ZIKIR ALLAH ALLAH

 

ZIKIR ALLAH ALLAH

(INGAT ALLAH TERUS-MENERUS DI DALAM HATI)

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اَلْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ


1.0 Muqaddimah

2.0 Fakta Zikrullah — Zikir Allah Allah

3.0 Definisi / Pengertian sebenar Zikir Allah Allah

4.0 Dalil Al-Qur'an Memerintah Zikir Allah Allah

5.0 Dalil Hadith Memerintah Zikir Allah Allah

6.0 Pendirian / fatwa Ulama Mu'tabar

7.0 Zikir Allah Allah dan Jalan Ma'rifat

8.0 Kemusykilan dan Jawapan

9.0 Punca kekeliruan / kesesatan

10.0 Rumusan     

 

1.0 Muqaddimah

===============

Akhir2 ini terjadi kontroversi di kalangan Ummat Islam berhubung dengan "Zikir Allah Allah" akibat dari "fatwa" seorang bergelar "mufti" dan seorang lagi bergelar "Professor".  Kata mereka :

"Zikir Allah Allah tiada dalil",

"Zikir Allah Allah tiada faedah",

"Zikir Allah Allah tak pernah diamalkan oleh Ulama"

 "Zikir Allah Allah tak ada makna apa2 dan sia2",

dan lain2 ungkapan2 sepertinya.

Satu masa dahulu golongan ini sangat galak menuduh sambutan Maulid Nabi, Majlis Tahlil, Zikir kuat, Tasawwuf, Toriqat Rasulullah, Ziarah Kubur, Ziarah Maqam Rasulullah, dan lain2 sebagai bid'ah sesat.  Kini mereka datang dengan dakyah baru, mempertikaikan zikir Allah Allah.

Anehnya kali ini mereka tidak lagi melempar istilah "bid'ah sesat" seperti tradisi dakyah mereka.  Barangkali ini strategi baru, kerana strategi lama mengundang kecaman Ummat Islam.  Orang2 yang sewenang2 melemparkan tuduhan sesat, khurafat, bid'ah sesat kepada amal ibadah Ahlus Sunnah sudah terkenal sebagai golongan Kaum muda / Najdiyyah / Wahhabiyyah / Khawarij moden, maka barangkali ini strategi baru... menyerang amal ibadah Ahlus Sunnah dengan istilah2 lain.

Apa yang jelas serangan mereka terhadap Ahlus Sunnah kali ini benar2 memperlihatkan kebodohan mereka, bahkan ini kebodohan melampau. Mereka "menggali kubur" sendiri apabila mereka mempertikaikan " Zikir Allah Allah" kerana "Zikir Allah Allah" itu pada hakikatnya adalah "Zikrullah", iaitu Zikir mengingat Allah di dalam hati terus-menerus. Dan ini merupakan Perintah Allah dan Sunnah Agung Rasulullah yang tiada sebarang pertikaiannya. Ini bermakna tanpa disedari mereka telah menentang Allah dan Rasul-Nya.

Masih keliru?  Perhatikan sekali lagi.  Sama ada kamu menyebut perkataan  "Zikir Allah", atau kamu sebut "Zikir Allah Allah", atau "Zikir Allah Allah Allah" atau kamu panjangkan lagi seberapa banyak pun kamu mahu, pengertiannya tetap sama saja kembali kepada maksud yang satu.... ZIKRULLAH...!

Apabila disebut "Zikrullah", maksudnya adalah " Zikir akan Allah" atau  "mengingat Allah di dalam hati berulang2"  atau  "kamu ingat Allah terus-menerus tanpa putus".   Inilah konsep Zikrullah yang dipegang oleh Ahlus Sunnah, yang menjadi pegangan dan amalan berkurun lamanya sampai ke saat ini, terus-menerus diamalkan oleh Ummat Islam seluruh dunia.

Menurut Ahli Ma'rifat,  Kalimat "Allah" adalah Lafzul-Jalalah, Kalimat Paling Agung, Kalimat Paling sempurna, Kalimat  Paling Tinggi, Paling Suci, yang membukakan pintu2 Tauhid, pintu Hadratul-Quddus dan Mukasyafah.


2.0 Fakta-Fakta Penting Zikir Allah

===============================

Berikut adalah Fakta2 penting berhubung dengan Zikrullah, iaitu Zikir Allah Allah atau maksudnya :  Ingat Allah terus-menerus di dalam hati.

Fakta 1: Perintah Allah yang Mutlaq

Allah Ta'ala Perintahkan orang beriman supaya Zikir kepada Allah dengan Zikir yang sebanyak2nya, ertinya Ingat Allah di dalam hati tanpa putus.   (Akan datang penjelasan)

Fakta 2: Ingat Allah terus-menerus di dalam hati

Menurut pendirian Ahlus Sunnah, yang dikehendaki dengan "Zikrullah" atau "Zikir Allah Allah" adalah :  "mengingat Allah terus-menerus di dalam hati".

Fakta 3: Tanda Mu'min

Telah ijma' Ulama bahawa di antara tanda2 orang beriman adalah melakukan Zikrullah yang banyak, sedangkan orang yang malas berzikir atau sedikit zikirnya adalah tanda2 kemunafikan.                            Wal Iyazubillah. 

Fakta 4:  Tradisi Ahlus Sunnah turun temurun

Berdasarkan kenyataan sejarah, sekalian Ahli Silsilah Rasulullah   amalkan Zikir Allah Allah, selain daripada Zikir La Ilaha Illallah  serta zikir lain.

Fakta 5: Zikir Allah Allah — Ibadah Teragung

Zikir Allah Allah, ingat Allah di dalam Hati terus-menerus merupakan Ibadah teragung kerana selain dari menjadi Ibadah yang tersendiri,  ia meresap ke dalam setiap Ibadah dan menjadikannya "hidup".  Ibadah yang tiada zikir (ingat Allah Allah) di dalamnya adalah Ibadah yang kosong hampa, tiada nilai di sisi Allah.

Fakta 6: Orang yang Zikir Allah orang yang hidup

Orang yang berzikir Allah adalah orang yang hidup (hatinya hidup menghadap Allah) sedangkan orang yang lalai dari Zikrullah adalah bagaikan orang yang mati (mati hatinya).

Fakta 7 : Zikir Allah sucikan hati

Zikir Allah Allah yang teguh di dalam hati menyucikan hati  daripada sekalian kekotoran dan kekejian, terutama Syirik khafi dan sifat mazmumah yang menjadi punca kebinasaan orang islam. Zikrullah adalah penyuci bagi hati yang telah berkarat dengan dosa2.

Fakta 8 : Zikirullah membuahkan khusyu di dalam Solat

Zikir Allah terus menerus menurut disiplin Toriqat / Jalan Ma'rifat akan menghidupkan hati dan menjadikan seseorang khusyu di dalam Solat.

Fakta 9 : Zikrullah Sampai kepada Allah

Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, seseorang tidak akan sampai kepada Allah (sampai kepada Tauhid hakiki) melainkan melazimkan Zikrullah yang banyak menurut disiplin Jalan Ma'rifat.

Fakta 10: Silsilah pengambilan sampai Rasulullah

Fakta ini adalah di antara hujjah2 terkuat menjadi bukti Zikir Allah.  Sekalian Mursyid, Pewaris Nabi yang hidup masa ini mempunyai Silsilah pengambilan "talqin Zikir Allah Allah"  diterima daripada Gurunya, dan daripada Gurunya kepada Gurunya sampai kepada Sayyidina Abu Bakar atau Sayyidina Ali Ridhwanullah dan akhirnya sampai kepada Junjungan Besar Rasulullah  yang Baginda menerima dari Sahbul Wahi Jibril Alahis Salam dan Jibril  menerima Perintah Allah Jalla Jalaluh.

Ertinya khabarnya mutawathir, yang tidak boleh diengkari kerana wujudnya banyak sekali Mursyid2, Pewaris Nabi yang siddiq seluruh dunia, yang terpercaya, dan tak mungkin mereka berpakat untuk menipu.

Sekalian fakta2 ini akan dijelaskan pada lembaran2 akan datang. In shaa Allah. Baca dengan teliti dan cuba memahaminya.


3.0 Definisi Zikir Allah

=====================

Di dalam setiap Ilmu Agama, Ta'rif / Definisi adalah penentu kepada tujuan dan batas sebenar yang dikehendaki dengan ilmu tersebut. Ulama Ahlus Sunnah telah menentukan Ta'rif dan batas2 ini supaya matlamat ilmu dan ubudiyyah tercapai. Tanpa menetapkan hal ini, siapa sahaja akan bercakap, berbahas dan menghujjah mengikut selera nafsunya.

Definisi Zikrullah pada sudut bahasa:

Zikrullah terdiri dari dua rangkai kata :  "Zikir "  dan "Allah", maka keseluruhan pengertiannya adalah :  Ingat Allah

Definisi Zikrullah pada sudut Istilah:

Zikirullah adalah mengulang2 Kalimah "Allah"  atau  Kalimah "La Ilaha Illallah"   atau Asma' Allah (nama2 Allah yang Maha Agung dan Indah2)  yang lain dengan lisan berserta ingatan kepada Allah di dalam HATI.   Atau  Semata2 mengingat Allah di dalam HATI terus-menerus. 

Perhatian:

Orang yang melafazkan Kalimat Zikir dengan lidah tetapi hatinya lalai, tidak mengingat Allah, maka tidaklah dinamakan Zikrullah.

Zikir Hasanah:

ZIkir Hasanah adalah Zikrullah yang dilaksanakan tanpa sebarang kaifiyyat (cara), syarat dan adab tertentu.  Ini adalah cara orang awam berzikir, iaitu tanpa peraturan khusus.   Orang yang mengerjakan Zikir umum ini akan memperoleh pahala tetapi TIDAK meningkat Iman / Tauhid / Taqwanya,

Zikir Darjat :

Zikir Darjat adalah Zikir yang mempunyai kaifiyyat (cara), syarat, peraturan dan adab2 tertentu sebagaimana diterima dan diwarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah oleh sekalian Imam2 Ahlus Sunnah secara  mutawatir.   Zikir seperti ini (yang dilaksanakan dengan kafiyyat dan syarat2- nya) akan membawa kepada kesucian hatinya, meningkatkan TAUHID / IMAN / TAQWA seseorang.  Ia akan di Kurniakan oleh Allah kefahaman yang mendalam tentang Agama, dia akan menjadi lebih khusyu di dalam solatnya serta  memperoleh ketenangan di dalam seluruh kehidupannya.  Inilah Zikir yang dituntut ke atas setiap orang beriman.

Fokus penting di sini yang kita ingin bincangkan adalah :

Dari definisi Zikrullah kita faham :  Yang dikehendaki dengan "Zikir Allah Allah" adalah "Zikrullah", iaitu "mengingat Allah di dalam hati terus-menerus tanpa putus".  Atau dikatakan : Mengulang2 Kalimat "Allah" di dalam hati terus menerus.  Dan ini perintah Allah yang wajib sebagaimana akan datang penjelasannya.

Maka sebagaimana kami terangkan pada awal risalah, hal ini bukan suatu yang pelik atau baru kerana Zikrullah atau Zikir Allah Allah adalah Tradisi Ahlus Sunnah turun-temurun, mulai daripada Rasulullah , kemudian dilanjutkan oleh para Sahabat, kemudian Tabiin, kemudian Tabiit Tabiin, kemudian Imam2 Ahlus Sunnah sampai ke saat ini masih terus diamalkan oleh sekalian pendokong Ahlus Sunnah. 

Bahkan, Zikrullah bukan suatu yang bersifat sampingan tetapi sebagai kewajipan setiap orang beriman sehingga dikatakan orang yang berzikir dengan zikir yang banyak adalah sebenar orang beriman sedangkan orang yang malas berzikir adalah menunjukkan wujudnya sifat munafiq di dalam hatinya atau dikatakan : Hatinya hampir mati akibat karat kekufuran dan kekejian.  Wal Iyazubillah.

Jika kamu memahami hakikat  ini, maka semua kekeliruan yang cuba dibangkitkan oleh Golongan jahil dapat dihapuskan.


4.0 Dalil Al-Qur'an Perintah Zikir Allah

==================================


Dalil Al-Qur'an 1

Firman Allah Ta'ala :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا

"Wahai orang-orang yang beriman,  ingatlah serta sebutlah Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.

[Al-Ahzab (33) : 41]

Berkata Ibn Abbas Radiallahu‘anhu:

"Allah Ta'ala tidak mewajibkan atas hamba-Nya hal-hal yang fardhu, kecuali  yang telah diketahui olehnya. Dan orang yang meninggalkan  fardhu-fardhu tersebut kerana alasan tertentu boleh dimaafkan,   kecuali Zikrullah. Zikir kepada  Allah tidak memiliki batas, dan tidak ada alasan  bagi seseorang untuk meninggalkannya kecuali dia kehilangan aqal. Manusia diperintahkan untuk berzikir kepada Allah dalam segala kesempatan."

[Tafsir Ibnu Abbas}

Kata Imam Ibnu Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu:

"Maksud ayat ini adalah, wahai orang-orang beriman, sebutlah Allah dengan hati, lidah, dan tubuh kalian dengan sebutan yang banyak. Janganlah tubuh kalian berhenti dari berzikir kepada-Nya menurut kesanggupan kalian."

[Tafsir Tabari]

Kata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Orang yang banyak berzikir kepada Allah itu adalah panggilan untuk seseorang yang berzikir secara tulus ikhlas dari hatinya, sedangkan orang yang sedikit berzikir (kepada Allah) adalah orang yang memiliki tanda2 orang munafiq. Kerana dia hanya berzikir dengan lisan dan bertujuan untuk dilihat oleh orang lain sahaja."

[Tafsir Qurtubi]

Kata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu:

"Ya anakku, adapun hukum Zikir Allah itu adalah wajib, seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 41."

[Risalah Ma'rifat ; bab Zikrullah]

Penjelasan:

(1) Perintah Allah di atas menyuruh orang2 beriman Zikir Allah dengah Zikir yang banyak. Zikir yang banyak bermaksud tiada had atau batas dan diperintah terus-menerus di dalam semua keadaan.

(2) Ayat ini perintahkan Zikrullah, ertinya Zikir ingat Allah, sama ada dengan lisan (berserta ingatan di dalam hati akan Allah) atau semata2 Ingat Allah di dalam hati.

(3) Perintah Allah ini menyebut Zikir kepada Allah dengan zikir yang banyak, ertinya apa saja lafaz Zikir yang membawa ingat kepada Allah. Sama ada kamu zikir dengan Ismuz-Zat, iaitu "zikir Allah"  atau "La-ilaha-Illallah"  atau kamu berzikir dengan ismus-Sifat, iaitu Sifat Allah dengan menyebut Asma Allah yang Maha Sempurna, seperti :  Ya Latiff, Ya Qahhar, Ya Hayyu Ya Qayyum dll. semuanya menuju kepada hakikat Zikrullah, iaitu ingat Allah terus-menerus.

(4) Daripada Tafsiran Ibnu Abbas yang tersebut tadi, kita memahami adalah wajib atas setiap orang beriman melakukan Zikrullah dengan sebanyak2nya dan di dalam semua keadaan. Bagaimanakah cara menyempurnakan kewajipan ini?

Pertama : Diperintah berzikir sebanyak2nya

Kedua :   Diperintah Zikir di dalam semua keadaan.  (ertinya ketika berjalan, duduk, berbaring, ketika makan minum, ketika bekerja cari rezeki... bahkan semua keadaan)

Apakah mungkin seseorang mampu berzikir dengan zikir yang banyak dan pada masa yang sama dilakukan di dalam semua keadaan? 

Kedua2 ini tak mungkin dilakukan oleh seseorang melainkan dengan Zikir khafi, iaitu Zikir Allah Allah di dalam hati atau maksudnya : Ingat "Allah" terus menerus di dalam hati.

Ini bermakna Zikrullah yang diwajibkan atas setiap orang beriman adalah Zikir Allah Allah di dalam hati.

(5) Menurut keterangan Ulama di atas juga, kita dapat faham ayat Allah ini berikan isyarat bahawa di antara tanda2 orang beriman dengan keimanan yang benar adalah dia melakukan Zikrullah dengan zikir yang banyak sementara orang berzikir sedikit atau malas berzikir adalah tergolong ke dalam orang yang mempunyai sifat munafiq.


Dalil Al-Qur'an 2

Firman Allah :

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ

"Dan ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut  dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai."

[Al-A'raf (7) : ayat 205]

Kalam Allah ini hampir serupa seperti Wahyu pertama yang memerintah : Sebut atau ingat Tuhan mu...!

Apakah nama bagi  Rabb  (Tuhan )  yang disuruh ingat / zikir padanya?

Apakah nama Paling Agung bagi Tuhan yang menciptakan ?

Nama Paling Agung atau disebut  Ismul A'zhom  iaitu "Allah" ...!

 Maksud keterangan di sini :

 " Zikirlah Allah di dalam hati terus-menerus.

Berkata Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallahu anhu

(Mujaddid kurun ke 6 Hirriyyah) :

"Berdasarkan ayat 205 al-A’raf ini, Rasulullah (dan Ummat Baginda)  diwajibkan berzikir dalam hati  (senyap —tanpa  suara)   dengan ingatan Allah,  Allah,  Allah terus-menerus sepanjang waktu siang dan malam.     Kalimat  ini  " بِٱلۡغُدُوِّ  "     mewakili seluruh waktu siang dan  kalimat "  وَٱلۡأَصَالِ  "    mewakili seluruh malam"

[Tafsir Al-Kabir /  Tafsir Ar-Razi]

Berkata Imam Ibn Jarir At-Tabari Radhiallahu anhu :

"Kata Mujahid, Ertinya adalah : Perintahkanlah kepada mereka (orang beriman) agar berzikir kepada Allah di dalam dada (hati) dengan sikap merendahkan diri dan perasaan dan takut.   Kata Hasan bin Yahya : Allah berfiman, "Jika hamba-Ku mengingat-Ku di dalam dirinya, maka Aku mengingatnya di dalam diri-Ku. Jika hamba-Ku mengingat Aku sendirian, maka Aku mengingatnya dalam kesendirian-Ku. Jika dia mengingat-Ku dalam kelompok, maka Aku mengingatnya dalam kelompok yang lebih baik dan lebih mulia dari mereka."

[Tafsir At-Tabari]

Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu

"Ya anakku, difahamkan pada ayat ini menyuruh oleh Allah (Zikrullah) dan akhirnya menegah daripada lalai. (lalai dari Zikir Allah) Adalah zikir khafi itu wajib sepenuh masa."

[Risalah Ma'rifat : bab Zikrullah]

Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu :

"Allah Memerintahkan agar Dia di Zikirkan (ingat Allah) lebih banyak pada waktu pagi2 dan petang2"

[Tafsir Ibnu Kathir]

Tafsir Jalalain :

"Dan zikirlah kepada Allah di dalam diri kamu (hati kamu), iaitu secara senyap dan di dalam keadaan takut rendah diri."

[Tafsir Jalalain]


Dalil Al-Qur'an 3

Firman Allah :

وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬  

"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renung lah kepada-Nya dengan sungguh²  renungan (muraqabah)"

[Al-Muzammil (73) : ayat 8]

 Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

"Perintah Allah ini juga bermaksud ingat kepada Allah (Zikrullah) dan ingat kepada Keesaan-Nya. Dan ikhlaslah di dalam solat, doa dan setiap ibadah yang kamu kerjakan."

[Tafsir Ibnu Abbas]

Berkata Imam At-Tabari Radhiallahu anhu :

"Allah perintahkan Rasululullah (dan sekalian orang beriman) : Sebutlah  nama Tuhanmu, berdoalah dan ibadah kepada-Nya dengan penuh ketekunan."

[Tafsir Tabari]

Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

"Sebutlah nama Tuhanmu dan berdoalah dengan menggunakan nama2-Nya yang Agung (Asmaul-Husna) dan gunakan seluruh waktumu untuk beribadah kepada Allah dan jangan sekutukan Allah dengan yang lain."

[Tafsir Qurtubi]

Berkata Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"Dan sebut oleh kamu akan nama Tuhanmu (perintah zikir Allah)  dan renungi olehmu kepada-Nya dengan sebenar2 renungan, ya'ni muraqabah, bukan fikir aqal."

[Risalah Ma'rifat : bab Zikrullah]

Berkata Imam Muhaddith  Shaikh Thana-Ullah Uthmani Radhiallahu anhu:

"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung  iaitu zikir  Allah, Allah"

[Tafsir Mazhari]


Dalil Al-Qur'an 4 : 

Firman Allah :

        وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ 

"...dan Zikir Allah itu sebesar-besar ibadah ..... "

[Al-Ankabut (29):  Ayat 45]    ۗ


Dalil Al-Qur'an 5 : 

Firman Allah :

      وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً۬

"Dan zikir akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang."

[Al-Insan (76) : ayat 25]


Dalil Al-Qur'an 6 : 

Firman Allah :

وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Dan  ingatlah akan Allah banyak-banyak (terus-menerus tanpa henti siang malam), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."

[Al-Jumu'ah (62) : ayat 10]


Dalil Al-Qur'an 7 : 

Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ (١٤) وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan jiwanya,  Dan zikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan solat.

[Al-A'la ( 87:  ayat 14-15]


Dalil Al-Qur'an 8 : 

Firman Allah :

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka"

[Aali Imran (3) : ayat 191]


Dalil Al-Qur'an 9 : 

Firman Allah :

فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰئِكَ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada zikrullah.  Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata"

[Az-Zumar (39) : Ayat 22]


Dalil Al-Qur'an 10 : 

Firman Allah :

يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلاَ أَوْلاَدُكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَـٰئِكَ هُمُ ٱلْخَاسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi."

[Al-Munafiqun (63) Ayat 9]

Penjelasan umum —  Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi

Kesemua Ayat Qur'an di atas menunjukkan Perintah suruhan berzikir Allah Allah di dalam hati sebanyak2nya dan berulang2 tanpa henti.  Mereka yang lalai dari Zikrullah diancam dengan Neraka Wail.

Sama ada ayat2 ini menggunakan perkataan "Allah" secara jelas ataupun menggunakan ungkapan ismu Rabbika  (nama Tuhanmu)  ataupun menggunakan dhomir " Hua" semuanya tertuju kepada "Allah".

Sesungguhnya, tiada sebutan lain yang lebih Agung, lebih Mulia dan yang memiliki sekalian kesempurnaan melainkan  Kalimat "Allah".  Dengan demikian mengulang2 Kalimat Agung " Allah " di dalam hati terus-menerus itulah yang dituntut atas setiap orang beriman.


5.0 Dalil Hadith Perintah Zikir Allah

==============================

Dalil Hadith 1:  Rasulullah     bersabda :

مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ

“Perbandingan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah adalah seperti orang yang hidup dan mati.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Dalil Hadith 2:  Rasulullah     bersabda :

Dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata, “Rasulullah   selalu berzikir  Allah (ingat Allah) pada setiap waktunya.”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]


Dalil Hadith 3: Rasulullah     bersabda :

" Zikir yang tidak terdengar oleh malaikat pencatat amal ( zikir khafi Allah Allah — senyap di dalam hati) mengungguli atas zikir yang dapat didengar oleh mereka ( zikir Jihar ) sebanyak tujuh puluh kali ganda. "

[Imam  Baihaqi ]


Dalil Hadith 4:  Rasulullah     bersabda :

"(Seseorang bertanya kepada Rasulullah  )  Jihad manakah yang terlebih besar di dalam memperoleh pembalasan baik (keredhaan Allah) wahai Rasulullah ?  Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah".   Dia bertanya lagi, "Siapakah di kalangan orang berpuasa yang terlebih hebat?  Baginda menjawab, "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah."   Kemudian dia bertanya berkenaan solat, zakat, haji dan sedekah yang mana bagi setiap pertanyaan tersebut Baginda menjawab,  "Mereka yang paling banyak berzikir mengingat Allah".

[Imam Ahmad]


Dalil Hadith 5:  Rasulullah     bersabda :

لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الأرض الله الله

"Tidak akan tiba Qiamat hingga tidak ada yang mengucapkan di atas bumi (kalimat) Allah, Allah"

[Imam Muslim]


Dalil Hadith 6:  Rasulullah     bersabda :

"Di bumi terdapat orang yg menyebut "Allah Allah", kemudian apabila tiada lagi orang yg menyebut "Allah Allah" maka di saat itulah berlakunya Qiamat.

[Imam Muslim]

 

Dalil Hadith 7:  Rasulullah     bersabda :

"Islam tidak akan hilang sehingga tiada siapa lagi yg menyebut Allah Allah."

[Imam Ibn Abi Dunya]


Dalil Hadith 8:  Rasulullah     bersabda:

"Qiamat tidak akan dirasakan oleh orang yang mengucapkan (kalimat) Allah, Allah".

[Imam Muslim]

Berkata Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:

"Perlu diketahui bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah (zikir Allah Allah) pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab² sahih.

[Syarah Muslim]

Catitan : Bahaya Penghinaan kepada Ulama Pewaris Nabi

Beberapa orang profesor menghina Ulama Mu'tabar sebagai  "bodoh" kerana mentafsirkan Hadith Nabi di atas dengan makna Zikir Allah Allah. Barangkali budak2 profesor ini lebih hebat daripada Imam Nawawi dan sekalian Mujtahid dan Mujaddid?  Barangkali juga budak2 muda ini tak sedar menghina Ulama Pewaris Nabi batalkan Iman...?  Budak2 ini menyangka diri mereka sudah menjadi hebat kerana sudah hafal satu dua Hadith Nabi, lalu sewenang2 berfatwa "ini halal, ini haram, ini bid'ah sesat, ini khurafat"  mengikut nafsu dan syaitan.  Mereka tak sedar mereka sedang menyeru kepada Neraka Jahannam...!

 

 6.0 Dalil Fatwa Ulama Mu'tabar

=========================

Berikut adalah fatwa Ulama Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah. Mereka adalah Mujtahid dan Mujaddid yang terpercaya sepanjang zaman.  Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, yang tiada keraguan apa pun terhadap mereka. Mematuhi fatwa Pewaris Nabi adalah keselamatan dan menentang mereka membawa manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran. Wal Iyazubillah.

(1)  Toriqat Siddiqiyyah — Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu

Daripada riwayat yang sampai kepada Ulama Ahlus Sunnah melalui Silsilah Rasulullah , Toriqat yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu adalah Toriqat Siddiqiyyah, mengambil sempena gelaran beliau " As-siddiq".  Zikir yang diterima dari beliau turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah adalah "Zikir Allah Allah di dalam hati"  (zikir khafi).

Pada zaman kemudian, Toriqat yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakar (dan sekalian sahabat lain) itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.  Nama "Naqsyabandiah" diambil sempena nama "Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi", silsilah Rasulullah yang ke 16.

Sebagaimana ditegaskan oleh sekalian Ulama Mu'tabar,  silsilah Rasulullah ini tidak boleh diengkari kerana khabarnya mutawathir, iaitu sejumlah besar Ulama Pewaris Nabi meriwayatkan hal yang sama sehingga tak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.  Barangsiapa menafikan Toriqat yang sahih dari Rasulullah adalah dia mendustakan Nabi , maka batal Imannya. Wal Iyazubillah.

(2) Imam Besar Ahlu Sunnah, Imam at-Toriqat wal Haqiqat,  Imam Ja'afar As-Siddiq Radhiallahu Anhu

Beliau adalah cucunda Rasulullah yang ke-5 dari jalur  Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu.   Imam Ja'afar Siddiq menduduki posisi Agung sebagai Penyambung Risalah Rasulullah , menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar Ghawth. 

Imam Ja'afar Siddiq digelar Imam Toriqat Wal Haqiqat  kerana  semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima daripada Rasulullah melalui tangan beliau. Salah satu dari Toriqat yang beliau wariskan adalah zikir asasnya "Zikir Allah Allah" di dalam hati, yang sekarang ini dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.

(Penegasan penting :  Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah, dan bukan Syi'ah. Beliau tiada kaitan dengan dakwaan2 batil Syi'ah (rafidhi).   Imam Ja'afar Siddiq telah mewariskan sejumlah besar Toriqat dari Nabi   dan TIDAK ada kaitan apa² pun dengan golongan syi'ah rafidhi sesat.)

(3) Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallhu anhu :

Beliau adalah Imam Ahlus Sunnah,  Qadhi,  Imam Fiqh,  dan Auliya Allah yang ternama,  mengajarkan murid² beliau dengan zikir Allah Allah.

[Rasail Al-Junaid - Risalah2 kecil Imam Junaid]

 (4) Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallhu anhu :

Beliau adalah  Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun 6 Hijriyyah, Imam Fakhruddin Ar Razi menyebut:

"Ketahuilah sekalian manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah".  Apabila mati, aku menyebut "Allah".   Apabila disoal didalam kubur aku menyebut "Allah".  Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah" .  Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku menyebut "Allah".  Sewaktu perhitungan amalan aku menyebut "Allah".  Ketika melintasi titian aku menyebut "Allah".   Apabila masuk ke syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga menyebut "Allah"

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]

 (5) Imam Ghazali Radhiallahu Anhu :

"Seseorang yang ingin berzikir hendaklah duduk pada suatu tempat yang sunyi, menutup segala pancaindera zahir,  mencelikkan mata hati, pendengaran hati, dan dengan itu menjadikan hatinya sebagai wadah untuk menerima alam malakut. Dalam pada itu hendaklah sentiasa menyebut Allah Allah Allah berterusan dengan hati bukan dengan lidah".

[Kimiya As-Sa'adah]

(6) Imam Asy-Sya'rani Radhiallahu Anhu :

"Kami telah menerima bai'at daripada Guru kami supaya berzikir menyebut lafaz "Allah Allah" sebanyak 24,000 kali sehari semalam".

[Uhud As-Sughra]

(7) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu :

Beliau adalah Mufassir, Muhaddith,  Imam besar Mazhab Syafi'e. Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah,  Kata beliau :

"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha Illallah )  perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah"

[Miftah Al Falah]

(8) Imam ummah Mufassir, Muhaddith  Shaikh Thana-Ullah Uthmani :

Ketika mentafsir kan Firman Allah :    "   وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ "

"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh²  renungan (muraqabah)"  [Al-Muzammil (73) : ayat 8].... beliau berkata :

"Ketahui lah ayat ini memerintahkan berulang² menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu zikir  Allah, Allah"

[Tafsir Mazhari]

(9) Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:

"Perlu diketahui bahawa pada riwayat² tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah pada dua riwayat tersebut. Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab² sahih.

[Syarah Imam Nawawi]

(10) Imam Ahmad ibn Muhammad Ibn Atha’illah As-Sakandari Radhiallahu Anhu:

Beliau adalah Pengarang kitab Hikam dan Guru Besar Syaziliyah berkata:

"Hendaklah kamu berzikir ismuz-Zat  Allah Allah Allah atau hu,  hu,  hu di dalam hati tanpa menyebut di lidah."

[Miftah Al Falah]

(11) Berkata Muhaddith Ummah, Shaikh Zakariyya Kandahlawi Radhiallahu Anhu:

"Kaedah zikir ismuz-Zat (Zikir  Allah Allah)  adalah mengingat Allah  dengan matlamat tiada lain di dalamnya melainkan Allah sebagai maqsudnya,  yang ditujui dan dicintai.   Dengan bentuk ini, ianya merupakan subjek yang tersembunyi di dalam nya predikat,  yang mana menepati secara sempurna akan syarat²  nahwu. (tatabahasa Arab)   

Bahkan ianya menepati secara sempurna Kalimat Al-Qur'an :

  قُلِ ٱللَّهُ‌ۖ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ 

"Katalah "Allah"  dan tinggalkan mereka di tempat main2 mereka itu", [Al-An'am (6) : ayat 91] — di dalam Kalimat ini  terdapat subjek yang mengandungi prediket yang tersembunyi di dalamnya.

[Himpunan Surat² Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi]

Dalil Terbesar :  Mursyid² Pewaris Nabi yang siddiq

Sesungguh ini adalah Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran sekalian Toriqat yang sahih yang datang daripada Rasulullah dan amalan Zikir Allah Allah atau Zikir mengingat  Allah  berterusan di dalam hati,   seperti huraian terdahulu.      

Sekalian Mursyid yang siddiq (benar)  yang wujud pada zaman ini yang mewarisi Ilmu dan keruhanian Rasulullah menjadi hujjah yang tiada tolok bandingnya kerana mereka adalah " Hadith Sahih "  yang hidup.  Ertinya diri mereka sendiri (Mursyid yang siddiq yang hidup pada zaman ini)   adalah menjadi bukti kukuh akan Warisan Rasulullah yang dipindahkan dari satu generasi Masyaikh kepada generasi Masyaikh berikutnya dengan penuh rahsia,  tertib, dan adab disiplin tinggi sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya.

Semua Mursyid yang siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah iaitu mereka mewarisinya daripada Guru mereka yang juga Mursyid yang siddiq (benar)  dan mereka juga mengambil warisan tersebut daripada Guru mereka yang Mursyid —

begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan daripada Sayyidina Abu Bakr,  atau Sayyidina Ali, atau Sayyidina Umar atau Sayyidina Uthman, ridhwanullah   — yang mereka mewarisinya daripada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad .

Khabar daripada mereka adalah menempati khabar mutawatir iaitu khabar yang sahih lagi  marfu'    yang tidak mungkin ada kecelaan atau kecacatan, jauh sekali daripada pendustaan. Demikian banyaknya Masyaikh Ahlus Sunnah seluruh dunia, dari berbagai penjuru dunia mewariskan Zikir Allah Allah ini, maka tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.  

Pada saat ini, di seluruh dunia terdapat berbagai Silsilah Nabi , di antaranya yang sangat terkenal adalah;

(1) Toriqat Qodiriyyah — dibangunkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.

(2) Toriqat Naqsyabandiah — dibangunkan oleh Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi Radhiallahu anhu.

(3) Toriqat Ri'faiyyah — dibangunkan oleh Imam Ar-Rifa'ie Radhiallahu anhu.

(4) Toriqat Junaidiyyah — dibangunkan oleh Imam Junaid Radhiallahu anhu.

(5) Toriqat Syaziliyyah — dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy-Syazili Radhiallahu anhu.

(6) Toriqat Syattariyyah — dibangunkan oleh Imam Abdullah Syattari Radhiallahu anhu.

(7) Toriqat Samaniyyah — dibangunkan oleh Imam Abdul Karim Samman Radhiallahu anhu.

(8) Toriqat Ghazaliyyah — dibangunkan oleh Imam Ghazali Radhiallahu Anhu

Kesemua Ulama Pewaris Nabi ini mengamalkan Zikir Allah Allah di samping zikir2 lain seperti  "La-Ilaha Illallah", "Ya Qaahar" , "Ya Latif" , "Ya Hayyu Ya Qayyum" dll. yang mereka mewarisi daripada Junjungan Besar Rasulullah dan seterusnya mewariskannya kepada Mursyid2 berikutnya sampai ke saat ini terus diamalkan oleh Mursyid2 yang hidup pada zaman ini . 

Jika demikian, siapakah  di antara orang2 pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dan lebih memahami Al-Qur'an dan Sunnah daripada Ulama Mujtahidin dan Mujaddid

Siapakah di antara "mufti" atau "profesor" pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dari Al-Imam Sulton Auliya, Imam Junaid, Imam Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Ghazali, Imam Haythami, Imam Haddad dll  sehingga berani engkar kepada Zikir Allah Allah?

 

 7.0 Zikrullah — Kunci mencapai Tauhid Hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat

=======================================================

Zikrulllah  adalah KUNCI UTAMA bagi pencapaian Tauhid hakiki / Iman Sejati / Ma'rifat, iaitu mengenal Allah dengan keyakinan yang jazam  (keyakinan yang putus atau penuh yaqin tanpa sedikitpun keraguan) serta Ubudiyyah (Perhambaan) kepada Allah dengan tulus ikhlas, benar2 bersih dari sebarang kesyirikan (syirik khafi).

Telah sepakat Ulama Ahlus Sunnah, tanpa bersungguh2 amalkan Zikrullah menurut Kaifiyyat dan Syarat2nya dan peraturannya, maka tidak mungkin seseorang sampai kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki / Keimanan sejati / Ma'rifat yang sebenarnya.

Berkata Al Imam Sullton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu,

"Jalan untuk  wusul  (sampai kepada Allah — mencapai Tauhid hakiki / iman sejati / Ma'rifat)  ialah dengan selalu menjaga diri supaya berada di atas jalan yang benar, berpegang teguh kepada hukum Syari'at siang dan malam dan mudawamah  (berkekalan) Zikir  khafi  (zikir dalam hati) maupun Zikir  Jihar (dengan lisan dengan kuatkan suara zikir).    Mudawamah (berkekalan) zikrullah itu hukumnya FARDHU AIN  (wajib)  bagi mereka yang  mencari keredhaan Ilahi.

[ Sirrul Asrar fi ma Yahtaju Ilayhil Abrar,  Fasal 7 : Zikir]

Imam Junaid Al Baghdadi :

Zikrullah adalah rukun utama (pokok dan terpenting) dalam ilmu Tasawuf (Toriqat) ini , bahkan seseorang tidak   akan   sampai   kepada  Allah (Maqam Tauhid yang hakiki, Ma'rifat) kecuali dengan kekalkan berzikir Allah.”

[Rasail Al Junaid]

Ringkasnya seseorang yang tidak menempuh Jalan Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq dan amalkan Zikrullah serta kewajipan lain dengan ikhlas dan sungguh2 menurut kaifiyyat, syarat2 dan adab2nya, maka tidaklah mereka mencapai keimanan sejati / Tauhid hakiki / Ma'rifat. Mereka akan kekal sebagai orang awam yang sentiasa di dalam kesyirikan (syirik khafi) dan kekejian hati.

Setiap orang Salikin yang menempuh jalan kepada Allah akan di didik dengan Sistem Tarbiyyah Rasulullah ini dengan berbagai peringkat / tingkatan Zikrullah.  Semuanya 10 Tingkatan Zikir. 

Menurut Toriqat Naqsyabandiah, Salikin dilatih berzikir dengan Zikir Allah Allah kemudian berserta Zikir La-Ilaha-Illallah.  Menurut Disipilin Toriqat Qodiriyyah  Syaziliah, Syattariah, Sammaniyyah dan lain2nya yang Mu'tabar / sahih menurut Ahlus Sunnah, Salikin dididik dengan Zikir La-Ilaha-Illallah terlebih dahulu sehingga apabila sudah mantap, maka dilatih dengan Zikir Allah Allah.

(7) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu:

Beliau adalah Mufassir, Muhaddith,  Imam besar Mazhab Syafi'e. Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah,  Kata beliau :

"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha Illalla )  perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah". [Miftah Al Falah]

Pokoknya setiap Toriqat yang sahih dari Rasulullah mendidik Salikin dengan Zikir Allah Allah tanpa kecuali. Murid2 yang sangat tebal hijab hatinya, maka lebih utama dilatih dengan Zikir La-Ilaha-Illallah terlebih dahulu, kemudian masuk amalkan Zikir Allah Allah. Sedangkan bagi mereka sudah melazimi melakukan Zikrullah dengan lafaz La-Ilaha-Illallah dan sangat teguh pegangannya pada Syari'at, maka baginya lebih utama Zikir Allah Allah. Seperti halnya Imam Ghazali Radhiallahu anhu. Beliau bai'at dengan Mursyid beliau dan melakukan Zikir Allah Allah terus. Toriqat yang diamalkan oleh Imam Ghazali adalah Toriqat yang diwarisi daripada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu yang berzikir Allah Allah di dalam hati. Pada hari ini Toriqat ini dinamai Toriqat Naqsyabandiah.

Salikin (murid pada jalan Ma'rifat)  akan dipimpin sedikit demi sedikit, satu peringkat demi satu peringkat, satu jenis zikir kepada zikir yang lain sehingga hati dan ruh mereka menjadi suci bersih. Setiap salikin akan diajarkan Zikir sesuai dengan peningkatan Maqam Keimanannya dari Kurnia Allah dan Petunjuk-Nya.

Firman Allah Ta'ala :

وَٱذۡڪُرُوهُ كَمَا هَدَٮٰڪُمۡ

"Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepada mu."

[Al-Baqarah (2) : ayat 198]

Berkata AL Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani   Radhiallahu Anhu.

"Allah Ta'ala memberi Petunjuk kepada orang2 yang berzikir dengan Firman-Nya  [Al-Baqarah (2) : ayat 198]  yang tersebut  seperti di atas, yakni memberi petunjuk pada martabat zikirmu,  Rasulullah bersabda :  " Kalimat yang terunggul yang aku ucapkan dan oleh Nabi sebelumku adalah "La Ilaha Illa Allah".  Setiap maqam memiliki martabat masing2 — jahr (suara / lafaz)      maupun khafi  (senyap dalam hati saja).   Orang yang zikirnya zikir lisan (zikir Jihar )   bererti dia diberi petunjuk hanya sampai kepada zikir lisan.     Orang yang berzikir dengan zikir khafi  (dalam hati), bererti dia di beri petunjuk-Nya sampai kepada zikir hati.  Dan orang yang zikirnya sampai kepad Zikir Ruh, bererti dia diberi Petunjuk sampai kepada Zikir Ruh.  Selanjutnya kepada  zikir khafi  dan akhfal-khafi  (yang amat tersembunyi),  kemudian kembali lagi kepada Zikir lisan,  sebab lisan berfungsi sebagai pemberi ingatan pada hati terhadap zikir yang di lupakannya.

[Tamat petikan Kitab Sirrul Asrar]

Penjelasan tambahan:

Imam Jilani Radhiallahu anhu menjelaskan kepada kita  (sebagai tafsiran bagi Firman Allah di atas), bahawa setiap orang Islam akan menerima Petunjuk Allah untuk amalkan Zikrullah sesuai dengan Keimanannya. Dan mereka wajib amalkan Zikrullah menurut Petunjuk tersebut.

Orang Islam awam hanya mampu zikir Jihar (lisan), iaitu Zikir menyebut Kalimah La-Ilaha Illallah atau ismus-Sifat — nama2 Allah yang lain maka wajib baginya melakukan Zikrullah dengan kalimah2 tersebut.  Ertinya seseorang yang hanya amalkan Syari'at dan belum masuk amalkan Toriqat Rasul dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq,  hanya mampu amalkan Zikir Jihar (kuat suara) meski pun dia sudah bergelar "orang alim" atau "Ulama" sekalipun.

Salikin, iaitu orang yang menempuh Jalan Ma'rifat dengan Pimpinan Mursyid yang siddiq,  mampu melakukan berbagai tingkatan Zikrullah menurut kelayakannya, maka wajib baginya melakukan Zikrullah sesuai dengan Kurnia Allah pada dia.

Orang Arifin mempunyai Tingkatan Zikrullah yang paling tinggi sehingga kepada Zikir Sirr (yang amat tersembunyi),  maka Ahli Ma'rifat melakukan Zikrullah sesuai dengan Maqam nya yang tinggi.

Ertinya tingkatan zikir setiap orang berbeza2 mengikut perjalanan keruhanian yang dia telah tempoh,  mengikut  Kurnia Ilahi.  Salikin pada permulaan mendirikan Zikrullah  dengan lisan / lidah /  kuat suara.  Salikin yang sudah hidup hatinya dengan Zikrullah, akan menerima Petunjuk Allah untuk melakukan Zikir Allah Allah di dalam hati, maka Mursyid akan membimbingnya dengan Zikir tersebut.  Salikin yang sudah mencapai Tauhid peringkat yang tinggi akan dilatih dengan Zikir yang lebih tinggi sesuai dengan Kurnia Allah kepada-Nya. Sekalian rahsia2 Petunjuk ini hanya diketahui oleh Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.

Dengan penjelasan ringkas ini, fahamilah bahawa sesungguhnya mereka yang menentang "Zikir Allah Allah" adalah pada hakikatnya mereka menentang Allah.  Jika demikian adakah penentang ini orang2 beriman?  Renung dan Muhasabah diri...!

Punca Kekeliruan, Penyimpangan dan Kesesatan

Persoalan: Apakah punca utama terbitnya "fatwa2" menentang Zikir Allah Allah?  Sedangkan Zikir Allah Allah thabit dengan Al-Qur'an, Sunnah dan fatwa Ulama Mu'tabar?  Orang yang keluarkan "fatwa" sesat  ini pula adalah orang bergelar "mufti" dan "profesor,  apa puncanya mereka bertindak demikian?

Puncanya amat banyak, namun ia dapat dikelompokkan menjadi 4 sebab utama :

 Sebab Pertama : Tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen)

Pegangan Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah telah pun kami bentangkan. Berdasarkan Kitabullah, Sunnah Rasul dan fatwa Ulama Mu'tabar, tidak syak lagi Zikir Allah Allah  memiliki keutamaan yang terunggul disebabkan lafaznya yang Maha Agung, Lafzul Jalalah, dan Kalimat Yang Maha Sempurna Yang Tiada Tandingannya. Kalimat Yang Meliputi sekalian alam, Kalimat yang menerbitkan Cahaya Tauhid di dalam hati Mu'min dan Kalimat Rahsia Hadratul Quddus bagi Ahli Ma'rifat.

Demikian banyaknya Ulama Pewaris Nabi yang siddiq .... dan termasuk di dalamnya Pewaris Nabi yang bertaraf Mujaddid dan Mujtahid mengakui Keagungan Zikir Allah, bahkan mereka sendiri merupakan pewaris kepada Zikir ini, sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun menafikannya apa lagi menentangnya.

Dengan demikian orang2 yang mempersenda dan menentang  Zikir Allah Allah ini tidak mungkin mereka itu Ahlus Sunnah, sebaliknya mereka adalah golongan sesat yang terkeluar dari Ahlus Sunnah, meskipun mereka mendakwa diri mereka Ahlus Sunnah dan cuba menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah.

Pada suatu masa dahulu (sekitar tahun 1960an) mereka hanya merujuk kitab2 Wahhabiyyah iaitu fatwa2 yang dikeluarkan oleh "mufti2" Wahhabiyyah Arab Saudi. Namun akhir2 ini mereka cuba merujuk Kitab Ahlus Sunnah dan menukil kata2 Imam Ahlus Sunnah sedangkan semua nukilan tersebut adalah PALSU dan BATIL kerana mereka merujuk kitab yang sudah dipalsukan oleh tangan2 Wahhabiyah.  Mereka membuang kandungan asal Kitab Imam Ahlus Sunnah dan tokok tambah mengikut selera nafsu Wahhabiyyah, maka terbitlah Kitab yang zahirnya kelihatan seperti Kitab Ahlus Sunnah tetapi hakikatnya versi Wahhabiyyah.

Maka jelas di sini punca penyelewengan dan penentangan kepada amalan "Zikir Allah Allah" adalah kerana tidak berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar (tulen) dan terikut2 dakyah musuh2 Ahlus Sunnah.

Sebab kedua :  Mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith dengan aqal, nafsu dan bisikan Iblis

Golongan yang engkar kepada amalan Zikir Allah Allah, tidak layak mengeluarkan fatwa, Mereka BUKAN Mujtahid.  Tetapi oleh kerana mereka mempunyai gelaran "mufti" atau profesor atau Drs atau Masters atau lain2....mereka sewenang2 mengeluarkan "fatwa"..."ini halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat",  "ini khurafat".   Beginilah perangai mereka sejak dahulu lagi, sedangkan Allah dan Rasul-Nya mengancam golongan seperti ini dengan Neraka Jahannam.

Allah Ta’ala berfirman:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلاَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.  

[Al-Isra’ : (17)  ayat 36]

Allah Ta’ala berfirman:

وَلاَ تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِّتَفْتَرُوا عَلَى اللهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta “ini halal dan ini haram”, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.

[An-Nahl (16):  Ayat  116]

Rasulullah bersabda :

"Barang siapa berkata-kata tentang al-Qur'an (tafsir dan ta'wilkan Al-Qur'an) tanpa ilmu, maka hendaklah ia menempati tempat duduknya dari neraka"

[Imam Tirmidzi]

Rasulullah   bersabda:

 “Barangsiapa menguraikan Al Qur’an dengan akal fikirannya sendiri dan merasa benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan”.

[Imam Ahmad]

Rasulullah   bersabda:

"Takutlah kalian berbicara tentang sesuatu yang berasal dariku melainkan pada apa yang telah kalian ketahui. Siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyimpan tempat duduknya di dalam neraka, Dan barang siapa yang menafsirkan al-Qur'an dengan akal pikirannya, maka hendaklah ia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka"

[Imam Ahmad, Tirmizi, Nasai]

Rasulullah   bersabda:

 “Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia menyediakan tempatnya di dalam neraka”.

[Imam Bukhari, Muslim]

Rasulullah   bersabda:

 "Di dalam agama itu tidak ada pemahaman berdasarkan akal fikiran, sesungguhnya agama itu dari Tuhan, perintah-Nya dan larangan-Nya.”

[Imam Thabarani]

Maka inilah puncanya — mereka menolak tafsiran dan fatwa Ulama Mu'tabar dan memandai2 mentafsirkan Ayat Qur'an dan hadith berdasarkan pendapat aqal dan nafsu mereka.

Kadangkala mereka mendakwa mereka juga merujuk "Ulama", namun  "Ulama" yang mereka jadikan sebagai rujukan BUKAN Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar sebaliknya "ulama khawarij" /  "Ulama Wahhabiyyah" yang sudah pasti tiada kelayakan melakukan Ijtihad....!

Sebab ketiga : Tidak mempelajari dan amalkan Toriqat / Tasawwuf

Sesungguhnya Agama Tauhid yang datang dari Allah Ta'ala terdiri dari dua bahagian : Zahir dan batin, jasmani dan ruhani, fiqh dan Tasawwuf, Syari'at dan Toriqat Rasul .  Kedua2 bahagian ini merupakan kewajipan atas setiap Muslim. 

Berkata Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu

"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita. 

Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at.    

Kedua  Ilmu batin, di sebut Ma'rifat /  Toriqat

Syari'at untuk jasad  kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat)  adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat. Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah.  Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19 dan 29".

Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah.  Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah) dan ilmu batin (Toriqat Rasulullah). Dengan ini dapat menyempurnakan  tuntutan Ma'rifat dan Ubudiyyah  sebagaimana Firman Allah    "وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".  (Tidak Aku ciptakan jinn dan manusia melainkan ubudiyyah kepada-KU)

[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]

Syari'at membicarakan Ilmu dan amal berhubung dengan amalan zahir seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, muamalah dll.  Toriqat membicarakan ilmu dan amal ibadah berkaitan dengan hal ehwal hati, ilmu Zikrullah, penyakit2 hati yang membawa kepada syirik khafi dan mazmumah dan cara2 menyucikannya.  Maka amalkan kedua2 bahagian ilmu ini sekaligus adalah fardhu ain atas setiap mukallaf.

Apabila seseorang hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan meninggalkan Toriqat (Tasawwuf), maka akan berlaku kepincangan didalam ibadahnya. Mereka takkan mampu memahami kewajipan sucikan hati dari syirik (syirk khafi)  dan mazmumah (kekejian hati) .   kewajipan Zikrullah, hakikat Zikrullah, khusyu dalam Ibadah, hakikat ikhlas, hakikat Iman dan Ubudiyyah. 

Imam Malik Radhiallahu Anhu berkata :

مَنْ تفقَّهَ ولم يتصوف فقد تفسق، ومَنْ تصوَّف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن جمعَ بينهما فقد تحقَّق

“Sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh tanpa mengamalkan Tasawwuf, maka dia telah menjadi fasiq. Dan sesiapa yang mengamalkan Tasawwuf tanpa mempelajari ilmu fiqh, maka dia telah menjadi zindiq. Dan sesiapa yang menggabungkan antara kedua-duanya, maka dia telah mencapai kebenaran. ”

[Nukilan di dalam kitab : Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali , Qawaid Tasawwuf - Imam Zarruq,

Risalah Ma'rifat - Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi Tanwirul Qulub - Imam Amin Kurdi Sirus Salikin - Shaikh Abdus Somad Al Falimbani]

Inilah punca kebanyakan orang Islam menemui kesesatan. Mereka mengambil sebahagian Agama (yang zahir sahaja) dan menolak sebahagian lagi (yang batin / hati). Mereka tidak sedar penolakan dan penentangan mereka pada hakikatnya menentang Allah dan Rasul-Nya.

Sebab ke-empat :Tidak Berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq

Yang keempat ini adalah sebenar2 punca yang membawa kepada kepincangan dan kebinasaan orang Islam. Iaitu mereka tidak mempunyai seorang Pemimpin Rabbaniyyah yang menunjukki mereka jalan kebenaran dan menjauhkan mereka dari jalan2 kebatilan dan kesesatan.  Akibatnya sebahagian orang Islam terjatuh kepada fahaman2 batil dan sesat. Wal Iyazubillah.

Yang dikatakan Pemimpin Rabbaniyyah adalah insan2 sejati pilihan Allah, yang telah disucikan ruh mereka, dan dikuatkan dengan beberapa keistimewaan khusus dari Allah sehingga mereka layak memimpin mereka kepada Ketuhanan dengan selamat.

Firman Allah :

 ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).

[Faathir (35) : Ayat 32]

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang dimaksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba2 Kami” adalah ditujukan kepada   Mursyid Pewaris Nabi yang benar2 kenal Allah dan mencapai martabat Tauhid yang hakiki pada Maqam Tauhid Maqam Mukasyafah Zat.

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  (Mursyid / Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di- pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga  kasyaf  Ilahiyyah).     Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 [Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه:

Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu.  Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan2 ini.  Formula strategi tersebut telah di- terangkan dan telah dibuktikan oleh Mashaa'ikh (guru-guru Mursyid). Kamu perlu mendengar baik2  arahan mereka dan mematuhinya. Mereka akan pimpin kamu pada jalan Allah kerana mereka telah pun melalui jalan tersebut.   Mintalah pada mereka nasihat2 berkenaan nafsu2 (yang rendah dan jahat),     dan kelemahan2 lainnya,  kerana mereka juga pernah mengalami kesulitannya dan menghadapi kesan akibat darinya.  Mereka sangat sedar dan mengetahui bahaya dan ancaman dari nafsu2 kejahatan.   Mereka telah menempuh jalan yang panjang memerangi (nafsu2 tersebut) dengan demikian mereka boleh menghalang, mengawal dan mengalahkan semua kejahatan itu.

[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar -Rahmaniy]

Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه:

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan mukashafah, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik2 kesalahan dan jalan yang sesat.”

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]

Berkata Imam Ghazali :

“Murid memerlukan seorang Mursyid atau guru keruhanian yang dapat diikutinya, agar dia menunjukkannya ke jalan yang lurus. (jalan benar yang diredhai Allah).      Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil, benar atau salah) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja)  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid) yang membimbingnya,maka pasti syaitan akan mengiringnya (memimpin dan memujuknya) menuju jalannya.

[Ihya Ulumuddid Bab Ilmu]

Berkata Imam Al-Ghazali   رضي الله عنه:

“Diantara hal yang wajib bagi seorang salik yang menempuh jalan kebenaran adalah dia wajib mempunyai seorang Mursyid dan pendidik spiritual yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya serta melenyapkan akhlak2 yang tercela dan menggantinya dengan akhlak2 yang terpuji.”

[Ihya Ulumuddin]

Bukti2 penyelewengan dan kesesatan manusia Muslim akibat tidak berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq amat banyak.  Di antaranya yang menjadi pengajaran yang paling berkesan kepada seluruh Ummat adalah :  72 golongan yang telah jatuh kepada kesesatan adalah mereka yang tidak mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai Pemimpin mereka kepada Ketuhanan.

Ulama fiqh yang paling hebat sekalipun wajib merendahkan diri kepada Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq bagi memperoleh keselamatan Agamanya kerana mereka tak kenal bisikan2 Iblis yang sangat halus yang penuh tipu daya. Mereka tak dapat bezakan seruan haq dengan seruan batil dari iblis dan kuncu2nya. Mereka tak dapat bezakan cahaya Ketuhanan dengan pancaran kegelapan Iblis kerana keduanya kelihatan hampir serupa.  Mereka tidak mempunyai hubungan keruhanian dengan Allah Ta'ala kerana hati mereka terhijab dengan hijab kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian) yang amat tebal. Mereka tidak mendapat pimpinan Junjungan Rasulullah kerana mereka tidak kenal ruhaniyah Rasulullah

Akibat dari semua ini, mereka sentiasa terdedah kepada bisikan nafsu kejahatan dan bisikan halus Iblis, maka sekalian fatwa mereka terdedah kepada kebatilan dan kesesatan.

 

 8.0 Kemusykilan dan Jawapan

========================


Persoalan 1:

Mengapakah perlu rujuk kitab Ulama Mu'tabar untuk amalkan Zikrullah?  Bukankah mudah saja amalkan ikut Qur'an dan Hadith sahaja?

JAWAPAN

Ungkapan2 berikut ini sudah lama tersebar di kalangan Ummat Islam, iaitu sejak bangkitnya doktrin wahhabiyyah / najdiyyah / kaum muda di Arab Saudi pada kurun ke 12 Hijriyyah.

"kami rujuk Al-Qur'an dan Hadith saja, kami tak rujuk kitab Ulama"

"Ikut Qur'an dan Hadith saja selamat kerana Ulama banyak silap"

"Ikut terus Rasulullah dan sahabat saja, jangan ikut Ulama"

Semua jenis ungkapan ini hanya menunjukkan kejahilan mereka di dalam memahami Agama. Mereka tertipu dengan khayalan mereka sendiri kerana yang sebenarnya mereka semua mengikut Ulama ; sejak lahir sampai mati.

Semua orang Islam memerlukan Ulama untuk menunjukki mereka jalan lurus / jalan kebenaran.  Semua orang Islam memerlukan Ulama untuk mengetahui hukum hakam Agama, tahu berkenaan halal haram, tahu berkenaan Ketuhanan dan rukun Iman dan cabang2nya, tahu cara2 mengerjakan Ibadah, muamalah dll urusan kehidupan.   Tanpa Ulama, tak mungkin mereka amalkan Islam, bahkan mereka akan tinggal di dalam kefasikan atau kekafiran.  Wal Iyazubillah.

Belum faham? Baca seterusnya....

Pertama:

Bagaimanakah kamu mengerjakan solat?  Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?

Bagaimanakah kamu berpuasa, zakat dan haji?  Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?

Bagaimanakah cara kamu nikah kahwin, jima' dengan isteri menurut ketentuan Hukum?  Bukankah kamu merujuk kitab Ulama?

Kedua :

Setiap amal ibadah di dalam Islam mempunyai Hukum, Syarat, Peraturan, kaifiyyat (cara) dan adab2 yang tersendiri...  BUKAN diamalkan sesuka hati atau mengikut nafsu.  Misalnya solat mempunyai Syarat, Rukun, dan adab2nya yang tersendiri.  Demikian juga Puasa, Zakat, Haji, Nikah kahwin, jual beli dll semuanya ada peraturan, syarat dan adab2nya masing2.  

Dari mana datangnya semua macam hukum-hakam, peraturan, syarat dan adab2 ini? 

Siapakah yang menyusun semua perkara ini?  

Misalnya siapakah yang menyusun rukun 13 di dalam solat dan rukun mengambil wudhu?

Siapakah yang menyusun  syarat Haji, wajib Haji?

Siapakah yang menyusun peraturan dan syarat2  zakat? 

Siapakah pula yang menyusun hukum tajwid, cara2 menyebut huruf satu persatu sehingga kamu dapat membaca Al-Qur'an dengan tepat menurut kehendak Allah ? 

Bukankah semua ini diterangkan oleh Ulama Mu'tabar di dalam Kitab2 mereka?  Tidakkah kamu merujuk Kitab Ulama bagi mengetahui syarat, peraturan, cara2 dan adab2 ketika amalkan suatu ibadah atau muamalah ?

Ketiga:

Setiap suatu pekerjaan dalam kehidupan ini mempunyai pakarnya.  Manusia mempelajari suatu daripada pakarnya.

Hamba2 Allah yang pakar dan Arif di dalam hal Ehwal Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq.  Mereka mewarisi Nabi zahir dan batin.  Di kalangan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, terdapat Mursyid2 yang diKurniakan Ilmu yang tinggi sehingga layak menjadi Mujtahid, iaitu mereka yang layak istimbat hukum dari Al-Qur'an dan Hadith. Merekalah yang mahir mengetahui syarat, peraturan dan adab2nya serta rahsia2 halus yang berhubung dengan Ketuhanan. Mereka mengambil dalil2 Al-Qur'an dan Sunnah lalu menyusun sekalian peraturan, syarat, rukun dan adab2 bagi setiap Ibadah didalam Agama bagi memudahkan orang Islam mengamalkannya dengan sempurna zahir dan batin menurut Kehendak Allah Ta'ala. 

Maksud di sini tanpa merujuk kepada Ulama Mujtahid, iaitu merujuk kitab2 mereka, siapa pun takkan mampu melakukan apa jua ibadah. Bahkan mereka akan hidup di dalam kekafiran  kerana tidak mengetahui rukun Iman, Syarat2 Iman dan penjelasan2 berkenaan Tauhid.


Persoalan 2:

Kitab Ulama yang mana menjelaskan Bab Zikrullah?

JAWAPAN

Sekalian Fatwa Ulama Mu'tabar berkenaan hokum-hakam Agama dan fatwa2 mereka terhimpun di dalam kitab2 mereka mengikut disiplin ilmu masing2 yang tersendiri.  

Misalnya Ilmu berkenaan solat, puasa, zakat, haji, muamalah, nikah kahwin, da'wah, hudud, ta'zir, qisas, pemerintahan Negara dll dihimpunkan ke dalam kitab Fiqh. 

Ilmu berkenaan Ketuhanan dan KeRasulan dan keseluruhan rukun Iman dihimpunkan ke dalam Ilmu Usuluddin. 

Ilmu berkenaan hati, penyakit hati, syirik khafi, mazmumah, nafsu2 jahat dan cara2 sucikan hati semuanya dihimpunkan kedalam Kitab Tasawwuf. 

Apabila seseorang ingin mengetahui sesuatu hukum dan cara2 melaksanakannya maka wajib baginya merujuk kitab2 Ulama menurut bidangnya masing2.  

Di dalam hal yang dibincangkan sekarang "Zikrullah" dijelaskan oleh Ulama Mujtahid didalam Kitab Tasawwuf.  Ilmu Zikrullah ini tidak dihuraikan di dalam kitab Fiqh atau kitab usuluddin atau kitab Hadith atau kitab2 lainnya. 

Ulama Mujtahid telah melakukan ijtihad menghimpunkan sekalian hal ehwal berhubung dengan Zikrullah, peraturannya, syarat2nya dan cara2 melaksanakan "Zikrullah", di dalam kitab Tasawwuf / Toriqat.  Dengan demikian mereka yang ingin mengetahui dasar2 Zikrullah dan huraiannya wajib merujuk Kitab Tasawwuf / Toriqat.  Bukan merujuk kitab yang tiada mengena dengan Zikrullah lalu membuat andaian dan "fatwa" sendiri.  Ini kebinasaan.


Persoalan 3:

Mengapakah dilarang tafsir sendiri Al-Qur'an dan Hadith dan mengapakah diperintah mengikut Tafsir / Ta'wil Ulama Mu'tabar dan fatwa2 mereka sahaja?

JAWAPAN

Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah adalah dua gedung Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.  Sebahagian besar Perintah Allah dan Rasul-Nya memerlukan tafsiran atau takwilan, tak mungkin difahami oleh orang awam. Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith  hanya difahami oleh Ulama Mujtahid.  Dengan demikian orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith Nabi.

Mereka yang dikatakan Ulama Mujtahid adalah Ulama Mu'tabar yang sudah sampai keilmuan yang amat tinggi sehingga layak mentafsirkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi.  Mereka mahir di dalam setiap ilmu Syari'at — hafal Qur'an, hafal 300,000 Hadith, mahir di dalam ilmu tafsir, mahir di dalam mustolah Hadith, mahir di dalam ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi', sirah dll. Mereka juga sudah mencapai keilmuan tinggi pada sisi Ma'rifat — mengenal Allah dengan sesungguhnya serta di dalam pimpinan ruhaniyah Rasulullah .  Mereka hanya mentafsir Al-Qur'an dan Hadith menurut Kehendak Allah, BUKAN menurut kehendak peribadi, BUKAN kerana turutkan nafsu, BUKAN bisikan Iblis, BUKAN menurut kemahuan pemerintah atau lainnya.

Hal demikian berbeza sama sekali dengan "ulama dunia"  atau "ulama as-su' atau  "ulama fasiq " dari  "ulama sesat " dari kalangan Wahhabiyyah (khawarij), mujassimah, mu'tazilah, jabariyyah dll....yang mentafsirkan Al-Qur'an dengan aqal pemikiran sendiri atau bisikan nafsu atau Syaitan sedang mereka tidak menyedarinya. 

 

 10.0 Rumusan:

============

Pertama:

Amalan Zikrullah atau "Zikir Allah", atau "Zikir Allah Allah" adalah berdasarkan Kitabullah dan Hadith Rasulullah sebagaimana diterangkan oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya sehingga tiada ruang bagi siapa pun menafikannya atau mengengkarinya. Mereka yang pernah menyindir, menghina, mempersenda dsb, WAJIB TAUBAT dengan TAUBAT NASUHA...!

Kedua :

Zikir Allah adalah Ibadah teragung yang diwajibkan oleh Allah ke atas setiap orang beriman. Cara2 melaksanakan Ibadah Zikrullah menurut peraturan, Syarat, kaifiyyat dan adab2nya dihimpunkan di dalam Kitab Tasawwuf / Toriqat oleh Ulama Mujtahid.  Barangsiapa ingin mengetahui dasar2nya, jenis2 Zikir, tingkatan Zikir dll maka wajib merujuk kitab Tasawwuf / Toriqat dengan bimbingan Mursyid yang siddiq.

Ketiga :

Menurut keterangan Hadith yang disyarahkan oleh Ulama Mu'tabar, di antara tanda2 orang beriman, berhubung dengan Zikrullah adalah mereka berzikir dengan zikir yang banyak. Ada pun orang islam yang mengaku Islam tetapi sedikit zikirnya atau malas berzikir adalah tanda2 wujud kemunafikan di dalam hati.

Keempat :

Dalil dan hujjah2 berkenaan "Zikir Allah Allah" di dalam Kitabullah, Hadith dan Fatwa Ulama Mu'tabar sudah lebih dari cukup bagi menolak dakyah orang2 yang mengengkarinya.

Kelima:

Al-Qur'an dan Hadith Rasulullah adalah dua gedung Ilmu yang amat besar, lautan yang tidak bertepi, khazanah keilmuan yang tidak akan kering ilmunya sampai Qiamat. Setiap ayat Qur'an dan Hadith mempunyai makna2 yang zahir dan juga yang tersembunyi.  Tafsiran bagi setiap ayat Qur'an atau Hadith  hanya difahami oleh Ulama Pewaris Nabi bertaraf  Mujtahid.  Dengan demikian orang yang belum sampai kepada taraf Mujtahid, diharamkan mentafsir Al-Qur'an atau Hadith Nabi.  Orang yang berani berkata "ini halal", "ini haram", "ini bid'ah sesat",  "ini khurafat",  "ini kafir" dsb berdasarkan pendapatnya sendiri adalah orang2 yang diancam dengan Neraka Jahannam. Bahkan segala tuduhan batilnya akan terbalik dan terkena kepada dirinya sedang dia tak sedar. Wal Iyazubillah

Keenam :

Setiap orang beriman diwajibkan mengikut Al-Qur'an, Hadith dan fatwa Ulama Mu'tabar di dalam menjalankan Agama.  Oleh kerana kebanyakan orang Islam tidak mempunyai kemampuan memahami rahsia2 Zikrullah, cara2nya, syarat dan kaifiyyatnya, maka wajib bagi mereka mengikut sahaja fatwa Ulama Mu'tabar.

 Ketujuh:

Orang2 Islam awam (termasuk cerdik pandai Agama) yang mendakwa mereka ikut Qur'an dan Hadith sahaja, serta menolak Ulama Mu'tabar adalah golongan yang tertipu dengan bisikan Syaitan. Hakikatnya mereka tak mampu membersihkan punggung mereka sendiri pun tanpa merujuk cara2nya di dalam Kitab Ulama Mu'tabar.

 

لْحَمْدُلِلّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَنَا بِنِعْمَةِ اْلإِيْمَانِ وَالْمَعْرِفَة

وَالْاِسْتِقاَمَةَ عَلَى الشَّرِيْعَةِ وَالطَّرِيْقَةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اَللّه عَلَيهِ وَسَلَّم

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أَغْلَقَ الْخَاتِمِ   لِمَا سَبَقَ  اَلنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمَسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ  حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمٌَ

 

- Selesai -

___________________________

Tausiah:       

           Shaikh Sayyid Abu Tohir

     Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah

                   Al-Kholidiyah

          MAJLIS TAZKIRAH JILANI

           🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻🌻🌻🌸🌸🌻   

 

 

 

 

 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...