Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ
ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
RASULULLAH DIUTUS MENYUCIKAN HATI MANUSIA.
Menurut pendirian Ahlus Sunnah
yang benar (tulen), amanah Pertama Rasulullah ﷺ ke atas orang yang telah
bai'at kepada Baginda adalah menyucikan batin (hati) mereka.
Inilah tugas pertama Rasulullah
setelah seseorang menerima Islam dan sumpah setia kepada Baginda...
iaitu tugas Baginda adalah
menyucikan batin (hati) mereka dari kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah
(kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) sehingga hati mereka
benar2 bersih bersinar cemerlang.
Ini penegasan di dalam Firman Nya
Yang Maha Agung:
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬
مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ
وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah
yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang
membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan (batin ) mereka dan
mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia Ketuhanan dan
pengetahuan Ma’rifat yang mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya
benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Mengapakah Rasulullah ﷺ diperintah untuk menyucikan HATI orang2
yang berbai’at kepada Baginda?
Apakah rahsianya Baginda diperintah
supaya HATI para Sahabat Baginda disucikan dari Syirik Khafi (syirik
tersembunyi) dan Mazmumah (kekejian hati)?
Sebab dan Rahsianya adalah :
Iman dan Taqwa yang hakiki TIDAK
akan terhasil tanpa kesucian HATI.
Cahaya Iman TIDAK akan terpancar
dari HATI yang masih dipenuhi oleh kesyirikan (syirik khafi – syirik
tersembunyi) dan Mazmumah (kekejian) dan Ghaflah (kelalaian).
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyucikan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pemimpin untuk menycikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Adakah kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat?
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment