Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah
Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Sebelum bergerak ke tempat tujuan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Solat hajat 2 rakaat
2. Baca Ya Wahhab 1,000x
3. Baca Ya Qahhar 1,000x
4. Baca doa munjiyyat
Bila sampai tempat tujuan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebelum dirikan khemah...
1. Baca doa keselamatan (doa munjiyyat) mohon perlindungan Allah dari semua
jenis gangguan makhluk zahir atau yang tersembunyi.
2. Salah seorang (ketua) berkata secara umum menghadap tempat yang akan
didirikan khemah:
" Wahai hamba2 Allah jangan ganggu kami dan jauhkan dari tempat singgahan
kami ini"
3. Selepas beberapa minit barulah dirikan khemah.
Sebelum tidur baca ayat2 perlindungan diri
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Baca Fatihah 1x hadiah pahalanya kepada Wali2 Allah, sahabat dan
Rasulullah.
2. Baca Al Ikhlas 3x
3. Baca Al Falaq 1x
4. Baca An Nas 1x
3. Baca ayat kursi 7x
4. Baca Doa hapus jinn ifrit 7x
5. Tiup pada tangan dan sapu dari kepala, badan sampai kaki sambil niat mohon
perlindungan Allah dari semua jenis gangguan.
6. Tiup keliling tempat singgahan / khemah (memadai dengan isyarat)
Adab2 semasa berada di dalam hutan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. Boleh diambil manfaat dari pohonan tetapi Jangan patah2kan ranting pokok
tanpa sebab.
2. Jangan qadha hajat di dalam lubang pada tanah, busut, pokok.
3. Jangan biarkan sisa makanan / sampah tetapi kumpulkan dan bakar.
4. Jangan qadha hajat di dalam sungai / mata air.
5. Jangan sesekali berjalan keseorangan walaupun siang.
6. Yang terpenting dari semua ini adalah seboleh2nya tetap zikrullah dalam
hati atau zikir lisan berserta hati.
Moga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment