Q & A

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


🔴Soalan:

Assalamu alaikum Shaikh....

Apakah makna syukur, macamana kita mesti syukur?   

Tolong jelaskan juga maksud syukur kepada manusia.

Terima kasih



🔵JAWAPAN:

■■■■■■■■■■■


Ini penjelasan ringkas berhubung dengan syukur... 


SYUKURLAH KEPADA ALLAH

kemudian...

SYUKURLAH KEPADA MANUSIA


□□□□□□□□□□□□□□

1.0 Muqaddimah

□□□□□□□□□□□□□□

Bersyukur (berterima kasih) adalah satu daripada bermacam2 Ibadah yang diwajibkan oleh Allah Ta'ala ke atas manusia.


●Apakah sebenarnya makna syukur pada Allah dan bagaimanakah caranya?


●Mengapakah WAJIB bersyukur kepada Allah?


●Mengapakah WAJIB juga bersyukur kepada sesama manusia?


●Apakah hukum orang tidak bersyukur kepada Allah?


●Apakah terjadi kepada mereka yang tidak bersyukur kepada manusia?


●Apakah pula makna syukur pada manusia dan bagaimanakah caranya?


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

2.0 Hakikatnya semua insan lemah

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Sesungguhnya sekalian manusia dijadikan lemah. Demikian juga sekalian makhluq, tiada yang berkuasa pada haqiqatnya, hanya Allah Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.


Sudah menjadi taqdir Ilahi keatas makhluq-Nya, bahawa makhluq saling bergantungan di antara satu dengan lain. Tidak ada satu pun makhluq mampu menghasilkan semua keperluannya sendirian.


Manusia juga tidak mampu melakukan sesuatu dengan sendirinya walaupun dia diberi ilmu mengatasi makhkuq lain   


Manusia saling bergantung di antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan hidu nya, menenuhi cita-cita -nya, menyempurnakan urusan2 kehidupannya.


Ringkasnya,

Kehidupan insan penuh dengan berbagai pertolongan / bantuan dari manusia lain.  


Apabila kita memperoleh suatu Ni'mat Allah, atau sembuh dari penyakit, terlepas dari penderitaan, bebas dari kesulitan hidup, maka  hendaklah banyak2 bersyukur kepada Allah. Kemudian  syukur kepada manusia2 lain yang menjadi asbab kita memperoleh ni'mat tersebut.



□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

 3.0 Cara Bersyukur Kepada Allah

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


(1) Syukur dengan lisan / perkataaan.


Menyebut Alhamdulillah sebanyak banyaknya.



(2) Syukur dengan hati


Banyak2 berzikir / mengingat di dalam hati.



(3) Syukur dengan perbuatan / ibadah


Banyakkan ibadah sunnat, solat, zikir dll.


Terutama wirid2 / zikir yang diberi..  amalkan tanpa putus.



(4) Syukur dengan harta


Di samping zakat, sedekah kepada faqir miskin.



□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

4.0 Syukur kepada Manusia yang Menjadi Asbab Memperoleh Rahmat Allah

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Di samping bersyukur kepada Allah, orang2 beriman diwajibkan juga syukur (terima kasih)  kepada manusia yang menjadi asbab (sebab) datangnya Rahmat dan Ni'mat Allah.


Insan2 yang banyak menjadi Asbab Pertolongan Allah.


(1) Guru  Mursyid yang memimpin kita kepada Allah.  Ini sebesar2 pekerjaan kerana ianya warisan kerja Rasulullah ﷺ:


(2) Ibu bapa yang telah melahirkan, membesarkan dan mendidik kita


(3) Guru2 lain seperti ustaz ustazah yang mengajar Al.Qur'an


(4) Tabib / Perawat / Bidan yang menjadi asbab kesembuhan penyakit2 


(5) Saudara / Sahabat / Jiran / insan2 lain yang menjadi asbab pertolongan Allah yang lain2  sampai kepada kita



□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

5.0 Cara bersyukur kepada manusia

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Cara syukur yang menjadi asbab pertolongan dan Rahmat Allah sampai kepada kita :


(1) Sedekah ikhlas ikut kemampuan.


(2) Doakan mereka agar diberi kesihatan supaya mereka dapat membantu orang lain.


(3) Hadiahkan fatihah, pahala Yaasin, tahlil  atau  lain2.


(4) Ucapkan terima kasih dengan tawadhu'


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

6.0 Dalil2 yang berkaitan:

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


✨🕌✨Firman Allah:


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ



"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".


[Ibrahim (14) : Ayat 7]


✨🕌✨Sabda Rasulullah ﷺ:


Yang paling bijak (baik dan banyak) bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling bijak (baik dan banyak ) bersyukur kepada manusia.” 

                                                                                                                                                                                                                                                                                        [Iman Ath-Thabrani]


✨🕌✨Sabda Rasulullah ﷺ:


“Barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, bererti ia tidak bersyukur kepada Allah”. 


[Imam Ahmad, ImamBaihaqi]



Wallahu A'lam


_______________________________

Tausiah:

           Shaikh Sayyid Abu Tohir

     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah

                  Al Kholidiyah

          MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳





Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


KEMUSYIKALAN / SOAL JAWAB BAI’AT DAN MURSYID
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
□□□□□□□□□

Berikut adalah contoh2 soalan dan jawapannya dari Guru2 kami  berdasarkan kemusykilan yang pernah dikemukakan kepada mereka oleh murid2 mereka:

SOALAN 1
……………

Ya Sayyidi, apakah hukum mencari, Bai'at dan mengikuti  seorang Shaikh Mursyid?

Jawapan :
…………

Wahai anak, mencari Guru Mursyid yang Siddiq (yang benar) iaitu Guru keruhanian yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin adalah fardhu ain, (wajib)  menurut kesepakatan Ulama Ahlus Sunnah,  kerana tidak ada jalan menyucikan hati (melenyapkan segala sifat2 keji  dan syirik khafi )  serta memperoleh jalan2 Hidayah kepada Tauhid yang murni melainkan dengan pimpinan seorang Shaikh Mursyid.

Kata Imam Ghazali :

”Bergabung dengan kalangan Sufi (Shaikh Mursyid) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun bebas dari 'aib atau kesalahan kecuali para Nabi”.
[Ihya Ulumuddin]

Kata Imam Ghazali lagi:

Apabila engkau telah mengetahui bahwa tanaman memerlukan perawat, maka engkau akan mengetahui bahwa seorang salik  mesti mempunyai seorang Mursyid. Sebab Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan yang lurus. Dan sebelum Rasulullah    wafat, Baginda  telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda  untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya, sampai hari Qiamat. Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”
[Ihya Ulumuddin]

Penjelasan
~~~~~~~~
Maksud Imam Ghazali dari perkataan beliau …

"Allah mengutus Rasulullah untuk bimbing manusia kepada jalan lurus"………

Iaitu Allah Ta'ala mengutus Rasulullah untuk pimpin manusia kepada jalan Tauhid yang suci. Rasulullah telah sungguh2  mendidik para Sahabat kepada jalan suci ini sehingga menjadi insan2 suci yang diredhai  Allah.

Setelah kewafatan Rasulullah , apa akan jadi kepada Ummat? Adakah mereka ditinggalkan tanpa bimbingan?   Tidak !

Mereka pasti ada pembimbing yang pimpin tangan mereka kepada Allah. Siapakah mereka?

Ini kata2 Imam Ghazali dalam ungkapan beliau…

"Dan sebelum Rasulullah    wafat, Baginda  telah menetapkan para khalifah sebagai wakil Baginda  untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah."

Selepas kewafatan Rasulullah para Sahabat menyambung tugas Rasulullah mendidik ummat Islam, sebagaimana mereka sendiri pernah dibimbing oleh Rasulullah kepada kesucian Tauhid dan kemuliaan di sisi Allah.

Demikian pula setelah kewafatan para Sahabat Ridhwanullah, Shaikh2 Mursyid (yang telah menerima didikan Sahabat)  menyambung tugas mendidik pula generasi ummat berikutnya.

Dengan ini Sistem Pendidikan Rasulullah yang asli TIDAK pernah hilang, tetapi disambung oleh Pewaris Rasulullah yang memperoleh AMANAH khusus dari isyarat Rasulullah terus-menerus hingga Qiamat.

Kata Imam Ghazali...

"Oleh kerana itu, seorang salik mutlak mememerlukan seorang Mursyid.”

bermaksud,

Semua orang Islam (termasuk orang2 alim kitab) yang ingin menempuh jalan kebenaran menuju Allah sebagaimana para sahabat dan Ulama2 terdahulu, adalah suatu kemestian dia mempunyai seorang Shaikh Mursyid sebagai pembimbingnya.

Moga Allah tunjukki Jalan..


SOALAN 2
……………

Ya Sayyidi, apa cara saya boleh pastikan Guru itu Mursyid yang benar dan bukan Mursyid palsu?  Saya bimbang ditipu oleh Guru Palsu yang menyamar sebagai Mursyid.

Jawapan:
…………

Wahai anak, untuk mencari Guru Mursyid yang benar hendaklah kamu mengikuti panduan ini :

✅Pertama:

Niat kamu mesti betul dan lurus IKHLAS kerana Allah.

Jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah dan keredhaan Dia, pasti Allah akan tunjukki Shaikh Mursyid yang benar.

Sebaliknya jika kamu mempunyai niat2 yang menyimpang seperti kamu ingin menjadi kebal, ingin mendapat keramat2, ingin menjadi tabib, ingin terkenal sebagai ahli Toriqat,  ingin menjadi kaya-raya, ingin mendapat pangkat kedudukan dll...   atau pun kamu mempunyai niat2 menyimpang yang lebih halus seperti :   Kamu ingin memperoleh maqam2 wali,   atau  kamu ingin  menjadi majzub (terkenal sebagai orang yang mendapat hikmah tanpa guru) ...  semua ini adalah niat2 tidak benar / TIDAK IKHLAS yang menghantarkan kamu kepada kebinasaan.

Jika kamu mempunyai niat2 menyimpang ini, maka tidak mustahil kamu akan menjumpai Guru palsu atau Guru sesat, sesuai dengan niat kamu yang menyimpang.  Ini kerana niat2 yang tidak ikhlas adalah kesukaan Iblis, maka Iblis lah yang menjadi pemimpin kamu.

Sebaliknya jika kamu benar2 ikhlas mencari Allah, mencari redha dan kasih Allah, pasti Allah akan tunjukki yang benar juga. Ini kerana hati yang ikhlas TIDAK boleh dimasuki oleh Iblis La'natullah.

✅Kedua:

Selidiki syarat2 Shaikh Mursyid yang siddiq.

Setelah kamu luruskan niat semata2 kerana Allah dan BUKAN kerana lain, maka seterusnya pastikan  orang dikenali sebagai Mursyid itu memiliki syarat2 sebagai seorang Shaikh Mursyid yang benar.

JANGAN sesekali memilih Mursyid untuk mencari dunia atau untuk kehebatan diri, atau Guru yang suka menunjuk2 kelebihan2 luar biasa seperti terbang sana sini, buat silap mata dsb yang dibuat oleh bomoh atau tukang silap mata.

Kamu mesti memilih Guru yang benar2 bawa kamu kamu mengenal Allah. Periksa syarat2 Mursyid Siddiq yang telah disebut dulu.

✅Ketiga

Solat hajat dan istikharah mohon petunjuk Allah.

Setelah pastikan dua perkara di atas, maka solatlah mohonlah petunjuk Allah, Insya Allah kamu akan dapat jawapannya.

Telah berkata Ghawthul A’zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :

“Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat ) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil 2 rakaat (solat sunnat) di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta’ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia (Allah) memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta’ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta’ala.

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidh-ur-Rahmaniy)”


SOALAN 3
……………

Ya Sayyidi, adakah Ulama Mujtahid Fiqh seperti Imam Syafi'e berbai'at dengan Shaikh Mursyid?

Jawapan:
…………

Wahai anak, kesemua Ulama2 mujtahidin fiqh iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibn Hambal berBai'at dengan Shaikh Mursyid di zaman mereka masing2.

Cuma mereka lebih terkenal sebagai Ahli Fiqh kerana mereka ijtihadkan Mazhab Fiqh. Sedangkan yang benar  adalah :

Kesemua Ulama Mujtahidin Fiqh  juga Bai'at dan mempelajari dari Shaikh Mursyid  dan akhirnya mereka sendiri menjadi Mursyid juga.

Perkara ini disebut di dalam Risalah Ma'rifat, karangan Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi.

Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu Anhu :

"Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengambil Bai'at dan berguru kepada Imam  At Toriqat Wal Haqiqat  Shaikh Jaafar Sodiq Radhiallahu Anhu.

Imam Syafi'e dan Imam Ahmad Ibnu Hambal tidak bertemu dengan Shaikh Jaafar Sodiq.  Tetapi mereka berdua Bai'at dengan  Shaikh Musa Kazhim, anak kepada Shaikh Jaafar Sodiq.

[Petikan dari : Risalah Naqsyabandiah, Siri Ma'rifat]

Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin:

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Guru Sufi)?” Maka menjawab Imam Shafie :

“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)

Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in  pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.

Imam Ahmad dan Imam Yahya Mu'in menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)

Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi menjawab :

“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.
[Imam At-Tabarani dari Ibnu Abbas]

[Tamat Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]

Demikian pula turun-temurun semua Ulama Fiqh yang hebat2 seperti Ibn Abideen, Imam Rofi'e, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Zakariyya Al Ansari, Imam Haitamy dll. kesemua mereka mengambil Bai'at dengan Shaikh Mursyid.


SOALAN 4
……………

Ya Sidi, ada orang menakut-nakutkan  orang Islam bahwa Bai'at itu bahaya kerana ada janji setia itu sangat bahaya. 

Apakah nasihat Sidi?

Jawapan:
…………

Wahai anak, asal Bai'at adalah suatu yang amat suci.  Kerana haqiqat Bai'at itu kembali kepada Allah.

Perhatikan penjelasan ini....

Setiap orang beriman sebenarnya "Bai'at" (sumpah setia) kepada Allah.  Makna Iman itu sendiri sudah memiliki pengertian "sumpah setia"

Setiap orang bersumpah setia untuk mematuhi suruhan dan larangan Allah. Dia sudah sumpah kepada Allah untuk solat, puasa, sedekah, jihad dll.

Dia juga telah bersumpah kepada Allah untuk kasih dan hormati kedua Ibu bapanya, tidak berzina, tidak mencuri dan tidak melakukan kemungkaran2 lain.

Dia juga berjanji untuk menjauhi semua macam syirik khafi dan mazmumah.

Kemudian jadi pertanyaan, apa perlu Bai'at lagi.. Jawapannya adalah :

Rasulullah  menyuruh para sahabat berulang Bai'at ketika2 tertentu, umpama ketika meterai suatu perjanjian, ketika ingin perang  Fi Sabil, kasih pada Nabi, bai'at wanita dll.   Semua ini bertujuan memperbaharui niat, azam dan kesungguhan untuk menjunjung titah perintah Allah.

Apabila seseorang itu Bai'at secara tak langsung dia sudah memperolehi suatu "cahaya kekuatan Iman" dalam dirinya untuk berjihad sungguh2 pada Jalan Allah.

Maka rugilah mereka yang menganggap Bai'at itu membebankan sedangkan yang benar adalah sangat menguntungkan tiap2 orang yang Bai'at.


SOALAN 5
……………

Ya Sidi, Apakah syarat untuk seseorang Islam Bai'at dengan Shaikh Mursyid.?
Adakah dia perlu mahir dalam Ilmu Syari'at seperti Ulama?

Jawapan:
…………

Wahai anak, semua orang Islam laki2 dan wanita yang akil baligh dan sudah ada asas2 Agama, yakni fardhu ain yang asas, maka layaklah dia Bai'at dan berguru kepada seorang Shaikh.

Maksud sekurang2 fardhu 'ain  yang perlu diketahui oleh seseorang Muslim sebelum dia Bai'at adalah sebagaimana disebut oleh Imam Ghazali, Imam Qusyairi, Imam Asy Sya'rani, Shaikh Daud Al Fathoni, Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari, Shaikh Abdus-Somad Al Falimbani dan Imam Ahlus Sunnah lainnya, dalam kitab mereka masing2 adalah 3 macam Ilmu.

Pertama :

Ilmu fiqih, iaitu mengetahui kewajipan dan cara solat, puasa, zakat yang wajib.

Kedua:

Mengetahui ilmu Usuluddin (Ilmu Tauhid aqli) iaitu mengetahui Rukun Iman, kenali sifat2 Allah dan sifat Rasul secara ijmali (ringkas) tanpa perbahasan panjang.

Ketiga:

Mengetahui asas2 Ilmu Tasawwuf (ilmu merawat hati), iaitu ilmu baikkan hati yang terdapat di dalam Ilmu Tasawwuf.  Mengetahui wajibnya dia sucikan hati dari Syirik khafi,  mazmumah dan dosa2 hati.

Apabila seseorang Islam mengetahui asas2 ini, maka patutlah dia melangkah ke hadapan dengan Bai'at serta mengikuti Shaikh Mursyid yang akan membimbingnya kepada Allah dengan selamat.

TIDAKLAH menjadi kewajipan seseorang itu mesti mahir dalam selok belok ilmu syari'at zahir sebelum Bai'at. Tidak.  


SOALAN 6
……………

Ya Sidi, adakah boleh seseorang itu Bai'at dengan Shaikh Mursyid dan menuntut Ilmu Fardhu Ain sekaligus dengan  Mursyidnya?

JAWAPAN
……………

Antara syarat2 terpenting seorang Shaikh Mursyid adalah mahir di dalam ilmu fiqh dan sangat dalam ilmunya di dalam Ma'rifat.

Maksudnya : Sudah terhimpun pada dirinya sekalian ilmu yang diperlukan oleh murid menuju Allah.… yang menyampaikan murid kepada Allah Ta'ala
(rujuk Syarat2 Shaikh Mursyid yang benar - 10 perkara)

Dengan demikian seseorang Islam boleh Bai'at dan sekaligus menuntut Ilmu fardhu ain daripadanya. Insya Allah.

Berdasarkan pengalaman yang ditelah dilalui oleh sekalian Pewaris Nabi (Shaikh Mursyid) sejak dahulu, setengah dari yang datang berjumpa Shaikh untuk bertaubat dan kembali kepada Allah terdiri dari kaki judi, pemabok,  perompak, pelacur dll yang tak kenal Agama. Mereka2 ini tiada langsung pengetahuan Agama, tak tahu cara solat bahkan tak pernah solat pun.

Tetapi Shaikh Mursyid mempersilakan mereka, mengajar mereka fardhu ain,  menunjuk jalan kepada mereka, membimbing mereka dengan penuh kasih kepada Allah. 

Di sinilah menunjukkan bukti yang sangat jelas, walaupun seseorang itu tidak mengetahui asas2 agama bahkan bergelumang dosa, tetapi sedia untuk taubat kembali kepada Allah, ada jalan untuk dia pada sisi Shaikh Mursyid.


SOALAN 7
……………

Ya Sayyidi, Bolehkah seseorang Bai'at dengan seorang Shaikh Mursyid, kemudian dia Bai'at dengan Mursyid lain. Adakah ini dibenarkan?

Jawapan:
…………

Wahai anak, seseorang murid cuma boleh ada seorang Shaikh Mursyid sahaja sebagai pemimpinnya pada satu2 masa.

Shaikh Mursyid dari sudut pimpinan, umumnya ada dua macam:

Pertama:

Shaikhul - Fath

Ini Shaikh yang kamu Bai'at untuk kamu mengambil petunjuk dan zikir dan wirid khusus untuk kamu ikuti.  Dialah pemimpin zahir dan batin  yang memimpin kamu kepada Allah Ta'ala. Kamu terikat dengan Shaikh Mursyid ini dengan ikatan silsilah Rasul yang kukuh. Dia adalah ayah ruhani kamu sampai kamu menemui Allah Ta'ala.  

Kedua :

Shaikhul-Barakah

Ini Shaikh Mursyid yang kamu Bai'at untuk mengambil barakahnya sahaja dan bukan untuk diikuti.  Kamu TIDAK terikat dengan pimpinan atau peraturannya.

Kamu boleh Bai'at kepada seberapa banyak Shaikh Mursyid untuk mengambil barakah mereka tetapi Shaikh Mursyid yang memimpin  kamu TIDAK boleh lebih dari seorang sahaja pada satu satu masa.

Ini telah disebut dengan jelas oleh semua Masyaikh  (Guru2 Arif - Shaikh Mursyid) yang terdahulu.  Maka adab ini mesti dipatuhi sungguh2 oleh murid.

Moga ditunjukki Jalan





🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Mampukah Meraih Taqwa Hakiki dengan Bacaan Kitab atau Hafaz Qur’an?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Persoalan :

Mampukah seseorang meraih Taqwa yang sebenar Taqwa melalui teori2 aqal?

Mampukah seseorang meraih Taqwa melalui bacaan Kitab yang banyak?

Mampukah seseorang meraih Taqwa melalui diskusi, seminar, perdebatan?

Mampukah seseorang meraih Taqwa melalui hafazan Al-Qur’an semata2?

Mampukah seseorang meraih Taqwa melalui penguasaan tafsir dan syarah semata?

Jika kalian memahami semua keterangan2, dalil, hujjah dan bukti  sebelum ini, kalian akan pasti faham bahawa Taqwa itu BUKAN teori2 aqal, BUKAN hasil bacaan2 kitab yang banyak (walaupun bacaan kitab itu sangat perlu). Taqwa BUKAN diperoleh dari diskusi, seminar, perdebatan (walaupun penerangan, nasihat itu perlu) !  Taqwa BUKAN didapati dari hafazan Al-Qur’an dan Hadith (walaupun kedua2nya sangat baik dan perlu). 

Taqwa yang hakiki adalah penghayatan HATI, AQAL, RUH dan SIRR mengikut kelayakan Maqam masing2.

Walaupun seseorang alim fiqh sangat mahir di dalam selok belok syari’at, walaupun beliau sudah hafal Qur’an, hafal Hadith yang banyak serta mahir di dalam penguasaan ilmu2 alat, beliau takkan memperoleh Taqwa yang sebenar tanpa melatih diri di dalam pendidikan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Shaikh Mursyid.

Tanpa melalui proses melatih diri menundukkan nafsu2 rendah dan keji, nafsu penuh ego takabbur, seseorang alim TIDAK akan mencapai Taqwa yang sebenar.

Tanpa didikan seorang Shaikh Mursyid, seseorang alim fiqh tidak akan memperoleh kesucian HATI.

Ertinya seseorang alim TIDAK akan mampu  mencapai Taqwa  peringkat yang paling rendah sekali pun (Taqwa peringkat pertama)   tanpa bimbingan, didikan, asuhan seorang Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma'rifat.

Mana buktinya?

Buktinya yang paling besar di dalam sejarah Ummat untuk membuktikan kenyataan tersebut adalah kisah tokoh terkenal dunia Islam Imam Ghazali

Allah Ta’ala mentaqdirkan peribadi unggul ini (Imam Ghazali) sebagai contoh yang tidak akan pudar sealama-lamanya sampai Qiamat…  untuk diambil I’tibar dan pengajaran oleh ummat. Terutama alim ulama fiqh yang hanya berkecimpung di dalam ilmu syari’at semata-mata serta abaikan ilmu Toriqat / ilmu mendidik hati dengan Zikrullah.

Imam Ghazali memuatkan kisah beliau mencari kebenaran, jalan yang diredhai Allah di tengah2 puluhan kelompok2 Islam yang masing2 mendakwa mereka yang paling benar, di dalam Kitab beliau Munqiz Min-Adh-Dholal.

Kisah hidup beliau juga diceritakan oleh Ulama2 Ahlus Sunnah kemudiannya sebagai i'tibar untuk ummat terutama alim ulama fiqh yang tidak memahami ruh Islam.

Renungkanlah...

Wallahu A'lam





🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


JAWAPAN KEPADA ORANG DAKWA IKUT QUR’AN DAN HADITH SAHAJA


1.0  Muqaddimah

□□□□□□□□□□□□


 

Sekolompok orang muda yang terpengaruh dengan dakyah musuh2 islam, mendakwa mereka cuma ikut Qur’an dan Hadith sahaja.

Ada juga dari kalangan mereka2 ini terus terang menolak Ulama (Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)… atas alasan ciptaan nafsu sendiri. 

Golongan ini juga mendakwa siapa2 buat sesuatu perkara yang Nabi tak buat, maka itu katanya bid'ah sesat.  Na'uzubillah.

Ada yang lain berkata, haram dan bid'ah sesat jika amal dengan zikir, solawat, doa yang diajar oleh Ulama.  Mengikut kata orang2 ini siapa2 amalkan zikir, solawat, doa yang bukan dari Nabi, maka itu adalah bid'ah sesat. Na'uzubillah.

Akibatnya banyak lah orang2 seperti ini menjadi sesat dan menyesatkan. Orang2 ini TIDAK menyedari mereka jerut leher mereka sendiri kerana menuduh secara batil kepada Ummat Islam.

Mereka menyangka mereka sudah hebat dengan ucapan....

" kami ikut Qur'an dan sunnah sahaja"???

"kami tak ikut Ulama, kerana Ulama bukan ma'sum"?

"Siapa amal yang lain dari Sunnah Nabi, maka itu bid'ah sesat"

dan beberapa ucapan seperti ini, sedang mereka TIDAK sedar, mereka sedang menuju kehancuran.


2.0 Tiga DASAR Hukum Ahlus Sunnah
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


Fahami baik-baik, Selalu ingat, Pegangan kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, adalah TIGA SUMBER @ DASAR utama:

♻ Al Qur'an

♻ Hadith

♻ Ijma dan Qias Ulama

Ketiga2 sumber ini WAJIB dipegang oleh setiap orang beriman.

JANGAN sesekali menolak satu pun darinya...!

Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah:

"Menafikan / engkar / menentang satu daripada tiga sumber Asas itu adalah kekafiran."

Fahami pegangan ini dulu betul2...!

Hukum dan fatwa yang kita amalkan sekarang adalah kesemuanya hasil ijtihad   Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabarah berdasarkan Al Qur'an dan Hadith Nabi.

Kesemua hukum2 tersebut yang meliputi Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayat sudah di himpunkan di dalam Kitab2 Ulama Ahlus Sunnah mengikut bab masing2.

Mereka (Ulama Ahlus Sunnah yang mu'tabar) telah ijtihad menetapkan berbagai2 hukum yang memadai bagi kehidupan orang2 beriman.

Sebahagian besar dari hujjah2 untuk menerbitkan HUKUM  itu TIDAK dapat difahami oleh orang2 awam. Kerana hujjah2 tersebut berkait dengan dalil2 yang datang dari berbagai bagai ayat Qur'an yang berjumlah lebih 6,000 ayat.  Dan dari beratus ribu Hadith Nabi yang TIDAK mampu difikir / difahami oleh aqal pemikiran manusia yang sempit.

Oleh kerana inilah kita diperintah ikut Hukum2 dan Fatwa2  yang di ijtihad oleh  Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar.

JANGAN kamu bertanya mana hadithnya, mana ayatnya, kerana kamu takkan faham cara Ulama istimbat  (mengeluarkan hukum) berdasarkan ayat Qur'an atau Hadith Nabi.

Kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi.  Kamu tak tahu apa ayat Qur'an dan Hadith Nabi yang berjumlah sehingga satu juta Hadith. 

Jika diberitahu pun kamu takkan faham lantaran aqal yang sempit dan ilmu kamu yang cetek.  Bagaimanakah kamu ingin mendalami ilmu2 yang sedemikian banyaknya sedangkan kamu jahil berkenaan Al Qur'an dan Hadith Nabi?

Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat  hukum sedangkan kamu tak memahami kaedah2 menerbitkan hukum?

Bagaimanakah mungkin kamu faham cara2 Ulama istimbat  hukum, sedangkan kamu tak memiliki walapun satu syarat Mujtahid?

Syarat untuk menjadi Mujtahid berjumlah 10 perkara.  Menurut mam Sayuthi 15 syarat.   Syarat terakhir Mujtahid  yang PALING PENTING ialah seseorang  Mujathid itu WAJIB dia itu Ahli Taqwa iaitu Ahli Ma'rifat yang tahqiq (yang penuh yakin dan tetap hatinya pada Iman). Beliau sentiasa memandang Wajah Allah dan sentiasa berhubungan dengan ruhaniyah Rasulullah ﷺ.

Kamu sudah ada berapa syarat?

Sebahagian kecil dari hujjah berkait dengan dalil2 tersebut mungkin dapat difahami oleh orang kebanyakan, tetapi kebanyakannya bersifat halus, abstrak dan rahsia yang tak mungkin difahami oleh orang2 awam...!





🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻





بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAYA HAFIZ QUR'AN, KENAPA SAYA PUN KENA GANGGUAN JINN SYAITAN?

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Kemusykilan :

Ada beberapa hamba Allah musykil, pening dan tak percaya yang mereka terkena gangguan syaitan sedangkan mereka sentiasa membaca Qur'an, solat dan melakukan berbagai amal Islam  yang lain. 

Berikut adalah sebahagian yang menyatakan rasa tak percaya dan musykil dengan diri mereka sendiri.


(1) HAFIZ QUR'AN
~~~~~~~~~~~~
~~~~
Saya hafiz Qur'an ustaz.  Saya juga mengajar kanak2 mengaji dan hafaz Qur'an. Macamana saya boleh terkena gangguan syaitan?

(2) TOK IMAM
~~~~~~~~~~~~~
Saya sudah jadi imam berpuluh tahun ustaz.  Macam mana ustaz kata penyakit saya ni sebab jinn syaitan ?

(3) USTAZAH
~~~~~~~~~~~~
Ustaz, saya ni  mengaji Ugama sejak kecik. Mak pak saya pun orang alim.  Pelik la ustaz kata saya ada saka.

(4) ORANG RAJIN SOLAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ustaz, kalau orang yang rajin solat pun, jinn syaitan boleh masuk rumah dan kacau kita ke?


Di atas adalah beberapa contoh saudara2 kita yang terkena sesuatu penyakit yang tak ada perubatan  doktor biasa dapat merawatnya.  Mereka telah berjumpa bermacam2 pakar, namun tak dapat kesan penyakit  mereka. 




JAWAPAN:
■■■■■■■■

Untuk mengetahui mengapa setengah orang alim (fiqh), hafiz Qur'an, abid dan mujahid terkena juga gangguan bisikan syaitan, bahkan lebih dari itu didatangi penyakit2 disebabkan oleh jinn syaitan, kita perlu meneliti tiga perkara penting:

🍁Pertama  :  Mengetahui cara2 dan peringkat2  Iblis dan  syaitan menyerang orang beriman.

🍁Kedua    :   I'tibar kisah2 orang terdahulu yang disesatkan oleh Iblis syaitan.

🍁Ketiga    :  Mengetahui senjata paling  berkesan melawan Iblis dan syaitan.


Penjelasan Pertama:
================
Matlamat Iblis syaitan adalah menyesatkan manusia dari jalan Allah sehingga menjadi kafir. Langkah2 Iblis syaitan menyesatkan manusia;

(1) Memasuki jantung hati dan bisikkan kekufuran ke dalam hati.  Sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR

(2) Jika tak berjaya langkah kedua adalah : Bisikkan ke dalam hati supaya  riya', takkabur, 'ujub dan lain2 syirik khafi  agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.

(3) Jika tak berjaya juga langkah ketiga adalah :  Bisikkan ke dalam hati supaya malas dan bosan di dalam mengerjakan amal ibadah sehingga IBADAH  LUMPUH

(4) Jika kesemua di atas tidak berjaya langkah terakhir adalah : Memasuki urat2 darah, pernafasan, otak, perut dan faraj lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit2 yang pelik dan kronik.

Cuba perhatikan baik2, yang keempat itu adalah lazim berlaku ke atas orang2 yang kuat ibadah solat dan mengaji kerana lazimnya syaitan gagal menyesatkan orang2 yang kuat Imannya.  Tetapi dia takkan putus asa menyesatkannya dengan cara2 lain.

Cara terakhir Iblis /syaitan ini cuba menyesatkan orang beriman adalah dengan cara membawa berbagai penyakit2 sehingga orang itu menjadi lemah beribadah, kehidupan terganggu dan habis masa memikirkan merawat penyakitnya.


Penjelasan Kedua:
===============

Telah terjadi banyak contoh2 dalam sejarah manusia  sejak Nabi Adam bagaimana Iblis tak kenal siapa pun untuk menyesatkannya ; sama ada orang alim atau jahil,  sama ada orang kurang ibadah atau orang bergelar abid.

(Kecuali satu golongan yang tak dapat iblis tewaskan iaitu mereka yang tetap teguh zikrullah dan tetap IKHLAS.)

Contoh 1:

Kisah Imam Ghazali adalah contoh terbaik yang patut dijadikan i'tibar.   Imam Ghazali adalah HAFIZ QUR'AN, MUHADDITH (Ulama Hadith), ALIM DI DALAM DISIPLIN2 ILMU YANG CUKUP BANYAK sehingga dikatakan tiada tandingannya sesiapa pun pada masa itu menandingi Ilmu beliau. Berdasarkan pengakuan beliau sendiri, beliau mendapati diri beliau terganggu dengan riya', tidak ikhlas ( ini adalah hal beliau sebelum beliau menjadi Ahli Ma'rifat ). Kepincangan Iman dan Ibadah ini tidak terjadi melainkan wujudnya bisikan nafsu dan Ibilis.  

Contoh 2:

Banyak2 kisah2 di zaman Nabi2 terdahulu beberapa orang alim dan abid disesatkan oleh Iblis sehingga menjadi fasiq dan kafir.

Contoh 3:

Yang terdekat kepada kita Ummat Muhammad adalah :

(1) Banyak khalifah2 dan panglima2 memerintah kerajaan Islam menjadi zalim, fasiq dan jahat seperti syaitan. Antaranya Yazid bin Muawiyah dan Hajjaj yusuf As Saqafi yang membunuh dan menzalimi orang2 Islam yang tidak berdosa.

(2) Golongan Khawarij yang kebanykannya terdiri dari orang2 yang HAFIZ Qur'an, rajin beribadah sehingga berbekas dahi mereka lantaran sujud yang lama. (orang abid yang kuat ibadah)  Tetapi mereka2 ini disebut oleh Nabi sebagai anjing2 neraka.

(3) Golongan ( syiah rafidhi) yang mengangkat Sayyidina Ali sehingga ke taraf menjadi Tuhan atau menjadikan beliau sebagai Nabi terakhir.

Semua kesesatan tersebut tidak terjadi melainkan wujudnya peranan syaitan dan nafsu, menggoda dan terus menggodanya sehingga menjadi fasiq, zalim dan kafir.  Wal Iyazubillah. 


Penjelasan ke 3
=============

Ketahuilah senjata paling ampuh dan benteng paling habat yang tak dapat ditembusi oleh Iblis dan konco2nya  adalah.: 

HATI yang tetap ZIKRULLAH dengan penuh IKHLAS sepanjang waktu.

Seseorang yang tetap hatinya berzikir Allah Allah dengan penuh ikhlas, Syaitan tak dapat mendekati nya.  Jika dia cuba hampiri juga, nescaya akan terbakar hangus atau menjadi cacat.

Sebaik sahaja hati berhenti zikrullah atau ketika hilangnya ikhlas, maka di sana lah terbuka luas pintu masuk bagi Iblis dan konco2nya.

Di sini lah kunci memahami mengapa Iblis dan syaitan masih mampu menakluk hati orang beriman walaupun mereka itu abid, alim (fiqh) atau hafiz sekalipun.  Iblis tetap dapat menyelit masuk ke dalam tubuh  mereka untuk  mendatangkan berbagai penyakit dan kerosakan.


Tetapi persoalan penting sini .... Siapakah yang benar2 Ikhlas itu? Apakah itu ikhlas yang murni?

Jawapannya:

Rujuklah bab IKHLAS yang telah kita bicarakan dahulu.

Di sana akan jelas makna sebenar IKHLAS murni yang dituntut oleh Allah ..  iaitu  Ikhlas yang tak dapat ditewaskan oleh Iblis dan konco2nya.

Demikian makna ZIKRULLAH yang tetap pada hati telah pun kita huraikan dahulu. 


KESIMPULAN :
□□□□□□□□□□□

🌷Pertama :

Iblis dan syaitan dan nafsu akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia dari Jalan Allah dan menjadikannya fasiq, zalim dan kafir.

🌷Kedua :

Jika Iblis dan syaitan tak berjaya rosakkan Iman seseorang, dia akan membawa berbagai kuman dan kesakitan padanya sehingga ibadahnya lumpuh.

🌷Ketiga :

Hanya mereka2 yang benar2 IKHLAS dan kekal ZIKRULLAH terselamat dari tipu daya Iblis dan syaitan.

🌷Keempat :

Pada hakikatnya setiap sesuatu telah terdahulu ketentuan Allah Ta'ala padanya. Tiada sesuatu perkara berlaku melainkan semuanya di dalam ILMU, IRADAT dan KUDRAT Allah Ta'ala.  

Jika sesuatu perkara itu di taqdirkan sampai pada kita melalui tangan2 yang baik dan soleh, maka inilah petunjuk dan Ni'mat Allah Ta'ala.  Sebaliknya setiap sesuatu yang terjadi dari tangan2 Iblis, Syaitan dan nafsu, maka semua ini adalah kemudaratan dan kerosakan pada Iman. Kita semua perlu waspada dan mohon perlindungan Allah dari keadaan tersebut.

Mohonlah petunjuk Allah agar ditunjuki jalan Zikrullah  dan IKHLAS yang murni agar kita semua terselamat dari semua jenis tipu daya dan gangguan Syaitan dan nafsu.

Wallahu A'lam




🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻








بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MAJLIS NIKAH DI MASJID DIPENUHI MA'SIAT - SIAPAKAH YANG SALAH?

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Akhir2 ini ramai melakukan upacara aqad nikah  di Masjid2.  Ia sudah menjadi kelaziman pada zaman ini,  mungkin kerana  maslahat bagi semua pihak yang terlibat.  

Pada dasarnya, upacara nikah di masjid2 atau musollah tiada cela. Hukumnya harus. Namun sikap, cara dan perbuatan mereka2  yang terlibat,  telah menjadikannya sebagai suatu pesta maksiat.   Tidak cukup dengan berleluasanya maksiat di luar sana, kini maksiat di bawa masuk ke tempat suci, tempat melakukan Ibadah....!      

Apakah maksiatnya? 

                                                                                     

(1) Ketika naib qadhi  mula baca syarat2 dsb,  bakal pengantin perempuan diletakkan di tengah2 majlis sebagai bahan tontonan. Sedang pandang terus-menerus pada bukan mahram nya adalah dilarang.
                                                                              

(2) Bakal pengantin perempuan berhias diri dengan berbagai solekan dan pakaian yang menawan hati.  Sedangkan telah jelas hukumnya : Seseorang wanita muslim dilarang keras mempertontonkan perhiasannya kepada selain mahramnya.

(3) Penonton dan peserta laki2 dan perempuan campur aduk, tiada batas lagi.      
                                                                                      

(4) Selesai aqad nikah, pengantin lelaki mencium dahi, pipi atau tempat2 lain.   Betapa buruk dan kejinya perbuatan ini.   Agaknya apa beza lagak ini dengan perbuatan yahudi dan nasara berciuman di gereja selepas disahkan sebagai suami isteri.?  Lebih2 lagi kalian sedang berada di rumah suci Allah, betapa buruknya perbuatan ini?
                                                                        

(5) Suasana dipenuhi gelak ketawa, usik mengusik antara bukan mahram.      

Inilah sebahagian dari maksiat yang berlaku ketika berlangsungnya upacara aqad nikah di Masjid.    

Semua ini salah siapa?      

Atau kalian tak mengaku salah?  Sungguh malang...!
Siapakah yang bersalah?
                                                                           

(1) Pengerusi Masjid?                                                                                          

(2) AJK masjid?

(3) Tok Imam Masjid?                                                                                            

(4) Naib Qadhi, tukang nikah?                                                                         

(5) Ibu bapa pengantin?                                                                                   

(6) Pengantin?                                                                                                   

(7) Para jemputan / peserta / penonton?          

Jika ditanya masing2 akan menunding jari kepada pihak lain. Namun yang pasti adalah tiga golongan yang paling bertanggungjawab dan berdosa dalam hal ini iaitu  Tok Imam / Naib Qadhi yang jadi tukang nikah,  Pengerusi Masjid dan Ibu bapa Pengantin.   

Ustaz pernah menegur beberapa Pengerusi Masjid sebelum ini, tetapi kebanyakannya tak ambil peduli.   Ada yang menjawab begini :

"ala ustaz, apa kita nak sibuk2 sangat, di luar sana, di sekolah, di universiti,  di pejabat, banyak dia orang ni buat macam2 hal, apa nak hairan?"

yang lain cakap lembut sedikit,

" nak wat macam mana ustaz.  zaman ini dah memang macam tu.   kita nak larang pun tak mampu dah"

Hmm...  hebatlah pendirian Pengerusi, ajk dan tok Qadhi ini.  Oleh kerana maksiat sudah merata, jadi kita biarkan saja ye...?
                                   
Atau...  oleh kerana orang lain buat, kita pun ikut buat ???

Sungguh malang pendirian seprti ini....

Renungkanlah akibat2 perbuatan ini :       
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

⛔(1)  Keberkatan pada nikah sudah hilang.   Nikah yang sepatutnya menjadi jambatan penghampiran dengan Allah, bertukar menjadi sebab Kemurkaan Dia.   

⛔(2) Nikah adalah salah satu sunnah Rasul yang besar, tetapi sunnah yang besar dibuka dengan maksiat dan kemungkaran.
                                                      
⛔(3) Melakukan dosa terangan2·  Telah ijma' Ulama Ahlus Sunnah, bahawa dosa kecil menjadi dosa besar apabila dibuat terang2an.
 
⛔(4) Tidak menghormati rumah Allah, sebaliknya mencemarinya dengan berbagai ma'siat...!

…………………………………………

Renungan kepada semua : terutama naib qadhi, tok Imam, Pengerusi Masjid, ibu bapa dan umumnya semua orang beriman... !

Ingat juga perkara2 ini. 

Apabila sudah merata kemungkaran sedang tiada siapa berusaha hentikannya, maka tiada lagi di situ Rahmat Allah... yang tinggal hanya bala dari Allah Taala.

Wallahu A'lam

👳🏻👳🏻👳🏻




🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

HUKUM  SOLAT JAMA' DAN QASAR SERENTAK KETIKA DI DALAM MUSAFIR

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●



Apakah hukum melakukan qasar (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat)  dan pada masa yang sama  jama' solat2  tersebut (himpunkan solat zohor dan asar atau maghrib dan Isya)?

Maksud soalan ini adalah :

Penyoal ingin tahu adakah dibenarkan menghimpun dan pendekkan solat serentak,   misalnya himpun zohor dan asar pada waktu zohor (jama taqdim)  dan pada masa itu juga pendekkannya (qasar).  Erti- nya dua rakaat zohor dan dua rakaat asar dikerjakan pada waktu zohor.



PERTAMA: HUKUM QASAR (PENDEKKAN) SOLAT.
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Di sisi Mazhab shafie, Maliki dan Hambali, hukum qasarkan solat ketika musafir,  adalah sunnat muaqqad  (sunnat yang diberatkan / hampiri wajib)  dan mustahab (disukai = preferred upon) dari melakukan solat penuh.

Mazhab Hanafi mewajibkan qasar bagi  fardhu empat rakaat kerana berpegang pada dalil zahir Hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan Aisyah semuanya menunjukkan Nabi qasarkan (pendekkan) solat zohor, asar dan Isya,  tidak ada satu hadith pun menunjukkan Nabi melakukan solat penuh pada solat2 tersebut ketika musafir.  👈  ini argument Imam Hanafi.

Berkata Ibnu Umar :

"Aku telah menemani Rasulullah 
, dan Baginda tidak melakukan lebih dari dua rakaat (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat) ketika musafir. Dan demikian juga Abu Bakr, Umar dan Uthman (Radhiallahu Anhum ajma'ien)

[Imam Bukhari]

Imam2 Shafie, Hambali dan Maliki berpegang bahawa Hadith2  tersebut hanya menunjukkan mustahab (dipilih lebih baik)  dan bukan wajib.

👳 kena faham betul2 bahagian ini.  

Perhatikan point penting :

(1) Qasar (pendekkan empat rakaat menjadi dua rakaat) itu hanya dibolehkan ( bahkan sunnat muakkad) ketika MUSAFIR SAHAJA.

(2) Rasulullah 
tetap qasarkan solat ( dua rakaat bagi solat empat rakaat) sepanjang musafir.  Tiada satu hadith pun mengatakan Baginda solat penuh ketika musafir.



KEDUA: SOLAT JAMA'  SAHAJA KETIKA BERMUKIM (BUKAN MUSAFIR)
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Jumhur Ulama mengharuskan solat jama'  sahaja (iaitu himpunkan dua solat tanpa pendekkannya) ketika bermukim (bukan musafir) dengan beberapa syarat tertentu, maksudnya kerana beberapa keadaan darurat, seperti :

(1) Hujan lebat

(2) Kesakitan yang berat

(3) Ibu2 menjaga dan menyusukan anak kecil dan menghadapi kesulitan

(4) Pekerjaan yang memerlukan kepakarannya seperti doktor bedah yang terpaksa uruskan pembedahan pada waktu yang lama.

(5) Pekerja keselamatan yang terpaksa selamatkan mangsa

Maksud solat jama' sahaja adalah himpunkan solat zohor dan asar atau maghrib dan Isya tanpa qasr (tidak boleh pendekkan)  kerana dia bukan musafir.

Dalil nya :
~~~~~~~~

Kata Ibnu Abbas 
رضي الله عه   :

"Rasulullah
solat tujuh rakaat dan lapan rakaat di Madinah iaitu zohor dan asar dihimpun jadi lapan,  maghrib dan Isya dihimpun jadi tujuh rakaat)  (ertinya Nabi bukan musafir ketika itu)

[Imam Bukhari, Imam Muslim]

Perhatian point2 ini:
~~~~~~~~~~~~~~~

(1) Solat Jama'  dibenarkan sama ada MUSAFIR atau TIDAK MUSAFIR bergantung kepada syarat2- nya.

(2) Rasulullah 
, pernah solat Jama'  tetapi secara penuh (iaitu tidak diqasarkan ) ketika Baginda TIDAK musafir.



KETIGA : SOLAT JAMA' DAN QASAR KETIKA MUSAFIR
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Dalil menunjukkan Rasulullah
, melakukan solat jamak sekaligus qasar adalah ketika perang Tabuk sebagaimana keterangan Hadith ini...

Berkata Sayyidina Muaz bin Jabal:

"Bahwa Rasulullah , pada saat di perang Tabuk, jika matahari telah condong dan belum berangkat maka Baginda menjama' solat antara zuhur dan Asar. Dan jika sudah berangkat sebelum matahari condong, maka Baginda mengakhirkan shalat zuhur sampai berhenti untuk solat asar. Demikian juga pada waktu solat Maghrib, jika matahari telah tenggelam sebelum berangkat maka Baginda menjama' antara Maghrib dan 'Isya. Tetapi jika sudah berangkat sebelum matahari matahari tenggelam maka Baginda mengakhirkan waktu solat Maghrib sampai berhenti untuk solat Isya, kemudian Baginda  jamak keduanya"

[Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud]

Hadith tersebut tidak menyebut perkataan "qasar" (dipendekkan) tetapi kita sedia maklum, dari penjelasan awal2 lagi bahawa Nabi tak pernah solat penuh melainkan qasar (pendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat). Apabila asas ini difahami, maka hadith di atas sekaligus berikan penjelasan bahawa Nabi qasarkan solat dan pada masa yang sama jamakkan solat.

Kesimpulannya:
~~~~~~~~~~~~~

🍁Seseorang dibenarkan Qasarkan solat fardhunya ketika musafir sahaja.

🍁Boleh menjamakkan solat ketika musafir atau ketika bermukim (berdasarkan syarat2nya)

🍁Jamak dan Qasar serentak boleh dilakukan oleh orang yang musafir sahaja seperti. contoh Nabi pada perang Tabuk.

……………………………………………………

Baik,
Persoalan yang ditimbulkan oleh si penanya,  mengapa Ulama tidak bincangkan Solat jamak dan qasar serentak di dalam kitab2 mereka.?

Jawapan :
■■■■■■
■■


Pertama :
Shaikh tidak dapat pastikan betul atau tidak, apakah benar  tiada perbincangan hal tersebut di dalam Kitab Imam2 Shafie yang tinggi2?

Ada beberapa kitab induk Mazhab Shafie seperti...

Tuhfatul Muhtaj Bi Sharhil Minhaj - Imam Ibn Hajar Haithami

Nihayatul Muhtaj Ila Sharhil Minhaj - Imam Romli

Mughni Muhtaj Ila Ma'rifati Al Fadzi Minhaj - Imam Shamsuddin As- Sharbini


Kedua:
Jika benar memang  Ulama kita tak bincangkan bab itu...
Kemungkinan keadaan ini terjadi kerana pekerjaan  himpunkan solat (jamak) dan jugak pendekkan solat (qasar) serentak adalah pilihan sendiri.  Dan tiada kepayahan berbuat demikian.
  
Jika seseorang ingin jamak dan qasar sekali, dia cuma perlu tambahkan pada niat "qasar dan jama"  dan ini bukanlah suatu masalah besar.

Solat jamak telah dijelaskan syarat dan cara2 melakukannya. 

Solat qasar juga telah dijelaskan dengan syarat2 sekali.

Dengan itu apabila cantumkan kedua2 nya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah di dalam perang Tabuk, maka kita cuma tambah niat "jamakkan solat".

Inilah kemungkinannya yang dapat difahami mengapa Ulama tidak bincangkannya secara detail.

Wallahu A'lam




🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻




بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


PADA BULAN RAMADHAN..                                                                                      

SYAITAN DIRANTAI, MENGAPAKAH MASIH BERLAKU MA'SIAT?

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□


🔴Soalan:

Assalamu alaikum ya sidi shaikh,

Ikut hadith Nabi, iblis dan anak cucu dia kena belenggu di bulan Ramadhan, tetapi kenapa masih berlaku ma'siat, kelab2 malam tetap aktif, minum arak, judi jalan macam biasa.  bukan ke bila kena iblis kena ikat, maksiat semua terhenti?'

Syukran atas jawapan.


🔴Soalan:

Assalamualaikum

Mohon penjelasan Shaikh, di bulan Ramadhan syaitan dirantai,  maksudnya macam mana?  Adakah betul2 kena rantai atau cuma kiasan?

Terima kasih


🔴Soalan:

……………………

Assalamualaikum Shaikh

Terima kasih sudi jawab soalan2 kami.  

Sudah lama saya musykil satu benda ni. Masa puasa dikatakan semua setan kena rantai,  termasuk bapak setan Iblis pun kena ikat.   Tapi yang saya heran masa bulan Ramadhan ada saja perempuan histeria.   Ada yang kena kacau dengan setan. Ini macam mana Shaikh.

Syukran.



🔵JAWAPAN:

■■■■■■■■■■■■


 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda:


“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


●Ramai yang musykil dan tertanya2 apa sebenarnya maksud hadith Nabi tersebut.


● Musykil ~ Mengapa ma'siat tetap berlaku di Bulan Ramadhan walaupun syaitan dirantai.


● Musykil ~ Jika syaitan dirantai mengapa ada juga yang kena rasuk dan gangguan makhluk halus lain?


● Musykil ~ Syaitan tak boleh goda manusia. jadi bukankah sepatutnya orang kafir semua insaf jadi Muslim?    atau  orang zalim semua patut jadi baik, bukan macam tu?


Berikut jawapannya:

Berhubung dengan Hadith tersebut terdapat berbagai huraian Ahli Ma'rifat.   Ahli Ma'rifat adalah hamba2 Allah  yang sangat mahir di dalam ilmu keruhanian, kejiwaan manusia dan mengetahui  sekalian gangguan2 makhluk zahir dan tersembunyi yang menyerang manusia.  

Berikut ini  ringkasannya.


🍁Penjelasan Pertama:

Maksud syaitan dirantai adalah Iblis dan kuncu2nya dan keturunannya, iaitu syaitan2.  Sementara jinn lain tidak dirantai.  Jinn2 jahat, fasiq, sesat, munafiq, kafir bebas berkeliaran ganggu manusia.


Ramai yang keliru bab ini. Ini pecahan dari segi bangsa jinn /makhlus halus: 


(1) Iblis 


Iblis adalah Azazil yang La'nat oleh Allah kerana enggan sujud (hormat) kepada Adam.    Iblis adalah bangsa jinn yang diLa'nat, dipanjangkan umurnya tidak mati2 sampai Qiamat.  Iblis tiada hisab di akhirat, tetapi dicampak terus masuk Neraka dan dia kekal dalam Neraka.


(2) Syaitan 


Syaitan adalah nama bagi anak cucu keturunan Iblis.  Iblis yang lahirkan syaitan2. Ini bermakna syaitan juga bangsa jinn tetapi  yang diLa'nat juga.  Sama seperti Iblis semua anak cucu keturunan dia tiada hisab di akhirat  tetapi di campak terus masuk Neraka dan semua anak cucu Iblis ini kekal dalam Neraka.


(3) Bangsa jinn umum  yang lain.   


Selain dari Iblis dan anak cucu Iblis,  ada lagi bangsa jinn yang lain yang diturunkan taklif syara'  (beban hukum Agama)  iaitu semua bangsa jinn ini mempunyai pilihan sama seperti manusia, sama ada beriman kepada Allah dan Rasul- Nya atau menjadi kafir.    


Bangsa jinn yang lain ini akan melalui hisab, mizan, titian sirat, Syurga dan Neraka sama seperti manusia.


Ini bermakna di kalangan bangsa jinn yang umum ini ada yang beriman, ada yang fasiq, ada yang zalim, ada yang munafiq, sama juga seperti dunia manusia.   


Di dalam Hadith tersebut, yang di rantai adalah Iblis dan anak cucu Iblis iaitu syaitan.  JInn yang umum ini tidak dirantai.  Maka jinn umum ini ada yang  bangsa jahat, fasiq, kafir, munafiq bebas menganggu manusia.   Inilah sebabnya kita dapati di bulan puasa pun masih ada yang kena rasuk, kena sampuk akibat dari perbuatan khianat jinn jahat.  



🍁Penjelasan Kedua:

Sebahagian manusia yang sememangnya mempunyai tabi'at jahat sudah terbiasa dengan kejahatannya.

Walaupun syaitan dirantai di bulan Ramadhan,  dia tetap dengan kejahatannya.  Orang yang kaki judi, kaki arak, pezina akan terus melakukan maksiat kerana itulah kerja

mereka tiap2 hari.


Orang yang gemar melakukan penipuan, penindasan, kezaliman atas manusia lain akan tetap melakukan perbuatan2 durjana tanpa mengira bulan puasa atau tidak.


Orang yang biasa abaikan solat, wanita yang tiada menutup aurat, mereka yang biasa hidup bergaul bebas tidak akan tetap dengan tabiat mereka.


🍁Penjelasan Ketiga:

Sebelum tiba Ramadhan, Iblis dan kuncu2nya sudah mengatur strategi dalam minda orang2 jahil Islam supaya mereka2 ini akan menyambung kerja2 syaitan sepanjang Ramadhan.  


Orang2 Islam jahil ini akan melakukan berbagai helah untuk menarik orang berpuasa kepada kerja2 tidak berfaedah yang akhir nya merosakkan nilai puasa atau batalkan nilai puasa.


Contoh2 ini adalah berlakunya hiburan2 yang melalaikan, perjumpaan yang sia2, perdebatan sia2 dsb.


Selain itu berlaku adu domba masyarakat dan ahli2 politik kotor,  fitnah memfitnah, tuduh menuduh dusta dll.   Orang2 Islam awam pun terheret sekali dengan permainan  ahli2 politik rakus dan tamak dunia,  siang malam debat hal ehwal politik jahat dunia.   Kononnya itulah da'wah dan jihad semasa!   Benarkah demikian?   Sebenarnya mereka tertipu !


Iblis dan syaitan gelak tertawa kerana walaupun mereka telah di- rantai, kerja2 mereka disambung oleh wakil2 mereka dari kalangan manusia jahil, tamak dan rakus.


🍁Penjelasan Keempat:

Ini yang paling penting...!

Punca sekalian  kejahatan yang dilakukan oleh manusia adalah datang dari nafsu jahat yang wujud di dalam diri setiap manusia.    


Iblis dan kuncu2nya hanya sebagai pendorong, penyuntik dan penguat kepada sifat2 jahat yang sedia wujud pada diri seseorang.


Jika tidak wujud nafsu2 jahat di dalam diri seseorang, maka Iblis dan syaitan takkan mampu menggoda manusia tersebut. Ini bermakna nafsu kejahatan tetap wujud dalam diri manusia yang menyeru kepada kejahatan, walaupun syaitan dibelenggu.


Inilah buktinya walaupun Iblis dirantai, nafsu2 kejahatan yang wujud dalam diri tetap akan berperanan menyeru kepada kejahatan.


Selagi seseorang belum berusaha menyucikan batinnya dengan mendaki jalan keruhanian (Jalan Ma'rifat) dan bersungguh2 memerangi  nafsu2 jahat di dalam dirinya, selagi itulah nafsu2 kejahatan akan tetap mendominasi di dalam dirinya, menyeru kepada kejahatan, menyeru kepada keengkaran dan kekafiran.  


Mereka yang belum bertemu Mursyid yang siddiq bagi untuk menyucikan batinnya dari syirik, mazmumah serta kekejian lain, sekurang²nya usahalah sungguh² dengan apa yang terdaya bagi mengurangkan kerosakan di dalam hati. 


************************


Demikian serba sedikit penjelasan.  Untuk penjelasan lanjut, bacalah juga Risalah kami bertajuk


"Tiga Tingkatan Orang Berpuasa"


Moga puasa akan datang kita lebih waspada ; bukan saja waspada terhadap Iblis dan syaitan, tetapi lebih waspada  dengan diri sendiri,  tipu daya nafsu, makhluq dan dunia.


Wallahu A'lam



🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

 

RAMAI SOLAT TETAPI TIDAK SAH SOLATNYA


Berdasarkan pengalaman mengendalikan "Kursus Murnikan Cara Solat", kami dapati kebanyakannya TIDAK menepati syarat sah solat.

Di antara peserta tersebut terdiri dari  profesor, pensyarah, guru sekolah dan pemegang ijazah Agama.

Hairan?.

Tak percaya?

Susah percaya?

Memang pada awalnya kebanyakan peserta penuh yakin solat mereka sudah betul, mereka hadir sekadar menambah pengetahuan.   Tetapi apa yang terjadi...  berlainan dari sangkaan mereka.

Seawal2 rukun pertama niat berserta Takbiratul Ihram sahajapun, kebanyakannya sudah salah, tidak menepati syarat2nya. Apa lagi bacaan Fatihah, Tahiyyat dll.  banyak sekali kesalahan.

Sudah tentu kebanyakannya akan tertanya² : mengapa profesor, pensyarah dan pemegang ijazah pun boleh salah dan TIDAK menepati syarat solat...?!!!


Jawapannya mudah:


Kebanyakan orang Islam pada zaman ini TIDAK pernah belajar cara mengerjakan solat  dengan talaqqi musyafahah dengan Guru yang arif  (menghadap Guru dan mendengar sendiri dari lisan Guru)  berpandukan Kitab Fiqh yang Mu'tabar . 

Mereka TIDAK pernah belajar syarat² sah bagi setiap rukun solat.  Mereka TIDAK pernah belajar syarat² sah Takbiratul Ihram, Fatihah dll

Mereka hanya mengerjakan solat berdasarkan pembelajaran di sekolah rendah atau sekolah menengah atau universiti. ...   sedangkan pembelajaran di sekolah rendah, menengah sehingga universiti sekalipun hanyalah pengetahuan peringkat "kanak²",  iaitu yang ringkas sesuai dengan aqal kanak².... BUKAN cara solat yang sempurna menurut hukum.

Untuk mengerjakan solat secara benar menepati syarat²nya, WAJIB bagi setiap orang beriman mempelajarinya dari Guru yang Arif. Jika tak jumpa Guru yang Arif, bolehlah mempelajarinya daripada mana² ustaz yang benar² mahir di dalam fiqh solat.

Inilah sebabnya, kami menganjurkan "Kursus Murnikan Cara Solat" bagi memberikan kefahaman asas berkenaan solat kepada seluruh Ummat.

Apa yang kami sebut di atas hanya satu bahagian yang wajib pada solat... iaitu bab Fiqh.   Terdapat satu bahagian lagi syarat sah solat... iaitu syarat sah batin yang terangkum di dalam kitab Tasawwuf.  Kedua² bahagian syarat sah ini wajib dipelajari dan diamalkan sebagai menepati tuntutan Allah ke atas orang beriman.

JANGANLAH solat sekadar melepas batuk di tangga, JANGAN fikir  sekadar solat sudah selesai tanpa mempelajari dan amalkan mengikut syarat²nya.

Ketahuilah amal pertama dihitung besok adalah solat.   Apabila solatnya diterima baru lah amal² lain dihitung.  Apabila solatnya ditolak, sekalian ibadah lain menjadi sia²....Wal 'Iyazubillah


Rasulullah   bersabda,

 إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسَرَ فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيْضَتِهِ شَيْءٌ قَالَ الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى : انَظَرُوْا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ؟ فَيُكْمَلُ بِهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيْضَةِ ثُمَّ يَكُوْنُ سَائِرُ عَمَلِهِ عَلَى ذَلِكَ ” . وَفِي رِوَايَةٍ : ” ثُمَّ الزَّكَاةُ مِثْلُ ذَلِكَ ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ حَسَبَ ذَلِكَ

Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari Qiamat adalah solatnya. Apabila solatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila solatnya rosak, dia akan menyesal dan merugi. Jika ada yang kurang dari solat wajibnya, Allah Ta’ala mengatakan,  "’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan solat sunnat?’ Maka solat sunnat tersebut akan menyempurnakan solat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.”    Bilamana solat  seseorang itu baik maka baik pula amalnya, dan bilamana solat seseorang itu buruk maka buruk pula amalnya.”

[Imam Ath-Thabarani]

Dengan demikian pelajarilah Cara Mengerjakan Solat yang betul kepada Guru yang benar² mahir dengan cara talaqqi musyafahah. Pelajarilah sungguh² syarat bagi setiap rukun.

Pelajari dan amalkan kedua² bahagi syarat Sah Solat ;  Zahir dan batinnya. Guru yang benar² mahir kedua² syarat zahir dan syarat batin (hati) hanyalah Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq).

Jika tak bertemu seorang pun Mursyid yang siddiq, pelajarilah cara²nya daripada Ustaz, Kiyai, Muallim yang benar² mahir menurut Ahlus Sunnah yang benar.  Di samping itu berusaha juga sungguh² mencari Guru Mursyid yg siddiq kerana mereka adalah Pewaris Nabi yang muhaqqiq yang mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Rasulullah .

 

Moga selamat dunia akhirat.


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


CARA TAKBIRATUL IHRAM YANG SEMPURNA, KHUSYU' DALAM SOLAT dan MERASAI KEMANISAN SOLAT

Soalan :

Assalamualaikum Shaikh

Maaf bertanya,  apakah cara untuk masukkan niat ke dalam takbiratul ihram dengan sempurna dan merasai keagungan Allah?    Apakah cara khusus untuk khusyu’ di dalam solat?

Terima kasih.


JAWAPAN :

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Cara sebenar dan sumpurna memperoleh khusyu, kemanisan solat dan merasai Keagungan Allah di dalam solat adalah melalui Jalan Ma'rifat.   Iaitu dengan pimpinan Mursyid yang siddiq seseorang akan dididik untuk menyucikan hatinya dari segala kekotoran ma'nawiyyah.  Apabila  hati itu menjadi benar2 suci dan bersinar dengan cahaya Ilahi,   ketika itu seseorang hamba Allah akan  merasai Keagungan Allah,  khusyu', dan kemanisan sepanjang solatnya.

Bagi mereka yang belum bertemu seorang Mursyid yang siddiq, dan belum ada kelapangan mengikuti pada jalan Ma'rifat, maka boleh ikut panduan ini...

(1) Duduk tenang sebentar di atas sejadah

Maksudnya jangan terus angkat takbiratul ihram sebaliknya duduk sebentar tenangkan diri.

(2) Sambil duduk baca wirid ringkas berikut sungguh2 hati :

2.1   Istighfar 10x

2.2   Solawat 10x

2.3   Zikir La Ilaha Illallah 10x

(3) Bangun dan berdiri tegak. (bagi yang berkuasa)

(4) Hadapkan diri kepada Allah Azza Wa Jalla

Maksudnya qasad dalam hati sungguh2 bahawa kita sedang menghadap Allah (jangan dirupa2kan Zat Allah tetapi cuma qasad sahaja dalam hati).

(5) Kumpulkan syarat²  takbiratul ihram bagi solat menjadi satu ;

Maksudnya himpunkan    qasad, ta'arudh dan ta'yin  menjadi satu  yang padu di dalam hati. Ertinya sebelum Lafaz Takbiratul ihram kumpulkan niat dalam hati itu menjadi satu. 

Contoh :

Bagi solat fardhu Subuh :   kumpulkan 3 perkara ini di dalam hati.

qasad   ~ Aku Solat

ta'arudh ~ fardhu

ta'yin     ~ Subuh

Tiga perkara ini saja syarat niat bagi solat fardhu. 

Jadikan tiga perkara ini menjadi satu di dalam hati,  bukan berpisah2.

(6) Angkat tangan untuk takbiratul ihram

Ketika angkat tangan dan lafaz Takbiratul ihram, masukkanlah  niat tadi yang telah dikumpul  menjadi satu ke dalam hati.

In shaa Allah dengan mengikuti panduan di atas seseorang akan dapat masukkan niat dengan pantas ke dalam takbiratul ihram dan juga akan dapat merasakan Kehebatan Keagungan Allah mulai dari awal solat sehingga selesai.

Catitan :

Pada permulaannya agak sukar tetapi jika seseorang sungguh2 dan penuh penumpuan. In shaa Allah akan melihat hasilnya

Setakat ini ramai yang mengikut panduan tersebut telah berjaya masukkan niat dengan pantas dan dapat lebih khusyu' solatnya.

Walau bagaimanapun untuk memperoleh kesempurnaan solat sudah pastilah melalui penyucian jiwa pada jalan Ma'rifat

Moga memperoleh Rahmat dan Inayah Allah.

In shaa Allah

Alhamdulillah


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


TINGKATAN ORANG SOLAT —  IKHLAS DAN KHUSYU'

Menurut Ahli Ma'rifat, orang beriman yang mendirikan solat terdiri dari berbagai Tingkatan dan Darjat menurut Keimanan / Tauhid / Ma'rifat yang ada di dalam hatinya. 


Solat Orang Awam :

Kakinya berdiri di bumi,  hati dan ruhnya juga di bumi / dunia.


Solat Orang Salikin :

Kakinya berdiri di bumi, namun hati dan ruhnya berada di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga atau Keempat atau Keenam atau Ketujuh menurut pencapaian Ma'rifat / Tauhid masing2.


Solat Orang Arifin :

Kakinya berdiri di bumi, hati, ruh dan Sirriyah (rahsia paling dalam) nya di atas Arasy,  di Hadratul Quddus.


PENJELASAN RINGKAS:

(1) Orang awam adalah orang yang hanya berpegang kepada Syari'at / Fiqh semata2 dan tidak mengamalkan Toriqat yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ. Mereka hanya amalkan segala bentuk amalan zahir (fiqh) tetapi tidak amalkan Zikir dan mujahadah menurut disiplin Ma'rifat seperti yang diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Dengan demikian hati mereka kekosongan dari mengingati Allah, melainkan amat sedikit atau tiada langsung.

Orang awam ini  TIDAK mencapai Tasawwuf (baca : kesucian hati)  yang membolehkan hati mereka khusyu'.   Akibatnya sewaktu solat, hati mereka merewang ke muka bumi,  hati mereka  di pasa raya, hati mereka  di sekolah, hati mereka masyghul uruskan kerja pejabat, bergaduh sana sini dan segala macam gambaran hidup yang telah dilalui dalam kehidupan. Bahkan sejarah hidup puluhan tahun yang lampau pun menjadi mainan dan wayang pemikirannya.

Walaupun mulut membaca Takbir membesarkan Allah, walaupun mulut membaca Tasbih,  walaupun mulut membaca Tahmid,  namun HATI mereka tiada bersertanya.  Hati mereka leka menghadap dunia. HATI mereka lalai dan sibuk dengan  segala hiruk-pikuk dunia.  

Ringkasnya ketika solat, mereka tidak menghadap Allah sebaliknya manghadap makhluq dan dunia.

Inilah hal keadaan kebanyakan orang awam mengerjakan Solat...! 

Apabila disebut orang awam, ianya tidak TIDAK  kepada orang jahil atau orang yang sedikit ilmu sahaja  bahkan juga termasuk di dalam istilah orang awam adalah  mereka yang banyak ilmu Agama (ilmu fiqh semata2),   ustaz, kiyai, muallim yang hanya memiliki ilmu fiqh semata2 sedangkan jiwa mereka kosong, jiwa mereka tiada hakikat Tasawwuf (baca kesucian hati) .... sampailah  Profesor dan PhD atau bergelar Ulama alim fiqh sekalipun tetap juga tiada khusyu' didalam solatnya....!

Mengapa ustaz, muallim, kiyai, Profesor juga tidak dapat khusyu' dan benar2 ikhlas dalam Solat ?

Jawapannya :

Ini terjadi kerana mereka hanya berpegang kepada ilmu dan amal zahir (fiqh) semata2, sementara    ilmu dan amal yang berkaitan dengan  batin hati — iaitu Toriqat Rasulullah   yang sahih diabaikan.  Maka tiadalah mereka memperoleh Tasawwuf di dalam diri (baca : kesucian hati) yang membolehkan mereka khusyu dan sebenar2 ikhlas di dalam solatnya.


(2) Salikin adalah orang yang menempuh Jalan Ma'rifat, yang amalkan kedua2 Syari'at dan Toriqat Rasulullah yang sahih,  dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq )

Solat Ahli Salikin yang mencapai Tauhid yang hakiki dan  mencapai Tasawwuf (kesucian hati),   hasil dari mujahadahnya serta Anugerah Allah kepadanya,   adalah jauh berbeza dengan Solat orang Awam.

Ketika mereka mengangkat Takbiratul Ihram, hati dan ruh mereka sedang Mi'raj kepada Allah Ta'ala.   Walaupun kaki dan jasad mereka berdiri atas muka bumi, hati dan ruh mereka sedang menghadap Allah.    Walaupun mereka menjejak kaki di bumi,  hati dan ruh mereka berdiri di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam atau Ketujuh menghadap Allah. 

Ketika mulut mereka membaca Tahmid, hati mereka turut memuji Allah.

Ketika mulut mereka membaca Takbir, hati mereka melihat Kebesaran Allah.

Ketika ruku' dan sujud, hati mereka turut ruku' dan sujud.

Bahkan seluruh pergerakan dan lafaz di dalam solat diikuti dengan hati mereka menghadap Allah. 

BUKAN menghadap makhluk dan BUKAN dunia.

Bukankah darjat ini jauh bezanya dengan Solat Awam tadi bagaikan langit dan bumi?

Jika ada yang bertanya :  Adakah mungkin mencapai Darjat Solat seperti ini?

Jawapannya benar, bahkan itulah Solat yang dituntut dan di WAJIBKAN atas setiap orang beriman.  Sebagaiman isyarat-Nya :

Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢)

"Sesungguhnya mencapai kemenangan (kejayaan, selamat) orang Mu'min,  iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."

[Al-Mu'minun (23) : ayat 1-2]

In shaa Allah, atas Anugerah Allah kepada hamba2 Allah yang sungguh2 mujahadah pada Jalan-Nya, dengan pimpinan Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) sekalian keindahan Solat akan terbuka baginya.

Apabila HATI telah benar2 suci dari sekalian syirik khafi, mazmumah, ghaflah dan lain2 kekejian hati, maka ketika itu akan terbuka baginya rahsia ikhlas dan khusyu' di dalam solatnya.  Solatnya ketika itu terasa ringan, tiada kepayahan, tiada rasa terpaksa, bahkan seluruh solatnya di dalam kedamaian dan ketetangan hati —  khusyu' dan ikhlas yang sempurna.


(3) Orang Ariffin atau Arif Billah adalah hamba2 Allah yang telah sampai ke Maqam Tauhid yang sempurna.

Salikin yang telah menempuh perjalanan yang panjang (lama), mujahadah melawan nafsu kejahatan di dalam dirinya pada jangkawaktu yang lama,   dengan   bimbingan dan asuhan Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), atas Anugerah Rabbul Jalil Yang Maha Agung, akan memperoleh Ma'rifat yang sempurna mengenal Allah. (Maqam Tauhid yang sempurna).   Iaitu darjat Arif Billah.

Ketika Solat (bahkan bila2 masa sekalipun) hati, ruh dan Sirr  nya (rahsia paling dalam) sentiasa muwajihah (menghadap) Allah.   Walaupun jasadnya di bumi, sekalian perasaannya menghadap Allah.  Walapun kakinya berdiri atas muka bumi, hati, ruh dan Sirr nya  sedang berada di Hadratul Quddus di atas Arasy.   Solat mereka sempurna menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un.

Ini sebagaimana isyarat Allah di dalam Kitab yang mulia:

Rasulullah bersabda :

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah2 engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat- Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]

Inilah Solat Rasul, Nabi dan sekalian Arif Billah dari kalangan Ummat Muhammad Rasulullah .  


Jika ditanya mampukah setiap Muslim yang beriman mencapai darjat termulia ini?

Jawapannya :

Setiap Muslim lelaki dan wanita mempunyai keluasan yang sama untuk mencapai Maqam Ihsan ini.  Allah Ta'ala telah menyediakan di dalam diri setiap manusia akan benih2 Tauhid yang akan tumbuh membesar dan berbuah indah yang diRedhai Allah apabila dihidupkan dengan zikrullah, disirami dengan cahaya Ketuhanan... 

mengikut panduan, syarat dan peraturan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah

Sekalian Petunjuk Rasulullah  itu diwarisi oleh sekalian Mursyid yang siddiq - Pewaris Nabi yang muhaqqiq pada zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah .

Siapakah yang dikatakan Mursyid yang Siddiq?

Mursyid yang Siddiq adalah sebenar2 Pewaris Rasulullah yang mewarisi zahir dan batin Baginda.  Mereka mewarisi Ilmu Baginda zahir dan batin. 

Mereka diangkat oleh Allah Ta'ala kepada Maqam Mahmud , mecapai Darjat Keimanan yang tinggi mengatasi manusia2 lain.

Generasi Pertama Mursyid yang siddiq adalah para Sahabat Nabi Ridhwanullah khususnya Khulafa Ar-Rasyidin.

Generasi Kedua Mursyid yang siddiq  adalah Tabiin yang menerima langsung daripada Sahabat Ridhwanullah Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali ..  Ridhwanullahi Ajma'in

Generasi Ketiga Mursyid yang siddiq adalah Tabiit-Tabiin yang mengambil ilmu zahir dan batin langsung dari Tabiin.

Generasi Keempat Mursyid yang siddiq adalah sekalian Imam2, Shaikh yang mengambil Ilmu secara langsung daripada Tabiit Tabiin.

Generasi Kelima, Keenam, Ketujuh (dan seterusnya) Mursyid yang siddiq mengambil ilmu dengan kaedah dan disiplin yang sama iaitu mengambil langsung daripada Imam / Shaikh sebelumnya dengan tertib, beradab dan penuh disiplin megikut Adab Ma'rifat.

Sesungguhnya sekalian Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi yang muhaaqiq) ini adalah pilihan Allah Ta'ala sebagaimana diisyaratkan oleh Allah di dalam Kalam-Nya yang Maha Tinggi.

Firman Allah:

سُوۡرَةُ فَاطِر

 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; ...."

[Faathir (35) : Ayat 32]

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang dimaksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada   Mursyid / Warisatul Anibya / Ahli Ma’rifat, Ulama Arif Billah  yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.

Berkata Imam Jilani:

Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga  kasyaf  Ilahiyyah)

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

[Faathir (35) : Ayat 32]

 [tamat petikan Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Kunci perkataan yang wajib difahami di sini adalah:

 ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ

"Yang Kami (Allah) pilih dari kalangan hamba pilihan Kami"

Ertinya ayat ini mengisyaratkan dengan jelas bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala yang memilih dan melantik Mursyid (Baca Pewaris Nabi yang siddiq) dari kalangan manusia untuk menjadi Pewaris Nabi bagi memimpin Ummat menurut Agama Suci Ilahi. Pilihan tersebut disampaikan diilhamkan oleh Allah kepada Mursyid yang sedang memimpinnya.  Lalu Mursyidnya hanya mengisytiharkan Pemilihan tersebut.

Kesimpulannya:

Untuk mencapai ikhlas sebenar2 ikhlas,  dan khusyu' di dalam solat, setiap Muslim perlu mencari Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) dan berguru kepada beliau.   Beliau akan memimpin kamu kepada Allah melalui Sistem Pendidikan Ma'rifat yang diwarisi turun temurun dari sekalian Masyaikh bermula dari Sahabat sampai ke saat ini sehingga akhirnya kamu mencapai darjat Tauhid dan khusyu' yang sebenar menurut tuntutan Allah.

Tanpa melalui Sistem Pendidikan khusus ini siapa pun TIDAK akan memperoleh khusyu' yang sebenar di dalam Solatnya.  Walaupun boleh jadi dia memiliki jabatan Agama yang besar atau memiliki ijazah dunia yang paling besar sekali pun, dia tidak akan memperoleh khusyu' dan kemenangan jika dia tidak menempuh Sistem Pendidikan Rasulullah  mendidik Sahabat Baginda yang kini Sistem Pendidikan tersebut diwarisi oleh Sekalian Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq)

 

 🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


 NIAT SOLAT JAMAK DAN QASAR BAGI MUSAFIR


Soalan:

Assalamualaikum Shaikh.   Boleh Shaikh terangkan bagaimana niat solat jamak yang sah bagi seorang yang bermusafir.

 

JAWAPAN:

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Cara Niat Untuk Solat Jamak dan Qasar


Panduan:

Jamak - bererti himpunkan dua waktu solat

Qasar  - bererti ringkaskan solat 4 rakaat jadi dua rakaat

Jamak / Himpun dua solat yang dibenarkan :

Harus himpun zohor dan asar.  Dan harus himpun maghrib dan Isya.

Dilarang himpun Asar dan  Maghrib.

Dilarang himpun subuh dan zohor.

Dilarang himpun Isya dan subuh.

Dilarang pendekkan Maghrib

Berikut adalah cara2 niat untuk Solat Jamak dan Qasar...  ertinya himpunkan dua solat dan pendekkan solat 4 rakaat menjadi 2 rakaat


JAMAK TAQDIM : ZOHOR- ASAR

(1) Jamak Taqdim Zohor

Niatnya :

Saja aku solat fardhu zohor qasar himpun dengan  asar.


(2) Jamak Taqdim Asar

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Asar qasar  himpun kepada zohor.

 

JAMAK TA'KHIR : ZOHOR - ASAR

(1) Jamak Ta'khir Zohor

 Niatnya :

Saja aku solat fardhu Zohor qasar  himpun kepada Asar


(2) Jamak Ta'khir Asar

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Asar qasar himpun dengan Zohor

 

JAMAK TAQDIM : MAGHRIB - ISYA'

(1) Jamak Taqdim Maghrib

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Maghrib himpun dengan  Isya'.


(2) Jamak Taqdim Isya

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Isya' qasar himpun kepada Maghrib

 

JAMAK TA'KHIR : MAGHRIB - ISYA'

(1) Jamak Ta'khir Maghrib

Niatnya :

Saja aku solat fardhu Maghrib himpun kepada Isya'


(2) Jamak Ta'khir Isya'

Niat nya :

Saja aku solat fardhu Isya' qasar himpun dengan Maghrib


Catitan tambahan:

1. Niat tersebut adalah kadar paling minima (sekurang2 niat) tetapi memadai dan sah. 

2. Jika dikerjakan solat jamak sahaja (himpun sahaja) maka tinggalkan perkataan "qasar"

 

Wallahu A'lam


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


CARA SOLAT ORANG LUMPUH SELURUH BADAN

Soalan:

Assalamualaikum Shaikh.

Maaf Shaikh ada pertanyaan berkait bab solat bagi orang yang lumpuh sepenuhnya. Maksudnya semua anggota badan tidak mampu bergerak.

Soalan:

Bagaimanakah yang dikatakan bersolat dengan hati sahaja.? Adakah kita kena bayangkan pergerakan tubuh atau memadai dengan niat solat dan membaca setiap bacaan seperti di dalam solat biasa tanpa membayangkan pergerakan tubuh.

 

JAWAPAN :

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Orang yang lumpuh seluruh badannya dan tidak mampu gerak langsung, cara solat nya adalah seperti berikut:

Pertama:

Sucikan dia dari najis dan hadath kalau ada.

Kedua:

Wudhukan dia.

Ketiga:

Pakaikan pakaian menutup aurat dengan sempurna.

Keempat:

1. Baringkan dia pada lambung kanan  dengan dada dia mengadap Qiblat

atau

2. Baringkan dia telentang dengan kaki hadap Qiblat dan angkatkan belakang sehingga dada hadap Qiblat ( lapik dengan bantal atau sebagainya untuk menyokong belakang dia)

atau

3.  Jika dia tidak mampu digerakkan ke kiri kanan dan tak kuasa naikkan belakang dia kerana sakit,  jangan dipaksa, biarkan di dalam keadaan telentang dengan qasad dalam hati dia hadap Qiblat.

Kelima:

Jika dia mampu bersuara, dia perlu sempurnakan rukun qawli (rukun perkataan) dengan sempurna.   sementara rukun lain disempurnakan di dalam hati.

jika tidak mampu bersuara maka keseluruhan solat adalah dengan isyarat hati / di dalam hati - keseluruhan solat mulai dari takbiratul ihram sampai salam, dilakukan di dalam hati.

Maksud solat di dalam hati adalah bayangkan dalam hati....  diri sendiri sedang berdiri, baca fatihah, ruku’, sujud dll semua pekerjaan solat meliputi semua rukun sampai selesai.

Contoh kerjakan solat di dalam hati bagi orang yang lumpuh seluruh badan :

1. Ingat di dalam hati berdiri lurus / tegak

2. Baca di dalam hati lafaz takbir  "Allahu Akbar"  sambil melintaskan niat solat

3. Baca di dalam hati suratul Fatihah

4. Ingat di dalam hati perbuatan ruku'   (dan toma'ninah)

5. Ingat di dalam hati perbuatan i'tidal  (dan toma'ninah)

6. Ingat di dalam hati perbuatan turun untuk sujud pertama  (dan toma'ninah)

7. Ingat di dalam hati perbuatan duduk antara dua sujud  (dan toma'ninah)

8. Ingat di dalam hati perbuatan sujud kedua  (dan toma'ninah)

9. Ingat di dalam hati perbuatan bangun untuk rakaat kedua

10. Ulangi seperti di atas untuk sempurnakan rakaat2 seterusnya sampai tahiyyat

11. Baca Tahiyyat di dalam hati

12. Baca solawat di dalam hati  solawat

13. Baca Salam di dalam hati

Maka selesailah solat yang dikerjakan di dalam hati dengan sempurna. Sah solatnya.

Wallahu A'lam


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


SOLAT HORMAT WAKTU

Soalan

Maaf shaikh ada pertanyaan bab solat hormat waktu. Boleh shaikh jelaskan lagi bab solat hormat waktu jika kita dalam musafir dan berada dalam kenderaan dengan keadaan tiada wudhu.

Jawapan

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Solat  Li Hurmatil Waqti  atau solat menghormati waktu adalah  Fatwa Ulama2 kita mazhab Shafiyyah. 

Definisi :

Solat Li-hurmati-waqti (solat menghormati waktu)  adalah Solat FARDHU yang dikerjakan di dalam keadaan darurat tanpa memenuhi syarat2 sah mengerjakan Solat.  Maksudnya syarat2 solat tidak tidak dapat sempurnakan kerana ada suatu kekurangan pada penyempurnaannya.

Walaupun tidak memenuhi syarat2nya kewajipan mengerjakan solat tidak gugur, ertinya tetap WAJIB  mengerjakan solat FARDHU di dalam keadaan2 kekurangan tersebut.  Namun perlu di- gantikan solat2 tersebut pada waktu lain iaitu ketika  daruratnya telah hilang.

Sebab2  yang haruskan solat hormat waktu.

1.  Tiada air  atau debu suci untuk bersuci dan mengangkat Hadath.  Ataupun ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan minum sahaja.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

2. Tidak ada jalan untuk mengetahui masuknya waktu solat..  Umpama di tengah lautan atau di tengah padang pasir dalam keadaan mendung dan tiada peralatan padanya untuk mengetahui waktu solat.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

3. Tiada tempat suci untuk melakukan solat.

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu dan wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

4. Tiada kain atau perkakas lain yang munasabah untuk menutup aurat dengan sempurna. 

Dalam keadaan ini, mesti lakukan solat hormat waktu tetapi  TIDAK wajib gantikan pada masa lain apabila telah hilang daruratnya.

Umpamanya dia hanya ada sehelai jubah tetapi tidak dapat menutup auratnya dengan betul ikut hukum, maka dia tetap wajib kerjakan solat fardhu.   Tetapi dalam hal ini dia TIDAK wajib gantikan solatnya walaupun dia telah mendapat kain yang cukup sempurna pada kemudian hari.

Cara Menunaikan Solat Hormat Waktu

Cara2 menunaikan solat hormat waktu sama saja rukun2 solat biasa kita buat.   Ertinya mesti dikerjakan sungguh2 juga, bukan main2. 

Niat, takbiratul ihram, fatihah dll mesti disempurnakan sebaik2nya.  Yang di kecualikan hanya lah unsur2 darurat tadi

 Contoh :

Ahmad naik flight (kapalterbang) jam 5.30 pagi dan sampai destinasi jam 10.00 pagi.  Dalam hal ini Ahmad wajib solat subuh hormat waktu.  Apabila sampai destinasi wajib gantikan solat fardhu subuh tadi

Cara solatnya:

Bagi yang menaiki kapal terbang atau kenderaan lain yang kawasannya terhad/ sempit,  maka solat- lah dengan duduk atas kerusi tempat duduk.  

1. Takbiratul ihram serta niat solat fardhu subuh dalam hati seperti biasa.

2. Baca fatihah

3. Ruku  - untuk ini tunduk sedikit

4. I'tidal - tegak semula

5. Sujud - untuk  ini tunduk lebih sedikit dari paras ruku'

6. Duduk antara dua sujud - duduk tegak semula

7. Sujud - tunduk lebih sedikit dari paras ruku' sama seperti sujud pertama

8. Bangun untuk rakaat kedua - duduk tegak semula

9. Ulangi semua di atas untuk rakaat ke 2, ke3, ke-4.

10.  Baca tahiyyat macam biasa

11. Salam seperti biasa

12. Selesai

 

 Perhatian:

Musafir wajib berusaha mengatur waktu dengan baik supaya solat fardhu tetap ditunaikan pada waktu2nya.

Bagi musafir yang mempunyai kelapangan untuk jamak solatnya, maka wajib baginya mengikut peraturan jamak solat dan TIDAK dibenarkan cara2 solat hormat waktu.   Misalnya perjalanannya dalam tempoh jamak solat, kerana waktu perjalanan singkat atau tidak melanggar waktu solat yang banyak, maka wajib jamakkan solat.

 

Wallahu A'lam



🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


SOAL JAWAB SOLAT: KHUSYU DALAM SOLAT

Assalamualaikum

Soalan 1:

Untuk solat berjemaah dalam keluarga yang ada anak2 dari umur bayi hingga 6 tahun.

Ketika ibu solat di belakang dengan anak2, semasa solat akan ada anak2 bermain, menangis yang menyebabkan solat ibu tidak khusyuk, belum lagi yang memanjat, yang tanya macam2  apabila ibu sedang solat.

Bagaimanakah untuk mengatasi rasa tidak khusyuk?

Adakah perlu solat sendiri di dalam bilik ataupun perlu mengutamakan berjemaah?

Soalan 2:

Assalamualaikum

Bagi ibu yang ada anak kecil, 2 tahun ke bawah.

Bagaimanakah untuk mencari khusyuk sekiranya masa solat anak menangis, tidak mahu ditinggalkan, bila solat hendak siap cepat sebab anak dah merengek dan menangis. Untuk solat awal waktu pun susah kerana kena ikut masa baby, kena tidurkan baby dulu baru dapat solat. (keadaan di mana suami tiada di rumah bekerja).


JAWAPAN:

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Mana Lebih baik?   Solat berjemaah dalam keadaan bising sehingga tidak khusyu' atau solat sendirian dan khusyu’.

Sebelum menjawab soalan ini, kita perlu memahami beberapa hal berhubung solat berjemaah dan solat sendirian.

Pertama :

Solat berjemaah sangat dianjurkan bahkan bagi kaum lelaki diwajibkan solat berjemaah di Masjid menurut kemampuan.  Solat berjemaah mempunyai kelebihan tersendiri sama ada solat di Masjid atau solat berjemaah di rumah bersama anak isteri — masing2 diberi ganjaran yang banyak.   Walaupun mungkin berlaku keadaan kurang nyaman kerana bising sedikit,  namun disebabkan "berjemaah"   Allah Ta'ala akan memberi Rahmat dan Ganjaran Besar bagi Jemaah Solat tersebut.

Kedua :

Solat sendirian dalam keadaan tenang dan aman  juga dianjurkan tetapi ini penekanannya lebih kepada solat sunnat.   Ini kerana solat sunnat tidak ada anjuran untuk dilakukan secara berjemaah kecuali beberapa jenis solat sunnat yang disyari'atkan.

Ketiga:

Banyak sekali hadith2 menyebut kelebihan wanita solat di rumah dan jauh dari pandangan lelaki.  Wanita mendirikan solat di dalam rumah itu terlebih baik seandainya terjadi fitnah dan bercampur dengan lelaki ajnabi ketika dia hadir ke Masjid.

Rasulullah     bersabda:

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِى بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِى حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِى مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِى بَيْتِهَا

Solat seorang wanita di rumahnya lebih utama baginya daripada solatnya di pintu-pintu rumahnya, dan solat seorang wanita di ruang kecil khusus untuknya lebih utama baginya daripada di bagian lain di rumahnya”

[Imam Abu Dawud]

Keempat:

Wanita yang sudah bersuami akan mendapat ganjaran pahala dari amal ibadah suaminya di Masjid. Maksudnya walaupun si isteri tak mampu solat berjemaah di Masjid kerana menjaga anak2 atau kerana bimbang berlaku fitnah kepada lelaki ajnabi,  si isteri tetap akan memperoleh ganjaran dari ibadah yang dikerjakan oleh suaminya di Masjid dengan syarat :  Isteri itu adalah isteri yang ta'at.

Rasulullah     bersabda:

"Fahamilah wahai ibu. Dan beritahu para wanita di belakangmu bahwa ketaatan isteri kepada suaminya, usahanya untuk memperoleh redhanya dan kepatuhannya terhadap keinginannya menyamai semua itu (maksudnya wanita yang ta'ati Allah dan Rasul-Nya dan kemudian suami akan memperoleh sekalian ibadah, kebajikan dan jihad  yang dibuat oleh suaminya walaupun dia sendiri tak dapat melakukannya)." 

[Imam Baihaqi]

Berdasarkan keterangan di atas, kita dapat merumuskan beberapa perkara:

1. Tugas wanita yang sudah bersuami mempunyai beberapa tugas dan amanah yang berbeza / bertambah terutama kepada suaminya.   Sekiranya si isteri mematuhi hukum hakam Agama dan menta'ati suaminya, si isteri akan memperoleh beberapa ganjaran yang banyak dari ibadah suami- nya.

2. Jika isteri tak mampu mengerjakan solat dengan khusyu'  kerana anak2 mengganggu solatnya, maka ini dimaafkan,  kerana semua itu di luar kemampuannya. Walau bagaimanapun mengatur masa yang sesuai seperti tidurkan anak dahulu baru solat walaupun terpaksa lewat sedikit itu terlebih baik.   Yang dilarang adalah sengaja melewatkan solat, iaitu melewatkan solat  tanpa sebab yang munasabah pada syara' itu yang dilarang.

3. Setelah berusaha berbagai cara tetapi terdapat gangguan dari anak2, teruskanlah solat sebaik mungkin.

4. Jika diadakan solat berjemaah di dalam rumah, iaitu solat fardhu lima waktu, maka ikut serta dengan Jemaah solat fardhu itu adalah lebih utama disebabkan turunnya Rahmat Allah yang banyak kepada Solat berjemaah.

Memang benar solat sendirian di dalam bilik  dengan penuh khusyu itu memiliki keutamaan yang tidak boleh dinafikan, namun apabila diadakan solat berjemaah di dalam rumah, maka solat fardhu berjemaah itu lebih utama.

Rasulullah     bersabda:

Jamaah adalah rahmat, sedangkan perpecahan adalah azab”

[Imam Ahmad]

Rasulullah     bersabda:

"Yad Allah (diterjemah secara zahir Tangan Allah — ertinya Pertolongan dan Rahmat Allah)  di atas   Jama'ah"

[Imam Tirmizi, Imam Al Haakim].

Hadith2 Rasulullah     ini berikan isyarat berkenaan kelebihan melakukan ibadah atau kerja2 kebajikan lain secara berjemaah.

 

Wallahu A'lam


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


Soalan:

Assalamualaikum Shaikh.

Bagaimanakah jika kita lupa berapa banyak solat yang telah kita tinggalkan? Apakah kaedah atau cara agar solat yang kita tinggal itu benar2 telah kita qadhakan? Sebab dulu zaman remaja kita banyak lalai tentang solat. Ada solat yang telah diqadhakan dan ada yang belum. Jadi, jumlahnya tak pasti berapa banyak yang kita tinggal sebenarnya.

Terima kasih atas jawapan Shaikh.

JAWAPAN:

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Ramai sekali menghadapi persoalan seperti ini. Kebanyakan anak²  yang telah mencapai umur baligh tidak mempedulikan solatnya. Sehingga kemudiannya terbawa² dengan kelalaian sehingga banyak solat fardhu ditinggalkan.

Apabila sudah dewasa, baru timbul keinsafan / kesedaran kehidupan akhirat.  Ketika itu mereka sudah lupa berapa lama mereka tinggalkan fardhu solat.

Bagi menyelesaikan masalah seperti ini, boleh ikut panduan berikut:

(1) Kira jumlah tahun antara timbul kesedaran / keinsafan dengan tahun baligh.

katakan umur baligh tahun 2000 dan tumbul kesedaran tahun 2010, maka jumlah tahun yang dia tinggal solat atau tak sempurna solat adalah kira² 10 tahun, bersamaan

365 x 10 = 3650 hari


(2) Kira anggaran hari yang dia yakin solatnya penuh. 

Katakan dia dapat solat penuh 5 hari saja dalam sebulan. Hari² lain dia lalai dan tak sempurna maka kiraan hampirnya adalah :

5 hari x 12 x 10  = 600 hari


(3) Bagi wanita, kira anggaran jumlah hari haid.

Katakan haidnya 7 hari setiap bulan.  Maka dalam masa 10 tahun jumlah hari haid adalah :

 7 x 12 x 10 =  840 hari


(4) Anggaran kiraan bilangan hari yang dia wajib ganti adalah :

3,650 - 600 - 840

= 2210 hari


(5) Cara menggantikannya yang praktikal  adalah :

Pada setiap fardhu solat, lakukan qadha solat sebelum dan sesudah solat fardhu itu.

Misalnya sebelum fardhu subuh qadha solat subuh. Dan selepas solat subuh qadha solat subuh

Sebelum solat fardhu zohor, lakukan qadha solat zohor dan selepas solat fardhu zohor, lakukan lagi qadha fardhu zohor

Demikian solat asar, maghrib dan Isya.

Dengan cara ini dia telah qadha solat 2 hari.

Dalam masa setahun, dia dapat sempurnakan qadha sebanyak

2 hari x 30 x 12 = 720 hari

Ertinya dalam masa 3 tahun dia dapat sempurnakan qadha solat sebanyak

2160 hari

Mudah²an dalam masa 3 tahun lebih sedikit sempurnalah ganti sekalian qadha solatnya yang telah di tinggalkan selama 10 tahun

Cara ini tidaklah seseorang itu terasa berat dan runsing untuk gantikan segala solatnya.


(6) Jika dia benar² insaf dan ingin selesaikannya dalam masa yang lebih singkat (dan memang sepatutnya demikian) maka dia boleh lakukan tambahan qadha solat pada waktu dhuha dan waktu tahajjud.

Dengan cara ini dia dapat selesaikan sekalian qadha solat dalam waktu yang lebih pendek.... barangkali dalam masa 1 tahun lebih.

Mudah bukan?

Tidak terasa beban dan dapat disempurnakan dengan ketenangan. in shaa Allah.

 

Soalan:

Jika seseorang tak sempat qadha  semua solatnya, tiba² dia diserang penyakit berat sehingga tak mampu tunaikan solatnya seperti biasa, apakah yang patut dia buat?

JAWAPAN:

Dia wajib gantikan solatnya dengan cara yang dia mampu.  Iaitu dengan cara solat duduk, baring atau dengan isyarat kepala atau isyarat mata.

Qadha Solatnya sah.


Soalan:

Bagaimanakah sekiranya maut datang menjemput sedangakan orang yang hutang solat tak sempat gantikan semuanya?

JAWAPAN:

Ini memang suatu hal yang tidak terduga dan amat berat.   Harapan kita adalah : Moga Allah Ta'ala Kurniakan keampunan kepadanya disebabkan dia sudah pun tekad untuk gantikannya.  Tetapi dengan syarat dia telah Taubat Nasuha dan telah berusaha sungguh² dengan habiskan segala waktu yang ada untuk menggantikannya.


Soalan

Bolehkah solatnya diganti oleh warisnya yang masih hidup?

JAWAPAN:

Solat yang ditinggalkan  dan tidak diganti oleh seseorang dan ditaqdirkan mati sebelum dia sempurnakan semuanya TIDAK boleh diganti oleh orang lain atau dengan cara apa pun.

Apabila seseorang kembali ke Rahmatullah, terdapat dua ibadah yang TIDAK boleh diganti oleh sesiapa pun atau mana2 cara pun.

Pertama : Zikrullah

Kedua : Solat

Sedangkan ibadah lain seperti puasa atau zakat atau Haji boleh diganti oleh warisnya.

Ibadah Zikrullah hakikatnya wajib juga, cuma ianya tak termasuk dalam rukun Islam. Ianya kewajipan umum.  (untuk keterangan lanjut sila rujuk Risalah bersiri "Kewajipan Amalkan Tasawwuf dan Toriqat")

 

 Soalan

Setengah orang ambil jalan mudah mengatakan bila seseorang sudah taubat, maka selesai semua tak perlu qadha solat lagi.

JAWAPAN:

Taubat yang di terima oleh Allah adalah *Taubat Nasuha* iaitu Taubat yang sungguh2 menepati syarat² nya. (7 syarat Taubat Nasuha)

Salah satu syarat Taubat Nasuha adalah : Menggantikan segala kewajipan yang dia tinggalkan samada sengaja atau lupa semua nya wajib di gantikan dengan segera.  Jika kewajipan yang di tinggalkan itu sangat banyak seperti solat, maka dia wajib tekad dan berazam sungguh² untuk menggantikannya. Dan dia perlu buktikan tekad tersebut dengan sungguh² berusaha menggantikannya.

Jika dia tak berbuat demikian maka TIDAK sah Taubat nya.  Apa maksud nya? Maksud nya adalah : Hakikatnya dia belum taubat.

Dengan demikian orang yang mendakwa dia cuma perlu taubat dan tak perlu qadha solat adalah orang ini tertipu. Pendapat nya batil. Walaupun orang yang berkata demikian itu ustad atau kiyai atau muallim atau bergelar alim PhD sekalipun.

Moga mendapat jawapan kepada persoalan.

 

Maassalamah


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


TATACARA SOLAT DUDUK


Firman Allah :

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ

"Allah Menghendaki kemudahan untuk kamu dan  Dia tidak Menghendaki kamu menanggung kesukaran"

[Al-Baqarah (2) :  ayat 185]

Rasulullah     bersabda:

صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

 “Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”

[Imam Bukhari]


Soalan :


Banyak sekali pertanyaan berkenaan tatacara mengerjakan solat duduk bagi orang yang tak mampu berdiri, di antaranya :


1. Bagaimanakah cara sebenar solat bagi orang yang tak mampu solat sambil berdiri?

2. Berapakah lama seseorang perlu berdiri sebelum dia duduk untuk sambung solat?

3. Bolehkah seseorang duduk terus  sedangkan dia mampu berdiri sebentar?

4. Apakah yang dikehendaki dengan duduk untuk solat?   Adakah mesti duduk atas lantai atau atas kerusi?  Atau mana2 ikut suka kita duduk?

5. Apakah hukum solat duduk di atas kerusi sedangkan dia mampu duduk di atas lantai?

6. Bagaimanakah caranya Jika dia mampu duduk untuk sujud, tetapi tak mampu berdiri semula,?

7. Jika seseorang mampu berdiri dan mampu duduk di atas lantai tetapi ketika hendak sujud  cuma lutut dan perut jari kaki saja mencecah lantai, anggota sujud lain tak mencecah lantai. Adakah dia masih perlu duduk di lantai atau boleh terus duduk atas kerusi?

 8. Bagaimanakah cara solat jika dia hanya mampu berdiri sahaja dan tak mampu lipat kakinya untuk duduk?

9. Jika seseorang gunakan kerusi untuk solat duduk, bagaimanakah cara yang tepat untuk ruku' dan sujud?

10.  Bagaimanakah kedudukan kerusi dalam saf bejemaah jika seseorang hanya mampu duduk atas kerusi dan tak mampu duduk di atas lantai?

……..dan lain² soalan yang berkait dengan tatacara solat duduk bagi orang yang tak mampu menyempurnakan solat seperti biasa.

Sebelum menjawab semua persoalan tersebut, di sini perlu melihat terlebih dahulu beberapa Asas / Prinsip / rukun dan syarat Asas Solat dan syarat bagi orang yang diberi keizinan untuk solat duduk :


1.0   Peraturan dan Syarat Penting Solat:


Pertama:

Solat Fardhu lima waktu adalah  fardhu ain  atas setiap  mukallaf   yang wajib ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun, termasuk di dalam pelayaran,  peperangan atau sakit atau lain2nya,  TIDAK boleh ditinggalkan, sehinggakan  jika seluruh anggotanya lumpuh sekalipun dia masih wajib tunaikan solat dengan cara gerakan di dalam hatinya.

Kedua:

Solat mempunyai Peraturan² khusus yang wajib dipatuhi iaitu Syarat2 sah dan Rukunnya (berserta syarat2 bagi setiap rukun)   yang wajib dipelihara sepanjang solatnya.  Setiap Muslim yang akil baligh WAJIB mempelajari setiap perkara ini dengan cara talaqqi musyafahah  (berhadapan dan mengambil menerima sendiri ilmu) dengan Guru yang mahir.     Tidak memadai bahkan TIDAK sah solat yang di- kerjakan sekadar ikut-ikutan.    Sebaik2 Guru adalah Guru  Mursyid yang siddiq (benar) yang sampai Silsilah Ilmunya kepada Rasulullah  .

 Ketiga:

Ketika seseorang menghadapi  masyaqqah (kepayahan) dan darurah (kecemasan yang lebih berat), maka dia diberikan rukhsah (keringanan),  di mana sebahagian cara2 mengerjakan solat yang di- lakukan oleh orang sihat  diringankan sedikit dengan berubah bentuknya.    Ia BUKAN mengubah hukum, tetapi semata2 rukhsah  —  keringanan untuk memudahkan solat sewaktu kepayahan seperti sakit, ketakutan, di atas kenderaan bergerak dsb.

Keempat:

Asas solat adalah terdiri dari 3 macam rukun : 

Rukun Qalbi (rukun hati)

Rukun Qawli (rukun perkataan)

Rukun Fi'li  (rukun perbuatan)

Setiap Rukun Solat tersebut mempunyai syarat2nya yang tersendiri, maka  WAJIB disempurnakan semuanya  mengikut syarat2nya.  Jika seseorang sengaja meninggalkan salah satu dari syarat2 yang ditetapkan, tanpa uzur yang dibenarkan oleh syara',   maka solatnya menjadi batal.

Kelima:

Hendaklah diingat  rukhsah (keringanan) diberikan adalah berdasarkan syarat2nya, maka wajib mengikut syarat dan susunan keringanan yang diberikan oleh syara', BUKAN sewenang2  mencari keringanan dan BUKAN sesuka hati meninggalkan mana2 syarat bagi setiap rukun.

Keenam:

Di dalam Solat,  syarat terpenting bagi hati adalah  khusyu'.   Maka salah satu hikmah  diberi keringanan kepada orang yang menanggung kesakitan / kepayahan adalah supaya dia dapat melakukan solat di dalam keadaan tenang dan tenteram dan khusyu'.

Oleh sebab itu tidak disyaratkan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan di dalam solat sambil menanggung kesakitan semata2 hendak menunaikan solat sama seperti orang sihat.  Maksudnya dia sedang sakit dan tak mampu melakukan  solat seperti biasa orang sihat, tetapi dia memaksa diri sambil menanggung kesakitan.    Cara seperti ini tidak dianjurkan walaupun sah solatnya.  

Ini kerana khusyu dan tenang di dalam solat adalah syarat hati di dalam solat.  Jika seseorang susah payah menanggung kesakitan semata2 kerana mengikut cara2 orang sihat, sedangkan hatinya tidak khusyu, maka cara solat seperti ini juga tercela.   Allah Ta'ala telah Kurniakan keringanan tetapi dia sengaja mencari kepayahan sehingga tidak khusyu solat, maka ini suatu kerugian.


2.0   Syarat Bagi Orang Yang Solat Duduk:


Ketika seseorang sakit dan menghadapi kepayahan untuk berdiri, maka kelayakan seseorang mengerjakan solat sambil duduk adalah seperti berikut:

(1) Hendaklah sedaya upaya cuba untuk berdiri walaupun sebentar untuk melakukan Takbiratul Ihram.  Sebahagian Ulama menegaskan : Jika dia mampu berdiri dengan berpegang kepada tali atau menampung dengan tongkat atau lain2nya, maka hendaklah dia usahakan untuk berdiri — jika dia TIDAK menanggung kesakitan.  Sebaliknya jika  dia menghadapi kesulitan yang berat sehingga menanggung kesakitan, atau ditakuti penyakit nya bertambah teruk, maka TIDAK lah disyaratkan demikian.

Selepas melakukan  Takbiratul Ihram, dia boleh duduk jika dia tak kuasa  berdiri lagi.   

Dan duduknya itu hendaklah di atas lantai (tempat berdiri untuk solat) dan  BUKAN duduk atas kerusi seperti yang dilakukan oleh sebahagian orang pada zaman ini.  Ini kesalahan yang batalkan solat.

Perhatikan baik²:

Menurut syarat asal, sujud mesti dikerjakan dengan meletakkan 7 anggota badan pada lantai.  Orang yang duduk atas kerusi takkan dapat sempurnakan semua syarat tersebut. Maka batallah solatnya jika dia mampu duduk di lantai tetapi sengaja duduk atas kerusi.

Demikian lagi rukun lain seperti duduk antara dua sujud, tahiyyat akhir, bacaan tahiyyat akhir, solawat dan salam yang mana semua ini wajib dikerjakan dengan duduk atas lantai tetapi takkan

dapat disempurnakan jika dia duduk atas kerusi.

Jika dia tak kuasa langsung duduk di atas lantai disebabkan suatu kecederaan pada kakinya, atau kecederaan pada punggungnya atau  sebab2 lain sehingga dia terhalang dari duduk di atas lantai, maka ketika itu barulah dia dibenarkan duduk atas kerusi atau katil atau pangkin atau lain2 seperti nya.   — rujuk penerangan lagi seterusnya.

(2) Jika dia mampu melakukan Takbiratul Ihram dan mampu lagi menyambung bacaan surah Al- Fatihah,  maka dia WAJIB terus berdiri untuk membacanya sehingga dia tak kuasa lagi berdiri, maka ketika itu  diharuskan duduk.  Umpamanya dia hanya dapat membaca tiga ayat dari Surah Al-Fatihah, kemudian dia mendapati tak kuasa berdiri lagi, maka ketika itu harus duduk.

(3) Jika dia benar2 tak kuasa untuk berdiri walaupun sebentar untuk melakukan Takbiratul Ihram,  maka ketika itu diharuskan duduk untuk mulakan solat dengan Takbiratul Ihram.  Maksudnya jangan dipaksa lagi jika dia tak kuasa berdiri.

Hendaklah diingat baik2 :

Jika seseorang  mampu berdiri untuk mengangkat Takbiratul Ihram, tetapi dia terus duduk dan melakukan Takbiratul Ihram, maka BATAL solatnya.

(4) Pilihan pertama bagi orang yang tidak berkuasa  berdiri adalah duduk di atas lantai (tempat orang berdiri untuk solat)  dan BUKAN duduk atas kerusi sebagaimana yang umum dilakukan orang pada zaman ini.   Selagi mampu duduk di atas lantai hendaklah dia sempurnakan Solat dengan duduk di atas lantai.

Bagaimanakah cara duduk di atas lantai ?

Orang yang duduk atas lantai dibenarkan duduk iftirasy atau tawwaruk.  Jika tak kuasa demikian, maka boleh duduk bersila. Jika tak kuasa juga duduk bersila, maka boleh melunjur kakinya ke arah Qiblat (sebaik² ada penghadang seperti dinding di hadapan).  Jika tak kuat tulang belakang duduk lama, harus sandar ke dinding atau tiang atau sebagainya.    Di sini kita lihat betapa luas kemurahan Allah Ta'ala Kurniakan keringanan bagi orang yang uzur solat sambil duduk.

Jika seseorang mendapati dia tak dapat langsung duduk di atas lantai walau apa cara pun, disebabkan kesakitan yang ditanggungnya dan dia hanya mampu duduk atas kerusi, maka ketika itu  barulah dia harus duduk atas kerusi, pangkin, katil atau sebagainya.

Jika dia mampu duduk di atas lantai untuk mengerjakan satu rakaat,  maka ketika itu dia wajib sempurnakan satu rakaat itu di dalam keadaan duduk atas lantai. Kemudian dia  harus duduk di atas kerusi dan  tunaikan baki rakaat.


3.0   Cara Solat Orang yang Mampu Berdiri Sebentar Sahaja:


(1) Berdiri tegak

(2) Lakukan Takbiratul Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Fatihah

(Jika dia tak kuasa berdiri lagi ketika sedang baca Al Fatihah, atau dia cuma dapat berdiri sekadar Takbir, maka dia harus duduk atas lantai dan sambung solatnya.)

Peringatan semula :

Jangan terus duduk atas kerusi.  Jika mampu duduk di atas lantai dan sempurnakan solat, maka WAJIB duduk di atas lantai.*

(4) Sambung bacaan Fatihah sehingga selesai.

(jika bacaan Fatihah terhenti lama, mesti baca semula Fatihah dari awal kerana telah hilang muwalat)

(5) Untuk ruku'  bongkokkan /  tundukkan badan ke hadapan sekira2nya hampir dengan lutut jika mampu. Jika tak mampu bongkok ke paras tersebut, ikut kemampuan sahaja.

(6) Sujud atas lantai seperti biasa

(7) Duduk antara dua sujud

(8) Sujud kedua

(9) Bangun duduk tegak untuk rakaat kedua

Selepas ini, jika dia tak mampu bangun semula, dia harus teruskan solat sambil duduk di atas lantai sehingga selesai solatnya.

Catitan :

Pada bila2 masa, jika dia tak mampu sujud dengan meletakkan dahi di atas lantai, maka tatacara melakukan ruku' dan sujud adalah seperti berikut :

Untuk ruku' bongkokkan badan sedikit ke hadapan

untuk sujud bongkokkan badan lebih rendah dari paras ruku' tadi

Perkara ruku' dan sujud didalam keadaan masyaqqah (kepayahan) ini adalah mengikut kemampuan masing2.  Jika seseorang hanya mampu bongkokkan badan sedikit, maka atur supaya paras ruku' dan sujud itu dibezakan ; 

paras sujud mesti sentiasa lebih rendah dari paras ruku'


4.0   Cara Solat Orang Mampu Berdiri Tetapi Tak Mampu Duduk Atas Lantai:


(1) Berdiri tegak

(2) Lakukan Takbiratul Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Fatihah

(4) Ruku' seperti biasa

(5) I'tidal seperti biasa

(6) Untuk sujud bongkokkan badan lebih dari paras ruku' tadi

(7) Berdiri tegak semula dengan isyarat dan niat duduk antara dua sujud

(8) Sujud kedua — sama seperti perkara (5) di atas.

(9) Berdiri tegak untuk rakaat kedua

(10) Ulangi semua seperti di atas.

(11) Untuk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir serta bacaannya, solawat atas Nabi pada penghujung Tahiyyat, kemudian salam ..  semua ini dilakukan di dalam keadaan berdiri ( kerana tak mampu duduk di bawah)  

Peringatan :

i.   Sepertimana kita sudah jelaskan, semua hal keadaan Ini bagi orang yang tak mampu duduk atas lantai.

ii.   Selalu ingat hal keadaan ruku' dan sujud bagi orang didalam masyaqqah. (kepayahan) :

Untuk ruku' bongkokkan badan sedikit ke hadapan

Untuk sujud bongkokkan badan lebih rendah dari paras ruku' tadi

(Wajib di bezakan paras ruku' dan sujud )

Perhatian Penting - Kesalahan Sering Terjadi:

Kesalahan yang sering dilakukan oleh orang yang tak mampu sujud di atas lantai seperti biasa,  ialah dia rku' sambil berdiri kemudian untuk sujud, dia duduk atas kerusi dan bongkok badan ke depan. Ini cara yang salah dan batalkan solat kerana paras ruku' dan sujud menjadi sama. Sujud semestinya kena lebih daripada paras ruku'.


5.0   Cara Solat Duduk Atas Lantai:


Seseorang yang tak mampu langsung berdiri, maka dia harus solat sambil duduk atas lantai terus.

(1) Duduk iftirasy atau "tawarruk"

(2) Takbir Ihram

(3) Baca Surah Fatihah

Langkah2 seterusnya sama seperti yang di bincang pada perkara 3.0 di atas.


6.0   Cara Solat Duduk Atas Kerusi :


Sebagaimana telah disebutkan sebelum ini solat sambil duduk atas kerusi hanya dibenarkan bagi orang yang benar2 tak mampu solat berdiri setelah berusaha sungguh2,  dan juga tak mampu duduk di bawah disebabkan suatu penyakit berat yang ditanggung nya atau kakinya tak mampu dilipat sehingga menyukarkan dia duduk di bawah. Maksudnya dia hanya mampu duduk atas kerusi, maka ketika itu barulah dibenarkan duduk di atas kerusi.    Fahami lah asas ini dengan sungguh2.

Jika seseorang sengaja mencari kemudahan untuk Solat atas kerusi sedangkan dia mampu solat berdiri atau  mampu solat duduk atas lantai, maka ketika itu solatnya TIDAK sah.

Cara2 Solat di atas kerusi bagi orang yang tak mampu berdiri dan tak mampu duduk atas lantai:

(1) Duduk tegak  (jangan sandar  jika mampu duduk tegak)

(2) Takbir Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Surah Fatihah

(4) Untuk ruku' bongkokkan badan sedikit

(5) Duduk tegak semula — niat i'tidal

(5) Untuk sujud bongkokkan lebih dari paras ruku'

(6)  Duduk tegak — isyarat  duduk antara dua sujud

(7) Sujud kedua sama seperti pada perkara (5) diatas

(8) Duduk tegak — isyarat untuk raka'at kedua

Ulangi semua sampai akhir nya tahiyyat akhir dan salam.


7.0   Perkara2 lain yang mengharuskan Solat duduk:


Selain daripada keringanan untuk Solat duduk yang diberikan kepada orang yang menganggung kesakitan yang kuat, orang tua yang tidak berdaya, orang yang mengalami kecederaan dsb,   keringanan untuk Solat duduk  juga diberikan kepada golongan berikut :

(i)  Orang yang menaiki kenderaan dan khuatir akan tumbang — seperti perahu, bot kecil, keretapi laju dsb.

(ii) Orang yang menaiki kapal laut dan pening atau mabuk laut

(iii) Orang yang terasa goyang / melayang disebabkan makan ubat (kerana sakit) dan khuatir akan jatuh


8.0   Cara Solat Sunnat Atas Lantai :


Pada keseluruhan perbahasan di atas, Solat yang di bicarakan adalah Solat Fardhu.  Ada pun Solat Sunnat maka diharuskan sambil duduk atas lantai.  Walau bagaimana pun pahalanya separuh.

Maksudnya adalah :

Jika seseorang yang sihat badannya dan mampu solat seperti biasa ; dengan berdiri, ruku' dan lain2 dengan sempurna, tetapi dia Solat Sunnat sambil duduk, maka pahalanya separuh dari orang yang

kerjakan solat sunnat seperti biasa berdiri, ruku' dan sujud dll

Lain halnya jika dia menanggung kesakitan dan tak mampu berdiri , lalu dia pun solat sunnat sambil duduk, maka pahalanya tetap penuh seperti orang yang solat berdiri, ruku', sujud seperti biasa.

 

Rujukan :

Minhaj —  Imam Nawawi

Tuhfah — Imam Zakariyya Al-Ansari

Fathul Mu'in — Imam  Zainuddin Al-Malbary

Sabil-Al- Muhtadin — Imam Ash-Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari

Fiqh Imam Syafi'ie — Shaikh Wahbah Zuhaili


🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


KENCING TAK LAWAS MENANGGUNG HADATH BERTERUSAN :

BAGAIMANAKAH SOLATNYA?


Semoga Allah Ta'ala Kurniakan kesembuhan sekalian penyakit dan keselamatan dari sekalian musibah.  Moga  kita memperoleh keluasan beribadah kepada Allah zahir batin sampai nafas akhir.

Sebahagian orang mengalami masalah hadath yang berterusan  seperti Salasil baul / salasul baul

  ( سَلِسِ الْبَوْل  ) iaitu kencing tak lawas atau berterusan kencing tak berhenti.

Bagaimanakah hukum ke atasnya?  Adakah dia wajib solat?  Jika ya, bagaimanakah cara-caranya?


Jawapannya:


Benar, mereka wajib sucikan diri, berwudhu dan menunaikan Solat. Tetapi cara-cara dan peraturan berbeza dari biasa.

(1) Kecing tak lawas / berterusan keluar air kencing bagi lelaki dan wanita

(2) Berterusan keluar darah istihadhah bagi wanita

(3) Berterusan keluar cecair lain seperti keputihan atau lain2 dalam bilik faraj wanita

(4) Berterusan keluar air mazi, air wadi atau air mani bagi lelaki dan wanita

Semua penghidap penyakit tersebut perlu ikut beberapa cara dan peraturan2 tertentu.

Berikut adalah panduan bagi mereka yang menanggung hadath berterusan:

(1) Bersihkan tempat keluar najis beberapa minit sebelum masuk waktu solat.

(2) Balut / bungkus / tutup  tempat keluar najis dengan kain atau pad atau apa saja yang sesuai dengan baik dan kemas sekira2 najis tidak mengalir keluar.

(3) Tunggu masuk waktu solat, terus ambil wudhu.

(4) Selepas wudhu, terus kerjakan solat, jangan bertangguh.  makna nya tidak dibenarkan menunggu lama.  Kecuali dia menunggu sebentar untuk solat jemaah, ini di benarkan.   Jika dia menunggu tanpa sebab seperti berbual2 atau buat kerja2 lain, maka tidak sah lagi wudhunya.  Jika dia duduk berbual2 dulu atau buat kerja2 lain dulu, mala dia mesti kembali bersihkan najisnya dan wudhu semula.

(5) Sekali wudhu hanya sah dipakai untuk satu kali Solat Fardhu dan beberapa banyak solat sunnat.

(6) Apabila dia hendak mengerjakan solat fardhu yang lain, maka hendaklah diulangi perkara (1) — (4) di atas.


Solat Jamak bagi pesakit kronik:


Pesakit yang terlantar di hospital kerana suatu penyakit yang berat (kronik) sehingga pergerakannya terhad tak mampu bergerak banyak dan menjadi kesukaran untuk dia membersihkan diri dan mengambil wudhu, atau  kerana tiada orang menguruskannya atau dia menghadapi masalah bersihkan tempat keluar najis kerana bersambung dengan peralatan lain, maka dalam hal darurat seperti ini dibenarkan Jamakkan solatnya. (himpunkan solatnya)

Sebahagian Ulama kita memberikan fatwa harus jamak solat bagi orang yang menanggung sakit berat seperti di atas berdasarkan kata2 Ibnu Abbas  berhubung Sunnah Rasulullah     :

Hadith Rasulullah   :

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ. قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِهِ.

"Telah solat Rasulullah zohor dan asar secara jamak di Madinah dalam keadaan tiada ketakutan dan juga tiada bermusafir. Telah berkata Abu Zubair: Aku telah bertanyakan Sa’id: Mengapa dilakukan sebegitu? Maka jawab Sa’id: Aku telah bertanyakan Ibn Abbas soalan seperti yang kamu tanyakan, maka jawab Ibn Abbas: Rasulullah mengkehendaki untuk tidak menyusahkan umatnya.

[Imam Muslim ]

Wallahu A'lam


Soalan :

Assalamualaikum

Izinkan Saya bertanya.

Suami saya sakit jantung dan sekarang menggunakan tiub untuk kencing kerana tidak boleh kencing seperti biasa. Tiub ini tidak boleh dicabut kerana terus ke saluran kemaluan.

Bagaimanakah cara utk suami hendak bersolat?

Untuk pengetahuan Shaikh, air kencingnya sentiasa keluar.

 

JAWAPAN :

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ

Puan boleh merujuk kepada jawapan di atas dan juga cuba ikuti cara2 yang berikut :

1. Cabut tiub dan bersihkan kemaluannya, jika ini dibenarkan.  Kemudian wudhu dan solat mengikut peraturan yang telah dijelaskan di atas.

2. Jika tidak dibenarkan cabut tiub kerana ditakuti kehilangan nyawa atau ditakuti penyakitnya tambah berat, maka tetaplah bersihkan mana2 bahagian tubuh lain  yang terkena najis,  wudhu dan solat terus seperti yang telah dijelaskan.

3. Allah Ta'ala ampuni dan meredhainya.

Wallahu A'lam


🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


7. PENJELASAN : HUKUM WANITA HAID BACA QUR'AN (MAZHAB SYAFI'E)

Soalan:

Assalamualaikum Sidi,

Saya mengajar Qur'an untuk kanak2.  Masa datang haid, boleh tak saya ajar Qur'an?

Terima kasih.

Soalan

Assalamualaikum  Shaikh

Saya biasa wirid Ayat2 Qur'an untuk perlindungan. Pada masa haid saya tak baca wirid itu sebab ada orang kata haram.   Macam mana cara saya perlu buat masa datang haid untuk perlindungan.

Syukran


JAWAPAN:

وعلیکم السلام ورحمۃ اللہ وبرکاتہ


Peraturan umum Wanita Haid Baca Qur'an

Secara umumnya, wanita2 yang kedatangan haid boleh  baca Al Qur'an  dengan syarat2 berikut :

 HARUS  baca ayat suci Al Qur'an dengan niat Zikir sahaja

HARUS   baca ayat suci Al-Qur'an dengan niat Wirid sahaja

HARUS  baca ayat suci Al-Qur'an tanpa niat apa2.

Yang dilarang adalah : NIAT baca Qur'an....

HARAM  baca ayat suci Al-Qur'an dengan niat baca Qur'an

HARAM  baca ayat suci Al-Qur'an dengan niat baca Qur'an dan Zikir

HARAM  baca ayat suci Al-Qur'an dengan niat baca Qur'an, wirid dan Zikir

Maksudnya, niatkan saja semua ayat Qur'an yang dijadikan wirid harian,  wirid perlindungan, wirid kekuatan Iman dll.  Sebagai ZIKIR atau WIRID.  JANGAN sesekali niat baca Qur'an seperti penjelasan di atas.

Wanita haid mengajar dan hafal Al Qur'an

HARUS mengajar atau belajar Al-Qur'an mengikut syarat di atas.

HARUS  membaca Al Qur'an untuk tujuan hafal Al Qur'an mematuhi syarat atas.

Perhatian:

Penjelasan di atas adalah berhubung dengan hukum wanita di dalam haid membaca Al-Qur'an.

Walau bagaimanapun, hukum menyentuh /memegang/ membawa Al-Qur'an  tetap menjadi larangan bagi wanita di dalam haid.

Ertinya ketika wanita kedatangan haid membaca Al-Qur'an menurut syarat2 tersebut, dibenarkan membaca sahaja tanpa menyentuh mushaf (naskah Al Qur'an)

Wallahu A'lam

Wanita Haid Pimpin Majlis Yasin sesame wanita

Walaupun wanita kedatangan haid dibenarkan baca Qur'an dengan niat zikir,  tetapi itu cuma untuk amal sendirian ... BUKAN pimpin Majlis wanita.

Ia tidak boleh pimpin Majlis Yasin atau tahlil sesama wanita kerana dia menanggung hadath besar sedangkan dalam pehimpunan ada wanita lain yang suci dari hadath

Sepatutnya wanita yang suci dari hadath yang pimpin majlis yasin atau tahlil.

Tambahan:

Sebagaimana penjelasan kami dalam beberapa risalah sebelum ini, wanita2 yang kedatangan haid JANGAN berhenti wirid /zikir, bahkan sebaliknya sewaktu kedatangan haid,  wanita2 ini perlu lebih banyak zikir untuk jauhkan semua gangguan syaitan.

Ini kerana  jinn syaitan amat gemar wanita2 dalam haid disebabkan keadaannya yang kotor.  Jangan biarkan diri dalam keadaan kotor terus,  selalu bersihkan diri dan amalkan zikir sungguh2.

Moga dapat perlindungan dari gangguan2 jinn syaitan.

 

Allahu Mustaan 


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


SYARAT PAKAIAN WANITA : KEWAJIPAN JILBAB


Soalan:

Assalamualaikum Sidi,

Zaman ini Rata2 wanita pakai seluar,  t-shirt dan tudung singkat sudah jadi fenomena umum di mana2.  Mereka beranggapan yang penting tutup badan, tidak kira macam mana tutup.  Ada yang pertahan cara itu sebab isteri ustad2 pun pakai macam itu. Depa kata,  "takkan ustad2 pun salah kot" 

Bahkan setengah ustazah juga buat tu.   Jadi kesimpulannya masyarakat pgg lagu ni...

1. yang penting tutup badan, tak kira pakai apa2

2. isteri ustad pun pakai t-shirt dan tudung ringkas je

3. ustazah ajar Qur'an pun pakai simple

4. ibu bapa pun tak tegurkan.

Tolong bagi pencerahan. Syukran jawapan.


Soalan:

Assalamualaikum shaikh,

Saya muslimah baru hijrah. Saya ingin berpakaian menutup aurat dengan betul. Tetapi apa yang buat saya gusar,  pendapat macam2 pasal pakaian wanita ini.... mana satu yang betul. Tolong bagi panduan.

Terima kasih.


Soalan:

Assalamualaikum

Apa pendapat Shaikh,   ramai  kawan2 wanita berpendapat zaman ni tidak sesuai pakai macam  jilbab zaman dulu sebab zaman ini serba canggih, mencabar... pakai kena sesuai dengan zaman.  macam ini cakap  org2 ni...   "nak naik bas, nak jogging, nak berkelah, nak jalan2, nak berniaga mana sesuai pakai tutup2 semua.   pakai seluar dan t shirt je mudah gerak.  Islam tak menyusahkan. Jangan “extreme”

Macam mana nak jawab…

Syukran Shaikh

 

Soalan2 seperti di atas pernah dikemukakan banyak kali sebelum ini.

Di sini kita simpulkan jawapannya.

Perlu difahami, Agama itu BUKAN ikut pendapat sendiri, nafsu, aqal atau kehendak suatu kekompok.  Atau tuntutan orang tertentu.   Tetapi Agama adalah Kitabullah, Sunnah Rasul serta Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah. .Yang dikatakan Ulama ini adalah bertaraf Auliya Allah.

Maka setiap hukum wajib dirujuk kepada pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah,  bukan berpegang kepada pendapat sendiri atau nafsu manusia .

      

1.0         Muqaddimah


Wanita yang beriman diperintah tetap tinggal di rumah kecuali ada keperluan yang diizinkan oleh syara'.  Ertinya wanita beriman tidak dibenarkan keluar sewenang2nya tanpa suatu keperluan untuk kehidupannya yang halal pada sisi syara'.

( sila rujuk bab keizinan syara' atas wanita untuk keluar dari rumahnya pada Tajuk Risalah :

Hukum Wanita Berhubung dengan Ajnabi )

Hukum ini berdasarkan Perintah Mutlaq Allah Ta'ala.

Firman Allah:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu”

[Al Ahzab (33) :  ayat 33]

Dalam Firman Allah yang lain:

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;......  "

[An-Nur (24) : ayat 31]

Allah Ta'ala perintahkan setiap wanita beriman supaya tetap tinggal di dalam rumahnya.  Apabila dia terpaksa keluar kerana suatu urusan yang harus pada syara, maka wajib mematuhi sekalian hukum hakam berkaitan pakaian, pergaulan dan tingkah lakunya.

Di sini kita akan berikan sedikit panduan cara menutup aurat dengan betul.


2.0         Batas Aurat Wanita Beriman


Batas aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Dengan demikian seseorang wanita wajib menutup auratnya dengan lengkap apabila keluar dari rumahnya atau ketika menghadap ajnabi. Syarat2 pakaian wanita beriman adalah seperti berikut:


3.0         Syarat Pakaian Menutup Aurat Wanita Beriman


ASAS PENTING Pakaian Wanita beriman terkandung di dalam Firman Allah ini...

Allah Ta'ala perintahkan setiap wanita yang keluar rumah  supaya memakai jilbab.

Firman Allah :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanita  yang beriman, supaya mengenakan jilbab (melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai wanita yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Ahzab (33) : ayat 59]

Istilah   جَلَـٰبِيبِهِنَّ  ("jalabib") pada   perintah Allah di atas...   dalam  bahasa Arab adalah bermaksud sejenis pakaian luar yang  labuh mulai dari kepala sampai kaki. 

Menurut istilah  agama, "jalabib" atau jilbab yang diperintahkan oleh Allah ke atas wanita  adalah bermaksud sejenis pakaian di luar yang lain, iaitu lain dari yang biasa dipakai di rumah.  Ertinya apabila keluar rumah, hendaklah pakai Jilbab  di atas pakaian yang sedia ada.   Jangan pakai pakaian biasa saja atau semata2 pakaian luar  jilbab saja.  Mestilah memakai kedu2nya kerana isyarat ayat tersebut adalah jalabib / jilbab  bermaksud "pakaian luar yang labuh".

Berdasarkan ayat di atas serta ayat2 sebelumnya, Ulama menarik kesimpulan, Sifat2  "jalabib" atau jilbab  wajib menepati syarat2 berikut:

Pertama:

Jilbab itu wajib menutup seluruh tubuhnya, kecuali muka dan tapak tangan saja diizinkan untuk dibuka. Dengan demikian tidak dikatakan menutup aurat jika lenganya terdedah atau lehernya atau kakinya atau lain2 terdedah.

Kedua:

Jilbab atau pakaian luar itu hendaklah cukup  besar yang menutup seluruh tubuh dari kepala sampai kakinya. Ini bermaksud tidak dikatakan menutup aurat jika hanya dilabuhkan sehingga pinggang dan di bawahnya seluar.  Ini jelas berlawanan dengan hukum.

Istilah jalabib mengandungi pengertian khusus berkenaan "melabuhkan" sehingga jika seorang wanita hanya jatuhkan pakainnya sampai pinggang, kemudian memakai seluar, maka ini TIDAK  menepati maksud "hulurkan jilbab kamu"

Bahkan dari sirah dapat diperhatikan,  menurut contoh2 Muslimah di zaman Rasulullah dan para salaf, wanita mereka memakai  jilbab  yang meleret ke tanah.

Ketiga:

Jilbab  TIDAK boleh sempit  ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya, sama ada dadanya, pinggang, punggung,  bentuk paha atau kakinya.

Keempat:

Jilbab hendaklah tebal, TIDAK nipis sehingga ternampak warna kulit atau garis tubuhnya.

Kelima:

Jilbab tidak berwarna garang atau dihiasi aksesori yang menawan hati lelaki.  Ini yang diisyaratkan oleh Perintah Allah "jangan memperlihatkan perhiasannya"

Keenam:

Jilbab  tidak boleh menyerupai pakaian kafir.

Ketujuh:

Jilbab  tidak boleh menyerupai wanita fasiq atau wanita2 berbuat keji.


Bentuk2  Jilbab

Jilbab boleh terdiri dari satu (1)  helai pakaian besar sekaligus dari kepala sampai kaki.  Jilbab jenis ini biasa juga dipanggil  burqa, abaya dan purdah.

Atau ....

Pakai dua helai /lapisan pakaian iaitu ; Tudung labuh dan jubah mulai dari bahu sampai kaki.

atau ...

3 helai pakaian iaitu :

Tubung labuh, baju kurung labuh dan kain labuh seperti baju kurung Melayu. Walau bagaimanapun WAJIB memastikan baju kurung itu menepati semua syarat di atas.  Jika memakai baju kurung yang nipis atau ketat atau warna menarik hati seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita zaman ini, maka ini menyalahi hukum.


4.0         Kesalahan2 di dalam berpakaian pada zaman ini


Banyak sekali berlaku pelanggaran cara berpakaian wanita pada zaman ini sama ada di kalangan wanita muda atau dewasa.  Sehingga terang2 melanggar perintah Allah supaya menutup auratnya.

Di antaranya :

(1) Memakai Seluar panjang dan T-shirt.

Ini menjadi kegemaran wanita2 zaman ini sedangkan ianya TIDAK menepati syarat  jilbab  yang diperintahkan. Bahkan amat  bertentangan dengan maksud  jilbab  yang memerintah supaya "melabuhkan" pakaian kamu.

Memperlihatkan bentuk tubuh adalah sama seperti tidak berpakaian dan diancam dengan Neraka oleh banyak Hadith Nabi.

Seluar panjang semata2  memperlihatkan bentuk kaki.  Sebab itu TIDAK menepati hukum Jilbab

Sepatutnya seluar panjang adalah pakaian di dalam jilbab 

(2) Memakai tudung singkat sehingga menampakkan bentuk dada.

(3) Memakai tudung tetapi berbaju lengan pendek

(4) Memakai tudung tetapi nampak lehernya.

(5) Memakai tudung tetapi kain terbelah di bawahnya.

(6) Memakai tudung tetapi kainnya singkat atau ketat di punggung dan pinggang.

(7) Memakai tudung tetapi kainnya lutsinar menampakkan warna kulit dan garis tubuh.

(8) Memakai tudung tetapi baju dan kainnya berwarna garang yang menarik lelaki.

(9) Memakai tudung lengkap dan berniqab (tutup muka) tetapi bergaul bebas sana sini.

(10) Ada yang lain memakai tudung lengkap tetapi memperagakan tubuh jadi model di internet.

Semua perbuatan tersebut TIDAK menepati hukum, sebaliknya amat bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Fenomena tersebut di atas sudah menjadi "lumrah",  "biasa" dimana2 sahaja ; sama ada di sekolah, pejabat,  pasa raya, kedai di mana saja ...termasuk lah di dalam yang menjadi pendokong adalah sebahagian yang bergelar ustazah.  Mereka  tidak lagi merasakannya sebagai dosa.  Sebaliknya ia dianggap moden dan sesuai dengan zaman.

Inilah cabaran dan fitnah akhir zaman, fitnah lebih dahsyat dari kegelapan malam.  Agama itu jadi barang mainan dan dagangan. Kemungkinan juga sebahagian wanita tersebut tidak mengetahui hokum-hakam yang sebenar sehingga mereka memakaip akaian sesuka hati.


5.0         Ancaman Kepada Wanita yang Mendedahkan Aurat


Wanita yang tidak menutup aurat dengan betul adalah dia berbuat dosa besar.

Rasulullah     bersabda:

 ‏صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

"Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”

[Imam Muslim]

Para Ulama mengambil kesimpulan, hadith ini adalah isyarat bahawa mendedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan adalah dosa besar.  Dalil lain perbuatan dedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna menjadi dosa besar adalah :

Setiap dosa yang dikerjakan berterusan tanpa taubat, maka ianya akan menjadi dosa besar.   Wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna melakukan dosa setiap hari dan setiap kali seorang lelaki ajnabi melihat kepada nya, maka jadilah dosa besar.  Wal Iyazubillah.

Ibubapa  yang membiarkan anak2  wanita mereka tanpa didikan akan menanggung dosa anak2 mereka.  Demikian lagi si suami yang membiarkan isterinya berkeliaran tanpa pakaian menutup aurat dengan sempurna akan juga menanggung saham dosa isterinya.  Jangan menganggap kita sudah mengerjakan segala kewajipan, solat 5 waktu, puasa cukup, selalu sedekah dll sudah cukup. Belum lagi.


6.0         Kesimpulan


(1) Islam meletakkan syarat2 berpakaian yang tegas ke atas wanita kerana mengangkat martabat wanita  kepada kedudukan yang tinggi dan mulia.   Apabila kaum wanita mematuhinya dengan ikhlas, jadilah mereka mulia di sisi Allah. Sebaliknya wanita2 yang engkar akan menerima kehinaan dunia dan akhirat. Wal Iyazubillah.

(2) Setiap wanita Muslim WAJIB menutup auratnya dengan sempurna apabila dia keluar rumahnya untuk keperluan tertentu yang diizinkan oleh Syara'

(3) Ibu bapa dan suami dan ketua masyarakat turut bertanggungjawab memastikan semua wanita di bawah jagaan mereka mematuhi hukum menurup aurat.

(4) Jangan jadikan  isteri ustaz atau ustazah sebagai contoh di dalam beragama /melaksanakan hukum.  Tetapi lihatlah pada hukum asas yang ditentukan oleh Ulama Mu'tabar Ahlus Sunnah.

Contoh terbaik kaum wanita adalah Sayyidatina Fatimah Az- Zahra, permata Islam.

(5) Berpakaian cara Islam TIDAK menghalang pembangunan.  Sebaliknya Wanita2 yang menutup  aurat dengan sempurna itulah Wanita  progresif, membangun dan mulia. Ini kerana progresif dan pembangunan sebenar dalam Islam adalah pembangunan sifat2 kemuliaan insan.

Berbeza dengan wanita2 yang berkeliaran serta bertelanjangan itulah sebenarnya peruntuh pembangunan, kerana perbuatan tersebut  meruntuhkan nilai2 kemanusiaan, menyuburkan  keruntuhan akhlak dan sifat2 kekejian.

(6) Berpakaian menutup aurat dengan sempurna tidak menghalang aktiviti harian wanita.   Mereka boleh beriadhah, berniaga dll nya mengikut keperluan serta syarat2nya.  

(7) Mana2 wanita yang belum menepati syarat2 Jilbab yang Allah perintahkan,  berazamlah sungguh2.  Moga Allah berikan kelapangan bila ada niat yang baik.

Kesalahan2 sebab tidak menutup aurat dengan  betul pada masa lalu, mohon ampunlah pada Allah.

 

Wallahu A'lam.


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


ADAKAH KALIAN TAHU DUA SEBAB UTAMA KEBANYAKAN WANITA MENJADI PENGHUNI NERAKA?


Rasulullah     bersabda:

 اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء

 “Aku diperlihatkan di Syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum faqir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim ]

Kebanyakan wanita menjadi penghuni neraka.  Apakah sebabnya?

Banyak sebab wanita dicampak ke Neraka, namun terdapat Dua sebab utama secara khusus yang tertuju kepada wanita yang menyebabkan kebanyakan wanita di dalam Neraka:

Pertama:  Melawan Perintah Allah — mendedahkan diri kepada lelaki ajnabi (lelaki bukan mahram),  dedahkan aurat,  memakai pakaian ketat, mempertontonkan tubuh (sama ada di alam nyata atau alam maya),  bersolek dll yang Allah Ta'ala larang atasnya secara khusus.

Kedua :  Melawan suaminya — Ingkar perintah suami atau  menyakitinya dengan berbagai perkataan atau perbuatan keluar rumah tanpa izinnya dll yang berkaitan dengan hubungan suami isteri menurut Perintah Allah Ta'ala dan Rasul-Nya.

Bapa / Suami Dayyus

Terkait dengan Wanita ini adalah juga bapa / suami yang dayyus yang membiarkan mereka berkeliaran di luar rumah dan  tidak menutup aurat dengan betul ikut hukum Syara'.   Semua lelaki dayyus di haramkan Syurga.  Ertinya walaupun suami atau bapanya orang alim yang banyak amalnya, tetapi dia akan turut mendapat saham dosa besar dan bakal dicampak ke neraka bersama-sama jika dia biarkan isteri dan anak-anak perempuannya berkeliaran di luar  atau membiarkan mereka mendedahkan auratnya.    Wal Iyazubillah.

Bahaya Sokong Kemungkaran:

Pada hari ini,  banyak sekali wanita Islam melibatkan diri dalam berbagai sukan, pertandingan atau aktiviti yang terang2 melanggar hukum.  Antaranya lumba lari, acara renang, acara memanah, silat, karate dll.    Anehnya, ibu bapa mereka bangga dan megah anak perempuan mereka menyertai acara2 tersebut.   Orang Islam yang menyaksikan pula tepuk sorak menyokong kemungkaran ini. 

Sungguh malang....!

Golongan yang menyokong kemungkaran ini dengan apa jua cara akan mendapat saham dosa sama banyak seperti wanita yang melakukan kemungkaran tersebut.  Wal Iyazubillah.

Bahaya Diam diri kepada Kemungkaran

Demikian lagi orang2 Islam yang hanya berdiam diri melihat kemungkaran2 tersebut tanpa sedikit rasa benci dalam hati, maka golongan ini juga mendapat saham dosanya, bahkan menurut Amaran Rasulullah  mereka ini telah hilang Imannya atau tanda2 tiada Iman . Wal Iyazubillah.

Rasulullah     bersabda:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان

( رواه مسلم )

Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (benci dalam hati) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

[Imam Muslim]

Sedarlah wahai orang2 yang mengaku beriman.  Iman itu bukan sekadar pengakuan, tetapi dibuktikan dengan perkataan dan perbuatan berserta i'tiqad bersih menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen).

Fitnah Akhir Zaman Bagai Malam Gelap Gulita:

Sungguh besar fitnah akhir zaman, sehingga ramai orang Islam tertipu dengan tipu helah Iblis dan kuncu2nya. 

Sungguh dahsyat fitnah akhir zaman sehingga kemungkaran diperlihatkan sebagai kebaikan. 

Wal Iyazubillah..!

Rasulullah     bersabda:

بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا.رواه مسلم

 Segeralah beramal sebelum munculnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita, seseorang di pagi harinya beriman dan pada petangnya telah menjadi kafir, atau pada petangnya masih beriman dan di pagi harinya telah menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan kenikmatan dunia.”

[Imam Muslim]

Moga keinsafan tercurah kepada sekalian Ummat.


Maassalamah


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻


LARANGAN LEMBUTKAN SUARA.

Umumnya seorang wanita DILARANG keluar rumah dan bertemu laki2 BUKAN MAHRAMNYA, kecuali hal tertentu yang benar2 perlu seperti....

§   Menuntut ilmu Fardhu

§   Berubat kerana tiada wanita yang boleh mengubatnya,

§   Urusan cari nafkah,

§   Urusan jual beli

§  dll yang diharuskan pada Syara' mengikut adab dan syarat2nya, 

   seperti yang telah dibicarakan dahulu.


Apabila seorang wanita terpaksa bertemu seorang lelaki bukan mahramnya untuk suatu tujuan yang

diizinkan syara’ maka wajib dia kasarkan suara dia /tidak bercakap lembut, manja atau menggoda.!


§   Dilarang suara lembut manja

§   Dilarang suara menggoda

§   Dilarang suara lemah lembut

§   Dilarang  suara mendayu


seperti yang biasa dilakukan oleh kebanyakan wanita apabila menghadap lelaki.

Berkenaan ini Allah Ta’ala memberikan peringatan melalui Kalimat-Nya :

 ينِسَآءَ النَّبِىِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِّنَ النِّسَآءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).  

[Al-Ahzab, (33) : 32]

Ulama Ahlus Sunnah menjelaskan,  suara wanita secara umumnya BUKAN aurat. 

Ertinya seorang wanita dibenarkan bercakap kerana suatu tujuan yang diharuskan pada syara’ seperti untuk tujuan berubat, mempelajari Agama, berjual beli dan lain2 hajat untuk kehidupan dunia akhirat.

Namun di sana terdapat LARANGAN KERAS melembutkan suara,  ertinya meliuk lentuk suaranya kerana suara wanita yang lemah lembut, beralun, berirama, berlagu, dan sebagainya berbentuk alunan suara merdu akan menjadikan hati lelaki terfitnah,  ertinya membangkitkan syahwat dan timbul keinginan  untuk melakukan kejahatan. …!

Maka perintah Allah di atas adalah mengingatkan wanita agar JANGAN  melembutkan suara apabila terpaksa berhubung dengan lelaki asing kerana suatu tujuan yang diharuskan pada syara’.

Para Ulama sepakat bahawa, walaupun ayat di atas ditujukan kepada isteri2 Nabi, tetapi hukumnya adalah meliputi bagi sekalian wanita

Demikian lagi Ulama kita mengambil kesimpulan,  wanita DILARANG bercakap-cakap/ berbual-bual dengan lelaki ajnabi tanpa keperluan. 

Di antaranya yang dilarang adalah berceramah di hadapan lelaki bukan mahram, berkempen, berdebat dll. walaupun dengan suara biasa kerana semua ini menjadikan wanita terdedah kepada pandangan lelaki bukan mahram.

(Ini ada perbahasan berasingan dengan hujjah2 lebih kuat)

Imam Qurtubi  ketika mentafsirkan ayat ini berkata :

 “Suara begini (suara lemah lembut manja) akan menjadikan orang2 lelaki munafiq dan ahli ma’siat berfikir jahat.

[Al Ahkamul Qur’an –Tafsir Qurtubi]

Imam Ibnu Kathir mengatakan :

 Ini adalah adab2 yang baik yang diperintahkan oleh Allah keatas isteri2 Nabi agar mereka menjadi contoh kepada wanita2 Ummah ini.” (iaitu perintah ini adalah untuk seluruh kaum wanita Islam)

[Tafsir Ibn Kathir]

Selain dari tegahan melembutkan dan memanjakan suara di hadapan lelaki,  Perintah Allah Ta’ala ini juga  menjadi dalil adalah haram memperdengarkan nyanyian di hadapan lelaki bukan mahramnya samada ianya berbentuk keagamaan, bacaan Qur'an, qasidah atau lainnya,  sama ada wanita itu menutup aurat atau tidak.  Hukumnya sama ;  tetap haram. 

Al-Murtazha Al-Zabeedi, seorang Sufi ternama,  di dalam komentarnya kepada Ihya Imam Al-Ghazali,  menyebutkan begini :

Para Ulama telah membezakan di antara nyanyian lelaki dan wanita. Mendengar nyanyian wanita bukan mahram telah difatwakan  haram, sedang harus mendengar wanita yang mahram dengannya.

Qadhi Abu Tayyib Al-Tabari berkata : “Jika penyanyi itu wanita bukan mahram, maka dilarang lelaki mendengarnya.  Hukum ini sama sahaja samada wanita itu berhijab (menutup aurat sempurna) atau tidak berhijab

[Ihtaf Al-Sadat Al-Muttaqin ; 6, ms 501]

Ibn Humam menyebut didalam Fath Al-Qadir,* menukil dari an-Nawazil : 

"Suara lembut berirama dari seorang wanita dan nyanyiannya adalah awrah.  Inilah sebabnya dia lebih baik mempelajari Al-Qur’an daripada seorang guru wanita  daripada mempelajarinya daripada seorang lelaki yang buta,  kerana bacaannya  yang berirama adalah awrah.   Rasulullah     صلى الله عليه وسلم  bersabda : “Bacaan tasbih adalah bagi lelaki dan tepuk tangan bagi wanita.” (iaitu ketika Imam solat telah tersilap didalam solatnya, lelaki akan membaca Subhanallah sementara wanita hanya dibenarkan tepuk tangannya.)”    

[Fath al-Qadir, V:1, p:260).

Shaikh Wahbah al-Zuhayli berkata :

  "Haram mendengar suara wanita berupa  irama dan alunan suara lembut,  walaupun ianya dari bacaan Al-Qur’an”

['al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu]

Ibn Jarir At Tabari:

Suara wanita yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma’ selama-lamanya.

[Tafsir At-Tabari ]

Rumusan:

1. Wanita harus berkata2 / bercakap dengan lelaki bukan mahram pada perkara yang diharuskan oleh syara' sahaja seperti menuntut Ilmu Agama, berubat, jual beli, jadi saksi dll sepertinya.

2. Suaranya dan DILARANG bersuara lembut / suara manja/menggoda, (dan juga sudah pastinya wajib menutup aurat dan pelihara hukum/ adab2 lain.)

3. Wanita dilarang menyanyi atau membacakan suatu yang berirama / berlagu sekali pun bacaan Al Qur'an  di hadapan laki2  ajnabi, sekalipun di hadapan lelaki buta.

4. Wanita dilarang berbual2 dengan laki2 ajnabi tanpa keperluan syara'

Peringatan Ulangan:

Semoga mereka2 yang gemar mengadakan acara2 nyanyian wanita,   sajak, Syai'r, termasuk  nyanyian Nasyid, acara bacaan Qur'an wanita di hadapan lelaki bukan mahram seperti banyak berlaku sekarang ini berhenti dari melakukannya kerana amat jelas larangannya pada keterangan Al Qur'an serta fatwa Ulama Ahlus Sunnah

 

Wallahu A'lam


🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...