Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat akan bolehnya bertemu dengan Nabi sesudah
kewafatan Baginda di dalam keadaan sedar (bukan tidur dan bukan) mimpi.
🍁
(1) Fatwa Imam Jalaluddin Sayuthi
Nama penuh beliau adalah Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman b. Abi Bakr b. Muhammad
Jalal al-Din al-Khudayri al-Suyuti, salah seorang Ulama Ahlus Sunnah, Shaikhul
Hadith dan Awlia Allah yang diberikan oleh Allah berbagai Karamah .
Semua ini diakui oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman!
Berkata Imam Sayuthi di dalam Kitab Fatawa beliau:
"Ramai yang mempersoalkan ehwal Ahli Ma'rifat melihat Nabi ﷺ di dalam keadaan jaga (sedar). Di zaman kami ada segolongan
mereka yang tidak mempunyai pegangan Agama yang kukuh, dengan penuh emosi
menafikannya dan sangat hairan dengan kebenaran ini. Mereka mendakwa ianya
mustahil.
Apa yang benar adalah : Bahawa sesiapa yang benar2 beriman dengan Nabi (Mukmin)
tetapi tidak dapat melihat Baginda kerana mereka tidak hadir (di zaman Nabi),
Hadith ini memberikan khabar gembira bahawa mereka akan dapat melihat Baginda
sebelum mereka mati."
Untuk dakwaan ini, Imam Saytuhi menjawab:
"Orang2 yang berkata demikian jatuh kepada dua bahaya: Pertama kerana tidak mempercayai kebenaran Hadith Nabi yang sahih dan yang kedua kerana mengingkari Kekuasaan Tuhan Yang Maha Perkasa"
[Al Hawi lil Fatawi, Jilid. 2, Ms 437-438, Terbitan Maktabah al Asriyyah, Beirut]
🍁
(2) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami
Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) di tanya : "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ. di dalam keadaan sedar (jaga) ?"
Imam Ibnu Hajar menjawab :
"Ya? Benar. Melihat dan bertemu Nabi ﷺ. di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya."
"Telah dikhbarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karamah para Awlia Allah oleh Al-Ghazali, al-Barizi, al-Taj al-Subki, and al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan al-Qurtubi and Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah."
Imam Ibnu Hajar menegaskan :
"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat. Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ. dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karamah Awlia Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ."
[Fatawa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi]
🍁
(3) Fatwa Imam Nafrawi:
“Diharuskan (dibolehkan) seseorang berjumpa atau melihat Nabi ﷺ secara yaqazah atau secara mimpi, menurut kesepakatan para
Ulama huffaz. Mereka cuma berselisih tentang adakah orang yang melihat tubuh
Nabi itu dalam bentuk sebenar, secara hakiki atau dalam bentuk contoh
(gambaran) sahaja?...
Adapun mereka yang mengingkarinya, maka hukumnya Haram, kerana kalaulah dia
mengingkarinya kerana dia seorang yang mengingkari tentang karamah para wali
Allah, maka untuk berbahas dengan mereka sememangnya sia-sia, kerana dia
sendiri telahpun mendustai apa yang dithabitkan di dalam sunnah (samada mengenai
karama para wali atau mengenai bertemu Nabi ﷺ secara yaqazah)…”
[Fawakih Diwan, Imam An-Nafrawi Al-Mailiki ]
🍁
(4)Shaikh Waliyullah Ad-Dahlawi:
Berkata Imam Mujaddid Shah Waliyullah Dahlawi,
“Ayahanda saya As Shaikh Abdul Rahim juga dari segi kerohaniannya pernah
bertemu dan berguru terus kepada Rasulullah ﷺ melalui jalan rohani. Hal ini berlaku pada suatu masa
ayahanda saya pernah bertemu dengan Rasulullah ﷺ dalam mimpi gembira di mana dalam mimpi itu Rasulullah ﷺ telah menerima bai’ahnya dan telah mengajar beliau
cara-cara berzikir kalimah nafi dan isbat” .
🍁
(5) Imam Jalaluddin Sayuthi:
”Jikalau seseorang berjumpa Nabi ﷺ (dalam mimpi atau
jaga), Rasulullah ﷺ menyuruh akan suatu
perbuatan (sunat) melarang satu larangan, menegah atau menunjukkan suatu yang
baik, maka tiada khilaf ulama bahwa adalah sunnat hukumnya mengamalkan perintah
itu”.
🍁
(6) Shaikh Abdul Wahab Ash-Sha'rani:
"Hukum-hukum yang mereka (imam yang empat) keluarkan adalah bersumberkan
Al Qur’an, Sunnah Nabi, perkataan sahabat, imam mujtahid dan kasyaf.
Kasyaf itu ialah bertemu langsung dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ dan bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah ini (suatu Hadith)
dari engkau atau tidak?”
🍁
( 7 ) Abu Thana Shihabuddin Sayyid Mahmud Ibn Abdullah Husayni Al-Alusi Al Baghdadi .
"Terdapat bukti2 kukuh darihal bolehnya bertemu Nabi ﷺ . Ini bukanlah perkara baru, bahkan ramai orang2 soleh dari kalangan Ummah ini telah melihat Baginda Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar dan menerima Ilmu dari Baginda.
[Ruhul Ma'ani, Al-Alusi]
🍁
(8) Imam Tajuddin Ibn Atha Illah As-Sakandari :
"Jika aku tidak melihat Nabi ﷺ di dalam satu kerdipan mata, maka aku tidak mengangap diriku Muslim pada saat tersebut "
[Lataiful Minan, Imam Ibn Atha Illah]
Antara Imam2 Ahlus Sunnah yang memberikan pengertian serupa adalah :
🍁
(9)
Imam Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fathul Bari.
🍁
10) A-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti dalamTanwir al-Halak fi Imkan Ru’yah an-Nabi wa al-Malak.
🍁
(11) Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim.:
12) Imam Ibn ‘Ato illah al-Sakandari dalam kitab Lata’if al-Minan.
🍁
(13) Imam ‘Izzuddin Ibn ‘Abdus-Salam dalam al-Qawa'id al-Kubra.
🍁
(14) Imam al-Ghazali dalam al-Munqiz min al-Dhalal.
🍁
(15) Imam Al-Munawi dalam Faidh al-Qadir.
🍁
(16) Imam Syihabuddin al-Qarafi,
🍁
(17) Imam al-Qastallani dalam kitab al-Mawahib al-Laduniyyah.
Kesemua Imam2 Ahlus Sunnah yang benar tanpa kecuali telah membenarkan perkara tersebut.
Mengakuinya adalah kewajipan dan mengingkarinya adalah kekufuran.
Persoalan bagaimana cara dan siapa yang akan memastikan yang datang itu Nabi kita.... ini.adalah persoalan lain yang memerlukan penjelasan lanjut yang terperinci.
Yang penting adalah mengakui Firman Allah dan Hadith berkenaan "pertemuan antara Nabi dengan orang yang hidup dengan izin Allah.
Wallahu A'lam
No comments:
Post a Comment