Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Pada siri yang lalu, kita telah melihat 'orang merasa sudah ikhlas"
sebenarnya belum ikhlas lagi kerana hakikat ikhlas yang murni menuntut
seseorang lepas bebas daripada "keakuan diri".
Sebagaimana gambaran awal sebelum ini, kita maklum ikhlas bergantung @ berkait
rapat dengan Tauhid yang murni. Orang yang berasa dia sudah ikhlas, masih
melakukan syirik khafi kerana ada keakuan diri. -
mempersekutukan Allah pada af'al-Nya menyebabkan TAUHID nya terjejas. Apabila
TAUHID yang murni terjejas, maka cacatlah ikhlas yang hakiki.
Susah faham?
Mari kita sambung dengan huraian Ikhlas hakiki yang diperoleh seseorang pada
Jalan Ma'rifat Ketuhanan. peringkat Salikin
IKHLAS PERINGKAT SALIKIN
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ikhlas bagi hamba2 Allah yang pada Ma'rifat Ilahiyyah adalah tiga
Tingkatan. Ketiga2 tingkatan Ikhlas ini adalah di perolehi sesuai dengan
pencapaian Tauhid nya yang murni.
🍁 (1) Ikhlas pada
Tingkatan Tauhid Af'al
🍁 (2) Ikhlas
pada Tingkatan Tauhid Asma'
🍁 (3) Ikhlas pada
Tingkatan Tauhid Sifat
Penjelasan :
~~~~~~~~
Tiga Tingkatan Ikhlas Salikin ini adalah bagi mereka2 yang menelurusi jalan
Ma'rifat Ketuhanan menurut adab dan syarat2nya di bawah bimbingan seorang
Shaikh /Mursyid yang telah menerima ijazah daripada Gurunya yang mempunyai Silsilah
Nabi (susur galur penerimaan Ilmu dari guru kepada guru tanpa putus).
Si salik (murid yang berjalan di jalan Ma'rifat Ketuhanan) dibimbing
melalui beberapa peringkat zikir, muraqabah (merenung Hakikat Ketuhanan)
dan mushahadah (melihat Hakikat Ketuhanan) berperingkat-peringkat
sehingga datang pembukaan Allah Ta'ala ke dalam hati mereka kepada pintu2
Ma'rifat (baca pintu2 Tauhid).
Tingkatan pertama TAUHID yang murni adalah disebut TAUHID Af'al, iaitu
mengEsakan Allah pada sekalian Af'al-Nya. Pada peringkat ini cahaya Af'al Allah
akan menerangi hati si salik. Ketika cahaya Af'al Allah menyelubungi hatinya,
dia melihat sekalian perbuatan Allah ke atas makhluk-Nya. Dia (si salik)
melihat bagaimana Allah Ta'ala mengatur seluruh Alam tanpa sekutu. Dia
melihat melalui cahaya hati..... melihat peredaran planet2,
bintang, bulan, matahari, langit, awan semuanya digerakkan oleh Allah Ta'ala
(pada hakikatnya). Dia melihat haiwan dan tumbuh2an bahkan sekalian makhluk
yang melata di bumi maupun di langit sekaliannya di dalam aturan Allah. Dia
melihat diri dia sendiri dan amal semuanya di dalam genggaman
Allah. Maka lemahlah dirinya, lalu berkata lah si salik ini....
لا
حول ولاقوة إلا بالله
Tiada daya upaya melainkan dengan Allah...
Inilah TAUHID AF'AL, Tauhid yang suci murni yang diperoleh melalui Jalan
Ma'rifat yang murni tanpa sedikitpun syirik di dalamnya.
Si salik yang sampai kepada Tingkatan Af'al Allah melihat sekalian perbuatan
Allah ke atas dirinya dan sekalian makhluk ciptaan-Nya. Dia melihat dengan ainul
basirah (mata hatinya) setiap ibadahnya sebagai Kurnia Allah Ta'ala dan
semata2 Kurnia-Nya tanpa sekutu dengan suatu apa pun.
Ketika dia mengangkat takbiratul ihram untuk solat, dia melihat Anugerah Allah
kepada untuk melakukan solat!Ketika dia ruku', dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk ruku' kepada
Allah.
Ketika sujud dia melihat anugerah Allah kepadanya untuk sujud di hadapan Rabbul
Jalil, Tuhan Yang Maha Perkasa Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia!
Ketika bersedekah tiada yang dilihatnya melainkan Ni'mat Allah pada dirinya
untuk bersedekah.
Ketika berda'wah, berjihad bahkan segala amal ibadah lain tiada terpaling
pandangannya melainkan melihat ia sebagai Ni'mat, Rahmat dan Anugerah Allah
untuk menyempurnakannya.
Sebagaimana kata Guru2 Ahli Ma'rifat kita, Inilah dia permulaan TAUHID
yang murni tanpa sedikitpun syirk di dalamnya. Dan di sini juga lahirnya
permulaan IKHLAS yang murni dan hakiki.
Perhatikan baik2 sekali lagi....!
Pada peringkat ini sucilah hatinya (salikin) daripada sekalian aghyar (selain
Allah), bersih hatinya daripada sifat2 keji, dan bebas daripada syirik
khafi. Ketika hamba Allah melihat dirinya tiada daya upaya melakukan
sesuatu melainkan Allah dengan Kemurahan-Nya, dan tiada lagi cita2 lain selain
Allah ketika melakukan Ibadahnya, maka inilah permulaan ikhlas yang benar,
tanpa sedikit pun mempersekutukan Allah di dalam niatnya!
Sebagai suatu perbandingan..... Jika anda melihat sebelum ini, orang2 pada
tingkatan awam tidak terlepas daripada mempersekutukan ALLAH di dalam niatnya,
sama ada mempersekutukan kerana menuntut syurga atau kerana melihat dirinya
mempunyai daya upaya. Di sini, pada diri orang yang telah disucikan hatinya
sehingga terbit Tauhid yang benar, tiada lagi cita2 selain Allah, tiada lagi
melihat dirinya mempunyai daya upaya melainkan hanya Allah Yang Berkuasa di
atas setiap sesuatu. Dia melihat dirinya tidak mampu untuk berdiri melainkan
dengan Anugerah Allah. Ini maqam permulaan kesucian hati, kesucian Tauhid dan
kemurnian niat yang ikhlas!
IKHLAS DAN TAUHID PENGHAYATAN HATI DAN
RUH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Pada saat anda dikurniakan oleh Allah cahaya Tauhid yang murni di dalam hati,
anda tidak lagi memandang wujud upaya diri anda untuk melakukan ibadah. Anda
lemah daripada mengakui wujud kemampuan diri untuk melakukan Ibadah. Seluruh
jiwa dan perasaan anda karam di dalam melihat anugerah Allah kepada anda untuk
melakukan ibadah - untuk melakukan takbiratul irham, ruku' dan sujud! Lalu
anda berkata :
Tiada daya upaya melainkan Allah!
Apabila suasana kesucian ini menyelubungi hati, anda akan merasai ketenangan di
dalam ibadah. Suatu ketenangan yang tidak anda merasai sebelumnya. Maka
inilah permulaan ikhlas, tiada lagi penyekutuan di dalam niat mengerjakan
amal ibadah....!
Dengan demikian akan tuntutan Allah...
. وَمَآ
أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya,"
Ini suatu penegasan penting, jika kalian sudah faham....!
TAUHID dan IKHLAS yang diperoleh melalui mujahadah pada jalan Ma'rifat ini
bukan suatu angan2, bukan teori pemikiran aqal, bukan andaian sangkaan, bukan
juga suatu yang digagahi (dipaksa2) pada anggota. Tetapi ianya adalah
benar2 sebuah PENGHAYATAN HATI dan RUH.
PENGHAYATAN HATI dan RUH adalah suatu Ni'mat Anugerah Allah yang tidak ternilai
harganya. ...!
Ini sudah tentu jauh bezanya dengan hamba2 Allah yang masih berpegang kepada
TAUHID berdasarkan pemikiran aqal dan keterangan dalil semata2. Mereka
yang hanya beriman berdasarkan pemikiran aqal yang terbatas sentiasa didatangi syak, zonn dan waham. Mereka juga belum dapat bebaskan diri
daripada syirik2 khafi yang menyelubungi hati mereka. Pada satu2 masa
mereka cuba gagahi dengan pemikiran tetapi selalu tewas.
IKHLAS MURNI BERIRINGAN
DENGAN TAUHID YANG MURNI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Dari huraian di atas faham lah kita wujudnya kaitan rapat antara TAUHID yang
murni (yang bebas dari syirik khafi) dengan IKHLAS yang murni, tanpa
sesuatu niat lain bersertanya...
✨🕌✨Firman Allah ini....
وَمَآ
أُمِرُوۤاْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah
dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, "
Kata Ibnu Abbas mentafsirkan ayat ini.....
" Kalam Allah "mukhlisin" (ikhlas di dalam perintah
Allah di atas) adalah " Tauhid yang murni"
Di sini Ibn Abbas telah menunjukkan bahawa yang dimaksudkan dengan
"ikhlas yang murni, yang hakiki" dan yang dituntut oleh Allah adalah
pancaran "Cahaya Tauhid" yang hadir di dalam hati hamba2 Allah yang
suci bersih hatinya! Maka benarlah huraian hakikat Ikhlas sepertimana
yang diselami dan dikemukakan oleh para Ulama Arifin dengan Tafsiran Ibn
Abbas.
SIAPAKAH YANG BERHAK MENCAPAI IKHLAS SERTA
TAUHID INI?
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Semua orang Islam yang beriman berhak mencapai tingkatan Ikhlas hakiki ini,
bahkan adalah menjadi kewajipan mencarinya dengan mujahadah menurut jalan
Ma'rifat. Dan ini tidak dapat dicapai melainkan melalui pimpinan seorang
Guru Ma'rifat yang benar2 memahami selok-belok jalan keruhanian menurut
pegangan Ahlus Sunnah Wal Jammah.
Sebab itulah sekalian Imam2 kita menetapkan bahawa adalah menjadi kewajipan
bagi setiap muslim mencari Shaikh untuk memimpinnya pada jalan
Ketuhanan. Sebagaimana Rasul memimpin sahabah untuk mencapai nilai2
Tauhid dan Ikhlas yang hakiki, demikianlah para Shaikh memimpin ummat pada
jalan Ketuhanan bagi maksud yang sama. Tetapi hendaklah dipastikan
Shaikh itu benar2 seorang Shaikh yang menepati syarat2 Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah (yang benar) ini telah dipelopori oleh
Sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan kemudian diberi nafas baru oleh Auliya Allah
ternama seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Imam Hassan Al Basri, Imam
Jaafar Siddiq, Imam Sufyan Ath-Tahwri, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam
Shafie, Imam Hambali, Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam
Ibnu Arabi, Imam Sazili, Imam Ibn Atho'Illah, Imam Sayuthi, Imam Ibn Hajar Al
Haitami, Imam Rofie, Imam Nawawi, Imam Al Haddad dan lain2nya yang seangkatan
dengan mereka..... Moga Allah Ta'ala meredhai mereka semuanya.
Inilah Imam2 yang WAJIB kita jadikan neraca dan contoh tauladan bagi menentukan
suatu kebenaran atau kepalsuan sepanjang jalan ummat ini.
Awasilah dari terikut2 dengan mereka2 yang menyamar sebagai Ahlus Sunnah dari
kalangan Wahhabiyyah @ Najdiyyah @ Mujassimah @ Khawarij dan seperti mereka. Demikian
juga jauhi dari golongan2 keruhanian ilmu kebatinan sesat, Golongan
Falsafah Asmaul Husna tersesat dan Sufi Palsu. Mereka ini hanyalah hasil
tipu daya Iblis untuk memesongkan dari jalan kesucian Allah dan Rasul-Nya.
IKHLAS PADA
TINGKATAN TAUHID LEBIH TINGGI
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ikhlas pada tingkatan Tauhid Asma', Tauhid Sifat dan Tauhid Zat, Ikhlas Arifin
tidaklah dibincangkan di sini kerana ianya sangat rumit dan tak sesuai pada
forum umum.
Jika kalian dapat memahami Ikhlas pada TAUHID Af'al dan kemudian bersungguh2
mujahadah menurut syarat2nya sehingga dapat mencapai ikhlas yang murni itu,
maka ini terlebih tinggi nilainya dari dunia dan se isinya.
Ikhlas peringkat2 lebih tinggi akan nyata dengan sendiri apabila seseorang sampai
destinasinya.
Wallahu A'lam
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴
No comments:
Post a Comment