■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
SIRI 101 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke-14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Sebab-sebab yang menggerakkan kepada umpatan:
Menurut Imam Ghazali terdapat 8 sebab yang menggerakkan seseorang kepada umpatan.
(1) Untuk hilangkan kemarahan:
Apabila dia sangat marah kepada seseorang, dia ingin melepaskannya dengan berbagai cara, antaranya dengan mengumpatnya. Dan dia rasa puas hati setelah melepaskan kata2 buruk terhadapnya. Kadangkala dia tertahan tak dapat meluahkannya kepada seseorang, maka jadilah perasaan marah terpendam dalam hatinya sehingga menjadi hasad yang sangat keras.
(2) Untuk bersesuaian dengan kehendak teman2nya.
Apabila teman2nya gemar mengumpat, maka dia ikut serta dalam umpatan tersebut agar tidak kelihatan terasing dari kawan2nya. Pada sangkaannya perbuatan itu baik kerana memelihara hubungan persaudaraan, sedangkan perbuatan tersebut adalah subahat kepada kejahatan.
(3) Menolak seseorang yang ingin memfitnahnya
Apabila dia tahu bahawa seseorang akan memfitnahnya, seperti menceritakan keburukan2nya kepada orang lain, maka dia terlebih dahulu segera mengumpat lawannya itu dengan menyebut keburukan2nya agar dirinya kelihatan benar dan lawannya kelihatan jahat pada pandangan orang.
(4) Melepaskan diri dari kesalahan:
Seseorang yang telah melakukan kesalahan (dan mula diketahui umum akan kejahatannya), segera melepaskan diri dari kejahatan tersebut dengan mengaitkannya dengan orang lain. Misalnya dia berkata dia cuma laksanakan arahan orang. Atau dia berkata dia hanya bekerjasama untuk membantu orang tersebut.
(5) Membanggakan diri atas orang lain
Orang ini mengangkat diri dan merendahkan orang lain agar dirinya kelihatan baik dan hebat pada pandangan manusia sementara orang lain kelihatan bodoh dan hina.
(6) Kerana dengki
Apabila sifat dengki menguasai diri (misalnya dengki terhadap seseorang yang dimuliakan oleh masyarakat), maka dia sebarkan berbagai cerita dusta dan mengumpat orang yang didengkinya itu agar namanya menjadi busuk di kalangan masyarakat.
(7) Bermain2 dan senda gurau
Menyebut kekurangan2 orang lain sebagai gurauan dan lawak jenaka.
(8) Untuk hinakan seseorang
Mencipta cerita dusta dan sebarkan di belakangnya untuk menghinakan seseorang yang dibencinya.
Siri 102 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke-14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Pengecualian — Keharusan mengumpat:
Kita telah jelas akan larangan mengumpat, akibat2nya dan kesan2nya pada orang yang gemar melakukan umpatan terhadap Muslim yang lain. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang mengharuskan seseorang mengumpat. Perlu ditegaskan terlebih dahulu bahawa "keharusan" mengumpat ini semata2 kerana mendirikan keadilan dan syi'ar Agama, BUKAN kerana kepentingan peribadi atau kehendak nafsu atau kepentingan sesuatu kelompok manusia. Tidak.!
Menurut Imam Ghazali terdapat 6 perkara / tempat diharuskan mengumpat.
Pertama : Orang yang dizalimi membuat aduan:
Seseorang yang dizalimi harus membuat aduan kepada Hakim, agar dia mendapat pembelaan. Di dalam hal ini pengadu yang menyebutkan kejahatan orang yang menzaliminya harus melakukan umpatan terhadapnya.
Keadaan lain : Jika seseorang dizalimi oleh pihak hakim; misalnya hakim makan rasuah atau berikan keputusan yang tidak adil atau khianat, maka orang yang dizalimi harus mengadu hal tersebut kepada Sultan / Pemerintah. Ini umpatan yang harus dan Pemerintah wajib bertindak meluruskan hakim berkenaan.
Keadaan lain : jika Sultan / Pemerintah sendiri korup, makan rasuah dan zalim, maka menurut hukum Islam, rakyat yang dizalimi oleh Pemerintah boleh mengadu kepada Hakim yang adil. Ini kerana perundangan dan kehakiman di dalam Islam adalah institusi yang bebas, tidak terikat kepada Pemerintah. Badan Kehakiman WAJIB mendirikan Hukum Allah menurut Kitabullah, Sunnah Rasul dan Ijma Qias Ulama Mu'tabar. Ini bermakna Khalifah yang memerintah Negara juga boleh didakwa dan dijatuhkan hukuman apabila telah thabit kesalahannya menurut Islam.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Sesungguhnya yang mempunyai hak itu mempunyai perkataan. (berhak berbicara, membuat aduan)
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Kedua: Memohon bantuan untuk mencegah ma'siat / kemungkaran:
Adalah harus menyebut kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang atau suatu kumpulan, kepada orang lain dengan tujuan mencegah kemungkaran tersebut. Misalnya kamu melihat sekumpulan manusia sedang minum arak, maka harus menyebut kemungkaran tersebut di hadapan orang, dengan tujuan memperoleh bantuan untuk cegah kemungkaran tersebut.
Ketiga: Meminta fatwa dari Ulama :
Harus menyebut hal ehwal seseorang dengan tujuan memperoleh fatwa dari Ulama yang siddiq (benar). Misalnya kamu melihat suatu perbuatan orang yang kamu tak pasti hukumnya, maka boleh menyebut kesalahan tersebut kepada Ulama untuk mendapat jawapannya.
✨🕌✨ Hadith Rasulullah ﷺ :
Dari Hindun binti Utbah, bahawa Hindun berkata kepada Rasulullah ﷺ "Abu Sufyan itu lelaki yang kikir, dia tidak berikanku kepadaku, apa yang mencukupi bagiku dan anakku. Apakah aku ambil tanpa pengetahuannya?" Maka jawab Baginda : "Ambillah apa yang mencukupkan bagi engkau dan anak engkau dengan baik."
[Bukhari dan Muslim]
Siri 103 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke-14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Keempat : Selamatkan Aqidah dan ibadah Ummat islam:
Jika kamu mengetahui bahawa ada seseorang atau kumpulan manusia membawa fahaman2 bid'ah sesat (fahaman yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah) seperti fahaman Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (khawarij), Mujassimah, ajaran Qadyani dll. maka harus menyebut nama si fulan yang menyebarkan fahaman2 sesat supaya Ummat Islam tidak terpedaya dengan ideologi tersebut,
Hal yang lain : Jika seseorang bapa kepada gadis yang akan melangsungkan perkahwinan anak gadisnya, dan kamu tahu bahawa calon pengantin lelaki tersebut tidak baik akhlaqnya (misalnya dia suka minum arak, judi, dsb), maka kamu harus menyatakannya kepada bapa gadis itu.
Hal yang lain : Harus menjadi saksi di Mahkamah untuk menyebutkan kelakuan buruk seseorang.
Kelima: Mengenali seseorang dengan suatu gelaran:
Jika seseorang dikenali dengan suatu gelaran dan tak dapat dikenalinya melainkan dengan gelaran tersebut, maka harus menyebutnya. Misalnya seeorang terkenal dengan panggilan "Pak Tempang" atau "Pak Kudung", maka harus menyebut untuk mengenalinya.
Keenam: Mengumpat orang yang terang2an melakukan ma'siat atau melakukan kefasikan:
Jika seseorang terang2an melakukan kefasikan dan kemungkaran seperti menampakkan dirinya seperti "wanita", minum arak terang2an atau mempunyai tempat2 perjudian, kedai2 minuman keras dsb. maka boleh menyebut perkara2 buruk yang dilakukannya sebagai Amaran kepada Ummat.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Barangsiapa mencampakkan baju malunya dari mukanya, maka tiada menjadi pengumpatan baginya"
[Imam Abu Syaikh]
Kata Imam Hasan Al- Basri Radhiallahu anhu :
"Tiga macam manusia, tidak menjadi pengumpatan bagi mereka, iaitu orang yang mengikut hawa nafsu, orang fasiq yang menampakkan kefasikannya dan Penguasa yang zalim."
[Ihya Ulumuddin]
Perhatian:
Berkenaan keharusan menyebut kemungkaran, kezaliman dan kefasikan Pemerintah / Penguasa adalah hal² umum yang terkena kepada rakyat.
Sebaliknya 'aib peribadi yang tiada berkaitan dengan menzalimi rakyat... yang mana dia sembunyikan, maka dilarang untuk didedahkan kepada umum.
Malangnya ahli politik zaman ini lebih suka dedahkan 'aib lawannya dan berbuat berbagai fitnah, adu domba dan dusta untuk menjatuhkan nama seseorang Pemimpin. Ini jelas dilarang.
Siri 104 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke-14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Penjagaan dan Rawatan bagi dosa mengumpat:
Untuk membersihkan dosa2 umpatan dan juga untuk menjauhkannya pada masa2 akan datang, seseorang perlu sungguh2 melakukan hal2 berikut.
(1) Taubat dari dosa2 mengumpat dengan Taubat Nasuha. Cara2 Taubat Nasuha dan kifarat bagi orang yang mengumpat — Rujuk penghujung segmen ini.
(2) Sentiasa melihat kekurangan diri. Jika pada suatu ketika hati kamu tergerak untuk mengumpat, segera muhasabah diri sebagai hamba yang hina dina.
(3) Jauhkan pergaulan yang sia2 dan yang tidak perlu. Ketahuilah, banyak sekali dosa2 umpatan dan juga bebagai pendustaan terjadi akibat dari banyak pergaulan dan perkataan yang sia2.
(4) Jika kamu perlu mengumpat untuk mempertahankan Agama dan mendirikan keadilan di kalangan manusia sebagaimana telah disebutkan sebelum ini dalam "Bab Keharusan Mengumpat", maka pastikan kamu mematuhi syarat2nya, jangan berlebihan dan jangan melampaui sempadan2nya.
(5) Mendidik hati dengan banyakkan zikrullah, solat dan terus-menerus istighfar. Moga dengan itu hati menjadi lembut, bersih dan bercahaya dengan cahaya Keimanan. Hati yang bercahaya dengan cahaya Keimanan akan lebih terpelihara dari dosa2 mengumpat.
Sebagaimana kami telah menyebut berulangkali, inilah kaedah Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq mendidik manusia menjadi Mu'min dan hamba2 Allah yang sebenar — jauh daripada segala macam kesyirikan (syirik khafi), kemunafikan (munafiq kecil) dan mazmumah (sifat2 keji). Sistem Tarbiyyah ini diwarisi oleh sekalian Ahli Sufi / Ahli Ma'rifat / Mursyid yang siddiq, turun-temurun daripada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Oleh kerana inilah setiap Muslim diwajibkan mencari Mursyid yang siddiq dan sungguh2 amalkan Syari'at dan Toriqat Nabi ﷺ dengan bimbingan mereka.
Mereka yang belum bertemu seorang Mursyid yang siddiq untuk membimbingnya kepada Allah Ta'ala, hendaklah berserta dengan pendokong Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dan amalkan zikir2 umum bagi membersihkan hatinya.
Siri 105 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.15 Dosa Besar ke-14: Ghibah ( غيبة ) — mengumpat
sambungan .....
Taubat Nasuha dan Kifarat bagi dosa mengumpat:
Setiap orang yang mempunyai dosa mengumpat, hendaklah mematuhi syarat2 Taubat Nasuha. Cara2 Taubat Nasuha dan syarat2nya telah pun kami bentangkan sebelum ini yang menepati 7 syarat. Wajib berhenti mengumpat, menyesal, sedih dan tidak mengulanginya. Hendaklah bersungguh2 menyesal dan bukan ala kadar bagaikan lepas batuk ditangga.
Kemudian hendaklah dia minta halal (mohon maaf dan keredhaan) daripada orang yang pernah diumpatinya. Adakah wajib baginya beritahu semua umpatan yang pernah dilakukannya? Di dalam hal ini terdapat beberapa pendapat Ulama.
Kata Imam Hasan Al-Basri Raadhiallahu anhu :
"Mencukupilah dia (orang yang telah melakukan dosa mengumpat), istighfar tanpa minta halal daripada orang yang pernah diumpatinya. Mungkin beliau ambil daripada Hadith Nabi ﷺ :
Rasulullah ﷺ bersabda : "Kaffarah kepada orang yang pernah engkau umpati ialah bahawa engkau meminta diampuni dosanya. (engkau mohon Allah ampuni dosanya)"
[Imam Abid-dunya]
Kata Ibnu Qudamah :
Jika ( cerita ) umpatan itu sampai kepada pengetahuan orang tersebut, hendaklah dia berjumpa dengannya dan minta halal, memohon maaf serta menzahirkan penyesalan di atas perbuatannya. Jika tidak sampai (kisah dia mengumpat itu tidak diketahui oleh orang), maka hendaklah memohon Allah mengampun dosanya.
[Mukhtasar Minhajul Qasidin]
Rumusannya :
(1) Jika mampu dan berkuasa hendaklah bertemu dengan orang yang pernah diumpatinya dan mohon maaf. Jika dia maafkan maka selesailah hutang dengannya. Jika dia enggan maafkan, maka hendaklah bayar kifarat agar menjadi penebus di Akhirat kelak. Rujuk no, (4) di bawah.
(2) Jika dia khuatir akan menjadi perselisihan lebih besar sehingga menjadi pergaduhan atau putus silaturahim, maka lebih baik jangan dikhabarkan perbuatan mengumpatnya kepada orang itu. Lakukanlah Taubat yang sungguh2 kepada Allah Ta'ala dan bayar kifarat agar menjadi penebus dosa2 di Akhirat kelak. Rujuk No (4)
(3) Jika tidak diketahui siapa yang pernah diumpati atau lupa berapa banyak orang yang pernah diumpati, maka gunakan kaedah no. (4). Buat amal sebanyak2nya dan niat sedekah pada semua yang pernah dizalimi.
(4) Bayar kifarat untuknya.
Pertama : Sedekahkan pahala bacaan surah fatihah atau Yasiin atau lainnya kepada orang yang pernah diumpatinya:
Kedua : Buat Zikir tahlil sebanyak mungkin dan Sedekahkan pahalanya kepadanya
Ketiga : Bersedekah sebanyak mungkin dan niatkan pahalanya kepadanya
Keempat : Doakan keselamatan untuknya
Mudah2an dengan amalkan wirid tersebut diatas, orang2 yang pernah melakukan dosa2 umpatan akan dapat menebus kesalahannya di Akhirat kelak. Ini kerana di Mahkamah Agung Ilahi kelak, tidak ada wang ringgit. Yang menjadi pertaruhan adalah keimanan dan amal kebaikannya.
Amal kebaikan yang banyak dapat menjadi kifarat dosa2nya akibat kezaliman yang pernah dilakukan terhadap manusia sewaktu dunia dahulu.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah seseorang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan.Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”
[Imam Muslim]
Siri 106 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke -15: Fitnah ( فِتْنَةً )
Definisi :
Dari segi bahasa :
Fitnah ( فِتْنَةً ) berasal dari kata ( فَتَنَ, يَفْتِنُ, فِتْنَةً ) bermaksud : cobaan, menguji, membakar suatu untuk mencari ketulinan,
Dari segi Istilah :
Fitnah membawa berbagai maksud dari pendekatan yang berbeza2 : cobaan, dugaan, sebarkan kedustaan, kekacauan, godaan, gangguan, keributan, huru-hara, penyiksaan, penindasan, hasutan, kezaliman
Penjelasan :
(1) Daripada definisi " Fitnah ", kita dapat memahami bahawa maksud " Fitnah " tidak hanya terhenti pada perbuatan seseorang menyebarkan cerita palsu mengenai seseorang sehingga namanya tercemar, jatuh maruahnya dan dipandang hina oleh masyarakat, tetapi lebih daripada itu apa jua perbuatan menyakiti, menghasut, menindas, menyiksa, mencaci maki dan menzaliminya dengan apa jua cara adalah juga termasuk di dalam pengertian membawa fitnah.
(2) Di dalam Al-Qur'an dan Hadith, istilah " fitnah " digunakan bagi menunjukkan berbagai maksud — kesyirikan, kesesatan, kekafiran, penyiksaan, pembunuhan cobaan, dugaan, kebingungan, kekeliruan, huru-hara, kekacauan dan tipu daya,
(3) Kesemua jenis pengertian Fitnah tersebut dapat digolongkan kepada dua bahagian:
(i) Fitnah di dalam pengertian sesuatu yang datang dari Allah sebagai menguji keimanan hamba2-Nya, atau menerima hukuman dari-Nya atau menerima peringatan dari-Nya.
(ii) Fitnah di dalam pengertian sesuatu kejahatan yang dilakukan oleh manusia terhadap orang beriman.
Di dalam risalah ini kita akan fokus kepada pengertian " Fitnah " yang berkaitan perbuatan sesama manusia,
Fitnah dengan maksud dugaan, ujian, cobaan, hukuman Allah ke atas manusia dibincang di dalam tajuk berasingan.
(4) Semua manusia takut dengan fitnah. Semua manusia ingin jauhkan diri daripada terkena fitnah kerana fitnah membuat manusia hilang harga diri, rosak maruahnya, dipandang buruk, putus silaturahim, keluarga porak poranda, hilang pekerjaan, hilang harta benda, hilang hak2nya sebagai manusia atas muka bumi.
(5) Perbuatan suka melakukan " fitnah" terhadap orang lain datang dari hati yang kotor, keji dan busuk. Tidaklah seseorang melakukan fitnah terhadap orang lain melainkan kerana hatinya telah diliputi kesyirikan (syirik khafi), kekufuran (kufur nikmat), khianat, mazmumah (kekejian) dan segala macam penyakit hati yang sangat busuk.
(6) Dosa fitnah terkait kepada dosa2 besar yang lain — Ghibah, kazib, tajassus, su-uzzon, khianat, zalim
(7) Oleh kerana besarnya akibat perbuatan fitnah, maka dosa ini tergolong ke dalam dosa besar yang amat berat. Pembuat fitnah diancam oleh Allah dan Rasul-Nya dengan Neraka Jahannam. Jika tidak bertaubat sebelum mati, maka dikhuatiri bangkit di Mahsyar sebagai orang muflis.
Kata Imam Ibn Hajar Asqoalani :
“Sesungguhnya fitnah itu kebiasaannya dibuat untuk mengubah (sesuatu) dan mereka-reka.”
[ Fath al-Bari]
Siri 107 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke-15: Fitnah ( فِتْنَةً)
sambungan....
Dalil Al-Qur'an dan Hadith :
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱلۡفِتۡنَةُ أَشَدُّ مِنَ ٱلۡقَتۡلِۚ
"Dan Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh."
[Al-Baqarah (2) : ayat 191]
✨🕌✨ Firman Allah :
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ
"Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah (menyiksa, menyakiti, menimpakan bencana) untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh Azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana) mereka tidak bertaubat."
[Al-Burooj (85) : ayat 10]
✨🕌✨ Firman Allah :
الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang jahat (fitnah dan kekejian yang direka2) dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia (kesakitan tubuh, jiwa tersiksa dll) dan di akhirat (menerima siksaan Neraka Jahannam) ; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
[An-Nur (24) : ayat 19]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Suatu ketika Nabi lalu berdekatan dengan kubur kemudian bersabda kepada para sahabat:
"Sesungguhnya kedua penghuni kubur ini sedang disiksa oleh Allah, seorang daripadanya disiksa kerana tidak bersuci dengan betul daripada kencingnya manakala yang kedua disiksa kerana menyebarkan fitnah dan suka mengadu domba." Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah, kemudian dibelah dua dan mencacakkannya pada tiap-tiap kubur tersebut.
Para sabahat bertanya kepada Baginda: "Wahai Rasulullah apa yang Baginda buat ini?" Baginda menjawab dengan sabdanya: "Semoga kerananya (pelepah) ini dapat meringankan siksaan daripada kedua-duanya selama pelepah tamar itu belum kering."
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Tahukah engkau apa itu ghibah?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda berkata, “Engkau menyebutkan kejelekan saudaramu yang ia tidak suka untuk didengarkan orang lain.” Beliau ditanya, “Bagaimana jika yang disebutkan sesuai kenyataan?” Jawab Nabi ﷺ “Jika sesuai kenyataan bererti engkau telah ghibah atasnya. Jika tidak sesuai, bererti engkau telah memfitnahnya.”
[Imam Muslim]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Dan orang yang lebih dibenci oleh Allah antara kamu ialah pertama; orang yang suka membawa fitnah, kedua; orang yang suka memporak perandakan (memecah-belahkan) di kalangan saudaranya, ketiga; orang yang suka mencari jalan atau alasan untuk melepaskan diri daripada kesalahannya."
[Imam Ahmad]
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
"Lelaki mana pun yang menyebarkan terhadap seseorang, suatu perkataan, di mana orang itu terlepas (tiada kena mengena ertinya semata2 fitnah), untuk memalukannya di dunia, nescaya berhak Allah Ta'ala menghancurkan lelaki itu pada hari Qiamat didalam api Neraka."
[Imam Ibnu Abid-Dun-ya]
Siri 108 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke-15: Fitnah ( فِتْنَةً )
sambungan....
Contoh-contoh Fitnah:
Sesungguhnya contoh2 ini amatlah banyak. Lebih2 lagi pada akhir zaman ini, semua jenis fitnah berkumpul sehingga dunia menjadi medan fitnah yang amat dahsyat. Di sini kita paparkan beberapa contoh sahaja sebagai i'tibar.
Ingat : Fitnah itu bukan hanya seseorang mengada-adakan cerita dusta terhadap Muslim lainnya sehingga dia menanggung malu dan dipandang hina oleh masyarakat....tetapi tekandung di dalam pengertian "Fitnah" adalah segala pekerjaan yang menyusahkan kehidupannya atau mencemarkan nama baiknya — seperti kamu mencaci makinya, menghinanya, menyakiti hatinya tanpa haq, menganiaya dia, memukul dia, mencederakan dia, apa lagi sampai membunuh, Wal Iyazubillah....semua ini terhitung di dalam memfitnah atau membawa maksud " fitnah kepada seorang mu'min."
Contoh 1 : Fitnah di kalangan keluarga dan sanak saudara:
Fitnah di kalangan keluarga dari keturunan sendiri mempunyai sejarah yang panjang. Lazimnya fitnah sesama keluarga satu keturunan ini berlaku kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka atau kerana hasad dengki atau kerana suatu kepentingan dunia. Sedangkan Allah dan Rasul-Nya memerintahkan agar orang beriman berbuat baik kepada sekalian kaum kerabatnya (setelah berbuat baik kepada ibu bapa dan ahli keluarga sendiri).
✨🕌✨ Firman Allah :
وَٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُشۡرِكُواْ بِهِۦ شَيۡـًٔاۖ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنً۬ا وَبِذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱلۡجَارِ ذِى ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡجَارِ ٱلۡجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلۡجَنۢبِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"
[An-Nisaa (4) : ayat 36]
Contoh 2: Fitnah di kalangan jiran tetangga:
Hal ini amat banyak berlaku. Kadangkala kerana sedikit perselisihan, seseorang sanggup menghebahkan cerita palsu mengenai jiran tetangganya sehingga busuk namanya. Sedangkan Rasulullah ﷺ memerintahkan agar sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangga, bahkan memelihara hubungan baik dengan jiran dikaitkan dengan keimanan.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.”
[Imam Muslim]
Contoh 3 : Fitnah rakan sejawat:
Fitnah rakan sekerja kerana iri hati, dendam, tak puas hati dengan jawatan dsb sudah menjadi lumrah di zaman ini. Mereka saling memfitnah untuk naik pangkat, gaji atau kedudukan. Ada yang sanggup melakukan fitnah yang amat dahsyat sehingga seseorang itu dibuang kerja.
Siri 109 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke-15: Fitnah ( فِتْنَةً )
sambungan....
Contoh 4 : Fitnah terhadap penda'wah:
Orang Islam sendiri bermusuh dengan hamba2 Allah yang mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tidak kurang yang mengejek, mencaci maki dan membuat berbagai tuduhan jahat dan fitnah, bahkan serangan fizikal.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ. bersabda :
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
"Caci maki seorang muslim merupakan kefasikan dan membunuhnya kekufuran."
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Contoh 5: Fitnah terhadap ahli kebajikan:
Hamba2 Allah yang membuat kerja2 kebajikan umum dan membantu faqir miskin juga menjadi sasaran fitnah manusia yang berhati busuk. Biasanya orang2 yang melakukan fitnah ini adalah mereka yang mempunyai kedudukan di dalam masyarakat. Mereka iri hati terhadap ahli kebajikan kerana pada anggapan mereka, diri mereka yang patut mendapat nama dan sanjungan.
Contoh 6: Fitnah Pemerintah kepada Ulama Pewaris Nabi yang siddiq:
Perbuatan keji ini mula berlaku pada era pemerintahan Dinasti2 iaitu sebagaimana disebut di dalam Hadith Mulkan Addhan, zaman Pemerintahan yang zalim. Pemerintah menguasai Ulama2 dunia, Ulama as-su' di dalam genggaman mereka lalu melakukan berbagai fitnah terhadap Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq. Penguasa melakukan berbagai ugutan, menangkap dan menyiksa Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq kerana mereka mendedahkan kebenaran dan tidak menyokong kezaliman Pemerintah.
Fitnah dan kezaliman terhadap Ulama Warisatul Anbiya yang siddiq berterusan sampai sekarang pada era pemerintahan Mulkan Jabriyyan - Pemerintahan Demokrasi zalim / Pembesar2 zalim / diktator. Barangsiapa menyampaikan kebenaran akan menerima ugutan dan ancaman. Mengktirik dan menegur pemerintah dianggap menghasut dan menimbulkan kekeliruan terhadap Agenda Pemerintah.
Pendokong dan penyokong Pemerintah juga turut menyebarkan fitnah dan permusuhan terhadap hamba2 Allah yang menyebarkan kebenaran dan kebaikan. Di zaman cyber ini, Fitnah tersebar luas di dalam sekelip mata melalui berbagai rangkaian informasi. Kesemua mereka ini lupa amaran Allah Ta'ala.
✨🕌✨ Firman Allah :
الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk (fitnah dan kekejian yang di reka2) dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia (kesakitan tubuh, jiwa tersiksa dll) dan di akhirat (menerima siksaan Neraka Jahannam) ; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).
[An-Nur (24) : ayat 19]
Siri 110 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.16 Dosa Besar ke -15: Fitnah ( فِتْنَةً )
sambungan....
Edisi Khas : Fitnah terbesar kepada Ummat menjelang kedatangan dajjal — Kemusnahan Aqidah melalui propaganda Yahudi — Zionis — Illuminati:
Sesungguhnya pada saat ini Ummat islam sedang menghadapi Gelombang Fitnah yang amat dahsyat dan amat menakutkan. Dan tiadalah "fitnah" yang lebih besar kepada Ummat melainkan fitnah kebinasaan Iman. Ummat Islam ditimpa ribuan fitnah yang bertimpa2 satu persatu tiada hentinya namun kebanyakannya terlena di dalam arus pemodenan dunia — tidak menyedari bahaya besar yang sedang menyelubungi mereka. Ada yang tahu namun mereka menjual "Iman" kerana mengharapkan dunia yang hina. Wal Iyazubillah.
Inilah gambaran yang terangkum didalam fitnah Akhir Zaman sehingga Rasulullah ﷺ berikan amaran akan keadaan huru-hara berserta fitnah pada Akhir Zaman.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا.رواه مسلم
“Segeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti malam yang gelap gulita. Di pagi hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di petang harinya. Di petang hari seorang laki-laki dalam keadaan mukmin, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.”
[Imam Muslim]
Hadith ini terangkum di dalam Hadith Fitnah Akhir Zaman. Di antara pengajaran penting dari Amaran Rasulullah ﷺ sebagaimana dijelaskan oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah :
Pertama:
Hadith Junjungan Rasulullah ﷺ yang mulia ini ditujukan kepada orang2 Islam, yang bernama Islam dan yang mengerjakan solat dan puasa serta ibadah lain, BUKAN kepada golongan terang2 kafir.
Kedua:
Ramai orang Islam yang tertipu jatuh kepada "kekafiran" tanpa disedari.
Mereka menyangka mereka beriman sedangkan mereka sudah jatuh kepada "kekafiran" disebabkan i'tiqad (pegangan hati) atau kerana suatu ucapan atau suatu perbuatan yang BATALKAN IMAN dia. Maksudnya dia menyalahi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar (tulen), jatuh kepada fahaman / pegangan sesat.
Ketiga:
Junjungan Rasulullah ﷺ yang mulia berikan amaran dan peringatan keras kepada seluruh Ummat yang mengaku sebagai pengikut Baginda bahawa akan tiba satu masa di mana dunia ketika itu dipenuhi kegelapan yang amat kelam — maksud kegelapan yang amat kelam adalah kebanyakan manusia ketika itu kesesatan yang amat dahsyat. Zaman kegelapan yang Nabi ﷺ gambarkan di dalam Hadith tersebut inilah zamannya....!
Keempat:
Akhir zaman penuh dengan tipu daya, penyamaran, helah licik musuh2 Agama sehingga tiada terbeza antara kebenaran dan kebatilan, tiada terbeza antara putih dan hitam, tiada terbeza antara Islam dan kafir, tiada terbeza antara Ahlus Sunnah dengan golongan tersesat. Sehingga orang2 Islam jatuh kepada kesesatan atau kekafiran tanpa disedarinya.
Kelima:
Kuasa kegelapan akan menguasai dunia. Pemimpin2 korup dan fasiq akan menguasai dunia. Pemimpin zalim ini akan mengaku mereka membawa kebaikan sedangkan semua perbuatan mereka adalah memimpin kepada kesesatan. (ingat balik Dajjal yang menipu daya manusia dengan tipu helah licik)
Keenam:
Orang yang benar akan dituduh sebagai pendusta sementara pendusta dibenarkan.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ، وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ، وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ، وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ» ، قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: «الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan pendustaan (pembohongan, penipuan). Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang benar dikatakan pendusta, pengkhianat dikatakan amanah sedangkan orang yang amanah dikatakan sebagai pengkhianat. Pada ketika itu Ruwaibidhah akan berbicara.” Ada yang bertanya, “Apakah yang dimaksud Ruwaibidhah?” Baginda menjawab, “Orang at-taafih (jahil, bodoh dan keji yang tidak tahu apa2) yang turut campur dalam urusan umum (yang bukan urusannya dan bukan bidangnya).”
[Imam Ibn Majah, Imam Al-Haakim, Imam Ahmad]
Ketujuh:
Ulama dunia, Ulama As-su" menjual Agama dengan harga yang murah. Walaupun mereka tahu kebenaran tetapi mereka sembunyikan kebenaran. Mereka mengeluarkan fatwa sesuai dengan Kehendak pemimpin. Inilah kedurjanaan paling besar.
✨🕌✨ Rasulullah ﷺ bersabda :
“Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada Hidayah. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.”
[Imam Al-Baihaqi]
Bersambung siri 111 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment