NASIHAT UMUM PADA SEMUA SALIKIN (MURID PADA JALAN MA'RIFAT)

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah

Al-Kholidiyah


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


NASIHAT UMUM PADA SEMUA SALIKIN (MURID PADA JALAN MA'RIFAT)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ini suatu peringatan penting bagi semua salikin dan penggemar2 ilmu Tasawwuf / Ma'rifat Ilahiyyah.......

Ilmu Ma'rifat adalah ilmu Rahsia Ilahi yang paling tinggi, paling mulia dan paling agung.(sudah beberapa kali kita peringatkan akan hal ini)

Seseorang murid perlu hati2 dan sangat2 waspada pada perjalanannya. Dan sangat waspada terhadap perkataan2nya.  Jangan mudah memperkatakan sesuatu berkenaan Tasawwuf / Ma'rifat sebelum benar2 "masak" pada Jalan Suci ini.  Ertinya jika engkau hendak memperkatakan sesuatu berkenaan Tasawwuf / Ma'rifat, pastikan kata2 tersebut adalah dari pengalaman sendiri dari perjalanan keruhanian yang tahqiq;  pastikan kata2 tersebut adalah nukilan dari salah seorang Ahli Ma'rifat Mu'tabarah terdahulu yang telah masyhur namanya pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Elakkan dari memperkatakan berkenaan Tasawwuf / Ma'rifat di atas sangka sangkaan. 

Berkata2 dari pendapat aqal sendiri berhubung tasawwuf / ma'rifat boleh bawa kepada penyelewengan. 

Perhatikanlah perjalanan Imam2 Ahlus Sunnah terdahulu.  

Sebagai contoh, Imam Jilani mula berkata2 depan manusia pada usia 53 tahun. BUKAN kerana beliau tak pandai bercakap, bahkan beliau sudah mahir dalam semua mazhab dan mampu beri fatwa ketika umur beliau belasan tahun lagi.

Tetapi beliau mengasingkan diri mujahadah sungguh2 di runtuhan Baghdad selama lebih 30 tahun sebelum beliau mula bicara pada manusia.  Ertinya beliau sudah benar2 sampai Maqam Ma'rifat dan benar2 mahir pada Ilmu Ma'rifat sebelum beliau berkata2 berkenaan Tasawwuf /Ma'rifat.

Sebahagian dari salikin tersangat ghairah ingin memperkatakan berkenaan Tasawwuf /Ma'rifat sedangkan mereka belum pun kenal secara haliki apa itu Tasawwuf  /Ma'rifat.

Jika seseorang belum sampai kepada Maqam Mukasyfah yang tahqiq  jalan selamat adalah ikut dulu, mujahadah dulu dan lebih banyak mendengar dari berkata2 dari pendapat sendiri.

Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna sesdorang murid langsung tak boleh bercakap berkenaan Tasawwuf / Ma'rifat. Seseorang salik boleh sampaikan sesuatu darihal Tasawwuf / Ma'rifat, dengan memakai adab2 berikut :

(1) Dia mempunyai Shaikh @ Mursyid @ Murabbi yang siddiq sebagai pemimpin keruhaniannya.

(2) Dia sendiri pernah mendengar ucapan / huraian berkenaan hal tersebut dari gurunya.

(3) Benar2 yaqin sekurang2 yaqin pada aqal akan perkara berkaitan Tasawwuf / Ma'rifat yang ingin di- perkatakan, bahawa ianya benar2 menepati perjalanan suci Ma'rifat Ilahiyyah.

(4) Ucapan / kata2 tersebut yang dikaitkan dengan Tasawwuf itu BUKAN dari aqal fikirannya sendiri ..  tetapi nukilan dari Ulama Mu'tabar.

(5) Hendaklah sebut nama Ulama tersebut yang dirujuk.

(6) Bataskan kata2 yang sesuai dengan maqam sendiri / fahaman  sendiri.  jangan  meniru ucapan2 hebat Ahli Ma'rifat sedangkan kita sendiri tak faham maksudnya.

Jika seseorang baru mengenal Tasawwuf/ Ma'rifat dari bacaan buku2 atau dengar ceramah2 umum, atau khabar dari mereka yang bukan ahlinya,  ataupun dia masih di peringkat salikin,  maka jalan selamat adalah lebih banyak mendengar, lebih banyak mujahadah, lebih banyak zikrullah bagi tumpaskan ego nafsu diri.

Cara begini adalah lebih ikhlas, jujur dan menghampiri kebenaran..!

Moga bermanfaat.

Wallahu A'lam

🍃🍁🍃

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...