Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Firman Allah :
إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az Zikr ini (Al Qur'an), dan
sesungguhnya Kami lah benar-benar memeliharanya."
[Al Hijr (15) : ayat 9]
ILMU DAN SUMBER ILMU DI ZAMAN RASULULLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ketika hayat Rasulullah ﷺ, sumber ilmu bagi
ummat Islam hanya ada dua :
(1) Al -Qur'an
(2) As -Sunnah
Ummat Islam pada saat itu hanya mempunyai seorang pemimpin iaitu Junjungan
Besar Rasulullah ﷺ. dan satu pendapatnya.
Segala persoalan2 baru yang timbul pada zaman ini akan dijawab dan selesaikan
sendiri oleh Rasul ﷺ. Tiada perselisihan
atau perbezaan pendapat pada satu2 urusan kerana yang menjadi sumber rujukan
hanya satu iaitu "Rasulullah ﷺ ".
PERKEMBANGAN ILMU SESUDAH KEWAFATAN
RASULULLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Islam telah berkembang luas
ke seluruh dunia. Berbagai suku kaum, bangsa, keturunan menerima
Islam. Ketika ini timbul berbagai persoalan di kalangan ummat.
(1) Kebanyakan orang yang masuk Islam tidak memahami bahasa Arab.
(2) Kebanyakan orang Islam di zaman kemudian adalah orang awam yang tiada ilmu
Al Qur'an, Sunnah Rasul dan tak memahami ajaran Islam.
(3) Timbul banyak persoalan2 baru yang memerlukan fatwa dan penjelasan hukum.
(4) Berlaku pertentangan di kalangan orang2 Islam berhubung dengan Tauhid dan
ajaran Islam keseluruhannya.
(5) Orang2 Islam mula meninggalkan ajaran Nabi yang sebenar. Banyak berlaku
penyelewengan kepada kefahaman2 batil sesat.
Maka ketika ini, Ulama2 kita mula berijtihad mengeluarkan berbagai hukum bagi
menjelaskan persoalan2 semasa dan juga persoalan2 baru yang timbul.
Bahkan lebih dari itu mereka berijtihad dan kumpulkan disiplin ilmu2 tertentu
lalu jadikannya suatu ilmu yang sistematik, tersusun dan mudah dirujuk oleh
orang2 Islam secara umumnya.
Seterusnya mereka menjelaskan lagi secara halus pendirian Ahlus Sunnah Wal
Jamaah dengan firqah2 yang batil dan sesat.
Dengan demikian sumber hukum kemudian dari kewafatan Nabi adalah tiga :
(1) Al-Qur'an
(2) As-Sunnah
(3) Ijma' dan Qias Ulama (Ahlus Sunnah yang siddiq)
Setiap Muslim wajib mengakui serta berpegang kepada nya. Engkar pada salah satu
darinya adalah kekafiran.
🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀
PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Firman Allah :
ثُمَّ أَوْرَثْناَ الْكِتاَبَ الَّذِيْنَ اصْطَفَيْناَ مِنْ عِباَدِناَ
“Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara
hamba-hamba Kami.”
[Al-Fathir 35 : Ayat 32]
🍁Allah Ta'ala
taqdirkan bagi Ummat ini Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq, yang sentiasa
berkata benar, mereka tidak sesekali berdusta. Mereka adalah kekasih2
Allah menyambung tugas kenabian.
🍁Mereka telah
menyusun berbagai disiplin ilmu yang cukup bagi kita, sekira2 mereka dapat
memahami dan melaksanakan Deen Islam sebagaimana kehendak Allah.
🍁Tanpa adanya
Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq ini, kebanyakan ummat ini akan berada di
dalam kejahilan dan kemusyrikan.
🍁Ummat ini
terhutang nyawa kepada Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq. Tetapi MALANGNYA, ada segelintir ummat tidak bersyukur dengan Ni'mat Allah ini, justru
mereka engkar akan kemuliaan Ulama siddiq ini. Golongan ini mendakwa
mereka boleh tafsir sendiri Al Qur'an dan Hadith Nabi. Betapa bodohnya
golongan ini... !
🍁Berkenaan Syarat2
Ulama Ahlus Sunnah yang siddiq, cara mengenal mereka, cara mengambil ilmu
mereka dll.,. rujuklah pada keterangan2 yang lalu.
🌿☘🌿☘🌿☘🌿☘🌿☘
SIRI 3 :
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
🍁 Berikut
adalah bentuk2 pembahagian Ilmu Islam hasil Ijtihad Ulama kita Ahlus Sunnah :
BENTUK - 1 :
………………
(1) SYARI'AT ZAHIR
(2) SYARIAT BATIN
BENTUK KE-2
…………………
(1) ISLAM
(2) IMAN
(3) IHSAN
BENTUK KE-3
…………………
(1) FIQH
(2) TAUHID / USULUDDIN
(3) TASAWWUF
BENTUK KE-4
…………………
(1) USUL
(2) FURU'
BENTUK KE-5
…………………
(1) AQIDAH
(2) SYARI'AH
(3) AKHLAQ
BENTUK KE-6
………………
(1) SYARI'AT
(2) TORIQAT
(3) HAQIQAT
(4) MA'RIFAT
🍁Banyaknya bentuk huraian Ilmu Islam ini menunjukkan betapa kaya dan luasnya Ilmu Allah Ta'ala.
🍁Bahagian2 Ilmu yang lain seperti Ilmu Tafsir,.ilmu Tajwid, Ilmu Qiraah, Nahwu, Sarf, Balaghah, Sirah Nabawiyyah dll muncul serentak atau kemudian sedikit dengan Ilmu2 utama tadi.
Wallahu A'lam
🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀
SIRI 4:
PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENJELASAN
□□□□□□□□□□□
●USUL
●FURU'
🍁Jika dinisbahkan kepada sebatang pohon, maka :
USUL adalah umpama akar umbi kepada pohon, sementara FURU' adalah umpama batang, cabang, dahan dan ranting dan buahnya.
🍁Jika diibaratkan bangunan,
USUL adalah fondasinya yang tertanam di bawah bumi, sementara FURU' adalah bangunan yang terbina di atasnya.
🍁Perhatikan baik2 : Dalam setiap keadaan di atas POKOK atau DASAR terpenting adalah "base" nya iaitu "AKAR", "FONDASI" nya.
Tiada bangunan dapat berdiri teguh tampa dasar fondasinya yang kukuh.
Jika binaan di atasnya cacat, masih ada peluang baikinya. Tetapi jika dasarnya roboh, seluruh bangunan akan roboh.
🍁Inilah salah satu contoh pembahagian Ilmu Deenul Islam. AQIDAH @ IMAN @ TAUHID adalah bahagian terpenting bagi seseorang. Apabila sah AQIDAH @ IMAN @ TAUHID nya, maka barulah guna segala amalnya. Jika AQIDAH @ IMAN nya BATAL, maka segala amalnya tiada berguna.
Wallahu A'lam
🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀
No comments:
Post a Comment