sendiri pernah dipimpin pada Jalan Ma'rifat di bawah pimpinan Shaikhnya sehingga wusul (sampai) kepada Allah.
Maka sesiapa mengaku Shaikh Mursyid @ Pewaris Nabi tetapi TIDAK dapat buktikan Silsilah Keilmuan sampai Rasulullah ﷺ maka dia BUKAN Mursyid yang sah, dia BUKAN Warisatul Anbiya' yang siddiq dan tidak layaklah dia memimpin Toriqat.
SIRI 69 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
✍️ Prinsip / Syarat Kedua:
Toriqat disahkan oleh Ulama Ahlus Sunnah sebagai Toriqat Mu'tabar
Setelah menyaksikan syarat pertama dan paling utama bagi sesebuah Toriqat (dan Jalan Ma'rifat keseluruhannya) adalah wujudnya Mursyid yang siddiq yang bersilsilah sampai Rasulullah ﷺ maka perlu diketahui Toriqat berkenaan mesti termasuk sejumlah Toriqat yang disahkan sahih dan Mu'tabar oleh Ulama Ahlus Sunnah / Ahli Ma'riifat.
Pada saat ini, jumlah Toriqah yang sahih dan benar pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah semua- nya 44 Toriqah seperti yang berikut:
1. Naqsyabandiah
2. Qadiriyyah
3. Shattariyyah
4. Samaniyyah
5. Umariyyah
6. Saziliyyah
7. Rifa’iyyah
8. Ahmadiyyah
9. Dasukiyyah
10. Akbariyyah
11. Maulawiyyah
12. Kubrawiyyah
13. Shahruwardiyyah
14. Khalwatiyyah
15. Jalwatiyyah
16. Bakdasyiyyah
17. Ghazaliyyah
18. Rumiyyah
19. Sa’diyyah
20. Gistiyyah
21. Sya’baniyyah
22. Kalsaniyyah
23. Hamzawiyyah
24. Bairumiyyah
25. Usysyaqiyyah
26. Bakriyyah
27. Idrusiyyah
28. Usmaniyyah
29. Alawiyyah
30. Abbasiyyah
31. Zainiyyah
32. Isawiyyah
33. Buhuriyyah
34. Haddadiyyah
35. Ghaibiyyah
36. Khadiriyyah
37. Bayumiyyah
38. Malamiyyah
39. Uwaisiyyah
40. Idriyyah
41. Akabiral Auliyyah
42. Matbuliyyah
43. Sunbuliyyah
44. Tijaniyyah
Semua Toriqat ini telah disahkan sebagai benar pada sisi Ahlus Sunnah oleh Majlis Musyawarah Jami'ah Toriqah Mu'tabarah, Pekalongan, Pulau Jawa, Indonesia
Setiap Mursyid yang siddiq sudah pasti memimpin Toriqat yang Mu'tabar. Tidak mungkin mereka berdusta. Maksudnya setiap Mursyid yang siddiq hanya memimpin Toriqat yang benar2 sahih yang di- terima turun-temurun daripada Rasulullah ﷺ . Mereka TIDAK akan mereka-reka Toriqat sendiri.
✍️ Prinsip / Syarat Ketiga:
Mempunyai Manhaj Tarbiyyah ( silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat) yang jelas menepati Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.
Ini bermaksud, Sistem pendidikan dan silibusnya tak boleh menyimpang dari Sistem dan Prinsip2 Umum yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Ulama Mu'tabar. Sekalian Ulama Mu'tabar yang masyur namanya seperti Suton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Ibn Arabiy, Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Ghazali, Imam Zarruq, Imam Sya'rani, Imam Ibn Atho illah dll telah menetapkan syarat2 ASAS dan PRINSIP umum. Semua Syarat dan Prinsim umum wajib dipatuhi.
Teknik atau kaedah atau cara pendekatan boleh jadi berbeza, ini tiada halangan kerana guru yg arif lebih tahu kesesuaian applikasinya. Umpamanya cabang2 kaifiyyat zikir boleh jadi berbeza sedikit dengan kaifiyyat terdahulu. Atau sedikit perbezaan di dalam teknik suluk. Semua ini adalah di atas kebijaksanaan seorang Mursyid yang sentiasa menerima curahan Petunujuk Allah dan Rasul-Nya.
Asas Tarbiyyah di dalam Setiap Toriqat adalah:
1. Zikrullah fardhiyah (zikir sendirian)
2. Solawat atas Nabi
3. Tilawah Al- Qur'an
4. Tawajjuh (zikir berjamaah)
5. Latihan tazkiyyah nafs.
6. Suluk / khilwah (uzlah dengan syarat2nya)
7. Muraqabah
8. Musyahadah
9. Khidmat kepada Guru dan Jamaah
10. Lain2 yang termaktub di dalam kitab2 Ulama Mu'tabar.
Setiap amalan tersebut mempunyai kaifiyyat (cara), peraturan, syarat dan adab2nya yang tersendiri. Semua ini akan diajarkan oleh Mursyid kepada murid mengikut peringkat2nya.
SIRI 70 :
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
11.1 Prinsip / Dasar Utama Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah
sambungan
✍️ Prinsip / Syarat Keempat:
Matlamat Ikhlas Mencari Keredhaan Allah.
Setiap Toriqat yang Mu'tabar Ahlus Sunnah mempunyai matlamat yang satu dan sama iaitu matlamat seluruh perjalanan ini adalah membawa manusia kepada Allah, mengenal Allah, ubudiyyah setulus hati kepada Allah, taqarrub untuk memperoleh Redha Allah dan kasih-Nya.
Keseluruhan maksud ini terkandung di dalam pegangan teguh murid pada Toriqah Ahlus Sunnah Mu'tabar :
"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"
(Ya Allah Engkaulah maksudku dan keredhaan Engkau yang aku tuntut)
Mana2 Toriqat yang meletakkan matlamat lain selain Allah atau campur adukkan di antara matlamat keredhaan Allah dengan matlamat lain seperti ingin menjadi kuat, ingin menjadi kebal, ingin bersilat, ingin dipuji orang, ingin mendapat karomah hissiyah (berbagai kelebihan menembus adat kebiasaan manusia), ingin mengaut keuntungan dunia dll, maka seluruh perjalanan nya BATAL. Toriqat tersebut adalah Toriqat yang BATIL yang tiada kaitan dengan Ahlus Sunnah. Guru yang memimpin Toriqat yang menyeleweng kepada maksud2 seperti itu juga termasuk Guru yang PALSU dan BATIL!
✍️ Prinsip / Syarat Kelima:
Tetap Teguh di atas Landasan Ahlus Sunnah.
Seluruh perjalanan Toriqat adalah di dalam lingkungan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).
Sebenarnya perkara ini sudah pun terangkum ketika menyebut syarat2 Mursyid yang memimpin sesebuah Toriqat. Mursyid yang siddiq akan memastikan Toriqatnya tetap berada di atas landasan Syari'at berpegang teguh dengan Prinsip2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tidak mungkin wujud Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ itu menyimpang kepada fahaman2 batil dan sesat, kerana Mursyid yang siddiq itu sendiri adalah Pemimpin Ahlus Sunnah.
Namun syarat ini diletakkan sebagai penjagaan yang lebih kukuh supaya tiada penyewengan berlaku pada seluruh perjalanannya. Tidak kurang juga kelompok2 yang menyeleweng dari Ahlus Sunnah sedangkan mereka mengaku Toriqat Ahli Sufi sementara pemimpinnya mengaku juga sebagai Mursyid. Pada zaman Sulton Auliya terdapat 11 kelompok sesat di dalam keruhanian mengaku mereka sebagai Ahli Sufi dan mengikut Toriqat sedangkan mereka telah tersesat jauh dari Sunnah. Perkara ini disebut oleh Imam Jilani di dalam kitab beliau "Al-Ghunyah ".
Pada zaman ini terdapat lagi 7 kelompok keruhanian yang tersesat jalan mengambil bebagai kaedah orang kafir Hindu, Budha, Reiki, Yoga dll lalu diadaptasikan ke dalam amalan zikir. Mereka mencipta jalan2 sendiri serta mengaku Ahli Sufi dan mengaku boleh sampai kepada Allah di dalam masa yang singkat. Semua ini sudah pasti adalah kebatilan tanpa khilaf lagi.
Golongan seperti ini mencemarkan nama Toriqat yang sahih yang diambil dari Rasulullah ﷺ. Orang2 awam yang jahil termasuk pegawai2 Agama pula menuduh secara buta semua Toriqat sebagai sesat dan khurafat, tanpa membuat kajian dan penelitian sungguh2 terlebih dahulu. Golongan wahhabiyah, syi'ah dan sekular menangguk di air keruh bagi memerangi Toriqat Rasulullah yang sahih kerana puak2 ini memang sejak dahulu mencari peluang musnahkan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan berbagai dakyah jahat.
bersambung siri 71 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment