Susunan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah
Naqsyabandiah Al Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPAKAH MUJADDID?
MUJADDID itu memperbaharui jalan2 Agama, maksudnya
adalah secara ringkasnya .....
Beliau mengijtihadkan jalan2 baru, kaedah2 baru, pendekatan2 yang berbeza
dari sebelumnya dan diberikan nafas baru bagi mengamalkan agama setelah ummat
mengalami kemunduran atau kelesuan disebabkan perubahan2 kemanusiaan atau disebabkan munculnya berbagai penemuan dan peradaban baru yang memerlukan
petunjuk yang jelas menurut Al Qur'an dan Sunnah.
SIFAT2 MUJADDID
MUJADDID itu adalah Ulama Billah yang diakui ketinggian
keilmuannya di dalam Syari'at dan Ma'rifat oleh seluruh Ulama Ahlus Sunnah
sezamannya.
MUJADDID itu adalah bertaraf Auliya Allah yang tiada takut pada sesiapa pun
termasuk pemerintah. Sebaliknya pemerintah yang takut dan menggeruni seorang
Mujaddid.
MUJADDID adalah Ulama yang mempunyai keupayaan istimewa menganalisa suasana
perkembangan zaman dan mengijtihadkan kaedah2 baru untuk amalkan agama sesuai
dengan peredaran zaman, tetapi dengan syarat tetap berada pada Manhaj Ahlus
Sunnah dan tiada menjejaskan PRINSIP2 POKOK Agama.
MUJADDID dapat mengupas berbagai persoalan rumit yang dihadapi oleh ummat dan
berikan jalan penyelesaian yang menepati Al Qur'an dan Sunnah.
BEBERAPA CONTOH MUJADDID DAN HASILNYA
Contoh 1:
Tokoh2 Mujaddid yang sangat unggul dan tersangat
istimewa seperti:
Imam Jaafar Siddiq
Imam Sufyan Ath Thawri
Imam Junaid Baghdadi
Imam Hasan Basri
Hasil dari ijtihad mereka, Ummat Islam telah menyaksikan
lahir berbagai disiplin Ilmu Islam... bermula dari Fiqh, Tauhid, Tasawwuf,
Nahwu, Sarf, Mantiq dll. pada kurun pertama Hijriyyah.
Contoh 2:
Imam Jilani :
Beliau adalah seorang lagi Mujaddid Agung yang memperbaharui jalan2 Agama
khususnya pada jalan keruhanian, Tasawwuf, Tiloriqat dan Ma'rifat.
Beliau dikenali sebagai "Ghawthul A'zham" ertinya
"penolong ummat yang amat besar" di atas jasa2 beliau memberi
nafas baru kepada Suluk dan Ahli Sufi keseluruhannya.
Asas2 Keilmuan Sufi, Tasawwuf dan Ma'rifat yang beliau letakkan terus menjadi
pegangan oleh Ulama2 sehingga sekarang.
Imam Ghazali :
Sumbangan beliau yang paling besar adalah di dalam Pendidikan Tasawwuf.
Selain dari itu beliau membawa idea2 pembaharuan di dalam politik dan ekonomi Islam.
Beliau memperkenalkan konsep2 baru di dalam pentadbiran negara. Banyak
idea2 beliau kemudiannya ditiru dan dikembangkan oleh orang2 bukan Islam.
Contoh 3:
Imam Reza Khan
Mujaddid kurun ke-14, menghuraikan hukum2 berkenaan
mata wang, pertukaran mata wang dengan bijak sekali.
Inilah beberapa contoh Mujaddid dan hasil Mujaddid dalam Agama.
MENGAPAKAH MUJADDID 100 TAHUN SEKALI?
Allah lebih mengetahui hikmahnya.
Dari sudut hikmah yang dapat
difikirkan adalah :
Mereka dizahirkan oleh Allah setiap 100 tahun ... hikmahnya dalam masa
100 tahun, landskap kehidupan manusia mengalami perubahan besar,
peradaban baru muncul, cara berfikir dan bertindak mengalami perubahan , sains
teknologi berkembang dan berubah sesuai dengan keperluan manusia yang
terus mencabar.
Maka semua ini memerlukan penelitian dan pertimbangan baru yang sangat
serius.
Setiap mujaddid yang telah dizahirkan oleh Allah Ta'ala adalah mereka itu Ahlus
Sunnah, mahir di dalam Syari'at dan Haqiqat, mereka itu Ahli Ma'rifat dan
Awliya Allah.
Berikut adalah senarai Mujaddid :
Kurun Pertama Hijriyyah
Imam Jaafar Siddiq
Imam Sufyan Ath Thawri
Imam Hasan Al Basri.
Imam Junaid Al Baghdadi
Umar ibn Abd al-Aziz
Kurun ke -2 Hijriyyah :
Muhammad ibn Idris Asy-Syafi`i
Kurun ke-3 Hijriyyah
Imam Abu Hasan Asya'ari
Kurun ke-4 Hijriyyah
Imam Baihaqi
Imam Abu Bakr Al-Baqillani
Kurun ke-5 Hijriyyah
Imam Abu Hamid al-Ghazali
Kurun ke-6 Hijriyyah
Imam Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
Imam Fakhruddin ar-Razi
Imam Rofi'ie
Imam Nawawi
Kurun ke-7 Hijriyyah
Imam Ibn Arabiy
Imam Moinuddin Chishti
Kurun ke-8 Hijriyyah
Imam Ibn Hajar al-Asqalani
Imam Jalaluddin Bulqini
Kurun ke-9 Hijriyyah
Imam Jalaludin Al-Suyuti
Kurun ke-10 Hijriyyah
Imam Ibn Hajar Al Haithami
Imam Khairuddin Romli
Kurun ke 11 Hijriyyah
Imam Ahmad Sirhindi
Imam Abdullah al-Haddad
Imam Shah Waliullah Dehlawi
Kurun ke-12 Hijriyyah
Imam Murtadha Zabidi
Imam Shah Abdul Aziz Dehlwi
Kurun ke-13 Hijriyyah
Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
Imam Bediuzzaman Said Nursî
Kurun ke 14 Hijriyyah
Imam Ahmad Raza Khan
Imam Habib Zain Sumaith
************************************************************
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan Ulama kita
berkenaan nama2 Ulama yang menjadi Mujaddid. Perbezaan ini terjadi kerana
tidak ada satu ketetapan konkrit dari satu2 institusi yang mampu menentukannya
kerana pada hakikat nya Mujaddid adalah pilihan Allah.
Cuma kita boleh melihat tanda2 seseorang itu Mujaddid
dari keilmuan dan keperibadian beliau menepati syarat2 Mujaddid.
Wallahu A'lam
LAHIRNYA MUJTAHID FIQH
Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama :
Imam Ja’afar Siddiq
Imam Hassan Al-Basri
Imam Abu Hanifah
Imam Malik,
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e,
Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Imam Izzudin Abdus Salam
Imam Nawawi,
Imam Sayuthi
Imam Rofi’e,
Imam Abnu Abideen
Imam an-Nabhani
Imam Subky,
Imam Haytami
Imam Romli
Imam Zaini Dahlan
Imam Raza Khan Barelwi
Shaikh Daud Fathoni
Shaikh Ahmad Fathoni
Shaikh Arsyad Al Banjari
Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.
Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat, ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.
(Ingat kembali kualiti terpenting seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWA nya, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)
Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “ Ulama” tersesat golongan sesat Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll. Dan kami sudah bentangkan secara jelas salah satu punca kesesatan “ulama2 batil” ini adalah kerana mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat, TIDAK mendapat didikan dari Madrasah Ahli Ma’rifat, maka menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!
Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian dari mereka seperti di dalam kitab2 :
Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,
Kashful Khafa’ - Imam Ajluni,
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.
Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi
Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka :
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya pada zaman beliau. Perlu di tegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau, beliau TIDAK pernah mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah (rafidhi). Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku Imam Jaafar Siddiq sebagai Imam mereka..!
Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal
Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.
Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya :
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”
Maka di katakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini?” Maka menjawab Imam Shafie :
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak didalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika di tanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan slesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas)
[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub- Imam Abu Talib Al Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Imam Malik berkata :
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]
Dinukil dari Diwan Imam Shafie:
Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya :
“Berusahalah engkau menjadi seorang yg mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yag hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang yg hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu Fiqih, maka bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]
Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal :
"Wahai anakku wajiblah diatas engkau mendampingi Ahli-Ahli Sufi itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]
Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:
Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati, Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent)
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]
Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah beliau :
“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang Sufi “
[Hasyiah Ibn Abideen ]
Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa sesungguhnya kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh, adalah sebenarnya telah memperoleh pendidikan didalam Madrasah Ahli Sufi dan akhirnya mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul Anbiya’ yang muhaqqiq.
Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini terjebak kepada kefaham batil wahhabiyyah).
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇
No comments:
Post a Comment